16 January 2018

UMAR HATTA BAB 2

BAB 2
HAMPIR saja dia menghempas kuat pintu biliknya itu sebelum mindanya kembali waras. Pintu kaca ditutup rapat sebelum melabuhkan duduk di atas kerusi kerjanya. Meja yang sedikit berselerakan dipandang sepi. Hatta mendengus geram. Laporan jualan yang sedikit merosot membuatkan dia sakit kepala. Walaupun bukan lah teruk sangat sehingga syarikatnya mengalami kerugian besar, tetapi yang sedikit itu tetap membuatkan Hatta bengang. Di tambah pula dengan persaingan yang makin sengit sekarang. Memang buat dia rasa nak tidur tak nak bangun lagi dah. Stress!
            Pintu biliknya ditolak dari luar dan kelihatan Irni melangkah masuk dengan fail yang penuh di tangan.
            “Ini senarai designer yang masih dengan kita. Yang ini pula senarai designer yang masih dalam perbincangan. I dah ubah syarat perjanjian seperti yang you nak dan apa yang perlu kita lakukan sekarang, tunggu jawapan daripada mereka saja lah.”
            Semua fail di tangan diserahkan kepada Hatta. Satu persatu fail tersebut diteliti. Lumrah alam perniangaan, sudah semestinya masing-masing mahukan pelaburan yang menguntungkan dan dia juga tidak terkecuali. Sebagai syarikat yang menjadi hab kepada pereka kasut tempatan memasarkan kasut rekaan mereka secara dalam talian, syarikat Hatta bukan sahaja terpaksa bersaing dengan jenama-jenama kasut yang terkemuka malah syarikatnya juga terpaksa bersaing dengan syarikat yang menjual secara dalam talian terbesar di Malaysia seperti Lazada dan FashionValet.
            “You rasa mereka akan terima tak syarat-syarat baru kita tu?” soal Hatta sambil membelek fail di atas mejanya.
            “Evertyhing went well and I think they will,” kerusi ditarik dan duduk dilabuhkan berhadapan dengan bosnya itu. “I dengar you mengamuk dalam bilik mesyuarat tadi.”
            “Belum betul-betul mengamuk pun.”
            “Maksud you?”
            “I cuma tegur tentang jualan Irni. Teruk sangat for the past two months. Tidak boleh tidak, kita kena kembalikan momentum kita semula.”
            “Banyak main agaknya, tak serius buat kerja,” bukan dia tak tahu macam mana Hatta dengan pekerja mereka di pejabat. Walaupun sentiasa berwajah serius dan sedikit tegas, tetapi Hatta masih mesra dengan pekerjanya dan seorang bos yang menyenangkan. Fleksibel kata dia supaya para pekerjanya tidak tertekan bila bekerja. Tetapi nampaknya sekarang dia pula yang tertekan.
            “No they did not. Naik turun dalam perniagaan Irni. Akan ada untung dan rugi. They have tried their best and I know that. Cuma kali ini mereka kena lebih bekerja keras lagi memandangkan keadaan ekonomi sekarang pun kurang memberangsangkan. Semua itu memberi kesan juga kepada jualan kita.”
            Irni angkat tangan tanda menyerah. “You memang tak boleh kalau orang usik pekerja you sikit kan.”
            “Ye. Hanya I saja yang boleh usik mereka.”
            “But hey, I’m the CCO (chief creative officer) in this company. Jadi I pun boleh usik mereka juga kalau performance mereka teruk.”
            “But don’t be too harsh Irni.”
Bukan dia tak tahu Irni tu macam mana dengan pekerja mereka. Garang semedang. Tapi dalam Irni duk garang macam tu, jualan jatuh juga. Jelas lah bahawa garang atau tidak seseorang bos itu bukan jaminan kepada peningkatan prestasi pekerja mereka. Mungkin sikap bos yang garang itu juga boleh membuatkan pekerja kurang bermotivasi untuk meneruskan kerja mereka.
            Bosan dengan pesanan Hatta yang selalu menangkan pekerjanya, Irni angkat punggung. “Ya… ya… Nak keluar makan nanti tunggu I,” pesan Irni sebelum berlalu keluar dari bilik Hatta.
            Matanya tunak memandang Irni yang berlalu. Rakan seperjuangan sewaktu di universiti. Mempunyai cita-cita dan keinginan yang sama hingga akhirnya membawa kepada penubuhan TheTipToes. Syarikat yang memberi fokus dalam memasarkan kasut jenama tempatan secara dalam talian.
RIUH RENDAH suara pengunjung restoran langsung tidak mengganggu Leyla, Anis dan Ammar yang sedang leka bersembang. Ada saja topik yang dibualkan sepertinya sudah berbulan tidak berjumpa. Dekat ofis nanti sambung sembang lagi. Pasti!
            “Aku nak potong kasi pendek la Mar. Macam panjang sangat dah rambut aku ni.” Anis memintal rambut sendiri.
            “Kau nak potong gaya macam mana babe?”
            “Macam ni… Aku jumpa dekat Instagram hari tu. Cun betul rambut dia.”
Beria Anis menunjukkan gambar di dalam telefonnya kepada Ammar. Si Ammar tu pun bersungguh juga melayan celoteh Anis tentang gaya rambut yang terkini dan trendy. Untung la jadi perempuan boleh buat gaya rambut macam-macam. Dia yang lelaki ni sepesen itu saja lah. Kalau simpan rambut panjang mahu kena parang dengan daddy dia nanti.  
            “Kak, kau tengok ni. Cun ke gaya rambut macam ni?” Ammar menyuakan telefon Anis ke arah Leyla namun tiada jawapan yang diterima.
            “Kak kau tengok apa tu? Dari tadi khusyuk betul aku tengok,” soal Ammar lagi bila Leyla dari tadi tidak lepas dari memandang telefon di tangan. Patut la tiba-tiba saja senyap cik kak yang seorang ni.
            Anis menyenggol lengan Leyla dan cuba mengintai telefon yang berada di tangan Leyla itu.
            “Siapa tu kak?” bisik Anis hampir dengan telinga Leyla membuatkan Leyla tersentak.
            “Eh, korang tanya apa tadi?”
            Ammar tepuk dahi sendiri dan Anis mula menyengih.
            “Kau tengok apa kak? Sampai muka berkerut macam tu sekali,” soalan berbalas soalan. Soal rambut Anis terus dilupakan bila dia lebih berminat untuk mengetahui apa yang Leyla seronok sangat tengok dekat telefon dia tu.
            Spontan tangan Leyla naik memegang pipi sendiri. “Akak tengok gambar lelaki ni.”
            “Siapa kak?” Soal Anis dan Ammar  serentak.
            “Crush akak.”
            “Awww! Kau stalk crush kau kak?” Ammar dah mula menggedik.
            “Skodeng crush ye. Crush zaman sekolah ke zaman universiti ni? Ke zaman sekarang? Tapi yang zaman sekarang kan ada live depan mata, stalk kat FB buat apa.” Anis mengerdipkan mata sebelum bergabung ketawa dengan Ammar. Cerita pasal crush memang topik yang menyeronokkan.
            Leyla menjulingkan mata ke atas. Kalau ikutkan hati nak saja dia tunjal dahi si Anis ni. Cakap tak pandang belakang, kalau orang dengar buat niaya je. Dah la budak department lain ramai juga yang datang makan tengah hari dekat sini. Kantoi tak pasal. 
“Akak tak stalk dia lah. Dah gambar dia ni duk lalu kat FB akak itu yang akak tengok.”
            “Bos ada FB ke akak?” Anis semakin teruja walaupun sudah jelas gambar yang terpampang pada skrin telefon Leyla tu gambar orang lain, tetap juga buat perangai bendul dia tu.
            “Aila budak ni! Bukan bos lah.”
            “Habis tu siapa?” Ammar merapatkan badan ke meja cuba mengintai skrin telefon Leyla.
            “Ni classmate akak masa dekat universiti dulu.”
            “Kenapa Kak Leyla tengok dia macam tu? Jangan kata yang akak dah jatuh cinta semula dengan dia.”
            “Tak la Anis. Cuma akak pelik…”
            “Apa yang pelik?” Serentak lagi Anis dan Ammar menyoal.
            “Kenapa lah akak suka sangat dekat dia ni dulu.”
            Ammar dan Anis tergelak. “Apa lah akak ni. Ada la tu ciri-ciri dia yang akak suka. Sekarang ni dah tak suka sebab dah ada crush lain depan mata. Kan? Kan? Kan?” usik Anis lagi sambil melambakkan ketawa.
            Seperti tadi, Leyla menjulingkan mata ke atas sambil mencebik geram. Suka betul usik dia budak berdua ni la. Kemudian pandangan mata Leyla jatuh pada wajah wanita yang duduk tidak jauh daripada meja mereka. Lama matanya tertacap pada wanita itu dan membiarkan Anis menyambung sembang dengan Ammar.
            “Eh cuba korang tengok tu,” bibir Leyla menjuih ke hadapan.
            Serentak Anis dan Ammar memandang ke arah yang sama.
            “Hujung sudu je akak tengok nasi Cik Irni tu, buka mulut pun sejemput. Boleh kenyang ke dia makan macam tu eh?” mata Leyla masih tidak lepas daripada memandang kelakuan Irni. Sampai terlentok kepala dia melihat.
            Seketika kemudian Anis dan Ammar menundukkan pandangan. Terus gelabah bila perbuatan mereka disedari oleh lelaki yang baru saja melabuhkan duduk di sisi Irni. Hanya Leyla yang masih memakukan pandangannya ke situ.
            “Kak, sudah-sudah la pandang nya.” Anis mencuit lengan Leyla. Ammar di hadapan mereka juga sudah tidak senang duduk melihat gelagat Leyla.
            “Haaa… tengok tu. Nasi segenggam pun ambil masa setengah jam nak habis kalau macam tu. Itu paling cepat dah akak rasa,” komen Leyla lagi tanpa sedar ada mata lain yang tajam memandang ke arahnya.
            “Kak!” Bisik Ammar dengan suara yang sedikit ditekankan.
            “Apa Mar?”
            “Bos pandang akak tu.”
            Erk! Kepala kembali tegak dan mata Leyla mula terarah pada wajah kejung di sebelah Irni. Tajam sepasang mata itu merenung ke arahnya membuatkan jantung dia mula mengepam darah pada kadar yang maksimum. Tangan mula rasa sejuk dan pipi mula terasa pijar. Buat hal lah kau ni Leyla!

TANGANYA kemas memegang sudu dan garfu namun mata langsung tidak berkalih dari memandang wajah Leyla di meja hadapan. Seperti sebelumnya, bila terlalu khusyuk merenung pasti kepala Leyla akan terlentok ke kiri atau kanan. Bila perasan yang dia turut memandang, spontan Leyla menundukkan wajah. Tertangkap buat kali yang ke berapa entah. Tapi kali ini tertangkap Leyla merenung Irni pula. Kenapa dengan Leyla agaknya ye.
            “Hatta…”
            Hatta menoleh.
            “Makan lah, tadi kata lapar. Termenung pula dia,” kata Irni yang masih meneruskan suapan.
            Hatta tunduk menyuap makanan dan kemudian dia kembali mengangkat wajah memandang ke arah Leyla. Kelihatan Leyla dan Anis serta Ammar kembali rancak berbual  sambil bergelak ketawa. Ye, dia ingat semua nama pekerjanya. Sementelah meja mereka bertiga terletak di luar biliknya sahaja. Memang dia tak akan lupa wajah yang tiap-tiap hari dia pandang.
            “Hujung minggu nanti you ada plan apa-apa tak?”
            “Tak ada,” jawab Hatta tanpa memandang ke arah Irni.
            “Teman I pergi rumah Dato’ Ridz boleh?”
            “Buat apa?”
            “Ada kenduri kesyukuran. Sempena apa I tak pasti. Boleh tak?”
            “Sure.”
            Irni memandang Hatta yang masih memandang lurus ke hadapan. “You tengok apa?” bersama soalan itu Irni turut memandang ke arah yang sama. “Hai seronok betul budak bertiga tu ketawa. Jangan kerja tak jalan lepas ni sudah lah.”
            Hatta berpaling ke arah Irni sebelum kembali fokus kepada makanan di dalam pinggannya. “Their performance never disappoint me,” usai berkata Hatta kembali meneruskan suapan.
            Irni mencebik dan terus memandang tanpa ada rasa untuk membalas kata-kata Hatta itu.
“Memang akak kena pakai shades dah lepas ni rasanya. Asyik kantoi je ni kak.”
            Anis dan Ammar kembali melambakkan ketawa. Kelakar betul. Serius mereka tak tahu yang Leyla dah kantoi dengan encik bos dekat dalam bilik mesyuarat tadi. Pandai pula simpan rahsia sekarang baru nak cerita.
            “Akak pun rasa macam tu juga lah korang. Encik bos ni pun, mata tu tajam betul.”
            “Mata dia memang dah tajam lepas tu akak tu pula tak reti nak control haa itu yang asyik kantoi je kak,” tambah Ammar pula.
            “Apa kata akak mengaku je dekat bos.”
            “Bravo Anis bravo! Cadangan tak bernas langsung. Tak nampak siapa dekat sebelah dia tu?”
            Erk! Ammar dengan Anis saling berpandangan.
            “Diorang bercinta ke kak?”
            Leyla angkat bahu tanda tidak tahu.
            “Kau tak kecewa ke kak?” soal Ammar pula.
            Leyla angguk. “Banyak!” jawab Leyla dengan mimik muka sengal. Pecah ketawa mereka bertiga.
            “Kak Leyla ni main-main la.”
            “Alaaaa…rileks la Anis. Akak suka bos gitu-gitu je. Bukan serius pun,” siap dengan gaya gitu-gitu Apek Senario Leyla ajuk dan mereka bertiga semakin galak ketawa tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang.
            Sedang mereka seronok ketawa, seorang pekerja restoran menghampiri dengan sekeping nota.
            “Ada orang bagi kat akak,” kata pekerja itu. Belum sempat Leyla bertanya lebih lanjut pekerja tersebut telah berlalu meninggalkan meja mereka.
            “Uuuu… secret admirer!” Jelas riak teruja pada wajah Ammar dan Anis manakala Leyla pula sebaliknya. Dengan tergopoh gapah Leyla membuka nota tersebut.

‘Jangan ketawa kuat sangat nanti masuk setan!’ – your boss
     
 Mata Leyla membulat. Wajah Hatta dicari namun lelaki itu sudah tiada di tempat duduknya. Nota tersebut diserahkan kepada Ammar dan Anis. Tak perlu tunggu lama, telinga dia sudah menangkap suara orang ketawa. Ciskek betul! Bos ciskek budak berdua ni pula cheesedale cheese. Selamba badak saja gelakkan dia. Agaknya bos yang kejung tu pun tadi gelakkan dia juga ke?


1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete