16 July 2017

KUNCI HATI HANIM BAB 8

I NEED COFFEE, bisik hati Izzat. Setelah seharian dia berkurung di pejabat akhirnya dia mengalah juga. Dia perlukan rehat dan apa yang dia sangat perlukan sekarang adalah kopi. Minuman yang telah lama dia tinggalkan. Kalau dulu minuman itu lah yang selalu diminumnya. Tetapi atas nasihat Arham dan demi kesihatan, ketagihannya terhadap minuman tersebut cuba dibuang. Tetapi bila tertekan macam ni, kopi juga yang dia cari akhirnya.
            Selesai mengemas meja yang berselerakan, Izzat terus meninggalkan ruang pejabatnya itu. “Nak balik dah Encik Izzat?” Tegur salah seorang pekerja di jabatan yang sama dengan Izzat.
            Izzat menoleh dan angguk dengan senyuman nipis. “Awak tak balik lagi?”
            “Sekejap lagi encik, ada lagi yang perlu saya siapkan.”
            “Jangan balik lambat sangat.” Pesan Izzat sebelum berlalu meninggalkan ruangan tersebut.
            Laju langkah kakinya dihayun ke arah kafe yang terletak berhampiran dengan pejabatnya itu. Sempat dia menyimpan beg kerjanya sebelum melangkah ke situ. Tak sampai lima minit pun jarak perjalanan dari pejabatnya ke kafe tersebut. Masuk saja ke dalam kafe, bau kopi mula menerjah rongga hidungnya. Iced Americano dipesan sebelum dia melabuhkan duduk di salah sebuah meja yang terdapat di hujung kafe.
            Melilau matanya ke sekeliling kafe sebelum tangan menarik keluar telefon di dalam poket seluar. Jemarinya mula bergerak scroll atas bawah mencari sedikit pengisian sementara menunggu minumannya siap. Terus matanya tertacap pada cebisan kata-kata yang baru dikongsi oleh salah seorang rakannya di dalam group Whatsapp bekas pelajar.
            ‘The word ‘love’ in the Quran appears on over 90 places but interestingly it doesn’t define the word love, but speaks about the very consequences of love… commitment. Islam talks about commitments. If you truly love something or someone, you commit. If you don’t, then your claim of ‘real love’ is not real at all.’ – Shaykh Yassir Fazaga.
            Lama mata Izzat tertacap pada kata-kata tersebut. Komitmen. Perkahwinan adalah satu komitmen. Jika dia ditakdirkan berkahwin dengan Cik Hanim yang sentiasa berlegar di minda dia sejak kebelakangan ini, bersediakah dia untuk memberi sepenuh komitmen pada perkahwinan mereka nanti? Sedikit rasa ragu mula menjentik tangkai hati Izzat. Kemudian dia kembali meneliti kata-kata itu tadi. ‘If you truly love something or someone, you commit. If you don’t, then your claim of ‘real love’ is not real at all.’ Dua potong ayat itu diulang baca. Truly love… Am I love her? Jatuh cinta dengan Cik Hanim yang berwajah serius… Am I?
            Jantung Izzat mula berdetak laju. Kalau tak cinta, macam mana nak commit. ‘Isteri itu amanah. Amanah tuhan dan keluarga si isteri kepada kita. Amanah adalah sesuatu yang berat untuk dilaksanakan dan amanah yang diberi harus lah dijaga dengan sebaiknya.’ Kata-kata Arham turut berlegar di mindanya. Tangan naik mengusap dahi sendiri. What have you done Izzat? Buat keputusan terburu-buru. Nak kahwin dengan Cik Hanim? Like seriously? Tanpa sedar dahinya mula berpeluh. Takut dengan keputusan terburu-burunya itu.
            Minuman yang dipesan tiba dan tanpa lengah Izzat mencicip minuman tersebut bagi menghilangkan rasa dahaga yang menjengah saat dia berperang dengan perasaan sendiri. Badan disandarkan ke belakang dengan helaan nafas yang lega. Rambut yang sedikit panjang dikuak ke belakang. Baru dia sedar, berperang dengan perasaan sendiri lebih penat rupanya.
            Dentingan loceng pada pintu kafe yang ditolak dari luar menyedarkan Izzat yang sedang leka melayan jiwanya yang sedikit kacau. Kelihatan seorang lelaki dan seorang wanita melangkah masuk ke dalam kafe tersebut dengan senyuman. Tetapi hanya pada wajah si lelaki, manakala pasangannya pula hanya menayangkan  wajah tanpa perasaan. Langkah yang tersusun membawa mereka duduk membelakangi meja Izzat yang berada di belakang. Terbuntang matanya saat melihat si lelaki duduk di sebelah pasangannya itu, bukan berhadapan seperti pasangan yang lain.
            Tangan kanan naik memegang kiri dada. Jantung Izzat bekerja keras semula. Kalau lah dapat dengar dengan jelas, berdentam dentum bunyi jantungnya mengepam darah sekarang. Cuba ditenangkan segala jantung hati, Izzat hanya diam memerhati. Memerhati dari jauh, apa yang pasangan itu buat dekat sini. Well, having a talk while drinking some coffee of course. But why here?  And, what are they talking about?
Hampir sepuluh minit Izzat menjadi pemerhati bebas, pasangan itu hanya berbual seperti biasa dan dari arah belakang jelas kelihatan yang si lelaki lebih mendominasi perbualan mereka. Izzat terus memerhati bagaikan seorang detektif. Selang beberapa minit kemudian, dari pandangan biasa renungan mata Izzat berubah tajam. “That bastard!” Dengan rasa tidak puas hati Izzat terus bangun dan mendapatkan pasangan tersebut.
PUAS meluruskan pandangan ke hadapan, Hanim tunduk bermain dengan jari sendiri. Tenggelam dalam dunianya yang tidak seceria orang lain. Khai yang duduk di sebelahnya langsung tak diendahkan. Dari tadi hanya Khai yang bercakap itu ini manakala dia pula lebih senang berdiam diri. Berpuluh patah Khai menyoal, hanya sepatah yang dijawab.
            Seperti yang dia janjikan dengan Maira, hari ini dia keluar berjanji temu dengan rakan kepada suami Maira, Khai. Setelah puas dia memikirkan tentang rancangan Maira itu, akhirnya bibir melafazkan kata setuju walaupun hati berkeras menolak. Let give it a try. Dengan separuh hati dia melangkah untuk bertemu dengan Khai seperti yang dijanjikan.
            “You cantik Hanim. Macam tak percaya yang you pernah berkahwin.”
            Pantas Hanim menoleh ke sisi. Sempat dia menangkap senyuman di hujung bibir Khai. “Ada masalah ke?”
            “Apa?”
            “About my status. Do you have a problem with it?”
            “Nope! No! Of course not!” Dengan penuh yakin Khai menidakkan soalan Hanim. “You janda ke, anak dara ke, who cares. Yang penting…” Tangan kiri diletakkan di belakang kerusi Hanim sebelum dia merapatkan wajahnya dengan wajah Hanim. “You cantik macam anak dara.” Bisik Khai dengan senyuman melebar.
            Belum sempat tangan kirinya bergerak dengan lebih jauh, bahu kanan ditumbuk oleh seseorang. Hampir saja Khai tersungkur dari kerusi yang didudukinya. Berdecit lelaki itu menahan geram. Terus dia bangun dan berpaling ke belakang.
            “Who the hell are you?” Berapi wajah Khai saat itu. Manakala Hanim pula hanya diam memandang dengan mata yang membulat. Seketika kemudian matanya mula mengecil dengan kerutan di dahi.
            “What the hell are you doing?” Soal Izzat kembali dengan wajah yang merah menyala.
            “Kau siapa nak sibuk hal aku?” Bahu Izzat ditolak kasar.
            “Kau siapa nak raba dia macam tu? Kau ingat aku tak nampak?” Melengking suara Izzat menyoal. Dari tadi dia perhatikan Hanim dengan lelaki tak guna tu bercengkerama kat tengah kafe. Kemudian Izzat menoleh ke arah Hanim yang turut memandang ke arah dia. Kembang kempis hidung menahan marah. Hanim ni pun satu, dah tak reti nak duduk jauh-jauh ke? Perlu ke duduk menempel macam tu. Berdongkol marah Izzat di dalam hati.
            “Aku nak raba ke nak cium ke aku punya pasal lah. Kau siapa nak sibuk hal aku?” Suara Khai semakin meninggi. Berang dengan tuduhan Izzat dan juga malu kerana perbuatan terkutuk dia dapat ditangkap oleh mata lain. Buat kerja dalam terang, siapa je yang tak nampak.
            Hampir saja buku lima Izzat mendarat di pipi Khai namun teguran Hanim mematikan gerakannya. “Tak malu ke bergaduh depan orang ramai macam ni?” Hanim bersuara dengan nada tertahan. Mukanya sudah mula menebal bila perasan yang orang ramai mula memandang.
            “Dia yang tak malu serang orang tak tentu pasal. Kenal pun tidak, ada hati nak masuk campur hal orang.” Khai menunding jari ke arah Izzat.
            Izzat tersenyum sinis mendengar kata-kata Khai. “Siapa cakap aku tak kenal? Aku kenal sangat Hanim ni siapa.”
            “Siapa?”
            “Bakal isteri aku.” Tanpa teragak-agak Izzat menjawab.
            “WHAT?!” Serentak Khai dan Hanim bersuara.
            Khai memandang Hanim dengan pandangan yang tajam manakala Hanim pula memandang Izzat dengan pandangan yang sama. Kalau mata dia tu mata pisau, boleh terhiris rasanya wajah Izzat saat ini.
            “No I’m not!”
            “Yes you are.”
            “No. I’m. Not!” Bulat mata Hanim membalas pandangan mata Izzat.
            “Yes you are and yes you will Cik Hanim.” Tegas kedengaran suara Izzat tika itu.
            “Apa ni Hanim? Kalau you dah ada someone buat apa you nak berkenalan dengan I lagi?” Khai melempiaskan marahnya kepada Hanim pula.
            “No I’m not!” Nada suara Hanim mula meninggi. “Wait, what?” Matanya dijulingkan ke atas. “Untuk pengetahuan you, bukan I yang terhegeh-hegeh nak berkenalan dengan you. Ini semua rancangan Maira.” Geram sungguh dengan kata-kata Khai yang seperti mahu menyalahkan dirinya pula.
            “Kalau ini semua rancangan Maira, kenapa you setuju sedangkan you dah ada dia?”
            “I agreed with this stupid plan because I’m still single and this guy is nobody to me. Don’t you get it?!”
            Khai memandang wajah Hanim dan izzat silih berganti dengan wajah yang menyinga. “You know what? This is bullshit. I’m done with this stupid plan and stupid people like you guys.”
            Belum sempat Khai berlalu satu tumbukan singgah pada rahang kirinya. Gerakan yang tiba-tiba itu membuatkan Khai tidak sempat mengimbangi badannya lalu jatuh tersungkur di lantai kafe. Tanpa membuang masa Izzat terus menarik tangan Hanim keluar dari kafe tersebut.

HANIM tersandar lemah di tempat duduk sebelah pemandu. Wajahnya dipalingkan ke sebelah kiri, memandang kereta yang turut laju membelah jalan raya. Segala usaha untuk melepaskan diri dari Izzat nampaknya hanya sia-sia. Pergerakan Izzat terlalu pantas dan pegangannya terlalu kejap. Akhirnya Hanim terkepung di dalam kereta yang sedang dipandu laju oleh client yang paling menyakitkan hati.
            Steering kereta dipegang kemas dengan tangan kiri manakala tangan kanan pula diletakkan pada cermin kanan kereta untuk menongkat kepala. Serabut! Itu yang dia rasakan sekarang. Sekali lagi dia terlepas kata. Bakal isteri? Seriously Izzat? Entah kenapa bila saja berdepan dengan Hanim perkataan isteri saja yang melekat di mindanya. Dan sekarang, dengan tidak sengaja dia terlepas kata di hadapan Hanim sendiri.
            Ah, banyak lah tidak sengaja. Bukan dengan yakin ke dia berkata di hadapan Hanim dan si bedebah itu tadi. Sejak keluar dari kafe hanya itu saja yang mampu dia lakukan, berperang dengan perasaan sendiri. Sejujurnya, sejak bertemu dengan Hanim perasaan dia memang tidak pernah tenteram. Ada saja yang mengganggu hati dan jiwanya. Yang paling ketara adalah perkataan isteri itu sendiri. Sesaat dia nekad untuk jadikan Hanim isterinya, sesaat kemudian dia mula keliru dengan perasaan sendiri. Apa jenis penyakit la ni.
            Hanim di sebelah dijeling dengan hujung mata. Diam saja wanita di sebelahnya itu. Wajah Hanim sedikit terselindung oleh rambutnya yang panjang. Sedikit serabai setelah bergelut dengan dia seketika tadi. Pertama kali menguruskan wanita yang degil seperti Hanim. Lelah juga dibuatnya. Namun untuk meninggalkan Hanim di situ memang tak lah. Wajah Hanim yang terselindung dijeling lagi.
            “I’m sorry.”
            Diam. Tiada balasan daripada Hanim.
            Izzat menarik nafas dalam. “Hanim I’m sorry.”
            Hanim menoleh ke arah Izzat buat beberapa saat sebelum kembali memandang ke luar kereta. Kata maaf daripada Izzat langsung tidak dapat menyejukkan hatinya dengan tindangan Izzat itu tadi.
            “Hanim please… Say something.”
            “Drop me somewhere.”
            “NO!”
            Tegas Izzat menjawab membuatkan Hanim menjeling geram.
            “Awak suruh saya cakap tapi bila saya cakap awak tak nak buat pula.” bibir bawah dikemam geram. Geram dengan Izzat yang sentiasa mencabar kesabaran dia.
            “Bukan itu yang saya nak dengar.”
            “Habis tu apa?”
            Halkum bergerak-gerak menelan air liur sendiri. Entah kenapa boleh pula dia hilang kata pada saat ini. Mata fokus pada pemanduan tetapi fikiran dia berselirat dengan permasalahan di antara dia dengan Hanim.
            “Okay, lets discuss about this somewhere else…”
            “No! Saya tak nak.” Dengan tegas Hanim memotong percakapan Izzat. “Kepala saya ni dah cukup berserabut dengan apa yang terjadi hari ini Encik Izzat. Out of no where awak tiba-tiba muncul dan masuk campur dalam urusan hidup saya…”
            “Well about that, you should thank me at least. Saya dah selamatkan awak daripada lelaki gatal tu tadi in case kalau awak dah lupa.” Giliran Izzat pula memotong percakapan Hanim.
            Bibir bawah digigit. Menahan rasa kerana semua yang Izzat katakan itu benar belaka. Kalau Izzat tak tolong tadi sudah tentu tercalar maruahnya sebagai seorang wanita bila diraba oleh lelaki gatal dan tak guna macam Khai.
            “You know what Encik Izzat…”
            Izzat menoleh ke arah Hanim sebelum kembali focus pada jalan raya di hadapan.
            “Sejak berjumpa dengan awak hidup saya langsung tak tenteram. Fikiran saya ni asyik berserabut awak tahu tak.”
            “Awak ingat saya tak alami benda yang sama ke Hanim?” Hanim terdiam. “Sejak berjumpa dengan awak fikiran saya juga asyik berserabut memikirkan tentang awak.”
            “Kenapa? Kenapa nak kena fikir tentang saya? Saya tak ada apa-apa kaitan pun dengan awak Encik Izzat. Saya hanya seorang car dealer yang menguruskan soal jual beli kereta awak, itu saja. Kenapa awak harus serabutkan fikiran awak dengan memikirkan tentang saya? Kenapa nak masuk campur urusan hidup saya? Just leave me alone boleh tak? Semua ini tak akan terjadi kalau awak tak sibuk nak masuk campur dalam hidup saya dan tak sibuk nak memikirkan tentang masalah saya. Just. Leave. Me. Alone!” Marah Hanim mula meletus.
            `”No I can’t!”
            “Why?!”
            “I don’t know!”
            “Rubbish!”
            “Shit!”
            Izzat menghentakkan tangan ke steering kereta bagi melempiaskan rasa marahnya manakala Hanim pula bersandar sambil memeluk tubuh dengan wajah yang menyinga. Suasana di dalam kereta kembali sunyi.
            “Kadang tak semua perkara kita mampu jelaskan dengan kata-kata Hanim. Cukup dengan bahasa badan saja. Tak kan itu pun awak tak faham.”
            “Tak. Saya tak faham dan saya tak nak faham. Tafsiran kita tak sama Encik Izzat, boleh jadi salah faham nanti.” Jawab Hanim dengan nada yang dingin.
            “Kalau ada salah faham boleh minta penjelasan.”
            “Nak minta penjelasan macam mana? Apa yang terjadi sekarang ni pun awak tak mampu nak jelaskan.”
            “I am confused Hanim.”
            Hanim memalingkan wajahnya ke kiri. Malas mahu melayan bicara Izzat yang sepertinya tak akan membawa mereka ke mana-mana. Pusing-pusing tang tu juga.
            “Dengar la saya nak cakap ni.” Lengan Hanim yang berlapik ditarik, menuntut perhatian daripada Hanim.
            “Tak payah la tarik. Cakap je saya dengar.”
            Izzat mendengus geram. “My feelings… I’m confused with my own feelings. Bila saya pandang wajah awak, dengan sendirinya sifat melindungi tu muncul. I want to protect you Hanim, from everything. Bad people, bad thoughts, bad memories, everything... Sebab tu saya cakap yang awak bakal isteri saya. Untuk lindungi awak daripada semua tu, kita harus sentiasa dekat dan kita harus sentiasa bersama. Untuk kita bersama, hanya satu caranya… Kahwin.”
            Sepantas kilat Hanim menoleh ke arah Izzat dengan mata yang membulat.
            “I know there is no love between us. In fact, saya sendiri pun masih keliru tentang soal cinta. Tapi soal cinta kita boleh letak tepi Hanim. Apa yang saya nampak awak perlukan seorang pelindung untuk melindungi awak daripada lelaki yang dah tuduh awak macam-macam, untuk melindungi awak daripada perempuan yang pandang awak macam dah seribu tahun dia berdendam dengan awak dan yang paling penting untuk melindungi awak daripada lelaki gatal macam yang tadi tu. I want to protect you. I really do. Trust me Hanim.”
            “You heard?” Mata Hanim mula berkaca.
            Izzat angguk mengiakan. “Everything.”
            Saat air mata mula jatuh ke pipi, Hanim kembali memandang ke luar kereta. “Hantar saya balik Encik Izzat.”
            “Tapi Hanim…”
            “Saya nak balik.” Tegas Hanim berkata dengan mata yang merah dan basah.
            Izzat mengeluh lemah. Melihat mendung pada wajah Hanim membuatkan Izzat turut resah. Tanpa lengah pedal minyak ditekan dan keretanya bertambah laju membelah jalan raya. Give her some space Izzat. Bisik hati kecilnya.

No comments:

Post a Comment