14 July 2017

KUNCI HATI HANIM BAB 6

REFLEKSI badannya di dalam cermin direnung tanpa jemu. Kolar baju kemeja yang kosong dililit dengan tali leher yang kontra warnanya dengan kemeja yang dipakai. Warna lembut dipadankan dengan warna gelap sememangnya mampu menyerlahkan penampilan seorang arkitek seperti Izzat.
            Dalam tangan ligat bergerak melilit tali leher, fikirannya mula melayang memikirkan tentang car dealer yang seorang itu. A mistery woman. Susah benar nak dengar suara yang bagai emas itu. Berpatah-patah yang ditanya, sepatah saja yang dijawab. Kalau orang lain dah lama minta tukar car dealer yang lain. Tapi entah kenapa hati dia tetap mahukan Hanim. Nafas ditarik dalam.
            Siapa lelaki itu ye? Apa kaitan lelaki itu dengan Hanim agaknya? Persoalan yang sering menerjah kotak fikirannya sehingga kini. Entah sejak bila semua persoalan itu menjadi penting bagi dia. Tapi, tidak dapat dia nafikan. Segala kata-kata yang dilafazkan oleh lelaki itu kepada Hanim sedikit sebanyak mungguris hati dia. Ye, dia dengar semuanya. Bila Hanim memandang kea rah pasangan lelaki itu, dia sudah mula memasang telinga.
            Hairan, kenapa Hanim langsung tidak bertegas untuk mempertahankan dirinya, sedangkan sudah jelas dan nyata dia berada di situ atas urusan kerja bukan seperti apa yang lelaki itu katakan. Izzat menarik nafas dalam lagi. Memikirkan tentang Hanim bagaikan memikirkan tentang projek yang tergendala. Duk takuk situ je, langsung tak ada perubahan.
            Sedang dia masih leka memikirkan tentang Hanim. Namanya dipanggil dari bawah. Siapa lagi yang memanggil kalau bukan kakaknya yang seorang tu. Penampilannya diperkemaskan buat kali terakhir. Rambut yang sedikit panjang diperkemaskan. Beg messenger yang berisi dokumen penting disangkut ke bahu dan Izzat bergegas turun ke bawah.
            Dari tangga sudah kelihatan kakaknya Irma sedang sibuk menyusun cawan di atas meja. Yang untungnya bila Irma tinggal bersama dengan dia, tiap-tiap pagi Irma akan sediakan sarapan dan dia wajib mengambil sarapan tersebut sebelum ke tempat kerja. Bab makan memang kakak dia sangat tegas orangnya.
            “Lambatnya… Selalu tak kena panggil pun.” Cawan kosong di hadapan Izzat diisi dengan teh o panas, kegemaran adiknya sejak dulu.
            Tanpa kata Izzat terus mencapai cawan yang telah diisi dan mencicip perlahan minuman hasil air tangan kakaknya itu. Bibir di kemam, Irma mengumpul sabar di dalam hati. Sudah berbulan dia tinggal di rumah Izzat. Namun layanan Izzat terhadap dirinya langsung tidak berubah. Layanan sejuk beku macam tu lah yang Izzat berikan setiap kali dia bersuara.
            “Malam nanti balik awal tau. Kakak ingat nak masak lah untuk dinner nanti. Bosan pula makan dekat luar.”
            “Tengok lah macam mana.” Roti bakar dicapai dan digigit tanpa memandang Irma yang sedang memerhati segala pergerakan dia.
            “Kereta baru Izzat macam mana? Bila dapat?” Irma masih mencuba untuk mengajak Izzat bersembang. Biarlah walau pendek saja jawapan Izzat setiap kali dia bertanya, asalkan adiknya itu masih mahu bersuara.
            “Belum tandatangan agreement.”
            “Lambatnya. Kalau macam tu lebih baik suruh kawan kakak saja yang uruskan, senang dan cepat. Car dealer mana yang buat kerja lambat sangat ni?”
            Izzat memandang ke arah Irma seketika sebelum kembali meneruskan kunyahan. “It is not because of the car dealer.”
Ye lah, bukan car dealer tu yang bermasalah, tapi dia. Dia yang sengaja tak nak tandatangan surat perjanjian hari tu sebab Hanim tak nak berterus terang tentang apa yang telah terjadi. Dah macam gaduh dengan kekasih pula.
            “Habis tu?”
            “Nothing.” Izzat angkat bahu, malas berbicara dengan lebih lanjut.
            Irma tunduk. Lupa pula, Izzat mana nak bercerita dengan dia.
            “I’m done. Izzat pergi dulu.”
            Izzat bangun dari duduknya dan terus berlalu keluar. Irma hanya memandang langkah kaki adiknya itu tanpa kata.


SEMUA dokumen penting disumbat ke dalam beg kerjanya. Kemudian Hanim menjeling ke arah jam di pergelangan tangan. Waktu dijanjikan lambat lagi, tapi dia sudah sibuk mengemas itu ini. Serupa tak cukup tanah dah gaya kalutnya.
            Maira yang dari tadi hanya diam memerhati mula bergerak mendekati Hanim. “Kau kenapa Nim? Kalut semacam je aku tengok.”
            Selesai memasukkan segalanya ke dalam beg, zip ditutup kemas. Hanim menghela nafas lega sebelum duduk buat seketika. “Aku nak keluar jumpa client sekejap lagi.”
            “Pukul berapa?”
            “Dua belas.”
            Maira turut menjeling jam di tangan. “Sekarang baru pukul nak pukul sepuluh Hanim. Yang kau gelabah ayam sangat ni kenapa?” Nak tergelak pun dengan gelagat Hanim hari ni. Dah lama dia tak Nampak Hanim kalut macam ni. Dah lama sangat rasanya Hanim tenggelam dalam dunia kelam dia tu.
            “Aku kena cepat.”
            “Ye lah, tapi kenapa? Ke kau ada nak singgah dekat mana-mana dulu.”
            Laju Hanim menggeleng. “Aku kena cepat. Aku kena sampai lebih awal daripada client aku.”
            Kening Maira mula bercantum. “Kenapa? Client kau garang eh?”
            Hanim menggeleng lagi sebagai jawapan.
            “Habis tu kenapa? Ke kau selalu datang lambat? Lepas tu kena marah?”
            Kali ini Hanim angguk pula.
            Maira menggeleng. “Dah berapa kali kau datang lambat?”
            Jari telunjuk dan jari hantu diangkat sebagai tanda dua. Dari tadi bahasa isyarat saja yang dia guna. Malas betul nak bersuara.
            “Ish kau ni dah kenapa? Memang patut la pun kalau dia marah.”
            “I have my own reason la, bukan aku sengaja pun datang lambat.”
            “I bet you never explain anything to him right? Kenapa kau asyik datang lambat.”
            “Aku malas nak cakap banyak Maira. Aku cuma nak selesaikan kerja aku saja. Tapi dia tu…”
            “Kenapa?” Maira duduk berhadapan dengan Hanim. Macam ada sesuatu yang telah terjadi terhadap kawannya itu. Tapi apa?
            Hanim menarik nafas dalam. Kalau dengan Maira, memang tak ada apa yang dia boleh sorok. Lagi pun, dengan Maira saja lah yang dia berani nak berkongsi tentang apa pun sebab Maira sorang saja lah yang faham dia.
            “Masa aku jumpa dengan client aku hari tu, aku terserempak dengan Meor.”
            “Again?” Mata Maira membulat. “Kenapa kau asyik terserempak dengan dia saja ni?”
            “I don’t know. Dah jodoh agaknya.” Hanim cuba bercanda walaupun dengan riak wajah yang serius. Langsung tidak Nampak seperti dia sedang bergurau.
            “Kau jangan nak mengarut eh. Mamat tu dah ada pengganti kan.”
            “Yeah I know, but we kept on bumped into each other Mai. Rimas juga aku rasa.”
            Tangan dililit ke badan dan Maira bersandar ke belakang. “Dia seorang saja ke waktu tu?”
            “Of course not.”
            “Mungkin tuhan nak tunjuk dekat kau yang dia sedang bahagia dan kau kena lupakan dia Nim.”
            Perlahan-lahan Hanim angguk setuju. “Sebab itu lah aku nak cuba lupakan dia Maira. Walaupun sangat susah aku rasa, aku akan tetap cuba lupakan dia.”
            Maira menggenggam kemas tangan Hanim di atas meja. “Habis tu apa kaitannya semua tu dengan client kau?”
            Hanim menarik nafas dan kembali menyambung cerita perihal client dia yang agak membosankan itu. Semua diceritakan kepada Maira, tiada satu pun yang tertinggal. “Sibuk betul nak tahu soal peribadi aku. Bosan betul.” Raut wajahnya kembali serius. Bila bercakap tentang client dia yang seorang tu stress betul rasa.
            Maira menahan gelak. “Habis tu kau bagitahu dia ke tidak?”
            “Kau macam la tak kenal aku kan. Memang tak la aku nak cerita dekat dia. Tapi yang buat aku lebih geram tu, boleh pula dia tak nak tandatangan surat perjanjian tu sebab aku tak nak cerita semua dekat dia.”
            Gagal menahan ekspresi wajah, akhirnya terhambur juga ketawa Maira. “Lepas tu?”
            “Lepas tu aku angkat kaki, tinggal dia sorang dekat situ. Dia ingat aku mudah macam orang lain ke nak share semua dengan orang yang aku baru kenal. Lagi pun dia tu siapa nak ambil tahu hal personal aku. Haish, tak suka betul la.” Tanpa sedar Hanim membebel. Boleh tahan juga becok mulut dia bila marah macam ni. Tapi bila berdepan dengan Meor tak pula lancer sebegini mulutnya berkata-kata.
            “Surat perjanjian tu?”
            “Nak jumpa hari ni sebab nak minta dia tandatangan surat perjanjian tu la.”
            “Kalau dia masih tak nak tandatangan selagi kau tak cerita semua yang terjadi dekat dia macam mana?”
            Sedar yang dia terlalu leka berbual, Hanim menjeling jam di tangan. Sedang elok dah rasanya kalau dia gerak sekarang. Terus Hanim bangun dari tempat duduknya dan beg kerja disangkut ke bahu.
            “Kalau dia degil juga, aku pass kat orang lain je lah kes dia ni. Malas aku nak layan songeh dia tu. Aku gerak dulu lah Mai, karang lambat pula sampai.”
            “Take care Nim.”
            Sempat Hanim mengangkat tangan tanda okey sebelum berlalu meninggalkan ruang pejabatnya. Tersenyum Maira melihat belakang badan Hanim yang semakin menghilang. Hanim, kadang hidup kau ni tak ada lah kelabu sangat. Cuma kau belum jumpa dengan orang yang bisa mewarnakan hidup kau agar menjadi lebih berseri. Semoga hidup kau akan diwarnai dengan warna-warna yang ceria nanti.


“WHAT a surprise.”
            Kerusi ditarik dan Izzat terus melabuhkan duduk berhadapan dengan Hanim. Saat dia melangkah masuk ke dalam kafe tersebut, pandangan matanya terus disapa oleh raut wajah Hanim yang serius. Hanim lebih awal dari dia nampaknya hari ini. Serik kena bambu dengan dia agaknya. Alah, tapi bukan beria sangat pun dia marah hari tu.
            Hanim cuma menyangkan wajah serius tanpa senyuman. Wajah Izzat yang bersahaja membuatkan dia geram. Kalau lah Izzat tandatangan surat perjanjiannya minggu lepas, hari ini mungkin dah boleh bawa keluar kereta. Selesai kerja dia, tak payah nak mengadap muka Izzat lagi. Tapi sebab orang dekat depan dia ni mengada sangat, entah bila kerja dia akan selesai.
            “Apa khabar Cik Hanim? Sihat?” Raut wajah Izzat juga mula berubah serius. Sejak dia duduk, Hanim langsung tidak menyapa. Kata-kata dia tadi juga dibiarkan bagai angin lalu. Langsung tidak berperasaan wanita di hadapan dia ini.
            “Sihat. Encik boleh turunkan tandatangan dekat sini dan semuanya akan selesai.” Tiada pembuka kata, Hanim terus menolak surat perjanjian jual beli kereta ke hadapan Izzat.
            Terpejam celik mata Izzat memandang.
            “Why so serious?”
            “Apa?”
            “Awak lah. Kenapa serius sangat? Jom order minuman ke makanan ke dulu.” Izzat mengangkat tangan memanggil pelayan kafe tersebut.
            “I don’t have time for that Encik Izzat.” Sedaya upaya dia cuba mengelak daripada berlama dengan Izzat. Bimbang kalau Izzat cuba mengorek hal peribadinya lagi.
            “But I clear my time just for you.”
            “Encik Izzat, saya datang sini sebab kerja. Bukan nak makan minum semua.”
            “You know what Cik Hanim. Sesibuk mana pun kita, tetap juga kena makan dan minum.”
            “And I can do that later.” Jawab Hanim tidak mahu kalah.
            Izzat bersandar ke belakang dengan mata yang tidak lepas memandang Hanim dari atas ke bawah. Cantik. Raut wajah melayu asli. Lebih cantik kalau bibir merah itu tersenyum. Dan lebih indah jika senyuman itu adalah untuk dia.
            “Kenapa?”
            “Apa?”
            “Kenapa saya nampak awak macam cuba nak mengelak daripada saya saja. Macam dah tak sabar sangat nak sudahkan semuanya. Tak sudi nak berlama dengan saya.”
            “Saya cuma nak selesaikan kerja saya encik.”
            “Ye saya tahu. Tapi disamping itu awak cuba nak mengelak dari saya, kan?”
            Dah tahu lagi mahu tanya. Hanim menunduk. Tidak mampu dah rasanya mahu menentang pandangan mata Izzat bila melalui cara itu Izzat dapat membaca segala niat dan perilakunya.
            “Saya tahu awak kurang selesa dengan saya and I’m sorry for that. Tapi Cik Hanim…” Hanim mengangkat wajah bila kata-kata Izzat terhenti seketika. “…saya tetap nak tahu siapa lelaki hari tu dan apa kaitan dia dengan awak.”
            Dia dah mula dah. Soalan ini lah yang paling Hanim cuba elakkan, namun belum sempat dia berbuat apa-apa Izzat sudah mula menerjah dia dengan soalan itu. “You don’t have a right to know Encik Izzat.”
            “Why?”
            “Simple! Because you are nobody to me.” Hanim mula geram. Geram bila benda senang macam tu pun Izzat tak boleh nak fikir dan geram bila Izzat tak sudah mahu masuk campur urusan peribadinya.
            “Let me be somebody to you then.”
            Locked eyes! Lima minit berlalu, tiada sepatah kata pun yang terluah dari bibir Hanim. Izzat pula hanya diam menunggu respon daripada wanita yang berada di hadapannya itu. Melihat Hanim yang hanya diam sambil merenung ke arahnya dengan wajah tanpa riak, hati Izzat mula berdetak tidak senang. Namun sedaya upaya cuba di neutralkan riak wajahnya itu.
            “Say something Cik Hanim.”
            Bagaikan baru tersedar dari lena yang panjang, Hanim mengerdipkan matanya buat beberapa ketika. “Lets continue Encik Izzat. Cepat kita selesaikan semua ini, cepat lah Encik Izzat dapat kereta encik tu.” Terketar-ketar tangan Hanim menghulur kertas untuk ditandatangani oleh Izzat.
            “Saya tak akan tandatangan surat perjanjian tu selagi awak tak jelaskan kepada saya tentang semuanya.”
            Mata dipejam buat seketika, cuba mengumpul kesabaran walau secebis. “Give me one reason why should I explain it to you. Just one Encik Izzat.”
            Izzat diam.
            “Tak ada kan?”
            Izzat diam lagi.
            “Tak ada alasan yang kukuh pun kan?!”
            Izzat tetap diam.
            “Please Encik Izzat, tolong jangan rumitkan keadaan. Just sign here and we’re done. Saya datang ke sini untuk berkerja Encik Izzat, semata-mata kerana kerja. Bukan kerana hal peribadi yang langsung tiada dengan encik. So please… Kalau encik tetap tak nak tandatangan surat perjanjian ni, saya akan pass agreement ni kepada car dealer yang lain. Biar dia yang uruskan semuanya.”
            Lama Izzat memandang wajah Hanim yang sudah masam mencuka. Tegas dan degil. Keras hati juga. Itu rumusan yang sempat dia buat tentang Hanim. Nak tak nak, Izzat terpaksa juga menandatangani surat perjanjian itu. Selesai semuanya, semua dokumen yang berkaitan diserahkan semula kepada Hanim.
            “Terima kasih. Nanti saya akan hubungi encik bila kereta dah boleh keluar.” Dokumen di tangan disumbat ke dalam beg kerjanya dan Hanim bingkas bangun dari tempat duduk. Buat seketika dia tunduk hormat kepada Izzat yang masih memandang dan kemudian dia terus berlalu meninggalkan Izzat sendirian. Terasa sesak dada bila mata Izzat tidak lepas dari memandang wajahnya.
            Bayang Hanim telah lama menghilang, namun Izzat langsung tidak menoleh dan memandang. Hanya tunduk merenung meja kosong di hadapan. What have you done Izzat? Sibuk nak ambil tahu perihal peribadi orang. Padan lah kalau Hanim marah, padan lah kalau Hanim tetap berkeras tak nak jelaskan semuanya. You are nobody to her. Kau siapa nak sibuk hal orang? Tangan naik meraup wajah sendiri. Sungguh la, akal dan hati memang tidak pernah seiring…
           


2 comments:

  1. Hanim is sooooo heartbroken.. please Izzat, heal her. Make her life rainbow and sunshine~

    ReplyDelete