13 July 2017

KUNCI HATI HANIM BAB 5

KEPALA ditongkat pada steering kereta dan mata dipejam rapat. Apa yang terjadi hari ini cuba diusir dari ingatan. Tetapi, seorang Hanim bukan lah semudah itu untuk melupakan. Semuanya bagaikan filem yang diulang tayang tanpa sebarang gangguan. Mengeluh lagi. itu saja yang mampu Hanim lakukan sejak dari tadi. Mengeluh, mengeluh dan terus mengeluh…
            Sedang dia hanyut melayan perasaannya sendiri, cermin kereta diketuk dari luar. Pantas Hanim menoleh. Kelihatan Tuan Yazid sedang berdiri tegak sambil bercekak pinggang di sebelah keretanya. Tampa lengah Hanim terus keluar.
            “Ayah, dah lama sampai?” Tangan dihulur untuk bersalam.
            “Baru je. Hanim baru balik ke?” Tuan Yazid menjeling ke arah pintu utama rumah, mencari bayang anak-anaknya yang lain.
            “Ye ayah. Jom masuk.” Pintu kereta ditutup rapat sebelum dia menarik tangan ayahnya untuk ikut masuk ke dalam rumah yang dihuni bersama abang dan adiknya.
            “Tak payah, dekat sini je.”
            Sekali lagi Tuan Yazid menjeling kea rah pintu utama yang tertutup rapat. Faham dengan pandangan mata ayahnya, Hanim berdehem.
            “Abang belum balik, Rul pun tak ada. Jom lah masuk ayah.” Sekali lagi tangan ayahnya ditarik supaya mengikut dia ke dalam.
            Tetapi sekali lagi Tuan Yazid menolak. “Tak apa lah Hanim, dekat sini je.” Pegangan Hanim dilucutkan dan Tuan Yazid bergerak ke arah kerusi batu yang terdapat di laman rumah.
            “Hanim ada masalah ke?” Soal Tuan Yazid setelah melabuhkan duduk di kerusi batu itu.
            Hanim terus bergerak mendekati ayahnya dan turut melabuhkan duduk berhadapan dengan Tuan Yazid. “Kenapa ayah tanya macam tu?”
            “You looked awful. Dengan menongkat kepala pada steering kereta macam tu, apa lagi kalau bukan sebab ada masalah.”
            Hanim memandang ke dalam mata Tuan Yazid. Tanpa sedar matanya mula berkaca. Ayah peduli, ayah peduli tentang semuanya. Siapa cakap ayah tak peduli tentang anak-anak dia? Berdentam dentum suara hati Hanim berbicara.
            “Ayah…”
            Setitis air mata jatuh membasahi pipi Hanim.
            “Hanim kenapa? Ada masalah dekat tempat kerja ke?” Soal Tuan Yazid lagi dengan tangan yang naik mengusap pipi Hanim yang basah.
            Gelengan diberikan sebagai jawapan. “Tak, bukan masalah kat tempat kerja.”
            “Habis tu?”
            Bibir Hanim kemas terkunci. Entah kenapa bila tiba soal Meor, mulutnya terasa berat mahu berbicara.
            “Atau… Ini semua tentang Meor?”
            Mata Hanim membulat. “Macam mana…”
            “Ada dua yang paling penting dalam hidup Hanim yang ayah kenal. Satu, keluarga Hanim. Dua, Meor. Jadi, kalau bukan masalah dekat tempat kerja mesti lah masalah berkaitan di antara salah satunya, kan?”
            Tampa teragak-agak Hanim angguk mengiakan. “It’s about Meor.”
            “Kenapa dengan Meor?”
            Nafas ditarik dalam. “Meor dah move on ayah, dia dah kahwin.”
            Tuan Yazid diam mendengar.
            “Dia dah bahagia dengan hidup dia sekarang.”
Mata Hanim memandang lurus ke hadapan. Kenangan di antara dia dengan Meor masih berselirat di dalam kepala. Sungguh, nak melupakan itu bukan senang. Namun apa lagi jalan yang dia ada. Melihat kebahagiaan Meor membuatkan hatinya robek. Kenapa Meor bahagia sekarang? Kenapa tidak dulu, sewaktu dengan dia? Apa yang tidak kena di dalam pernikahan mereka dulu? Pelbagai persoalan menerjah minda Hanim namun tiada satu pun yang terjawab. Semuanya bagaikan satu simpulan yang tidak mampu dirungkai.
“Habis tu Hanim macam mana? Bahagia dengan hidup Hanim sekarang?”
Hanim menoleh ke sisi. “Rasanya Hanim tak perlu jawab, ayah dah nampak semuanya.”
“Lupakan Meor. Hanim pun berhak untuk hidup bahagia juga.”
“Macam mana?”
“Kahwin.”
Hanim terdiam. Kahwin? Memang itu saja kah jalannya untuk dia lupakan Meor? “Hanim memang sedang cuba lupakan Meor ayah, walaupun payah. Tapi kebelakangan ni selalu sangat kami terserempak. Meor tu pula, tak habis-habis tuduh Hanim intip dia sampaikan abang pun percaya yang Hanim masih terhegeh-hegeh dekat Meor tu.”
“Petanda dah tu.”
“Petanda apa?”
“Petanda untuk Hanim cari pengganti. Ayah rasa kalau Hanim kahwin lebih mudah untuk Hanim lupakan Meor dan Meor juga tak akan tuduh Hanim macam-macam lagi.”
Hanim mendengus geram. Mudah betul ayah dia cakap. Ingat senang ke nak kahwin, nak lupakan semuanya macam tu saja. “Mungkin sebab itu lah kut mudah sangat ayah lupakan arwah ibu ye. Mudah sangat untuk ayah lukakan arwah ibu.” Tanpa sedar Hanim meluahkan kata-kata yang menyentap tangkai hati Tuan Yazid.
Spontan Tuan Yazid bangun berdiri. “Ayah datang ni nak minta Hanim sampaikan pesanan dekat Hasif. Ayah nak rumah ni dan ayah nak Hasif serahkan rumah ni kepada ayah dengan kadar yang segera.”
Hanim mendongak, mencari wajah Tuan Yazid. Baru tadi dia rasa terharu dengan perhatian yang ayahnya berikan, namun sekarang di dilukai lagi hanya kerana dia meluahkan satu kenyataan. Sanggup ayahnya buat dia begini.
“Jadi ayah datang ni bersebab lah ye? Bukan kerana rasa tanggungjawab sebagai seorang ayah? Bukan kerana mahu mengambil berat tentang anak-anak? Hanya kerana harta semata?”
“Itu saja yang ayah nak cakap. Ayah harap Hanim dapat sampaikan pesanan ayah tu.” Tuan Yazid mula mengorak langkah untuk berlalu.
“Kenapa ayah tak nak cakap sendiri dekat abang?” Hanim ikut berdiri.
“Abang kamu tu bukan boleh dibawa berbincang. Ayah balik dulu, nanti ayah datang lagi.” Tuan Yazid terus berlalu meninggalkan Hanim sendirian.
Hanim terduduk semula. Kenapa lah hidup dia serumit ini. Tentang ayah yang tak habis menuntut hak yang bukan-bukan. Tentang Meor yang tak habis menuduh dia yang bukan-bukan. Her life is a mess. Totally a mess.


HASIF melabuhkan duduk di sisi Hanim yang sedang menonton drama korea di tv. Surat khabar di atas meja dicapai dan diselak satu-persatu. Siang sibuk dengan kerja, malam baru berkesempatan nak baca. Sejak semalam hanya tinggal dia dua beradik saja kerana Hazrul mengikut kawan sekuliahnya bercuti di Pulau Perhentian. Sunyi pula rumah bila tinggal mereka berdua saja.
            “Abang…”
            “Hurm…”
            “Tadi ayah datang.” Hanim meoleh ke kanan, menanti reaksi daripada Hasif.
            “Orang tua tu nak apa?” Hasif bersuara tanpa nada.
            “You know him well abang.”
            Surat khabar dilipat dan dilempar ke atas meja semula. Macam tu la Hasif, baran tak habis-habis. Nak pula bila bercakap tentang Tuan Yazid. “Orang tua tu memang tak sedar diri.”
            “Tak baik lah cakap macam tu abang.”
            “Tak baik apa?” Mata Hasif mencerlung memandang ke arah Hanim.
            “Dia ayah kita lah abang.”
            “Saat dia dan arwah mak berpisah, he is no longer our father Hanim. Abang tak nak dengar lagi perkataan ayah keluar dari mulut kau.”
            “Tapi…”
            “No buts!” Potong Hasif. “Soal tuntutan merapu dia tu, nanti abang selesaikan. Kalau sampai kena naik mahkamah sekalipun abang sanggup. Abang tak akan lepaskan hak kita kepada dia.”
            “Perlu ke sampai naik mahkamah abang.”
            “Perlu! Itu saja cara untuk ajar orang tak sedar diri macam tu.”
            “Tapi dia tetap ayah kita abang. Tergamak seorang anak buat macam tu dekat ayahnya sendiri.”
            “Tak pula Hanim cakap dekat dia tergamak buat anak-anak sendiri macam tu.” Tempelak Hasif.
            “Dah cakap, tapi ayah buat tak dengar.”
            “See… Untuk apa lagi kita berlembut dengan orang macam tu. Hanim nampak tak, ayah langsung tak berusaha untuk memulihkan hubungan dia dengan kita. Memburukkan lagi ada. Tahap kesabaran abang ada hadnya Hanim.” Hasif semakin tegas.
            Sejujurnya dia sudah penat untuk menghadap masalah dengan ayahnya itu. Sejak dari arwah mak nya masih hidup hingga lah sekarang, masalah dengan ayah mereka tidak pernah selesai. Persoalan yang tidak pernah terungkai, kenapa ayahnya sanggup buat keluarga mereka sebegini. Kenapa? Bila ditanya, kemas terkunci mulut Tuan Yazid. Apa sudah hilangkan rasa kasih dan sayang seorang ayah terhadap anak-anaknya?
            “Kali ini keputusan abang muktamad Hanim. KAlau dia masih berkeras mahu menuntut hak milik rumah ni, abang akan bawa kes ini ke mahkamah dan abang yakin yang kita akan menang.”
            Hanim mengeluh lemah. Kalau kes ini dibawa ke mahkamah bermakna semuanya akan menjadi bertambah rumit. Dan yang paling dia risaukan, perhubungan merekla sekeluarga yang tersedia renggang akan putus begitu sahaja. Itu yang dia tak mahu.
            “Abang tak kisah ke kalau kita putus hubungan terus dengan ayah nanti?”
            Laju Hasif menggeleng. “Tak.”
            “Sanggup abang kan.” Hanim bersuara dengan nada kecewa.
            Wajah adiknya dipandang dari sisi. “Sekarang pun hubungan kita dengan orang tua tu seperti berada di hujung tanduk Hanim. Abang tak rasa semuanya akan pulih seperti sedia kala. Biar lah apa nak jadi pun abang tak kisah. Biar dia hidup bahagia dengan keluarga baru dia. Tetapi, abang akan tetap pertahankan semua hak kita. Abang pasti, dia buat semua ini untuk keluarga baru dia tu. Dasar manusia tak sedar diri.” Cemuh Hasif dengan penuh benci.
            Hanim tertunduk. Kedengaran kasar benar kata-kata Hasif di telinganya. Kecewa? Ye! Tapi itu lah hakikat yang tidak dapat disangkal lagi. Mereka sememangnya anak yang terbuang. Mujur saja terbuang pada usia dewasa begini. Jika dari sekecil kanak-kanak, pasti lebih perit hidup mereka bertiga.
            “Abang…”
            “Apa? Nak pertahankan orang tua tu lagi?” Kening Hasif sudah bercantum di tengah. Aura marah mula kelihatan.
            “Tak…”
            “Habis tu?”
            Hanim menoleh ke arah Hasif. Perihal ayahnya dilupakan sekejap. Ada perkara yang lebih penting yang harus dia jelaskan pada Hasif. “Hanim tak stalk Meor. Dah lama Hanim tak buat benda tu semua.”
            Hasif berpusing mengadap Hanim supaya lebih selesa untuk dia berbicara dengan adiknya itu. “Habis tu yang hari tu?”
            “Meor saja buat cerita dan Hanim tak tahu kenapa dia cakap macam tu dekat abang. Yang Hanim tahu, Hanim terserempak dengan dia sewaktu sedang bersarapan. Itu saja.”
            “Tapi Meor cakap…”
            “Abang lebih percayakan Meor daripada adik abang sendiri?” Potong Hanim.
            Hasif jungkit bahu. “Your previous record wasn’t so good Hanim.”
            “Ye Hanim tahu dulu Hanim teruk, selalu terkejarkan dia. Tapi sekarang tak lagi abang. In fact, Hanim sedang cuba untuk lupakan Meor.”
            “Bagus la kalau macam tu.”
            “Sekarang Hanim nak minta tolong dengan abang.”
            “Minta tolong apa?”
            Hanim menarik nafas dalam. Apa yang terjadi siang tadi diceritakan kepada Hasif. Semuanya, tiada satu pun yang tertinggal. “Abang cakap dekat Meor yang Hanim dah move on dah. Tadi tu Hanim jumpa client Hanim, bukan mengendap dia dengan isteri baru dia tu.”
            Kening Hasif berkerut semula. “Kenapa tak cakap tadi masa dia tengah bambu Hanim?”
            “Tak sempat nak cakap dia dah blah.”
            Tangan disilangkan ke dada. “Tengok lah macam mana.”
            “Please… Tolong jelaskan semuanya dekat Meor dan satu lagi…”
            Hasif jungkit kening.
            “Hanim tak nak kahwin. Tidak dalam waktu terdekat ni.”
            Hasif menggeleng tidak setuju. “Nope! Hanim tetap kena kahwin, nanti abang carikan calon.”
            Membulat mata Hanim. Yang gigih sangat nak carikan dia calon ni dah kenapa? Kenapa abang dia beria sangat nak dia kahwin? Nak lepas tanggungjawab ke apa? “Hanim tak nak kahwin!”
            “Hanim tetap kena kahwin.” Hasif masih bernada tegas.
            “Kenapa?”
            “Untuk mengelakkan fitnah.”
            “Fitnah apa?”
            “Macam apa yang terjadi di antara Hanim dengan Meor sekarang.”
            “Sebab tuduhan Meor yang tak berasas tu Hanim kena kahwin? Nonsense!”
            “Nonsense atau tidak, Hanim tetap kena kahwin. Keputusan abang muktamad.” Balas Hasif tanpa memandang kea rah Hanim.
            “Abang benci kan Hanim ke apa? Beria sangat nak Hanim bernikah nampaknya. Hanim perasan yang sejak Hanim bercerai dan sejak mak meninggal, abang macam nak buang Hanim je. Tak pedulikan Hanim dan sekarang paksa Hanim kahwin pula. Abang memang bencikan Hanim ke apa?” Suara Hanim mula serak.
            Hasif diam tidak menjawab dan pandangan matanya dialihkan daripada memandang wajah duka adiknya itu.
            “Kalau macam ni lebih baik Hanim ikut tinggal dengan ayah.”
            Hasif mencerlung ke arah Hanim. “Pergi lah! Pergi ikut orang tua tu dan jangan balik ke sini lagi.” Hasif bangun dan terus berlalu meninggalkan Hanim sendirian.
            Hanim tunduk menekup wajah dan tangisannya mula pecah. Selalu begini. Perbincangan yang bermula dengan baik akan berakhir dengan pertelingkahan. Sampai bila dia harus hadap ini semua? Sampai bila?


No comments:

Post a Comment