11 July 2017

KUNCI HATI HANIM BAB 4

PERTEMUAN yang dinanti. Hari ini sekali lagi Izzat akan bertemu dengan Hanim untuk menandatangani dokumen berkenaan jual beli keretanya. Jam dijeling. Seperti sebelumnya, Hanim lewat lagi. Lengan kemeja yang kemas terletak dibuka butangnya sebelum dilipat hingga ke siku. Dia paling tidak suka menunggu tetapi sejak bertemu dengan Hanim, sudah menjadi rutin pula menunggu kehadiran Hanim yang berwajah serius itu.
            Jam dijeling lagi. Sudah sejam dia menunggu. Baru saja dia ingin mengangkat punggungnya dari kerusi, bayang Hanim mula menjengah. Termengah-mengah dengan wajah yang merah. Lama mata Izzat tertacap pada wajah Hanim yang keletihan.
            “Maaf.”
            Seperti sebelumnya, hanya sepatah yang keluar dari bibir Hanim bila berhadapan dengan Izzat. Kerusi ditarik dan tanpa lengah Hanim melabuhkan duduknya berhadapan dengan Izzat.
            “Again.”
            Faham dengan maksud kata-kata Izzat, Hanim tunduk seperti pesalah.
            “Sorry.”
            “Apa alasan awak hari ni?”
            Wajah diangkat dan mata Hanim bersabung dengan pandangan mata Izzat. Alasan… Tayar kereta dia pancit sewaktu dalam perjalanan ke sini. Nak tukar tayar sendiri memang dia tak pandai. Terpaksa lah tunggu abang dia datang. Nasib baik Hasif berada dekat kawasan yang berdekatan. Walaupun dekat hampir setengah jam juga dia menunggu. Lepas tu kena tunggu Hasif tukarkan tayar kereta lagi. Dekat situ je dah berapa lama masa yang dia ambil. Tapi, bibir Hanim terkuci rapat. Satu alasan pun tidak terluah dari bibirnya yang merah itu.
            “Look… Hari tu pun awak datang lambat tapi saya diamkan, tak minta awak jelaskan apa-apa pun. Tapi hari ni saya nak dengar penjelasan daripada awak, kenapa awak datang lambat Cik Hanim.”
            Tangan dijatuhkan ke atas riba. Mahu saja rasanya dia bangun dan meninggalkan lelaki itu sendiri. Bosan bila semua perkara pun perlu dijelaskan. Dia dah ada dekat sini tak boleh ke mereka teruskan saja perbincangan mereka hari ini. Dan sekali lagi, semuanya hanya diluahkan di dalam hati. Langsung tiada kata yang lahir dari bibir Hanim.
            Izzat menghembus nafas kasar. Belum pernah dia berjumpa dengan orang yang berat mulut seperti Hanim. Pelik, macam mana lah Hanim boleh bekerja sebagai car dealer. Setahu dia pekerjaan seperti ini memerlukan seorang yang ringan mulut, suka bercakap. Tapi Hanim, sebaliknya pula.
            “Dah tak boleh cakap pula ke?” Sinis kedengaran soalan Izzat.
            Hanim memejam mata sesaat. Malas mahu berbalas kata dengan Izzat, segala dokumen yang dibawa diletakkan di atas meja. “Ini dokumen yang perlu encik teliti. Kalau encik dah faham semua, boleh la encik tanda tangan dekat sini.” Hanim meneruskan agendanya tanpa mempedulikan renungan tajam Izzat. Dia datang sebab kerja, jadi hanya soal kerja saja lah yang akan dia bicarakan. Soal lain, Izzat tiada hak untuk ambil tahu.
            Izzat menggeleng dalam senyuman. Tetap juga senyuman sinis yang dia lemparkan. “If you keep showing this kind of attitude, memang tak kan ke mana lah awak jawabnya.” Kertas yang terdampar di hadapannya ditarik dan dibaca satu persatu-satu. Sedar dengan pandangan mata Hanim yang kurang berpuas hati dengan kata-katanya, tetapi dibiarkan saja. Kalau dia cakap banyak pun bukan Hanim nak balas balik kata-kata dia.
            Sambil membaca dokumen di tangan, Izzat turut menjeling ke arah Hanim yang masih setia duduk berhadapan dengannya. Riak wajah bersahaja pula yang Hanim pamerkan sekarang. Mungkin sudah hilang rasa tidak puas hatinya itu tadi.
Kelihatan Hanim tunduk menekur jari sendiri. Mata yang bujur membuatkan pandangan mata Hanim kelihatan tajam. Terasa lain benar bila mata tajam itu turut merenung ke dalam anak matanya tadi. Pipi Hanim kelihatan sedikit cengkung, namun masih sedikit berisi di bahagian tulang pipinya. Rambut yang lurus dilepas bebas. Juntaian rambut yang melindungi mata diselitkan di tepi telinga agar tidak mengganggu pandangan matanya. Sempurna! Terdetik perkataan itu saat mata nakal Izzat menjelajah ke seluruh pelusuk wajah Hanim. Tetapi ada satu yang Izzat perasan sejak dari pertemuan kali pertama mereka, kesempurnaan pada wajah Hanim tidak mampu melindungi aura kecewa pada wajahnya itu. Adakah Hanim sedang kecewa? Tapi kenapa?


SEDANG dia leka mengulit jari sendiri, tiba-tiba terasa seperti dia sedang diperhatikan. Wajah diangkat dan pandangan mata Hanim terus bertaut dengan pandangan mata Izzat yang sedang leka memandang ke arahnya.
            “Encik?”
            Tiada respon daripada Izzat.
            “Encik Izzat, dah sudah ke? Ada apa-apa yang encik tak faham?”
            Bagaikan baru sedar dari mimpi, Izzat tersentak. Panas terasa wajahnya bila ditangkap sedang merenung Hanim di hadapan. Ditangkap pula oleh tuan punya badan sendiri. Bertimpa-timpa rasa malunya.
            “Urm… No! I’m not done yet.” Perlahan Izzat menjawab. “Ouh ye, kalau awak nak order minuman ke makanan ke order lah. Everything is on me.”
            Hanim menggeleng tanda menolak.
            Tanpa sedar Izzat mengeluh lemah. Suka sangat guna bahasa isyarat macam tu. Tak boleh ke kalau cakap walaupun sepatah. Jawab tak nak pun jadi lah. Dah macam ada emas pula dalam mulut tu. Kertas di tangan diletakkan semula di atas meja sebelum dia bangundari duduknya.
            “Saya nak ke tandas sekejap.” Terasa lelah berhadapan dengan Hanim yang berat mulut, dia perlukan sedikit ruang untuk bertenang. Bertengan dengan perangai Hanim dan bertenang daripada terus jatuh cinta dengan Hanim. Jatuh cinta?
            Belakang badan Izzat yang semakin menghilang dipandang tanpa rasa. Tanpa sedar, Hanim juga turut mengeluh lemah. Kemudian badannya disandarkan ke belakang. Dalam ramai-ramai client, entah kenapa Izzat lah client dia yang paling membosankan. Lama lagi ke nak habis? Hanim mengeluh bosan. Matanya diliarkan ke sekeliling restoran. Suka betul Izzat ajak dia berjumpa dekat sini. Hari tu pun dekat sini juga.
            Sedang matanya meliar ke kiri dan kanan, pandangan matanya mula dihiasi dengan figura sepasang kekasih yang sedang menjamu selera di meja paling hujung. Seronok mereka makan sambil berbual. Masing-masing kelihatan berselera menjamah makanan di atas meja. Saat pandangan mata Hanim bersatu dengan pandangan mata si jejaka, hatinya mula dijentik rasa sayu.
            Meor… Teringat kembali pergaduhan di antara dia dengan abangnya beberapa hari yang lalu, rasa sayu bertukar kepada rasa marah pula. Tergamak Meor tuduh dia yang bukan-bukan macam tu. Siap mengadu dengan abang dia lagi tu. Tanpa Hanim sedar, Meor sudah melangkah mendekati mejanya.
            “Awak buat apa dekat sini?”
            Belum sempat Hanim menjawab Meor bersuara lagi.
            “Awak memang tak serik kan Hanim. Kan saya dah cakap jangan ganggu hidup saya lagi. Berhenti lah buat kerja sia-sia macam ni. Berhenti ekori saya. Awak nak saya cakap macam mana lagi supaya awak faham?”
            “Saya tak…”
            “Tak apa? Tak boleh nak lupakan saya?” Meor ketawa. Ketawa yang dibuat-buat dengan senyuman menyindir.
            Hanim mendengus kasar. Ingin saja dibalas kata-kata Meor itu tetapi bibirnya kemas terkunci saat mata terarah pada teman Meor yang turut memandang ke arahnya. Atas bawah wanita itu memandang Hanim.
            “Kekasih? Ke isteri?” Lain yang ingin diluahkan, lain pula yang keluar dari mulutnya.
            Meor turut berpaling ke arah yang sama dengan tangan yang mula membelit badan sendiri. “Move on lah Hanim. Sampai bila nak kejar saya macam ni? Tak malu ke ha?” Meor diam seketika, menanti balasan daripada Hanim. Namun diam Hanim yang dia dapat.
            “Please leave us alone, jangan ganggu kami lagi. Saya tak suka awak ekori saya macam ni. Saya dah move on dan saya dah bahagia dengan isteri baru saya sekarang. Jangan awak ganggu lagi emosi isteri saya dengan mengekori kami macam ni. Get a life Hanim, cuba malu sikit. Kalau tak malu kat orang lain pun cuba lah malu dengan diri sendiri. You asked for this and now you got it.”  
            Usai berkata Meor terus berpaling untuk berlalu dan baru beberapa langkah dia berjalan, Hanim menarik lengannya. “Saya tak…”
            “Tak payah nak bohong Hanim. Dah, lepaskan saya.” Tangan Hanim yang melekat kemas pada lengannya terlurut jatuh dan Meor terus berlalu meninggalkan Hanim yang masih tercegat memandang. Sekali lagi Hanim tidak diberikan kesempatan untuk menerangkan perkara yang sebenarnya.
            Dengan langkah longlai Hanim kembali semula ke meja yang didudukinya seketika tadi. Mata Izzat memandang tajam kea rah Hanim yang baru saja kembali melabuhkan duduk di hadapannya.
            “What was that?”
            Wajah diangkat dan mata mereka kembali bertentangan. “Boleh kita teruskan?” Soal Hanim tanpa mengendahkan soalan Izzat.
            “What was that Hanim?”
            Melihat Hanim yang diam tidak menjawab, Izzat menoleh ke arah pasangan yang turut memandang ke arah mereka. Wajah masam dengan pandangan mata yang tajam menikam, cukup member isyarat bahawa wanita di meja sana sedang menahan marah.
            “Teman lelaki awak ke? Dan perempuan tu, isteri dia?”
            “Kita datang ke sini untuk berbincang tentang pembelian kereta awak Encik Izzat.” Tanpa riak Hanim bersuara.
            Izzat diam seketika sebelum kembali bersuara, “Yeah I know. Tapi saya nak tahu apa yang baru saja terjadi tadi.”
            Hanim mengeluh bosan. “It’s about my personal Encik Izzat, encik tak perlu tahu pun.”
            “Dah jadi depan mata saya Hanim, jadi saya tetap nak tahu.”
            Hanim mengetap bibir geram. “Kalau encik tetap berkeras nak ambil tahu tentang hal peribadi saya, saya balik.” Ugut Hanim dengan tangan yang mula bergerak mengemas segala dokumen yang terdampar di atas meja.
            “We are not done yet Hanim.”
            “Memang. Sebab apa? Sebab encik lebioh berminat tentang hal peribadi saya berbanding kereta encik ni.”
            “Stay still!”
            “No!”
            Terdongak kepala Izzat memandang Hanim yang sudah berdiri. “Nanti pun kita kena jumpa juga untuk selesaikan jual beli kereta saya ni.”
            “Baiklah, kita jumpa dan bincang lagi nanti.” Dengan riak bersahaja Hanim membalas.
            “Dan saya akan tetap tanya soalan yang sama, apa yang terjadi di antara awak dengan lelaki itu tadi.”
            Hanim menjulingkan mata ke atas. “Dan saya tetap tak akan jawab soalan encik tu.”
            “Terpulang. Selagi awak tak jawab selagi itu lah saya akan tanya dan urusan jual beli kita sampai bila-bila pun tak akan selesai.”
“Suka hati encik lah.” Hanim terus berlalu meninggalkan Izzat dengan kata-kata yang membuatkan Izzat terdiam.
            Keras sungguh hati awak Cik Hanim. Kemudian Izzat kembali memandang ke arah meja yang diduduki oleh pasangan itu tadi. Rupanya mereka turut memandang ke arah Izzat sebelum kembali menyambung makan makanan yang masih berbaki.
            Apa kaitan kamu dengan Cik Hanim yang sebenarnya?



No comments:

Post a Comment