20 July 2017

KUNCI HATI HANIM BAB 12

SETELAH dua minggu masing-masing diam tanpa khabar berita, akhirnya mereka kembali bersemuka. Hilang sudah Maira dan sushinya. Yang ada di hadapan Hanim kini hanyalah seorang lelaki yang berwajah pucat yang dari tadi tidak lepas dari memandang wajahnya.
            “Awak tak sihat ke Encik Izzat?” Tidak dapat ditahan akhirnya terkeluar juga soalan yang berlegar di fikirannya sejak dari tadi. 
            “I’m fine.” Jawab Izzat perlahan dengan suara yang serak akibat batuk tanpa henti sewaktu di rumah dan di dalam kereta tadi.
            “No you’re not,” nak tipu siapa? Tipu budak kecil boleh lah kut. Tambah Hanim di dalam hati.
            Akhirnya Izzat angguk mengiakan. “Demam sikit je. Awak sihat?”
            “As you can see. Dah tak sihat macam ni kenapa tak berehat dekat rumah saja.”
            “I need to see you.”
            “Kenapa?”
            “Saya nak bincang tentang lamaran saya Hanim.”
            Hanim mengeluh lemah. “Kan saya dah jelaskan semunya Encik Izzat.” Lepas hari tu Izzat langsung tidak mencari dia dan dia sangkakan yang Izzat sudah mengalah dan tidak mahu meneruskan niat untuk berkahwin dengan dia setelah mengetahui tentang perkara yang sebenar. Nampaknya tekaan dia meleset sama sekali.
            “Ye, saya dah jelas tentang status awak. Tapi itu tidak bermakna yang saya sudah lupakan niat saya itu Hanim. Saya masih nak jadikan awak isteri saya.” Izzat terbatuk lagi. Sampai merah mukanya kerana batuk tanpa henti.
            Spontan Hanim menolak gelas yang berisi air kosong ke hadapan Izzat. Jauh disudut hati dia merasa terharu juga dengan tindakan Izzat itu. Sanggup datang mencari dia walau dalam keadaan sakit semata-mata mahu melamar dia untuk yang ke berapa kali.
            “But why me?”
            “Please don’t ask me why anymore Hanim.” Izzat menggeleng seraya menyandarkan badannya ke belakang. Selepas batuk yang berpanjangan tadi badan dia mula terasa lemah semula. Rasa nak baring je. Kalau dekat rumah dah lama dia lena agaknya.
            “Awak sedar tak apa yang awak buat ni sangat berisiko Encik Izzat. What if it doesn’t work? Kita cerai? Macam tu?”
            “Belum kahwin lagi Hanim dah cakap pasal cerai. Please don’t welcoming any negative vibe into our life.
            “Kita kena fikir tentang kemungkinan juga Encik Izzat. Life is not always about happy ending, kena ingat tu.”
            “But we can create our own happy ending.”
            “How?”
            Izzat memandang ke luar restoran sebelum kembali memandang ke arah Hanim yang masih setia menunggu jawapan darinya. “You are too negative Hanim. Belum cuba lagi dah fikir yang bukan-bukan.”
            “To be honest, I hate trial and error.”
            “See! Itu lah masalah awak. Kalau macam tu sampai bila-bila pun awak akan terus hidup macam ni Hanim. Hidup dalam keadaan macam ni,” tanpa dapat di tahan nada suara Izzat sedikit meninggi.
            “Apa maksud awak hidup dalam keadaan macam ni?”
            Spontan tangan menolak kasar rambut yang sedikit serabai. “Look at yourself. Nampak normal tapi hakikatnya tak. You live in a misery and don’t you dare to deny it!
            Itu lah hakikatnya namun hati dia langsung tidak dapat menerima hakikat yang dinyatakan oleh Izzat itu. Tangan di bawah meja digenggam kemas bagi melempiaskan rasa geram. Kalau dapat dia tumbuk muka pucat Izzat tu bagus juga. Biar dia tahu betapa sakitnya rasa penumbuk orang yang hidup dalam merana macam ni.
            “Awak pasti yang saya tak akan hidup merana setelah berkahwin dengan awak?” Tenang suara Hanim menyoal. Namun dalam hati tuhan saja yang tahu.
            “Yes!”
            Terlepas juga ketawa sinis dari bibir merahnya itu bila mendengar jawapan Izzat. “Apa jaminan awak yang saya akan hidup bahagia jika berkahwin dengan awak Encik Izzat,” belum sempat Izzat manjawab Hanim terus menyambung bicaranya. “Soal cinta letak tepi. You said that before. Kalau tiada cinta antara kita bagaimana saya nak hidup dengan awak nanti? We don’t love each other, jadi apa yang akan menjadi tunjang kepada perkahwinan kita nanti dan apa yang akan membuatkan perkahwinan kita kekal sampai bila-bila? Apa Encik Izzat?”
            “Sesebuah perkahwinan tetap akan bahagia walaupun tanpa cinta Hanim.”
            “Think before you speak! Awak ingat awak cakap dengan siapa? Budak-budak yang senang digula-gula kan?”
            “Awak yang bercakap tanpa berfikir. Ramai je pasangan yang berkahwin bukan atas dasar cinta tapi hidup bahagia hingga akhir hayat mereka.”
            “Awak bercakap dengan orang dah ada rekod buruk tentang berkahwin tanpa cinta Encik Izzat,” suara ditekankan agar Izzat faham. Lelaki ini nampaknya sengaja tak nak faham apa yang dia cakapkan.
            “Awak ingat saya tak sedar tentang perkara tu?”
            Hanim diam. Namun matanya tidak lepas memandang wajah Izzat yang mula berpeluh. Entahkan kerana terlalu marah atau terlalu letih berbalas kata dengan dia hari ini. Izzat meraup wajahnya yang basah. Kepala mula berdenyut tetapi sedaya upaya ditahan sakitnya itu agar tidak terlihat oleh Hanim.
            “Saya sedar semuanya tentang masa lalu awak Hanim. Awak juga yang ceritakan semuanya pada saya, remember? Tapi Hanim, masa lalu tidak akan berulang kembali jika kita berusaha untuk merubahnya.”
            “Ye, saya memang sedang berusaha untuk memastikan masa lalu saya tidak akan berulang lagi. Macam mana? Dengan mengahwini lelaki yang mencintai saya, bukan lelaki yang letak tepi soal cinta macam awak.”
            Izzat mendengus kasar. “Dan awak fikir saya tak akan jatuh cinta dengan awak setelah kita bernikah nanti?”
            Dahi berkerut dan lidah mula kelu. Izzat sangat pandai bermain kata-kata hinggakan dia lelah untuk membalas semula. Hanim menunduk. Hati mula keliru dan fikiran mula celaru. Menerima lamaran Izzat ibarat dia memperjudikan hidup dia sekali lagi. Jika diingat tentang pengalaman lalu, perit rasanya untuk melalui pengalaman itu sekali lagi. Tetapi jika dia tak mencuba, bagaimana jika Izzat adalah orangnya? Orang yang ditakdirkan untuk menjadi suami dia. Sanggupkah dia melepaskan jodohnya kepada orang lain?
            “You put a high expectation on me, on us. Saya…” Hanim menggeleng.
            “You know what Hanim. Saya tak tahu lah kenapa saya beria sangat nak awak jadi isteri saya hinggakan saya terpaksa merayu macam ni. Maybe I’m just a stupid guy who really want to protect a woman in despair like you. Dan lebih malang lagi, sekeras-kerasnya saya ditolak. Mungkin saya dah gila.” Izzat bersedia untuk bangun namun segera ditahan oleh Hanim.
            “Saya terima.”
            Terdiam dan terkaku untuk beberapa saat. “Finally?” Soal Izzat dengan kening yang terjungkit.
            “I can’t promise you anything tapi satu yang saya minta… tolong bersabar dengan saya.”

IZZAT kembali terbaring di atas katilnya dengan dibungkus oleh selimut tebal. Sejak pulang dari berjumpa dengan Hanim begitu lah keadaan dia. Demamnya menyerang kembali. Batuknya juga semakin teruk. Pedih rasa tekak menahan perit akibat batuk tanpa henti. Melihat keadaan dia yang berdiri lemah di hadapan pintu, tanpa banyak soal Irma terus membebel. Namun satu patah kata pun dia tak dapat membalas kerana keadaan kesihatannya sangat teruk pada ketika itu. Tak apa lah, kasi can Irma menang kali ni.
            Duduk dilabuhkan di sisi Izzat sambil meriba semangkuk sup sayur dan segelas air suam. Paracetamol diletakkan di atas meja sisi. Kalau tak tahan juga, terpaksalah dia angkut Izzat ke hospital. Biar doktor bagi ubat yang kick sikit. Sejak hari tu paracetamol saja lah yang Izzat telan. Mungkin tak cukup kuat dah nak lawan virus demam adik dia ni. Sebab itu lah demam Izzat tak juga berkurang.
            “Bangun Izzat, makan sikit. Kejap lagi makan ubat pula.”
            Terasa berat kelopak matanya untuk dibuka. Sinar cahaya lampu yang terpasang mula menyinari penglihatannya membuatkan mata Izzat terpejam celik menahan silau. Irma masih setia di sisi dengan mangkuk sup di tangan. Menanti Izzat membuka mata seluas-luasnya. Hampir lima minit dia begitu, bukaan matanya semkin luas. Dengan tenaga yang masih bersisa Izzat menyandarkan badan pada kepala katil. Tanpa membuang masa Irma terus dengan tugasnya menyuap Izzat.
            Baru beberapa sudu, Izzat sudah menggeleng. Tekaknya masih terasa perit untuk menelan dan mulutnya terasa pahit untuk merasa sebarang jenis makanan membuatkan seleranya hilang.
            “Sikitnya, makan lah lagi.”
            “Tak nak kakak.”
Ketegasan suara Izzat membuatkan Irma akur. Mangkuk sup diletak ke tepi dan dua biji paracetamol diserahkan kepada Izzat. Tanpa banyak soal Izzat terus menelan ubat tersebut.
“Kalau demam tak kebah juga kakak bawa Izzat ke hospital saja lah.”
“Esok elok lah ni.”
“Hari tu pun cakap macam tu juga tapi sampai sekarang tak sembuh-sembuh. Makin melarat adalah. Itu lah, kakak dah cakap jangan keluar tapi degil. Nak juga keluar kan.”
Izzat hanya merenung wajah kakaknya tanpa membalas walau sepatah pun bebelan Irma. Kakaknya masih seperti dulu, terlalu mengambil berat dan masih juga suka membebel. Yang pasti bebelan kakaknya itu semata untuk kebaikan diri dia juga. Tapi entah kenapa sukar benar untuk dia menerima kakaknya kembali di dalam hidupnya seperti dulu. Mungkin rasa sakit itu belum hilang. Mungkin rasa kecewa itu belum terhapus. Mungkin…
“Kenapa pandang kakak macam tu?”
“Izzat ada sesuatu nak beritahu kakak.”
“Apa?”
“Izzat nak kahwin.”
Buat sesaat Irma terdiam. Cuba memproses kata-kata Izzat walaupun kata-kata adiknya itu sudah terang lagi nyata. Tetap juga dia perlukan masa untuk menghadam semuanya. “Seriously?”
“Yes.”
“But why so sudden?”
“I’ve thought about it, a lot. And I think this is the time.”
“Tapi tiba-tiba sangat ni Izzat. Tak ada hint ke apa tiba-tiba cakap nak kahwin. Izzat memang ada kekasih ke sebelum ni?”
Dengan jujur Izzat menggeleng.
“Habis tu Izzat nak kahwin dengan siapa sebenarnya? Eh, kakak tak setuju lah kalau macam ni,” laju Hanim menggeleng. Entah apa yang telah merasuk Izzat buat keputusan terburu-buru begini. “Nak kahwin is a good thing Izzat. Tapi nak kahwin dengan entah siapa-siapa tu yang tak bagus.”
“Izzat cuma nak beritahu kakak tentang hal ni, bukan nak minta keizinan kakak. Izzat tetap akan kahwin dengan Hanim, with or without your permission.”
Tersentak Irma buat seketika. Terasa seperti diketepikan. Bukan terasa lagi dah, memang sudah terang dan jelas yang dia diketepikan oleh Izzat. “So her name is Hanim. Kawan Izzat ke?” Irma menyoal dengan nada yang tenang. Soal terasa hati dengan Izzat diletak ke tepi buat sementara.
Malas mahu memanjangkan soal jawab, Izzat mengiakan saja soalan kakaknya itu. “Dia kawan Izzat dan kami dah bersetuju untuk berkahwin.”
Irma bangun dari duduknya. “Kalau macam tu kakak terima semuanya. Bila nak kahwin? Kita dah boleh mula buat persiapan agaknya ni.”
One more thing kakak.”
“Apa?”
“Kami tak nak bersanding. Cukup dengan majlis akad nikah saja.”
“Apa?” Irma duduk semula dengan mata yang membulat. “It’s your wedding Izzat, first and last in your whole life. Tak kan lah tak nak sanding, buat majlis yang special and memorable.
“Akad nikah tu pun dah cukup special and memorable than anything kakak.”
Irma menggeleng. “Kakak tak faham lah. Sekali seumur hidup Izzat, apa lah salahnya kalau buat majlis persandingan yang besar dan meriah sikit. Lagi pun Izzat seorang saja adik yang kakak ada, nak juga tengok Izzat bersanding.”
Izzat terdiam. Ada betulnya juga apa yang Irma katakana itu. Bukan selalu, apa lah salahnya kalau dia berbelanja lebih sikit untuk majlis kahwin dia sendiri. Tetapi dah memang itu syarat Hanim setelah bersetuju untuk berkahwin dengan dia, jadi harus bagaimana lagi. Mahu atau tidak terpaksa juga dia terima.
“It’s final kakak, no reception.”
Dengan rasa geram yang menggumpal Irma bangun  dari duduknya dan ingin berlalu keluar dari bilik Izzat. Namun sempat dihalang oleh adiknya itu.
“But you can prepare something special and memorable for akad I guess.” Hanim tak cakap pula yang dia nak majlis akad nikah biasa-biasa saja. Jadi tak salah rasanya kalau dia buat majlis akad nikah yang lebih grand setanding dengan majlis resepsi yang lain.
Perlahan-lahan senyuman mula terbit di bibir Irma. “Alright then. Serahkan semuanya pada kakak,” dengan wajah yang ceria Irma berlalu keluar.
Nafas dihela dan Izzat kembali merebahkan badannya ke katil. Untuk kali ini, biar lah Irma merasa menguruskan perkahwinan dia. Dan Hanim, akan dijelaskan semuanya pada Hanim tentang majlis akad nikah mereka nanti. Perlahan-lahan mata ditutup dan Izzat kembali lena.

HASIF DAN HAZRUL yang sedang menonton perlawanan bola sepak di kaca tv dihampiri. Dari siang tadi Hanim menyusun kata untuk mengkhabarkan tentang Izzat kepada abang dan adiknya itu. Gemuruh di dalam dada tuhan saja yang tahu. Bimbang kalau rancangan dia ditolak mentah oleh Hasif dan Hazrul.
            “Hanim ada perkara nak beritahu korang berdua.”
            Spontan dua mata itu memandang ke arah Hanim yang sedang berdiri di sisi sofa. Kemudian Hasif dan Hazrul saling berpandangan. Seminggu dua ni Hanim jarang benar nak duduk bersembang dengan mereka, walaupun sebelum ini mana pernah mereka nak duduk lepak bersama dengan Hanim. Tapi Hanim bukan sekadar tak bersembang, malah turut mengelak untuk berjumpa dengan mereka berdua. Entah apa lagi yang tidak kena dengan Hanim agaknya.
            “Tentang apa?” Hasif sebagai abang mula menyoal manakala Hazrul hanya diam mendengar.
            “Hanim nak kahwin.”
            Terus terkunci mulut kedua lelaki itu. Hanim nak kahwin? Entah kan berita gembira atau sebaliknya, Hasif mula kehilangan kata. Memang ini kemahuan dia agar Hanim berkahwin lagi. Tetapi hati dia jadi tidak senang pula dengan kenyataan Hanim itu. Terkebil-kebil Hanim memandang wajah Hasif dan Hazrul silih berganti. Menanti respon daripada abang dan adiknya itu. Namun mereka hanya diam tanpa kata, membuatkan hati Hanim sedikit risau.
            “Dengan siapa kak?” Tidak dapat menahan rasa ingin tahu Hazrul terus menyoal.
            “Izzat.”
            “Izzat who?” Serentak Hasif dan Hazrul bertanya.
            Hanim melabuhkan duduk di sofa sebelah. Rasa gugup pula nak menjawab. “My client.”
            “Jadi nak kahwin dengan orang yang Hanim baru kenal lagi lah ni? Dan biarkan sejarah lama berulang kembali, macam tu?”
            “Abang juga yang nak Hanim kahwin kan,” dengan berani dia membalas kata-kata Hasif.
            “Ye! Tapi dengan orang yang Hanim dah kenal lama. Bukan orang yang baru kenal macam Meor dulu.”
            “What do you expect abang? Nak Hanim kahwin dengan kawan Hanim? Atau dengan saudara kita sendiri? Itu yang abang nak?”
            Hasif diam tidak menjawab. Naik turun dadanya menahan marah bila mengingat semula tentang perkahwinan Hanim yang terdahulu. Baru kenal terus di ajak kahwin dan akhirnya bercerai juga. Dia tak nak adiknya itu berhadapan dengan pengalaman yang sama buat kali yang kedua. Dia tak nak!
            “Abang pun tahu kan, kawan lelaki Hanim tak ramai. Yang ada tu pun tak ada yang sanggup jadikan Hanim yang janda ni sebagai isteri. Tapi Izzat, he is different. Sejujurnya Hanim sendiri pun tak pasti sama ada Hanim akan bahagia atau tidak dengan Izzat. But as you said, bagi mengelakkan fitnah dan salah sangka macam yang Meor selalu tuduh Hanim tu, Hanim akan kahwin dengan Izzat. Lagi pun…”
Hanim memandang Hazrul sebelum memandang ke arah Hasif yang tunduk dengan wajah yang masam. “Hanim dah tak nak tinggal dekat sini lagi. Abang sendiri pun nampak macam dah tak sabar sangat nak Hanim kahwin kan, nak Hanim keluar dari rumah ni. So, I think this is the best for us.
Hasif dan Hazrul terhenyak di tempat duduk sendiri. Tuduhan Hanim itu sememangnya tidak benar sama sekali. Namun bibirnya terasa berat untuk menjelaskan semuanya. Melihat abang dan adiknya yang masih diam tanpa kata, Hanim bangun untuk berlalu ke tingkat atas.
“Kakak… Wali macam mana?”
Kaki yang hampir mencecah tangga terus terkaku dan Hanim menoleh dengan senyuman hambar. “Kakak akan cakap dengan ayah nanti.” Langkah terus diatur membawa diri ke dalam bilik tidurnya.
Hazrul memandang Hasif di sebelah. “Is this what you want abang?”
“Bukan seperti apa yang Rul fikirkan.” Hasif menjeling.
“Apa yang Rul fikirkan dan apa yang bukan seperti yang Rul fikirkan? Care to explain?
Hasif mendengus. “Abang cuma nak yang terbaik buat kakak kau.”
“Dengan memaksa kakak untuk berkahwin dan biarkan kakak keluar dari rumah kita. Macam tu?”
“Kau memang nampak yang buruk abang je kan Rul? Kau tak nampak pun apa yang disebaliknya.”
Because you act like one. Abang yang buat diri abang nampak buruk, nampak jahat. Kalau betul abang nak yang terbaik untuk kakak, bukan macam ni caranya abang.”
“Habis tu macam mana? Cuba kau bagitahu aku.” Hasif mula menengking. Rasa tercabar bila Hazrul dari tadi asyik menuduh dia yang bukan-bukan.
“Pergi cari si Meor tu dan tumbuk muka dia sampai lebam. Lepas tu cakap dekat dia yang kakak tak pernah ekori dia, itu semua kebetulan dan abang lebih percayakan kakak daripada dia. That’s what you should do! Bukan salahkan kakak dan biarkan kakak menjadi mangsa.” Hazrul terus bangun dan berlalu meninggalkan Hasif sendirian.
Masuk saja di dalam bilik dia terus bersandar pada belakang pintu sebelum badannya melurut jatuh dengan kedua belah tangan menutup muka. Rul minta maaf kakak. Rul lambat sedar tentang semuanya dan membiarkan kakak hadap semuanya sendiri.
Hasif yang masih duduk di ruang tamu tersandar lemah. Serabut memikirkan tentang perbuatan ayahnya dan apa yang terjadi di dalam keluarga mereka membuatkan dia telah membuat keputusan yang salah. Tanpa sedar dia telah melukai hati adiknya sendiri. Untuk mengembalikan semuanya pada keadaan asal sepertinya sudah terlambat. Apa yang dia mampu lakukan kini adalah berdoa semoga perkahwinan kali kedua adiknya ini akan menemukan bahagia yang tidak berpenghujung buat Hanim.


No comments:

Post a Comment