28 July 2017

AINA BALLERINA BAB 1

PINTU kafe ditolak dengan hujung kaki bila tangan kanan sedang melekapkan telefon di telinga manakala tangan kiri pula penuh dengan groceries yang sempat dibeli sewaktu singgah di Cold Storage seketika tadi.
            “Ye ma, Aina singgah minum kopi kejap. Give me one hour please.” Masuk saja ke dalam kafe, Aina memandang sekeliling. Sesak! Ramai pula orang hari ni. “No ma, give me two hours. Nanti Aina balik la.”
            “Lamanya minum kopi. Dah petang ni jangan balik lambat sangat Aina. Barang yang mama pesan dah beli ke belum?”
            “Dah ma, penuh dah kat tangan Aina ni. Orang ramai la kat kafe ni ma… Minum sekejap je nak beratur tu yang lama.”
            “Minum kopi dekat rumah je lah kalau macam tu, nanti mama buat kan.”
            Aina mencebik. “Alah ma sekejap je, dua jam bukan lama. Itu pun anggaran Aina je. Kopi dekat sini sedap la ma, Aina dah ketagih ni ha.” Aina tergelak dengan kata-kata sendiri.
            “Amboi… Tu nak cakap yang kopi mama tak sedap lah tu.”
            “Eh no ma, kopi mama pun sedap juga cuma rasa je yang berbeza. Okey lah ma, lama bersembang dengan mama lambat pula Aina nak order kopi tu.”
            “Ye lah, balik cepat.”
            “Yes mem!” Iphone 6 dimasukkan ke dalam poket sweater dan Aina mula beratur di hadapan kaunter.
            Panjang pula barisan hari ini, semua yang beratur di hadapan dia pula lelaki. Dah lah dia seorang saja perempuan, berdiri paling belakang pula tu. Memang kerdil sungguh rasa diri ini, padahal dia tak ada lah pendek sangat. Ye ke tak pendek? Hello! Tinggi dia 168cm okey! Cukup tinggi dah tu untuk wanita asia.
            Tanpa sedar Aina mengeluh perlahan. Plastik di tangan mula melurut jatuh dan segera dia memperkemaskan pegangan. Hampir lima belas minit menunggu tiba giliran dia untuk membuat pesanan.
            Seperti biasa Aina memesan Caramel Macchiato with extra cream. Her favourite dulu kini dan selamanya. Selesai semuanya Aina memandang ke sekeliling kafe, mencari tempat kosong untuk diduduki. Bukan tak boleh minum dekat rumah atau minum sambil pulang ke rumah. Tetapi dia lebih suka menghabiskan minumannya di kafe tersebut sambil menikmati suasana kafe yang mampu membuatkan dia menghilangkan rasa lelah. Namun sayang, semua tempat sudah penuh.
            Perlahan-lahan Aina berjalan mendekati ruang tengah kafe, masih mencari kalau-kalau ada pelanggan yang sudah selesai minum. Sedang dia sibuk mencari, matanya tertacap pada seorang lelaki yang duduk di meja kaunter yang mengadap cermin kafe, her favourite spot. Kelihatan seperti lelaki itu sudah selesai minum tetapi langsung tidak bergerak dari tempat duduknya.
            “Dia ni tak nak bangun ke? Tak nampak ke yang ramai orang sedang mencari tempat duduk sekarang ni.” Aina mengomel perlahan. Tanpa teragak-agak dia terus mendekati lelaki tersebut.
            “Ehem! Urm excuse me…”
            Lelaki itu menoleh. “Yes?”
            “Encik dah sudah ke?” Fuhh formal betul siap berencik bagai. Ye lah dah pakaian dia pun office attire kan, orang kerja pejabat ni. Mesti la kena formal. Ye tak?
            “Yaa…” Jawab lelaki itu sambil memandang ke arah gelasnya yang sudah kosong.
            “Kalau dah sudah boleh tak encik bangun. Ada ramai lagi yang nak duduk dalam kafe ni termasuk lah saya. So please, jangan selfish sangat boleh tak?!” Dengan wajah beku Aina meluahkan kata-kata.
            Lelaki tersebut hanya diam dan kemudian dia menoleh ke belakang bagi melihat keadaan kafe tersebut adakah seperti apa yang gadis di hadapan dia ini katakan.
Keadaan ruang tengah kafe kelihatan tenang. Kesemua pelanggan sedang duduk bersembang sambil menghirup minuman mereka. Menikmati hari mereka di dalam kafe tersebut. Langsung tidak kelihatan seperti apa yang  gadis itu katakan tadi.
“Tak ada pun.”
“Apa yang tak ada?” Soal Aina dengan mata yang membulat.
Look, semua orang dah ada tempat duduk masing-masing lah. Yang awak kecoh sangat ni kenapa?”
Aina kemam bibir. Dengan sebelah tangan memegang minuman manakala yang sebelah lagi pula erat memegang plastik yang maha berat, kesabaran dia betul-betul sedang diuji sekarang. Seketika kemudian dia turut menoleh ke arah yang sama dan ya, semua orang sedang menikmati minuman mereka di atas kerusi masing-masing. Spontan hujung bibir digigit. Ish tadi macam ramai yang tak ada tempat duduk. Cepat betul diorang dapat kerusi…
Okay fine! Now saya yang tak ada tempat untuk duduk. So can you please…” Belum sempat Aina menghabiskan kata-kata nya, seorang wanita yang duduk di sebelah lelaki tersebut bangun setelah menghabiskan minuman nya. Jadi sekarang kerusi di sebelah lelaki itu sudah kosong.
Mereka saling berpandangan sebelum lelaki tersebut menjungkitkan kening ke arah kerusi yang telah kosong sebagai isyarat kepada Aina supaya duduk di situ. “It’s yours now.”
Pfftttt… Nak tegur orang tapi dia pula yang terkena. Beg plastik di tangan diletakkan di tepi kaki kerusi dan Aina melabuhkan duduk nya di situ dengan mata yang menjeling ke arah lelaki tersebut. Minuman dihirup perlahan bagi menyejukkan hati yang sedang panas. Namun hujung matanya tidak lepas daripada mencuri padang ke arah lelaki di sebelah.
Lelaki ni macam pernah nampak la. Mata Aina membulat. Lelaki ni… Lelaki ini lah yang selalu duduk di sebelah dia tiap kali dia datang ke kafe ni sejak tiga minggu lepas. Memang sah! Memang tak salah lagi. Dengan pakaian yang macam ni, memang dia tak silap orang lagi dah.
Sejak tiga minggu yang lalu, tiap kali dia duduk di sini lelaki itu akan datang dan duduk di sebelah dia. Bila dia bangun untuk pulang lelaki itu akan menoleh dan tersenyum ke arah dia. Three weeks in a row… Perghhh lelaki ni stalker ke apa? Oh my! Dia stalk aku ke? Jantung Aina mula berdegup kencang dan minda nya mula memikirkan perkara yang bukan-bukan.

PERASAN yang dirinya seperti sedang diperhatikan, Andi menoleh ke kiri. Memang betul gadis itu sedang memandang ke arah dia dengan hujung mata. Bila dia menoleh cepat pula mata itu mengalihkan pandangan.
            “I caught you starring at me.”
            Purfttt… Tersembur air yang diminum Aina. Uish tak senonoh sungguh la.
            “Excuse me! Me starring at you?! Ufh puhleaseeee…” Aina buat muka annoying. “Saya ke awak?” Sindir Aina.
            “Saya?” Soal Andi dengan kening terjungkit.
            “Heh, buat-buat tak tahu pula.” Jelingan tajam diberikan. Geram pula bila lelaki dekat sebelah dia ni main wayang dengan dia. Kalau dah stalker tu mengaku saja lah, boleh pula dia buat muka poyo tak bersalah macam tu kan. Ish, geram betul la…
            Tangan naik menggaru hujung kening dan Andi cuba menyorok senyum. “Ehem…” Andi menoleh semula ke arah Aina yang  memandang ke hadapan dengan muka menyampah. “How did you know?” Soal Andi dengan riak yang serius. Sedaya upaya dia tahan ketawanya.
            “Eh saya tahu lah…”
            “Awak ni psikik ke apa? Boleh baca fikiran orang.”
            “Hello mister, kalau bukan psikik pun saya tahu lah. Tiga minggu berturut-turut awak datang ke sini, duduk di tempat yang sama, sebelah saya. Isn’t it obvious that you are a stalker?! Awak stalk saya! Kan?” Dengan penuh yakin dan berani Aina menyerang Andi dengan andaian nya.
            Tidak tertelan rasa air liur. Andi menentang pandangan mata Aina yang tajam merenung ke arahnya. Minda nya mula ligat mencari kata yang sesuai untuk membalas kata-kata Aina. Budak ni memang confident betul bila bercakap, tak mampu rasanya untuk dia membuat serangan balik.
            “Oh crap! Nampaknya saya dah kantoi lah ni ye.”
            Mata Aina membulat dan spontan dia bangun dari tempat duduknya. “You what?! Jadi memang betul lah awak stalk saya?” Aina mendengus geram. Tanpa menunggu jawapan daripada Andi, Aina terus berlalu meninggalkan kafe tersebut. Sempat tangan dia mencapai beg plastik barangan dapur yang dibelinya tadi.
            Mata Andi tidak lepas dari memandang Aina yang berlalu keluar. Tanpa dapat ditahan ketawa nya mula pecah. Beria dia ketawa lebih-lebih lagi bila terbayangkan riak cuak pada wajah Aina itu tadi. Haaa… Tahu takut. Andi masih terus ketawa tanpa menghiraukan pandangan mata orang sekeliling.
“Minggu depan aku nak datang sini lagi lah.” Andi turut bangun dan berlalu meninggalkan kafe tersebut.


***
Yang berminat nak dapatkan NOVELET EVERLASTING LOVE boleh pm kita atau TEBOOK PRESS Terima Kasih :) 


No comments:

Post a Comment