30 July 2017

AINA BALLERINA BAB 3

AINA masuk ke dapur dan membancuh satu mug milo panas. Di luar rumah hujan masih lebat menyembah bumi dan pada waktu begini dia memang suka menikmati milo panas bersama biskut kering. Selesai membancuh dia terus keluar ke ruang tamu dan duduk menempel di sisi mamanya, Puan Azean.
            “Tengok apa ma?” Milo panas ditiup supaya cepat sejuk. Lupa pula nak tambah air kosong tadi.
            “Mama pun tak tahu rancangan apa. Tapi dari tadi asyik tayang majlis orang kahwin je.”
            “Alah rancangan orang kahwin la kalau macam tu ma. Meh sini Aina tekan info…” Alat kawalan jauh ditekan mencari info rancangan.
            Puan Azean menoleh ke arah Aina. “Eh buat satu je? Mama punya tak ada ke?”
            Aina tersengih. “Kita kongsi je lah ma. Nak?” Mug dihulur ke arah mama nya dengan sengihan. Penuh kelihatan gigi Aina yang tersusun cantik.
            “Tak nak lah Aina buat air manis. Mama minum air kosong je.” Bibir Puan Azean menjuih ke arah gelas di atas meja kopi. “Macam mana kelas hari ni okey tak?” Memang sudah menjadi kebiasan dia untuk bertanya tentang perkembangan kelas balet Aina setiap malam sebelum tidur.
            “Okey je ma tapi penat sikit lah. Dua minggu Miss Kelly tak ada dekat akademi jadi Aina lah yang kena tolong Miss Jane handle junior class.”
            “Sebab tu lah balik lewat tadi?”
            Aina angguk tanpa memandang ke arah Puan Azean.
            “Habis tu hujung minggu nanti nak ikut mama balik rumah nenek tak?”
            Pap! Aina menampar dahi sendiri. “Sorry I can’t make it ma. Kena tolong Miss Jane…”
            “Tak apa lah mama faham.” Potong Puan Azean sambil mengusap kepala Aina. Kemudian mereka hanya diam, memberi fokus pada rancangan yang disiarkan.
            “Ma Aina nak tanya sikit boleh tak?” Aina kembali memecah kesunyian.
            “Tanya apa sayang?”
            “Ma…” Aina menarik kakinya ke atas dan duduk bersila menghadap Puan Azean. “Is it normal kalau kita rasa macam kita diintip oleh seseorang?”
            Kening Puan Azean bercantum di tengah. “Diintip? Siapa yang intip Aina? Family sana ke?” Nada suara Puan Azean berubah risau. Ye lah, Aina sendirian dekat luar, macam-macam perkara yang boleh terjadi. Macam mana lah dia tak risau. Dah lah Aina tu satu-satunya anak yang dia ada.
            Faham dengan maksud kata-kata Puan Azean pantas Aina menggeleng. “No ma, bukan…”
            “Habis tu? Cuba cerita dekat mama apa yang sebenarnya, jangan buat mama risau macam ni Aina.”
            Tangan Aina naik menggaru tepi dahi. Aduh, salah cakap ke apa ni. Tak pasal buat mama risau pula. “Macam ni… Mama tahu kan yang Aina suka lepak dekat kafe favourite Aina tiap hari khamis macam ni.”
            Puan Azean angguk. Anak dia memang suka minum kopi, cuma yang dia tak faham kenapa Aina suka melepak dekat sana tiap hari Khamis. Bila ditanya kenapa dengan senang hati Aina menjawab no specific reason. Tak ke pelik tu.
            “Actually ma, Aina perasan yang dah tiga minggu berturut-turut seorang lelaki ni lepak dekat kafe tu dan dia selalu duduk dekat sebelah Aina tau ma. No, I mean dia suka duduk dekat dengan kerusi yang selalu Aina duduk. So I think…
            “Jadi Aina rasa dia intip Aina, macam tu?” Bersungguh-sungguh Aina angguk mengiakan. Seketika kemudian kedengaran Puan Azean ketawa. Sampai berair mata dia ketawa. Entah nak cakap naif ke apa anak dia ni.
            “Kenapa mama gelak? It’s not funny la ma.” Aina menjeling geram. Orang serius dia gelak pula mama ni.
            “Kenapa Aina rasa yang dia intip Aina pula?”
            “Ye la dah tiap kali Aina ke sana dia ada je dekat situ. Doesn’t it obvious ma?!”
            “Dia ada buat apa-apa tak kat Aina? Did he said anything to you?
            Aina berdehem dan berpusing menghadap ke arah televisyen semula. Tangan spontan naik memintal hujung rambut. “Well sebelum ni dia tak pernah cakap pun dengan Aina. Tapi hari tu…”
            “Hari tu apa?” Soal Puan Azean tidak sabar.
            Air liur ditelan. Tiba-tiba rasa malu pula nak cerita dekat mama dia. Tadi baru cerita sikit je bukan main lagi mama gelakkan dia. Kalau cerita semua agaknya satu taman boleh dengar mama dia gelak. Tapi kalau tak cerita mana nak tahu kan…
            “Urm hari tu…” Aina mula menceritakan semua yang terjadi di antara dia dengan Andi. Satu pun tak ada yang tertinggal.
            “Seriously Aina? Dia cakap macam tu?” Serius riak pada wajah Puan Azean.
            “Ye ma… Selamba je kan dia sound Aina. So, get over yourself please!” Aina mengajuk cara Andi bercakap. Meyampah!
            Mengekek Puan Azean ketawa. “Betul la yang dia cakap tu. Kalau dengar pada cerita Aina ni kan, dia memang tak ada ciri-ciri stalker langsung. Terserempak dengan orang yang sama dua tiga kali tu perkara biasa la sayang. Lagi pun mana lah tahu kut kafe tu pun dah jadi his favourite spot juga.”
            Aina mencebik. Mama ni tak aci betul, boleh pula dia sokong lelaki tu. “But still…”
            Puan Azean mengangkat tangan menghalang Aina daripada terus berkata-kata. “Aina kita jangan terlalu negatif dalam menilai orang. Kalau ye pun tengok keadaan la sayang. Ini tidak, tiba-tiba saja nak tuduh dia macam-macam. Tak elok lah.”
            “Tapi ma…”
            “Jangan mudah buruk sangka dengan orang Aina. Tak pasal Aina pula yang kena cop macam-macam nanti, macam yang lelaki tu cakap. Haa… Nak ke macam tu?”
            Aina menggeleng perlahan.
            “Memang mama pernah pesan supaya berjaga-jaga dengan lelaki di luar sana, but it doesn’t mean you can simply judge people like that Aina.
            “Ye ma…” Jawab Aina dengan wajah yang menunduk. Kata-kata mama nya perlahan-lahan menyerap masuk ke dalam jiwa. Don’t simply judge people Aina. A soft reminder from mama.
            “Dunia sekarang sudah terlalu ramai dengan manusia yang judgemental hypocrite and I don’t want you to be one. Be fair to everybody, that is what I always tell you right?
            Aina angguk lagi. Bibirnya terasa berat untuk membalas semua kata-kata Puan Azean kerana semua yang dikatakan oleh mama nya itu benar belaka.
            “Dah, dah… Tak mahu la tunduk macam orang bersalah macam ni.” Tangan Puan Azean naik mengusap belakang Aina. Cuba menenangkan hati anaknya itu.
            “I’m sorry ma.” Spontan kepala dilentokkan ke bahu Puan Azean dan tangan Aina terus melingkar di pinggang mama nya itu.
            “It’s okay sayang. Sepatutnya Aina kena minta maaf dengan lelaki tu sebab Aina dah salah sangka dengan dia, bukan mama.” Kata Puan Azean sambil mengucup lembut kepala Aina.
            Terpejam celik mata Aina mendengar butir bicara mama nya. Minta maaf dengan lelaki tu? Macam mana? Kat mana aku nak cari dia? Hati Aina kembali resah. Nak buat macam mana ni?
            Kepala Aina kembali tegak. “Tapi ma, dekat mana Aina nak cari dia? Aina bukan kenal dia pun.”
            “Haa sebab itu lah kita jangan buruk sangka, mengumpat, mengata orang yang kita tak kenal. Kan susah nak minta maaf nanti. Tak apa lah, nanti lepas solat Aina doa lah yang baik-baik untuk dia sebagai tanda minta maaf. Nanti doa kan juga supaya Aina diberikan kesempatan untuk jumpa dan minta maaf dengan dia.” Bahu Aina diusap. Melihat pada perubahan di wajah Aina, nampak sangat yang anak nya itu sudah mula rasa bersalah dengan apa yang telah terjadi.
            Nafas dihela perlahan. Itu lah kau Aina, terlajak kata badan yang binasa. “I will ma…” Kepala dilentokkan semula ke bahu mama nya, mencari ketenangan barang secebis.


***
Yang nak dapatkan novelet EVERLASTING LOVE boleh pm kita atau penerbit TEBOOK PRESS


No comments:

Post a Comment