29 July 2017

AINA BALLERINA BAB 2

KEDUA belah tangan dimasukkan ke dalam poket sweater lalu dengan langkah kaki yang longlai Aina masuk ke dalam kafe bagi mendapatkan minuman kegemarannya. Tiap-tiap minggu mesti lepak dekat sini, dah macam ketagih pula.
            Keadaan kafe agak tenang berbanding sewaktu dia datang pada minggu lepas. Pelanggan juga tidak seramai minggu lepas. Begitu lah adat orang berniaga, ada ketika pelanggannya ramai. Ada ketika nak dapat seorang pelanggan pun susah. Itu lah yang dinamakan rezeki ye tuan-tuan dan puan-puan.
            Minuman kegemarannya dipesan dan sementara menunggu pesanannya siap, Aina menoleh ke arah tempat kegemarannya adakah masih ada tempat kosong atau sudah terisi semuanya. Elok saja matanya tertacap pada figura yang membuatkan jantung dia berdegup kencang. Bukan kerana cinta, tetapi kerana takut.

ANDI memandang jauh ke hadapan menembusi cermin kafe dan dia mengeluh perlahan. Serabut bila memikirkan tentang adik sepupunya yang seorang tu. Kenapa lah dia yang harus menjadi mangsa Yanti. Tak ada orang lain dah ke yang Yanti nak kejar selain daripada dia. Iced Americano di hadapannya disisip perlahan dan fikiran dia mula mengembara jauh merindui kampung halaman.
            Lama Andi mengelamun sehingga dia terasa meremang tiba-tiba. Andi menoleh ke kiri dan kanan yang kosong. Dah kenapa tiba-tiba dia rasa seram sejuk ni. Tak kan lah kafe ni berhantu pula. Kepala mendongak ke atas, cuba mencari entiti yang tersembunyi. Ah mengarut kau Andi, siang-siang macam ni mana ada hantu. Tapi kenapa dia rasa seram je ni.
            Meja diketuk dengan hujung jari dan kemudian dia menoleh ke belakang. Gotcha! Patut lah meremang oii… Ada mata yang sedang mencerun ke arah dia rupanya. Perlahan-lahan bibir Andi mengukir senyuman dan dia terus memusingkan badannya agar dia dapat melihat mata yang merenung tajam ke arahnya itu dengan lebih jelas.
            Kaki disilang dengan kedua belah siku ditongkatkan ke atas meja di belakang. Kening dijungkit dan bibir menjuih ke arah kerusi di sebelah, mengajak pemilik mata itu duduk di sebelahnya. Mata yang tajam berubah membulat dan Andi yang tersenyum mula ketawa. This girl is really something.
SETELAH pesanannya siap, Aina terus berlalu ke ruang tengah kafe dan melabuhkan duduknya di salah sebuah kerusi yang masih kosong. Tangan dia sudah mula sejuk. Segala rasa penat dan lesu itu tadi telah diganti dengan rasa berdebar dan risau. Risau kalau lelaki itu datang mendekatinya.
            Mata Andi tidak lepas dari memandang Aina yang berjalan ke ruang tengah kafe. Sedikit pun Aina tidak menoleh ke arah dia. Isyarat dia juga dibiarkan begitu saja. Kening Andi bercantum di tengah. Dah kenapa? Dia ingat aku nak mengorat dia ke apa? Andi bangun dari kerusi dan mula bergerak mendekati Aina yang duduk membelakanginya.
            Minuman di atas meja disisip perlahan. Dalam hati tidak putus dia berdoa supaya dia tidak diganggu oleh lelaki itu. Dah kenapa tak balik minum dekat rumah je Aina? Kenapa kau duduk dekat sini pula? Lima belas minit kemudian telahan Aina menjadi kenyataan bila lelaki itu terpacak di hadapan dia yang sedang tunduk menikmati minuman kegemarannya.
            “Kenapa tak duduk dekat sana?” Soal Andi dengan riak wajah yang bersahaja. Kerusi di hadapan Aina ditarik dan Andi duduk di situ dengan siku yang ditongkatkan di atas meja.
            “What are you doing?” Aina berbisik dengan mata yang membulat.
            “What?”
            “Duduk sini kenapa? Pergi la duduk dekat tempat awak sana.” Jawab Aina dengan nada tertahan.
            “I want to sit here.”
            “Tapi kan tadi awak duduk dekat sana, yang gatal sangat nak duduk dekat sini pula kenapa?”
            “Saya kan stalker awak, mesti la saya nak tengok awak.” Jawab Andi bersahaja.
            “Stalker tak duduk depan-depan macam ni lah.” Marah Aina lagi. Asal berdepan dengan lelaki ni asyik nak marah saja rasanya.
            “Well, lets break the rules. Lagi pun mana ada rules          untuk stalk orang actually…”
            Aina menarik nafas dalam. Makin dilayan makin melalut pula dia ni. ‘Hey Aina what are you doing? Dia stalk kau lah, you should run from him.’ Badan Aina terus tegak. Something has knocked her sense nampaknya.
Dengan tergopoh gapah Aina bangun dan ingin berlalu meninggalkan Andi. Namun belum sempat dia melangkah tangannya ditarik membuatkan dia terduduk semula. Mata Andi kini tajam menikam ke dalam anak matanya.
“Nak pergi mana? Nak lari ke?”
“Let go of my hand.” Bisik Aina dengan mata yang melilau ke kiri dan kanan. Bimbang kalau ada yang sedang memandang ke arah mereka sekarang.
Answer me. Nak lari ke?”
“Kalau ye kenapa?” Soal Aina dengan nada mencabar walaupun dia sudah kecut perut sebenarnya ni.
Andi senyum namun pegangan pada lengan Aina tidak dilepaskan.
When we bumped into each other at the same place, same time three weeks in a row, tak bermakna saya stalk awak. That is what we call coincidence cik. Jangan terlalu mudah bersyak wasangka dengan orang. Kalau nak tuduh pun cuba fikir secara rasional. Ada ke stalker dress up macam saya ni? Ada ke stalker duduk sebelah awak dan stalk awak secara terang-terangan? Ada ke stalker yang mengaku dia stalker?”
Senyuman Andi mula menghilang dan digantikan pula dengan riak wajah yang serius. Aina terdiam dan setelah yakin yang Aina tidak akan lari dari dia perlahan-lahan pegangan pada tangan Aina dilepaskan. Kemudian Andi duduk bersandar pada kerusi dengan selesanya.
Some people are just naturally nice and friendly. It is called common courtesy. Not everyone yang being friendly and nice to you tu nak mengurat awak or they want something from you. Same goes with our case. Tiap-tiap minggu awak nampak saya dekat sini, duduk di tempat yang sama tidak semestinya saya mengintip awak. Ia hanya kebetulan and don’t make assumption without even thinking. So, get over yourself please. Nanti orang nak baik dengan awak pun takut.” Usai berkata Andi terus bangun dan meninggalkan Aina sendirian.

Terkebil-kebil mata Aina memandang Andi yang semakin menjauh. Mulut yang petah berkata terus terdiam dan semua kata-kata Andi cuba dihadam. Stalker tak mengaku dia stalk orang? Being nice and friendly? Common courtesy? Tapi minggu lepas… Erk! Dia ke yang perasan?

***
Aina Ballerina adalah projek novelet kita bersama Fathi Fatim dan Idora Darwina. Yang berminat nak dapatkan novelet kami, EVERLASTING LOVE boleh pm kita atau penerbit TEBOOK PRESS 

Terima kasih! :) 


No comments:

Post a Comment