26 July 2017

KUNCI HATI HANIM BAB 16

SELESAI majlis siang tadi, semua ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan mula beransur pulang. Selesai solat isyak berjemaah dengan Hanim di dalam bilik tadi Izzat turun semula ke bawah. Manakala Hanim masih berkurung di dalam biliknya. Izzat ke dapur untuk mencari makanan. Rasa lapar pula malam-malam macam ni. Sempat dia mengajak Hanim untuk turun makan bersama dengannya tetapi isterinya itu menolak. Sedang dia sibuk memanaskan lauk dia atas dapur, Hasif datang menjengah.
            “Buat apa?”
            “Panaskan lauk. Lapar pula rasanya,” jawab Izzat yang berdiri berhampiran dengan dapur.
            “Hanim mana?”
            “Dalam bilik.”
            “Buat apa?”
            Izzat hanya tersenyum sebagai jawapan. Hasif menggeleng dan pintu peti sejuk dibuka. “Sejak dulu tak pernah berubah. Ingatkan bila dah dapat suami baru ni insaf la sikit, tapi tak juga,” air kosong dituang ke dalam gelas dan Hasif meneguk dengan rakus.
            Berkerut dahi Izzat mendengar kata-kata Hasif. “Apa maksud abang?”
            “Bila kau dah duduk lama dengan dia nanti kau tahu lah,” usai berkata Hasif terus berlalu meninggalkan Izzat yang masih berteka-teki.
            Sementara menunggu lauk di atas dapur panas, Izzat duduk menongkat kepala di meja kecil berdekatan dengan peti sejuk. Keadaan yang sunyi membuatkan dia terfikir tentang keluarga barunya itu. Dia tahu yang adik beradik Hanim mempunyai masalah dengan ayah mentuanya. Tetapi tidak pula dia tahu tentang kedinginan hubungan di antara Hanim dengan abang dan adiknya. Hampir seharian dia di sini dapat dia lihat betapa tidak mesranya hubungan Hanim dengan Hasif dan Hazrul. Tetapi yang paling ketara adalah kedinginan hubungan Hanim dan Hasif sehinggakan dia turut merasa tempiasnya.
            “Buat apa bang?” Hazrul yang baru menjengah ke dapur menegur Izzat yang kelihatan seperti sedang berkhayal.
            Terkejut dengan teguran Hazrul, terus Izzat bangun memadam api dapur. “Abang panaskan lauk. Hazrul nak makan?” Pertama kali berjumpa dengan Hazrul Izzat sudah mula senang dengan keperibadian adik iparnya itu yang lebih mesra berbanding Hasif.
            “Rul kenyang lagi bang, makan lewat petang dah tadi. Abang buat semua sendiri ke? Kakak mana?” Hazrul duduk di meja setelah mengambil air kosong di dalam peti sejuk. Pergerakan abang iparnya dipandang satu persatu. Langsung tidak kekok dengan kerja di dapur.
            “Kakak dekat atas.”
            “Buat apa?”
            Pergerakan Izzat terhenti seketika. “Mengemas agaknya,” jawab Izzat seraya menoleh ke arah Hazrul yang sedang menggelengkan kepala. Macam sesuatu sangat adik beradik Hanim ni. Tadi Hasif sekarang Hazrul pula.
            “Kakak tahu tak abang turun makan ni?”
            “Tahu. Abang dah ajak kakak tadi tapi dia tak nak,” pinggan yang berisi nasi dan gulai daging diletakkan di atas meja berhadapan dengan Hazrul.
            Kedengaran Hazrul mengeluh. “Kakak ni, tak pernah nak berubah,” bisik Hazrul namun sempat ditangkap oleh pendengaran Izzat.
            “Apa maksud Rul?”
            Hazrul tersentak. Disangkakan Izzat tidak mendengar tetapi sebaliknya pula. Perlu ke dia menceritakan semuanya kepada Izzat? Tidak kah seperti dia menyibuk tentang hal rumah tangga kakaknya pula. Kalau dia ceritakan semuanya ibarat membuka aib kakak sendiri juga. Hazrul mula serba salah.
            “Rul..”
            Pantas Hazrul menggeleng. “Abang makan lah, dah sejuk nanti tak sedap pula.”
            Tahu yang Hazrul cuba mengelak, Izzat terus memulakan suapan. Hazrul pula hanya mencicip minuman tanpa memandang ke arah Izzat. Bimbang kalau abang iparnya itu masih menuntut penjelasan daripada dia. Hampir lima minit mereka diam menikmati makanan dan minuman masing-masing, Hazrul mula bosan. Hajat di hati ingin saja dia naik ke biliknya tetapi kesian pula membiarkan Izzat makan sendirian.
            “Abang, Rul tanya sikit boleh?” Soal Hazrul memecah kesunyian di antara mereka.
            “Tanya lah Rul, banyak pun boleh,” jawab Izzat dengan mesra. Dengan Hazrul mudah saja dia rasa selesa.
            “Urm… Macam mana abang dengan kakak boleh kenal? Setahu Rul kakak ni susah sikit nak kawan dengan lelaki lebih-lebih lagi lepas,” Hazrul angkat bahu. “abang faham kan maksud Rul?” Hazrul berkias tentang status kakaknya.
            Izzat angguk faham. “Kakak yang uruskan jual beli kereta abang,” mulut Hazrul membulat berbentuk O. “Bermula dari situ kami mula berkawan,” tambah Izzat walaupun sedikit tidak tepat. Dia dengan Hanim mana pernah berkawan malah Hanim sendiri telah menghadkan hubungan mereka cuma sekadar car dealer dengan client sahaja.
            “Kereta dekat luar tu ke? Kalau tengok pada nombor kereta baru lagi tu bang. Maknanya abang dengan kakak baru lagi lah kenal, kan?”
            Tidak dapat menafikan kata-kata Hazrul, Izzat angguk mengiakan.
            “Baru kenal terus nikah?” Pandangan mata Hazrul berubah curiga. “Abang memang tahu kan status kakak sebelum kahwin dengan abang?” Izzat nampak seperti orang baik-baik pada matanya. Tapi zaman sekarang nampak saja baik tetapi ada pelbagai agenda di sebaliknya.
            Izzat angguk lagi.
            Hazrul menyilangkan tangan ke badan. “Rul bukan nak curiga dengan abang, tapi rasa macam sesuatu pula bila tahu yang abang dengan kakak baru kenal terus nikah.”
            Pinggan yang telah kosong ditolak ke tepi. “Sekarang baru nak rasa sesuatu, tak rasa dah terlambat ke Rul? Abang dengan kakak dah selamat nikah dah pun siang tadi.”
            Hazrul terdiam. Ada betulnya apa yang Izzat katakana itu. Nak fikir macam-macam pun kakak dia dah selamat nikah dengan Izzat dah pun. Jadi untuk apa dia berasa curiga sekarang. Sekadar untuk mengusutkan fikiran?
            Izzat meneguk perlahan air kosong di dalam gelas sebelum kembali bersuara. “Abang faham yang Rul sayangkan kakak. But don’t worry, abang ikhlas nikah dengan kakak bukan ada niat yang bukan-bukan.” Izzat bangun dan bergerak ke singki. Tak payah cakap Hazrul, kalau dia pun curiga juga kalau kakak dia tiba-tiba nak nikah dengan orang yang baru dikenali.
             “Abang…”
            Selesai mencuci pinggan, Izzat berpaling ke arah Hazrul dengan menyandarkan badannya ke kabinet dapur.
            “Rul berharap sangat abang dapat jaga dan sayangkan kakak lebih daripada Rul jaga dan sayangkan kakak. She really needs someone to take care of her, love her more than anything. Kakak tu tak macam orang lain. Hidup dia sejak kebelakangan ini tak banyak yang indah. Rul harap sangat abang dapat berikan memori indah kepada kakak supaya jiwa dia hidup kembali dan dia tak perlu lagi hidup dalam kesedihan dan kesunyian.”
            Terdiam Izzat mendengar kata-kata Hazrul. Jadi apa yang mata kasarnya nampak sememangnya benar belaka. Sinar pada mata Hanim juga tidak menipu. Isterinya itu hidup dalam kesedihan atau mungkin juga dalam kesengsaraan. Bukan sengsara fizikal tetapi sengsara jiwa dan emosi.
            “Rul bukan saja tak mampu malah Rul sudah terlambat untuk membawa kakak keluar dari kesedihan dan kesunyian itu bang. Yang lebih menyedihkan semua itu berpunca daripada diri Rul sendiri. Sekarang kakak dah jadi milik abang yang mutlak, jadi Rul harap sangat abang dapat jalankan tanggungjawab abang ke atas kakak dengan sebaik mungkin. Jangan sia-siakan kakak. Kalau kakak kecewa lagi dengan perkahwinan kedua ini, Rul tak akan teragak-agak untuk bawa kakak lari dan hidup di tempat asing. Biar kami bina hidup kami sendiri.”
            “Betul?”
            “Yes! This time I’ll do anything for her,” jawab Hazrul dengan penuh yakin.
            “If you don’t mind, boleh abang tahu kenapa hubungan Rul adik beradik agak dingin? Apa yang telah terjadi di antara kakak dengan Rul dan Abang Hasif yang sebenarnya.”
            Hazrul melarikan wajah ke arah lain. Berat rasa hatinya untuk menjelaskan kenapa. “It’s hard to explain abang.”
            “Kenapa?”
            “Semua yang terjadi kerana keadaan yang memaksa. I have my own reason why and I believe that Abang Hasif have his own reason too. Semua itu biarlah kami simpan sendiri. Apa yang pasti Rul akan cuba pulihkan semuanya seperti sediakala. Tapi dalam masa yang sama Rul berharap sangat abang dapat kembalikan keceriaan dalam hidup kakak,” dengan penuh pengharapan Hazrul meminta pertolongan daripada Izzat.
            Sejenak Izzat terdiam, cuba menghadam kata-kata Hazrul. Hanim dan adik-beradiknya memang penuh dengan misteri dan suka berteka-teki membuatkan dia bertambah keliru dengan keluarga barunya itu.
            “Rul jangan risau, abang akan jaga kakak sebaik mungkin. I’ll do anything to make her life happier than before.
            “Terima kasih Abang Izzat. Terima kasih sudi terima kakak dalam hidup abang,” serasa ingin dipeluk tubuh tegap abang iparnya itu tapi bimbang kalau dia keterlaluan pula. Akhirnya Hazrul melemparkan senyuman lega. Semoga hidup kakak dengan Abang Izzat lebih ceria dan berbahagia hingga syurga. Sempat dititipkan doa di dalam hati kecilnya.

SELESAI mengemas pakaiannya ke dalam bagasi Hanim terus berbaring di atas katil. Mata sudah mula mengantuk tapi langsung tak mahu lelap. Nak turun ke bawah rasa malas pula. Izzat dari tadi turun tak naik-naik. Lama betul makan. Ke siap bersembang dengan abang dengan adiknya pula dekat bawah tu.
            Fikiran Hanim mula melayang memikirkan tentang majlis nikahnya siang tadi. Impian dia untuk mengadakan majlis akad nikah yang paling ringkas punah ranah dibuat oleh Izzat. Jemputan walaupun terdiri daripada ahli keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat, boleh tahan ramai juga. Siap kena pasang khemah lagi dekat luar rumahnya. Semua itu Izzat yang aturkan dan dia hanya menerima kehadiran mereka dengan rasa terkejut. Siapa yang tak terkejut kalau tiba-tiba datang orang ketuk pintu nak pasang pelamin lah nak pasang khemah lah sedangkan dia tidak buat tempahan untuk semua itu.
            Hazrul yang melihat wajah terkejutnya hanya mampu ketawa. Tetapi berbeza pula dengan Hasif. Abangnya itu terus menjarakkan diri darinya. Entah kenapa dia sendiri tidak pasti. Sudah lah hubungan dia dengan abangnya itu tidak rapat, bila tiba majlis pernikahan dia abangnya itu malah menjauhkan diri pula. Tipu lah kalau dia cakap yang dia tidak terasa dengan perbuatan Hasif. Entah macam mana lah Izzat bergaul dengan Hasif. Atau adakah Izzat juga mendapat layanan yang sama daripada abangnya itu? Kalau benar seperti apa yang dia fikirkan, kesian Izzat. Sudah lah nikah tanpa cinta, dapat layanan macam tu pula. Sudah pasti bukan itu yang setiap pengantin mahukan di hari pernikahan, tetapi terpaksa dilalui oleh Izzat.
            Sedang Hanim tenggelam di dalam ingatannya tentang majlis pernikahan siang tadi, pintu biliknya ditolak dari luar. Kelihatan Izzat yang berbaju t-shirt dan berkain pelekat melangkah masuk dengan gaya yang bersahaja. Sudah kenyang agaknya. Baru saja masuk ke dalam bilik Hanim, Izzat menghilang ke dalam bilik mandi pula. Bantal di sebelah diperbetulkan kedudukannya supaya sedikit berjarak daripada bantal yang menjadi alas kepalanya.
            Izzat kembali semula setelah selesai menggosok gigi dan mencuci muka. Tanpa teragak-agak terus dia bergerak ke arah katil dan berbaring di sebelah Hanim setelah menutup suis lampu. Kini hanya tinggal lampu di kiri dan kanan katil sahaja yang bernyala.
            “Tak tidur lagi?” Izzat memalingkan wajah ke arah Hanim yang terlentang memandang siling bilik.
            Hanim menoleh ke arah Izzat buat seketika sebelum kembali memandang siling. Setelah sekian lama, hari ini biliknya kembali dihuni oleh seorang lelaki yang bergelar suami. Terasa asing juga pada awalnya tetapi bila Izzat begerak ke sana ke mari di dalam bilik tidurnya tanpa rasa kekok, terus hilang rasa asing itu.
            “Tak boleh tidur.”
            “Kenapa?”
            “Entah. Sebab penat sangat kut sampaikan tak boleh nak lena.”
            “Ke tak selesa.”
            “Tak selesa kenapa?”
            “Sebab saya tidur dekat sebelah.”
            Hanim terdiam seketika. Tak selesa ke dia? “Kalau saya tak selesa kenapa? Awak nak tidur dekat bawah?” Hanim kembali menoleh ke arah Izzat.
            Lama Izzat memandang wajah Hanim yang sedang memandang ke arahnya. Selain daripada sewaktu menyarungkan cincin siang tadi, ini adalah kali kedua dia memandang wajah Hanim dengan jarak yang dekat macam ni. Lepas solat tadi pun tak sempat nak pandang lama bila Hanim terus saja bangun setelah mengucup tangan dia. Lama mata Izzat melekat pada mata Hanim. Mata Hanim yang mengantuk menambahkan lagi kesayuan pada wajah itu membuatkan hatinya sedikit tidak tenteram.
            “Nak tidur dekat bawah ke?” Soal Hanim lagi bila Izzat tidak menjawab.
            “Awak tak selesa ke? Nak saya tidur dekat bawah?” Soal Izzat pula.
            Sempat Hanim menjeling sebelum kembali memandang ke atas. “Tidur je lah Izzat. Kalau asyik tanya soalan sama sampai esok pun tak habis.”
            Izzat diam. Sejak siang tadi begitu lah gaya Hanim bercakap dengan dia. Sekejap elok sekejap kasar. Entah apa yang menggangu fikiran Hanim. Sukar sungguh untuk dia menebak isi hati Hanim yang sebenar.
            “Esok balik rumah saya.” Izzat masih mahu berbual dengan isterinya itu.
            “Tahu.”
            “Dah siap kemas pakaian semua?”
            “Dah,” tangan Hanim menunjukkan ke arah beg besar yang berisi pakaian di sebelah almari.
            “Kak Irma tinggal dengan kita.”
            Hanim menoleh semula. “Kakak awak memang tinggal dengan awak ke?”
            “Yup. Baru lagi dalam tiga empat bulan macam tu.”
            Tidak tertelan rasanya air liur. Tinggal serumah dengan kakak ipar, mampu ke dia? Entah macam mana penerimaan kakak iparnya nanti.
            “Jangan risau, Kak Irma okey.”
            “Macam mana kalau kakak awak tak boleh terima saya?”
            Izzat senyum. “Sekarang baru nak risau?”
            “Sebab baru tahu yang saya akan duduk serumah dengan kakak awak.”
            “Kalau tak duduk serumah tak payah nak risau lah, macam tu?”
            Hanim mendengus geram. “Bukan itu maksud saya. It is different tahu tak sama ada tinggal serumah atau tak. Perkara macam ni hanya orang perempuan saja yang faham,” tanpa sedar hujung bibir digigit.
            Izzat mengeluh perlahan. Dia faham sangat apa yang Hanim fikirkan. Mereka baru sahaja ingin memulakan hidup baru dan seharusnya hidup baru itu dibina berdua sahaja agar senang untuk mereka lebih mengenali diri masing-masing. Bukan bermakna kehadiran Irma adalah satu gangguan, tetapi mungkin lebih selesa untuk Hanim lebih mengenali diri dia secara  peribadi.
            “Everything will be fine, trust me. Kak Irma akan terima awak seperti mana kita menerima diri kita dalam hidup masing-masing.”
            Mata dipejam celik, cuba membina keyakinan pada kata-kata Izzat itu. “Hopefully,” jawab Hanim perlahan.
            “Dah, jom tidur,” mata Izzat semakin memberat. Tidak tahan rasanya untuk berjaga lebih lama.
            “Selamat malam,” ucap Hanim sebelum tidur membelakangi Izzat.

            Melihat Hanim yang tidur mengiring ke kanan, Izzat turut membalikkan badannya dan tidur mengiring ke kiri. “Selamat malam,” jawab Izzat perlahan dan matanya terus terpejam.


***

Hai semua! This is the last entry for Kunci Hati Hanim. Alhamdulillah manuskrip KHH telah penerbit terima dan masih dalam penilaian. Doakan Izzat Hanim ke versi cetak nanti :) 

For any updates, boleh follow FB kita, Jaja Ahmad atau join group baru kita JajaNeverendingstory :)

Untuk dapatkan novel-novel kita yang lama dan yang terbaru, boleh order terus dengan penerbit;

IVY RAIHANA - PENERBITAN LOVENOVEL II 
CINTA HAN DAN NAD - PENERBITAN ANAASA 
KESAYANGAN RAIS - PENERBITAN LOVENOVEL II atau PENERBITAN NOVEL MANIA 
HESSA IT'S ME! - PENERBITAN ANAASA 

Atau boleh dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda. Kecuali Kesayangan Rais, available untuk jualan online sahaja.

Last but not least, terima kasih sudi baca. Hugs!

25 July 2017

KUNCI HATI HANIM BAB 15

RUANG cermin panjang itu dipenuhi dengan refleksi batang tubuh Izzat yang segak berbaju melayu berwarna putih. Kedudukan baju dirapikan dan lipatan kain sampin yang diperbuat daripada kain songket diperkemaskan. Songkok di atas meja dicapai dan diletak kemas di atas kepala. Matanya tidak lepas daripada memandang dirinya sendiri di dalam cermin. Segak dan kemas di hari pernikahan, itu yang sentiasa dia impikan. Dan hari ini bakal mencatatkan hari yang paling bersejarah di dalam hidupnya di mana dia bakal berjabat tangan dengan tok kadi dan melafazkan akad yang secara tidak langsung mengubah statusnya.
            Nafas ditarik dalam bagi menghilangkan rasa gemuruh. Izzat akan berkahwin hari ini mak, ayah. Izzat akan jadi suami orang lepas ni. Saat yang mak dan ayah sangat nantikan, untuk melihat Izzat melafazkan akad. Tapi sayang, bila saat bersejarah ini tiba, mak dan ayah tiada di sisi Izzat. Alangkah indahnya jika kita sekeluarga dapat bersatu pada hari yang bersejarah ini. Kedua belah tangan naik meraup wajah. Cuba diusir segala rasa kecewa dan marah. Hari yang indah ini sepatutnya diisi dengan memori indah belaka, bukan bersedih dengan mengharapkan semua kemungkinan yang tidak mungkin akan terjadi.
            Sedang Izzat hebat berperang dengan perasaan sendiri, bahunya diusap dari belakang. Izzat menoleh dan kelihatan Irma sedang tersenyum ke arahnya. Izzat kembali memandang ke hadapan. Mata dipejam bagi mengusir segala rasa tidak enak yang cuba bersarang di tangkai hati. Sedaya upaya dia mencuba untuk berlapang dada menerima kehadiran kakaknya di sisi.
            “Segaknya adik kakak,” dengan penuh keceriaan Irma bersuara. “Dah ready ke ni?”
            “Tak tahu lah kakak.”
            “Eh, kenapa tak tahu pulak. Nervous ye?”
            “Sort of.”
            Irma memusingkan badan Izzat supaya berhadapan dengan dia. “Take a deep breath, insya Allah everything is going to be fine.”
            Izzat tunduk dengan wajah yang sedikit mendung. Bukan itu yang mengganggu fikiran dia sekarang tetapi ketiadaan kedua ibu bapanya yang membuatkan dia sedikit syahdu. Puas cuba diusir namun rasa sedih itu tetap juga tidak mahu berlalu pergi.
            “Hey, kenapa sedih pula ni?” Bahu Izzat diusap lagi.
            Izzat mengangkat wajah memandang ke dalam mata Irma. “How I wish mak dengan ayah ada dengan Izzat hari ini.”
            Irma tersentak. Bukan dia lupa tapi dia cuba menghilangkan rasa duka semata untuk menyambut hari bahagia adiknya. Tapi apa yang dia rasakan akhirnya diluahkan sendiri oleh Izzat. “Kakak pun sama Izzat. Tapi sudah takdirnya begini, kita hanya mampu terima segalanya dengan redha.”
            Izzat angguk faham. Bukan dia tidak redha, cuma sedikit ralat bila kesayangannya tidak dapat bersama meraikan hari bahagia dia. “Izzat rindu mak dengan ayah kakak.”
            Pantas Irma menarik bahu Izzat dan adiknya itu dipeluk dengan erat. “I miss them more,” mata terpejam dan cecair jernih mula merembes keluar. Kalau ikutkan dia lagi sedih, lagi ralat berbanding Izzat. Dia langsung tidak berkesempatan untuk melihat wajah kedua orang tuanya buat kali yang terakhir. Dan kerana itu jugalah hubungan dia dan Izzat menjadi renggang dan hampir saja bermusuh. Namun semua itu kehendak takdir. Melutut meraung bagaimana sekalipun kalau itu yang tersurat buat mereka maka harus mereka terima walau dalam kepayahan atau tanpa kerelaan. Lain kata, harus redha.
            Masing-masing hanya diam dalam dakapan sebelum Irma bertindak meleraikannya. Bahu dan dada Izzat diusap dengan senyuman tawar dan pipi yang basah. “Dah berkedut dah baju Izzat, nanti dah tak kacak lagi. Nanti apa orang kata. Majlis belum bermula pengantin dah sememeh,” kata-kata Irma membuatkan Izzat tersenyum.
            “Sikit je kakak, orang tak perasan pun.”
            “Dah lah, jom turun. Semua orang dah tunggu dekat bawah tu,” belum sempat Irma berlalu Izzat mencapai tangan kakaknya. Terus pipi Irma diusap dengan hujung jari bagi menghilangkan kesan air mata pada wajah Irma.
            “Terima kasih,” senyuman dihadiahkan buat Izzat sebelum mereka sama-sama turun ke bawah. Hari bahagia adiknya harus disambut dengan kegembiraan bukan kesedihan.

MENUNGGU lafaz akad walau buat kali yang kedua tetap mendebarkan bagi seorang Hanim. Ini bermakna hidupnya akan melalui fasa yang baru semula. Tetapi kali ini dengan lelaki yang baru dia kenali dan langsung dia tak cintai. Walau hampir serupa dengan pengalamannya yang lalu, namun pernikahan kali kedua ini betul-betul seperti dia memperjudikan nasibnya di tangan bakal suaminya itu. Kerana kekangan masa, dia hanya sempat berjumpa sekejap sahaja dengan bakal kakak iparnya dan ahli keluarga Izzat yang lain langsung dia tidak kenal. Tentang Izzat juga masih banyak yang belum dia tahu dan langsung dia tidak mengambil tahu.
            Hanim memandang wajah-wajah yang memenuhi ruang tamu rumahnya hari ini. Bersendirian di atas pelamin kecil yang dihias indah dengan bunga-bungaan segar membuatkan dia bertambah berdebar. Kalau dulu Puan Humairah setia menemaninya di sisi. Sedia memegang erat tangannya yang kesejukan kerana gementar. Namun kini dia hanya sendiri tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Mata Hanim meliar mencari wajah Tuan Yazid. Ayahnya kelihatan segak dengan baju melayu cekak musang, duduk bersila berhadapan dengan Izzat yang kelihatan sedia untuk berjabat tangan melafazkan akad.
            Kemudian Hanim mencari wajah abang dan adiknya pula. Hazrul kelihatan ceria di belakang Tuan Yazid manakala Hasif duduk agak terkebelakang, jauh daripada ayah dan adiknya itu. Hanim tahu yang Hasif masih belum mampu berada dekat dengan ayahnya walau untuk beberapa ketika. Tanpa sedar keluhan lemah dilepaskan. Seketika kemudian kedengaran suara imam memulakan majlis. Tangan yang sejuk hampir mengejang kerana terlalu gemuruh. Saat ucap bismillah dilafazkan oleh Tuan Yazid untuk memulakan akad, Hanim mula menunduk. Menanti bait kata-kata yang bakal dilafazkan oleh Izzat seketika nanti.
            Dengan penuh tertib dan keyakinan, terbinalah ikatan perkahwinan di antara Hanim dan Izzat yang disertakan dengan doa oleh tuan imam. Semua hadirin yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan turut mengaminkan doa agar perkahwinan yang terbina di antara dua insan ini kekal hingga ke akhirnya. Birai mata Hanim mula memberat. Setelah selesai semuanya Izzat merapati Hanim untuk upacara pembatalan air sembahyang. Salam diberi sebagai pembuka kata kepada isteri yang baru dinikahinya. Salam Izzat bersambut dan dengan debaran di dada, sebentuk cincin disarungkan ke jari manis isterinya. Saat Izzat merapat dan tunduk mengucup dahi, cecair jernih itu mula gugur.
            “Semoga air mata yang gugur ini adalah tanda syukur di atas ikatan yang baru terbina, Hanim. Saya harap ianya air mata kegembiraan, bukan penyesalan,” bisik Izzat penuh makna seraya jemarinya naik mengusap pipi Hanim yang basah.
            Mata saling bertentangan menghantar maksud yang berbeza. Usikan daripada keluarga dan teman tidak diendahkan kerana terlalu sibuk menghantar signal melalui pandangan. Dalam hati Hanim, tidak terdetik sedikit pun penyesalan. Kesedihan yang terzahirkan oleh matanya adalah kerana ketiadaan ibu yang tercinta dan kepincangan di dalam keluarga yang masih jelas kelihatan walau di hari bahagianya. Hanya itu. Di dalam hati Izzat pula, runsing kalau Hanim tidak rela dengan ikatan yang baru terbina ini. Saling menyampaikan kata tanpa bibir yang berbicara. Jadi harus bagaimana untuk mereka saling memahami bicara bisu itu?

TUAN YAZID merapati Hanim yang duduk di sisi suaminya sambil menikmati hidangan yang disediakan. Selera langsung tak ada tapi demi menjaga hati si suami dan mata-mata yang memandang, dipaksa juga mulutnya memenelan semua makanan yang terhidang.
            “Hanim, ayah dah nak balik dah,” bisik Tuan Yazid di tepi telinga anaknya itu.
Sepatutnya ayah pengantin duduk makan bersama tetapi Tuan Yazid menolak. Memandangkan ramai yang sepertinya kurang senang dengan kehadiran dia di sini, Tuan Yazid memilih untuk menyendiri sebelum membuat keputusan untuk pulang.
“Ayah dah nak balik? Cepatnya… Hanim belum sempat bersembang dengan ayah,” mata Hanim mula berkaca.
Tuan Yazid tersenyum mendengar suara manja anak perempuannya itu. “Ayah kena balik. Kita sembang lain kali ye.”
“Mak tak ada dengan Hanim hari ni, tak kan ayah pun nak tinggalkan Hanim juga,” bisik Hanim dengan suara yang mula sebak. Sedih mengenangkan orang yang paling penting tiada bersama dengan dia hari ini.
Tuan Yazid menghela nafas buat seketika. Kemudian dia terpandangkan Hasif yang berdiri tidak jauh dari situ dengan wajah yang serius tanpa senyuman. Cepat-cepat Tuan Yazid menunduk ke arah Hanim semula.
“Ayah dah lama dekat sini, ayah kena balik. Nanti kita jumpa lagi ye,” kepala Hanim dikucup sebelum dia berlalu meninggalkan Hanim yang masih berkaca matanya.
Izzat menoleh ke arah Hanim dan kemudian memandang bapa mentuanya yang sudah berlalu. Dia sudah sedia maklum tentang kedinginan ahli keluarga isterinya itu. Semuanya terbongkar bila dia berjumpa dengan Tuan Yazid untuk menguruskan tentang borang pernikahan dia dan Hanim. Banyak pesanan yang Tuan Yazid berikan kepadanya  tentang tanggungjawab sebagai suami dan bapa mentuanya itu sempat menceritakan tentang hubungan dingin antara dia dan adik beradik Hanim agar Izzat tidak tertanya bila melihat keadaan mereka yang tidak seperti keluarga itu nanti. Namun punca kedinginan perhubungan mereka masih diselindungkan daripada pengetahuan Izzat.
Izzat bangun dari tempat duduknya dan menarik tangan Hanim agar ikut bangun. Sempat dia meminta diri buat seketika kepada mereka yang duduk semeja dengannya. Hanim yang terpinga-pinga dengan tindakan Izzat itu hanya mengikut langkah kaki suaminya tanpa suara. Laju Izzat berjalan, mengejar langkah kaki Tuan Yazid. Tiba di kawasan luar pagar rumah keluarga Hanim, Izzat membuat isyarat kepada isterinya untuk mendekati Tuan Yazid yang sudah hampir ke kereta.
“Ayah…” Tanpa lengah Hanim menyeru ayahnya. Pakaian pengantin yang sedikit meleret diangkat tinggi bagi memudahkan untuk dia melangkah.
Tuan Yazid menoleh. Terkejut juga melihat anak dan menantunya berdiri tidak jauh dari dia. Rasanya sewaktu dia keluar tadi mereka elok saja duduk bersantap di meja pengantin bersama ahli keluarga yang lain.
“Ayah…” Hanim terus menerpa ke dalam pelukan Tuan Yazid dan tangisannya dihamburkan di situ.
Pelukan Hanim berbalas. Hati tuanya sedikit terusik melihat satu-satunya anak perempuan dia menangis di hari perkahwinan. Tipu lah kalau dia tidak risau bila mengetahui yang anaknya akan berkahwin lagi. Risau kalau perkahwinan Hanim menemui titik noktah yang sama seperti perkahwinan yang terdahulu. Namun untuk menghalang keputusan anaknya itu rasa tidak patut pula. Sedangkan tanggungjawabnya sebagai ayah terhadap Hanim banyak yang telah dia abaikan sejak dia bercerai dengan arwah isterinya.
“Syhhh… Kenapa menangis ni? Nanti rosak mekap tu,” belakang Hanim ditepuk perlahan.
“Hanim sayang ayah.”
“Ayah sayang Hanim juga.”
“Kenapa ayah nak pergi tinggalkan Hanim? Tak boleh ke ayah duduk sini sekejap. Tunggu majlis selesai semuanya.”
Tuan Yazid diam tidak menjawab. Tidak mampu rasanya untuk  berada lebih lama di dalam kelompok yang tidak menerima kehadiran dia. “Majlis dah hampir selesai Hanim dan rasanya tiada apa lagi yang harus ayah buat dekat sini.”
Pelukan dileraikan. “Tapi Hanim nak sembang dengan ayah, nak luang masa dengan ayah. Sekejap je, bukan sehari pun Hanim minta.”
“Hanim faham kan keadaan ayah macam mana.” Tuan Yazid menekankan sedikit suaranya agar Hanim lebih faham tentang situasi dia sekarang.
“Tapi…”
Kata-kata Hanim terhenti bila tiba-tiba ada tangan mengusap bahunya. Hanim menoleh ke kanan. Kelihatan Izzat berdiri sambil memeluk bahunya  dengan erat. “Mungkin ayah penat, bagi ayah balik berehat dulu. Esok lusa kita pergi jumpa ayah.” Izzat mula memujuk bila Hanim tidak mahu menerima kata-kata ayah mentuanya.
Tuan Yazid angguk setuju. “Nanti Hanim dengan Izzat boleh datang jumpa ayah bila-bila masa saja.”
“Betul? Sebelum ni bukan main payah Hanim nak jumpa dengan ayah,” luah Hanim tanpa sedar. Terus berubah air muka Tuan Yazid. Izzat yang perasan perubahan pada wajah bapa mentuanya itu terus mencelah.
“Nanti Izzat call ayah.”
Tuan Yazid angguk dengan senyum tawar. “Ayah balik dulu,” tangan dihulur untuk bersalam dengan anak menantunya.
Air mata Hanim kembali merembes dan sekali lagi dia meluru ke dalam pelukan Tuan Yazid. Sempat Tuan Yazid menitipkan pesanan buat anak perempuannya itu sebelum dia melangkah masuk ke dalam keretanya. Izzat dan Hanim berdiri tegak memandang kereta Tuan Yazid yang meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan itu. Buat seketika mereka hanya diam tanpa suara.
“Jom masuk, semua orang tengah tunggu kita,” ajak Izzat bila Hanim masih belum mahu berlalu.
Today is our big day. Tapi ayah…”
Izzat memandang Hanim dari sisi. Dia tahu yang Hanim masih belum berpuas hati dengan Tuan Yazid pulang lebih awal. “Mungkin ayah penat awak.”
“Kalau penat boleh rehat dekat atas.”
“Hanim…”
Hanim menoleh ke arah Izzat. Lupa pula yang berdiri di sisi adalah suaminya. Tanpa sedar dia sedikit terkasar dalam bersuara dengan Izzat seketika tadi.
“Cuba faham situasi ayah. Tak kesian ke dekat ayah, hurm?”
Hanim tunduk sambil menyapu pipi yang masih basah kerana menangis sewaktu di dalam pelukan ayanya tadi. “Tapi ayah langsung tak nak faham saya.”
We talk about this later okay. Sekarang ni ramai ahli keluarga dan rakan-rakan yang tunggu nak bergambar dengan kita dekat dalam tu. Tak kan nak biarkan mereka tunggu lebih lama, apa pula kata mereka nanti,” tangan Hanim ditarik ke dalam genggaman dan Izzat turut menyapu air mata Hanim yang masih bersisa.
“Siapa suruh buat majlis jemput orang ramai-ramai,” sindir Hanim yang sempat menjeling ke arah Izzat. Segala permintaan dia masuk dalam bakul sampah nampaknya. Tak nak majlis, tak nak pelamin, tak nak jemput ramai orang. Tapi akhirnya, semua yang dia tak nak Izzat adakan hari ini.
“Yang itu pun kita bincang kemudian. Jom…”

Nak tak nak terpaksa juga Hanim mengikut Izzat masuk ke dalam rumahnya semula. Semua yang hadir bersorak melihat pengantin yang kembali semula sambil berpegangan tangan dan masing-masing mula beratur untuk bergambar dengan pengantin. Majlis pernikahan yang biasa akhirnya bertukar meriah juga.

24 July 2017

KUNCI HATI HANIM BAB 14

BAJU PENGANTIN yang bergantungan dipandang tanpa rasa. Semua cantik dan menarik tetapi nafsu untuk mencuba langsung tiada. Malah nak memegangnya pun tidak ingin. Pelipis ditekan dengan hujung jari. Rasa pening mula mencucuk dan terasa lemah lututnya untuk terus berdiri.
            Lama Izzat memandang Hanim yang tegak berdiri di hadapan deretan baju pengantin yang pelbagai warna dan rekaan. Kaki yang bersilang dijatuhkan lalu kedua belah siku ditongkat pada lutut membuatkan badannya yang sedang duduk sedikit membongkok. Hampir setengah jam Hanim berdiri di situ tetapi langsung tiada kata putus daripada bakal isterinya itu tentang baju pengantin pilihannya.
            “Hanim…”
            Hanim menoleh ke arah Izzat seketika sebelum kembali memandang ke arah baju yang bergantungan. Di dalam kereta tadi puas dia memujuk Izzat supaya menunda program hari ini ke hari lain. Sungguh dia belum bersedia untuk memilih baju yang bakal dipakai pada hari pernikahannya nanti, namun Izzat langsung tidak mengendahkan pujukannya. Dengan separuh hati dia manapak masuk ke dalam butik pengantin tersebut dan kerana separuh hati itu juga lah dia masih tercegat tanpa memilih mana-mana pakaian yang bergantungan di hadapannya sekarang.       
            “Which one?”
            Kalah dengan kekeliruan yang mencucuk, Hanim bergerak menghampiri Izzat dan duduk di sebelah bakal suaminya itu dengan tangan yang membelit badan sendiri. “I don’t know.”
            “Kenapa?” Izzat menoleh dengan wajah yang tenang. Tahu hati Hanim bukan di sini sebab itu lah susah bagi seorang Hanim untuk memilih sedangkan semua yang tergantung cantik belaka. Rekaan Hatta Dolmat, kalau tak cantik juga tahu la nak cakap apa.
            “Mungkin sebab semuanya terlalu cantik,” suara hati cuba diselindung dengan memberi jawapan selamat.
            “Is it because the dress is too beautiful or it’s just you who are tasteless.” Izzat cuba mengusik namun dengan wajah yang serius bergitu Hanim rasa tersindir pula.
            “Kalau saya tasteless apa kata awak je yang pilih untuk saya,” dengan wajah tanpa perasaan Hanim membalas.
            Tanpa banyak soal Izzat bangun dan bergerak mendekati pakaian pengantin yang bergantungan itu. Satu persatu dibelek dan dipegang bagi merasai kelembutan fabrik yang digunakan. Hanim masih duduk bersandar sambil memeluk tubuh. Langsung tiada keinginan untuk bersama dengan Izzat memilih pakaian untuk hari bersejarahnya.
            Sedang dia leka memandang, Izzat bergerak mendekati pembantu butik tersebut dan seperti ada sesuatu yang Izzat perkataan bila pembantu Hatta Dolmat hanya angguk dengan senyuman.
            “Come, kita ambil ukuran badan awak,” tanpa Hanim sedar Izzat menarik tangannya untuk bangun.
            “Untuk apa?”
            “Tempah baju nikah.”
            “Apa?” Mata Hanim membuntang. “Mahal lah Izzat.”
            “Don’t worry, everything is on me.”
            “It’s not about on you or on me, it’s about money. Membazir tahu tak, pakainya sekejap je.”
            Pegangan pada tangan Hanim terlepas. “Bukan selalu Hanim dan saya buat semua ni untuk hari bersejarah kita. Saya nak buat sesuatu yang istimewa supaya ada memori indah yang boleh kita kenang di hari tua nanti. Itu pun salah ke?”
            Suara Izzat sedikit keras pada pendengaran Hanim membuatkan hati kecilnya sedikit kecut. Melihat pada wajah dan telinga Izzat yang merah, dia tahu yang Izzat sedang menahan marah. Kata-kata Maira sewaktu di pejabat tadi kembali berlagu pada pendengarannya membuatkan tangkai hati mula dicucuk rasa bersalah. Kalau hari pernikahan mereka nanti bukan sesuatu yang istimewa buat dirinya, tetapi ia adalah hari yang istimewa buat Izzat. Nampaknya dia perlu pahat kata-kata itu sehingga hari pernikahan mereka nanti agar dia tidak lagi menyakiti hati Izzat begini.
            “You know what Hanim, just forget it,” langkah mula diatur namun belum sempat dia berlalu lebih jauh tangannya dipegang oleh Hanim.
            “I’m sorry. Lets make it special then,” bisik Hanim dengan rasa bersalah yang menggunung.
            Mata dipejam. Merajuk begini bukan sifat dia yang sebenarnya. Tetapi dengan Hanim, hanya itu caranya untuk membuatkan Hanim bersetuju dengan kata-kata dia. Tangan Hanim yang masih memegang kemas lengannya digenggam. “Come.” Hanim ditarik mendekati pembantu Hatta Dolmat yang setia menanti dengan senyuman. Tak pasal buat drama percuma.

MALAS mahu berada lebih lama di dalam butik, Hanim memilih untuk menunggu di dalam kereta sementara Izzat menghabiskan perbincangannya dengan pereka baju nikah mereka. Masih ada yang ingin Izzat tambah situ sini, telitinya mengalahkan orang perempuan. Rekaan baju dia tadi Izzat juga yang pilihkan. Siap dengan pemilihan fabrik segala. Dengan bantuan designer memudahkan Izzat untuk membuat pilihan. Manakala dia hanya angguk bersetuju dengan semua pilihan bakal suaminya itu.
            Belum sempat pintu di bahagian pemandu dibuka, ada suara asing menegur dari belakang. Pergerakan Hanim terhenti dan dia menoleh ke belakang. Kelihatan dua orang wanita dengan pakaian yang bergaya sedang memandang ke arahnya.
            “What a pleasant surprise!”
            “Maaf, cik ni siapa?”
            “Hei, you kan selalu stalk I dengan suami I. Tak kan tak kenal?” Dengan penuh sinis wanita berbaju biru itu menjawab. Muka tak payah cakap lah, kerek habis.
            “Stalk?” Berkerut wajah Hanim kerana keliru. Bila masa pula dia intip orang.
            “You tak payah buat-buat tak ingat Hanim. Kenapa? Malu?”
            Hanim terdiam, cuba menghadam kata-kata wanita itu. Sesaat kemudian kerutan pada wajahnya mula menghilang. “Jadi you ni… isteri Meor?”
            “Ye! I Dina isteri Meor. Ingat Meor? Alah yang you tergila-gilakan sangat tu, tak kan dah lupa.”
            “Siapa cakap yang I tergila-gilakan Meor?” Tanpa nada Hanim menyoal. Wajah cuba dineutralkan tetapi dalam hati sudah marak api menyala. Geram dan marah dengan tuduhan yang Dina lemparkan.
            “Nak nafikan lagi Hanim?” Dina menoleh ke arah kawannya sebelum mereka sama-sama mentertawakan Hanim yang sudah merah wajahnya. Entah kerana cuaca yang panas atau hati Hanim sudah hangus terbakar mendengar sindirannya.
            “Bukan menafikan, tapi memang kenyataan. I tak pernah intip Meor. You dengan suami you tu yang perasan I intip korang. Jangan cakap yang Meor tu masih tak boleh move on pula.”
            “You!” Mata Dina mencerlung ke arah Hanim. Konon nak membakar Hanim tapi dia pula yang terbakar.
            “Apa?!” Pandangan tajam Dina dibalas dengan berani. Sekarang bukan masanya untuk berdiam diri lagi. Cukup lah Meor menuduh dia macam-macam sehinggakan abangnya sendiri percaya dengan segala tuduhan Meor itu.
            “You jangan nak kurang ajar dengan I ye.”
            “You kurang ajar dengan I boleh pula?”
            “Itu I nak sedarkan you yang tak sedar diri ni.”
            “Ouh please Puan Dina.” Hanim menyilangkan tangan ke badan sambil bersandar ke kereta Izzat. “You ingat I ni budak-budak ke? Grow up please. Dah jadi isteri orang pun jangan nak childish sangat.”
            “Kurang ajar!”
            Hampir saja tangan Dina menampar pipi Hanim namun sempat dihalang tangan kekar yang tiba-tiba muncul dari belakang.
            “Tangan ni daripada tampar orang tak tentu pasal lebih baik guna untuk angkat takbir. Dah, pergi solat sana,” bahu Dina ditolak lembut supaya menjauh. Kunci di tangan Hanim ditarik. “Masuk sekarang,” arah Izzat tanpa memandang wajah Hanim yang hanya diam tanpa suara. Tadi banyak bunyi sekarang dah senyap pula. Tanpa lengah Hanim terus bergerak masuk di tempat duduk sebelah pemandu. Beberapa saat kemudian kereta Izzat menderu berlalu meninggalkan Dina yang masih belum habis menyumpah.
            “What was that?”
            Hanim angkat kening. “Dina nak tampar saya. Awak pun nampak tadi kan.”
            “Kenapa?”
            “Obviously because I said something bad to her.” Hanim buat muka bosan. Izzat suka tanya benda yang dia dah tahu. Saja nak buat orang cakap banyak.
            “Awak cakap apa? Dan kenapa awak cakap macam tu?”
            Hanim mengeluh perlahan. “Awak memang nak saya ceritakan semuanya dari awal  sebenarnya kan?”
            “Yeah if you don’t mind.” Mata menjeling ke arah Hanim sekilas. Dia tahu Hanim tak suka nak bercerita apatah lagi mengadu dekat dia macam-macam. Tapi yang Hanim tak suka itu lah yang dia nak Hanim buat. Hanim kena banyak cakap dengan dia. Itu yang utama kalau dia nak perhubungan mereka berjaya.
            Hanim memandang ke kiri melihat susunan kereta yang dipotong oleh Izzat melalui lorong kanan. Hati berbelah bahagi sama ada mahu menceritakan semuanya kepada Izzat atau tidak. Dia tidak suka berkongsi, lebih-lebih lagi dengan orang yang masih baru di dalam hidupnya. Sewaktu bersama Meor dulu pun dia lebih suka simpan semuanya sendiri dan Meor juga selesa begitu. Tidak suka ikut campur tentang hal dirinya kecuali jika dia sendiri yang mahu berkongsi dengan Meor. Satu yang pasti, Meor tidak suka memaksa. Berbeza benar dengan Izzat.
            “Hanim…”
            Nafas dihela dan dia memalingkan wajahnya ke arah Izzat. Sungguh lelaki ini suka memaksa di dalam halus. Dan dia, seperti sewaktu di butik pengantin tadi pasti akan mengalah. “Dia cakap yang saya intip dia dengan Meor. Just like what you heard before. Tapi kali ini dia tuduh yang saya gilakan Meor pula.”
            “And… is it true?”
            “Apa?”
            “That you still love him?”
            Hanim diam. Memilih untuk tidak menjawab soalan Izzat kerana dia rasakan yang soalan itu terlalu peribadi dan dia memilih untuk menyimpan jawapannya sendiri. Izzat menahan rasa. Diam bermakna betul. Adakah ini bermakna Hanim masih mencintai bekas suaminya itu? Kalau benar Hanim masih mencintai Meor, pasti jalan untuk dia membahagiakan Hanim tidak mudah seperti yang dia fikirkan. Melihat Hanim yang kembali memandang ke luar kereta, Izzat tidak mahu memaksa. Tambahan pula soalannya itu terlalu sensitif untuk dibicarakan pada awal perhubungan begini. Biar lah Hanim bertenang terlebih dahulu dan ceritakan semuanya bila dia sudah bersedia nanti.
            “Habis tu, awak cakap apa dekat dia sampaikan dia angkat tangan macam tu?”
            “Saya cakap grow up please. Dah jadi isteri orang jangan nak childish sangat.” Jawab Hanim tanpa memandang ke arah Izzat.
            Tercuit senyuman di hujung bibir Izzat. Tahu pun lawan balik. “That is what you should do Hanim. Defend yourself whenever people say something bad about you. That is what you should do when Meor attacked you. Bukan diam dan ia kan semuanya.”
            “Tapi Meor tak kurang ajar macam isteri dia.”
            “Tapi, dia dah tuduh awak macam-macam Hanim. Dia tuduh awak perkara yang awak tak buat pun. You know yourself kan, semua itu hanya kebetulan. Cara dia buat tuduhan melulu macam tu tak betul Hanim.”
            “Dah lah Izzat, saya tak nak cakap tentang perkara tu lagi. Benda dah lepas kan,” malas betul rasanya nak cakap pasal Meor lagi. Memang lah dia geram dengan apa yang telah Meor katakan dan lakukan tapi perkara dah jadi pun. Kalau dia jelaskan bukan ada yang nak dengar. Paling tidak mereka akan cakap perkara yang sama, benda dah jadi.
            Dalam diam hati Izzat terguris dengan teguran Hanim itu. Nampak sangat yang Hanim masih membela bekas suaminya dan Hanim lebih mengutamakan lelaki itu berbanding dia. Kalau begitu siapa dia di dalam hidup Hanim? Adakah cuma sekadar teman hidup yang tidak mempunyai apa-apa fungsi. Kerana terasa dengan kata-kata Hanim, Izzat memilih untuk berdiam sehingga mereka tiba ke destinasi yang seterusnya.


DUA biji mug berisi kopi panas diletakkan di atas meja kopi di tengah ruang tamu. Kemudian Dina melabuhkan duduk di sisi suaminya yang masih leka dengan telefon di tangan. Terus dia menempel di bahu suaminya.
            “Sayang, tadi I jumpa dengan janda you.”
            Terus Meor menoleh. “Jumpa dekat mana? Dia stalk you ke?”
            Dina jungkit bahu tanda tidak tahu. “Dekat depan butik Hatta Dolmat.”
            “Dia buat apa dekat situ?” Meor kembali fokus pada telefon di tangan.
            “Entah. Tempah baju kahwin agaknya.”
            Spontan Meor ketawa. “You jangan nak buat lawak lah.”
            “Kenapa you gelak? I tak buat lawak la,” bahu Meor ditampar manja. Geram juga bila Meor langsung tidak serius dengan kata-katanya.
            “Hanim tu siapa je yang nak kahwin dengan dia. You pun tahu kan yang dia masih sukakan I,” dengan penuh yakin Meor berkata.
            Dina mencicip kopi yang diletakkan di atas meja seketika tadi. “You jangan yakin sangat sayang. I nampak dengan mata I sendiri yang dia datang ke butik tu dengan seorang lelaki. Hurmmm… Boleh tahan kacak juga. Kereta pun bukan main mewah.”
            Hampir terlepas telefon di tangan. Berkelip-kelip mata Meor cuba menghadam kata-kata Dina. “You kenal tak lelaki tu?”
            “Eh, mana lah I kenal. Hanim tu pun sebab you je I kenal dia, kalau tidak tak hingin nak kenal  dengan perempuan macam tu.” Dina menoleh ke sisi. Melihat perubahan pada wajah Meor membuatkan hatinya sedikit kurang senang. “You ni kenapa? Nampak cuak sangat muka tu kenapa?”
            “Betul ke Hanim dah ada pengganti?” Hampir berbisik Meor bersuara namun sempat ditangkap oleh telinga Dina.
            “You kenapa?” Bahu Meor dipukul dengan bantal kecil yang terdapat di atas sofa sebelah. “Jangan cakap yang you cemburu dengan janda you tu pula.” Dina mula memuntahkan amarahnya. Meor yang tiba-tiba berubah betul-betul membuatkan hatinya gusar. Macam mana kalau suaminya itu masih ada hati dengan Hanim? Apa yang akan terjadi dengan rumah tangga mereka nanti?
            “Auch! Sakit lah bie. You ni kenapa pukul-pukul I pula?” Marah Meor turut meletus. Perangai Dina yang satu ini memang dia tak suka. Asal nak marah je mula lah tangan tu naik sana sini pukul orang. Marah pakai mulut je tak boleh agaknya. Nak juga kena guna tangan sekali.
            “You tu yang kenapa. Masih ada hati dekat janda you tu ke?”
            “Tak lah. I mana suka dekat dia lagi dah. I suka you je.”
            “Habis tu kenapa muka you macam tu?”
            “Macam apa?”
            “Macam kecewa, macam tak percaya.”
            Meor menghela nafas keras. “I tak kecewa pun. You cakap dengan dia tak?” Sengaja cuba mengalih perhatian isterinya daripada terus memikir yang bukan-bukan.
            “Ish, itu lah yang I geram. Janda you tu kan bukan main lagi sekarang. Dah pandai menjawab,” tangan disilang ke dada. Geram kepada Hanim muncul semula. Kalau lelaki tu tak datang tadi memang dah selamat tangan dia mendarat kat pipi perempuan tak sedar diri tu. Ada hati nak mengata orang nampaknya.
            “Dia cakap apa?”
            “Dia cakap yang perangai I macam budak-budak. Memang nak kena cili mulut perempuan tu.”
            “Mesti ada sebab kenapa dia cakap macam tu. You cakap apa kat dia?”
            Dina menjeling. “Lain macam je soalan you ni sayang.”
            “Apa? I’m just asking bie.”
            “I cuma suruh dia berhenti intip you, itu saja. Tapi mulut longkang dia tu sesedap rasa je cakap yang I ni macam budak-budak. I cuma nak pertahankan hak I sayang, salah ke?” Soal Dina sedikit keras.
            Tangan Meor naik mengusap bahu Dina. “Tak, you tak salah bie. I kan suami you sudah semestinya you kena lindungi I daripada terus diganggu oleh perempuan yang macam Hanim tu. Thank you baby.” Pipi kiri Dina dikucup sekilas membuatkan isterinya itu tersenyum buat seketika.
            Fikiran Meor mula merewang memikirkan tentang Hanim. Betul ke bekas isteri dia tu akan berkahwin? Tapi dengan siapa? Mustahil secepat ini Hanim mendapat pengganti. Hanim yang dia kenal bukan lah mudah menerima seseorang di dalam hidupnya. Dengan dia dulu entah macam mana mudah saja Hanim terima semuanya. Dari awal menjadi kawan sehingga lah mereka berkahwin. Mungkin kerana Hanim tiada pilihan lain atau sememangnya Hanim terdesak untuk mencari teman hidup waktu tu kerana tidak mahu memegang title anak dara tua. Tapi dengan umur Hanim sekarang belum layak untuk digelar anak dara tua. Masih belum mencecah tiga puluh tahun pun. Tanpa sedar Meor mengeluh. Tentang Hanim memang sejak dulu tiada yang mudah untuk difahami. Hanim lebih gemar simpan semuanya sendiri sementelah dia pula bukan jenis yang suka bertanya. Mungkin kerana ini juga perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian.
            Dina memandang Meor yang kelihatan seperti hanyut dengan dunianya sendiri. Apa yang Meor fikirkan? Tentang janda dia kah? Hati Dina mula tidak senang. Bukan dia tidak perasan yang wajah Meor terus berubah bila dia mengkahabrkan tentang Hanim yang bakal berkahwin sedangkan belum tentu betul atau tidak pengkahabaran itu. Dia cuma meneka tetapi Meor kelihatannya seperti mengambil serius pula kata-katanya itu.
            “You kenapa? Fikir tentang Hanim lagi lah tu,” teka Dina dengan nada yang kurang senang.
            Meor tersentak seraya menoleh ke arah isterinya. Segaris senyuman dihadiahkan bagi mententeramkan hati Dina yang sedang merusuh. “Tak lah bie, I fikir pasal lain.”
            “You tak payah nak tipu I sayang, bukan semalam I kenal you. Kenapa you nak serabutkan kepala fikirkan tentang dia. You sepatutnya rasa lega tau bila dia nak kahwin. Lepas ni dia tak akan intip you lagi dah. Aman hidup kita.”
            Meor angguk. “Ye, lepas ni dia tak akan ganggu hidup kita lagi.”
            “Betul tu. Dah, tak nak lah serius macam ni. Jom naik tidur.”
            “I belum minum bie,” mug yang masih belum terusik dicapai dan perlahan-lahan Meor mencicip minuman yang dibancuh oleh isterinya itu tadi.
            “Itu lah sibuk sangat fikir pasal janda you tu sampai sejuk dah air yang I buat,” walau mulut membebel tetap juga dia setia menanti Meor menghabiskan minumannya.
            “Okey dah. Jom…” Meor terus bangun dan menarik Dina untuk ke tingkat atas. Bebelan isterinya dibiarkan sepi tanpa balasan.

LANGKAH kaki Hazrul terus terhenti saat melintasi bilik Hanim yang sedikit terbuka. Kepala dijengah mencari batang tubuh kakaknya. Bilik Hanim sunyi bagaikan tiada penghuni. Di atas katil kakaknya kelihatan kertas bertaburan memenuhi separuh ruang katil. Kerana rasa ingin tahu, perlahan-lahan Hazrul mendekati katil Hanim. Salah satu kertas yang bertaburan dicapai. Matanya liar membaca perkataan yang tersusun di atas kertas tersebut. Borang pernikahan Hanim yang telah siap diisi dan beberapa dokumen penting yang perlu dikepilkan bersama.
            Dalam diam dan secara sendiri Hanim telah menyiapkan semuanya. Kalau dulu semua yang berkaitan dengan borang pernikahan kakaknya diuruskan oleh dia dan abangnya, Hasif. Sebagai saudara lelaki dan kerana rasa tanggungjawab dia dengan Hasif uruskan semunya bagi pihak Hanim. Kakaknya itu hanya menguruskan tentang majlis pernikahan sahaja. Tetapi kali ini, semuanya Hanim uruskan sendiri. Kebetulan pula sekarang dia sedang sibuk dengan peperiksaan akhir semesta, langsung dia tidak berkesempatan untuk bertanyakan tentang persiapan pernikahan kakaknya itu.
            Hanim yang baru keluar dari bilik mandi tersentak seketika melihat kehadiran Hazrul di dalam bilik tidurnya. Jarang Hazrul nak menapak ke dalam bilik dia kecuali kalau ada perkara penting yang mahu dibicarakan.
            “Buat apa?” Hanim masih berdiri tegak di hadapan pintu bilik mandi. Memandang Hazrul dengan wajah tanpa riak.
            Terlepas kertas di tangan dan Hazrul terus berpaling. Gugup tiba-tiba melihat wajah mono kakaknya itu. Langsung tiada kemesraan. Siapa yang harus dipersalahkan bila kakaknya berubah begitu. Sudah tentu dirinya sendiri kerana dia yang lebih dahulu memilih untuk tidak mempedulikan Hanim sedangkan kakaknya itu sangat perlukan dia di sisi.
            “Nothing, just…”
            “Checking on me?” Teka Hanim. Wajahnya juga mula berubah tegang.
            “Tak lah kakak. Rul lalu depan bilik kakak tadi lepas tu nampak pintu bilik kakak terbuka jadi Rul masuk la nak sembang dengan kakak.”
            Hanim mula menapak ke arah katilnya. “Sejak bila suka sembang dengan kakak,” sinis kedengaran kata-kata Hanim namun itu lah kenyataannya. Sejak dia bercerai, sejak arwah mak mereka meninggal, hubungan dia dengan Hazrul dan Hasif juga mula renggang. Adik dan abangnya itu mula menjarakkan diri dari dia tanpa apa-apa sebab. Mulai saat itu juga lah mereka jarang duduk bersembang seperti dulu. Kalau bercakap pun tentang hal penting sahaja.
            “Kakak please. Rul masuk cakap elok-elok dengan kakak ni.”
            Hanim angkat bahu sebelum duduk di atas katil dan menyusun semula kertas yang bertaburan di atas katilnya itu. “Ada apa-apa nak cakap dengan kakak ke?”
            “Macam mana dengan persiapan majlis akad nikah kakak. Dah siapkan semuanya ke?” Hazrul menjeling ke arah kertas di tangan Hanim.
            “Dah.”
            “Borang-borang semua dah settle?”
            “Dah.”
            “Ayah macam mana? Kakak dah bagitahu ayah?”
            “Dah.”
            Hazrul menghela nafas berat bila mendengar jawapan Hanim. Tanpa meminta keizinan Hanim dia terus duduk berhadapan dengan kakaknya itu. Tangan Hanim dicapai dan digenggam kemas. “Rul minta maaf,” bisik Hazrul yang menunduk. Tak sanggup pula nak bertentang mata dengan kakaknya itu.
            “Untuk apa?”
            “Sebab tak pedulikan kakak.”
            Tangan di dalam genggaman Hazrul ditarik. “Tak apa kakak dah biasa,” jawab Hanim tanpa ada niat mahu menyindir kerana memang itu lah hakikatnya. Dia sudah biasa bersendirian dalam menjalani hidupnya di rumah besar ini. Dan tak lama lagi dia akan keluar dari sini. Memulakan hidup dengan seorang lelaki yang masih asing dengannya.
            “Kakak cakap macam tu buat Rul lagi rasa bersalah.”
            “Jangan. Rul tak buat salah apa pun dengan kakak. You have a right to hate me. But…” Hanim memandang ke dalam mata Hazrul yang turut memandang ke arahnya. “I just want to know why… Why you ignoring me? Apa salah kakak dengan Rul?” Tanpa sedar mata Hanim mula berkaca. Walau setabah mana pun dia, akhirnya tetap juga kalah dengan perasaan sendiri. Tetap juga dia merasa sakit dipinggirkan oleh adik beradiknya sendiri.
            Sekali lagi Hazrul tunduk bermain dengan tangan sendiri. Jujurnya dia juga keliru dengan segala tindakannya itu. Apa yang dia tahu, kakaknya telah menambahkan masalah di dalam keluarga mereka bila bercerai dengan Meor. Semuanya menjadi kucar kacir dan sejak dari itu hanya mendung yang singgah dalam hidup mereka sekeluarga.
            “Rul salah dan Rul minta maaf kakak,” diulang lagi kata maaf bila tiada penjelasan yang mampu dia berikan kepada Hanim.
            “Apa salah Rul pada kakak?”
            “Pulaukan kakak, biarkan kakak sendiri.”
            “Kenapa Rul buat macam tu?”
            Hazrul terdiam lagi bila terperangkap dengan soalan Hanim. “Rul tak tahu macam mana nak jelaskan pada kakak. Apa yang pasti, Rul memang salah bila buat kakak macam tu. Rul terlalu emosi, Rul terlalu mengikut rasa hati yang kecewa hingga Rul lupa yang hati kakak lebih lagi kecewa. Melihat keluarga kita yang kucar kacir dengan egonya Rul meletakkan segala kesalahan di bahu kakak. That is why I’m ignoring you, avoiding you.
            “Tak adil Hazrul.”
            “Ye dan Rul betul-betul minta maaf atas apa yang telah terjadi antara kita berdua. Rul harap sangat kakak dapat maafkan Rul dan kita kembali rapat seperti dulu.”
            Air mata yang bertakung mula menitis. “Kenapa sekarang Hazrul? Bila kakak dah nak keluar dari rumah ni.”
            “Kakak…” Tangan Hanim kembali ditarik ke dalam genggaman. “Rul harap masih belum terlambat untuk kita kembali seperti dulu kakak. Rul sayang kakak dan Rul tak nak kakak keluar dari rumah ni dengan membawa rasa benci terhadap Rul.”
            “Kakak tak pernah bencikan Rul. Tak pernah…” Laju Hanim menggeleng. “Cuma kakak terkilan bila mendapat layanan seperti itu oleh adik kakak sendiri.”
            “Rul minta ampun. Rul janji perkara macam ni tak akan terjadi lagi di antara kita kakak, Rul janji.” Hazrul tunduk mencium tangan Hanim. Lama…

            Hanim memejam mata rapat. Mudah sungguh untuk meminta maaf, tapi untuk memaafkan?