12 July 2016

Ivy Raihana : Ramadan + Syawal Part 3



MERIAH sungguh rumah Ivy dengan suara kanak-kanak dan mereka yang dewasa. Hari ini adalah hari terakhir mereka berpuasa, jadi masing-masing mula sibuk menyediakan persiapan raya. Yang perempuan sibuk di dapur manakala yang lelakinya sibuk di luar rumah.
            “Nenek cakap tak payah buat lemang, nanti makan lemang dekat rumah dia saja.” Kata Puan Intan yang baru selesai bercakap dengan Nek Munah di telefon.
            “Rendang nenek buat tak?” Soal Ivy. Makanan favourite dia tu.
            “Mesti lah buat. Nenek buat rendang ayam kampung.”
            “Alah sedapnya ma. Kecur air liur dengar.” Kata Mai dan yang lain angguk setuju. Bila puasa memang macam tu, tak boleh dengar orang cakap pasal makanan semua sedap.
            “Lepas ni kita nak buat apa pula ma?” Faye meletakkan bekas berisi ketupat di atas island table. Dalam ramai-ramai dia lah yang pandai anyam ketupat. Yang lain failed. Lepas tu asyik gelak je bila tak menjadi.
            “Dah isi beras dalam tu Faye?”
            “Dah ma.”
            “Bagi dekat ayah dekat belakang biar ayah rebus.”
            Terus Faye bergerak keluar ke pintu belakang. Kelihatan Tuan Ilias, Irfan dan Iman sedang sibuk menghidupkan api untuk merebus ketupat.
            “Hajar nanti tolong Ivy susun biskut dalam balang boleh?” Ivy merapati Hajar yang sedang menyusun pinggan yang akan digunakan esok.
            “Boleh. Nanti Ivy letak balang tu dekat luar. Hajar susun biskut dekat luar terus lah, senang.”
            “Okey.” Ivy terus mengeluarkan balang kaca dari dalam almari lalu di bawa ke ruang tamu. Bulat mata dia memandang keadaan rumah tamu yang bagaikan kapal pecah. Sana sini penuh dengan mainan. Macam tu lah bila ada ramai sangat anak kecil.
            “Maaf Vy Kak Tihah tak sempat nak kemas semua. Dah kemas yang itu yang ini pula berterabur. Kemas yang itu yang kat sini pula bersepah.” Kata Fatihah yang sedang menjaga Haris dan Idris bagi pihak Faye dan Hajar. Marissa pula sudah dibawa masuk ke dalam bilik oleh Mai bila anaknya itu mula meragam mahu tidur.
            Tersengih Ivy medengar kata-kata Fatihah. “Tak apa lah Kak Tihah, budak-budak kan biasa lah tu. Nanti diorang dah tidur baru lah kita boleh kemas ni semua. Selagi mata diorang celik, jangan harap.”
            “Kan... Kak Tihah pun macam tu la Vy, tengah malam baru boleh kemas semua. Selagi yang kecik tak tidur memang tak boleh nak buat apa. Abang-abangnya pula suka sangat sepahkan mainan.” Fatihah kini sudah menjadi suri rumah sepenuh masa di atas kehendak dia sendiri. Tak nak tinggal anak dekat nursery katanya, sebab itu lah dia sanggup melepaskan jawatan yang dia pegang. Irfan pula sentiasa menyokong apa saja keputusan isteri dia.
            “Abang Ipan tak tolong ke kak?”
            “Tolong juga. Tapi kesian la dekat abang tu, kat ofis dah penat tambah yang dekat rumah pula. Tapi bila abang cuti memang dia sentiasa tolong Kak Tihah.”
            “Abang memang rajin.” Sempat dia puji abang sendiri membuatkan Fatihah tersenyum. Ivy memandang ke arah Irine yang sedang bermain dengan Faiz, Fiya dan juga Iskandar.
“Seronok betul Irine, dari tadi asyik ketawa saja. Mesti best kalau dia ada adik nanti.” Mata Ivy tidak lepas dari memandang ke arah anaknya itu.
“In shaa Allah... Ada rezeki Ivy untuk tambah ahli nanti.”
“Itu lah Kak Tihah, teringin betul nak dapat baby lagi. Fayed pun sama, dah berangan nak kan anak lelaki lagi tu. Tapi belum ada rezeki nampaknya.”
“Sabar sayang, sooner or later akan ada rezeki Ivy nanti. Mungkin sekarang tuhan nak beri ruang kepada Ivy untuk curahkan sepenuh kasih dan sayang kepada Irine.”
Ivy angguk setuju. “Ada betulnya juga apa yang Kak Tihah cakapkan tu.”
“Mummy, Kak Yeen nak air.” Irine merapati Ivy yang sedang berbual dengan Fatihah. Yang lain juga turut mengekori Irine dari belakang.
“Fiya nak Ami Vy.”
“Faiz pun nak juga Mummy Vy.” Fiya yang berdiri di sebelah Irine ditolak perlahan. Terjelepuk adiknya di sebelah.
“Ibu!!!” Jerit Fiya sekuat hati dengan tangisan yang mula kedengaran.
“Faiz! Kenapa tolak adik macam tu. Nak ibu panggilkan baba ke?”
Laju Faiz menggeleng dengan sengihan. Iskandar yang melihat bergerak merapati Fiya lalu tangan sepupunya itu ditarik supaya bangun.
“Is tolong ye.” Kata Iskandar dengan pelatnya. Ivy dan Fatihah yang melihat terus menghamburkan ketawa.
“Adoi, macam-macam la diorang ni kak.”
“Itu lah. Ni baru sikit Vy, bila dah bertambah nanti tak tahu lah macam mana. Ni yang baby belum besar lagi ha. Bila dah besar nanti makin pening la kita nak melayan.”
“Kan Kak Tihah. Tapi tak apa lah, sekurang-kurangnya terhibur juga hati kita ni.” Fatihah angguk mengiakan.

“APA ni Daddy Yed?” Soal Iskandar sambil menunjukkan ke arah buluh di sebelah Fayed. Irine dan Fiya turut datang menghimpit. Faiz saja yang tidak kelihatan.
            “Buluh Is, Daddy Yed nak buat panjut. Tahu tak panjut tu apa?” Iskandar menggeleng. “Panjut tu pelita Is. Tahu tak pelita tu apa?” Soal Fayed lagi dan seperti yang dijangka sekali lagi Iskandar menggeleng.
            “Kak Yeen tak tahu pelita.”
            “Fiya pun...”
            “Pelita tu rumah ke Daddy Yed?” Soal Iskandar dengan wajah yang polos. Mengekek Fayed ketawa mendengar soalan Iskandar.
            “Bukan lah Is. Panjut ni nanti kita pasang dekat sini lepas tu nanti ada api keluar dekat atas ni.”
            “Eeee...” Serentak Iskandar, Irine dan Fiya bersuara bila mendengar perkataan api. Tahu pula diorang api tu apa.
            “Bahaya la daddy...”
            “Tak sayang tapi dengan syarat Irine, Is dan Fiya tak boleh pegang panjut ni nanti. Tengok je. Okay?” Serentak mereka bertiga angguk. “Okey ke belakang sikit daddy nak buat ni.”

            Irine, Iskandar dan Fiya bergerak ke arah meja batu yang berhampiran dan bermain di situ. Fayed pula kembali fokus kepada panjut yang ingin dipasang. Sepatutnya dia dengan Imad yang buat tapi Imad sudah hilang ke mana. Katanya nak ke tandas tapi sampai sekarang tak muncul-muncul.
            Sewaktu Irine sedang bermain bersama Iskandar dan Fiya, kelihatan Syed sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumah mereka yang kebetulan dibiarkan terbuka oleh Fayed. Syed melambai-lambai ke arah Irine yang sedang bermain dan tanpa teragak-agak Irine terus bergerak mendekati Syed. Fayed yang terlalu leka dengan kerjanya pula langsung tidak perasan apa yang terjadi.
            Irine mendongak ke arah Syed dengan mata yang terkelip-kelip. Iskandar dan Fiya pula hanya memandang dari jauh.
            “Hai Irine, mummy ada tak?” Syed bersuara dengan nada yang ceria. Di tangannya kelihatan sebuah kotak yang berbalut kemas siap dengan riben yang elok terletak di bahagian atas.
            “Ada, dekat dalam.”
            “Boleh panggilkan mummy tak?”
            “Kenapa?” Soal Irine kembali.
            “Uncle nak bagi mummy ni.” Syed menggoncang kotak di tangan.
            “Urm...”
            “Irine!” Fayed menjerit memanggil nama Irine. Terkejut betul dia bila terpandangkan Irine yang sedang berdiri berhadapan dengan Syed di depan pintu pagar rumahnya. Kalau Syed larikan anak dia tadi macam mana? Ah, dia juga yang cuai kerana terlupa untuk menutup pintu pagar rumahnya tadi.
            Laju langkah kaki dihayun mendekati Irine dan Syed kemudian anaknya itu terus ditarik ke dalam dukungan. Irine terus merangkul leher Fayed. bimbang kalau dimarahi oleh daddynya. “Kau buat apa dekat sini?” Soal Fayed dengan nada yang sedikit keras.
            “Aku nak jumpa dengan Ivy.” Jawab Syed dengan riak wajah bosan.
            Fayed mendengus geram. “Untuk apa kau nak jumpa dengan dia?”
            “Aku nak bagi dia ni.” Sekali lagi Syed menggoncang kotak yang dipegangnya.
            “Kau memang tak faham bahasa kan?”
            “Apa?” Muka toya je si Syed ni. Tak nampak ke yang Fayed tu dah merah muka tahan marah dengan sikap dia tu.
            “Ivy tu isteri aku, yang kau beria sangat nak bagi dia semua ni kenapa?”
            “Eh suka hati aku lah nak bagi dia apa pun. Yang kau sibuk kenapa?”
            “Aku sibuk sebab dia tu bini aku lah. Kau jangan nak buat bodoh pula dekat sini.”
            “Aku ke kau yang bodoh?” Syed menyoal dengan riak wajah yang penuh angkuh. Dia memang sejenis manusia yang bebal agaknya. Langsung tak ada rasa berasalah.
            “Kau!”
            “Yed, kenapa ni?” Soal Imad yang sedang menghampiri Fayed dan Syed. Dia baru saja keluar dari arah belakang rumah, melihat ayah dan abang-abangnya rebus ketupat.
            Fayed berpaling ke arah Imad sebelum kembali memandang ke arah Syed yang beriak selamba. Langsung tidak ada rasa bersalah pada wajahnya. “Nothing Imad.” Kata Fayed yang tidak mahu melibatkan Imad di dalam masalah mereka.
            “Bro, Ivy ada?” Soal Syed kepada Imad tanpa rasa malu.
            “Ivy? Kawan dia ke?”
            Angguk tidak, geleng pun tidak. Syed hanya diam tidak menjawab.
            “Dah lah Syed, aku rasa lebih baik kau balik sekarang.” Kata Fayed. Malas dah rasanya nak mengadap muka tak tahu malu Syed nih.
            “Aku tak akan balik selagi aku tak jumpa dengan Ivy.”
            “Hey, what’s the matter?” Soal Imad ingin tahu. Mendengar kata-kata Syed membuatkan Imad rasa tidak sedap hati pula.
            Fayed menurunkan Irine ke bawah dan menyuruh anaknya itu masuk ke dalam rumah. Laju saja Irine berlari ke arah Iskandar dan Fiya sebelum menarik tangan sepupunya itu untuk masuk ke dalam.
            “Lebih baik kau balik sekarang Syed.”
            “No! Aku nak jumpa Ivy.”
            “Kau!” Fayed ingin menerkam ke arah Syed tetapi dihalang oleh Imad. “Lepaskan aku Mad, aku nak ajar orang yang tak reti bahasa macam dia ni.”
            “Sabar Yed, sabar...” Pujuk Imad.
            “Ah kecoh la kau. Bukan luak pun kalau aku pandang isteri kau tu.”
            “WHAT?!” Fayed dan Imad bersuara serentak.
            “Kau suka adik aku?” Pantas Imad menyoal.
            “Ya...” Jawab Syed dengan bangganya.
            “Eh, kau tahu tak yang Fayed ni suami dia?”
            “Ya aku tahu. So what?”
            “Kurang ajar kau!” Pantas Imad menerkam ke arah Syed. Baru saja dia ingin melepaskan tumbukan ke wajah Syed ada tangan yang menghalang.
            “Imad!” Keras suara Irfan memanggil nama Imad. Iqbal dan Iman hanya memandang dari belakang.
Naa... sekarang semua abang-abang Ivy sudah berdiri di hadapan Syed. Riak pada wajah Syed juga sudah mula berubah. Takut dan gementar. Sekarang baru kau nak takut kan. Dengan Fayed berani lah kau nak macam-macam ye.
“Lepas Abang Ipan, bagi Mad settle kan budak ni.”
“No Imad. Cuba bawa bersabar sikit.” Marah Irfan. Dia paling tak suka kalau adik-adik dia menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan masalah. Masalah tak akan selesai dengan hanya menggunakan kekerasan.
Iman dan Iqbal cuba menenangkan Imad yang kelihatan agak agresif dan Fayed yang kelihatan seperti sedang berperang dengan perasaan sendiri.
“Apa masalah awak yang sebenarnya?” Soal Irfan kepada Syed sambil memeluk tubuh sendiri. Sebagai yang paling tua dia harus pandai mengawal keadaan agar tidak berlaku sebarang kekecohan. Tambahan pula dia tidak mahu ayah dan mamanya sedar akan apa yang sedang berlaku di laman rumah mereka sekarang.
Syed diam menunduk. Rasa kecut perut pula melihat mereka yang berdiri di hadapan dia dengan wajah yang serius ni. Kalau Fayed sorang dia masih boleh handle lagi. Ni kalau dah berlima, memang tak mampu la dia nak lawan.
“Dia ni sukakan isteri Yed bang.” Adu Fayed dengan pandangan mata yang tajam menikam wajah menikus Syed. Untung lah dah ada abang sekarang.
Irfan menggeleng kesal. “Awak tahu kan Ivy tu isteri Fayed.”
Syed angguk.
“Habis tu kenapa awak nak kacau mereka lagi? Apa tujuan awak yang sebenarnya?”
Syed mengangkat wajah memandang Irfan. “Saya sukakan Ivy bang, tak ada niat lain pun.”
“Tapi salah tu. Berdosa, tahu tak?” Syed diam tak menjawab dan wajahnya kembali menunduk. “Macam ni lah, saya nasihatkan awak supaya jangan ganggu Fayed dan Ivy lagi. You never know apa yang kami mampu lakukan kalau dapat tahu yang awak masih mengganggu hidup mereka lagi. Jangan pernah berniat pun untuk lakukan perkara terkutuk bagi mendapat Ivy. Saya bagi amaran, jangan!” Irfan menarik nafas sebelum kembali menyambung.
“Sebulan syaitan kena ikat, tapi kalau awak masih buat dosa macam ni maknanya awak tu lah yang syaitannya.” Pijar terasa pipi ditampar oleh kata-kata Irfan. “Balik lah dan carilah wanita lain untuk dijadikan teman hidup. Jangan ganggu rumah tangga adik saya. Walau macam mana awak berusaha untuk memikat hati Ivy, dia tak akan terpikat dengan awak. Nak tahu kenapa?”
Syed angguk perlahan. Irfan menarik bahu Fayed, “Sebab Fayed ni cinta mati dia. Datang seribu lelaki pun mata dia hanya nampak suami dia ni aje. Lebih baik awak berputus asa sekarang.” Sekali lagi dia ditampar dengan kenyataan yang agak payah untuk dia terima.
“Maaf.” Hanya itu yang Syed mampu lafazkan sebelum mengundurkan diri dan berlalu dari situ. Fayed dan yang lain hanya memandang tanpa kata.
Fayed dan abang-abang Ivy saling berpandangan.
“Aik, macam tu je?” Imad bersuara dengan nada tidak puas hati.
Bahu kanan Imad ditepuk Irfan. “Dah lah Mad, biar lah dia.”
“Mana boleh bang.” Tangan naik mencekak pinggang. “Ingat benda ni main-main ke. Benda serius ni bang.”
“Yang kau emo terlebih ni kenapa?” Soal Iqbal.
“Bang Iq, kau tak dengar apa yang dia cakap dekat Fayed tadi...” Kata Imad dengan nada yang sama. Tak tahu lah macam mana Fayed boleh sabar dengan mamat tu. Kalau dia dah lama agaknya muka mamat tu pecah kena tumbuk.
“Dah, dah... Puasa kan ni.” Sekali lagi Irfan menepuk bahu Imad. “Dah lama ke dia kacau Yed dengan adik?” Soal Irfan kepada Fayed pula.
“Dia baru je pindah ke sini tiga minggu lepas bang. Lately kerap juga lah dia cari Ivy.”
“Fayed tahu?” Iman pula menyoal.
Terbias senyuman hambar di bibir Fayed. “Memang lah Yed tahu Abang Im kalau dah tanpa segan silunya dia mengorat Ivy depan Yed.”
Iman menggeleng tidak percaya “Berani betul. Abang Im tak faham betul lah dengan lelaki yang suka dekat isteri orang ni. Macam dah tak ada perempuan lain dah dekat dalam dunia ni, isteri orang juga yang dia nak.”
“Kalau dah nafsu menguasai diri bang.” Balas Iqbal dan yang lain angguk setuju.
“Sayang! Mana panjutnya?” Jerit Ivy di hadapan pintu rumah mereka. Dia baru saja selesai membantu ayah dan kakak-kakak iparnya di belakang. Laju kaki melangkah ke hadapan untuk melihat hasil kerja si suami tetapi hampa. Satu apa pun tak ada.
Fayed dan abang-abang Ivy saling berpandangan sebelum tersengih lebar sambil menggaru belakang kepala.

“KAK YEEN nak bobok dengan Nek ma.” Kata Irine dengan botol di mulut.
            Fayed yang sedang berbaring di atas katil terus bangun dan menarik sila mengadap si anak yang sedang menantikan kata putus dari nya. “Nek ma penat la sayang. Irine bobok dengan daddy je ye.”
            Irine mencebik tak puas hati. “Nek ma nak Kak Yeen bobok dengan Nek ma.”
            “Betul ke Nek ma yang nak? Bukan Irine ke yang nak bobok dengan Nek ma sebenarnya.”
            Laju si anak menggeleng. Sepupu dia yang lain sudah selamat beradu di dalam bilik masing-masing, tinggal dia saja yang masih berjaga.
            “Tapi...”
            “Sayang!” Ivy menerpa ke arah Fayed dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan. Langsung hilang apa yang mahu dikatakan oleh Fayed kepada Irine bila Ivy terus memeluknya dengan erat. Irine juga turut tercengang melihat kelakuan mummynya itu.
            “Okey Irine boleh bobok dengan Nek ma malam ni. Tapi jangan nakal-nakal tau.” Kata Fayed kepada Irine bila isterinya langsung tidak mahu melepaskan pelukan. Laju Irine angguk sebelum berlalu meninggalkan Fayed berdua dengan Ivy.
            Masing-masing hanya diam. Rangkulan Ivy di leher Fayed juga semakin diperkemaskan. Tangan Fayed mula mengusap belakang badan si isteri, cuba memujuk Ivy supaya bertenang.
            “What’s wrong baby?” Soal Fayed dengan suara yang perlahan.
            Tiada jawapan yang keluar daripada bibir Ivy. Yang ada hanya lah bahasa tubuh yang tidak mahu Fayed menjauh darinya. Belakang leher Ivy diusap lembut, supaya isterinya merasa lebih tenang. Dia yakin ada sesuatu yang sedang mengganggu fikiran isterinya itu.
            “Baby boo...” Sekali lagi Fayed berbisik lalu telinga Ivy ditiup perlahan membuatkan isterinya menggeliat kegelian.
            Spontan Ivy menjarakkan badannya dengan Fayed. Mata bujur suaminya direnung dalam. “I love you so much tau sayang. I love you so much to the point I can’t even imagine how I’m gonna live without you. Saya sayang awak sangat-sangat. Tak ada orang lain yang boleh ganti tempat awak di hati saya. Hati saya ni...” Tangan kanan dilekapkan ke kiri dada. “...milik awak selamanya.” Mata Ivy mula berkaca.
            Fayed terdiam mendengar luahan hati Ivy. Air mata yang mula jatuh membasahi pipi Ivy disapu dengan hujung jari. “I love you too. Infinity...” Tangan kanan Ivy ditarik dan dilekapkan ke dadanya pula. “Hati yang dekat dalam ni pun, milik awak sorang je, selamanya. Tak akan ada yang mampu gantikan tempat awak dalam hati saya baby.”
            Leher Fayed dirangkul lagi. Pipi Fayed juga turut menerima ciuman bertalu-talu dari Ivy. “Syed tu memang tak guna. Kalau lah...”
            Fayed menolak perlahan bahu Ivy dengan kerutan yang mula menghiasi dahi. “Syed?”
            “Yela mamat psi...”
            Pantas Fayed menutup mulut Ivy. “It’s ramadhan baby...” Tegur Fayed.
            Tangan Fayed dijatuhkan, mata dipejam rapat dan nafas dihela perlahan. Sedar yang dia sudah terlanjur melayan nafsu amarah. “Sorry sayang. Geram sangat tak boleh nak control.” Tercuit senyuman di hujung bibir Fayed. Perangai Ivy yang satu tu memang tak boleh nak buang. Mudah sangat marah.
            “Eeee... saya tak tahu lah macam mana awak boleh tahan dengan kata-kata dia tu. Berani betul dia cakap macam tu dekat awak kan.” Marah Ivy lagi.
            “Siapa yang bagi tahu ni?”
            “Imad masa dekat bawah tadi. Marah betul dia tadi, itu pun belum habis lagi membebel pasal ni. Abang Im dengan Abang Iq duk tahan telinga je tu dengar Imad bebel non stop.”
Fayed menghembuskan nafas perlahan. Dah agak yang Ivy akan tahu juga pasal ni. Ivy menggenggam tangan Fayed dengan kemas. “Why you didn’t tell me about this?”
Mata Ivy direnung dengan penuh kasih dan sayang. “Sebab saya tak nak jadi macam ni la. Awak kalau dah marah...” Sengaja Fayed tidak menghabiskan kata-katanya. Faham sendiri saja lah. Ivy mencebik. Tak puas hati bila Fayed cuba menyembunyikan semuanya daripada pengetahuan dia.
“Dah lah baby, Syed tu pun dah tak ada dah dekat sebelah tu.”
“Dia ke mana? Pindah dah ke?” Cepat betul. Bisik hati Ivy.
“Balik rumah parents dia agaknya. Gelap je rumah dia tu.”
“Bagus lah kalau dia tak ada. Rasa tak boleh nak pandang dah muka dia tu.”
Ivy ditarik ke dalam pelukan dan dahi isterinya itu dikucup bertalu-talu. “Irine tidur dengan mama malam ni.”
“Ouh really?” Ivy mendongak mencari wajah Fayed.
“Yeah.”
“So?”
“So...” Wajah Fayed semakin merapat dan Ivy sudah tersengih menanti kucupan Fayed. Belum sempat bibir Fayed berlabuh di bibir Ivy, kedengaran ketukan di pintu bilik mereka.
“Dik, Kak Mai tanya iron board dekat mana.” Jerit Iqbal dari luar bilik Ivy dan Fayed.

Fayed dan Ivy saling berpandangan sebelum Fayed mengeluh hampa. Hanya sengihan yang mampu Ivy berikan sebelum berlalu meninggalkan Fayed yang duduk bersandar dalam kehampaan.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete