2 June 2016

Kesayangan Rais Bab15

Armand menjeling ke arah Cempaka yang sedang sibuk membelek Iphone di tangan. Masuk saja dalam kereta terus pegang telefon, dia dekat sebelah langsung tak diendahkan. “Buat apa darl?” Soal Armand yang inginkan perhatian.
            “Tengah mesej kawan.” Jawab Cempaka tanpa memandang ke arah Armand.
            Armand diam memerhati sebelum kembali bertanya. “Kawan mana? Lelaki ke permpuan?” Soalnya lagi.
            Cempaka menoleh ke arah Armand yang sedang memandang ke hadapan. “Seriously Armand?”
            “Apa?”
            “Sejak bila suka buat soal siasat macam ni? Sebelum ni tak pun.” Memang sebelum ini Armand tak pernah kisah dengan siapa dia mesej, dengan siapa dia bercakap, dengan siapa dia keluar. Hari ini tiba-tiba pula Armand ingin mengambil tahu dengan dia mesej dengan siapa. Pelik betul.
            “Kenapa? Tak boleh ke kalau I nak tahu you mesej dengan siapa?” Armand bersuara tanpa nada. Kecil hati bila Cempaka cakap macam tu? Ada lah sikit. Tak salah rasanya kalau dia ambil tahu tentang itu semua. Nama pun kekasih kan.
            “Bukan lah macam tu, I cuma pelik je.” Cempaka meletakkan telefon ke dalam beg tangannya di sisi. “Marah ke?” Soal Cempaka perlahan. Sedar yang Armand terasa hati dengan kata-katanya tadi.
            Hujung bibir tercuit ke atas. “Naa... I tak marah pun. So, care to share?”
            Cempaka menghela nafas perlahan sebelum menyilangkan tangan ke badan. “I mesej Rais.”
            “Mesej Rais? Kenapa?” Hati Armand mula berdetak kurang senang.
            “Ada few things yang I nak clarify dengan dia.”
            “About?”
            Cempaka memusingkan badannya ke kanan supaya berhadapan dengan Armand yang sedang memandu. “Dia dah berubah lah you. Sebelum ni dia okey je dengan I tapi sekarang dia dah lain, asyik nak lari dari I je. Kenapa entah.”
            Armand diam, cuba menghadam kata-kata Cempaka. “I never heard about Rais before.”
            “Memang la tak pernah sebab I tak pernah cerita. I dengan dia pun dah lama tak jumpa sebenarnya. Bulan lepas terserempak dengan dia dekat KL Sentral and you tahu tak, kelakar betul bila ingat balik macam mana kitorang jumpa hari tu.” Cempaka mula ketawa. “I ingat kan dia tegur I sebab I ni model ke apa. Rupanya memang dia dah kenal I ni siapa and he never knew that I am a model. Adoi... malu betul la. Macam perasan pun ada kan?” Cempaka ketawa lagi dengan kedua belah tangan dilekapkan pada pipi yang sudah berubah merah.
            Armand menjeling dengan hujung mata. Nampak bahagia betul Cempaka bila bercakap tentang Rais. Hati dia mula berdetak lagi. “So, you selalu lah berhubung dengan dia sekarang?” Soal Armand dengan nada suara yang mula tegang. Tiba-tiba dia rasa kurang senang mendengar nama Rais yang meniti di bibir kekasihnya itu.
            “Yup. I pernah ikut Rais jumpa dengan geng buku dia. I pernah ikut Rais panjat gunung. Ouh Armand you tahu tak rupanya panjat gunung tu sangat seronok okey. We should go for hiking lah Armand. The most priceless experience that I ever had. I don’t mind panjat gunung tu banyak kali because the scenery is superb. Mujur lah I ikut Rais hari tu, kalau tidak memang tak merasa lah I nak panjat gunung macam tu.” Cempaka bercerita dengan penuh teruja. Langsung tidak perasan dengan perubahan pada wajah Armand.
            Armand memegang kemas steering keretanya. Sekali lagi wajah ceria Cempaka dijeling dengan rasa tidak puas hati. “Apa ni Inara?! Sejak bila suka ikut lelaki ke hulu ke hilir macam ni?” Melengking suara Armand. Ye, dia tengah marah sekarang. Memang dia bagi kebebasan kepada Cempaka untuk berkawan dengan sesiapa pun, tetapi tidak lah sampai ikut lelaki ke sana ke mari macam ni. Di tambah pula dengan wajah ceria Cempaka yang bercerita tentang Rais membuatkan dia semakin berang.
            Cempaka yang terkejut dengan tengkingan Armand berubah pucat. “Kenapa dengan you ni? Tiba-tiba nak marah pula. Sebelum ni you tak kisah pun kan I nak keluar dengan siapa, I nak pergi mana. Yang marah sangat ni kenapa?”
            Armand mendengus geram, api kemarahan cuba ditahan. “I tak suka Inara.”
            “But why?”
            “I jealous!” Steering kereta dihentak dengan kasar. “Damn it! Itu pun you tak faham ke?”
            Cempaka terdiam. Cemburu? Armand cemburu. “Tapi I keluar dengan Rais je kut, itu pun nak marah.”
            “I tak suka Inara. From now on, I tak nak dengar you keluar dengan mana-mana lelaki lagi dah and you have to inform me where ever you go.” Putus Armand. Sounds like a typical boyfriend, but who cares. Yang penting hati dia tak sakit.
            “Apa ni Armand. Hish, tak suka lah macam ni.” Cempaka membentak. Dia dah biasa dengan hidup bebas tanpa sekatan, tiba-tiba nak kena repot pula buat apa, nak pergi mana. Memang tak la dia nak buat macam tu.
            “You sayang I ke tidak?”
            “Sayang la.”
            “Then, just do what I said. Mulai hari ni I tak nak you berhubung dengan mana-mana lelaki especially Rais.”
            “What?!”
            “Apa?!” Mata tajam Armand menikam wajah Cempaka. Kebetulan pula lampu isyarat merah sekarang, mudah bagi dia untuk memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada Cempaka yang sedang buat muka di sebelah.
            Cempaka mengetap bibir menahan geram. “This is so not you Armand. I tak tahu kenapa you jealous sampai macam ni sekali dengan Rais padahal kami kawan je, tak lebih dari itu. Cemburu tak bertempat.” Tangan disilangkan ke badan dan Cempaka membuang pandang ke luar cermin kereta. Tak mampu nak pandang wajah Armand pada saat hati dia sedang memberontak dengan arahan tak masuk akal Armand itu.
            Belum sempat Armand membalas kata-kata Cempaka, telefonnya berbunyi. Armand sempat menjeling ke arah Cempaka seketika sebelum menjawab panggilan tersebut. Cempaka tetap memandang ke luar tanpa mengendahkan Armand di sebelah. Hati dia tengah panas sekarang jadi lebih baik dia diam.

KERETA Armand meluncur laju meninggalkan Cempaka yang sedang memandang dengan pandangan mata yang tajam. Entah dengan siapa Armand bercakap tadi, langsung tak bagi tahu dia. Dia pun malas nak tanya walaupun hati ni nak sangat tahu dengan siapa Armand bercakap. Ye lah, cakap bisik-bisik macam tu, sesiapa pun akan curious kan.
            Nafas dihela perlahan. Telefon di dalam beg dicapai lalu nombor telefon Rais dihubungi. Urusan dia dengan Rais masih belum selesai. Lama menunggu panggilan dia langsung tak berjawab. Tetapi Cempaka tak berputus asa, sekali lagi nombor telefon Rais dihubunginya. Lama menunggu dan hampir saja talian terputus, tiba-tiba terdengar suara Rais menyoal...
            “Nak apa lagi Cem?” Suara Rais kedengaran bosan. Tipu lah kalau hati dia tak sentap dengan nada suara Rais yang macam tu.
            “Kenapa susah sangat nak jawab call saya?” Soal Cempaka dengan nada tidak puas hati.
            “Ada apa? Kenapa? Nak apa?” Rais bersuara dengan nada yang sama.
            Cempaka menghela nafas perlahan dan kakinya mula melangkah ke bangku berhampiran. “Awak tak jawap lagi soalan saya tadi Rais.”
            Kedengaran Rais mendengus. “Soalan apa?”
            Nafas ditarik dalam, cuba mengumpul segala kesabaran yang ada. “Why did you ignored me? Kenapa awak jauhkan diri dari saya? Tiba-tiba saja Rais. Saya ada buat salah dengan awak ke? Awak marah sebab saya tak bagi tahu awak tentang Armand ke? Ha Rais? Kenapa?” Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Cempaka.
            “Dah jawap kan tadi. It’s nothing Cem, tak ada apa-apa pun. Don’t think too much, please!”
            Cempaka menggeleng. “Tak, mesti ada sesuatu. Kalau tak ada apa-apa mesti awak tak akan macam ni dengan saya.” Tekan Cempaka lagi. Dia paling pantang kalau ada masalah tergantung macam ni. Nak pula kalau masalah tu datangnya daripada orang lain tapi dia yang terkena tempiasnya. Sungguh hati rasa tak tenang.
            “Saya cakap tak ada tu tak ada lah. Awak nak saya cakap bahasa apa baru awak nak faham?” Marah Rais dengan nada tertahan.
            Cempaka bungkam. Sentap kuasa kuda dah nih. “Yang awak nak marah-marah ni kenapa?”
            “Because you kept on pushing me Cem.” Kemudian masing-masing terdiam. Hanya deruan nafas yang kedengaran. “Macam ni lah Cem, awak ada life awak sendiri and so do I. Why don’t we just live our life without a drama, macam sekarang ni.”
            “So, awak nak cakap yang saya buat drama dengan awak lah sekarang ni?” Mata Cempaka membulat dan nafas ditarik dalam.
            “No, bukan itu maksud saya. Dah lah Cem, saya sibuk sangat sekarang. Boleh tak kita stop cakap pasal ni.”
            “No!”
            Sekali lagi kedengaran Rais mendengus geram. “Dah tak ada life ke, asyik nak ganggu hidup orang je.” Marah Rais.
            “Saya cuma nak selesaikan masalah antara kita je Rais.”
            “Kita tak ada masalah pun Cem. TAK ADA! So please, stop pushing me like this.” Klik. Rais terus memutuskan panggilan.

            Cempaka memandang skrin telefon dengan rasa tidak percaya. “He hang me up?” Mulut melopong dan mata membulat. Nafas dihela dengan kasar. Armand macam tu, Rais macam ni. Apa kena dengan diorang berdua ni? 

2 comments:

  1. seriously... Cem makan hati skrg.. sian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp...mcm nk sekeh je dedua tu heheee

      Delete