7 June 2016

Kesayangan Rais Bab 16

Assalamualaikum and hai! This is gonna be the last chapter dekat blog. Any update tentang Kesayangan Rais hanya dekat group fb kita, Jajaneverendingstory, group Lovenovel atau mana-mana group yang berkaitan dengan novel. Terima kasih sudi baca kisah Rais dan Cem. Happy fasting everyone! 
:)

******************************************************
TANGAN Rais bergerak laju di atas papan kekunci. Telefon yang telah dimatikan sudah selamat tersadai di dalam laci meja. Dia mahu fokus kepada kerjanya sekarang dan tidak mahu ada sebarang gangguan daripada sesiapa pun. Kalau ada yang urgent, pandai-pandai lah dia cari nanti.
            Tap... Tap... Tap... bunyi yang keluar dari papan kekunci. Semakin lama semakin kuat dan laju bunyinya. Kerutan di dahi Rais juga semakin jelas kelihatan. Nafas seperti tercungap-cungap. Lelah... Lelah dalam mengejar idea yang bergelumang di dalam fikiran ke dalam bentuk kata-kata. Laju dan semakin laju hingga akhirnya Rais tercungkur di atas meja dan yang keluar pada skrin desktop nya hanya lah titik noktah yang panjang seperti mana ternoktahnya hubungan dia dan Cempaka.
            Mata dipejam celik dengan keadaan kepala yang melekap pada meja. Nafas yang tercungap-cungap dihela satu persatu, menghilangkan segala lelah yang terbuku. Cempaka... Ah, nama itu lagi yang diingatinya. Laju kepala digeleng selaju jantung yang berdetak saat dia menyebut nama Cempaka. Oh tuhan, kenapa begitu payah sekali untuk dia membuang satu nama itu. Semakin dia menjauh, semakin dekat pula Cempaka menghampiri membuatkan nama itu sukar sekali untuk diusir dari dalam hati.
            Badan disandarkan pada belakang kerusi dengan kepala yang mendongak ke atas. Get a grip Rais. Wake up! This so not you. Cempaka milik Armand. Yes! She’s taken, jadi sedarlah Nik Rais yang Cempaka tak mungkin akan jadi milik kau. Sigh! Payah betul nak deal dengan perasaan sendri rupanya.
            Pintu bilik Rais diketuk dari luar sebelum kelihatan Andre melangkah masuk ke dalam. Tengah hari tadi dia ajak Rais keluar lunch sama tapi Rais menolak. Makanan yang dia tapau untuk Rais pun masih belum terusik, elok saja tersadai dekat pantri tu. Bila dia tanya rakan pejabat yang lain, mereka cakap Rais langsung tidak keluar dari biliknya sejak pagi tadi.
            “Ada apa Andre?” Soal Rais yang memandang sekilas ke arah Andre sebelum kembali memusatkan pandangannya pada skrin desktop di hadapan.
            “Kenapa kau tak makan nasi yang aku belikan tu?” Soal Andre terus. Malas dah nak berkias-kias dengan mamat jiwang sorang ni. Bukan dia tak tahu yang Rais jadi macam tu sebab Cempaka.
            “Sekejap lagi aku makan, aku sibuk sangat ni Andre.”
            “Sibuk apa? Sibuk melayan perasaan?” Soal Andre sambil bercekak pinggang.
            Rais menjeling. Itu tak lain nak sindir dia lah tu. “Aku sibuk Andre, can’t you see it?” Rais menunjukkan ke arah fail yang terbuka di atas mejanya. Memang dia sibuk dengan segala kes yang baru masuk. Tapi dalam pada masa yang sama dia juga sibuk melayan ingatannya terhadap Cempaka. Tidak nya dia nak mengaku itu semua dekat Andre, mahu kena cepuk nanti. Obviously Andre sangat anti dengan Cempaka sekarang.
            “Bilik kau ni berdindingkan cermin. Aku boleh nampak segala gerak laku kau dari luar sana tu. Can’t you see it?” Andre menunjukkan ke arah cermin yang memisahkan Rais dengan bahagian luar.
            Oh snap! Dia lupa nak tutup cermin bilik dia itu tadi. Mesti mereka yang dekat luar sana dah puas tengok dia melayan perasaan sorang-sorang dekat dalam bilik ni. Kedua belah tangan naik meraup wajah yang keletihan. “Aku tak ada selera la Andre. Yang kau belikan makanan untuk aku tu kenapa? Aku tak minta kau belikan pun kan?”
            “Sebab aku jenis yang makan ingat dekat kawan. Aku tahu yang kau belum makan sebab itu lah aku belikan makanan untuk kau. Dah la Rais, kau tak payah la nak layan sangat perasaan kau tu. Kesihatan pun kena jaga juga bro. Kau ingat dengan kau tak makan macam ni Cempaka akan datang pada kau ke? Cemapaka akan pilih kau ke? Tak kan? So, buat apa kau seksa diri kau macam ni?” Andre sudah mula membebel. Geram betul dia tengok Rais versi patah hati ni. Geram nak diketuk-ketuk kepala tu supaya Rais berfikir dengan waras.
            “Aku tak makan bukan sebab dia. Aku tak makan sebab aku tak ada selera, kau jangan nak memanipulasikan keadaan lah Andre. Dah lah, tak payah nak membebel sangat lah, rimas aku.”
            “Aku membebel sebab aku risau. Ke kau nak aku call Naqib suruh dia datang sini suapakan kau. Baru kau nak makan, macam tu?”
            Tercuit senyuman di hujung bibir Rais. “Menggelabah kau kan? Sikit-sikit nak mengadu dekat Naqib.”
            “Dah kau tu payah sangat nak dengar nasihat aku. Entah apa nya yang kau berkenan sangat dengan si Cempaka tu pun aku tak tahu la, sampaikan sanggup seksa diri macam ni.” Kerusi di hadapan meja Rais ditarik dan Andre terus melabuhkan duduknya di situ. Baru terasa lenguh akibat lama berdiri.
            “Sekali lagi Andre, aku bukan seksa diri tapi aku memang tak ada selera nak makan.”
            “Tak ada selera sebab kau tengah fikir tentang Cempaka kan. Rais...” Andre mendekatkan badannya dengan meja Rais. “Apa kata kau rampas je Cempaka tu daripada kekasih dia.”
            Mata Rais membuntang. “Apa kau ni...” Rais menggeleng tanda tidak setuju.
            “Bukan lelak la kalau tak rampas awek orang...” Andre kembali bersandar pada kerusi.
            Rais diam berfikir. “Betul ke kau ni? Tak salah ke kalau buat macam tu?” Rampas Cempaka daripada Armand? Boleh ke dia?
            Andre bangun sambil membetulkan kemeja dia supaya kelihatan kemas. “Memang tak la... Apa daa kau sampai nak rampas awek orang pula. Dah la Rais jangan nak macam-macam sangat. Jom ikut aku pergi pantri, makan.” Andre berlalu ke arah pintu.
            “Memang kurang asam jawa kau kan.” Kertas kosong digumpal sebelum dibaling ke arah Andre. Mengekek kawan dia tu ketawa.
            “Jom lah bro... Nanti aku bagi tips macam mana nak rampas Cempaka tu.” Kata Andre yang berdiri sambil membuka pintu.
            “Ye lah... ye lah... Banyak bunyi lah kau.” Rais bangun dari kerusi dan mengikut Andre ke pantri. Selagi dia tak bergerak selagi itu lah Andre duk membebel macam mak limah.

BADAN tersandar pada kerusi dengan kepala mendongak menadah wajah untuk disolek. Hari ini awal pagi lagi Cempaka sudah tercegat di hadapan hotel Dorsett putrajaya kerana ada sesi fotografi di kawasan berdekat dengan hotel tersebut. Bersama dengan dia untuk sesi fotografi pada kali ini adalah dua orang model baru, Tia dan Zizie. Ini adalah kali pertama mereka bekerja sama untuk sesi fotografi.
            “Aku pun macam tak percaya juga yang dia dah nak kahwin. Sayang la, melepas la aku kalau macam ni.” Kata Zizie yang sedang membelti tudung. Asyik betul dia dan Tia berbual, langsung tidak mengendahkan kakak senior dekat sebelah ni.
            “Alah nak risau apa, ramai lagi lah lelaki kaya dekat luar sana tu. Pilih je nak yang mana, sure dapat punya.” Jawab Tia sambil mengekek ketawa.
            Mata Cempaka yang terpejam terus terbuka, terkejut dengan kata-kata adik-adik model berdua. Amboi, boleh tahan juga mulut model muslimah berdua ni ye.
            “Kau kenal ke bakal isteri dia tu? Cantik tak?”
            Tia angkat bahu. “Aku tak kenal lah. Dia pun bukan nak tunjuk kat orang bakal isteri dia tu. Aku rasa la kan Zie, mesti bakal isteri dia tu tak cantik sebab tu lah dia tak reveal siapa bakal isteri dia tu.”
            “Tak cantik apa, model kut.”
            “Eh mana kau tahu model?”
            “Owner butik yang semalam tu bagi tahu dekat aku.”
            Cempaka kembali memejamkan mata. Ah makin melalut pula budak-budak ni bercakap, sampaikan rupa paras orang pun nak di kesahkan. Hampir saja dia terlelap bila wajahnya dibelai begitu. Padahal orang tu tengah solekkan dia kut. Namun tak lama kemudian mata dia kembali terbuntang bila terdengar Tia dan Zizie menyebut nama seseorang yang amat dia kenali. Armand.
            “Aku pun tak sure tapi kawan aku tu pernah terserempak dengan dia dan awek dia dekat New York sana. Berjalan sambil berpelukan. Perghh... Tak dapat dia pun tak apa lah Zie oiii. Belum kahwin lagi dah berpeluk sakan. Lebih baik tak payah.”
            Zizie yang sudah siap melilit shawl di kepala berpaling ke arah Tia di belakang. “Eh kau biar betul Tia, jangan main tuduh je. Karang jadi fitnah pula.”
            “Aku tak tuduh Zie, kawan aku sendiri yang tengok dengan mata kepala dia sendiri.”
            “Bila?” Tiba-tiba Cempaka menyoal membuatkan Tia dan Zizie terdiam. “Maaf kalau saya mencelah, saya cuma nak tahu bila kawan Tia nampak Armand dengan awek dia tu?” Soal Cempaka lagi. Memang sah nama Armand yang Tia dan Zizie sebutkan tadi, tapi entah kenapa tiada getar di dalam dadanya saat mendengar cerita Armand berpelukan dengan perempuan lain dekat New York. She might be his sister or just his friend.
            Tia dan Zizie saling berpandangan. “Kak Cem kenal ke siapa Armand?” Soal Tia pula. Tetapi Cempaka hanya menjawab dengan senyuman. Tia dan Zizie kembali berpandangan. “Urm kawan Tia cakap tiga bulan lepas. Kenapa Kak Cem?”
            Kali ini Cempaka menggeleng pula. Selesai semuanya laju tangan Cempaka menarik Iphone di dalam beg lalu nama Armand dicari.
            To: Armand
            Peluk siapa dekat New York hari tu?
            Tanpa bengkang bengkoknya Cempaka menyoal. Betul ke Armand ada perempuan lain? Tapi kenapa dia langsung tidak merasa cemburu bila mendengar gosip tentang Armand itu tadi? Cuma dia rasa kecewa. Yes, dia rasa kecewa. Kalau betul Armand ada kekasih lain kenapa Armand tidak berterus terang dengan dia? Kenapa Armand ajak dia kahwin? Dalam waktu yang terdekat pula tu.
From: Armand
Peluk apa pula ni darl? Tiba2 tanya I soalan random macam ni. Can’t you just tell me that you miss me, at least.
Cempaka senyum membaca balasan daripada Armand. Cheesy Armand. Dah jumpa semalam pun masih nak rindu-rindu bagai. 
To: Armand
Answer me first la!
From: Armand
Kak Aina was there with me at that time. Don’t you remember? It’s her darl, mana ada perempuan lain lagi dah. Wait, are you jealous?
            To: Armand
Me jealous? Seshhh... Jangan nak perasan. Saja tanya sebab your fans are talking about you just now. Diorang tengah frust bila tahu you nak kahwin.
            From: Armand
            My fans? hahaha... Diorang tahu tak yang I nak kahwin dengan you?
            To: Armand
            Of course not. Jangan nak mengada bagi tahu dekat sesiapa eh, benda tak pasti lagi.
            Dengan mak dan ayah dekat kampung pun dia tak bincang lagi pasal. Haru juga kalau heboh dekat orang luar dulu nanti. Mau kena kejar dengan parang. Haa... ekstrem sangat fikiran kau Cem.
            From: Armand
            Ye I tak bagi tahu. Okey lah darl, got to go now. Catch you later ya! Love you!
            Cempaka menarik nafas dalam.
            To: Armand
            Okay, take care. Love you too!
            Bila tiada blue tick dari Armand, Cempaka terus memasukkan telefon ke dalam beg tangannya. Cempaka menggeleng kesal. Apa daa... sebab termakan dengan kata-kata budak berdua itu tadi dia sudah mula syak yang bukan-bukan dengan Armand. Padahal bukan dia tak kenal Armand tu, mana pernah tipu dia sepanjang mereka kenal. Jam dijeling sekilas. Alamak! Dia dah lambat.

KERUSI ditarik rapat ke meja. Kali ini perjumpaan mereka diadakan di kafe Wondermilk pula. Mimi yang tiba lebih awal terus menarik kerusi di sebelahnya untuk Rais memandangkan Rais datang seorang diri sahaja hari ini. Mujur perempuan tu tak ada, boleh la dia ambil kesempatan yang ada untuk lebih rapat dengan Rais.
            Memandangkan kerusi yang ada semuanya sudah penuh, Rais terus melabuhkan duduk di sebelah Mimi. Tak kisah lah duduk dekat sebelah siapa pun, semua pun kawan dia juga. Yang lain mula berbual kosong sebelum memulakan aktiviti book’s review mereka.
            “Dari ofis ke?” Mimi memulakan bicara bila Rais hanya menunduk memandang skrin telefon.
            “Yup, dari ofis.” Jawab Rais pendek sebelum kembali fokus pada telefon di tangan. Dia sedang membalas mesej Naqib sebenarnya.
            “Nampak kacak betul bila awak pakai kemeja macam ni. Dengan lengan disingsing sampai ke siku, you look extra handsome today Rais.” Puji Mimi melambung-lambung.
            Selesai membalas mesej kawannya itu, telefon dimasukkan ke dalam poket seluar. Lalu Rais memusingkan badannya supaya berhadapan dengan Mimi di sebelah. “Well, awak pun apa kurangnya. Nampak ayu dengan baju kurung macam ni. Dari ofis juga ke?” Puji Rais ikhlas.
            Tersipu-sipu Mimi mendengar pujian daripada Rais. “Saya dari kenduri kawan tadi, kemudian terus singgah dekat sini.”
            “Ouh, patut la. Urm Rais, saya nak tanya sesuatu boleh tak?”
            “Tanya lah.” Jawab Rais dengan senyuman di bibir. Tiba-tiba hari ni dia rasa nak senyum saja dengan si Mimi ni. Kenapa entah.
            “Awak... Urm awak... dah ada someone special ke?” Soal Mimi teragak-agak. Belum sempat Rais menjawab, kedengaran Anne bersuara...
            “Haa... sampai pun cik model kita ni. Lama dah kami tunggu tau.” Kuat bukan main, macam nak bagi satu kafe ni dengar.

            Mulut Rais terus tertutup dan sepantas kilat dia menoleh ke belakang. Kelihatan Cempaka sedang berjalan ke arah meja mereka dengan senyuman yang melebar. Cempaka memandang ke arah Rais lalu tangan diangkat melambai ke arah Rais yang sedang pegun memandang ke arahnya. Namun Rais langsung tidak membalas lambaian tersebut. Mimi di sebelah Rais pula sudah menjeling geram.

2 comments:

  1. Asma.. ni Rasi dapat tak Cem? sian Rais. Tp I rasa Armand x jujur dgn Cem. Next n3 pls?

    ReplyDelete
  2. hahaha ngamla tu rampas cempaka dr kekasihnya...😅😆😆

    ReplyDelete