20 June 2016

Jes & Qarl

TINGGAL setahun je lagi. Next year when I come back, I nak you jadi isteri I.”
Ucap Rayqarl. Wajah Jesnita Aishah dipandang dengan perasaan sayang. Sungguh dia sangat sayangkan gadis yang berdiri di hadapannya sekarang. Kalau bukan kerana tuntutan kerja, sudah lama dia jadikan Jesnita Aishah sebagai isterinya yang sah. Namun tugas membataskan semuanya.
Mata Jesnita Aishah mula berkaca. Sudah lama dia nantikan kalimah itu keluar dari bibir Rayqarl, namun hari ini baru dia dengar. Sebak terasa hati. “Are you sure Qarl?”
“Damn serious Jes. You tunggu I ye?”
“Dah bertahun I tunggu you Qarl and I never fails waiting for you.” Mata yang berkaca mula pecah. “And I will wait for you forever hun.” Bisik Jesnita Aishah dengan nada yang sebak.
Rayqarl menarik senyum namun tidak seindah mana bila hatinya terpaksa menahan sebak melihat wajah pujaan hati dibasahi air mata. Siapa sangka percintaan yang disemai sejak zaman universiti masih kekal hingga kini. Setelah tamat universiti mereka mula mengatur langkah ke alam pekerjaan. Masing-masing sibuk membina kerjaya, seorang di Malaysia dan seorang di United Kingdom. Setelah hampir lima tahun berada di negara orang, Rayqarl membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia pada tahunj hadapan dan memulakan hidupnya bersama Jesnita Aishah.
“Thanks so much sayang.” Bisik Rayqarl di tepi telinga kekasihnya itu

SETAHUN KEMUDIAN...
            Dari tadi kaki dia tidak berhenti bergerak. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Ada saja yang nak dibuatnya. Siap mengemas bahagian depan, sibuk tolong mengamas bahagian dapur pula. Lepas tu sibuk menyusun dulang hantaran lagi. Sudah ditegah jangan dibuat tetapi langsung tidak diendahkan. Perfectionist, macam tu la.
            Tiga bulan yang lalu Rayqarl selamat pulang ke Malaysia. Jejak saja kaki ke tanah melayu terus dilamar Jesnita Aishah untuk dijadikan isteri. Tiga bulan kemudian, begini lah dia. Sibuk dengan majliis perkahwinan yang bakal berlangsung dalam beberapa jam saja lagi.
            “Jes, duduk diam boleh tak? Kau tu pengantin, mana boleh buat ke hulu ke hilir buat kerja itu ini.” Tegur Anis, kawan baik Jesnita Aishah.
            “Kejap la Nis, tinggal sikit je lagi je ni.” Jesnita Aishah masih sibuk menyusun dulang hantaran supaya kelihatan lebih elok.
            “No! No! No! Aku nak kau duduk diam dekat kerusi tu. Sekejap lagi Kak Meen sampai nak make up kan kau. Kau tu pengantin oittt, kena jaga diri elok-elok. Karang kalau nampak penat dekat atas pelamin tu nanti macam mana? Tak dak la seri pengantin tu Jes oiii... Mesti Qarl marahkan aku sebab tak jaga kau elok-elok.” Bebel Anis dengan mulut yang memuncung. Kawan dia ni boleh tahan degil juga. Orang cakap bukan nak dengar.
            “Okay done!” Jesnita Aishah berpaling ke arah Anis dengan senyuman yang melebar. Berpuas hati dengan susunan dia. “Alololo... tak payah nak muncung sangat la Nis, tak cantik.” Jesnita Aishah mencuit pipi gebu Anis membuatkan kawannya itu tersenyum. Dengan Jesnita Aishah mana boleh nak marah lama-lama, ada saja perbuatan dia yang mencuit hati.
            “Jes...” Anis menarik tangan Jesnita Aishah ke dalam genggaman. “Nanti bila dah jadi isteri Qarl kau jangan lupakan aku tau.” Pesan Anis walaupun dia pasti yang Jesnita Aishah tidak akan sekali-kali melupakan dia.
            “Sheshhh kau ni... Memang tak la aku nak lupakan kau. Kau kan bantal peluk aku masa dekat kolej dulu. Mana boleh lupa oiii bantal peluk gebu gebas macam kau.” Pipi Anis dicubit geram.
            “Eleh kau... Bila dah dapat bantal peluk sado nanti mana nak ingat dekat bantal peluk gebu gebas ni lagi dah.” Sekali lagi Anis tarik muncung. Muncung mengada-ngada namanya.
            “Euwww kau ni yang emo semacam kenapa?”
            “Bff aku nak kahwin dah harus lah aku emo. Aku sayang kau kut.”
            “Alololo... Aku sayang kau juga.” Jesnita Aishah memeluk bahu Anis dengan erat. Kawan baik dia dunia akhirat.

RAYQARL memandang ke arah Jesnita Aishah yang berada di atas pelamin yang disediakan untuk majlis akad nikah. Senyuman kecil dihadiahkan kepada isterinya itu bagi menenangkan Jesnita Aishah yang sedang menyapu air mata yang menitis. Terharu dan sebak dengan akad yang dilafazkan oleh Rayqarl.
            Setelah selesai mengaminkan doa dan solat sunat nikah, Rayqarl bergerak merapati isteri yang baru dinikahinya untuk acara pembatalan air sembahyang. Mata Jesnita Aishah langsung tidak lepas dari memandang raut wajah sang kekasih hati yang telah sah menjadi suaminya kini.          
            Tangan dihulur bagi memulakan acara lalu gelang emas bertatahkan berlian dipakaikan ke lengan pengantin perempuan. Kepala tunduk mengucup tangan suami dan kemudiannya giliran si isteri pula menyarungkan cincin ke jari suami. Seketika kemudian dahi Jesnita Aishah menerima kucupan kasih daripada Rayqarl. Mata saling berpandangan dan bibir mula mengukir senyuman. Bermula pada saat itu bermula lah kehidupan mereka sebagai suami isteri setelah hampir lapan menyemai cinta.

ANGIN bertiup lembut menyapa pipi Jesnita Aishah yang sedang menutup mata, menikmati sentuhan angin Pulau Gili. Yes, Lombok telah menjadi destinasi pilihan mereka suami isteri sebagai destinasi bulan madu.
            Pasir yang memutih dengan laut yang membiru di bahagian bawah, ditambah pula dengan langit biru yang diserikan dengan tompokan awan putih di bahagian atas. What a great combination. Never forget a handsome guy with a sexy smirk in there. Her life is absolutely complete, perfecto!
Nafas ditarik dalam saat merasa ada tangan yang melingkar di pinggang. Lalu kepalanya disandarkan pada dada bidang si suami yang tegak berdiri di belakang. “I love you hun.” Bisik Jesnita Aishah dengan mata yang tertutup.
Merekah senyuman di bibir Rayqarl. Sejak mereka sah bergelar suami isteri, perkataan tersebut tidak pernah lekang dari bibir isteri kesayangan. “Love you more sayang.” Rayqarl turut berbisik lembut di tepi telinga isterinya.
“So, apa plan kita hari ni?” Suasana romantik bertukar ceria bila Jesnita Aishah berpusing mengadap Rayqarl dan tanpa ragu tangannya naik membelit leher suami tercinta. Sengihan dilemparkan bagi menyempurnakan rasa gembira yang bermukim di hati.
“Up to you Jes. Snorkelling, surfing, freediving or dating...” Rayqarl kenyit mata nakal. “Just name it and I shall do it with you sayang.” Sambung Rayqarl.
“Ouh so sweet... and interesting too. But...”
“What?”
“Urmmm...” Jari naik mengetuk dagu. “I think I’m gonna choose the last one.”
“Seriously?”
“Yaa... Wander around with you pun dah okey hun. Kita jalan-jalan dekat tepi pantai tu nak? Lepak dekat sana pun best juga Qarl.”
“Sounds good. Lets go!” Pautan pada pinggang Jesnita Aishah dilepaskan dan Rayqarl masuk ke dalam semula untuk menyalin pakaian. “Don’t forget to change for something decent  Jes.” Pesan Rayqarl dengan sengihan nakal sebelum masuk ke dalam tandas.
Jesnita Aishah menjatuhkan pandangan, melirik pada badan sendiri. “Qarl!” Jeritnya sekuat hati. Yang kedengaran hanya lah ketawa Rayqarl di sebalik pintu.

PULANG dari Lombok Rayqarl dan Jesnita Aishah kembali sibuk dengan tugasan di pejabat. Tapi kesibukan kerja langsung tidak mengganggu perhubungan mereka suami isteri. Bila di rumah, fokus mereka hanya lah kepada perhubungan dan kehidupan mereka suami isteri. Soal kerja letak tepi.
            “Buat apa sayang?” Tegur Rayqarl yang baru menjengah ke dapur. Selesai bersarapan Rayqarl naik ke bilik semula manakala Jesnita Aishah pula sibuk duk ketung ketang di dapur. Bunyi macam orang tengah berperang je.
            “I’m making your favourite hun.” Jawab Jesnita Aishah dengan penuh ceria.
            “Macaroon?”
            “Yes my dear husband. Tengok ni, cantik tak.” Kali ini dia buat mini macaroon with peanut filling. Nampak cute je semua.
            “Tapi kenapa kecik je?” Satu telah disambar masuk ke dalam mulut. Terpejam mata Rayqarl menikmati hasil air tangan isteri.
            “Senang nak masuk dalam mulut. Sekali ngap je. Aumm...”
            Ketawa Rayqarl melihat gelagat si isteri. “Comel je buat macam tu.” Pipi Jesnita Aishah ditarik geram.
            “I memang comel pun. Forever and always.” Jesnita Aishah senyum sambil mencemikkan mukanya membuatkan ketawa Rayqarl terhenti.
            “Sayang please... jangan buat muka macam tu. You buat jantung I tak senang duduk tau.” Tangan kanan naik melekap di dada kiri. Sungguh sampai sekarang dia sentiasa berdebar tiap kali memandang wajah Jesnita Aishah. Jatuh cinta berkali-kali dengan isterinya itu.
            “Eee... cheesy!” Bahu Rayqarl dipukul manja. Suka sangat buat dia blushing.
            “Cheesy dengan you je sayang.” Satu lagi macaroon masuk ke dalam mulut Rayqarl.
            “Sedap tak?”
            Laju saja Rayqarl angguk. “Sedap. Macam you...” Sebiji macaroon diambil dan disuapkan ke dalam mulut isterinya pula. “Sedap kan?”
            “Sedap. Macam you...” Jawab Jesnita Aishah dengan senyuman nakal. Ah, dia tahu nakal dia saja. Dia lupa agaknya yang suami dia lagi nakal.
            “Kalau macam tu makan I je lah Jes. Makanan macaroon buat apa.” Balang berisi macaroon diletakkan di atas meja lalu badan Jesnita Aishah dicempung ke tingkat atas.
            “Qarl! I’m not done yet.”
            “Later sayang... later...”

TANGAN Jesnita Aishah digenggam kemas. Saat mendapat perkhabaran Jesnita Aishah rebah di tempat kerja, jantung Rayqarl bagai dipalu. Semua kerja ditinggalkan begitu sahaja. Yang ada difikirannya hanya lah isteri yang tercinta.
            Sudah hampir sejam dia berada di sini tetapi isterinya langsung tidak mahu membuka mata. Membuatkan dia bertambah risau walaupun doktor sudah menerangkan bahawa keadaan Jesnita Aishah tidak lah teruk seperti yang difikirkan.
            “Sayang... Wake up.” Bisik Rayqarl dengan tangan kanan yang menggenggam kemas tangan isteri. Manakala tangan kirinya pula tidak berhenti mengusap pipi Jesnita Aishah dengan penuh kasih sayang.
            Tangan Jesnita Aishah dikucup lagi, Kini matanya terarah pada perut si isteri yang kempis pula. Sedang fikiran Rayqarl melayang memikirkan tentang Jesnita Aishah, tangan isterinya itu mula bergerak.
            “Sayang...”
            “Qarl. What happened to me?” Gumam Jesnita Aishah dengan mata separuh terbuka.
            “Sayang... Alhamdulillah you dah sedar. Ada sakit kat mana-mana tak yang?” Soal Rayqarl risau.
            Jesnita Aishah menggeleng. “Kenapa dengan I Qarl?” Soalnya lagi. Suaranya sedikit jelas berbanding tadi.
            Rayqarl menarik nafas lega. “You jatuh dekat ofis tadi sayang. Risau betul I.”
            “I jatuh?” Soal Jesnita Aishah seperti orang kebingungan.
            “Ye sayang. Luckily you and baby are fine.” Senyuman mula tersungging di bibir Rayqarl.
            “Baby?!”
            “Yup Jes. You are carrying my baby now.” Bisik Rayqarl dengan bangga.
            Lama Jesnita Aishah diam. Tangan naik memicit mata yang mula basah. “Ouh hun...” Terus dia bangun untuk memeluk suami tercinta dan Rayqarl yang memahami kemahuan isteri turut bangun merapati Jesnita Aishah lalu ditarik isterinya ke dalam pelukan.
            “I’m gonna be a mom hun...” Jesnita Aishah bersuara dalam tangisan. Sebak dan teruja bergabung menjadi satu. Tidak sangka impiannya yang satu itu bakal menjadi realiti tidak lama lagi.
            “Yes sayang and I’m gonna be a dad.” Bisik Rayqarl dan kepala isterinya dikucup bertalu-talu bagi melempiaskan rasa bahagia yang bermukim di hati.

SEJAK usia kandungan masuk bulan kesembilan, Jesnita Aishah semakin tidak larat untuk bergerak. Bila berjalan selangkah dua dia mula termengah-mengah. Kaki juga boleh tahan bengkak. Rayqarl yang tidak sampai hati melihat keadaan isterinya begitu, tidak membenarkan Jesnita Aishah untuk turun dari katil kecuali jika mahu ke tandas.
            “Tapi you kan doktor dah cakap kalau banyak berjalan nanti senang waktu bersalin. It’s for good la hun.”
            “No no no... I tak sanggup nak tengok you penat berjalan lepas tu termengah-mengah lagi. You duduk je atas katil ni, okey. Kalau you nak apa-apa bagi tahu I.”
            “Habis tu nanti bila you pergi kerja tak kan lah I kena stay dekat atas katil ni juga.”
            “Habis tu, nak pergi kerja juga?”
            “Tak lah, kan I dah start cuti dah. Tapi...”
            “No tapi-tapi sayang. Stay dekat atas katil ni okey apa. You nak tengok tv, naa tu dah ada tv dekat depan you. If you want some water, tadaaa...” Tangan Rayqarl terarah pada peti sejuk kecil yang terletak di sebelah kanan katil. “Tak payah susah-susah nak turun bawah lagi dah.”
            Jesnita Aishah tarik muncung, tidak berpuas hati dengan arahan mandatori Rayqarl. “Alaaaa... Tak payah la muncung-muncung ni sayang. Kang terkenan dekat anak I dekat dalam ni.” Perut Jesnita Aishah diusap penuh sayang.
            “Anak I juga.”
            “Iye anak kita.” Pipi isteri dicuit sebelum tangannya naik melingkar ke bahu Jesnita Aishah. “Tak sabar nak tengok anak kita yang. Ikut muka you ke, ikut muka I. Ikut perangai you ke, ikut perangai I.”
            “Kalau ikut muka I?”
            “Mesti cantik macam you. Tapi kalau boleh I nak baby ikut muka I.”
            “Kenapa?”
            “If you miss me when I’m not arround at least ada baby dengan you. You pandang dia macam you pandang I juga kan.”
            “Pandainyaaa...” Hidung Rayqarl dicuit manja. “Kalau macam tu I nak baby ikut muka you lah.”
            “Kenapa?”
            “So you can do the same thing like you said. Aci tak?”
            “Eee... nakalnya.” Pucuk hidung Jesnita Aishah ditarik manja. “I love you sayang.” Dahi Jesnita Aishah dikucup bertalu-talu macam selalu.
            “I love you more hun.” Pelukan pada pinggang Rayqarl dikemaskan bagai tidak mahu dilepaskan sampai bila-bila.

BUNYI mesin dari kiri dan kanan katil langsung tidak mengganggu bacaan Jesnita Aishah. Air mata yang mengalir juga dibiarkan kering dengan sendiri. Dari tadi macam tu lah dia. Langsung tidak mahu bergerak dari sisi Rayqarl. Sedia menanti suami tercinta membukakan mata walaupun ia adalah sesuatu yang agak mustahil pada waktu ini.
            Rayqarl kemalangan. Itu berita yang diterimanya petang semalam sewaktu dia baru saja selesai menunaikan solat asar. Mujur saja waktu itu dia masih bersimpuh di atas tikar sejadah. Jika tidak sudah pasti dia rebah bila mana kaki sudah tidak mampu berdiri dengan gagah saat mendapat berita yang mendukacitakan itu.
            “Jes, rehat dulu sayang.” Tangan Puan Julia menyapa bahu Jesnita Aishah. Bimbang sungguh rasa hati melihat anak yang sarat mengandung terpaksa menghadapi situasi yang menyedihkan begini. Hati tua dia menangis, namun cuba diselindungkan daripada pandangan mata yang lain. Tidak mahu dia turut menjadi beban kerisauan pada ahli keluarga.
            “I’m fine ma.” Tolak Jesnita Aishah dengan senyuman yang hambar. Bacaan diteruskan tanpa mengendahkan keadaan sekeliling. Dalam hati tidak berhenti berdoa supaya tuhan mengembalikan suaminya pada keadaan sedia kala. Dalam hati tidak berhenti berdoa supaya suaminya kembali membuka mata. Dalam hati tidak berhenti berdoa supaya suaminya diberikan kesempatan untuk melihat anak mereka yang bakal dilahirkan ke dunia. Ye, di dalam hatinya hanya dipenuhi dengan doa untuk suami tercinta.
            Namun segalanya sudah tertulis. Kun fayakun... Maka jadilah. Bunyi tettttt mula melatari suasana. Jantung mula berdegup kencang. Matanya langsung tidak lepas daripada memandang ke arah suami yang dipenuhi dengan wayar. ‘Hun...’ Seru hati kecil Jesnita Aishah.
            “Ma, tolong panggilkan doktor ma.” Jesnita Aishah bersuara dengan tenang.
            Ruang bilik mula riuh dengan suara doktor dan nurse. Jesnita Aishah duduk bersandar pada dinding luar bilik dengan mata merenung ke lantai. Suara-suara yang cuba menenangkan hatinya langsung tidak diendahkan.
            Pintu terbuka dan hanya kata maaf yang mampu dilafazkan oleh doktor. Ruang koridor mula bergema dengan suara tangisan ahli keluarga. Bahu Jesnita Aishah juga turut menerima pelukan hiba.
            “Boleh saya tengok suami saya doktor?” Tetap begitu. Tetap tenang suaranya berlagu meminta keizinan untuk bertemu. Bertemu jasad suami yang kaku.
            “Boleh puan.” Dan Jesnita Aishah terus berlalu.

SENYAP DAN SUNYI suasana bilik yang menempatkan jasad Rayqarl. Tangan yang kaku itu digenggam lalu dikucup lembut. Tangan yang memeluknya sudah kaku kini dan dia tidak akan merasai lagi pelukan hangat si suami.
            “I never expect this to happened hun.” Jesnita Aishah memulakan bicara. Tetap juga dengan suara yang tenang seperti tadi.
            “You tahu tak I selalu doa lepas solat, kalau tuhan nak ambil nyawa kita please take me first course I don’t think that I can survive without you by my side.” Liur ditelan pahit. “Tapi tuhan tak makbulkan doa I nampaknya, because He knows better what best for me.” Nafas ditarik dalam. Tangan Jesnita Aishah bergerak ke mata Rayqarl yang tertutup rapat. “Tak sempat nak tengok anak kita, you dah pergi dulu hun...” Nada suara yang tenang mula berubah sebak. “Tak sempat nak tengok anak kita ikut muka siapa. Tapi sekarang I berharap sangat yang muka anak kita nanti akan ikut muka you yang kacak ni. Bila I rindu you...” Kata-kata Jesnita Aishah terhenti. Mata yang berkaca mula dibanjiri dengan air mata. “ I boleh pandang anak kita puas-puas.” Sambungnya dengan tangisan yang mula pecah.
            Keadaan bilik mula bergema dengan suara tangisan Jesnita Aishah. “Allahuakhbar! I sayang you hun... sayang sangat-sangat. But I know he loves you more.” Pipi Rayqarl dipegang dengan kedua belah tanganya walaupun kandungan sedikit mengahalang namun dia tetap berusaha untuk mendekatkan wajahnya dengan wajah Rayqarl.
            “Rest in peace hun. I wish to see you again in heaven. I really do... Semoga you ditempatkan di syurga firdaus Rayqarl. Tunggu I dengan anak kita dekat sana hun. Semoga keluarga kecil kita akan bersatu di sana nanti. I love you Rayqarl... I love you forever.” Jesnita Aishah tunduk mengucup dahi Rayqarl. Lama.

RAYFAL. Wajah si kecil Rayfal dikucup sepuas-puasnya. Bagaikan melempiaskan segala rasa rindu terhadap Rayqarl kepada anak kecil itu. Mata yang memandang mula berubah sayu. Terlalu sedih melihat nasib yang menimpa Jesnita Aishah.
            “Rayfal anak daddy. Daddy love you so much sayang and mommy love you too. Alhamdulillah muka Rayfal macam daddy. Boleh la ubat rindu mommy dekat daddy ye sayang.” Wajah Rayfal dikucup lagi. Anak kecil itu pula kelihatan selesa benar diperlakukan sebegitu oleh Jesnita Aishah. Langsung tidak menangis. Mungkin dia tahu yang mommynya terlalu rindukan daddy yang telah pergi meninggalkan mereka.
            “Ma...” Rayfal dihulurkan kepada Puan Julia untuk diletakkan di atas katil bayi.
            “Jes okey?” Soal Tuan Khalid bila melihat perubahan pada wajah Jesnita Aishah.
            “Okey pa, cuma penat sikit je. Jes nak baring kejap.” Badan yang bersandar pada kepala katil perlahan-lahan melurut ke bawah untuk berbaring dengan lebih selesa.
            Bunyi ketukan pada pintu membuatkan semua mata memandang ke arah pintu bilik Jesnita Aishah yang sudah sedia terbuka.
            “Dah sampai pun orang yang ditunggu. Masuk lah...” Pelawa Jesnita Aishah bila Rizqin hanya berdiri tegak diluar pintu.
            “Kak Jes sihat?” Soal Rizqin seraya merapati katil kakak iparnya itu setelah bersalam dengan Tuan Khalid dan Puan Julia.
            “Papa dengan mama turun bawah dulu ye.” Kata Tuan Khalid yang sudah sedia maklum tentang perjumpaan Jesnita Aishah dengan Rizqin. Puan Julia turut mengikut langkah suaminya untuk turun ke bawah.
            “Akak sihat. Kenapa lambat?”
            “Maaf kak, ada hal sikit dekat ofis tadi. Rayfal sihat?” Soal Rizqin yang sempat menjenguk anak buahnya yang sedang lena di dalam baby court.
            “Rayfal pun sihat.” Lama Jesnita Aishah diam sebelum kembali bersuara. “Kak Jes nak minta tolong dengan Riz ni.”
            “Tolong apa kak?” Soal Rizqin pantas.
            Jesnita Aishah cuba untuk bangun namun keadaan badannya yang terlalu letih menghalang dia untuk bergerak.
            “It’s okay Kak Jes, cakap macam ni pun tak apa. Riz faham keadaan akak.” Halang Rizqin.
            Nafas ditarik dalam. Pandangan matanya jatuh pada wajah anak tersayang yang sedang lena. “Kakak anak tunggal. Mama dengan papa kakak pun dah uzur. Jadi...” Matanya kembali terarah pada wajah Rizqin yang sedang berdiri tegak sambil memandang ke arahnya. “Kalau apa-apa jadi dekat akak, Riz tolong jaga Rayfal. For me and for your brother.” Sambung Jesnita Aishah dengan nada yang sebak.
            Rizqin diam. Kata-kata Jesnita Aishah langsung tidak boleh dihadam. “What are talking about Kak Jes.” Kata Rizqin tanpa nada.
            “Please Riz. Kakak tahu Riz faham apa yang kakak cakapkan tadi.”
            Rizqin mendengus kasar. Abang dia baru saja meninggal dua minggu lepas. And now look who’s talking about death. “Riz tak suka nak dengar semua ni Kak Jes.”
            “Riz please. Kakak tak minta banyak. I just want the best for my boy.”
            “Tapi Riz tak suka kakak cakap soal mati.” Tekan Rizqin.
            Lama mereka diam. Rasa kurang enak sunggu bila bercakap soal hidup dan mati. Lebih lagi bila mereka baru saja berhadapan dengan satu kehilangan yang sangat memberi kesan kepada mereka sekeluarga.
            “Please Riz...”
            Rizqin menarik nafas dalam. “Okay I will. Riz buat semua ni sebab Kak Jes dan arwah abang. Cause I love you both so much.”
            Bibir Jesnita Aishah mula mengukir senyuman. Air mata yang cuba ditahan akhirnya mengalir jua. “Please take care of him and please give Rayfal love that me and your brother can’t give to him. Sayang Rayfal macam Riz sayangkan anak Riz sendiri ye nanti.” Rayu Jesnita Aishah dengan penuh sayu membuatkan Rizqin turut sebak.
            Rizqin angguk. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Amanah yang diberikan kepada dia akan dijaga dengan penuh kasih dan sayang. “I will kakak, I will...” Janji Rizqin dengan penuh yakin.

“BOY, mommy and daddy love you so much. Rayfal kena ingat tu. But for now you have to live with Ayah Cu because mommy and daddy tunggu Rayfal dekat syurga. Live well with me okay boy?”
Rayfal yang tidak memahami kata-kata Rizqin hanya ketawa melihat Ayah Cu nya berbicara. Rizqin turut tersenyum. “Ayah Cu sayang Rayfal so much.” Pipi gebu Rayfal dikucup bertalu-talu bagi menghilangkan rasa sebak di dada.
‘Semoga abang dan kakak tenang di sana...’
             

p/s : excuse my grammar and typo...tulis dengan mata malap gitu lerrr hihi 

2 comments:

  1. "BOY, Aunty-Pembaca ni pun love you so much..." Sedih tau baca...tekenangkan pada semua yg tersayang yg telah pergi dulu...meleleh sekejap...:(....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear aunty pembaca,

      Be strong aunty. We love them but He loves them more and His love is the greatest.

      Sincerely, Boy. :)

      Delete