8 June 2016

Ivy Raihana : Puasa!


IVY RAIHANA : PUASA!
“BABY, bangun...” Fayed berbisik di tepi telinga Ivy. Lena betul isteri dia tidur sampaikan jam berbunyi pun tak sedar. “Baby, bangun la...” Dilarikan pula jemarinya di atas pucuk hidung Ivy, namun tetap sama. Langsung tiada pergerakan daripada isterinya itu. Fayed bangun dan duduk bersila mengadap Ivy yang masih lena.
            “Baby, bangun la. Nak saya azan dulu ke baru nak bangun?” Sudah seminggu mereka menjalani ibadah puasa, belum pernah Ivy susah nak bangun macam ni. Kenapa entah hari ni susah benar isterinya itu nak jaga. Penat sangat ke?
            “Baby dah bangun la daddy... Ni tengok ni baby angkat tangan.” Irine mencelah dengan botol susu di mulut.
            Fayed menoleh ke arah Irine yang duduk di dalam baby court di sebelah katil mereka. Spontan tangan naik menggaru kepala. Kejut baby besar baby kecil pula yang bangun. “Daddy tengah kejutkan mummy baby ni ha.”
            “Tapi daddy panggil baby tadi bukan mummy.”
            Fayed tersengih. Banyak cakap macam mummy dia juga. “Okey Irine duduk diam-diam dekat situ, daddy nak kejutkan mummy kejap. Jangan bangun, nanti jatuh.” Pesan Fayed. Bulan depan genap lah umur Irine tiga tahun. Baru tiga tahun tapi dah petah bercakap mengalahkan budak besar. Memang betul-betul menurun Ivy nampaknya.
            “Okay daddy.”
            Fayed tersenyum mendengar jawapan Irine. Kemudian dia kembali memberi tumpuan ke arah Ivy yang masih belum terjaga. Tanpa berfikir panjang Fayed terus menunduk lalu surah yasin dibacakan di tepi telinga Ivy.
            “Huh?!” Mata terbuka luas sebelum dia bangun dan duduk di tengah-tengah katil. Terpejam celik mata Ivy memandang sekeliling.
            “Kenapa?” Fayed berpura-pura bertanya.
            Sekali lagi Ivy memandang sekeliling sebelum menggeleng laju. “Saya mimpi.”
            “Mimpi apa Vy?”
            “Ada orang baca surah yasin dekat tepi telinga saya.”
            Fayed mengemam bibir, cuba menahan dari ketawa. Kalau Ivy tahu yang dia buat macam tu tadi, mahunya seminggu Ivy mogok suara dengan dia. “Dah, dah... Jom turun sahur. Dah nak dekat pukul lima dah tu.” Fayed menarik tangan Ivy supaya bangun dari katil.
            “Nak pukul lima dah? Ampun yang, saya tak masak apa pun lagi. Kita nak sahur dengan apa ni?” Ivy sudah mula menggelabah. Entah macam mana la boleh tidur tak sedar ni. Selalunya tak macam ni pun. Ivy bergegas turun dari katil dan meluru masuk ke dalam bilik mandi untuk mencui muka.
            “Easy Vy, semua dah siap dekat bawah tu.” Irine di dalam baby court diangkat untuk dibawa turun ke bawah bersamanya.
            “Really?!” Jerit Ivy dari dalam bilik mandi.
            “Yes baby. Lepas ni turun bawah okey. Saya bawa turun Irine.”
            “Okey yang!”
            Fayed terus turun ke bawah dengan Irine di dalam dukungan.

IVY menolak pinggan yang masih berbaki ke tengah meja. Selera dia memang kurang tiap kali waktu sahur. Mungkin sebab waktu dinihari macam ni, nafsu makan tu tak ada. Itu yang tak ada selera sangat.
            Fayed yang sedang menyuap kurma ke dalam mulut Irine memandang ke arah Ivy di sebelah. “Kenapa Vy? Tak ada selera?”
            Ivy menggeleng sebelum menongkat kepala dengan tangan di atas meja. “Yang tolong habiskan eh.”
            “Perut saya dah penuh dah Vy.” Tolak Fayed. Betul ni perut dia memang dah penuh sangat dah. Makan sahur macam makan waktu berbuka, macam mana tak penuh.
            Ivy memandang Fayed yang masih tekun menyuap Irine yang duduk di atas riba suaminya itu. “Berselera betul awak makan kan yang. Tak lama lagi ke depan la ni...” Tangan Ivy mengusap perut Fayed yang masih maintain kempis. Tergelak Fayed dibuatnya.
            “Sejak kahwin dengan awak memang selera saya sentiasa bertambah. Bahagia lah katakan.”
            “Auwww! Sweet sangat aih... Muaahhh cikeddd!” Pipi suaminya dicium sekilas membuatkan senyuman Fayed semakin melebar.
            “Makan la sikit lagi baby. Sikit sangat awak makan tadi.”
            “Baby makan la ni daddy. See...” Irine mendongak ke arah Fayed dengan mulut yang ternganga. Ingin menunjukkan sisa makanan yang masih belum habis dikunyah.
            Fayed dan Ivy saling berpandangan sebelum bergabung ketawa melihat gelagat Irine. “Ala anak mummy kenapa comel sangat ni...” Ivy memegang kedua belah pipi Irine sebelum wajah anaknya itu digomol geram.
            “Mummy, baby tengah makan ni.” Irine menolak wajah Ivy yang sedang menggomol wajahnya dengan kedua belah tangan. Sia-sia saja lah usaha tangan kecil itu bila mummynya semakin seronok menggomol wajah kecil Irine.
            “Dah lah tu baby, makan cepat. Dah nak masuk waktu imsak dah tu.” Arah Fayed bila jam sudah menghampiri ke pukul lima setengah pagi.
            “Mummy kacau baby macam mana baby nak makan...” Rengek Irine bila usaha dia tak menjadi.
            Sekali lagi Ivy dan Fayed berpandangan. “Awak cakap dekat saya kan tadi?” Soal Ivy yang terpinga-pinga.
            “Yup, tapi dia ingatkan yang saya panggil dia. Lupa ke? Kan kita selalu juga panggil dia baby. Now baby kecik dah confius dah. Kan sayang?” Fayed tunduk mengucup pipi Irine.
            Ivy mencebik. “Mana boleh macam ni. Panggilan baby tu special untuk saya je, bukan untuk Irine.”
            “Awak juga yang panggil dia baby dulu kan.”
            Ivy menunduk lalu tangannya mengepit kedua belah pipi Irine supaya memandang ke arahnya. “Irine sayang, yang daddy panggil baby tu daddy panggil mummy sebenarnya. Bukan Irine.” Terkebil-kebil mata Irine memandang Ivy, tidak faham dengan kata-kata mummy itu. “Tak faham ke sayang?” Irine menggeleng.
            “Okey macam ni, mummy is baby and baby is mummy. Faham?”
            “No! Irine baby.” Irine menunjukkan ke arahnya sendiri.


            “Irine dah besar la, mana boleh panggil baby lagi dah.”
            “Mummy pun besar, laaaagiii besar... No baby.” Irine menggeleng tidak setuju.
            “Haish budak ni, kenapa bijak sangat ni.” Ivy kemam bibir geram. Fayed pula sudah ketawa dalam diam. “Irine listen. From now on mummy dengan daddy akan panggil Irine sayang. Okey Irine sayang? No more baby okay?”
            “No! Nanak sayang. Nak baby!”
            “Irine...” Suara Ivy sudah meleret menagih simpati si anak yang berumur tiga tahun.
            “Okay enough you too. Habis kan makanan tu dulu siang karang baru bincang.” Putus Fayed. Having one Ivy is okay. But two? Ah... dia yang sakit kepala nak melayan.
            “We’re not done yet young lady.” Ugut Ivy dengan mimik muka yang serious.
            “Mummy!!!” Irine sudah terjerit mahu menangis. Macam faham saja apa yang mummy dia cakap.
            “Ivy...” Fayed bersuara memberi amaran.
            “Okay fine. Gurau sikit pun tak boleh. Manja...” Sempat lagi Ivy membebel sebelum kembali menyambung makan walaupun selera dia sudah tiada. Fayed hanya mampu menggeleng melihat gelagat anak dan isteri. Pandai pula cakap anak manja. Ikut siapa lagi kalau bukan ikut dia.

AL-QURAN ditutup dan diletak dengan kemas di atas almari. Sudah seminggu berpuasa namun bacaan mereka baru saja memasuki surah kedua, agak perlahan berbanding tahun sebelumnya. Ivy kembali duduk bersila di hadapan Fayed dengan telekung sembahyang yang masih membaluti tubuh. Irine pula sedang lena di tengah katil. Selesai solat zuhur berjemaah tadi mereka suami isteri terus menyambung bacaan yang terhenti selepas solat subuh pagi tadi. Memang begitu lah kebiasaan mereka bila Fayed cuti, tiap kali lepas solat wajib kena baca quran walaupun satu muka surat. Tak boleh nak mengelat langsung. Garang mengalahkan cikgu disiplin tau Fayed ni.
            “Best lah yang.”
            “Apa yang best?”
            “Suara awak baca quran. Melting tau...”
            Fayed menjeling manja. “Bukan dah selalu dengar ke?”
            Laju Ivy angguk. “Tapi tak pernah bosan. Makin jatuh cinta adalah.” Ivy kenyit mata nakal. Setiap detik bersama Fayed adalah waktu yang paling berharga bagi dia. Mendengar suara Fayed pula adalah satu kemestian bagi dia. Hanya Fayed saja yang mampu buat dia jatuh cinta berkali-kali. Sungguh dia tak menyesal memilih Fayed sebagai pasangan hidupnya walaupun Fayed tu kerek tak hengat. Muka asam keping, mulut longkang...kikiki...
            “Mulut manis kan sekarang.” Pipi Ivy dicubit geram. Makin tembam dah pipi isteri dia sekarang. Tapi walau macam mana tembam pun, dia tetap sayang. Sayang sangat-sangat.
            “Haip! Mana tahu?”
            “Apa?”
            “Mulut saya manis. Kan kita puasa.”
            Fayed menjulingkan mata ke atas. “Lame la Vy, sooo lame.”
            “Alaaa...” Bahu Fayed ditumbuk manja. “Orang buat lawak tu gelak je la.”
            “Okey kejap nak gelak. Ha... Ha... Ha...” Sekali lagi Ivy cuba menumbuk bahu suaminya itu. Geram bila Fayed main-mainkan dia macam tu. Namun sempat dihalang oleh Fayed yang sedang galak mentertawakan dia. “Why so serious? Hurm?” Bisik Fayed lalu menarik Ivy ke dalam pelukan. Terasa tenang bila isteri tersayang sentiasa berada dekat dengannya.
            “Awak...”
            “Yes baby...”
            “Macam slow sangat je bacaan kita kali ni. Dah masuk minggu kedua puasa tapi baru masuk surah yang kedua. Kan?” Ivy mendongak mencari wajah Fayed.
            Fayed angguk mengiakan. “Agak la. Tapi tak apa lah Vy, yang penting bacaan kita betul. Saya tak nak sebab kita terlalu mengejar nak habiskan bacaan dalam bulan ramadan, habis huru hara bacaan kita nanti. Hukum tajwid entah ke mana pula. Tak bagus juga kan kalau macam tu.”
            Ivy angguk setuju. “Ke sebab kita dah tua, sebab itu lah bacaan kita pun makin perlahan.”
            Fayed tergelak. “Awak la yang tua, saya masih muda remaja tau. Tengok ni, masih kacak lagi tau.”
            Pantas Ivy merungkaikan pelukan Fayed pada badannya. “Hello... Siapa yang tua sekarang? Saya ke awak? Awak tu dah masuk 3series tau, saya belum sampai tahap itu lagi.” Ivy jongket kening dengan bangga.
            “Tapi bila jalan berdua orang ingat yang awak tu kakak saya, kan? Kan? Kan?”
            “Fayed! Sekali tu je lah. Itu pun sebab budak perempuan tu nak mengorat awak. Jangan nak gedik sangat eh. Sedar sikit yang awak tu suami saya, dah ada anak sorang.” Ivy memberi amaran. Kejadian dua bulan lepas, entah dari mana datang budak tu pun dia tak tahu la. Sedang elok dia duk belek kemeja untuk Fayed, tiba-tiba datang seorang gadis menegur dari belakang nak berkenalan dengan Fayed. Rasa macam nak tarik-tarik je rambut budak tu. Selamba saja cakap yang dia ni kakak Fayed padahal dah terang-terang nampak yang Fayed tengah dukung Irine waktu tu. Budak zaman sekarang memang tak tahu malu ke apa.
            Mengekek Fayed ketawa melihat wajah cemberut Ivy. Satu yang tak pernah berubah tentang isterinya itu, mudah sangat merajuk. “Ala baby, saya gurau saja lah. You are the love of my life baby, mana mungkin saya tak ingat semua tu.” Sekali lagi Fayed menarik Ivy ke dalam pelukan. “Hari ni kita berbuka dekat rumah ummi ye.”
            “Nak masak apa nanti?”
            “Anything you want.”
            “Urm... Tak tahu nak masak apa.”
            “Nanti saya tolong.”
            Ivy tayang sengih. “Alright, thank you awak.”
            “Sama-sama. I love you baby.” Dahi Ivy dikucup lama membuatkan senyuman Ivy semakin melebar.
            “I love you too daddy!”
            “Eh?!” Ivy dan Fayed saling berpandangan sebelum berpaling ke arah katil. Kelihatan Irine sudah melunjurkan kaki ke bawah untuk turun dari katil. Setelah kakinya mencecah lantai, laju dia berlari dan menerkam ke arah Fayed. Leher daddynya itu dirangkul dengan erat seperti tidak mahu dilepaskan.
            Ivy menepuk perlahan punggung anaknya yang beralaskan pampers. “Selalu jealous dengan mummy kan. Mummy pun nak peluk daddy juga lah Irine, kasi can la.”
            “Nanak!” Laju Irine menggelengkan kepala tanpa melepaskan pelukan pada leher Fayed.
            “Fayed...”
            Fayed tersengih mendengar suara Ivy yang meleret. “Dengan anak pun nak jealous ke Vy? Ni siapa yang jealous dengan siapa sebenarnya ni?”
            “Anak awak la jealous dengan saya. Tak boleh tengok saya peluk awak, laju je dia terkam. Tak apa lah Irine, nanti bila dapat adik lelaki jangan nak jealous pula bila tengok adik peluk mummy. Waktu mummy free ni pandang mummy sebelah mata pun tak nak kan.” Ivy sudah mula mengugut. Makin seronok lah Fayed ketawa. Nakal tak habis la isteri dia ni.
            “Adik? Baby nak adik.” Irine bersorak riang. Memang betul-betul nak adik ke apa ni.
            “Apa baby pula. Kan mummy dah cakap tadi you are baby no more. Dah besar kan?” Irine angguk. “So, you are kakak now. Irine nak adik kan? Mummy panggil Irine kakak ye?” Tangan kanan dilekapkan pada dada Irine.
            “Okey kakak. Irine suka...” Menyengih terus anak dia bila Ivy nak bagi adik. Ingat adik tu patung mainan yang orang beli dekat kedai agaknya.
            “Alright, good girl.” Ivy memeluk Irine dengan kemas lalu pipi tembam anaknya itu dikucup bertalu-talu.
            “Apa ni Vy, adik Irine tak wujud pun la.”
            “Nanti wujud lah yang. In shaa Allah, dengan izin Allah.” Ivy kenyit mata nakal sebelum kembali menggomol wajah anak kesayangannya itu. Fayed hanya mampu menggeleng dengan senyuman.

IVY sedang sibuk membantu Puan Fadhilah, Farah dan Fatin di dapur. Manakala Fayed pula sedang berbual dengan Tuan Irham dan Amran di ruang tamu. Irine dibiarkan bermain bersama-sama dengan Aiman dan Aina.
            “Dah siap semua nanti boleh bawa ke depan. Ummi nak ke atas sekejap, nak tukar baju yang kena kuah kari ni tadi.”
            “Baik ummi.” Jawab mereka serentak sebelum Puan Fadhilah berlalu ke tingkat atas.
            “Kak Vy masak apa hari ni?” Fatin mendekati Ivy yang sedang menghidangkan lauk yang dibawanya ke dalam pinggan.
            “Gulai tempoyak ikan patin dengan kerabu mangga. Sedap tak?” Hasil air tangan dia dan suaminya. Dalam banyak-banyak menu, makanan kampung juga yang menjadi pilihan Fayed. Dia ikut saja.
            “Waa... Bestnya!” Rasa tak tertelan air liur Fatin melihat hidangan yang dibawa oleh kaka iparnya.
            “Dengar pun dah sedap Vy.” Farah yang sedang menyusun pinggan turut mencelah.
            “Tak tahu la sedap ke tidak ni Kak Farah. Vy bukan pandai sangat masak, nasib baik ada Fayed yang tolong.”
            “Alah dah dekat empat tahun kahwin tak pandai apa lagi Vy.” Farah menepuk bahu Ivy. Bukan dia tak tahu yang adik iparnya itu semakin maju dalam bab memasak. Air tangan Ivy boleh tahan sedap juga, lebih kurang dengan masakan dia juga lah.
            Ivy tersengih. Walau pun dah dekat empat tahun dia memasak, dia tetap rasa tak yakin dengan masakan dia. Kenapa entah.

            Masing-masing diam mengadap makanan. Sambil menyuap ke mulut sendiri, Ivy turut menyuapkan makanan ke mulut Irine yang duduk di atas riba Fayed di sebelahnya. Suka betul duduk atas riba daddy dia, langsung tak nak berenggang. Memang betul anak daddy ni ha.
            “Sedap Ivy masak. Dah ada improvement ni ha.” Puji Tuan Irham dan Puan Fadhilah angguk setuju.
            “Tak lama lagi ke depan la perut Ayed, kan bah?” Usik Fatin disambut dengan gelak ketawa yang lain.
            “Perut ke depan apa ada hal. Itu tandanya Ayed hidup bahagia tau dengan Kak Vy awak ni. Kan baby?”
            “Haah...” Jawab Irine. Pecah lagi ketawa mereka yang lain.
            “Adoiii... Apa ni Yene? Daddy awak cakap dekat mummy la, bukan awak tau budak kecik.” Kata Fatin dengan ketawa yang masih bersisa. Kelakar betul la anak buah dia yang seorang ni.
            “No. Irine kan baby.” Irine bersuara dengan mulut yang penuh dengan makanan.
            “Irine, makan elok-elok. Tak baik cakap dengan mulut penuh macam tu.” Tegur Fayed sambil mengelap mulut Irine yang sedikit comot.
            “Dah lupa eh mummy cakap apa tadi?” Soal Ivy pula. Anak dia ni memang dah lupa ke atau buat-buat lupa?
            Lama Irine diam sebelum mata dia mula bersinar. Haa... dah ingat lah tu. “Ouh masyu, bukan Irine. Ni kakak.” Kata Irine sambil menepuk dada sendiri.
            “Kakak?” Soal Fatin dan Farah serentak.
            “Ye kakak. Irine dah besar ada adik, Irine jadi kakak.” Jelas Irine bersungguh-sungguh.
            “Ada adik? Irine nak dapat adik ke?” Soal Puan Fadhilah pula.
            Fayed dan Ivy saling berpandangan. Serba salah pula mereka nak jelaskan perkara yang sebenar. Malu pun ada. “Awak...” Ivy memberi isyarat kepada Fayed supaya menjelaskan semuanya tetapi Fayed menggeleng. Suaminya itu meneruskan suapan yang terhenti seketika tadi.
            Ivy berdehem seketika bila semua mata memandang ke arahnya. “Tak ummi sebenarnya macam ni...” Sempat dia menoleh ke arah Fayed sebelum meneruskan bicara. “Bila Fayed panggil Ivy baby, Irine ingatkan yang Fayed panggil dia. Kan dulu kami selalu panggil dia baby. So, itu menghilangkan confius Irine tu Ivy ajarlah dia bahasakan diri dia kakak sebab nanti dah dapat adik boleh la adik-adik panggil Irine kakak. Adik tu belum wujud pun.” Jelas Ivy dengan muka yang memerah. Sumpah dia malu.
            “Laa apa salahnya kalau panggil Irine baby pun.”
            “Salah la ummi sebab orang tu tak suka berkongsi, jealous dengan anak sendiri.” Jawab Fayed dengan senyuman yang cuba disorokkan.
            “Awak!” Mata Ivy membulat memandang ke arah Fayed. Bertambah merah wajah Ivy bila semua yang ada dimeja mentertawakan dia.
            “Alah, lupa pula yang menantu mummy ni manja orang nya.” Usik Puan Fadhilah. Ivy terus menunduk. Malu dengan babah dan malu dengan suami Farah. Fayed pun, nak cakap tak berlapik langsung.
            “Chill baby.” Bisik Fayed dengan sengihan.
            “Chill baby.” Irine turut mengajuk percakapan daddynya. Bertambah seronok lah keluarga Fayed mentertawakan mereka.
            Akhirnya Ivy sengih juga. “Now Irine bukan baby lagi tau. Kalau daddy panggil baby itu maknanya daddy panggil mummy. Okey?” Bisik Ivy.
            “Okay baby.” Jawab Irine dengan mulut yang penuh. Geram dengan telatah anaknya yang comel itu, pucuk hidung Irine dipicit geram. Ivy angkat kepala memandang Fayed yang sedang memandang ke arahnya.
            “Mummy dengan Irine sama je, dua-dua nakal.” Ivy membalas kata-kata Fayed dengan sengihan yang melebar. Memang dah selalu sangat suami dia cakap macam tu. Habis tu kalau Irine tak ikut perangai dia, nak ikut perangai siapa lagi kan.
IVY berzikir perlahan sambil menepuk punggung Irine yang terbaring dengan botol susu di mulut. Sejak pulang dari rumah ummi, Irine mula meragam. Asyik nak menempel dengan dia saja. Bila waktu mood baik asyik cari daddy dia je, bila mood ke laut nak tidur baru nak cari dia. Hailah anak...
            “Dah tidur Vy?” Soal Fayed yang baru masuk ke dalam bilik. Wajah Irine yang sedang nyenyak sempat diintai.
            “Dah.”
            Fayed merapati Irine lalu badan anaknya itu diangkat untuk diletakkan di dalam baby court. Manakala Ivy pula sudah turun dari katil untuk ke tandas. Seketika kemudian Ivy kembali semula dan terus memanjat katil. Merapati Fayed yang sedang bersandar pada kepala katil dengan telefon di tangan.
            “Tengok apa yang?” Selimut ditarik sebelum dia menyelinap masuk ke dalam selimut tersebut.
            “Come.” Fayed menarik Ivy ke dalam pelukan. “Tengah dengar Ustaz Nouman Ali Khan baca surah An-Nisa.” Ivy dan Fayed masing-masing diam mendengar bacaan tersebut. Sungguh lembut alunan suara ustaz membuatkan hati semakin damai. Sungguh lah untuk mencapai ketenangan hati adalah dengan mendekatkan diri dengan tuhan, mendekatkan diri dengan kitab suci al-quran.
            Selesai mendengar bacaan daripada Ustaz Nouman Ali Khan, Fayed meletakkan telefonnya ke tepi. Pelukan pada Ivy semakin dieratkan dan satu kucupan dihadiahkan pada ubun-ubun si isteri. “Thank you baby.”
            Ivy mendongak mencari wajah Fayed. “What for?”
            “Sebab sentiasa di sisi saya.”
            Terbit senyuman di bibir Ivy. “Saya kan isteri awak, mestilah sentiasa di sisi awak.” Pipi Fayed diusap penuh sayang.
            “Terima kasih sebab hadiahkan Irine kepada saya.”
            Semakin melebar senyuman di bibir Ivy. “Thanks to you too. For being a good husband and daddy for us. Hidup saya dah lengkap dengan adanya awak dan Irine di sisi saya.”
            Fayed diam sambil memandang ke dalam anak mata Ivy. “Naaa... I don’t think so.”


            Jelas kerutan di dahi Ivy. “Why?”
            “Irine nak adik, remember?”
            Ivy tepuk dahi sendiri. Terus dia bangun dari bersandar pada dada Fayed. “Fayed... Spoilt la. Baru je nak feeling romantik tadi.”
            Fayed tergelak. “Spoilt apa pula. Irine nak adik, so?” Ivy terdiam. Tiba-tiba wajahnya berubah merah. “Still romantik kan?” Soal Fayed dengan senyuman nakal. Laju Ivy menerkam ke arah Fayed, menyembunyikan wajahnya di sebalik dada si suami.
            “Kita dah ada Irine. Kali ni kalau dapat boy bagus juga Vy, at least dah ada sepasang. Boleh la geng dengan saya pula. Tiap kali raya asyik awak je yang ada geng. Terasing betul rasanya.”
            Ivy ketawa di sebalik dada Fayed. “Mesti comel kan kalau ada Fayed junior nanti.”
            “Harus lah. Comel macam daddy dia juga.”
            “Eee... perasan. Daddy dia comel ke? Macam tak je.”
            “Alah yang tak ni juga la jadi pujaan hati awak tu kan?” Kening Fayed terjungkit ke atas.
            “Haah, asam keping ni akan tetap menjadi pujaan hati saya. Selamanya...”
            “Asam keping pun asam keping lah, yang penting title pujaan hati tu.” Fayed merapatkan wajahnya ke wajah Ivy. Semakin lama semakin dekat sehingga jarak wajah mereka tinggal seinci, Ivy menahan wajah Fayed daripada bergerak lebih rapat.
            “Puasa yang, puasa...” Bisik Ivy di tepi telinga Fayed.

            “Ufh!!!” Pantas wajahnya disembamkan ke bahu Ivy. Bergema bilik mereka dengan ketawa isterinya itu. Next time lah eh adik Irine ye...

2 comments: