11 May 2016

Kesayangan Rais Bab 11

ANDRE dan Naqib terus menghamburkan ketawa tanpa mempedulikan wajah-wajah yang sedang memandang ke arah mereka. Rais pula hanya mampu menunduk dengan senyuman terpaksa. Malu dengan mata-mata yang memerhati dan malu kerana terlalu emosi tentang Cempaka. Memang teruk juga lah dia kena perli dengan Andre dan Naqib bila Rais membuka cerita tentang perubahan mood dia semalam.
“Hadoi la Rais, yang kau percaya cakap aku tu dah kenapa?” Soal Andre dengan ketawa yang masih bersisa.
“Yang kau naif sangat ni dah kenapa bro?” Tambah Naqib pula.
Rais mengusap belakang leher sendiri. “Sorry Andre.”
“Naaa... don’t bother to say sorry. Kau bukan buat salah apa pun dengan aku.”
“Aku sentap dengan kau bro semalam.”
“Nampakkk...” Jawab Andre dan Naqib serentak dan kemudian mereka ketawa termasuk lah Rais. Buat malu sajalah sentap dengan Andre tu. Tak pasal dah kena gelak dengan budak berdua ni. Oh Rais, sungguh la tak pandai nak control perasaan sendiri.
“Kau ni pon, nak sentap tak agak-agak. Tak kan lah baru jumpa terus aku nak lamar dia.” Andre menggelengkan kepala. Memang tak la dia nak buat kerja gila macam tu. Lagi pun dia bukan ada hati dekat Cempaka macam si Rais tu.
“Andre kan tak suka Cem, memang tak la abang sado kita ni nak lamar Cem tu kan. Betul tak bro?” Naqib mencuit bahu Andre.
“Betul.” Laju saja Andre angguk setuju. “Control sikit feeling tu bang. Sejak bila abang Rais yang tough abadi ni hati tisu, mudah sentap.”
“Sejak aku jumpa balik dengan Cempaka.”
“Perghhh... jiwang dowh.” Andre mengusap lengan kiri dan kanannya. “Meremang weh...” Pecah ketawa Rais dan Naqib mendengar kata-kata Andre. Kemudian masing-masing diam melayan perasaan.
“You are crazy bout this girl eh?” Naqib memandang Rais yang sedang memandang ke arah Cempaka yang sedang bergambar bersama Opie di kawasan ladang teh.
Selesai check out hotel tadi, Opie dan Cempaka mengajak mereka untuk ke Boh Plantation sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Nak makan scoones la, nak ambil gambar dekat ladang teh la, nak feeling-feeling buat video klip la. Orang perempuan... Memang macam tu eh?!
Rais menoleh ke arah Naqib seketika sebelum kembali memandang ke arah Cempaka yang sedang bergelak ketawa dengan Opie. “Aku pun rasa macam tu juga.” Kata Rais perlahan.
“Kau tak payah nak rasa-rasa la bro, it’s obvious kot. Mata kau tu langsung tak boleh nak stop pandang Cempaka kan?”
Sekali lagi tangan Rais naik mengusap belakang leher sendiri. Macam tu lah dia bila malu dan segan. “Apa lagi yang boleh aku cakap. Korang berdua memang dah nampak dan tahu semuanya kan.” 
“Tapi bro, kau tak rasa ke yang Cempaka tu dah ada someone special. Actually, kau pernah tanya dia tak tentang ni?” Soal Andre serius. Sejak Rais bertemu semula dengan Cempaka, kawan dia tu secara terang-terangan menunjukkan rasa hatinya terhadap Cempaka. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati pula tentang itu.
Laju Rais menggelengkan kepala. “Aku tak rasa dia dah ada someone special.”
“Macam mana kau tahu?” Soal Naqib pantas.
Rais meletakkan tangan ke atas meja sebelum merapatkan badannya ke situ. “Kalau dia dah ada someone special, dia tak kan ikut aku sampai ke sini. Kau rasa kalau kau boyfriend dia kau bagi ke girlfriend kau buat macam tu? Tak kan?”
“Wah confident!” Andre membeliakkan mata.
“Confident tu penting Andre. Kalau tidak sampai bila-bila kau tak akan dapat apa yang kau nak.” Balas Rais.
“Kalau macam tu pergi la lamar si Cem tu. Port baik punya...” Bibir Andre menjuih ke arah Cempaka yang berada di tengah-tengah ladang teh.
Rais memandang ke arah yang sama. Cempaka masih bergelak ketawa bersama Opie. Bila Opie sibuk mengambil gambar, Cempaka mula berjalan menyelusuri celahan pokok teh dengan tangan yang dibuka luas menyentuh pokok teh di kiri dan kanan. Seketika kemudian Cempaka mengangkat kepala dan memandang ke arah Rais yang sedang memandang ke arahnya. Spontan tangan naik melambai ke arah Rais dengan senyuman yang melebar. Mata saling berpandangan membuatkan jantung Rais berdegup pantas.
“Tenung apa lagi tu bro, just go!” Naqib turut memberi dorongan kepada Rais untuk melamar Cempaka.
“Come on Rais, tunggu apa lagi?” Tambah Andre pula.
“This is the time bro.” Naqib menepuk bahu Rais dan Andre mula bertindak agresif dengan menolak bahu sahabatnya itu supaya turun ke bawah sana.
Rais masih memandang ke arah Cempaka yang sedang tersenyum ke arahnya. Should or shouldn’t I?

1 comment: