10 May 2016

Kesayangan Rais Bab 10

LANGKAH yang laju semakin perlahan bila sampai pada separuh perjalanan. Termengah juga dia dibuatnya. Kalau dah memang jarang bersenam memang macam ni lah jadinya, stamina kurang. Cempaka berpaling ke arah Rais yang berada di belakangnya. Steady saja kawan dia tu, nampak rileks betul. Untung la orang selalu pergi gim kan. Kemudian Cempaka kembali memandang ke hadapan. Opie sudah bergerak ke depan bersama Naqib, manakala Andre yang berada di hadapan dia asyik berpaling ke belakang dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Tapi dia dapat rasa seperti ada yang tidak kena dengan pandangan mata Andre itu.
Kerana terlalu leka memandang ke hadapan, langkah kaki Cempaka sedikit tersasar lalu dengan tidak sengaja Cempaka terpijak akar pokok yang licin menyebabkan dia hampir terjatuh. Namun Rais pantas memaut lengan Cempaka, menghalang Cempaka daripada jatuh.
“Are you okay?” Soal Rais risau. Nasib baik dia tidak terlalu leka dengan pendakiannya. Kalau tidak harus Cempaka jatuh disitu.
Cempaka yang sudah kembali berdiri dengan stabil angguk dengan wajah yang pucat. Masih terkejut dengan apa yang terjadi. “I’m okay. Thanks...” Kata Cempaka dengan senyuman. Matanya kembali terarah ke hadapan, Andre yang sedikit jauh terkehadapan menjeling ke arah Cempaka sebelum meneruskan langkah mengejar Naqib dan Opie yang langsung tidak sedar apa yang telah terjadi di belakang mereka.
“Hati-hati Cem, trek memang licin sikit sebab malam tadi hujan non stop katanya.” Kata Rais. Jantung dia turut berdegup kencang seketika tadi bila melihat Cempaka hampir jatuh.
“Sorry Rais, syok sangat tengok hutan kiri kanan sampaikan tak perasan dah terpijak akar. Terima kasih tau selamatkan saya daripada jatuh tergolek tadi.”
“No biggie Cem. Memang tugas saya untuk jaga awak dari belakang kan. Ni boleh jalan ke tidak?” Rais memandang ke arah kaki Cempaka.
“Eh mesti lah boleh.”
“Kut la terseliuh ke apa tadi.”
Laju Cempaka menggeleng. “Tak, okey je ni. See...” Cempaka menghentak kan kakinya di hadapan Rais sebagai tanda yang kaki dia baik-baik saja.
Terlepas ketawa di bibir Rais dengan reaksi Cempaka. “Okey Cem, now I know that you are okay.”
“Rais!!!” Habis saja Rais berkata kedengaran suara Naqib menjerit memanggil namanya. “Okey ke tak tu?” Soal Naqib.
“Okey.” Jawab Rais sambil mengangkat ibu jari tanda okey.
“Cepat lah, Andre dah bising dah nih.” Kata Naqib lagi.
Rais memandang ke arah Cempaka seketika sebelum kembali memandang ke arah Naqib dengan kepala yang mengangguk. Cempaka perasan ada sesuatu yang lain pada pandangan mata Rais itu.
“Jom Cem.” Ajak Rais yang kembali mula melangkah.
“Rais kejap.” Langkah Rais terus terhenti. Kening diangkat tanda menyoal kenapa. “He don’t like me, kan?” Soal Cempaka perlahan.
Rais mula serba salah. “Siapa?” Soal Rais tanpa rasa.
Mulut Cempaka memuncung ke hadapan. “Kawan awak yang nama Andre tu la. Dari tadi tengok saya macam nak telan je.” Cempaka kembali membuka langkah tetapi belum sempat dia melangkah lebih jauh, Cempaka kembali menoleh ke arah Rais. “Oh my, Rais...” Mulut Cempaka terbuka luas dengan mata yang membulat.
“Apa?”
“Tak kan lah...” Cempaka memandang Rais atas bawah. Tapi tak mustahil kan, ramai je badan ketak-ketak macam ni bercinta dengan... Laju Cempaka menggelengkan kepala, cuba mengusir bayangan yang ada di dalam mindanya.
Rais yang mula dapat mengagak apa yang Cempaka fikirkan terus melepaskan ketawa. “Saya masih lurus okey Cem. Jangan nak fikir yang bukan-bukan.” Rais mula bergerak ke hadapan dan Cempaka pula mula mengekori dia dari belakang.
“Saya rasa dia jealous la dengan saya. Dia sukakan awak la Rais, sebab tu dia pandang saya macam tu. Cemburu bila tengok saya rapat dengan awak.” Kata Cempaka sambil mengekori langkah Rais.
“Jangan nak mengarut la Cem.”
“Saya tak mengarut la, it’s obvious kot. Kalau tidak kenapa dia pandang saya macam tu. Haa... itu tandanya dia cemburu tengok saya rapat dengan awak. Sheshhh... Nanti lepas ni saya akan explain semuanya dekat dia yang saya dengan awak tak ada apa-apa dan saya tak ada niat pun nak kacau hubungan korang berdua walaupun... well, it’s totally wrong kan. Saya tak nak la ada apa-apa masalah dengan dia. Saya join awak dengan geng awak ni pun sebab saya nak cuba something new, bukan nak merosakkan hubungan awak dengan dia ke apa...bla... bla... bla...” Buk!!! Dahi Cempaka terhantuk pada dada rais yang berdiri tegak di hadapan dia dengan riak wajah yang serious.
Seketika kemudian Cempaka mendongak mencari wajah Rais. “Eh, kenapa berhenti? Karang bising pula kawan awak tu.”
“Kena tune balik kot ni...” Rais menunjukkan ke arah kepala Cempaka.
Tangan Cempaka naik menggagau kepala sendiri. “Eh, kenapa pula?”
“Suka fikir yang bukan-bukan. Saya dengan Andre tu kawan saja lah. Kami berdua lurus okey, tahu hukum agama. Mana yang halal dan mana yang haram.” Jawab Rais tanpa nada walaupun wajah dia sangat serius sekarang.
Cempaka terdiam dengan mata yang memandang ke dalam anak mata Rais yang sedang merenung ke arah dia.
“Rais! Cem! Cepat lah!!!” Jerit Opie dari atas.
Rais dan Cempaka tersentak, lalu tanpa membuang masa mereka kembali mendaki untuk ke puncak. Persoalan tentang Rais dan Andre terus dilupakan.
NAFAS ditarik perlahan. Udara yang segar membuatkan minda semakin tenang. Mata yang terpejam kembali terbuka lalu pandangannya mula dihiasi dengan pandangan hutan yang menghijau dan menenangkan. Walaupun peluh menitik, tetapi udara yang sejuk itu tetap terasa. Cempaka menoleh ke belakang, masing-masing sibuk merakam pemandangan yang indah dengan menggunakan telefon masing-masing. Opie la yang paling beria. Bukan main lagi makcik tu kan, hari tu konon tak nak datang lah, tak minat hiking lah, penat lah. Hari ni dia la yang paling beria mendaki sampai ke puncak. Telefon tu pun dah penuh agaknya dengan gambar sekitar Gunung Irau.
Cempaka menoleh ke arah kanan, kelihatan Andre sedang berdiri tegak sambil berpeluk tubuh. Menikmati keindahan puncak gunung. Perlahan-lahan Cempaka menapak ke arah Andre.
“Ehem...” Cempaka berdehem kecil bagi menarik perhatian Andre tetapi Andre di sebelah buat tidak tahu saja. “Ehem...” Sekali lagi Cempaka berdehem. Andre menoleh ke arah Cempaka sambil menjeling sebelum kembali memandang ke hadapan. “Saya minta maaf kalau awak rasa kurang senang dengan kedatangan saya dekat sini.” Cempaka meneruskan kata tanpa mempedulikan jelingan Andre. Kemudian dia diam seketika, menunggu balasan daripada Andre tetapi Andre tetap diam.
Cempaka mengeluh perlahan lalu dia berpaling untuk berlalu. Tak ada gunanya dia berdiri di situ jika Andre langsung tidak mahu bercakap dengan dia.
“Cempaka...”
Kaki Cempaka berhenti melangkah dan terus dia menoleh ke belakang. “Yes?” Kening di sebelah kiri terangkat.
“Awak suka hiking?” Soal Andre yang sedang memandang ke arah Cempaka.
Cempaka mendekati Andre semula. “Jujur cakap, this is my first time dan yang pertama kali ini buat saya rasa seronok.”
“Apa yang seronok?” Soal Andre lagi.
“Well, masa mula-mula panjat tu memang la macam susah sikit kan. Penat dan termengah-mengah. Tapi scenery kiri kanan tu buat saya seronok nak panjat sampai ke puncak. And then, bila sampai puncak tuhan saja yang tahu betapa seronoknya saya bila dapat lihat pemandangan yang seindah ini.” Cempaka tarik senyum. Memang itu yang dia rasakan sewaktu kali pertama menjejakkan kaki ke puncak. Puas...
Andre kembali berpusing memandang ke hadapan. “Saya tak suka awak join kami hari ni sebenarnya.”
“BINGO! That is what I told Rais just now tapi dia tak percaya.” Cempaka merapati Andre. “But why?” Soal Cempaka sambil membelitkan tangan ke badan.
“Saya tak suka bila ada perempuan join kami. Sebab saya rasa orang perempuan ni menyusahkan.”
“What?! Heyyy!!! Kami tak macam tu la.” Berasap je rasa telinga bila dengar jawapan Andre.
“Yeah now I know yang you guys tak macam tu.” Jawab Andre malas.
“Weh korang! Snap-snap jom!” Opie mendekati Cempaka dan Andre dengan telefon yang diangkat tinggi untuk selfie. Rais dan Naqib juga turut berjalan mendekati mereka. Cempaka yang ingin membalas kata-kata Andre seketika tadi terus terdiam. Masing-masing mula memandang ke arah kamera telefon Opie. Cempaka dan Opie berada di paling hadapan dengan sengihan yang melebar manakala Rais, Andre dan Naqib pula berdiri di belakang dengan sengihan yang turut melebar.
“Kau cakap apa dengan Cempaka tadi?” Bisik Rais di tepi telinga Andre. Dari tadi dia perhatikan Cempaka dan Andre yang bersembang agak jauh daripada dia.
Andre menoleh ke arah Rais tanpa riak. “Aku ajak Cempaka kahwin.” Jawab Andre sebelum kembali memandang ke arah kamera sambil menjerit... “Say cheese!!!” dan yang turut menjerit kecuali Rais yang memandang ke arah Andre dengan renungan yang tajam.

2 comments:

  1. Rais makan hati lorr... sian dia.. saja jer Andre kenakan

    ReplyDelete
  2. hahaha kawan plak suka mengusik hehehe

    ReplyDelete