28 May 2016

Kesayangan Rais Bab 14

PINTU LIF terbuka dan Rais terus melangkah keluar. Jam di tangan sempat dikerling dengan hujung mata. Ah, dia sudah lambat hampir setengah jam. Ini semua Andre punya pasal, tiba-tiba saja mengheret nama dia dalam meeting dato’. Padahal sudah dia beritahu yang hari ini dia ada temujanji dengan anak Tan Sri Rafael. Dia masuk meeting tadi pun bukan boleh buat apa juga, jadi tukang dengar saja dato marah-marah pasal masalah S&P agreement yang tak sudah-sudah.
            Pintu penthouse kelihatan terbuka. Semestinya mereka yang lain termasuk Armand sudah lama sampai dan nampaknya memang dia lah orang yang terakhir tiba di situ hari ini. Dengan penuh yakin Rais terus masuk ke dalam penthouse tersebut. Kelihatan Armand sedang berbincang dengan Mister Alex, wakil daripada Riana Green Condo.
            “Sorry I’m late, ada urgent meeting tadi dekat ofis.” Sapa Rais yang berjalan mendekati Armand dan Mister Alex.
            Dua pasang mata mula mengalihkan pandangan ke arah Rais sebelum tersenyum. Tangan dihulur untuk bersalam. “It’s okay Rais. Semalam I yang lambat, hari ni you pula. So, we’re even.” Balas Armand dengan ramah. “Mister Alex dah bawa I tengok penthouse ni.” Sambung Armand lagi.
            “So, macam mana?”
            Armand dan Mister Alex tersenyum. “Well, he is satisfied with what I’ve shown to him. Right Armand?” Mister Alex memandang Armand dengan wajah yang berseri-seri. Dapat client macam ni punya kaya, siapa yang tak gembira kan.
            Armand angguk mengiakan. “Yes Alex. You guys have done a great job. I puas hati sangat. So Rais, lets proceed with the agreement.”
            Rais angguk. “Okey boleh.”
            “Alright then, I have to go now ada meeting dengan client lagi lepas ni. Enjoy yourself here ya.” Mister Alex berlalu meninggalkan Rais dan Armand.
            “What do you think about this penthouse Rais?” Armand bergerak mengelilingi kawasan ruang tamu yang luas itu sambil memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar. Masuk saja ke dalam penthouse tadi, hati dia terus jatuh cinta. Tanpa segan silu fikirannya mula membayangkan kehidupan dia dengan Cempaka di sini nanti. Ditambah pula dengan kehadiran anak-anak mereka, pasti lebih seronok.
            “It’s great, sesuai untuk young businessman like you.” Lengan kemeja dilipat hingga ke siku. Memandangkan dia berada di luar pejabat sekarang, rasanya tak perlu lah nak formal sangat.
            Armand angguk setuju dengan kata-kata Rais. Penthuse ni memang kena dengan citarasa dia. Pandai betul daddy dia pilih, lokasi pun agak strategik juga. “Oh ye Rais, you ada kenal interior designer yang boleh tolong I hiaskan penthouse ni tak? Frankly speaking, I memang fail bab hias menghias ni.” Armand ketawa dengan kata-kata sendiri. Minta tolong dengan mummy dia adalah bukan pilihan yang bijak. Sudah semestinya mummy dia akan hias penthouse ni mengikut citarasa dia yang ala mak datin tu.
            “I ada kawan yang kerja sebagai interior designer but I don’t have her card with me, I’ll give you her number later.”
            “Good! Tak payah susah-susah nak cari, plus I memang malas pun nak mencari.” Ketawa Armand dan Rais bergabung. Seketika kemudian mereka mula bergerak ke ruang yang lain sambil berbual tentang kerja masing-masing. Memandangkan mereka sudah menghampiri waktu makan tengah hari, tidak perlu lah Rais terkejar-kejar untuk pulang ke ofisnya semula.
            “Lets go upstairs, kita tengok bilik yang dekat atas pula.” Ajak Armand. Rais hanya mengikut dari belakang.

PINTU bilik utama ditolak perlahan dan Armand terus berjalan masuk ke dalam diikuti oleh Rais dari belakang.
            “Tak puas lagi ke tengok bilik ni darl? Ke nak stay sini terus?” Armand mengusik bila Cempaka langsung tidak keluar dari bilik utama ini.
            Spontan langkah kaki Rais terhenti. Senyuman yang terukir pada bibir Cempaka juga turut pudar bila terpandangkan Rais yang sedang berdiri di belakang Armand. “I dah minta tolong Rais untuk carikan interior designer. Nanti you boleh share your ideas on how to decorate our house darl.” Armand berjalan merapati Cempaka yang masih pegun berhampiran cermin tingkap.
            Cempaka yang membisu membuatkan Armand merasa pelik. Selalunya Cempaka tak macam ni, buah hati dia ni boleh tahan banyak mulut juga orangnya. “Hey, what’s wrong? You okey tak Inara? Kenapa macam terkejut je ni?” Hujung selendang Cempaka ditarik bagi menyedarkan kekasihnya itu yang kelihatan seperti sedang hanyut di dalam dunianya sendiri.
“Ya.. ya... I’m okay.” Jawab Cempaka perlahan sambil menunduk. Rais pula dari tadi hanya diam memerhati, langsung tiada keinginan untuk bersuara.
“Ke you dah lapar sangat darl? Sorry biar you tunggu lama sangat. Lepas discuss dengan Mister Alex tadi I sambung discuss dengan Rais pula. Well...” Telefon di dalam poket seluar Armand berbunyi minta di angkat. “Hold on a second...” Kata Armand sambil melangkah keluar dari bilik utama itu untuk menjawab panggilan telefon tersebut.
Melihat Armand yang berlalu keluar, Rais turut berpusing untuk keluar dari bilik tersebut. Berada di dalam ruang yang sama bersama Cempaka membuat dia lemas. Namun belum sempat da menjauh, suara Cempaka yang memanggil namanya telah menghentikan langkah kaki Rais.
“Why didn’t you reply me? Kenapa senyap? Kenapa diam? Why did you ignored me? Why Rais? Why?” Soal Cempaka bertalu-talu. Kesempatan yang ada langsung tidak dibiarkan berlalu begitu saja.
Rais memejam mata rapat saat mendengar soalan yang keluar dari mulut Cempaka. Why? Kenapa? Kerana saya kecewa Cem. Saya kecewa bila orang yang saya cinta sudah menjadi milik orang lain. Bisik hati kecil Rais. Sesaat kemudian Rais kembali menghayun langkah untuk keluar.
“Stop! Don’t move!” Cempaka bergerak menghampiri Rais yang tegak berdiri tanpa memandang ke arahnya. “Kenapa nak lari dari saya? Nak lari sampai bila? What’s your problem Rais? Kenapa dengan awak sebenarnya ni?” Cempaka kembali menyerang Rais dengan soalan. Nada suaranya juga sedikit kuat berbanding tadi namun masih terkawal. Bimbang kalau Armand dengar.
Rais menarik nafas perlahan sebelum menghembu dengan lemah. “Nothing.” Jawab Rais sepatah. Tak mungkin dia luahkan tentang perasaan dia terhadap Cempaka sekarang. Lagi pun Cempaka dan Armand juga nampaknya sudah merancang untuk berkahwin. Dia belum nak jadi jahat, menghuru-harakan perasaan orang lain demi kepentingan diri sendiri.
“No! Tak mungkin tak ada apa-apa. Stop fooling around Rais. Saya penat tahu tak.” Cempaka menarik lengan Rais yang berlapik kemeja.
“Penat kenapa?”
“Penat nak layan perangai awak yang macam ni.”
“So, don’t.” Jawab Rais malas dan sekali lagi langkah kaki diatur untuk keluar dari bilik tersebut.
“Rais!”
“Apa lagi Cempaka?!” Rais berpusing memandang Cempaka dengan wajah yang mencuka.
“Awak suka kan saya kan?”
“What?”
“You like me, don’t you?” Kalau tidak tak kan lah awak lari dari saya macam ni.
Rais meraup wajah dengan tangan kanan, cuba menghilangkan rasa cuak. “No!” Jawab Rais dengan tegas. Segala kegugupan cuba diselindungi.
“Ouh really?” Tangan disilangkan ke badan. Dia cuma teka saja memandangkan apa yang Opie katakan semalam sama dengan apa yang terjadi hari ni. Obviously, Rais cuba mengelak daripada memandang wajah dia.
“Yes Cempaka. I don’t like you, fullstop!”
“Then prove it.”
Bibir Rais membulat untuk membalas kata-kata Cempaka namun niatnya terhenti bila kelihatan Armand sudah kembali dengan telefon yang dimasukkan ke dalam poket seluar. “Prove what?” Soal Armand. Itu saja yang sempat didengarinya tadi.
Cempaka dan Rais saling berpandangan sebelum Rais menggeleng dengan senyuman. “Nothing. So Armand, I better go now. I gerak dulu okey. About the agreement I’ll prepare it as soon as possible.”
“Lets have a lunch first Rais. Hari tu pun you tak sempat makan dengan kami kan.” Kata Armand. Dah alang-alang dia dengan Cempaka nak keluar makan tengah hari sekejap lagi, rasanya tak salah kalau dia ajak Rais ikut sama.
“I...” Mata Rais terpandangkan wajah Cempaka yang berdiri di sebelah Armand. Gerak bibir Cempaka diperhatikan dengan pandangan mata yang tajam. Prove it! Cempaka mengucapkannya tanpa suara. “Okay lets go.” Putus Rais. Geram sungguh dia dengan mimik muka Cempaka yang mencabarnya dalam diam.
“Great! Jom.”  Armand tersenyum ke arah Cempaka dan kekasihnya itu membalas dengan senyuman yang tersagat lah manis. Puas hati bila Rais rasa tercabar dengan kata-kata dia.

MASING-MASING hanya diam menghabiskan sisa makanan yang masih berbaki. Walaupun hidangan di depan mata agak menyelerakan, tetapi nafsu makan Rais langsung tidak terangkat. Boleh dikatakan tidak ada selera juga nak makan bila berhadapan dengan pasangan kekasih ni.
            “So Rais, dah ada girlfriend ke belum?” Soal Armand memecah kesunyian. Pinggan yang telah kosong ditolak ke tengah.
            Hampir tersedak Rais bila mendengar soalan random daripada Armand. Mata Rais memandang anak mata Cempaka yang turut memandang ke arahnya. Cempaka turut berminat untuk mendengar jawapan Rais. Sejak mereka bertemu semula belum pernah rasanya dia menyoal Rais tentang hal-hal peribadi seperti ini. Perlahan-lahan Rais menggeleng.
            “Seriously? Macam tak percaya je lawyer kacak macam tu tak ada girlfriend.” Tercuit senyuman di hujung bibir Armand. Kalau tengok pada luaran Rais memang mempunyai pakej yang lengkap dan tidak hairan lah kalau Rais menjadi pujaan hati gadis-gadis di luar sana.
            “Dulu ada, sekarang tak ada.”
            “Putus kenapa?” Soal Armand penuh minat. Selalunya dia tak macam ni, suka mengambil tahu hal peribadi orang lain. Mungkin kerana Rais adalah kawan Cempaka maka dia merasa lebih selesa untuk bercakap tentang hal personal dengan Rais.
            “She’s taken.”
            “Ouch!” Terluah kata-kata itu dari bibir Cempaka.
            Armand menoleh ke sebelah. “Kenapa darl?” Laju Cempaka menggeleng dengan senyman yang melebar. Rais hanya memandang mimik wajah Cempaka itu.
            “Awak tak pernah cerita pun pasal ni.” Kata Cempaka kepada Rais. Tak tahu pula yang Rais ada pengalaman pahit tentang percintaan.
            “You never asked.” Jawab Rais ringkas. Seperti membalas semula kata-kata Cempaka kepadanya semalam.
            “You putus dengan dia before or after she’s taken?” Soal Armand pula.
            Rais menolak pinggan di hadapannya ke tepi sebelum meletakkan kedua belah tangannya di atas meja. “Sebenarnya I dengan dia tak pernah declare apa-apa pun. Yes, I do like her and she never knew. I tak pernah luahkan pun perasaan I dekat dia. And now she’s taken, melepas lah I.” Jelas Rais tanpa riak.
            Cempaka terdiam mendengar penjelasan Rais. Kenapa hati dia rasa tidak enak tiba-tiba ni. Macam berdebar pun ye juga.
            “It is such a waste Rais bila kita pendam perasaan macam tu.”
            “Yeah I know, tapi nak buat macam mana kan. Memang dah bukan jodoh I dengan dia agaknya.” Rais tarik senyum, cuba menghilangkan rasa sedih yang mula bermukim. Dia memang tak boleh kalau bercakap tentang soal hati dan perasaan, mata mula la nak panas. Call him a loser then, he don’t even care. Pencinta yang setia macam dia memang mudah touching apa.
            “Such a nice guy. Kalau I...” Armand menggeleng. “I will get what I want, no matter what. Right darl?” Armand mengenyitkan mata ke arah Cempaka.

            “Ya right!” Cempaka layankan saja. Dan Rais hanya tersenyum mendengar kata-kata Armand.

25 May 2016

Kesayangan Rais Bab 13

TIBA saja di rumah, Rais terus berlalu masuk ke dalam biliknya. Andre dan Naqib yang sedang bersembang di tengah ruang tamu langsung tidak ditegur. Penat dengan kerja serta penat dengan perasaan yang membelenggu membuatkan dia tiada mood untuk berbicara dengan sesiapa pun. Dekat pejabat siang tadi pun dia lebih banyak diam daripada bercakap.
Beg kerja diletakkan di tepi meja sebelum badannya direbahkan di tengah katil.             Mata ditala pada siling lalu pandangannya menangkap kipas yang berpusing. Semakin dipandang semakin pening pula jadinya. Tidak mampu bertahan dengan lebih lama, tangan mula naik menutup kedua belah mata dan kemudian ditekan-tekan pangkal hidung. Segala rasa kecewa cuba diusir tapi tipu lah kalau seorang Rais mampu membuang segala rasa itu dengan mudah.
Selesai  mandi dan solat, Rais keluar semula ke ruang tamu lalu duduk bersebelahan dengan Naqib yang sedang ralit bermain dengan telefon. Andre pula sudah terlentang sambil menonton televisyen. Gaya orang bujang macam tu lah.
“Qib...”
Naqib menoleh ke arah Rais seketika sebelum kembali memandang telefon di tangan.
“Qib...” Sekali lagi Rais memanggil nama Naqib dan kali ini suaranya sedikit kuat berbanding tadi.
“Ada apa Rais? Panggil aku macam tu macam budak minta susu dengan mak dia tahu tak.” Kata Naqib tanpa memandang ke arah Rais.
“Macam mana dengan tunang kau hari tu?” Rais menyoal tanpa mempedulikan kata-kata Naqib.
“Kami dah putus.” Jawab Naqib dengan tangan yang masih sibuk menekan telefon sana sini.
“Macam tu je?” Naqib angguk mengiakan. Keluhan lemah dilepaskan lalu Rais menyandarkan kepala ke belakang sofa. Naqib dah tahap tunang siap nak berkahwin dah tiba-tiba putus tapi selamba saja pegang telefon main game. Dia ni, baru je jumpa semula setakat kawan-kawan je dah frust tahap nak mereput bila dapat tahu yang Cempaka dah ada kekasih. Apa kes?!
“Kau tak frust ke Qib?” Soal Rais dengan kepala yang disandarkan ada belakang sofa.
Game ditutup lalu telefon diletakkan ke tepi. Naqib mula menarik sila sambil berpusing mengadap Rais di sebelah. “Orang yang aku cinta minta putus tunang Rais, gila lah aku kalau aku tak frust. Tapi soal hati dan perasaan aku tak boleh nak paksa. Dah rasa cinta dia terhadap aku dah tak ada, dah habis, aku nak buat macam mana lagi. Kalau aku paksa dia kahwin dengan aku pun bukan setakat dia saja yang terluka, aku lebih lagi.” Jelas Naqib panjang lebar.
“Tapi kan rasa cinta boleh dipupuk Qib. Mana tahu lepas kahwin nanti dia akan kembali cintakan kau.”
Naqib menggeleng dengan senyuman. “Aku tak rasa yang dia akan kembali cintakan aku bila kami dah nikah nanti. Sekarang ni pun dia dah ada pengganti aku kut.”
“Tak kan lah kau tak ada keinginan langsung untuk mempertahankan hak kau Qib?”
“Hak apa lagi Rais kalau dah dia sendiri yang tolak aku dan memilih lelaki lain.”
Rais menegakkan badan dan berpusing supaya berhadapan dengan Naqib. “Aku tak sangka yang kau boleh setenang ini Qib.”
“Kalau aku mengamuk pun bukan dia nak datang balik dekat aku.” Naqib ketawa dengan kata-kata sendiri. Rais turut tersenyum dengan senyuman tanpa rasa. “Kau kenapa Rais? Macam orang putus cinta saja aku tengok.” Sambung Naqib bila perasankan kelainan pada wajah Rais.
Lama Rais diam sebelum menyoal... “Is it too obvious?”
“Aku belum buta tau. Rabun pun tak. So, it’s obvious yang kau macam tengah kecewa sekarang. Kenapa? Kau ada masalah dekat tempat kerja ke? Tapi Andre tak cakap apa-apa pun tadi.” Sinar pada mata Rais menyerlahkan rasa yang terbuku di dalam hati. Sudah bertahun mereka tinggal bersama, luar dan dalam Rais sudah Naqib hafal.
Rais mengeluh perlahan. “Aku tak tahu nak cakap macam mana, tapi yang pasti aku memang tengah kecewa sekarang.”
“Pasal Cempaka ke?” Andre mencelah.
“Eh, dengar saja kau.” Kata Naqib yang memandang ke arah Andre. Bukan kawan dia tu tengah fokus dekat rancangan dalam tv tu ke.
Andre bangun dari pembaringan dan turut menarik sila sambil memeluk bantal kecil yang dijadikan alas kepalanya tadi. “Dah korang berdua bukan berbisik pun kan, mesti la aku dengar. Kau kecewa dengan Cempaka ke Rais?” Andre mengalihkan pandangan ke arah Rais pula.
Kedua belah tangan naik meraup muka dengan perasaan hampa dan kecewa yang semakin berbuku. Tarasa panas tiba-tiba membuatkan Rais bangun dan bergerak ke arah balkoni yang terbuka luas. Kepala didongakkan ke atas memandang langit kelam dengan tangan yang disilangkan ke belakang. “Dia dah ada kekasih rupanya.” Kata Rais dengan suara yang perlahan.
Andre dan Naqib saling berpandangan sebelum masing-masing bangun dan bergerak menghampiri Rais yang masih memandang langit. “Mana kau tahu yang dia dah ada kekasih?” Soal Andre yang berdiri di sebelah kanan Rais.
“Kau ingat tak dato suruh aku uruskan S&P anak Tan Sri Rafael?” Andre angguk tanda ingat. “Tadi aku jumpa dengan anak dia, Armand Hazriq. Masa aku tengah bincang dengan Armand tentang penthouse yang dia nak tu tiba-tiba kekasih dia muncul dan kekasih dia...”
“Kekasih dia ada lah Cempaka?” Teka Naqib yang berdiri di sebelah kiri Rais. Perlahan-lahan Rais angguk.
“Oh man!” Andre dan Naqib bersuara serentak. “So, kau macam mana?” Andre menarik bahu Rais supaya memandang ke arahnya.
“Aku macam yang kau tengok lah, hampa dan kecewa...”
Naqib menepuk bahu Rais beberapa kali. “Rilex Rais, ada ramai lagi perempuan dekat luar sana.” Kata Naqib yang cuba menenangkan Rais. Tapi malangnya bukan itu yang Rais mahu dengarkan.
Laju Rais menggeleng. “No Qib, yang ramai tu tak sama dengan yang satu ni. Aku cuma mahukan yang satu ni je Qib.” Rais bersuara perlahan.
“Kau tak boleh macam ni la Rais. Dia dah ada pilihan hati dia sendiri, tak kan kau nak paksa dia terima kau pula.” Marah Andre. Memang tepat lah firasat dia yang tak sukakan Cempaka tu. Kalau dulu dia tak suka Cempaka kerana mengandaikan Cempaka adalah seorang gadis yang lemah. Tetapi sekarang dia tak sukakan Cempaka kerana telah membuat sahabat baiknya ini menjadi lemah begini hanya kerana seorang perempuan.
“Aku tak cakap pun yang aku nak paksa dia terima aku Andre.” Jawab Rais dengan tegas. Berang bila Andre menuduhnya sebegitu.
“Tapi dengan gaya kau ni...”
“No! Aku tak akan buat macam tu. Ye aku kecewa tapi aku bukan perampas.” Potong Rais dengan nada yang sedikit meninggi.
“Jadi tak payah la kau nak lemah sangat macam ni.” Dan Andre turut membalas dengan nada yang sama.
“Weh korang tak payah la nak bergaduh macam ni.” Naqib cuba menenangkan keadaan bila melihat Rais menggenggam kemas kedua belah tangannya. Risau kalau Rais dan Andre bertumbuk pula lepas ni. Dengan perasaan Rais yang tidak stabil macam tu, tidak mustahil kalau Rais bertindak di luar kawalan.
“Aku bukan nak gaduh dengan dia Qib, aku cuma nak dia fikir secara rasional. Tak payah nak layan perasaan sangat. Perempuan tu pun dah ada orang yang dia sayang kan, so move on la!” Marah Andre lagi. Geram pula dia bila tengok Rais lemah macam ni.
Rais mendengus geram. “Aku tak suka kau panggil dia macam tu.”
“Tak payah nak emosi sangat lah. Bukan aku panggil dia dengan nama yang bukan-bukan pun.”
“Dah la Andre...” Naqib menarik tangan Andre sedikit menjauh dan memberi ruang kepada Rais untuk bertenang.
Rais bergerak ke depan dan tangannya mula memegang kemas pagar besi di hadapannya bagi melempiaskan segala rasa. “Mulai saat ini aku akan cuba lupakan dia.”
“Rais...” Naqib kembali mendekati Rais. “Kau jangan la paksa diri kau macam ni.” Kedengaran Andre di belakang mereka mendengus kasar tetapi Naqib buat tidak tahu saja. “Kau rilex je dulu okey.” Sambung Naqib lagi.
“Tapi akhirnya aku harus lupakan dia jugakan?” Rais menoleh ke arah Naqib dengan kening yang terangkat.
“Exactly! Memang itu pun yang kau kena buat.” Andre kembali mencelah di belakang.
Rais menoleh ke arah Andre seketika sebelum kembali memandang ke hadapan. “Tak apa lah, mungkin benar dia bukan jodoh yang aku tunggu. Jadi, aku akan cuba lepaskan dia kepada yang lebih berhak.” Kata Rais dengan nafas yang dihela perlahan.
“Rais...”
“Tinggalkan aku sendiri Qib.” Potong Rais.
“Tapi...”
“I need some space.” Kata Rais tanpa memandang ke arah Naqib.
Andre memberi isyarat kepada Naqib untuk berlalu dan memberi ruang kepada Rais untuk bersendirian. Dengan langkah yang berat Naqib mengikut langkah Andre. Dia risaukan Rais. Bukan dia tidak tahu betapa terlukanya Rais sekarang kerana dia tahu betapa dalamnya cinta Rais terhadap Cempaka. Namun apa daya dia, jika itu kehendak takdir dia tidak mampu mengubahnya.

Rais kembali mendongak ke langit cuba mencari bintang untuk menerangi hatinya yang kelam. “Adakah saya sudah terlambat untuk mendapatkan cinta awak Cem?” Bisik Rais dengan rasa yang terdera. Mata dipejam rapat, cuba mengusir bayang gadis yang menjadi penghuni hatinya. Semoga hari esok segala rasa sakit, pedih dan kecewa ini hilang dibawa masa. 

12 May 2016

Kesayangan Rais Bab 12

HAMPIR separuh meja di bilik mesyuarat dilitupi oleh fail-fail Rais yang bertaburan. Tangan kiri naik mengusap rambut manakala tangan kanan memegang sebatang pen. Sejak pulang dari Cameron Higland, Rais kembali sibuk dengan segala kes yang baru dan lama. Seminggu sebelum dia ke Cameron Highland, Dato’ Razlan pernah memberitahunya tentang anak Tan Sri Rafael. Ingatkan bulan depan baru anak tan sri balik, tapi bila masuk pejabat dua hari lepas, Dato’ Razlan terus masuk ke bilik dia dan menyerahkan fail jual beli penthouse anak Tan Sri Rafeal. Urgent case katanya.
Nafas dihela perlahan. Kes lama sudah hampir selesai jadi sekarang tiada masalah untuk dia meneruskan dengan kes yang baru. Harapnya lepas ini, tak ada lagi lah urgent case macam ni yang masuk. Semput nak bernafas rasanya.
Hasnida yang kebetulan lalu di depan pintu bilik mesyuarat mengetuk pintu sebelum masuk dengan sebiji mug di tangan. “Dah sempit sangat ke bilik kau tu sampaikan bilik mesyuarat pun kau redah Rais.” Mug diletakkan di atas meja lalu duduknya di labuhkan di sebelah kanan Rais.
“Aku ingat nak request bilik besar sikit lah dengan Dato’ Razlan.” Kata Rais tanpa memandang ke arah Hasnida.
“Berani kau?”
Rais tergelak mendengar soalan rakan pejabatnya itu. “Memang tak lah.” Jawab Rais dengan ketawa yang masih bersisa.
Hasnida turut ketawa. “Tahu takut. Kamal yang senior tu pun tak berani, ini kan pula kau. Kan?” Rais hanya angguk mengiakan. “Aku dengar dato’ bagi dekat kau fail anak Tan Sri Rafeal tu eh.”
“Yup... Yang aku tengah buat ni lah.”
“Frust betul aku?”
“Kenapa?” Kepala diangkat lalu wajah Hasnida dipandang dengan kerutan di dahi.
“Tak ada chance nak jumpa dengan anak Tan Sri Rafael yang super duper handsome tu.”
“Duh! Ini lah masalah orang perempuan, memilih betul. Client pun nak pilih-pilih kau nih.” Rais menggeleng, tetapi tetap tercalit senyuman di hujung bibir. Kedengaran lucu saja kata-kata Hasnida di telinganya.
“Weh, kena la memilih especially kalau yang handsome. Kau tahu tak wajah yang handsome itu adalah sumber inspirasi untuk kami kaum wanita supaya bekerja dengan lebih tekun. Haa, contohnya macam kau lah. Untung aku dapat collegue kacak macam kau. At least bersemangat la juga aku nak datang kerja tiap-tiap hari.” Jawab Hasnida dengan selamba.
“Aku kacak?” Tangan kiri Rais melekap ke dada. Rasa bangga tiba-tiba.
“Urm...” Mulut Hasnida sedikit memuncung dengan kening yang terangkat sebelah. “Boleh la... Buat segarkan mata yang mengantuk.” Jawab Hasnida sambil bangun dari kerusi.
“Ceh kau, puji tak ikhlas rupanya.”
Hasnida terus ketawa. “Aku nak ke pantri ni, kau nak apa-apa tak?”
Rais menggeleng. “Sekejap lagi aku nak keluar, ada appointment dengan anak tan sri yang kacak tu kononnya.”
“Haip! Bukan konon okey, memang kacak. Nanti kau tolong ambilkan gambar dia untuk aku eh.” Hasnida sempat mengenyitkan mata sebelum berlalu meninggalkan Rais sendirian dan Rais hanya mampu menggelengkan kepala dengan gelagat rakan pejabatnya itu.
JAM TANGAN dikerling lagi. Client dia tak lambat pun, cuma dia saja yang sampai awal tadi. Bosan menunggu, Rais membelek fail yang diletakkan di atas meja. Semuanya sudah lengkap, saja dia belek sekali lagi bagi menghilangkan rasa bosan yang melanda.
“Encik Rais?” Tegur satu suara dari belakang.
Pantas Rais bangun dan kelihatan seorang lelaki yang berjalan menghampirinya dengan wajah yang agak serious. “Ye, saya Rais.” Jawab Rais sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
Salam bersambut sebelum masing-masing melabuhkan duduk berhadapan di antara satu sama lain. “Sorry if I am late.” Kata Armand yang sedang membuka butang pada kot yang tersarung di badan.
“Eh tak, saya yang awal.” Jawab Rais dengan senyuman.
“So, can we proceed?” Armand masih dengan wajah yang serious. Sekali pandang macam sombong pun ada.
“Yes, sure. This is the details about the penthouse that you want to buy. Kalau Encik Armand free, esok boleh la kita ke sana tengok sendiri macam mana keadaan penthouse tu.” Sebuah fail yang sedikit nipis dihulurkan kepada Armand.
Fail di tangan diteliti dengan mata yang tajam. Seketika kemudian kepala diangkat, memandang ke arah Rais yang diam di hadapan. “Just drop that ‘encik’, Rais. Esok pukul berapa ye? Cause I have meeting with my clients tomorrow morning.”
“After lunch is fine I think. Kalau tak boleh, lepas ofis hour pun boleh.”
“No no no...” Pantas Armand menggeleng. “After office hour is for my personal life. Lets go after lunch. Lepas melawat penthouse tu kena buat apa pula?”
“Kalau you puas hati dengan penthouse tu, kita boleh proceed dengan S&P agreement.”
“That fast?”
“Yup. If everything is on track, cepat lah settle proses ni semua. Lagi pun tan sri ada cakap yang you nak masuk rumah tu as soon as possible. Kan?”
Armand angguk. “I nak kahwin.” Kata Armand dengan yakin dan kini baru lah nampak sedikit perubahan pada wajah serius itu. Tercalit sedikit senyuman pada hujung bibir bila dia menyebut perkataan kahwin.
“Oh I see...”
“Armand!” Panggil satu suara.
Armand terus bangun dengan senyuman yang semakin melebar. “Hye darl! Come...” Tangan kiri dihulur ke hadapan memanggil si gadis supaya mendekat.
Rais pula hanya diam tanpa kata. Langsung tidak menoleh ke belakang kerana suara yang kedengaran seperti sangat familiar pada pendengaran dia.
“Eh you ada client ke?” Soal si gadis setelah hampir dengan meja yang diduduki oleh Armand dan Rais.
“Come, have a sit.” Kerusi di sebelahnya ditarik, memberi ruang kepada kekasih hati untuk duduk. “Nope darl, he’s my lawyer. Rais, she’s my girl. You don’t mind if she sit with us right?” Soal Armand kepada Rais.
“Rais?!” Mata Cempaka membulat.
Rais memandang Cempaka yang duduk di sebelah Armand dengan perasaan yang huru hara. Hati dia kalau boleh nampak, sudah berkecai menjadi cebisan kaca yang halus. Jantung juga sudah mula mengepam darah dengan tidak sekata. Tangan ditarik ke bawah meja dan digenggam kemas bagi menghilangkan rasa sejuk pada jari-jemari. Tapi entah kenapa, dahinya mula dibasahi dengan peluh-peluh halus. Bagaikan dilanda tsunami, Rais pohon dalam hati semua ini hanyalah mimpi. Mimpi ngeeri di siang hari.
“You kenal Rais darl?” Soal Armand dengan serius. Tangan kirinya di letakkan di belakang kerusi Cempaka sebelum kerusinya ditarik mendekati kekasih hati.
“Of course I kenal dia. He’s my ex kot.”
“Your ex?” Wajah Armand mula bertukar warna.
Seketika kemudian kedengaran suara Cempaka ketawa. “Chill sayang. He’s my exclassmate. Duhh! Jealous je tahu.” Cempaka menjeling manja.
Armand turut menjeling Cempaka dengan wajah yang serious. “Of course I jealous, you are my girl. Remember that!” Kata Armand berbaur amaran.
Cempaka mencemik manja. Sudah biasa dengan amaran-amaran daripada Armand. Kekasih hatinya ini luaran saja yang serious, tapi yang sebenarnya romantik tahap giga. “Hei Rais, kenapa diam je?” Soal Cempaka kepada Rais. Baru perasan yang Rais hanya diam dari tadi. Rais menggeleng dengan wajah tanpa riak. “Awak lawyer Armand? Untuk apa?” Cempaka cuba memancing Rais untuk bercakap.
“I nak beli penthouse dekat Riana Green darl and he’ll handle it for me.” Armand terlebih dahulu menjawab. “He must be one of the great lawyer at the firm, sebab tu Dato’ Razlan bagi kawan you yang uruskan untuk I. Kan darl?”
Cempaka tersenyum mendengar kata-kata Armand. “Of course! Kawan I kan, mestilah bagus. Right Rais?” Kini dua pasang mata memandang ke arah Rais. Dengan teragak-agak Rais senyum dan angguk perlahan. Seketika kemudian telefon Armand berbunyi minta dijawab.
“Hold on a second darl. Excuse me Rais.” Armand bangun dan bergerak sedikit menjauh bagi menjawab panggilan yang baru diterimanya.
Setelah bayangan Armand menjauh, Cempaka kembali menoleh ke arah Rais dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya. “Rais, okey tak ni? Diam je.” Kata Cempaka. Langsung tidak perasan perubahan pada wajah Rais.
“Kenapa tak bagi tahu?” Soal Rais semula. Dari tadi dia menahan mulutnya daripada mengeluarkan suara.
Dahi Cempaka mula berkerut. “Bagi tahu apa?”
“Awak dah ada boyfriend.”
“Ouhh...” Cempaka menyandarkan badannya ke belakang. “Awak tak pernah tanya.” Jawab Cempaka mudah.
Rais memejam mata rapat sebelum meraup mukanya dengan kedua belah tangan. “You should have tell me Cem.” Kata Rais dengan nada tertahan. Bertambah sakit hatinya bila Cempaka seperti tidak kisah dengan apa yang terjadi.
Kening Cempaka kembali bertaut. “You never ask me bout it Rais, tak kan lah tiba-tiba saja saya nak bagi tahu awak yang saya dah ada kekasih. Lagi pun penting sangat ke semua tu?”
“Of course penting!” Tanpa sedar suara Rais sedikit meninggi membuatkan Cempaka rasa kurang senang dengan nadanya itu.
“Kenapa dengan awak ni?” Cempaka menyoal dengan nada tidak puas hati.
Rais mendengus geram. Matanya mula menangkap figura Armand yang kembali ke meja mereka. Lalu tangannya mula bergerak mengemas fail yang terbuka di atas meja. “Okey lah Armand, that’s all for today. Kalau tak ada apa-apa I minta diri dulu.” Kata Rais saat Armand kembali melabuhkan duduk di sisi Cempaka. Fail disumbat ke dalam briefcase dengan rasa yang berbuku.
“Okay Rais. See you after lunch tomorrow.” Tangan dihulur untuk bersalam dan Rais menyambut salam Armand dengan senyuman kelat. Wajah Cempaka langsung tidak di pandang walaupun waktu itu Cempaka sedang memerhati segala gerak lakunya.
Baru beberapa langkah Rais bergerak meninggalkan meja, kedengaran suara Cempaka berbicara dengan Armand.
"Kenapa pandang macam tu?" Soal Cempaka dengan wajah yang memerah. Malu barangkali.
"Dua bulan tak jumpa, rindu..."
"Ingatkan tak rindu."
"I miss you to death darl!" Senyuman yang sudah sedia terbit pada bibir Cempaka semakin melebar. "Lets get married..."
Dan hati Rais kembali berkecai sehingga menjadi debu. Mata dipejam rapat dan tanpa sedar tangan kanan naik melekap di kiri dada. Oh tuhan, hanya engkau yang tahu betapa remuknya hati aku ni. Langkah kaki kembali diatur dan semakin lama semakin laju meninggalkan restoran tempat pertemuan dia dengan kekasih Cempaka.

11 May 2016

Kesayangan Rais Bab 11

ANDRE dan Naqib terus menghamburkan ketawa tanpa mempedulikan wajah-wajah yang sedang memandang ke arah mereka. Rais pula hanya mampu menunduk dengan senyuman terpaksa. Malu dengan mata-mata yang memerhati dan malu kerana terlalu emosi tentang Cempaka. Memang teruk juga lah dia kena perli dengan Andre dan Naqib bila Rais membuka cerita tentang perubahan mood dia semalam.
“Hadoi la Rais, yang kau percaya cakap aku tu dah kenapa?” Soal Andre dengan ketawa yang masih bersisa.
“Yang kau naif sangat ni dah kenapa bro?” Tambah Naqib pula.
Rais mengusap belakang leher sendiri. “Sorry Andre.”
“Naaa... don’t bother to say sorry. Kau bukan buat salah apa pun dengan aku.”
“Aku sentap dengan kau bro semalam.”
“Nampakkk...” Jawab Andre dan Naqib serentak dan kemudian mereka ketawa termasuk lah Rais. Buat malu sajalah sentap dengan Andre tu. Tak pasal dah kena gelak dengan budak berdua ni. Oh Rais, sungguh la tak pandai nak control perasaan sendiri.
“Kau ni pon, nak sentap tak agak-agak. Tak kan lah baru jumpa terus aku nak lamar dia.” Andre menggelengkan kepala. Memang tak la dia nak buat kerja gila macam tu. Lagi pun dia bukan ada hati dekat Cempaka macam si Rais tu.
“Andre kan tak suka Cem, memang tak la abang sado kita ni nak lamar Cem tu kan. Betul tak bro?” Naqib mencuit bahu Andre.
“Betul.” Laju saja Andre angguk setuju. “Control sikit feeling tu bang. Sejak bila abang Rais yang tough abadi ni hati tisu, mudah sentap.”
“Sejak aku jumpa balik dengan Cempaka.”
“Perghhh... jiwang dowh.” Andre mengusap lengan kiri dan kanannya. “Meremang weh...” Pecah ketawa Rais dan Naqib mendengar kata-kata Andre. Kemudian masing-masing diam melayan perasaan.
“You are crazy bout this girl eh?” Naqib memandang Rais yang sedang memandang ke arah Cempaka yang sedang bergambar bersama Opie di kawasan ladang teh.
Selesai check out hotel tadi, Opie dan Cempaka mengajak mereka untuk ke Boh Plantation sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Nak makan scoones la, nak ambil gambar dekat ladang teh la, nak feeling-feeling buat video klip la. Orang perempuan... Memang macam tu eh?!
Rais menoleh ke arah Naqib seketika sebelum kembali memandang ke arah Cempaka yang sedang bergelak ketawa dengan Opie. “Aku pun rasa macam tu juga.” Kata Rais perlahan.
“Kau tak payah nak rasa-rasa la bro, it’s obvious kot. Mata kau tu langsung tak boleh nak stop pandang Cempaka kan?”
Sekali lagi tangan Rais naik mengusap belakang leher sendiri. Macam tu lah dia bila malu dan segan. “Apa lagi yang boleh aku cakap. Korang berdua memang dah nampak dan tahu semuanya kan.” 
“Tapi bro, kau tak rasa ke yang Cempaka tu dah ada someone special. Actually, kau pernah tanya dia tak tentang ni?” Soal Andre serius. Sejak Rais bertemu semula dengan Cempaka, kawan dia tu secara terang-terangan menunjukkan rasa hatinya terhadap Cempaka. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati pula tentang itu.
Laju Rais menggelengkan kepala. “Aku tak rasa dia dah ada someone special.”
“Macam mana kau tahu?” Soal Naqib pantas.
Rais meletakkan tangan ke atas meja sebelum merapatkan badannya ke situ. “Kalau dia dah ada someone special, dia tak kan ikut aku sampai ke sini. Kau rasa kalau kau boyfriend dia kau bagi ke girlfriend kau buat macam tu? Tak kan?”
“Wah confident!” Andre membeliakkan mata.
“Confident tu penting Andre. Kalau tidak sampai bila-bila kau tak akan dapat apa yang kau nak.” Balas Rais.
“Kalau macam tu pergi la lamar si Cem tu. Port baik punya...” Bibir Andre menjuih ke arah Cempaka yang berada di tengah-tengah ladang teh.
Rais memandang ke arah yang sama. Cempaka masih bergelak ketawa bersama Opie. Bila Opie sibuk mengambil gambar, Cempaka mula berjalan menyelusuri celahan pokok teh dengan tangan yang dibuka luas menyentuh pokok teh di kiri dan kanan. Seketika kemudian Cempaka mengangkat kepala dan memandang ke arah Rais yang sedang memandang ke arahnya. Spontan tangan naik melambai ke arah Rais dengan senyuman yang melebar. Mata saling berpandangan membuatkan jantung Rais berdegup pantas.
“Tenung apa lagi tu bro, just go!” Naqib turut memberi dorongan kepada Rais untuk melamar Cempaka.
“Come on Rais, tunggu apa lagi?” Tambah Andre pula.
“This is the time bro.” Naqib menepuk bahu Rais dan Andre mula bertindak agresif dengan menolak bahu sahabatnya itu supaya turun ke bawah sana.
Rais masih memandang ke arah Cempaka yang sedang tersenyum ke arahnya. Should or shouldn’t I?

10 May 2016

Kesayangan Rais Bab 10

LANGKAH yang laju semakin perlahan bila sampai pada separuh perjalanan. Termengah juga dia dibuatnya. Kalau dah memang jarang bersenam memang macam ni lah jadinya, stamina kurang. Cempaka berpaling ke arah Rais yang berada di belakangnya. Steady saja kawan dia tu, nampak rileks betul. Untung la orang selalu pergi gim kan. Kemudian Cempaka kembali memandang ke hadapan. Opie sudah bergerak ke depan bersama Naqib, manakala Andre yang berada di hadapan dia asyik berpaling ke belakang dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Tapi dia dapat rasa seperti ada yang tidak kena dengan pandangan mata Andre itu.
Kerana terlalu leka memandang ke hadapan, langkah kaki Cempaka sedikit tersasar lalu dengan tidak sengaja Cempaka terpijak akar pokok yang licin menyebabkan dia hampir terjatuh. Namun Rais pantas memaut lengan Cempaka, menghalang Cempaka daripada jatuh.
“Are you okay?” Soal Rais risau. Nasib baik dia tidak terlalu leka dengan pendakiannya. Kalau tidak harus Cempaka jatuh disitu.
Cempaka yang sudah kembali berdiri dengan stabil angguk dengan wajah yang pucat. Masih terkejut dengan apa yang terjadi. “I’m okay. Thanks...” Kata Cempaka dengan senyuman. Matanya kembali terarah ke hadapan, Andre yang sedikit jauh terkehadapan menjeling ke arah Cempaka sebelum meneruskan langkah mengejar Naqib dan Opie yang langsung tidak sedar apa yang telah terjadi di belakang mereka.
“Hati-hati Cem, trek memang licin sikit sebab malam tadi hujan non stop katanya.” Kata Rais. Jantung dia turut berdegup kencang seketika tadi bila melihat Cempaka hampir jatuh.
“Sorry Rais, syok sangat tengok hutan kiri kanan sampaikan tak perasan dah terpijak akar. Terima kasih tau selamatkan saya daripada jatuh tergolek tadi.”
“No biggie Cem. Memang tugas saya untuk jaga awak dari belakang kan. Ni boleh jalan ke tidak?” Rais memandang ke arah kaki Cempaka.
“Eh mesti lah boleh.”
“Kut la terseliuh ke apa tadi.”
Laju Cempaka menggeleng. “Tak, okey je ni. See...” Cempaka menghentak kan kakinya di hadapan Rais sebagai tanda yang kaki dia baik-baik saja.
Terlepas ketawa di bibir Rais dengan reaksi Cempaka. “Okey Cem, now I know that you are okay.”
“Rais!!!” Habis saja Rais berkata kedengaran suara Naqib menjerit memanggil namanya. “Okey ke tak tu?” Soal Naqib.
“Okey.” Jawab Rais sambil mengangkat ibu jari tanda okey.
“Cepat lah, Andre dah bising dah nih.” Kata Naqib lagi.
Rais memandang ke arah Cempaka seketika sebelum kembali memandang ke arah Naqib dengan kepala yang mengangguk. Cempaka perasan ada sesuatu yang lain pada pandangan mata Rais itu.
“Jom Cem.” Ajak Rais yang kembali mula melangkah.
“Rais kejap.” Langkah Rais terus terhenti. Kening diangkat tanda menyoal kenapa. “He don’t like me, kan?” Soal Cempaka perlahan.
Rais mula serba salah. “Siapa?” Soal Rais tanpa rasa.
Mulut Cempaka memuncung ke hadapan. “Kawan awak yang nama Andre tu la. Dari tadi tengok saya macam nak telan je.” Cempaka kembali membuka langkah tetapi belum sempat dia melangkah lebih jauh, Cempaka kembali menoleh ke arah Rais. “Oh my, Rais...” Mulut Cempaka terbuka luas dengan mata yang membulat.
“Apa?”
“Tak kan lah...” Cempaka memandang Rais atas bawah. Tapi tak mustahil kan, ramai je badan ketak-ketak macam ni bercinta dengan... Laju Cempaka menggelengkan kepala, cuba mengusir bayangan yang ada di dalam mindanya.
Rais yang mula dapat mengagak apa yang Cempaka fikirkan terus melepaskan ketawa. “Saya masih lurus okey Cem. Jangan nak fikir yang bukan-bukan.” Rais mula bergerak ke hadapan dan Cempaka pula mula mengekori dia dari belakang.
“Saya rasa dia jealous la dengan saya. Dia sukakan awak la Rais, sebab tu dia pandang saya macam tu. Cemburu bila tengok saya rapat dengan awak.” Kata Cempaka sambil mengekori langkah Rais.
“Jangan nak mengarut la Cem.”
“Saya tak mengarut la, it’s obvious kot. Kalau tidak kenapa dia pandang saya macam tu. Haa... itu tandanya dia cemburu tengok saya rapat dengan awak. Sheshhh... Nanti lepas ni saya akan explain semuanya dekat dia yang saya dengan awak tak ada apa-apa dan saya tak ada niat pun nak kacau hubungan korang berdua walaupun... well, it’s totally wrong kan. Saya tak nak la ada apa-apa masalah dengan dia. Saya join awak dengan geng awak ni pun sebab saya nak cuba something new, bukan nak merosakkan hubungan awak dengan dia ke apa...bla... bla... bla...” Buk!!! Dahi Cempaka terhantuk pada dada rais yang berdiri tegak di hadapan dia dengan riak wajah yang serious.
Seketika kemudian Cempaka mendongak mencari wajah Rais. “Eh, kenapa berhenti? Karang bising pula kawan awak tu.”
“Kena tune balik kot ni...” Rais menunjukkan ke arah kepala Cempaka.
Tangan Cempaka naik menggagau kepala sendiri. “Eh, kenapa pula?”
“Suka fikir yang bukan-bukan. Saya dengan Andre tu kawan saja lah. Kami berdua lurus okey, tahu hukum agama. Mana yang halal dan mana yang haram.” Jawab Rais tanpa nada walaupun wajah dia sangat serius sekarang.
Cempaka terdiam dengan mata yang memandang ke dalam anak mata Rais yang sedang merenung ke arah dia.
“Rais! Cem! Cepat lah!!!” Jerit Opie dari atas.
Rais dan Cempaka tersentak, lalu tanpa membuang masa mereka kembali mendaki untuk ke puncak. Persoalan tentang Rais dan Andre terus dilupakan.
NAFAS ditarik perlahan. Udara yang segar membuatkan minda semakin tenang. Mata yang terpejam kembali terbuka lalu pandangannya mula dihiasi dengan pandangan hutan yang menghijau dan menenangkan. Walaupun peluh menitik, tetapi udara yang sejuk itu tetap terasa. Cempaka menoleh ke belakang, masing-masing sibuk merakam pemandangan yang indah dengan menggunakan telefon masing-masing. Opie la yang paling beria. Bukan main lagi makcik tu kan, hari tu konon tak nak datang lah, tak minat hiking lah, penat lah. Hari ni dia la yang paling beria mendaki sampai ke puncak. Telefon tu pun dah penuh agaknya dengan gambar sekitar Gunung Irau.
Cempaka menoleh ke arah kanan, kelihatan Andre sedang berdiri tegak sambil berpeluk tubuh. Menikmati keindahan puncak gunung. Perlahan-lahan Cempaka menapak ke arah Andre.
“Ehem...” Cempaka berdehem kecil bagi menarik perhatian Andre tetapi Andre di sebelah buat tidak tahu saja. “Ehem...” Sekali lagi Cempaka berdehem. Andre menoleh ke arah Cempaka sambil menjeling sebelum kembali memandang ke hadapan. “Saya minta maaf kalau awak rasa kurang senang dengan kedatangan saya dekat sini.” Cempaka meneruskan kata tanpa mempedulikan jelingan Andre. Kemudian dia diam seketika, menunggu balasan daripada Andre tetapi Andre tetap diam.
Cempaka mengeluh perlahan lalu dia berpaling untuk berlalu. Tak ada gunanya dia berdiri di situ jika Andre langsung tidak mahu bercakap dengan dia.
“Cempaka...”
Kaki Cempaka berhenti melangkah dan terus dia menoleh ke belakang. “Yes?” Kening di sebelah kiri terangkat.
“Awak suka hiking?” Soal Andre yang sedang memandang ke arah Cempaka.
Cempaka mendekati Andre semula. “Jujur cakap, this is my first time dan yang pertama kali ini buat saya rasa seronok.”
“Apa yang seronok?” Soal Andre lagi.
“Well, masa mula-mula panjat tu memang la macam susah sikit kan. Penat dan termengah-mengah. Tapi scenery kiri kanan tu buat saya seronok nak panjat sampai ke puncak. And then, bila sampai puncak tuhan saja yang tahu betapa seronoknya saya bila dapat lihat pemandangan yang seindah ini.” Cempaka tarik senyum. Memang itu yang dia rasakan sewaktu kali pertama menjejakkan kaki ke puncak. Puas...
Andre kembali berpusing memandang ke hadapan. “Saya tak suka awak join kami hari ni sebenarnya.”
“BINGO! That is what I told Rais just now tapi dia tak percaya.” Cempaka merapati Andre. “But why?” Soal Cempaka sambil membelitkan tangan ke badan.
“Saya tak suka bila ada perempuan join kami. Sebab saya rasa orang perempuan ni menyusahkan.”
“What?! Heyyy!!! Kami tak macam tu la.” Berasap je rasa telinga bila dengar jawapan Andre.
“Yeah now I know yang you guys tak macam tu.” Jawab Andre malas.
“Weh korang! Snap-snap jom!” Opie mendekati Cempaka dan Andre dengan telefon yang diangkat tinggi untuk selfie. Rais dan Naqib juga turut berjalan mendekati mereka. Cempaka yang ingin membalas kata-kata Andre seketika tadi terus terdiam. Masing-masing mula memandang ke arah kamera telefon Opie. Cempaka dan Opie berada di paling hadapan dengan sengihan yang melebar manakala Rais, Andre dan Naqib pula berdiri di belakang dengan sengihan yang turut melebar.
“Kau cakap apa dengan Cempaka tadi?” Bisik Rais di tepi telinga Andre. Dari tadi dia perhatikan Cempaka dan Andre yang bersembang agak jauh daripada dia.
Andre menoleh ke arah Rais tanpa riak. “Aku ajak Cempaka kahwin.” Jawab Andre sebelum kembali memandang ke arah kamera sambil menjerit... “Say cheese!!!” dan yang turut menjerit kecuali Rais yang memandang ke arah Andre dengan renungan yang tajam.