28 April 2016

Kesayangan Rais Bab 9

RAIS menapak ke arah Andre dan Naqib yang sedang berbaring di hadapan tv. Pulang saja dari tempat kerja dia terus masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri memandangkan jam sudah hampir sepuluh malam. Badan direbahkan di atas sofa panjang dan mata turut tertacap pada skrin tv. Dari tadi kedua rakan serumahnya itu diam tidak bersuara. Khusyuk benar menonton.
“Cerita apa bro?” Soal Rais memecah kesunyian.
“Downton Abbey.” Jawab Naqib sepatah.
Kening Rais bercantum di tengah. Dah tak ada cerita lain ke yang budak berdua ni nak tengok sampaikan cerita zaman perang dunia kedua pun diorang layan. “Sejak bila korang layan cerita macam ni.”
“Baru tadi.” Jawab Naqib lagi tanpa memandang ke arah Rais.
“Baru tadi? Korang ni biar betul. Tukar cerita lain la weh, bosan lah tengok cerita zaman penjajah macam ni.”
“Shhh! Diam la Rais, mengganggu konsentrasi betul lah kau ni.” Marah Andre dengan mata yang masih terpaku pada skrin tv di hadapan.
Rais mencebik. “Kalau tengok tv bukan main lagi korang kan, siap konsentras bagai. Cuba kalau...”
“Rais!” Andre dan Naqib bersuara serentak.
Rais mula mengunci mulut. Faham sangat isyarat yang Andre dan Naqib berikan. Mata mula layu bila menonton rancangan yang dia tak minat. Namun belum sempat mata dia tertutup, Rais teringatkan tentang Cempaka. Andre dan Naqib belum tahu yang dia ajak Cempaka untuk ikut sama panjat Gunung Irau nanti.
“Cempaka join kita nanti tau.” Kata Rais tanpa nada.
“Apa?!” Soal Andre dengan nada terkejut sebelum memandang ke arah Naqib yang turut memandang ke arahnya. “Kau ajak dia ke?” Soal Andre tidak berpuas hati.
“Yup.” Jawab Rais sepatah tanpa mengetahui yang Andre rasa kurang senang dengan tindakan dia itu.
Andre mendengus geram sebelum bangun dan duduk bersila di tempat dia berbaring tadi. “Kau ajak dia kenapa?” Andre berwajah serius. Bengang juga lah bila Rais membuat keputusan tanpa berbincang dengan dia dan Naqib terlebih dahulu.
“Kenapa tak boleh ajak dia pula?” Mata yang layu kembali segar bila mendengar nada tidak puas hati Andre. 
“Bro, kita nak pergi hiking bukan dating.” Marah Andre. 
“Tak ada siapa pun yang cakap kita nak pergi dating la Andre. Memang la kita nak pergi hiking dan Cempaka akan join sama. Itu pun tak faham ke?”
“Itu aku faham tapi yang aku tak faham kenapa kau ajak Cempaka sama?”
“Kenapa aku tak boleh ajak Cempaka?”
“Leceh... Kau tahu tak leceh.” JAwab Andre dengan nada yang sedikit meninggi.
“Leceh apa pula?” 
“Oh come on la Rais, jangan buat-buat tak tahu la. Kau ingat senang ke bawa perempuan panjat gunung. Nak pula kawan tu model popular. Itu tak boleh, ini tak boleh. Tengok itu takut, tengok ini takut. Perjalanan kita jadi tak lancar nanti. Aku serabut la dengan masalah remeh tu semua.” Kali ini Andre cuba menahan marahnya agak tidak terlalu ketara. Dia memang tak suka kalau ada perempuan yang ikut sama dalam aktiviti lasak mereka. Sebab itu lah sejak dulu lagi dia lebih senang melakukan aktiviti lasak bersama Rais dan Naqib sahaja. Langsung tidak berminat untuk mengikuti kumpulan-kumpulan yang lain yang mana bercampur lelaki dengan perempuan.
“Cempaka tak macam tu la.” 
“Mana kau tahu?”
“Aku kawan dia aku tahu la.” Rais mula bengang dengan kata-kata Andre. Perkara kecil perlu ke diperbesarkan. Tak ada isu pun sebenarnya. Andre saja yang sengaja nak bising-bising.
“Aku tak suka kau buat macam ni. Aku tak suka kau buat keputusan tanpa bincang dengan aku dan Naqib terlebih dahulu.”
“Naa... itu sebenarnya kan? Kau tak puas hati dengan aku sebab aku tak minta izin dengan kau dulukan untuk ajak Cempaka join kita.” Teka Rais dan rasanya tekaan dia itu betul.
“Ye! Sebab ini rancangan kita bertiga dan kau tak sepatutnya buat keputusan sesuka hati kau saja.” Meletus juga amarah Andre bila diprovok oleh Rais.
“Hey bro, rileks la.” Naqib bangun dan menepuk bahu Andre. Dia juga tak suka bila Rais buat keputusan melulu macam tu. Tapi dalam masa yang sama dia tak kisah pun kalau Cempaka ikut mereka panjat gunung nanti. Dia pun tak faham kenapa Andre marah sangat dengan tindakan Rais tu.
Rais memandang ke arah Andre dengan dahi yang berlapis. Cuba ditenangkan rasa yang bercampur baur di dalam dada. “Aku tak faham, yang kau anti sangat dengan perempuan ni kenapa?”
Andre menarik nafas dalam. “Aku bukan anti perempuan, aku cuma tak suka je. Perempuan ni menyusahkan kau tahu tak.”
“Kau tak boleh nak judge diorang macam tu la. Kau belum kenal lagi Cem tu macam mana. Dia bukan jenis yang menyusahkan macam yang kau cakapkan tu.” Rais cuba mempertahankan Cempaka. Pada dia tidak adil rasanya Andre terus menghakimi Cempaka begitu. 
Andre diam menahan rasa. Ada betulnya apa yang Rais katakan itu. Tetapi, entah lah... Sungguh dia tak suka bila tiba-tiba Cempaka akan ikut mereka nanti. “Bro, kasi chance la dekat Rais bawa Cempaka sama. Then you will know Cempaka tu macam mana orang nya.” Naqib bersuara. Dari tadi dia hanya diam saja, memerhati pertelingkahan kecil di antara Rais dan Andre.
Andre menoleh ke arah Naqib. “Kau, tak nak ke bawa tunang kau tu nanti?” Soalnya kepada Naqib pula.
Naqib menggeleng sambil tersenyum tawar. “Tunang aku tak minat aktiviti lasak ni semua.” Jawab Naqib tanpa rasa.
Rais dan Andre memandang ke arah Naqib yang kelihatan sedikit muram berbanding tadi. Ada masalah ke kawan mereka ni. “Kau okey tak Qib?” Soal Rais.
Naqib memandang ke arah Rais sebelum menarik senyum. “Aku?” Soalnya sambil menunjukkan ke arah diri sendiri. “Aku okey lah Rais.”
“Nampak macam tak je.” Andre turut mencelah. Persoalan tentang Cempaka terus dilupakan.
“Aku okey lah bro.” Naqib cuba untuk ketawa tetapi rasa kejang seluruh otot muka. Payah betul rasanya nak buat muka ceria.
“Qib, kau kalau ada masalah boleh share dengan kitorang.” Rais menepuk bahu Naqib memberikan semangat.
“Entah kau ni, macam tak biasa pula.” Sambut Andre. 
Naqib mengeluh perlahan. “Masalah kecil je sebenarnya. Aku je yang terlebih fikir.” Kata Naqib dengan kepala yang menunduk. Ingatkan boleh selesai sendiri semuanya, tapi makin lama macam makin susah pula.
“Masalah apa?” Soal Rais dan Andre serentak.
“Tunang aku minta putus.” Kata Naqib perlahan.
Rais dan Andre saling berpandangan. Masalah kecil ke tu?

No comments:

Post a Comment