23 April 2016

Kesayangan Rais Bab 8

“IT’S A WRAP!”
            Masing-masing mengeluh kelegaan. Mula shoot sejak pukul sembilan pagi, pukul tujuh malam baru siap semuanya. Punya lah lama ses fotografi kali ini. Nasib baik buat dekat studio je. Kalau buat dekat luar alamatnya hangus la dia. Bukan main panas lagi cuaca dekat luar sejak dua menjak ni.
            Air mineral di dalam botol diteguk dengan rakus, langsung hilang keayuan. Seketika kemudian dia menyandarkan kepalanya pada Rizqin di sebelah. Penat tak boleh nak cakap dekat orang.
            Elene, salah seorang model yang terlibat dengan photoshoot seketika tadi mendekati Cempaka dan Rizqin. “I saw you last two weeks.” Kata Elene memulakan bicara.
            Cempaka yang keletihan memandang ke arah Elene. “So?” Soalnya dengan malas. Elene, rakan model yang baru dikenali setahun yang lepas. Agak kerek juga orangnya. Bercakap dengan geng model yang famous saja. Setakat bilis macam dia mana lah Elene nak layan. Tapi pelik pula bila tiba-tiba hari ni Elene datang tegur dia dulu.
            “Siapa lelaki yang lepak dengan kau hari tu?” Soal Elene sambil menyilangkan tangan ke badan.
            “Kenapa nak tahu?” Soalan berbalas dengan soalan.
            “Jangan cakap banyak boleh tak? Jawab saja lah soalan aku tu.” Geram betul dia bila Cempaka menyoal dia semula.
            “Aku tak rasa yang perkara ini penting untuk dibicarakan.” Jawab Cempaka tanpa memandang ke arah Elene. Dia dah la penat sekarang, Rais pula sudah dua minggu menyepi. Kenapa entah. Mesej dan panggilan telefon daripada dia langsung tak berjawab. Sibuk sangat agaknya kawan dia tu.
            “Oh come on Cempaka. Aku tak rasa yang soalan aku tu susah untuk kau jawab. Tak boleh ke kau jawab je apa yang aku tanya.”
            “Tak, masalahnya sekarang kenapa kau nak tahu sangat siapa dia? Kau dah berkenan dekat dia ke?” Angin Cempaka mula berubah. Serabut betul bila kena push macam ni.
            “Jawab je lah.” Elene turut bengang dengan soalan Cempaka. Dia cuma nak tahu siapa nama lelaki yang kelihatan bersama dengan Cempaka dua minggu lepas and then she will do the rest.
            “Malas.” Jawab Cempaka yang kembali menyandarkan kepalanya pada bahu Rizqin. Rizqin pula cuba sorok senyum.
            “Hish! Kau ni kan memang perempuan gedik.” Marah Elene sebelum berlalu meninggalkan Cempaka dan Rizqin dengan perasaan marah yang membuak-buak.
            Mulut Cempaka melopong. “What did she called me?” Cempaka menoleh ke arah Rizqin di sisi yang sedang memandang ke arah Elene yang semakin menjauh.
            “Dia cakap kau gedik.” Jawab Rizqin tanpa nada. “By the way Cem, last two weeks yang Elene maksudkan tu minggu yang kau tak boleh join event tu kan?” Soal Rizqin kepada Cempaka pula. Dia dapat rasakan yang Cempaka sedang menyorok sesuatu dari dia.
            Cempaka mengusap pelipis. “Urm... ya..” Jawab Cempaka perlahan.
            “Kau keluar dengan siapa Cem?” Soal Rizqin lagi. Rasa ingin tahu dia turut membuak-buak.
            Cempaka mengeluh perlahan. Ingatkan boleh la dia bertenang bila sudah lepas soal jawab dengan Elene. Rupa-rupanya tersangkut dengan Rizqin la pula. “Aku bukan pergi tempat bukan-bukan pun Riz.”
            “Ye aku tahu. Kau dah bertutup macam ni tak kan nak pergi tempat bukan-bukan pula dan aku percayakan kau Cem. Cuma aku nak tahu kau ke mana? Kau jumpa dengan siapa?” Soal Rizqin dengan lembut. Takut pula budak Cempaka ni nak jawab, dia bukan nak telan pun kalau Cempaka cakap yang betul.
            “Riz... Yang sebenarnya aku keluar dengan kawan aku hari tu. Kawan sekolah aku dulu to be precise.” Cempaka mula membuka cerita.
            “Lelaki?” Perlahan-lahan Cempaka tunduk mengiakan. “Cem, kau jangan...” Rizqin cuba memberi amaran.
            “Ish kau ni Riz, rileks la. Aku tahu la batasan-batasan aku.” Pantas Cempaka memotong.
            Rizqin menarik nafas dalam. “Korang pergi mana sebenarnya? Yang Elene nampak kau dengan kawan kau tu dekat mana?”
            Cempaka tarik senyum. “Aku ikut kawan aku pergi jumpa geng buku dia dekat Shah Alam. Elene nampak aku dengan dia dekat situ la kut.”
            “Geng buku? Geng buku apa pula Cem?” Soal Rizqin keliru.
            “Rais ada join kelab buku, so hari tu aku ikut dia jumpa dengan geng kelab tu la.” Jelas Cempaka lagi.
            “So his name is Rais?” Cempaka angguk. “And he’s the member of book’s club?” Sekali lagi Cempaka angguk. Kemudian kedengaran Riziqin ketawa. “Tak pernah aku dengar orang lelaki join kelab buku macam yang kau cakap tu. Tapi Cem, is it really exist?”
            “Apa?”
            “Kelab buku yang kau cakap tu la.”
            Cempaka turut ketawa. “Mesti la... Aku pun dah join diorang kut. You know what Riz, tak rugi pun aku join kelab tu tau.”
            “Apa aktiviti diorang?” Soal Rizqin penuh minat.
            “Book review. Bila diorang ada masa free diorang akan jumpa dan buat review tentang buku yang diorang baca. Selain daripada tu diorang ada juga exchange books. So, jimat lah kan kalau yang tak ada buku tu boleh pinjam atau tukar buku among members.”
            Rizqin angguk. “Sounds interesting though...”
            “Sangat... Next time kalau kau nak join aku bagi tahu la. Nanti aku boleh kenalkan kau dengan Rais juga.” Kata Cempaka dengan penuh teruja. Kalau Rizqin join dia pun best juga kan, tak ada lah dia terkial-kial seorang diri bila berkumpul dengan geng Rais walaupun diorang okey saja dengan dia.
            “Well speaking about Rais, dia ni kawan kau yang mana satu? Tak pernah aku dengar kau sebut nama dia sebelum ni.” Memang dia tak pernah dengar pun nama Rais meniti di bibir Cempaka. Dia kan PA Cempaka dan mostly kawan Cempaka dia kenal. But Rais, never heard his name before.
            “Rais tu exclassmate aku masa dekat Johor. Aku pun dah tak ingat di tu siapa Riz. But surprisingly he’s still remember me. Aku jumpa dengan dia masa dekat KL Sentral. Dia yang tegur aku dulu. Aku ingatkan dia tegur aku sebab dia tahu aku model, rupanya dia tegur aku sebagai kawan babe and he never know that I am a model. Kelakar gila bila teringat balik tentang hal tu. Perasan betul aku ni kan.” Cempaka ketawa mengenangkan apa yang terjadi pada awal pertemuan semula dia dengan Rais.
            “Agak la...” Jawab Rizqin yang turut ketawa. “Tapi kau ni macam happy semacam je aku tengok bila jumpa balik dengan Rais tu.”
            “Of course aku happy. Jumpa kawan lama kut.” Cempaka senyum ke arah Rizqin sebelum memandang ke hadapan. “Kau tahu tak Riz, Rais ni dulu pendam je orangnya. Aku suka usik dia. Aku suka juga berkawan dengan dia sebab dia lebih suka mendengar daripada bercakap. So, dia layan je tiap kali aku pot pet pot pet depan dia. Tapi itu lah, sekejap saja dia dekat sekolah tu lepas tu dia pindah.”
            “Pindah ke mana? Kenapa?”
            “Ayah dia meninggal so dia ikut mak dia balik kampung nenek dekat Perak. Aku langsung tak sangka yang dia masih ingat aku Riz.”
            “Entah-entah dia minat dekat kau tak.” Teka Rizqin.
            Cempaka hanya ketawa mendengar tekaan Rizqin tanpa mengetahui sememangnya apa yang Rizqin katakan itu benar belaka. “Tak mungkin lah. Dia pun dah ada girlfriend agaknya. Ouh snap!” Cempaka menutup mulut dengan kedua belah tangan.
            “Kenapa Cem?”
            Cempaka menoleh ke arah Rizqin. “Aku lupa nak tanya yang dia dah ada girlfriend ke belum. Kalau girlfriend dia tahu aku keluar dengan dia mesti girlfriend dia cemburu kan Riz. Ouh huru hara la hidup aku nanti.”

            “Beringat sebelum kena Cem.” Kata Rizqin sambil mengusap bahu Cempaka sebelum bangun dan berlalu meninggalkan Cempaka sendirian. 

1 comment:

  1. Harap2 Rais dapat bgtau Cem perasaan nyer.. klu ada yg masuk line..

    ReplyDelete