19 April 2016

Kesayangan Rais Bab 7

RAIS bersandar pada dinding di tepi pintu masuk restoran dengan kedua tangan dimasukkan ke dalam poket jeans. Hujung minggu yang dinanti, Cempaka telah bersetuju untuk ikut serta dalam perjumpaan kelab buku bersama Rais. Jam dijeling sekilas, ahli yang lain sudah menunggu di dalam cuma dia saja yang belum masuk. Mahu tunggu Cempaka di luar.
            “Oh my Rais... Sorry lambat.” Cempaka yang baru tiba tergesa-gesa berjalan ke arah Rais dengan kedua belah tangan dirapatkan tanda memohon maaf.
            Cepat saja terbit senyuman pada hujung bibir Rais mendengar kata-kata yang meniti di bibir Rais. Oh my Rais? Really Cem? Hati Rais berbisik nakal. “It’s okay Cem. Kami pun baru je sampai. Jom masuk.” Pelawa Rais.
            “Wait... Kenapa awak tunggu dekat sini? Kan panas ni. Kenapa tak tunggu dekat dalam je?” Semakin bertambah rasa bersalah Cempaka bila melihat Rais tercegat berdiri di luar restoran.
            “Ramai sangat dekat dalam, takut awak tak nampak pula saya duduk dekat mana.” Alasan... Bukan tak ada telefon pun nak call tanya duduk dekat mana.
            “Sorry again Rais.” Ucap Cempaka sambil mengikut Rais dari belakang untuk masuk ke dalam restoran. Dia betul-betul rasa bersalah sekarang.
            “Don’t mention it Cem. Come, saya kenalkan awak dengan ahli yang lain.” Rais terus melangkah ke arah ahli kelab bukunya yang sedang duduk sambil berbual di hujung restoran. “Guys, kenalkan ini Cempaka Inara. What do you want them to call you?” Soal Rais kepada Cempaka.
            Cempaka menoleh ke arah Rais seketika sebelum kembali memandang ke arah rakan-rakan kelab yang lain. Ada enam orang semuanya, empat perempuan dua lelaki. “Assalamualaikum semua, you guys can call me Cempaka or Cem. Nak panggil Inara pun boleh, no hal.” Cempaka bersuara dengan ramah.
            Semua yang ada tersenyum menjawab salam Cempaka dengan senyuman. “Panggil Cem saja lah, pendek dan senang nak ingat.” Kata  Fikri, salah seorang daripada ahli kelab. Cempaka tersenyum dengan kata-kata Fikri. Memang kebanyakan mereka yang dia kenal lebih suka panggil dia dengan nama Cem. Ringkas katanya.
            “Jemput duduk Cem.” Pelawa Rose yang duduk berdekatan dengan tempat Cempaka berdiri.
            Cempaka memandang ke arah Rais seperti meminta keizinan pula. “Come, sit here.” Rais menarik kerusi di sebelahnya.
            “Tak pernah tahu pula yang Rais ada kawan model cantik macam ni.” Puji Anne. Dari tadi dia dah perasan yang berdiri dekat sebelah Rais tu model busana muslimah yang agak popular juga sekarang. Followers dekat Instagram pun dah dekat seratus ribu lebih.
            “Aku pun baru tahu yang dia ni model Anne.”
            “Seriously Rais? Jangan tipu la...”
            “Dia mana tengok tv Anne, baca majalah pun tak. Mana nak tahu yang kita ni model.” Cempaka menjeling ke arah Rais yang sedang tersenyum.
            “Ada member cantik tak bagi tahu aku pun kau kan.” Mizan pula mencelah. Suka betul dia tengok Cempaka yang berwajah manis itu. Sejuk rasa hati memandang.
            “Bagi tahu kau buat apa, baik simpan sorang-sorang.” Balas Rais bersahaja membuatkan Cempaka menggeleng tidak percaya dengan kata-kata Rais. Nampak sopan tapi sekali dia buka mulut boleh tahan juga.
            “Oh enough guys! We came here to talk about our latest reading, not about her.” Kata Mimie kurang senang. Dari tadi asyik cakap pasal Cempaka saja, naik menyampah pula dia rasa.
            Semua yang sedang ketawa terus terdiam. Cempaka pula memandang ke arah Rais dan Mimie silih berganti. Hurm... I can smell something fishy here. “Okay, lets start.” Kata Ayu bagi membuang rasa kekok bila semua terdiam.
            “I have no current reading, tak sempat nak belek buku pun. So, aku dengar yang korang je lah ye.” Kata Rais. Memang sejak dua menjak ni dia langsung tak sempat nak baca buku yang tersusun dekat rak dalam bilik dia tu. Buku baru pun dah lama tak beli. Betul-betul sibuk dengan soal kerja. Bila tak kerja dia sibuk ikut kawan-kawan dia pergi hiking pula.
            “Kalau macam tu buat apa datang.” Kata Mimie tanpa riak. Siap bawa minah ni pula. Buat semak saja.
            “Mimie...” Tegur Fikri yang kurang senang dengan kata-kata Mimie. Rais dan Cempaka hanya diam memandang. “Okey ni buku yang aku baru habis baca. Dah lama beli tapi baru sempat nak baca. Movie dia pun dah siap tayang dekat HBO dah.” Fikri mengeluarkan buku yang bertajuk Gone Girl tulisan Gillian Flynn.
            “Aku pernah baca buku ni.” Anne mencelah.
            “Best tak?” Soal Mizan.
Rais mengambil buku di tangan Fikri. “Aku dah tengok movie ni.” Semangat betul dia dengan Andre dan Naqib masuk panggung semata-mata nak tengok cerita ni. Bagi dia yang belum baca novel Gone Girl ni, movie tu pun dah best dah. Tak tahu la novel dia macam mana pula.
“Well macam biasa lah, bagi aku novel lagi best daripada movie walaupun mat saleh ni semua memang hebat bab mengadaptasi novel ke filem. Novel dia lagi padat dan lagi feel kut kalau baca. Tapi lakonan Rosamund Pike dalam movie ni memang terbaik.” Jelas Fikri.
Rais angguk setuju manakala Cempaka di sebelah pula dari tadi asyik menempel di sisi Rais untuk melihat buku yang dipegang Rais itu. “Aku setuju dengan kau. Dia punya acting memang superb.”
“Serious aku tak boleh nak tengok scene yang Amy Dunne bunuh Desi Collings tu, ngeri dowh. Kembang tekak tengok darah banyak sangat.” Rose buat muka loya. Dia ni dah la jenis yang takutkan darah. Tengok pula scene bunuh macam tu, tak ke berpusing kepala. Semua yang mendengar terus ketawa.
“Memang scene tu agak ngeri sikit kan.” Tambah Ayu pula dan yang lain angguk setuju.
“Tak sangka seorang isteri sanggup buat macam tu sekali demi untuk memastikan yang suami dia tak tinggalkan dia.” Anne bersuara perlahan. Kalau orang kita tak ada rasanya sanggup buat sampai macam tu sekali.
“Tapi yang sedihnya dia macam live in denial kan. Bukan dia tak tahu yang suami dia dah tak cintakan dia.” Tambah Ayu lagi.
“Kalau dah cinta...” Kata Fikri pula.
“Pernah baca tak buku ni?” Bisik Rais kepada Cempaka yang dari tadi hanya diam mendengar. Kemudian buku di tanganya diserahkan kepada Cempaka.
Cempaka menggeleng. “Me and books, we’re not bestfriend.” Jawab Cempaka bersahaja membuatkan yang lain tersenyum.
“Then kenapa you join kitorang?” Soal Mimie dengan nada tidak puas hati. Sungguh mata dia sakit melihat Cempaka yang menempel di sisi Rais.
“Sebab aku yang ajak.” Jawab Rais bagi pihak Cempaka.
“Dan saya memang nak ikut Rais sebab apa yang korang lakukan ni sounds interesting to me. Maybe lepas ni saya akan ada minat baru rasanya and you have to take responsibility for my new interest Rais.” Cempaka memandang Rais dengan senyuman.
“My pleasure Cem.” Jawab Rais dengan senang hati.
“Oh please la korang, jangan nak main mata boleh tak. Ada orang tengah panas tu.” Kata Mizan sambil mengerling ke arah Mimie yang sedang memuncung menahan geram. Sakit hati melihat kemesraan Rais dengan Cempaka angaknya.
Anne, Rose, Ayu dan Fikri cuba sorok senyum. Bukan mereka tak tahu yang Mimie memang menaruh hati dekat Rais. “Okay lets move to another book.” Ayu mengeluarkan buku dari beg galasnya. “Buku adik aku ni, aku pinjam dengan dia minggu lepas.” Dan perbincangan mereka berlarutan sehingga ke tengah hari. 

2 comments:

  1. eee si mimie ni mmg x masuk group. Biar dia frust sendiri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah entah2 join grup tu pon sbb Rais je ekekeke

      Delete