18 April 2016

Kesayangan Rais Bab 6

ANDRE dan Naqib memandang ke arah Rais yang sedang berbaring di hadapan tv dengan lengan kiri menjadi alas kepala dan tangan kanan sibuk menari di skrin telefon. Sekejap senyum lepas tu serius. Tak lama lepas tu ketawa pula. Macam orang tengah bercinta pun ye, macam orang tengah angau pun ye juga. Ke kena sampuk?
            Masing-masing mengambil tempat di atas sofa kiri dan kanan Rais yang sedang berbaring. Andre dan Naqib saling berpandangan sebelum kembali memandang ke arah Rais yang masih hanyut di dalam dunianya sendiri.
            “Kau buat apa Rais?” Soal Naqib. Malas dah dia nak berteka-teki dalam diam macam tu. Rais diam tidak menjawab. Naqib memandang ke arah Andre pula, memberi isyarat kepada Andre untuk menegur Rais.
            “Kau Whatsapp dengan siapa Rais?” Soal Andre pula tetapi Rais tetap diam tidak menjawab. Masih hanyut dalam duniannya sendiri. Tanpa sebarang isyarat Andre terus membaling bantal kecil ke arah Rais. “Bercinta ke weh?!” Andre menyoal lantang.
            “Kau dah kenapa?” Soal Rais dengan nada tidak puas hati. Bantal kecil yang elok landing di atas dada dia ditolak ke tepi.
            Kedengaran Andre dan Naqib ketawa. “Marah ke bang?” Soal Andre dengan suara halus lagak seperti seorang perempuan. Naqib yang ketawa sopan pun dah bertukar ketawa macam naga. Tak tahan dengar suara gedik Andre.
            “Siot je kau...” Rais menjeling dan akhirnya dia turut ketawa bersama rakan-rakannya yang lain.
            “Kau bercinta dengan siapa tu Rais?” Naqib kembali menyoal.
            “Mana ada aku bercinta lah...”
            “Tak payah nak tipu la. Duk pandang telefon sambil sengih macam tu pun aku dah tahu yang kau tengah bercinta. Kalau aku tanya tv dekat depan ni tengah siarkan rancangan apa mesti kau tak boleh nak jawab kan?”
            Rais angkat kepala memandang ke arah skrin tv di hadapan untuk melihat rancangan yang sedang ditayangkan. Tetapi dengan pantas tangan Na            qib bergerak menukar chanel lain. “Kenapa kau tukar?” Soal Rais kepada Naqib.
            “Aku nak kau jawab tanpa tengok pada skrin. Kau tak boleh jawab kan?” Soal Naqib nakal. Andre sudah ketawa melihat gelagat Naqib. Bijak juga kawan dia ni.
            Kerana rasa tidak puas hati melihat Naqib dan Andre mentertawakan dia, Rais mencapai bantal kecil yang bersepah di hadapan dia lalu dibaling ke arah kedua rakannya itu. “Ambik kau. Suka sangat kan kacau aku.”
            “Abam Rais marah la...” Usik Andre lagi dengan suara halus dia tu. Sekali lagi Naqib ketawa dan kali ini diikuti oleh Rais yang sudah tidak tahan melihat aksi kelakar Andre.
            “Serius la Rais, kau tengah bercinta ke?” Naqib sudah kembali serius.
            “Aku serius la ni Qib, aku tak bercinta pun.” Laju Rais menggelengkan kepala.
            “Habis tu kau tengah Whatsapp dengan siapa tu? Gaya macam orang tengah bercinta je, sengih sana sengih sini.” Kata Andre pula.
            Rais kembali tersenyum. “Kau ingatkan apa yang aku cerita dekat korang berdua dua minggu lepas?”
            Andre angguk. “Yang kau frust tu ke?” Soal Naqib.
            “Dia called aku tadi.”
            “Say what?!”
            “Seriously Rais?”
            Soal Naqiba dan Andre serentak.
            “Korang dengar.” Jawab Rais malas. Tahu la terkejut tapi tak payah la buat muka terkejut macam tu. “Aku baru je keluar dari ofis tadi masa dia called.”
            “Kenapa dia call kau?”
            “Dia ajak aku jumpa. Dia cakap yang dia dah ingat aku. Kau ingat tak dua hari lepas aku pergi jumpa client dekat Shah Alam?” Soal Rais kepada Andre. “Client aku tu kawan dia. Lepas tu boleh pula dia tanya aku tak ingat dia ke.” Rais menggeleng sambil ketawa. Lucu betul mimik muka Cempaka waktu tu. Tahu pula galabah bila orang buat-buat tak ingat dia.
            Andre dan Naqib saling berpandangan. “Bahagia sungguh kawan kita ni Qib.”
            “Itu lah Andre, tengah duk bercerita dekat kita boleh pula dia tersengih sorang-sorang macam tu.” Naqib turun ke bawah dan menarik wajah Rais supaya memandang ke arah dia. “Kau okey ke tak ni Rais? Kau sedar ke tidak ni?”
            “Kenapa?” Soal Rais dengan kerutan di dahi.
            “Kau sengih sorang-sorang macam tu aku risau. Jangan la kau buat perangai malam-malam macam ni Rais. Wad sakit jiwa tutup kut.”
            “Choii!!! Bongok lah kau, aku tak gila lah wei...” Rais menolak wajah Naqib yang dekat dengan wajah dia. Andre pula sudah bantai ketawa. Selamba badak je Naqib cakap macam tu, memang potong stim betul la. Kawan tu tengah bahagia kut.
            “Kalau kau tak gila, tolong jangan buat muka macam tu. Kalau tidak aku sanggup pergi goncang pintu pagar wad sakit jiwa supaya terima kau malam ni juga.”
            “Aku sokong!” Sampuk Andre.
            “Ah...” Rais menolak Naqib ke belakang membuatkan Naqib tersandar pada kaki sofa sambil ketawa. “Korang jangan nak mengarut lah.”
            “Okey, okey... sambung cerita.” Naqib duduk bersandar sambil memeluk lutut. Cuba untuk serius mendengar cerit Rais.
            “Malas dah aku nak cerita.”
            “Duh! Sentap ke bro?” Andre turut turun ke bawah dan duduk bersandar pada kaki sofa sama seperti yang Naqib lakukan.
            “Tak lalu ah nak sentap dengan korang...” Jawab Rais dengan mata yang memandang ke arah tv di hadapan.
            Andre mencebik dan Naqib hanya tersenyum. “Rais, jom hiking weekend nanti. Kawan aku ada bagi tahu few spots yang menarik untuk hiking la.” Ajak Naqib. Dari hari tu dia duk dengar kawan-kawan dia bercerita pasal Gunung Irau dekat cameron Highland buat dia tak sabar nak mendaki semula. Dah lama kut dia, Andre dan Rais tak panjat gunung. Kalau dah ketagih sangat nak mendaki sampai la diorang dekat Broga sana tu. Nak gerak jauh sikit asyik sibuk manjang.
            “Hiking dekat mana?” Soal Andre penuh minat.
            “Gunung Irau jom. Member aku cakap best gila pergi sana. View tak payah cakap lah, macam dalam filem Lord of The Ring.”
            “Kau serious Qib?” Soal Andre dengan mata membulat.
            “Aku serius Re.” Jawab Naqib dengan riak wajah yang sama.
            “Aku tak dapat join la, dah ada plan lain.” Kata Rais. Serentak Naqib dan Andre memandang ke arah Rais.
            “Plan apa?”
            “Dating?”
            Soal mereka berdua serentak dengan mata yang tunak memandang ke arah Rais.
            “Aku dah janji dengan kelab buku aku lah nak join diorang weekend nanti.” Memang dia dah janji dengan Anne dan Fikri yang dia akan join mereka hujung minggu nanti.
            “Ada lagi kelab buku kau tu rupanya. Aku ingat dah bubar dah, ye lah kau pun dah lama tak join diorang kan.” Kata Andre. Dia memang sudah sedia maklum tentang minat Rais kepada buku dan dia juga sudah sedia maklum tentang kelab buku yang Rais ikuti. Bila Rais ajak dia join sama, memang sekeras-kerasnya dia menolak. Walaupun orang cakap peguam selalunya suka membaca, tetapi bukan dia.
            “Haah, aku pun ingat kelab tu dah lama lupus.” Tambah Naqib yang juga sudah sedia maklum tentang minat Rais itu.
            “Memang aku dah lama tak join, sebab itu lah aku plan nak join diorang hujung minggu nanti. Postpone boleh tak plan hiking korang tu? Aku pun nak join juga, tapi tunggu aku free dulu lah.” Dia pun jenis yang gila hiking juga. Setakat Broga dengan Bukit Gasing tu apa ada hal. Cuma dia belum sampai Gunung Urai yang Naqib cakapkan tu. Gunung Kinabalu pun tak pernah sampai juga.
            “No hal, boleh je postpone. Tapi kalau kau free bagi tahu awal-awal lah, sebab nak daki Urai kena minta permit dengan jabatan hutan dulu sebab situ hutan simpan la bro.” Jelas Naqib. Hutan simpan, sebab tu lah kut tempat dia bukan main cantik.
            “Okey nanti aku inform kau.” Rais angguk setuju.
            “Habis tu kita nak buat apa weekend nanti Qib? Bosan dowh lepak rumah je.” Ingatkan dapat lah cuci mata tengok hutan hujung minggu nanti. Tak jadi la pula.
            “Main dota.”
            Rais tergelak mendengar jawapan Naqib. Sejak bila entah kawan dia ni suka main game. Setahu dia Naqib lebih rela layan tidur daripada main game. Dah memang bukan kaki game pun kan.
            “Dota mende kau nih. Tahu ke dota tu apa?” Soal Andre dengan wajah menyampah. Naqib menggeleng dan tak lama kemudian ketawa dia dan Rais bergabung. “Malu la kalau lelaki dekat luar sana tahu yang kau tak tahu dota tu apa Qib.”
            “Nak malu apa. Tak tahu jadi imam lagi malu Re, bukan setakat malu dengan manusia je malu dengan tuhan lebih lagi woii...” Naa... setepek kena dekat muka Andre.
            Terus Andre merebahkan badannya dengan tangan yang melekap pada pipi. “Sampai terguling aku kau smash Qib.”

            “Padan la dengan muka kau tu.” Kata Naqib tanpa rasa dan sekali lagi ketawa dia dan Rais bergabung. 

No comments:

Post a Comment