17 April 2016

Kesayangan Rais Bab 5

PINTU lif terbuka dan Rais memberi ruang kepada mereka yang berada di hadapan untuk keluar terlebih dahulu. Dah memang begitu caranya bila keluar masuk lif, bukan main redah tanpa memikirkan tentang orang lain je. Setelah keluar dari perut lif Rais mula menapak ke kawasan tempat letak kereta. Hari ni kepala dia asyik pusing saja, tak lalu rasanya nak stay lama-lama dekat ofis tu. Tengok fail yang bertimbun pun dah rasa nak muntah.
            Sedang dia berjalan ke arah kereta yang diparkir tidak jauh dari pintu keluar, telefon di dalam poket seluar berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Menggagau dia menarik keluar telefon daripada poket seluarnya itu. Nombor yang tidak dikenali terpampang pada skrin. Mungkin client yang baru, siapa tahu kan. Tanpa lengah panggilan tersebut dijawab.
            “Ye saya Rais. Boleh saya tahu siapa yang bercakap?” Soal Rais dengan hemah. Jelas kelihatan aura seorang seorang peguam di situ.
            “Cempaka... Cempaka Inara. Kenal ke tidak?”
            Rais terdiam, skrin telefon dipandang lagi. Out of nowhere tiba-tiba Cempaka call dia dah kenapa? “I tought you’ve lost my number.”
            “Rais! Serious tau saya betul-betul tak ingat awak hari tu. Sorry.” Cempaka yang ceria macam selalu. Orang tu bukan main lagi merajuk sebab dia tak call, dia boleh pula bersuara dengan gembiranya.
            Hujung bibir mula tercuit senyuman tetapi cuba ditahan. “Ada apa awak call saya?” Soal Rais dengan nada biasa. Padahal dalam hati bukan main teruja.
            “I wanna say sorry.”
            “It’s okay lah, saya dah lupa dah pasal tu.”
            “Okay lets meet.” Ajak Cempaka dengan nada yang sama.
            Sekali lagi Rais terdiam. Cempaka ajak dia jumpa? Betul ke ni? “Orang famous ajak saya jumpa? Macam tak percaya.” Tak ada niat nak perli ke apa, dah memang itu yang terlintas dekat fikiran dia.
            “Ouh tak payah nak perli sangat please. Jom la jumpa, tak sabar nak jumpa dengan ex classmate saya ni tau.”
            Rais menjeling jam di tangan. Dah hampir ke pukul enam? Rasanya masa dia keluar tadi jam baru masuk ke pukul lima petang. Bila dia tengah teruja macam ni cepat betul masa berlalu. “Awak dekat mana sekarang? Saya baru keluar dari ofis ni.”
            “Ouh awak baru habis kerja ke? Sorry sebab ganggu awak Rais, mesti awak penat kan? Tak apa lah, kita jumpa lain kali saja ye.”
            “No!” Pantas Rais menjawab sebelum tangan kanan naik mengusap dahi. Ah, beria pula dia menjawab. “Tak, maksud saya lets meet today. Dah alang-alang saya ada dekat luar sekarang kan. Kalau dah balik rumah nantii serious malas dah nak keluar. Next time tu tak tau bila la awak, saya sibuk sikit lately.” Panjang lebar Rais memberikan penjelasan.
            Terdengar Cempaka ketawa di sebelah sana. “Okay lets meet now. Nak jumpa dekat mana?”
            “Wanderlust dekat Solaris Mont Kiara?” Rasanya sesuai dah kut dia pilih restoran tu, malas dah nak drive jauh-jauh.
            “Okay, see you there.”
            Rais yang seperti masih dibuai mimpi merenung skrin telefon bagaikan nak telan. Sungguh dia tak percaya yang akhirnya Cempaka akan menghubungi dia. “Dah ingat yang aku ni suami olok-olok dia agaknya.” Kata Rais dengan senyuman yang melebar. Kaki kembali melangkah ke arah kereta. Alarm ditekan dan beg kerjanya dicampak ke tempat duduk belakang sebelum dia masuk ke tempat duduk pemandu. “Tak sabar nak jumpa awak Cem!”

CEMPAKA berjalan ke arah meja yang diduduki Rais dengan senyuman yang menghiasi bibir. Hari ini dia ada meeting dekat rumah designer baru, jadi pemakaian dia juga bebas daripada segala jenis baju yang glamour. Cempaka yang sedang berjalan sekarang adalah Cempaka yang biasa, bukan model busana muslimah yang terpampang pada dada majalah.
            Dari tadi kepala Rais tegak memandang Cempaka yang sedang berjalan ke arahnya. Dengan berseluar jeans dan berkemeja putih labuh serta flat shoe di kaki, Cempaka nampak lebih santai daripada biasa. Ditambah pula dengan shawl yang dililit ala kadar dan wajah yang bersih tanpa make up tebal, menambahkan lagi keaslian wajah Cempaka. Sungguh Rais terpaku melihat wajah Cempaka saat ini.
            “Maaf, dah lama ke awak tunggu?” Soal Cempaka yang menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Rais. Hari tu ada juga rasa awkward tapi hari ni tak rasa awkward langsung. Mungkin sebab dia dah kenal siapa yang duduk dekat depan dia hari ni.
            Rais menggeleng. “Awak dari mana?” Lihat pada penampilan Cempaka mungkin saja dia datang dari rumah tadi.
            “Baru habis meeting dekat Shah Alam. You looks tired Rais. Tak apa ke lepak dengan saya ni?” Rasa bersalah pula bila tengok muka penat Rais.
            “Saya okey Cem, cuma lapar je. Lets order and eat first, okay? Lepas tu kita sambung sembang.” Cempaka angguk setuju dengan kata-kata Rais.
            Licin pinggan Cempaka mengalahkan Rais yang kelaparan. Rais merenung pinggan Cempaka yang sudah kosong. Kalau tak silap dia makanan yang Cempaka order tadi dalam portion yang besar juga. Siapa yang lapar sebenarnya, dia ke Cempaka? Cempaka mengelap mulut dengan napkin kemudian dia tersengih memandang ke arah Rais yang sedang memandang ke aranya dengan wajah terkejut.
            “Sorry Rais, selera besar sikit lately. Itu yang pinggan macam ni besar pun licin saya makan.”
            Dari wajah terkejut terus bertukar kepada wajah yang sedang menahan ketawa. “Awak sejak dulu memang tak pernah berubah kan Cem. Terlalu bersahaja tak kira depan siapa.” Kata Rais yang sedang memandang tepar ke wajah Cempaka.
            “Well, this is me Rais. Dulu, kini dan selamanya ini lah Cempaka Inara yang awak kenal. Ouh ya, speaking of this kenal thinggy, awak masih ingat saya ye? Padahal dah berapa tahun kita tak jumpa. Saya sendiri pun dah tak ingat dekat awak.”
            Spontan Rais meletakkan tangan ke dada kirinya. “Truth hurt, reality bites. Jangan lah jujur sangat part yang awak tak ingat saya tu Cem.”
            “Whoops!” Tangan Cempaka naik menutup mulut yang suka sangat bercakap tanpa berfikir panjang. “I’m really sorry Rais. Apa yang dah jadi dekat awak sebenarnya? You left us just like that without any words. Awak masuk sekolah tu tak sampai sebulan lepas tu awak terus hilang. Mungkin sebab tu lah kut saya susah nak ingat awak. I’m sorry ya?!”
            Rais tersenyum seraya menggelengkan kepala. Mungkin betul juga apa yang Cempaka cakapkan tu, dia saja yang mudah sentap nampaknya. “Ayah saya meninggal dan mak saya terus decided untuk balik ke kampung dekat Perak, tinggal dengan nenek dekat sana. Tak mampu nak teruskan hidup dakat situ lagi.”
            “Ayah awak meninggal? I’m sorry to heard that Rais. Habis tu kenapa awak pergi macam tu saja? Say something to us, at least.” Sungguh dia langsung tak tahu apa yang jadi dengan Rais sejak Rais hilang dari sekolah dia dulu. Kawan-kawan yang lain juga sama, tiada info tentang Rais langsung.
Rais masuk ke sekolah mereka sebaik sesi persekolah tahun 2005 bermula dan Rais ditempatkan di dalam kelas mereka iaitu kelas 5Sains1. Tetapi baru sebulan Rais di situ, tiba-tiba dia hilang tanpa khabar berita. Cikgu sendiri tidak tahu ke mana Rais menghilang dan hanya mendapat khabar berita daripada jiran-jiran Rais bahawa mereka sekeluarga sudah berpindah tetapi tidak tahu ke mana.
Rais menyandarkan badannya ke kerusi dengan senyuman tawar. “What past is past Cem, kalau boleh saya tak nak ungkit lagi cerita lama tu.” Jawab Rais cuba mengelak daripada menceritakan tentang apa yang telah terjadi terhadap dia sekeluarga. Cerita sedih, buat apa dikenang. Ye tak?
Cempaka angguk faham. “So, sekarang ni awak dah jadi lawyer lah ye.”
“As you can see. Awak tu, macam mana boleh jadi model? Honestly Cem, waktu kita jumpa dekat KL Sentral hari tu, saya tak tahu pun yang awak ni model.”
“Seriously?!” Soal Cempaka dengan mata yang membuntang dan kemudian dia ketawa. Beria-ria dia ketawa membuatkan Rais kebingungan.
“Kenapa Cem?”
“Ya Allah, Rais... Saya betul-betul syok sendiri rupanya. Ingatkan awak tegur saya sebab saya model dekat majalah tu.” Cempaka kembali menyambung ketawa. Setepek kena dekat muka. Memang di jenis yang mudah perasan rupanya.
Rais turut ketawa kemudiannya. “Maaf lah Cem, saya betul-betul tak tahu yang awak ni model. Ye lah, saya mana baca majalah ni semua. Tengok tv pun jarang, sibuk manjang kan.”
“Maknanya, first time tengok saya awak dah cam saya ye Rais. Kuat betul ingatan awak kan.”
“Mana boleh lupa isteri olok-olok saya....”
“Eh, yang tu pun awak ingat juga?!” Soal Cempaka dengan nada teruja. Pecah lagi ketawa dia. Memori singkat yang dia dan Rais waktu sekolah dulu.
“Mana boleh lupa awak minta nafkah lima puluh sen. Nafkah paling murah yang pernah saya dengar.” Jawab Rais yang turut ketawa mengenangkan kenangan zaman persekolahan.
“Alaaa... jangan la cakap macam tu, buat malu saya saja.” Cempaka menggelengkan kepala. “Nakal betul saya dulu kan?”
“Sangat... Dalam kelas tu awak je kut yang paling nakal. Yang lain semuanya skema je.” Dalam ramai-ramai budak perempuan dalam kelas 5Sains1 memang Cempaka lah yang paling nakal. Suka buat hal ikut kepala dia je. Budak perempuan yang lain lebih sopan kalau nak dibandingkan dengan Cempaka. Cempaka ni juga suka berkawan dengan budak lelaki. Tak kira kelas depan atau belakang, yang mana boleh dibuat kawan memang dia akan terima sebagai kawan. Pendek kata, Cempaka ni seorang yang mudah mesra dan peramah dengan sesiapa saja.
“Uish, malu betul bila ingat balik. Jangan la cerita dekat anak cucu nanti, karang terikut pula perangai tak senonoh saya tu.” Cempaka memegang kedua belah pipi yang sudah mula kebas, malu betul dengan Rais ni. Dalam banyak-banyak perkara yang jadi, yang itu pula la yang Rais ingat.
Semakin galak Rais ketawa mendengar kata-kata Cempaka. “Cem... Cem... Awak memang tak pernah berubah.” Rais menyisip minuman yang masih berbaki. Kuat sangat gelak sampaikan kering anak tekak. “Cem, nanti boleh tak kalau saya nak jumpa dengan awak lagi?”
“Oh mesti lah boleh.” Jawab Cempaka tanpa berfikir panjang. “Nanti kalau free lets lepak again, okay?”
Rais angguk setuju. Berbunga rasa hati bila Cempaka masih mahu berhubung dengan dia. “Boleh ikut saya buat aktiviti hujung minggu nanti?”
“Aktiviti apa ye?” Soal Cempaka yang turut menyisip minuman yang masih berbaki.
Rais angkat bahu. “Kalau saya free, macam-macam aktiviti yang saya buat. Pergi gym is a must. Then pergi wall climbing, hiking. Tapi saya dah lama tak join saya punya book’s club, ingat hujung minggu nanti nak pergi sana kejap.”
“Book’s club? Seriously Rais?” Soal Cempaka tidak percaya. Jarang dia jumpa lelaki yang join book’s club ni semua.
“Ya! Kenapa? Tak percaya?”
Laju Cempaka menggeleng membuatkan Rai ketawa. “Saya join book’s club ni tahun lepas. Colleague yang ajak bila dia tahu saya suka membaca. Then I said, why not kan. Bila pergi rasa seronok pula. So, saya terus join diorang sampai ke hari ni. Tapi lately asyik tak sempat je nak join diorang. Itu yang kalau sempat nak pergi kejap hujung minggu nanti.”
“Diorang buat dekat mana gathering tu semua?”
“Our vanue merata. Kadang dekat area KL, kadang dekat area Shah Alam. Nanti diorang akan update.”
“So, weekend ni dekat mana?”
“Maybe somewhere around Shah Alam. Nak join tak?”
“Sounds interesting. Tapi kalau tak silap saya ada event weekend nanti. Saya update awak later boleh?” Teringin juga rasanya nak join Rais dengan book’s club dia tu. Macam best pula.
“Okay, anything just call me.”

“Alright!” Cempaka angkat ibu jari tanda okey dan Rais tersenyum senang. One step closer Rais!

No comments:

Post a Comment