15 April 2016

Kesayangan Rais Bab 4

AIR di dalam gelas dikacau dengan straw. Aira di sebelah pula dari tadi sibuk dengan telefon, entah apa yang dibuatnya. Mata Cempaka melilau ke kiri dan ke kanan, mencari encik peguam yang dikatakan oleh Aira. Ah, macam lah dia kenal siapa peguam Aira tu.
            “Kak oitt... mana peguam akak ni? Dah dekat setengah jam kita tunggu tak sampai-sampai.” Cempaka mencuit lengan Aira. Dia sudah lapar sangat-sangat dah ni.
            “On the way Cem, sabar la sikit.” Jawab Aira yang masih fokus pada telefon di tangan.
            “Dari tadi on the way, sampai nya tidak.” Bebel Cempaka lalu aktiviti mengacau air dengan straw diteruskan. Bosan betul bila kena tunggu orang macam ni.
            “Haa... dah sampai pun.” Kata Aira lalu telefon diletak ke tepi. Senyuman semakin melebar bila encik peguam yang ditunggu semakin mendekat.
            “Maaf lambat Cik Aira, discussion habis lambat pula tadi.” Kata Rais sebelum menarik kerusi dan duduk di hadapan Aira dengan senyuman yang menghiasi bibir. Rasa bersalah betul bila Aira terpaksa menunggu dia macam ni.
            “Eh tak apa Encik Rais, tak lambat pun.” Jawab Aira dengan senyuman yang manis.
            Mata Cempaka terus membulat saat terpandang wajah bersahaja Rais dan semakin membulat bila mendengar kata-kata Aira. Jangan cakap yang Kak Aira dia ni dah jatuh hati dengan encik peguam yang dekat depan ni pula.
            “So, can we start?” Soal Rais kepada Aira.
            “Boleh...” Laju Aira angguk. “Eh sekejap Encik Rais. Sebelum tu saya nak kenalkan kawan saya yang dekat sebelah ni. Cempaka Inara nama dia.” Aira memperkenalkan Cempaka kepada Rais.
            Rais menoleh ke arah Cempaka sebelum menunduk tanda salam perkenalan. Kemudian dia kembali fokus kepada Aira yang berada di depannya. Terus kening Cempaka bercantum di tengah. Kalau tak silap dia memang lelaki ini lah yang bagi kad dekat dia hari tu.
            “So, macam mana Encik Rais?” Soal Aira yang telah kembali kepada topik asal.
            “Semua document dah siap, saya juga dah berjumpa dengan pihak bank dan mereka bersetuju dengan S&P yang saya sediakan ni. Jadi saya rasa dah tak ada masalah dah, Cik Aira boleh turunkan tandatangan dekat sini.” Dokumen jual beli diserahkan kepada Aira.
            Aira meneliti dokumen yang diserahkan oleh Rais manakala Cempaka pula sibuk meneliti raut wajah lelaki yang langsung tidak kelihatan teruja bila berjumpa dengan dia berbanding sebelum ini. Betul ke dia yang kad nama dekat aku hari tu? Hati Cempaka mula rasa ragu.
            “Okey, saya sign dekat sini eh?” Rais angguk dan senyum. Belum sempat Aira menurunkan tandatangan pada dokumen tersebut, tiba-tiba dahi dia berkerut-kerut. Alah, time ni pula la perut dia pun nak memulas. Ni mesti sebab masuk angin sebab lambat makan. “Err maaf Encik Rais, saya nak ke tandas sekejap. Kecemasan.” Kata Aira sebelum memandang ke arah Cempaka. “Akak pergi toilet sekejap Cem, tunggu sini eh.” Bisik Aira lalu terus bangun menuju ke tandas.
            Cempaka memandang Aira sehingga hilang daripada pandangan dan kemudian dia kembali memandang ke arah Rais yang hanya diam memandang ke arah kertas di hadapannya. Rais langsung tidak memandang ke arah dia.
            “Awak yang bagi kad nama dekat saya hari tu kan?” Soal Cempaka memecah kesunyian di antara mereka. Rais memandang kertas di atas meja. Langsung tidak bersuara.
            Cempaka menarik nafas dalam, rasa tak puas hati betul dengan reaksi Rais. “Tak kan awak dah tak ingat saya? Kan kita baru je jumpa dua minggu lepas.” Kata Cempaka dengan nada tidak puas hati.
            Wajah Cempaka mula mengisi pandangan mata Rais. “So you remember?”
            “Of course I am.” Jawab Cempaka dengan penuh yakin.
            “Do you still have my card?” Soal Rais lagi.
            Cempaka terdiam. Kad? Dah selamat dengan Opie. Tapi tak kan dia nak cakap jujur pula kan. Karang kalau Rais terasa hati dengan dia macam mana? Tanpa dia sedar Rais sememangnya sudah terasa hati dengan dia.
            “You still don’t remember me Cempaka Inara.” Kata Rais sambil menggelengkan kepala dan matanya kembali terarah pada kertas di atas meja.
            “Apa maksud awak?” Soal Cempaka kurang faham.
            “Awak belajar dekat sekolah mana dulu?” Soalan berbalas soalan.
            “What? Awak ni dah kenapa tanya tentang sekolah saya pula? Kita tengah shoot rancangan Trek Selebriti ke?” Cempaka cuba berlawak. Serius sangat muka encik lawyer dekat depan dia ni.
            “Just answer me Cempaka.” Jawab Rais.
            Cempaka terdiam seketika sebelum kembali bersuara. “Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya Satu.” Naa... dia siap bagi nama penuh sekolah dia lagi. Jangan sampai dia bagi alamat sekolah pula.
            “Sama sekolah dengan saya.”
            “Oh really?”
            Rais memandang wajah Cempaka, lama. “Awak memang betul-betul tak ingat saya kan?”
            “Kita pernah kenal ke sebelum ni? Jangan cakap yang kita sekelas pula.” Semakin jelas kelihatan kerutan pada dahi Cempaka. Serius ke Rais dengan dia satu sekolah dulu? Kenapa nama Rais langsung tak ada dalam lipatan memori dia.
            “Remember, nafkah lima puluh sen?” Soal Rais lagi.
            “What?!” Cempaka sudah ternganga dengan mata yang terbuntang.
            “Hei Cem, kenapa ni?” Aira yang baru keluar dari tandas mencuit bahu Cempaka. Dah kenapa pula dengan kawan dia ni, kena sampuk ke apa. Muka terkejut bukan main.
            “Cik Aira, boleh kita teruskan?” Soal Rais tanpa menghiraukan Cempaka yang sedang memandang ke arahnya.
            “Oh ya, boleh Encik Rais.” Aira kembali menarik dokumen tersebut dan terus menurunkan tandatangannya pada kertas itu tadi. Selesai semuanya Rais terus memasukkan segala dokumen ke dalam beg kerjanya.
            “Okey Cik Aira, terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya. Nanti saya akan call Cik Aira semula tentang penyerahan kunci rumah.” Kata Rais dengan senyuman. Lega bila semuanya hampir selesai. Settle lagi satu kes.
            “Baiklah. Terima kasih Encik Rais sebab dah banyak tolong saya.” Aira turut membalas senyuman Rais.
            “Dah memang kerja saya Cik Aira. Okey lah, saya gerak dulu ye.” Rais sudah bersedia untuk bangun bila Aira menghalang.
            “Apa kata Encik Rais lunch dengan kami hari ni, saya belanja.” Pelawa Aira. Dah alang-alang mereka berada dekat restoran ni sekarang, tak salah rasanya kalau dia ajak Rais lunch bersama dengan dia dan Cempaka.
            “It’s okay Cik Aira, saya dah janji dengan kawan nak lunch dengan dia hari ni.” Rais menolak dengan sopan. “Saya gerak dulu ye.” Aira angguk dalam keterpaksaan. Kalau dah itu kata Rais tak kan dia nak paksa pula. Usai berkata Rais terus berlalu meninggalkan Aira dan Cempaka yang masih terkejut memandang ke arah dia.
CEMPAKA memandang ke arah jam di dinding, lambat pula Opie balik hari ni. Selalunya pukul enam petang dah terpacak dekat rumah. Nak kata sangkut dengan kesesakan lalu lintas, budak tu pergi kerja naik tren kut. Ada kereta buat perhiasan saja dekat rumah ni.
            Bunyi orang sedang membuka kunci membuatkan Cempaka menoleh ke arah pintu rumah yang tertutup rapat. Seketika kemudian terjengul wajah Opie yang keletihan. “Kenapa lambat hari ni babe?”
            Opie berjalan ke arah Cempaka lalu menghempaskan badannya ke atas sofa. “Penatnya Cem...”
            “Kenapa lambat babe?” Soal Cempaka lagi.
            “Kena settle kerja la. Bos aku siap tunggu dekat sebelah kut. Selagi kerja tak siap selagi tu lah tak boleh balik rumah. Melampau betul.” Bebel Opie dengan mata yang hampir tertutup. Hari ni memang dia extra penat sikit. Terkejar ke sana sini pergi site, lepas tu kena masuk mesyuarat pula. Di tambah lagi dengan kerja yang sedia ada, boleh imagine tak betapa sibuknya dia.
            “Apa ke teruk sangat bos kau tu?”
            “Bos baru babe, biasa lah.”
            “Eh, kau dapat bos baru ke? Bila? Siapa? Lelaki ke perempuan.”
            Opie membaling bantal kecil ke arah Cempaka. “Tak padan dengan model muslimah, kepochi!”
            Cempaka ketawa. “Alah, aku kepochi dengan kau je. Kalau dengan orang lain mana ada aku kisah.”
            “Lelaki la babe, tapi cerewet mengalahkan bos perempuan. Baru je masuk kerja minggu lepas, anak bos besar.”
            “Haila, dapat bos anak bos besar. Harus lah kau kena buli Opie. Bertabah lah ye...”
            “Sedang mencuba la ni. Eh kau tak keluar ke hari ni?” Opie bangun dan duduk bersandar pada kerusi. Dah nak dekat maghrib, kalau baring macam tu harus dia tertidur.
            “Aku keluar jumpa dengan Kak Aira tadi. Eh babe, kad nama yang aku bagi dekat kau hari tu kau simpan lagi tak?”
            “Kad nama apa babe?”
            “Ala... yang aku bagi dekat kau sebelum aku pergi Korea hari tu.” Jangan la si Opie ni buang kad tu. Mana lagi dia nak cari nombor Rais kalau betul Opie dah buang. Nak minta dengan Kak Aira macam segan.
            “Ouh... kad tu ke. Ada aku selit dekat mana dah.” Opie memandang kiri dan kanan. Kalau tak silap dia memang dia ada selit dekat sofa ni saja hari tu.
            “Kau selit dekat mana? Kau tak pernah contact ke nombor tu?” Beria Cempaka menyoal. Ye lah, hari tu kan Opie cakap nak call Rais tu, nak berkenlan katanya.
            “Tak lah. Kau ingat aku betul-betul nak berkenalan dengan dia ke?” Soal Opie yang masih menggagau mencari kad nama Rais. “Haa... jumpa pun.” Kad yang terselit di celah sofa dikeluarkan. “Nah...” Kad tersebut dihulurkan kepada Cempaka. “Kau nak buat apa dengan kad tu? Kau nak call dia ke? Amboi, hari tu bukan main lagi action kau kan, tak hingin bagai. Sekarang apa dah jadi babe?” Soal Opie dengan nada menyindir.
            Cempaka menilik kad yang diberikan oleh Opie dan nama Rais dibaca di dalam hati. Kenapa lah dia langsung tak ingat Rais sebelum ni. Ingatkan Rais ni peminat dia ke apa. Perasan betul kau Cem. “Kau nak tahu tak babe, Rais ni sebenarnya classmate aku masa dekat sekolah dulu.”
            “Seriously Cem?” Soal Opie dengan nada tidak percaya.
            “Ya, dan dia bagi aku kad ni sebab dia still ingat aku cuma aku je yang tak ingat dia.”
            “Jadi kau je lah yang perasan yang dia minat dekat kau?”
            Cempaka ketawa sambil menganggukkan kepala. “Perasan gila aku ni kan.”
            “Agak la...” Opie turut ketawa. “So, kau nak cuba contact dia lah ni ye.” Sekali lagi Cempaka angguk. “Masa sekolah dulu korang memang berkawan lah ye?”
            “Classmate kut Opie, tak kan tak kawan pula. Lagi pun, aku dengan dia ada sejarah...”
            “Sejarah apa? Korang pernah couple eh?” Soal Opie tidak sabar.
            Cempaka hanya tersenyum, tidak menjawab soalan Opie.
            “Eh babe, cerita la dekat aku...” Opie bangun dan mula menghimpit Cempaka untuk mendapatkan jawapan.
            “Nanti-nanti lah aku bagi tahu kau.”
            “Alah bagi tahu sekarang pun apa salahnya.”
            Seketika kemudian kedengaran suara azan dari masjid berdekatan. “Haa tu dah azan, pergi lah mandi dan solat dulu. Lepas tu baru aku cerita dekat kau eh.” Cempaka kenyit mata nakal sebelum bangun untuk ke biliknya.
            “Hoi, mengelat...” Opie membalingkan bantal kecil ke arah Cempaka tetapi Cempaka sempat mengelak.

            “Solat dulu babe, story later.” Kata Cempaka dengan sengihan yang melebar. Kad di tangan ditilik lagi sebelum dia berlalu masuk ke dalam bilik tidurnya.

2 comments:

  1. hah best.. tuggu Cem call Rais.. xdelah si Rais angau lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha Rais dah angau teruk dah tu ekeke...terima kasih sudi baca sis :)

      Delete