12 April 2016

Kesayangan Rais Bab 3

ANDRE dan Naqib sedang seronok bergelak ketawa sewaktu Rais masuk ke dalam aprtment mereka. Butang baju kemeja dibuka satu persatu sebelum baju kemajanya iu dilucutkan dari badan. Dengan hanya bersinglet, Rais terus membaringkan badan di atas karpet di tengah ruang tamu apartment mereka.
            “Ni dah kenapa balik rumah terus buat kuak lentang? Tengah mimpi nak pergi berenang ke apa?” Naqib menyoal. Tak pernah-pernah Rais balik rumah macam ni. Selalunya lepak kejap lepas tu terus masuk bilik. Nak buka baju ke, seluar ke semua dia buat dalam bilik dia tu ha.
            “Orang tengah frust tu bang. Jangan diganggu.” Andre menjawab bagi pihak Rais. Kemudian kedengaran Andre ketawa. Cis! Perli dia lah tu.
            “Frust kenapa pula? Kes tak settle?” Soal Naqib lagi. Rais tetap berbaring tanpa ada rasa mahu menjawab soalan kawannya itu. Betul. Dalam hati penuh dengan rasa kecewa sekarang. Penat bekerja dan penat memikirkan si dia yang sudah hilang entah ke mana. Naqib mencuit lengan Andre meminta jawapan bila rais lebih senang berdiam diri.
            Andre pula masih lagi ketawa melihat gelagat Rais. Dekat ofis bukan main serius lagi buat kerja. Bila balik rumah terus hati tisu, teringatkan gadis bertudung merah. Dia langsung tak tahu tentang gadis bertudung merah tu padahal Rais nampak gadis tu sewaktu keluar makan dengan dia tiga minggu lepas. Baru semalam dia tahu, itu pun sebab Rais dah tak sanggup menanggung rasa seorang diri agaknya. Terus diluahkan apa yang dia rasa kepada Andre semalam. Memandangkan Naqib tidak ada di rumah waktu tu, maka Andre seorang saja lah yang menjadi telinga dia semalam.
            Naqib mendengus geram melihat gelagat Rais yang hanya diam dan Andre yang ketawa dari tadi tanpa mahu menjawab soalan daripada dia. “Tahu la korang berdua satu ofis, terus tak nak share cerita dengan aku kan.” Naqib sudah mula berjauh hati.
            “Sejak bertunang ni rapuh betul kau kan Qib. Asyik nak merajuk saja.” Kata Rais tanpa memandang ke arah Naqib.
            “Ah cakap orang. Kau pun sama, jiwa tak kental mana dah sekarang aku tengok. Kau kenapa Rais? Hati lara sangat ni kenapa?” Naqib masih mencuba mengorek rahsia Rais.
            “It’s not easy to get a girl you want. Nak get close to her pun payah.”
            Naqib dan Andre saling berpandangan. “Bunyi macam orang patah hati je bro.”
            Rais baring mengiring dengan tangan kiri menongkat kepala. “Kau tengok aku ni macam mana? Macam orang tak guna ke?”
            “Woo... woo... woo... Kau dah kenapa tanya soalan macam tu?” Naqib memandang Rais pelik. Kenapa dengan kawan dia ni. Nampak lain macam betul malam ni. Tanya soalan yang bukan-bukan pula tu.
            “Kau pernah kena reject tak Qib?” Naqib menggeleng. Rais kembali membaringkan badan dengan mata merenung ke arah siling. “Aku rasa aku dah kena reject secara halus dah ni. It’s been two weeks, tapi dia langsung tak contact aku.”
            “Siapa Rais? Kau ada minat dekat perempuan mana pula ni?” Soal Naqib ingin tahu.
            “Selera besar housemate kita ni bro. Nak yang stok model saja.” Rais membalingkan bantal kecil ke arah Andre.
            “Aku tak tahu pun yang dia dah jadi model sekarang.” Sungguh dia tak tahu. Kan dah lama mereka tak jumpa.
            “Model apa ni? Eh tak faham lah aku. Cuba cerita dekat aku dari awal boleh tak? Member apa macam ni cerita tak nak kongsi.” Naqib sudah mula membebel.
            Rais mengeluh perlahan sebelum mula bercerita. Naqib dan Andre pula hanya diam mendengar walaupun Andre sudah sedia maklum tentang cerita Rais. “Kau jangan nak patah hati cepat sangat la bro. Dia kan model, mana tahu kut dia sibuk ke sekarang. Think positive la.” Naqib cuba memberi semangat kepada Rais.
            “Aku dah cakap dekat dia macam tu Qib, tapi Rais ni tak nak dengar. Layan sangat jiwa lara dia tu. Nasib baik tak effect kerja. Kalau tidak lama dah aku selam dalam kolam dekat bawah tu.” Andre turut mencelah.
            “Mahu tak patah hati, dah lama kut aku cari dia tapi dia langsung tak ingat aku. Contact aku pun tidak.”
            Naqib yang duduk di atas kerusi turun ke bawah dan duduk bersila di sebelah Rais. “Senang cerita kau lupakan saja lah dia tu Rais. Ada ramai lagi perempuan dekat luar sana, kenapa perlu tunggu dia yang tak ingat dekat kau?”
            “Hati aku nak kan dia je.” Rais menoleh ke arah Naqib. “Nak buat macam mana?”
            Naqib terdiam. Teruk juga kawan dia ni. Belum pernah dia jumpa lelaki yang setia dengan crush zaman sekolah macam Rais. Kalau perempuan tu tak ada la dia heran sangat. “Serius cakap Rais, aku tak tahu la nak sedih ke nak gelak sekarang. Kau macam ni kalah orang perempuan dowh.” Tak lama kemudian kedengaran suara Naqib dan Andre ketawa.
            “Kurang asam punya kawan. Dah lah, aku nak masuk mandi.” Rais bangun dari perbaringan dan berlalu ke dalam bilik tidurnya. Spontan terbit senyuman di hujung bibir Rais. Dia sendiri pun rasa nak ketawa dengan diri sendiri. Penyakit apa entah tiba-tiba jadi hati tisu macam ni.
            Naqib dan Andre saling berpandangan sebelum menyambung ketawa. Kena bawak Rais mandi bunga agaknya ni.
             


No comments:

Post a Comment