10 April 2016

Kesayangan Rais Bab 2

KAKI mula melangkah tanpa arah tujuan. Apa yang dia nampak minggu lepas telah membawa dia ke mari lagi pada minggu ini. Kalau Andre dan Naqib tahu, sah mereka akan cakap yang dia dah gila. Gila bayang! Memang dia gila. Gila sebab sanggup ke sini semula untuk mencari wajah yang dia lihat tidak sampai pun lima minit. First time buat kerja gamble macam ni.
            Mata melilau ke sana sini dengan gaya yang cool, konon sedang mencuci mata melihat barangan pada ruang display di setiap butik. Puas berpusing di satu tempat, dia beralih ke tempat yang lain pula sehingga lah kaki mula terasa lenguh dan perut mula minta untuk diisi.
            Sambil menyuap makanan, mata Rais masih mencari bayangan gadis bertudung merah yang dia jumpa minggu lepas. Ah, terlalu ramai orang yang lalu lalang, susah untuk dia mencari satu wajah di dalam berpuluh wajah yang lalu di hadapan dia. Lagi pun, bukan dia seorang yang pakai tudung merah. Plus, she is not gonna wear it forever. Tak kan lah dalam almari dia ada satu warna tudung saja kan. Wake up Rais!
            Badan disandarkan pada kerusi. Perlahan-lahan bibir tercuit senyuman mengenangkan kebodohan sendiri. “Balik nanti jangan gatal buka mulut cerita dekat Andre dan Naqib kalau tak nak kena gelak seminggu.” Bisik Rais sebelum bangun untuk berlalu. Today is not your day Rais. Ternyata ia hanya satu kebetulan.

RAIS duduk di atas bangku sementara menunggu tren untuk ke Wangsa Maju. Hari ini dia memilih untuk menaiki tren sahaja. Malas nak memandu pada waktu hujung minggu macam ni, tambahan pula hanya dia seorang saja. Menyusahkan orang lain pula bila dia dengan sengaja menambahkan bilangan kereta di atas jalan raya pada waktu jalan sesak begini.
            Semakin lama orang semakin ramai. Bila tren tiba nanti pasti dia perlu bersesak dengan orang ramai untuk masuk ke dalam. Tanpa sedar Rais mengeluh perlahan. It’s not orth it. Buat penat badan je. Kalau lepak dekat rumah boleh dah sambung aktiviti membaca yang dah lama dia tinggalkan kerana terlalu sibuk dengan kerja.
            Perasan ada seorang perempuan yang baru melabuhkan duduk di sebelahnya, Rais bergerak ke kanan untuk memberi ruang kepada perempuan itu duduk dengan lebih selesa. Hujung matanya turut mencuri pandang gerangan yang duduk tanpa suara itu. Tanpa sedar mata Rais terus membulat. Rasa macam nak tampar pipi sendiri. Punya la gigih dia menjelajah NU Sentral semata-mata nak mencari gadis yang sudah mencuri hati dia tanpa sedar ini. Alih-alih, dekat sini juga mereka berjumpa. Siap duduk dekat sebelah dia lagi tu.
            “Excuse me!” Tegur Rais.
            Cempaka menoleh ke sisi. Kelihatan seorang lelaki sedang memandang ke arahnya dengan senyuman yang lebar. “Yes?” Cempaka turut bersuara dengan senyuman yang menghiasi bibir.
            “Hai Cempaka Inara.” Rais angkat tangan menyapa. Sungguh dia rasa terlalu gembira sekarang. Jantung juga sudah mula berdegup kencang. Perlahan-lahan tangannya bergerak ke dada kiri, cuba menenangkan tempo jantung yang tidak sekata.
            Senyuman di bibir Cempaka mula pudar. “Mana awak tahu nama saya?” Soal Cempaka dengan ragu. Tadi dia cuba bermanis muka tapi sekarang dah rasa cuak pula. Mana lah tahu kut dia ni stalker ke apa kan.
            “Awak tak kenal siapa saya?”
            Cempaka menggeleng sebelum matanya tertangkap majalah yang dipegang oleh seorang gadis yang duduk di atas bangku belakang Rais. Jelas kelihatan wajah dan namanya tertera pada muka depan majalah tersebut. Cempaka kembali tersenyum. “Ooo... Awak tengok dekat situ eh?” Mulut Cempaka memuncung ke arah majalah yang dipegang oleh gadis tersebut.
            Rais menoleh ke arah yang ditunjukkan. Kenapa muka dia ada dekat majalah tu? Bisik hati kecil Rais. “Err... Urm haah... Tengok dekat situ la tadi.” Jawab Rais dengan gugup membuatkan Cempaka tersenyum kelegaan.
Belum sempat Rais menyambung kata, tren yang ditunggu tiba. Cempaka terus bangun untuk masuk ke dalam tren tetapi sempat dihalang oleh Rais. “Take this.” Rais menghulurkan sekeping kad kepada Cempaka dan tanpa berfikir panjang Cempaka menyambut huluran kad tersebut dan terus berlalu masuk ke dalam tren tersebut. Pintu tren mula tertutup dan Cempaka kembali memandang ke arah Rais yang sedang berdiri di luar. Tanpa teragak-agak Rais mengangkat tangan memberi isyarat supaya Cempaka menghubungi dia nanti. Tetapi Cempaka hanya diam tanpa reaksi.
Rais memandang ke arah tren yang semakin menghilang. “Dia dah tak ingat aku ke?” Kemudian Rais menoleh ke arah bangku kosong di sebelah kanannya. Gadis yang duduk di atas bangku itu tadi telah tertinggal majalah yang dibacanya tadi. Lalu Rais mencapai majalah tersebut. Jelas kelihatan wajah Cempaka yang sedang tersenyum pada muka depan majalah tersebut.
‘Cempaka Inara, Model Busana Muslimah Yang Sentiasa Jelita’
“She is a model?!”

CEMPAKA membaringkan badannya ke atas sofa di tengah ruang tamu rumahnya. Hari yang agak memenatkan bila terpaksa berkejar ke sana sini bagi memenuhi tuntutan kerja. Memilih kerjaya sebagai freelance model memang seronok tetapi sangat mememantkan. Bila diceritakan tentang perkara itu kepada ibunya dengan bersahaja Puan Aishah menjawab, tak ada yang mudah dalam mencari rezeki, memang kena banyak korbankan masa dan tenaga. Ayah dia pula menambah, waktu muda ni kerja kuat sikit bila dah tua nanti hanya perlu tuai apa yang kita tanam di waktu muda ni lah.
            Lilitan shawl pada kepalanya dibuka dan diletakkan di atas meja kopi. Tangan mula menggagau mencari telefon di dalam beg tangan, tetapi lain pula yang dia jumpa. Sekeping kad yang diberikan oleh lelaki yang tidak dikenalinya tadi diteliti. “Nik Rais.” Tanpa sedar bibir menyebut nama yang tertera pada kad tersebut.
            “Kau tengok apa tu babe? Macam nak telan je gayanya.” Sapa Opie yang baru keluar dari arah dapur.
            Cempaka menoleh ke arah teman serumahnya yang melabuhkan duduk berhadapan dengan dia. “Tak keluar hari ni Opie?”
            Opie menggeleng. “Tak ada mood la nak keluar. Kau tengok apa tu?” Sekali lagi Opie menyoal.
            “Ni...” Cempaka menghulurkan kad tersebut kepada Opie.
            “Lawyer? Kau kenapa cari lawyer pula ni? Ada masalah ke?” Dalam banyak-banyak perkataan yang tertera pada kad, yang itu yang dia nampak dulu.
            “Tak lah.”
            “Habis tu?”
            “Aku jumpa dia dekat KL Sentral tadi. Seriously aku tak kenal pun dia siapa babe. Aku duduk dekat sebelah dia masa tunggu tren tadi then dia sebut nama aku. Nama penuh okey. Nasib baik tak sebut nama ayah aku sekali. Terkejut betul aku waktu tu, ingatkan dia stalker ke apa kan. Rupanya dia nampak nama aku dekat majalah yang orang bangku sebelah tu baca.” Cempaka mula bercerita.
            “Ececece... Orang famous la katakan, mesti semua orang kenal. Ye tak?”
            “Takkk....” Cempaka menjulingkan mata ke atas. Tak suka dengan gelaran orang famous yang Opie cakapkan tu.
            “Nik Rais. Handsome tak babe?” Soal Opie penuh minat. Dia pula yang terlebih teruja sekarang. Cempaka menggeleng. “Tak handsome ke tak tahu?” Soal Opie lagi. Jawab dengan gelengan macam tu memang la double meaning.
            “Tak perasan pula handsome ke tak. Aku pandang dia macam tu je tadi.” Cempaka cuba berselindung. Padahal sempat juga la dia tenung muka Encik lawyer yang nama nya Rais tu masa dekat dalam tren tadi. Boleh tahan la...
            “Habis tu dia bagi kau kad ni untuk apa?” Opie menggoyangkan kad nama Rais di hadapan Cempaka.
            “Entah.”
            “Dia nak mengorat kau la ni Cem. Eh, try la contact dia, mana tahu sangkut. Lawyer kut Cem, rugi tau kau terlepas.”
            “Kau jangan nak macam-macam eh Opie. Tak nak lah aku.” Cempaka kembali merebahkan badan ke atas sofa yang didudukinya.
            “Kalau kau tak nak, aku ambik eh Cem.” Acah Opie.
            “Ambik lah Opie, tak yang larang pun.”
            “Serious Cem?”
            “Serious la.”
            Opie sudah tersenyum-senyum. “Okey aku ambik. Lepas ni kau jangan gatal nak minta balik kad ni dengan aku.”
            “Tak hingin.”
            Opie mencebik. “Tahu la ramai peminat...”
            Cempaka ketawa. “Tak payah nak merepek ye. Kau pun tahu kenapa aku tak berminat dengan benda ni semua. Dah lah Opie, aku nak masuk mandi lah. Badan dah melekit betul dah ni.” Cempaka bangun untuk berlalu ke dalam biliknya. “Oh ya, sebelum aku terlupa aku nak bagi tahu kau yang lusa aku kena pergi Korea.”
            “Again?”
            Cempaka angguk. “Spring kan sekarang dcekat sana. Cantik tau kalau buat photoshoot. Itu yang semua butik berebut nak buat photoshoot new collection dekat sana.” Usai berkata Cempaka terus berlalu ke dalam biliknya.
            “Nak ikut!”

            “Boleh. Nanti bayar sendiri.” Jerit Cempaka dari dalam biliknya.

No comments:

Post a Comment