9 April 2016

Kesayangan Rais Bab 1

BAB 1
TANGAN Rais bergerak laju di atas papan kekunci dengan mata yang menghala ke arah skrin komputer. Satu persatu perkataan muncul pada skrin. Semakin lama semakin laju jari jemari dia bergerak ke sana sini. Workaholic? No! Kejar deadline? Yes!
            “Tak siap lagi Rais?” Andre menjengahkan kepala ke dalam bilik pejabat Rais.
            “Not yet Andre. Give me half an hour.” Jawab Rais tanpa memandang ke arah Andre yang sedang berdiri di sebalik pintu.
            Andre melangkah masuk ke dalam bilik Rais dan membaringkan badannya ke atas sofa di tengah ruang bilik. “Aku dah lapar la bro.”
            “Merungut mengalahkan budak-budak la kau ni. Itu la, aku tak bagi ikut kau nak ikut juga, lepas tu asyik membebel je. Aku nak buat kerja pun tak senang.” Tangan Rais masih sibuk menekan papan kekunci walaupun mulut dia tidak berhenti membebel.
            Andre tergelak. “Yang kau membebel tu dah kenapa?”
            “Ask yourself la.” Jawab Rais tanpa nada. Dia nak fokus dekat kerja pun susah bila Andre asyik berbunyi saja. Perjanjian jual beli yang sedang dia siapkan masih berbaki beberapa muka surat. Malas betul nak hadap benda bila asyik kena amend je. Macam mana entah description of property boleh tak sama pula dengan S&P dan valuation report. Benda ni semua dah la ada due date pula. Memang terkejar-kejar la dia nak siapkan semua ni dalam satu masa.
            “Tak sangka aku ada kawan workaholic macam kau.” Andre mengusik.
            Rais menoleh ke arah Andre yang sedang baring di atas sofa di dalam biliknya. “Yang kau tu, tak ada kerja ke nak buat? Why not sambil tunggu aku siapkan semua ni kau pergi belek mana-mana fail yang masih belum settle dekat dalam bilik kau tu.” Rais menghalau secara halus. Kalau layan Andre bercakap, sah kerja dia tak akan siap dalam masa setengah jam lagi. Kena tambah lagi dua jam agaknya.
            Andre angkat kepala. “Aik... menghalau nampak.” Kepala kembali dijatuhkan dan mata kembali memandang siling di atas. “Kerja aku dah settle lah, tinggal nak jumpa client hari isnin nanti je. Yang lain tak perlukan tindakan yang segera kut. So, rileks la.”
            Rais menyandarkan badan ke kerusi. “Kenapa aku rasa macam aku je yang ada banyak kerja dekat ofis ni.” Tanpa sedar Rais mengeluh perlahan. Sungguh la rasa dua puluh empat jam tujuh hari seminggu tu tak cukup terkejar ke sana ke mari. Siapa yang cakap kerja lawyer conveyancing ni mudah memang nak kena pelangkung dengan penyapu agaknya. Minta gantikan dia sehari, boleh?
            Pantas Andre bangun dan memandang ke arah Rais. “Because you are the best lawyer in town la. Lagi mau tanya ka.”
            Rais ketawa sambil menggelengkan kepala. “Jauh lagi nak capai title tu bro. Banyak lagi yang aku kena belajar.” Rais angkat bahu. “Mungkin rezeki aku juga kut. Dalam quran pun ada cakap, maka sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan.”
            Andre angguk setuju. “Al Insyirah ayat lima.” Sambung Andre dan masing-masing hanya diam sebelum Andre membalingkan kertas yang digumpal menjadi bentuk bulat ke arah Rais. “Sambung la buat kerja kau tu. Termenung macam tu bilanya nak siap.”
            Tersentak Rais dibuatnya. “Mana dapat kertas tu?”
            Andre memuncung ke arah bakul sampah kecil yang terletak berhampiran dengan tempat duduknya. Penuh satu bakul dengan kertas yang dikeronyok. Entah apa la yang Rais buat dengan kertas tu semua. Mengalahkan orang mengarang surat cinta. Selalunya orang yang tulis surat cinta lah kan yang suka buat kertas macam tu.
            Rais memandang ke arah bakul sampah yang penuh dengan kertas itu. Sekali lagi dia mengeluh perlahan. Lupa pula nak minta tolong Kak Yam, tukang cuci pejabat tolong buangkan semalam. Apa saja lah yang kau ingat Rais oiii.... Tangan kembali bergerak di atas papan kekunci dan mata ditalakan ke arah skrin komputer semula. “Lepas ni aku belanja kau makan dekat NU Sentral. Upah sebab teman aku buat kerja hujung minggu macam ni. Kata Rais tanpa memandang ke arah Andre.
            “Itu yang aku nak dengar tu.” Jawab Sahabatnya itu sebelum kembali berbaring di atas sofa dengan senyuman melebar. Dalam banyak-banyak tempat dekat NU Sentral juga yang Rais nak belanja dia makan. Ikut saja lah...

ANDRE memilih untuk makan di Teh Tarik Place memandangkan restoran tersebut dekat dengan main entrance. Malas nak jalan jauh katanya dan Rais bersetuju saja dengan pilihan rakannya itu.  Selesai membuat pesanan, masing-masing hanya diam sambil scroll telefon masing-masing. Antisocial? Kinda!
            “Aku tak faham betul la jenis yang buat group dekat Whatsapp tapi bersembang dua orang tu je. Lebih baik kau Whatsapp private je kan, tak payah la masuk dekat group.” Suara Andre memecah kesunyian.
            Rais angkat kepala. “Kau kenapa?”
            “Ni ha...” Andre menghulurkan telefonnya kepada Rais. “Bukan main buat group bagai, nak buat jejak kasih katanya. Tapi yang duk bersembang dekat group tu dua orang saja lah, yang lain diam.”
            Rais menilik telefon di tangan Andre. “Habis tu kenapa kau tak join diorang bersembang?”
            “Topik pasal nak pasang bini nombor dua bro. Aku ni satu pun tak ada, nak pasang dua macam mana.”
            Rais ketawa mendengar jawapan Andre. Kawan dia ni muka dah macho dah, tapi awek tak ada. Kesian... Ah cakap orang, dia pun sama. Sampai sekarang single and available. “Habis tu kawan-kawan kau yang lain tak kan tak ada sorang pun yang join diorang sembang.”
            “Isu sensitif macam ni, siapa je yang nak masuk campur. Masing-masing dah malas nak melayan lah tu. Terlebih merenyam kut budak berdua ni. Aku rasa yang perempuan semua tu tengah bengkek je dengan diorang. Bukan main seronok lagi nak pasang dua ni ha.” Andre tergelak di hujung kata.
            “Group apa tu Andre?”
            “Group sekolah aku dulu.” Jawab Andre sebelum meletakkan telefon di atas meja. Bosan dah nak melayan mesej Whatsapp yang entah apa-apa tu. “Rais, kau tak teringin ke nak bercinta macam orang lain?”
            Kening Rais bertaut di tengah. “Why so random?”
            “Tak ada lah... Aku tengok kawan-kawan yang baya kita semua dah kahwin, siap ada anak lagi ha. Naqib tu pun tak lama lagi dah nak bertunang dah. Tunang kejap lepas tu kahwin lah tu.”
            Rais diam. Bercinta macam orang lain? Tipu lah kalau cakap dia tak nak, tak teringin langsung. Tapi nak jumpa yang berkenan di hati tu yang payah. Dah jumpa tapi dah hilang pula. Dah jumpa tapi tak berkenan pula. Dah jumpa tapi tak bertahan lama pula. Habis tu dia nak buat macam mana? “Tanya aku pula. Kau tu? Tak kan tak teringin kut?”
            “Aku?” Andre menunding jari ke arah diri sendiri dan kemudian dia ketawa. “Aku suka life macam ni, tak terikat dengan sesiapa. Boleh buat apa yang aku nak, boleh pergi mana yang aku suka tanpa perlu fikirkan tentang orang lain. Tanpa perlu fikirkan tentang orang yang aku cinta to be precise.” Jelas Andre.
            Perinsip dia ternyata berbeza dengan Andre. Kawannya itu jelas tidak sukakan komitmen. Tapi bagi dia dengan adanya komitmen hidup dia akan menjadi lebih tersusun kerana hala tuju kehidupan dia akan lebih jelas. Bagi dia, komitmen bukan lah sesuatu yang membebankan. “I think it’s time for me to settle down. Tahun depan dah nak masuk tiga puluh tahun. Dah sesuai sangat dah ni kalau aku kahwin.”
            Andre kelihatan terkejut dengan kata-kata Rais. “Kau dah ada calon?”
            Rais menggeleng dan Andre mengeluh perlahan. “Habis tu nak kahwin macam mana? Jangan cakap yang kau nak suruh mak kau carikan pula.”
            Rais tergelak. “Aku nak cari sendiri la. Aku akan cari, sampai aku jumpa...” Bisik Rais di hujung kata dan Rais mula tenggelam dalam memori silam. Wajah yang telah lama hilang dari pandangan mata tetapi langsung tidak luput di ingatan. Awak dekat mana sekarang? Bisik hati kecil Rais. Rais tersedar dari lamunan yang jauh bila mendengar suara Andre yang sedang ketawa. “Kenapa kau gelak?” Soalnya dengan kerutan di dahi. Dia ada buat lawak ke tadi?
            “Kau ingat nak cari bini macam cari sayur dekat pasar ke bro? Beria kau eh nak cari sendiri.”
            Rais turut ketawa akhirnya. “Memang la tak senang tapi aku tak nak lah kahwin dengan pilihan mak aku. Cari sendiri as in meet a girl, be friend with her then kalau boleh proceed ke stage seterusnya aku proceed la. Kalau tak, just keep on searching until I meet the real one for me.
            “Main proceed pula dah.” Andre menggeleng dengan ketawa yang masih bersisa. “Girl is complicated la bro. Diri aku sendiri pun aku susah nak faham ini kan pula nak faham diorang. I’m better off.” Sekali lagi Andre menggeleng.
            “Naa... They are not complicated, they’re just different from us. Itu je.” Rais tarik senyum lebar.
            “Yang kau senyum macam orang tengah angau ni dah kenapa? Ke kau dah berkenan dekat sesiapa ni?” Andre merapatkan badan ke meja, cuba mencungkil rahsia Rais.
            Belakang leher diusap perlahan dengan senyuman yang masih melebar. “Aku belum jumpa dia Andre dan aku tak tahu pun dia dekat mana sekarang.”
            “Apa maksud kau?”

            Rais angkat bahu tanpa menjawab soalan Andre dan tanpa dia sedari pandangan matanya tertangkap satu figura yang sedang berjalan masuk ke dalam NU Sentral. Suratan atau kebetulan?

4 comments:

  1. Replies
    1. buah hati zaman sekolah hehehe....terima kasih sudi baca sis :)

      Delete
  2. Kak nak beli. Cari kat mph xde. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde kat kedai buku sayang, untuk jualan online dan kat pesta buku sahaja. kalau nak boleh pm penerbitan Lovenovel II sbb stok dgn akak dah habis 😊

      Delete