22 February 2016

Ivy Raihana Bab 16

Bab terakhir dekat blog. Nanti kita akan update dekat group jajaneverendingstory dan group yang berkenaan sahaja. Happy reading guys!

*******************


BAB 16
SETELAH siap berkemas, Fayed bersedia untuk pulang. Tiap-tiap hari adalah hari yang memenatkan bagi Fayed tetapi dia terima semuanya kerana sudah memang tugas dia begitu. Perlu berhadapan dengan bermacam ragam manusia. Beg galas disangkut ke bahu dan lengan baju kemeja dilipat hingga ke siku. Belum sempat dia melangkah keluar, namanya dipanggil Ridhuan.
            “Ada apa Wan?”
            “Kau dah nak balik ke Yed?” Soal Ridhuan yang berdiri di sebelahnya.
            “Ye la, dah habis waktu kerja kut. Tak rajin aku nak stay dekat sini.” Fayed ketawa dengan kata-katanya sendiri.
            “Minum dulu jom. Aku nak bagi kau something la.”
            “Kau nak bagi apa?”
            “Dekat kafe la, sambil minum-minum.” Ajak Ridhuan lagi.
            “Okey jom.” Fayed bersetuju dengan ajakan Ridhuan. Balik awal pun bukan ada apa nak buat.

RIDHUAN menghulurkan sekeping kad undangan perkahwinan kepada Fayed. Kad berwarna silver bercorak kerawang emas. Sangat cantik, seperti corak melayu lama.
            “Kad siapa ni Wan?” Soal Fayed sambil menyambut huluran Ridhuan.
            “Dah terang-terang nama aku dekat situ, aku la yang nak kahwin Yed oii...” Ridhuan tersenyum.
            “Seriously?” Soal Fayed tidak percaya. “Kau ada awek ke? Aku tak tahu pun Wan.” Kad undangan dibuka dan dibaca satu-persatu. Tak sangka betul yang Ridhuan dah nak kahwin. Setahu dia Ridhuan tak ada kekasih, tunang jauh sekali.
            Ridhuan gelak. “Aku mana ada awek.”
            “Dah tu, kau nak kahwin dengan siapa ni? Kau jangan macam-macam Wan.” Fayed menarik minumannya dan menyisip perlahan.
            “Kau tu jangan nak macam-macam sangat Yed.” Sekali lagi Ridhuan tergelak. Dah dapat agak apa yang Fayed fikirkan. “Aku kahwin dengan pilihan keluarga Yed. Mak aku yang pilihkan bakal isteri aku ni.” Jelas Ridhuan yang duduk bersandar santai pada kerusi.
            “Kau nak kahwin dengan pilihan keluarga? Boleh pula kau.” Kebanyakan kawan dia semuanya kahwin dengan pilihan sendiri. Belum ada kenalan dia yang berkahwin dengan pilihan keluarga, Ridhuan yang pertama. Tapi dia pernah juga lah dengar cerita tentang lelaki yang berkahwin dengan pilihan keluarga macam Ridhuan ni. Ada yang gembira dan ada yang berakhir dengan penceraian.
            “Kenapa tak boleh pula Yed?”
            Fayed angkat bahu. “Selalunya lelaki kan lebih suka kahwin dengan pilihan sendiri. Kau bukan macam tu ke Wan?”
            Tercuit senyuman di hujung bibir Ridhuan. “Kau macam tu ke? Kau rasa kau akan bahagia tak dengan pilihan kau tu nanti?” Soal Ridhuan kembali.
            Fayed tersentak mendengar soalan daripada Ridhuan. Sejujurnya dia hanya bahagia untuk seketika. Lihat saja apa yang sudah jadi dengan dia sekarang. “Bergantung pada pasangan itu sendiri Wan sama ada mereka memilih untuk hidup bahagia dengan pilihan hati mereka atau tidak.”
            Ridhuan angguk. “Aku setuju dengan kau Yed. Dan aku memilih untuk hidup bahagia dengan pilihan keluarga, pilihan mak aku. Kan kita dah selalu dengar, Allah akan redha jika kedua ibu bapa kita redha dengan kita. Aku nak redha Allah jadi aku mesti dapatkan redha kedua ibu bapa aku.”
            Fayed diam. Cuba menghadam kata-kata Ridhuan. Pilihan dia sama dengan pilihan kedua ibu bapanya. Tetapi kenapa akhirnya begini juga cerita cinta dia dengan Lidiya. “Wan aku tanya kau jangan marah ye.”
            “Apa dia?”
            “What if kau dengan wife kau tak bahagia nanti...”
            “Apa ni Yed. Aku belum lagi kahwin dengan dia, kau dah tanya macam ni.” Potong Ridhuan. Dia baru nak membina bahagia, tapi Fayed sudah soal dia yang sebaliknya. Kecut perut, kecut hati tiba-tiba. Bimbang ‘what if’ Fayed jadi realiti nanti.
            “Rileks Wan. Aku bukan nak doakan yang tak elok untuk kau dengan bakal kau. Aku cuma nak tahu apa yang kau akan lakukan kalau kau terpaksa hadap benda tu nanti. Apa yang kau akan lakukan kalau kau tak bahagia. Kita kan perlu sentiasa ada back up plan walau dalam apa situasi sekali pun.” Jelas Fayed. Dia langsung tidak bermaksud untuk mendoakan yang tidak elok untuk kawannya itu. Dia cuma mahu tahu perancangan Ridhuan sahaja. Mungkin boleh dijadikan panduan untuk dia merancang hidup dia nanti.
            Ridhuan berdehem seketika. Soal yang bukan-bukan lagi, tak pasal dia dah salah sangka. “Yang utama, aku akan berusaha semampu aku untuk hidup bahagia dengan isteri aku nanti. Kalau dia tak bahagia, aku akan cuba bahagiakan dia. Kau pun tahu kan, nikah kahwin bukan perkara main-main. Bila aku kahwin dengan dia bermakna aku dah ambil alih tanggungjawab kedua ibu bapa isteri aku tu. Jadi aku harus bertanggung jawab di atas segalanya seperti makan dan pakai dia, kesihatan dia, kegembiraan dia dan agamanya.” Ridhuan diam sebelum kembali menyambung bicara. “Jadi Yed, sejujurnya aku langsung tidak terfikir tentang back up plan yang kau cakapkan tu sebab sekarang fokus aku hanya lah untuk hidup bahagia bersama pasangan aku.”
            Fayed mengeluh perlahan. Dulu dia langsung tidak memikirkan tentang apa yang Ridhuan katakan tadi. Tanggung jawab. Yang dia tahu hanya lah ingin bercinta dengan Lidiya dengan cara yang halal. Begitu juga dengan Lidiya, memilih untuk mengahwini dia hanya sekadar untuk menghalalkan hubungan mereka. Mungkin itu adalah sebab kenapa Lidiya beralih arah pada yang lain dan akhirnya mereka berpisah.
            “Kau kenapa Yed? Macam ada masalah saja.” Tegur Ridhuan setelah Fayed lama berdiam diri.
            “Aku tak pernah faham tentang tanggung jawab seperti yang kau cakapkan. Mungkin sebab tu aku dengan Lidiya akhirnya berpisah.” Jawab Fayed perlahan.
            “Lidiya who?” Soal Ridhuan dengan kerutan di dahi. Belum pernah dia dengar nama Lidiya disebut Fayed sebelum ini.
            “My ex wife.”
            “What?!” Terjerit Ridhuan mendengar jawapan Fayed. Orang meja sebelah dah mula pandang-pandang.
            “Aku pernah berkahwin Wan.” Kata Fayed perlahan.
            “Bila?”
            “Empat tahun lepas, sebelum aku ke luar negara untuk sambung belajar.” Fayed mengeluh perlahan setelah usai berkata. Kejadian empat tahun lepas kembali bermain di fikirannya. Saat dia pertama kali jatuh cinta, saat pertama kali cintanya disambut Lidiya, saat kedua ibu bapa mereka menerima dengan gembira cadangan mereka untuk berkahwin dan saat pertama kali dia melafazkan akad. Semuanya nampak indah. Dia sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hubungan yang dibina dengan keindahan dan kegembiraan akhirnya putus di tengah jalan.
            “Macam mana? Maksud aku, macam mana kau boleh berkahwin diusia muda macam tu? And what happened now? Kenapa kau berdua bercerai? Siapa bekas isteri kau tu?” Bertalu-talu soalan Ridhuan lontarkan.
            Fayed memandang kawannya dengan wajah tanpa riak. “Panjang ceritanya Wan...” Sejarah lama dibuka kembali. Hanya kepada Ridhuan dia menceritakan segalanya selain daripada ahli keluarganya.
            Ridhuan menggelengkan kepala. Rasa tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. Tetapi tidak mungkin Fayed mahu menipu tentang perkara sebegini. “So, kau macam mana sekarang? Dah dapat lupakan dia?”
            “Tipu la Wan kalau aku cakap aku dah lupakan dia. Kenangan sewaktu kami bersama masih segar dalam ingatan aku ni Wan, walaupun perkara tu sudah lama terjadi. Tapi yang satu ni aku tak tipu...”
            “Apa?”
            “Rasa cinta, kasih dan sayang aku untuk dia sudah lama mati. Sejak dia memilih untuk berpisah dengan aku.”
            Ridhuan merenung raut wajah Fayed. Walaupun nampak biasa saja, tapi dia tahu yang Fayed menanggung rasa sedih yang maha hebat. Kalau dengar pada cerita yang Fayed sampaikan, dia dapat agak yang Fayed terlalu cintakan bekas isterinya itu. “Kau yakin yang kau dah tak cintakan dia?”
            Tanpa teragak-agak Fayed angguk.
            “Kau pasti ke Yed? Aku takut rasa yakin kau tu sementara saja. Bila dia ada depan mata, hati kau menggedik lagi nak kan dia.”
            Fayed tergelak mendengar kata-kata Ridhuan. Boleh tahan juga ayat kawan dia tu. “Aku pasti Wan. Mana mungkin aku mampu simpan rasa cinta aku untuk perempuan macam tu.”
            Ridhuan hanya menganggukkan kepala. “Bagus la kalau kau fikir macam tu. Aku tak rasa dia layak untuk mendapat cinta kau Yed. Mungkin ada yang lebih layak di luar sana. Kau sabar lah Yed, aku pasti ada seseorang yang lebih berharga dan mampu membahagiakan kau sedang menunggu kau dekat luar sana. Aku pasti.” Kata Ridhuan dengan penuh yakin.
            “Entah lah Wan. Mungkin aku belum cukup baik, sebab itu lah tuhan beri ujian macam ni pada aku. Mungkin sebagai isyarat untuk aku berubah.”
            “So, apa yang kau nak lakukan lepas ni? Cari cinta baru?” Ridhuan bercanda. Mahu menghilangkan rasa kecewa di hati Fayed.
            “Entah lah Wan...” Fayed angkat bahu tanda tidak tahu. “Aku tengah pening fikirkan tentang rancangan babah aku ni Wan.”
            “Rancangan apa pula? Babah kau nak kahwinkan kau dengan anak kawan dia ke?” Teka Ridhuan.
            Fayed angguk. “Dan calonnya adalah orang yang sama.”
            “Orang sama? Maksud kau?”
            Fayed menarik menafas dalam. Rasa tidak cukup bekalan oksigen dalam dada tiap kali berbicara tentang Lidiya. “Babah aku nak aku nikah dengan Lidiya.” Ridhuan terdiam. “Yang lebih teruk, adik Lidiya pula sukakan aku. Aku pun tak tahu sejak bila budak tu jadi macam tu.”
            “Kenapa kompleks sangat life kau ni Yed?”
            “Macam yang aku cakap tadi lah Wan, ujian yang tuhan bagi dekat aku untuk aku berubah menjadi lebih baik.” Jawab Fayed mudah. Tercuit senyuman di hujung bibir. Kusut betul memikirkan tentang masalah yang satu ini. Tetapi bila terfikir yang ini semua adalah ujian dari Nya, dia cuba untuk melapangkan dada menerima semuanya.
            “Habis tu, kau nak buat apa Yed? Terima cadangan babah kau just like that?” Jatuh kesian pula Ridhuan rasa bila mendengar masalah Fayed. Patut lah kawan dia ni lebih suka bersendiri. Sedang menanggung masalah hati rupanya.
            “Aku tak akan terima cadangan babah aku tu. Dan aku tak akan sekali-kali terima cinta bekas adik ipar aku. Rasa cinta untuk mereka langsung tak ada Wan. Tak mungkin aku mampu untuk hidup bersama Lidiya semula. Kalau dah Lidiya yang pernah aku cinta pun aku tak mampu nak terima, apatah lagi adik dia yang aku hanya anggap seperti adik aku sendiri. Ini semua mengarut tau Wan.” Jawab Fayed dengan tegas. Sudah di tanam di dalam hati yang dia tidak akan menerima anak-anak Tuan Luqman untuk menjadi penghuni hati dia. Cukup lah sekali.
            “Bagus la kalau macam tu. Aku bukan apa. Aku macam dah boleh agak yang banyak masalah akan timbul kalau kau terima salah seorang daripada mereka. Tak payah aku cakap, rasanya kau sendiri pun dah boleh agak kan?”
            Fayed angguk. Memang dia juga sudah fikir tentang itu semua. “Sebab tu dua-dua aku tak nak Wan. Dah la, cakap pasal ni sampai bila-bila pun tak habis. Bila majlis kau ni Wan?” Fayed membelek semula kad undangan yang Ridhuan berikan tadi.
            “Bulan depan. Jadi pengapit aku nak tak?” Pelawa Ridhuan. Dia pun masih belum ada pengapit lagi ni.
            “Buat kelakar ke? Tak nak lah aku. Karang orang ingat aku pula pengantin.” Mencebik dan kemudian dia tersenyum.
            “Kenapa pula?”
            “Sebab aku kacak sangat.” Jawab Fayed selamba.
            “Phuii... poyo lah kau.”
            Pecah ketawa mereka berdua. Ringan sedikit fikiran setelah bercerita dengan Ridhuan. Kalau tahu macam ni, dari awal lagi dia berkongsi masalah dia dengan sahabatnya itu.
FAYED mengintai-ngintai cermin hadapan tetapi bayang ros kuning langsung tidak kelihatan. Begitu juga semalam. Beria dia berjalan ke arah keretanya setelah tamat waktu kerja. Tapi apa yang dicari langsung tiada. Kecewa? Tak lah. Cuma pelik. Kenapa orang tu tiba-tiba berhenti bagi dia bunga? Belum sempat dia mengendap, orang tu terlebih dahulu menghilangkan diri.   “Ayed!” Tegur satu suara dari belakang.
            Pantas Fayed menoleh. Makin jelas kelihatan kerutan di dahinya. Apa pula la yang budak ni buat dekat sini.
            “Hai Ayed!” Leona tersenyum lebar di hadapan Fayed.
            “Buat apa dekat sini?” Soal Fayed dengan nada kurang senang.
            “Datang nak jumpa Ayed la, nak buat apa lagi.”
            “Nak jumpa kenapa?”
            “Ish, kenapa yang banyak tanya sangat ni?” Bentak Leona. Dia bukan main teruja lagi datang ke sini untuk berjumpa Fayed, tapi sebaliknya pula bagi Fayed.
            “Ayed dah nak balik la.” Dengan malas Fayed bersuara. Alarm kereta ditekan kemudian pintu di bahagian pemandu dibuka.
            “Cepatnya nak balik. Jom teman Leona minum, nak tak?” Leona memgang lengan Fayed tanpa segan.
            “Hand off Leona.” Nada suara Fayed bertukar tegas.
Pandangan tajam Fayed membuatkan Leona sedikit kaget. Entah apa yang tidak kena dengan Fayed hari ni. Asyik nak marah saja. Perlahan-lahan tangannya melepaskan lengan Fayed. “Ayed ni kenapa? Asyik nak marah saja. Tak suka Leona datang sini ke?”
“Yes. Sini tempat kerja Ayed. Ayed tak suka Leona terjah Ayed macam ni.”
“Tapi sekarang kan dah habis waktu kerja. Jadi, tak salah kan kalau Leona datang jumpa Ayed.”
            Fayed mendengus perlahan. Pintu kereta dihempas dengan kuat dan tangannya naik mencekak pinggang. “Leona nak apa sebenarnya?” Soal Fayed dengan nada tertahan.
            “We need to talk Ayed.”
            “About?”
            “About us. About you and kakak.”
            Sekali lagi Fayed mendegus dan kali ini sedikit kasar. Dia memang dah agak yang Leona datang sebab hal itu. “Kenapa dengan kita? Kenapa dengan Ayed dan kakak? Kenapa?” Soal Fayed bertalu-talu.
            “Lets talk about this somewhere else.” Sekali lagi Leona menarik lengan Fayed.
            “No! Kalau nak cakap, cakap dekat sini je. Ayed tak ada masa nak ke sana ke mari.” Tegas Fayed.
            “Okay fine!” Leona angkat tangan gaya surrender. “Leona nak cakap yang Ayed dengan kakak tak boleh back together again.”
            “Why?” Soal Fayed gaya mencabar.
            “Ayed! Tak kan lah Ayed nak terima orang macam kakak tu?” Soal Leona dengan nada tidak percaya. Tak kan lah Fayed setuju dengan cadangan babah dan papa.
            “Orang macam kakak? What kind of ‘orang’ she is?” Soal Fayed dengan nada yang sama.
            “She left you because of other guy Ayed. Yet you still want her back? Seriously Ayed?” Rasa nak menjerit sekarang juga. Biar betul Fayed ni.
            “Kalau Ayed kembali pada Lidiya pun, apa masalah Leona?” Sengaja Fayed tanya macam tu, nak dengar Leona jawab apa.
            “Sebab Leona... sebab... Leona...se...” Leona mula tergagap-gagap. Tidak pasti sama ada dia patut berterus terang tentang perasaan dia terhadap Fayed atau tidak.
            “Sebab Leona sukakan Ayed kan?” Terjah Fayed.
            Mata Leona terbuka luas. “Macam mana Ayed...”
            “Macam mana Ayed tahu?” Potong Fayed. “Dah la Leona, Ayed dah penat nak layan hal Leona dengan kakak Leona tu. Untuk pengetahuan Leona, Ayed tak akan kembali pada Lidiya dan Ayed sama sekali tidak akan terima Leona di dalam hidup Ayed. Faham?”
            “But Ayed...”
            “No but! I’m done with all this crap. Now move, Ayed nak balik. Ayed penat tahu tak.” Marah Fayed.
            “Ayed wait! Listen to me first, please...” Lengan Fayed dirangkul bagi menghalang Fayed daripada berlalu.
            “Lepas la Leona!” Jerkah Fayed sambil menarik lengannya yang dipeluk Leona. Matanya mula melilau sekeliling. Bimbang kalau ada mata yang memerhati.
            “No! Ayed kena dengar dulu apa yang Leona nak cakap.” Semakin kuat Fayed menarik, semakin kemas rangkulannya pada lengan Fayed.
            “Ayed dah tak nak dengar apa-apa lagi dah. Lebih baik Leona balik sekarang sebelum Ayed call Papa Luq.” Ugut Fayed.
            Dengar saja nama papanya disebut, perlahan-lahan Leona melepaskan pelukan pada lengan Fayed. Dia tak nak bergaduh dengan papanya. Not now. Tanpa membuang masa, Fayed masuk ke dalam kereta dan berlalu meninggalkan Leona yang hanya berdiri memandang kereta Fayed berlalu pergi. Tangan mula meraba telefon di dalam beg. Nombor telefon Fatin ditekan.
            “Tin! Kau bagi tahu Ayed eh apa yang aku cakap dekat kau hari tu?” Soal Leona terburu-buru setelah Fatin menjawab panggilan darinya.
            “Apa kau ni Leona. Salam mana salam?” Soal Fatin pula. Kurang senang bila Leona main terjah macam tu.
            “Kau tak payah nak banyak cakap la Tin. Jawab je soalan aku tadi.” Marah Leona. Dia tak ada masa nak berbasi bagai dengan Fatin. Apa yang dia tahu, hati dia ni sikit lagi nak meletup akibat menahan rasa diperlakukan sebegitu oleh Fayed.
            “Ye, aku bagi tahu Ayed. Kenapa?” Soal Fatin polos.
            “Bodoh la kau. Yang kau bagi tahu Ayed tu dah kenapa? Kan aku dah cakap yang aku akan cakap sendiri dekat Ayed nanti.” Bertambah-tambah marah Leona bila mendengar jawapan Fatin.
            “Eh kau, sesuka hati je bodoh kan aku ye. Kau ingat kau tu cerdik sangat? Yang kau sukakan abang tu dah kenapa? Macam dah tak ada lelaki lain dekat luar sana. Bekas kakak kau juga yang kau nak.” Balas Fatin tanpa rasa bersalah. Dia ni nampak saja lembut, tapi mulut boleh tahan juga. Itu pun kalau bercakap dengan orang yang kurang ajar macam si Leona ni lah.
            Semakin merah muka Leona akibat menahan marah. Kalau disimpan, agaknya boleh dapat penyakit hypertension dia nanti. “Kau! Suka hati aku lah nak sukakan siapa pun. Yang kau sibuk kenapa?”
            “Eh, aku tak ingin pun nak sibuk hal kau lah. Kau juga yang cari aku dan cerita dekat aku tentang semua ni. Salah kau la. Yang kau nak marah aku kenapa?!” Pap! Fatin memutuskan panggilan.
            “Tak guna punya perempuan!” Jerit Leona sekuat hati. Keadaan sekeliling semakin gelap menandakan hari menghampiri waktu maghrib. Dekat nak maghrib masih terpekik terlolong dekat luar. Elok sangat lah tu.


           
           

           
           
           
             



10 comments:

  1. alaaaaaa takde ivy ke dalam last bab ni huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe nnt kita update dekat group dear :)

      Delete
  2. Camna nak join grp lagi satu.? Tengah hot ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. bleh request group jajaneverendingstory sis...nnt kita approve :)

      Delete
    2. tks... dah request under azizah rahman

      Delete
    3. tks... dah request under azizah rahman

      Delete
  3. Ala update la kt cini jugak,den xdok fb

    ReplyDelete
  4. sis dah request joint the group under hamidah zainal

    ReplyDelete