20 February 2016

Ivy Raihana Bab 15

BAB 15
“BUAT apa dekat sini?” Soal Fayed lagi dengan kaki mula melangkah menhampiri Ivy, Puan Fadilah dan Fatin. Matanya pula hanya terarah pada Ivy sahaja. Ivy kaget. Tak tahu nak jawab ke tidak pertanyaan Fayed itu. Kalau jawab, nak jawab apa?
            “Saya tanya awak cik kak minawel.” Suara Fayed kedengaran tegas.
            “Fayed!”
            “Ayed!”
            Puan Fadilah dan Fatin bersuara serentak. Terkejut dengan kata-kata Fayed. Puan Fadilah memandang ke arah Fayed dan Ivy silih berganti. Dah kenal lama ke budak berdua ni? Fatin pula memandang ke arah Puan Fadilah dengan persoalan yang sama.
            Ivy bangun berdiri memandang ke arah Fayed dengan mata yang tajam. Hilang sudah rasa kaget, diganti pula dengan rasa membahang. Gelaran apa pula yang Fayed bagi dekat dia hari ni. “What did you call me?” Soal Ivy dengan nada tertahan.
            Fayed terdiam. Baru tersedar yang dia tersasul memanggil Ivy dengan nama minawel. Tangannya mula naik mengusap belakang leher. Ivy menarik nafas dalam. Memang silap besar dia datang ke sini hari ini.
            “Acik Fad, Ivy balik dulu.” Ivy menarik tangan Puan Fadilah untuk bersalam. Kemudian dia bersalam dengan Fatin pula. “Terima kasih sebab hidangkan akak air. Akak balik dulu Tin.” Usai berkata, Ivy melangkah ke arah pintu yang terbuka luas. Puan Fadilah dan Fatin pula hanya diam memandang. Langsung tidak terkeluar suara dari mulut masing-masing.
            “Cik kak wait.” Kata Fayed yang mengejar Ivy dari belakang.
            Ivy yang sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumah menoleh ke arah Fayed. “Ivy. Nama saya Ivy.” Ivy bersuara perlahan sebelum kembali melangkah ke keretanya.
            Fayed mencapai lengan Ivy. Menghalang Ivy daripada terus berlalu pergi. “Okay fine! What are you doing here Ivy?” Nama Ivy sengaja ditekankan.
            Ivy memandang tangan Fayed yang melekat di lengannya. Pertama kali... Pertama kali Fayed menyentuh dia walaupun berlapik. Hati mula tidak tenteram. “Not important for you to know Mister asam keping.” Jawab Ivy dengan mata yang memandang tajam ke dalam anak mata Fayed. Seboleh mungkin cuba menyembunyikan rasa hatinya.
            “You!” Tangan Fayed di lengan Ivy semakin kemas genggamannya. “Saya dah panggil nama awak elok-elok kan. Tak boleh ke awak panggil nama saya elok-elok juga?” Soal Fayed dengan marah.
            “Awak yang mula dulu okey. Minawel tu apa? Minah sewel kan?” Soal Ivy dengan nada yang sama. Rasa marah kepada Fayed kembali semula bila Fayed mengungkit tentang nama.
            “No!” Jawab Fayed dengan tegas, cuba berdalih.
            “Huh! Jangan nak tipu la.” Ivy menarik lengan yang masih dipegang oleh Fayed. Kemudian dia menyilangkan tangan ke badannya. “Awak ingat awak je yang ada gelaran macam tu untuk saya? Saya pun ada juga la.”
            “Apa?”
            Ivy senyum senget. “Aping!”
            “What?” Mata Fayed membuntang. “A pink? Yang K-pop tu ke?” Soal Fayed dengan nada tidak puas hati.
            Mata Ivy pula yang membuntang. “Awak tahu K-pop?” Soal Ivy dengan nada tidak percaya.
            “Tin yang minat K-pop. Ish! But why A pink? Awak tahu tak yang A pink tu perempuan? Jangan nak mengarut la cik kak.” Marah Fayed. Kalau ye pun bencikan dia, jangan la gelarkan dia dengan nama kumpulan perempuan macam tu. Geli tahu tak.
            “Hei, awak tu yang jangan nak mengarut sangat. A pink apa nya. Aping la. A P I N G... Aping!”
            “Aping stand for asam keping?”
            “Yes!”
            Fayed angkat tangan tanda surrender. “Minawel is much better than Aping though. I win.” Fayed gelak jahat. Entah apa la yang minah depan dia ni duk mengarut.
            “You!” Jari telunjuk Ivy tegak di hadapan Fayed. Tahap kemarahan dia kini memuncak. Dah la bagi gelaran yang bukan-bukan dekat dia. Dan sekarang Fayed perli dia pula. Macam mana la dia boleh jatuh suka dengan lelaki tak semenggah macam Fayed ni. “Dah lah, saya nak balik.”
            Fayed kembali mencapai lengan Ivy. “Wait. Kenapa datang sini?” Soal Fayed. Seingat dia sudah hampir seminggu Ivy diam membisu. Tup... Tup... Ivy muncul dekat rumah dia. Itu yang dia pelik, terus terjah Ivy dengan soalan macam tu.
            “Buat apa nak tahu?” Ivy menjeling. Fayed pula sudah mendengus geram.
            “Boleh tak kalau soalan saya jangan dijawab dengan soalan juga? Ke memang jenis yang tak pandai nak jawab soalan? Marah Fayed. Geram betul dia dengan Ivy. Memang suka cari pasal betul.
            Ivy turut mendegus geram. Geram dengan Fayed yang tahu nak marah saja. “Orang datang sebab nenek okey. Bukan nak mengendap awak.” Jawab Ivy dengan sinis. Seperti sudah dapat mengagak maksud di sebalik soalan Fayed.
            Tangan dirapatkan ke dada dan mata merenung jauh ke dalam anak mata Ivy. “Kenapa dengan nenek?” Soal Fayed lagi.
            “Ish banyak soalan betul la. Dah lah, saya nak balik.” Ivy terus berpusing dan bersedia untuk kembali melangkah. Namun langkah kakinya terhenti bila mendengar soalan ketiga daripada Fayed.
            “Kenapa dah lama tak mesej?” Soal Fayed dengan riak bersahaja. Kalau tak silap, sudah hampir seminggu Ivy tidak menghantar sebarang mesej kepadanya. Memang la terasa aman bila langsung tiada gangguan mesej daripada Ivy, tapi rasa pelik bila kebiasaan yang satu itu tiba-tiba terhenti.
Kalau ikutkan masa mula-mula dulu memang dia agak annoying juga bila Ivy asyik hantar mesej saja. Tapi sekarang dia sudah terbiasa pula. Gigih juga budak ni mesej dia walaupun dia langsung tak balas semua mesej tu. Seumur hidup dia belum pernah jumpa perempuan pelik macam Ivy ni. Ye la, macam mana nak jumpa kalau dah dari dulu yang dia nampak Si Lidiya saja. Apa motif sebenar Ivy mesej dia pun tak tahu la.
            “Well... well... well...” Ivy berjalan ke arah Fayed dengan tangan bersilang ke badan. “Rindu mesej saya ke mister?” Soal Ivy dengan riak nakal. Hati dia tiba-tiba menggedik bila mendengar soalan yang tidak terduga daripada Fayed. Nak gelak guling-guling boleh tak?
            “Hell no!” Fayed angkat kedua belah tangan tanda surrender. “Jangan nak perasan sangat lah cik kak.” Jelingan diberikan kepada Ivy. Menyesal pula tanya macam tu tadi.
            “Eleh... malu pula nak mengaku rindu.” Ivy mencebik sebelum tersenyum. Fayed rindu dia? Homaiii...
            “Awak ni memang suka mengarut kan cik kak. Kalau bab mengarut bagi dekat dia lah.” Fayed mengecilkan mata.
            “Mengarut apa pula?”
            “Saya rindu awak.”
            “Oh really?” Ivy sudah tersengih. Kenapa macam merdu saja kedengaran suara Fayed tadi.
            Fayed tolak dahi Ivy dengan jari telunjuk. “Jangan nak perasan!”
            Ivy tarik muncung sebelum kembali tersenyum. “Well mister, itu bukan mengarut. Itu kenyataan. Kalau tidak, tak kan awak tanya saya macam tu tadi, kan?” Ivy angkat kening.
            Fayed bergerak ke depan mendekati Ivy. Semakin lama semakin rapat dengan mata yang memandang ke dalam anak mata Ivy. Kaki dan tangan menjadi kaku dan jantung Ivy mula berdentam dentum tak sudah. Fayed semakin tunduk merapat. Mata Ivy tunak memandang ke arah mata Fayed. Oh tuhan... Tangan Ivy melekap pada dada sendiri. Kenapa makin lama makin galak pula jantungnya mengepam darah.
            “Saya rindu awak? In your dream minawel.” Bisik Fayed sebelum mengenyitkan mata dan berlalu pergi meninggalkan Ivy.
            Ivy menarik nafas dalam dengan mata yang terpejam. “Tak guna punya asam keping.” Tangannya naik mengetuk kepala sendiri. “Apa yang kau dah buat ni Ivy? Kenapa menggedik sangat dengan si Aping tu?” Bebel Ivy lalu melangkah ke arah kereta yang diparkir di luar pagar rumah Fayed.

            Berdentum bunyi pintu kereta yang ditutup dengan kuat. Tangannya diletakkan pada dada sebelah kiri. “Kenapa jantung aku ni dari tadi tak nak rileks. Asyik dup dap dup dap saja. Oh tuhan, kenapa dengan aku ni?” Ivy menghantukkan kepala pada steering kereta. Enjin kereta dihidupkan dan kereta dipandu laju meninggalkan kawasan perumahan Fayed.

4 comments:

  1. alaaaaaa sikitnya kak hahaha takpe sy sabar menunggu bab seterusnya hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sory dear...malam nnt akk up yg panjang skit in shaa Allah. neway thanks sudi baca :)

      Delete
  2. Replies
    1. ehehehe thanks sudi baca akak :)

      Delete