16 February 2016

Ivy Raihana Bab 14

BAB 14
USAI solat subuh, Ivy tidak kembali tidur seperti kebiasaannya. Katil yang berselerak dikemas rapi kemudian jendela di dalam biliknya dibuka luas-luas membiarkan angin sejuk masuk. Mata terpejam dan nafas ditarik dalam. Menikmati kesegaran suasana pagi di kampung. Memandangkan hari ini dia cuti, dia bercadang untuk mengemas rumah Nek Munah sampai licin. Biar terbuntang mata Nek Munah melihat cucunya yang rajin ni. Hati Ivy berbisik nakal.
            Selesai mengemas bilik, Ivy keluar mengemas di ruang tamu pula. Tak ada apa sangat yang perlu dikemaskan pun, rumah Nek Munah bukan bersepah sangat. Cukup sekadar menyapu habuk saja lah. Selesai tugasnya di ruang atas, Ivy bergerak ke dapur. Dari tadi dia dengar neneknya berperang di dapur seorang diri. Entah apa agaknya yang nenek dia masak hari ini.
            “Masak apa tu nek?” Soal Ivy sambil melangkah turun ke ruang dapur.
            Nek Munah menoleh ke arah Ivy seketika. “Siapa yang tegur nenek tadi?”
            Ivy tarik muncung. Itu nak perli dia lah tu. “Tangga tu yang tegur nenek.” Jawab Ivy lalu melabuhkan duduk di atas kerusi.
            Terlepas ketawa di bibir Nek Munah. “Awal pula bangun hari ni.” Sindir Nek Munah. Sindir-sindir manja saja.
            “Tak tidur lepas subuh tadi nek.” Ivy kenyit mata ke arah Nek Munah. Kemudian matanya terarah pada hidangan di atas meja. “Nasi lemak pagi ni nek?”
            “Iye, kan hari ni Ivy tak kerja. Nenek masak yang berat sikit. Boleh makan sampai kenyang.” Ivy tersenyum mendengar jawapan Nek Munah. Ini yang buat dia sayang dekat nenek dia ni. Nek Munah memang dah tahu sangat dengan selera dia. Suka manjakan dia dengan makanan. Itu yang buat Ivy sayang nak tinggalkan Nek Munah seorang diri. Untuk kepentingan perut sendiri rupanya.
            Nek Munah menghampiri Iivy dengan sepinggan kuih ketayap yang baru siap. “Nah, kuih kegemaran kamu.”
            “Waa nenek... sedapnya.” Tidak tertelan air liur melihat kuih kegemaran di atas meja. Kan dah cakap, Nek Munah memang suka manjakan dia dengan makanan. “Tapi banyak sangat ni nek, mana mampu Ivy nak habiskan semua.”
            “Ala makan je dulu.” Kata Nek Munah dengan tangan sibuk menyendukkan nasi ke dalam pinggan Ivy. Kemudian mereka hanya diam menikmatin sarapan pagi.
            “Nek...”
            “Hurm...”
            “Yang nenek pergi kenduri dua bulan lepas tu kenduri apa ye nek?” Soal Ivy tiba-tiba.
            Nek Munah memandang ke arah cucunya. “Kenduri yang mana?”
            “Ala nenek ni. Yang kenduri dekat rumah Fayed tu la.”
            “Ooo... Kenduri doa selamat sempena Fayed balik kerja dekat sini.”
            “Sebelum ni Fayed tinggal dekat mana?” Soal Ivy penuh minat. Sudah lama dia ingin bertanyakan tentang Fayed tapi selalu lupa. Memandangkan hari ni dia tak dapat nak buat operasi, jadi lebih baik dia menemu ramah neneknya tentang Fayed. Orang cakap kalau tak nampak muka, dengar nama saja pun jadi lah. Naa... kau dah kenapa Ivy?
            Nek Munah memandang ke arah Ivy, lama. “Nak merisik tentang Fayed ke?” Soal Nek Munah dengan penuh tanda tanya.
            “Erk!!!” Iivy tercengang. Lupa pula yang dia pernah kantoi dengan Nek Munah pasal si Fayed ni. Itu la, teruja lebih bercerita dengan Aieen tentang Fayed sampaikan terlupa yang Nek Munah ada sama dalam kereta.
            Ivy menggaru pelipis manakala Nek Munah pula sudah tarik senyum. “Fayed sambung belajar dekat Kanada dekat lima tahun. Awal tahun hari tu dia balik Malaysia.” Jelas Nek Munah.
            “Ooo...” Ivy angguk tanda faham kemudian dia hanya diam menikmati makanan yang masih berbaki.
            “Tak nak tahu ke Fayed tu dah berpunya ke belum?” Soal Nek Munah.
            Pantas Ivy angkat kepala memandang ke arah Nek Munah. “Nenek tahu ke?” Soal Ivy dengan mata terbuntang. Wah... ini sudah bagus. Nenek dia sudah terlebih update pula.
            Laju Nek Munah menggeleng. “Nenek tak tahu.” Jawab Nek Munah dengan senyuman yang cuba disembunyikan. Jelas kelihatan riak teruja di wajah cucunya tadi. Ivy ni memang betul-betul sukakan Fayed ke? Bisik hati kecil Nek Munah.
            Bahu Ivy melurut ke bawah. “Nenek ni, buat suspen saja lah.” Kuih ketayap dicapai dan disumbatkan ke dalam mulut. Kembali merudum semangat dia untuk mengenali Fayed dengan lebih dekat.
            “Malam tadi ayah kamu telefon.” Nek Munah mengalihkan topik perbualan mereka.
            “Ayah cakap apa?” Soal Ivy acuh tak acuh. Sejak dia mula kerja di kedai bunga Kak Liza, hubungan dia dengan Tuan Ilias bertambah dingin. Dia tahu yang ayahnya tidak suka dengan kerja yang dia lakukan sekarang. Tetapi dia juga tidak berminat untuk bekerja dengan syarikat ayahnya. Dua-dua keras kepala, dua-dua ego. End up, ayah dia sudah tidak menghubungi dia lagi.
            “Ayah kamu tanya khabar kamu dengan nenek.” Jawab Nek Munah ringkas.
            “Kenapa ayah tak call tanya Ivy sendiri.” Kadang terasa juga bila ayahnya lebih senang bertanya khabar tentang dia daripada neneknya.
            “Ada kamu telefon ayah kamu tu, tanya khabar dia sihat ke tidak?” Soal Nek Munah pula. Ivy menggeleng lemah. “Jangan kamu harapkan ayah kamu Ivy sedangkan kamu sendiri tidak langsung telefon dia untuk bertanya khabar. Siapa yang patut hubungi siapa sebenarnya?” Soal Nek Munah. Sungguh dia tidak suka dengan apa yang terjadi sekarang. Terbukti lah Ivy ikut perangai Ilias, keras kepala.
            Nek Munah bangun dari duduknya. “Nenek nak ke belakang sekejap. Nanti jangan lupa telefon ayah kamu tu.” Usai berkata Nek Munah terus melangkah keluar meninggalkan Ivy sendirian.
            Sampai bila Ivy? Sampai bila tak nak cakap dengan ayah? Bisik hati kecil Ivy. Tanpa membuang masa tangannya mencapai telefon di sebelah dan nombor telefon Tuan Ilias dihubungi. Waktu sekarang mesti ayahnya sedang berehat di rumah.
            “Assalamualaikum...” Kedengaran suara Tuan Ilias memberi salam. Tanpa teragak-agak Ivy menjawab salam ayahnya itu.
            “Ayah sihat?” Soal Ivy perlahan.
            Lama Tuan Ilias diam sebelum menjawab... “Sihat. Ada apa Ivy call ayah?”
            Ivy menarik nafas dalam. “Ayah... I’m sorry.” Kata Ivy perlahan.
            “What for?”
            “Sebab degil, tak ikut cakap ayah.” Jawab Ivy tanpa berselindung. Memang itu kenyataannya. Dia memang seorang yang degil dan keras kepala. Juga tidak suka dipaksa.
            Kedengaran Tuan Ilias mengeluh perlahan. “Macam mana kerja? Tak penat ke? Susah tak?” Soal Tuan Ilias.
            Terbias senyuman di bibir Ivy. Dia dapat rasa yang hati ayahnya sudah mula lembut. “Okey ayah, tak ada lah susah mana. Penat tu biasa lah. Semua kerja pun penat.” Jawab Ivy.
            “I just want the best for you Vy. I want the best for my little princes. Sebab itu lah ayah nak Ivy kerja dengan ayah.”
            “Ini pun dah cukup baik untuk Vy ayah. Ivy suka buat semua ini. Kalau ayah nak yang terbaik untuk Ivy, tolong izinkan Ivy lakukan apa yang Ivy. Please ayah.” Rayu Ivy. Dia sudah penat bergaduh dengan ayahnya.
            Sekali lagi kedengaran Tuan Ilias mengeluh. “Ayah ikut cakap Ivy sebab ayah sayangkan Ivy, sangat-sangat.”
            Ivy meloncat gembira. “Thanks ayah!” Jerit Ivy sekuat hati.
            “Tapi kalau Ivy rasa nak berubah angin, tangan ayah sentiasa terbuka untuk menerima Ivy di sini.” Sambung Tuan Ilias lagi.
            “Thanks ayah! Thanks so much! You are the best father in the world!” Jerit Ivy lagi. Terasa ringan kepalanya bila masalah di antara dia dan ayahnya selesai. Rasa bebanan yang bertimbun seperti baru saja diangkat dan dicampakkan ke dalam laut. Betul lah orang cakap, kalau kita degil dengan kedua ibu bapa kita, hidup memang tak senang. Rasa terbeban sangat.
            “Ya... Ya... Now I’m the best la sebab ikut cakap Ivy. Kalau tidak, I’m the worst father in the world lah ye.” Usik Tuan Ilias.
            “Ayah...”
            Tuan Ilias ketawa. “Ayah gurau saja. Ni nenek buat apa? Ivy tak tolong nenek ke dekat sana.”
            “Nenek ada dekat luar. Ivy baru siap mengemas lah ayah. Tinggal dengan nenek mana boleh berlagak diva. Nanti kena piat telinga.” Adu Ivy manja.
            Tuan Ilias ketawa lagi. “Memang patut pun nenek piat telinga Ivy tu. Budak degil.”
            “Degil ikut perangai ayah juga.”
            “Eh budak ni. Dah la, ayah nak keluar date dengan mama. Nanti kirim salam nenek.”
            “Untung la... Alright ayah. Kirim salam mama juga.” Ivy tarik senyum setelah menamatkan perbualan dengan Tuan Ilias. Ah sungguh dia rasa lebih tenang sekarang. Tiada lagi salah faham di antara dia dengan ayahnya.
            “Nenek, ayah kirim salam.” Jerit Ivy. Entah Nek Munah dengar ke tidak. Matanya kembali tertacap pada kuih ketayap yang masih banyak di dalam pinggan. “Hurmm... Aku nak buat apa ye dengan kau kuih?” Ivy mengetuk dagunya dengan jari telunjuk.
            Ting! Idea sudah mari. “Sebab aku tengah happy sekarang, apa kata aku share kau dengan orang lain.” Kedua belah keningnya diangkat tinggi.
Pantas Ivy berjalan ke arah pintu dapur. Kelihatan Nek Munah sedang terbongkok-bongkok di bawah pokok rambutan. Entah apa la yang neneknya sedang lakukan tu. “Nek, kalau Ivy bagi dekat kawan Ivy siikit kuih tu boleh tak?” Jerit Ivy di depan pintu dapur.
Nek Munah bangun berdiri tegak. “Bagi la Ivy.” Jawab Nek Munah sebelum kembali membongkok.
“Terima kasih nenek. Ivy nak keluar sekejap tau.” Jerit Ivy lagi.
“Ye, jangan lama sangat.” Balas Nek Munah tanpa memandang ke arah Ivy. Tanpa membuang masa Ivy terus bergerak mengisi kuih ke dalam bekas. Next mission is on!

IVY berdiri tegak di hadapan pagar rumah dua tingkat itu. Ivy si kamikaze. Orang dulu-dulu cakap, kalau tak dapat tengok muka orangnya, dapat tengok atap rumah pun jadi lah. Ini lah yang Ivy sedang lakukan sekarang. Dapat tengok rumah Fayed je bibir dah merekah dengan senyuman. Dia pernah datang ke sini dulu jadi tidak susah untuk mencari rumah ini. Agak-agak kalau Nek Munah tahu dia ke sini kena pancung ke tidak dia nanti? Tanpa teragak-agak Ivy menekan loceng di tepi pintu pagar. Seketika kemudian pintu pagar itu terbuka dan kelihatan seorang gadis berjalan ke arah Ivy.
            “Ye, cari siapa?”
            “Err... Puan Fadilah ada?” Soal Ivy perlahan.
            “Ummi ada dekat dalam. Kakak ni siapa ye?” Soal Fatin sambil melirik ke arah Ivy atas bawah. Cantik pula kakak ni. Macam best je bila pandang lama-lama.
            “Akak cucu Nek Munah, datang bawa kuih yang Nek Munah buat untuk Puan Fadilah.” Ivy menghulurkan bekas ditangan.
            “Ooo cucu Nek Munah. Jemput la masuk akak. Saya Fatin, anak ummi yang bongsu.” Fatin menarik tangan Ivy untuk masuk ke dalam rumah.
            “Eh, tak apa. Dekat sini saja.” Ivy menolak tangan Fatin yang menarik tangannya untuk masuk ke dalam. Peramah betul Fatin ni, berbeza dengan Fayed yang asyik buat muka stone tu.
            “Alaaa... masuk la dulu akak, jumpa dengan ummi.” Ajak Fatin  lagi.
            “Err...” Jantung Ivy mula berdegup kencang. Kalau masuk dalam kemungkinan besar dia akan jumpa dengan Fayed. Dia tak nak macam tu, dia belum bersedia. Perancangan awal dia hanya lah untuk menghantar kuih kepada Puan Fadilah saja. Plus, nak tengok rumah Fayed, bukan Fayed. Diulang, bukan nak jumpa dengan Fayed.
            “Urmm... tak apa lah Fatin, lain kali ye akak masuk dalam.”
            “Lain kali tu entah bila la akak. Jom la, jangan segan. Nek Munah tu dah macam nenek Fatin juga tau. Kawan baik ummi kut. So, akak boleh la jadi kawan baik Fatin pula.” Kata Fatin dengan nada yang riang. Entah kenapa hati dia betul-betul terpikat saat melihat wajah Ivy tadi. Terpikat untuk dijadikan kawan.
            “Tapi...” Ivy cuba mencari alasan tetapi langsung tidak terlintas di fikirannya sekarang.
            “No but! Lets go...” Sekali lagi Fatin menarik tangan Ivy untuk masuk ke dalam rumahnya.
Setelah masuk ke dalam rumah Puan Fadilah, mata Ivy mula melilau melihat keadaan sekeliling. Suasana sepi langsung tidak kelihatan penghuni di dalam rumah tersebut.
“Akak duduk sekejap, Tin panggilkan ummi.” Kata Fatin dan Ivy hanya angguk saja. “Oh ye, nama kakak siapa ye?” Soal Fatin sebelum sempat kakinya melangkah meninggalkan Ivy.
“Nama kakak Ivy.” Jawab Ivy dengan senyuman yang kekok.
“Okey, Kak Ivy tunggu sekejap ye.” Laju kaki Fatin bergerak ke arah dapur mencari ummi nya. Seketika kemudian Fatin keluar bersama Puan Fadilah dan Farra. Mereka semua tersenyum ke arah Ivy.
“Cucu Acik Mun ye?” Soal Puan Fadilah. Pantas Ivy bangun untuk bersalam dengan Puan Fadilah dan Farra.
“Ye puan.” Jawab Ivy.
“Eh apa pula puan. Panggil Acik Fad je.” Kata Puan Fadilah mesra. Fatin dan Farra pula hanya ketawa.
“Nama kakak, Kak Farra. Anak sulung Acik Fad.” Farra mencelah.
“Ouh... Saya Ivy, cucu Nek Munah.” Kata Ivy dengan senyuman segan. Sekarang baru nak segan. Masa nak buat tadi tak terfikir pula tentang segan ni semua.
“Jom duduk bersembang dengan kami. Ke dah nak balik dah?” Soal Puan Fadilah.
“Err...” Tiba-tiba Ivy jadi teragak-agak pula. Kalau boleh nak saja dia pecut keluar dari rumah ni sekarang. Menyesalnya datang sini walaupun Puan Fadilah dengan anak-anak menerima baik kedatangan dia. Macam mana kalau Fayed nampak dia dekat sini nanti. Ivy mengetuk kepala sendiri. Kenapa sekarang baru kau nak fikir pasal itu semua Vy? Bisik hati kecilnya.
“Duduk la dulu Ivy, sembang-sembang dengan kami. Nek Munah tu pun bukan orang lain dengan kami. Kawan rapat ummi ni ha.” Kata Farra pula. Ivy hanya mampu tersengih, tak tahu nak cakap apa lagi dah.
Puan Fadilah menarik tangan Ivy untuk duduk di sebelahnya. “Tak tahu pula yang Nek Munah ada cucu cantik macam ni.” Kata Puan Fadilah dengan senyuman di bibir membuatkan Ivy bertambah segan.
“Ivy tinggal berdua dengan Nek Munah saja ke?” Soal Farra pula.
“Ye Kak Farra. Kami tinggal berdua saja. Ouh ye, nenek ada buatkan kuih ketayap tadi.” Baru teringat tentang kuih yang dia bawa.
“Nanti cakap terima kasih dekat nenek ye. Acik memang suka kuih ketayap. Anak-anak pun sama. Kan Farra, Tin.” Laju Farra dan Fatin angguk dan Ivy tersenyum senang.
“Kak Ivy kerja ke masih belajar?”
Ketawa Ivy mendengar soalan Fatin. “Kak Ivy dah kerja dah Fatin.”
“Ooo ingatkan masih belajar, nampak macam muda sangat.” Kata Fatin. Sungguh dia ingatkan yang Ivy masih belajar tadi.
“Acik Mun ada juga cerita dekat acik yang dia tinggal dengan cucu dia. Tapi tak tahu pula yang cucu Acik Mun ni perempuan. Kenapa tak datang kenduri hari tu? Jadi, yang Acik Mun tunggu hari Ivy lah ye?” Soal Puan Fadilah.
Sekali lagi Ivy tersenyum segan. Mesti Puan Fadilah tahu yang nenek dia terpaksa tunggu lama hari tu. “Haah, nenek tunggu Ivy.”
“Laa, kenapa tak ikut nenek masuk hari tu?” Soal Puan Fadilah lagi.
Ivy tayang sengih. “Segan la acik. Ivy bukan kenal sangat kawan-kawan nenek.”
“Nak segan apa. Bukan luar biasa sangat pun kawan-kawan nenek Ivy ni.” Puan Fadilah ketawa dengan kata-kata sendiri. “Tin, pergi la buatkan air untuk Kak Ivy ni.”
“Eh tak payah la acik, Ivy sekejap saja ni.”
Tanpa mengendahkan larangan daripada Ivy, Fatin terus bergerak ke dapur untuk mengambil minuman.
“Ivy ni anak kepada anak Acik Mun yang mana?”
“Yang sulung acik. Ayah dengan mama ada dekat Kuala Lumpur.”
“Ooo jauh juga. Tak sedih ke tinggal mama dengan ayah dekat sana?” Soal Puan Fadilah lagi.
“Sedih juga. Tapi tak sampaii hati pula nak biarkan nenek tinggal dekat sini seorang diri. Ajak tinggal dekat KL pun nenek tak nak. Jadi Ivy buat keputusan untuk tinggal dengan nenek dekat sini saja.”
“Acik Mun ada juga cakap dekat acik yang dia lebih senang tinggal dekat sini. Sayang nak tinggalkan rumah katanya. Orang tua Vy, memang macam tu. Lebih suka tinggal di rumah sendiri.”
Ivy angguk setuju. “Itu la acik. Sebab itu lah kami semua tak suka nak paksa-paksa nenek.”
“Tadi Ivy cakap dah kerja kan? Kerja dekat mana?” Farra mencelah.
“Ivy kerja dekat...” Belum sempat Ivy menghabiskan bicara, kedengaran suara Fayed memanggil nama kakaknya.
“Apa pula la masalah Yed tu. Farra naik atas kejap ummi. Akak naik atas sekejap ye Ivy.” Kata Farra sebelum berlalu ke tingkat atas.
Fatin keluar menghidangkan minuman manakala Ivy pula sudah tidak senang duduk. Hati dia rasa tidak tenteram bila mendengar suara jeritan Fayed itu tadi. “Urm acik, Ivy minta diri dulu ye. Dah lama sangat tinggalkan nenek dekat rumah tu.” Ivy bangun dari duduknya.
“Eh kalau ye pun minum la air ni dulu Ivy.”
“Haah Kak Ivy, minum la air ni dulu.”
Ivy sudah serba salah. Bimbang kalau Fayed turun ke bawah dan nampak dia di sini. “Err...”
“Buat apa dekat sini?” Soal Fayed dengan suara yang garau dari arah tangga.

Ivy sudah tercengang. Habis la...

No comments:

Post a Comment