15 February 2016

Ivy Raihana Bab 13

BAB 13
FAYED membiarkan pintu biliknya terbuka sebelum merebahkan badan ke katil. Penat sungguh rasanya hari ini. Penat dengan kerja dan penat memikirkan tentang siapa yang letak bunga dekat kereta dia. Masuk hari ini sudah empat kuntum ros kuning berserta kad dengan nota ringkas yang diterimanya. Fayed mengeluh perlahan sebelum bangun dan bergerak ke arah almari yang terletak di hujung bilik. Laci dibuka dan tiga keping kad berserta bunga ros kuning layu dikeluarkan. Kemudia dia kembali menapak ke arah katil.
            Kad dan bunga dicampakkan di tengah katil sebelum dia melabuhkan duduk di tempat yang sama. Satu-persatu kad dipegang dan dibaca tinta yang tertulis pada kad tersebut.
I love it when you smile, it’s cute.
            Fayed diam berfikir. Kad yang tertulis kata-kata tersebut dia terima pada hari kedua. Jenuh dia mengimbas kembali aktiviti dia pada hari tersebut. Dengan siapa dia bercakap, dengan siapa dia senyum. Tapi memang tak la dia akan ingat sebab dah memang kerja dia akan berjumpa, bercakap dan senyum dengan ramai orang.
You’re weird, I like that.
            Tercengang Fayed seketika bila menerima ros kuning berserta kad yang tertulis kata-kata tersebut semalam. Am I a weird person? Tak habis soalan tersebut bermain di benaknya. Apa yang pelik tentang dia pun tak tahu la. Berani betul orang tu cakap dia pelik. Macam dah kenal lama pula.
I thought happiness started with H, why does mine start with U?
            Kad yang dia terima hari ini. Semakin berani nampaknya si penghantar misteri ni. Tiba-tiba dia rasa seram sejuk pula. Agak-agak yang bagi semua kad ni perempuan ke lelaki? Fayed menggelengkan kepala. Tak kisah lah perempuan ke lelaki, asalkan jangan psiko sudah. Lari tak cukup tanah la dia kalau jumpa nanti.
            “Haa... buat apa tu?!” Sergah Farra yang tiba-tiba menjengukkan kepala dari luar. Memandangkan esok hari minggu, Farra sekeluarga datang bermalam di rumah keluarganya. Memang begitu lah rutin mereka sekeluarga. Kalau minggu ini mereka bermalam di rumah keluarga Farra, minggu depan mereka akan bermalam di rumah keluarga Amran pula supaya adil dan saksama. Tetapi setiap hujung minggu saja lah. Kalau hari biasa mereka tinggal di rumah sendiri saja.
            Fayed menoleh ke arah Farra yang sedang tersengih. “Kak Farra, meh sini kejap.” Fayed melambaikan tangan ke arah Farra yang sedang berdiri di luar biliknya.
            “Ada apa?” Soal Farra sambil melangkah ke arah Fayed. Jarang adik bujangnya ini mengajak dia masuk ke dalam bilik. Kecuali kalau ada hal penting yang perlu dibincangkan.
            “Cuba kakak tengok ni.” Fayed menghulurkan kad-kad yang diterimanya kepada Farra yang sudah melabuhkan duduk di sisi.
            “Kad apa ni? Kad cinta ek?” Soal Farra saat terpandangkan bunga ros kuning yang terdampar di atas katil.
            Fayed angkat bahu. “Kakak rasa?”
            Farra diam membaca kata-kata yang tercatit pada kad di tangannya. “Wah! Yed ada secret admire la!!!” Jerit Farra dengan kuat.
            “Kakak!” Pantas tangan Fayed menutup mulut Farra yang sedang terbuka. Tangan Farra sudah terkapai-kapai memukul tangan Fayed yang melekat pada mulutnya. “Jangan la bising kakak. Karang ummi dengar, susah.”
            “Kenapa tak nak bagi tahu ummi pula?” Soal Farra setelah Fayed melepaskan tangan pada mulutnya. Kemudian dia ketawa. “Kelakar la Yed ni. Macam budak sekolah tengah bercinta. Takut ummi tahu dia dapat kad daripada kekasih. Awek ke yang bagi?” Soal Farra cuba mengorek cerita sebenar.
            Sekali lagi Fayed mengangkat bahu tanda tidak tahu. “Entah sis ke bro yang bagi. Dia tak tulis pun nama dekat situ, mana lah Yed tahu. Kakak rasa?” Soal Fayed kepada kakaknya pula.
            Farra meneliti tulisan pada kad tersebut. “Kalau tengok pada kad macam tulisan orang perempuan. Alah Yed, fikir logik la. Tak kan lah orang lelaki nak bagi bunga dengan hantar kad segala macam ni. Siap tulis nota macam tu pula.”
            “Zaman sekarang ni tak ada yang impossible la kakak. Kadang yang lelaki tu nampak je sado tapi cenderung pada jantina yang sama juga.” Ini bukan auta tetapi fakta. Kemain lagi badan ketak-ketak tapi suka kaum sejenis. Banyak yang macam ni. Kalau tidak tak wujud pula kelab gay tu semua. Dekat kelab pun bersepah manusia-manusia yang bercinta dengan kaum sejenis.
            Farra melirikkan mata ke arah Fayed. “Macam ada pengalaman je.”
            “Mana ada...” Fayed menolak bahu Farra. Dia memang agak kasar dengan kalau dengan Farra berbanding dengan Fatin. Mungkin jarak umur yang dekat membolehkan mereka berinteraksi begitu. “Yed cakap berdasarkan pemerhatian okey, bukan pengalaman.” Tegas Fayed. Nauzubillah min zalik la bercinta dengan kaum sejenis macam tu. Nabi tak mengaku ummat kut.
            Farra tergelak. “Kakak gurau saja lah. Tapi kalau tengok pada kad ni kakak yakin yang pengirim dia perempuan. Macam mana dia boleh bagi bunga dengan kad semua ni dekat Yed?”
            “Dia selit dekat cermin depan.”
            “Memang confirm la Yed tak tahu siapa yang bagi?” Soal Farra inginkan kepastian.
            “Confirm Kak Farra. Kalau Yed tahu tak ada lah Yed minta pendapat kakak.”
            Farra menggaru kepala yang tak gatal. “Ye tak ye juga kan. Apasal la kakak ni slow sangat.” Farra mengutuk diri sendiri sebelum ketawa. “So, Yed nak buat apa dengan kad ni semua?”
            Fayed mengambil kad ditangan Farra. “Simpan je lah kut. Nak buang sayang. Sebab tulisan dia cantik sangat.”
            Sekali lagi Farra ketawa mendengar kata-kata Fayed. “Untung la orang ada secret admire...” Usik Farra dengan nada suara yang meleret.
            “Untung apa benda, bukan kenyang pun.” Balas Fayed dengan wajah bosan.
            Farra duduk berhadapan dengan Fayed. “Kakak rasa la kan Yed, budak perempuan ni memang betul-betul minat dengan Yed la.”
            “Confirm ke perempuan kakak?” Soal Fayed ragu-ragu.
            Laju Farra angguk. “Tak adanya orang lelaki nak buat kerja gila macam ni Yed oii... Kalau nak mengorat perempuan pun belum tentu lagi diorang sanggup buat semua ni.” Fayed hanya ketawa mendengar kata-kata Farra.
            “Tapi Yed tak suka la semua ni Kak Farra. Rimas.” Fayed menolak semua kad ke tepi. Sungguh dia tak suka berteka-teki macam ni.
            “Kalau tak suka kenapa Yed simpan kad dengan bunga ni semua?”
            Fayed angkat. Dia sendiri pun tak pasti kenapa dia simpan semua ni. Mungkin dia rasa sayang nak buang semua ni. “Tulisan dia cantik kakak.” Terlepas kata-kata yang bermain di fikiran Fayed.
            Farra sorok senyum. “Kakak syak Yed dah berkenan dengan tukang tulis ni. Dah jatuh cinta dengan tulisan dia ye?” Usik Farra dengan jari telunjuk yang digoyangkan.
            “Mengarut la kakak...” Fayed menjeling. Bab mengusik orang nombor satu kakak dia ni.
            Lama Farra diam sebelum kembali bersuara. “Yed, kakak nak tanya sikit boleh?”
            Fayed memandang ke dalam anak mata Farra. “Nak tanya apa?”
            “Kalau betul ada perempuan yang suka dan cintakan Yed, Yed akan terima tak?” Soal Farra. Sudah lama dia ingin bertanyakan tentang hal ini, tetapi selalu tidak berkesempatan.
            Fayed mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Akan ada lagi kah rasa cintanya untuk insan lain? “Entah la kakak. Kadang Yed rasa serik untuk bercinta lagi.”
            Farra menarik tangan Fayed ke dalam genggaman. “Yed, kecewa sekali tidak bermakna akan kecewa selamanya. Yed perlu buka hati Yed untuk orang lain. Jangan biarkan kenanangan lama mengurung Yed di dalam kesedihan.” Farra menarik nafas dalam. “Kakak rasa mungkin ini adalah satu titik permulaan untuk Yed memulakan hidup. Ada sebabnya kenapa bunga dan kad ini tiba-tiba muncul dalam hidup Yed. Ada sebabnya Yed...”
            “Maksud kakak, ini semua adalah permulaan untuk kisah cinta Yed yang baru. Macam tu?”
            Farra angkat bahu. “Who knows.”
            Bergema ketawa Fayed. “Jangan buat kelakar boleh tak kakak. Yed kenal pun tidak orang yang bagi semua ni, macam mana nak bercinta pula.”
            “This is just a start Yed. Ini baru permulaan.” Kata Farra. Dia yakin yang ini semua adalah permulaan untuk kisah cinta yang baru untuk adik lelakinya itu. Fayed hanya menggeleng menidakkan telahan kakaknya. “Why not Yed tunggu orang tu dekat kereta nanti.”
            “Kalau dia nampak Yed dekat kereta memang tak la dia nak letak bunga tu kakak.”
            “Ye tak ye juga kan. Alaaa... Yed menyorok la. Cuba intai dari jauh ke.”
            “Macam main hida and seek pula. Tak nak la Yed.” Fayed menggelengkan kepala. Memang tak la dia nak buat kerja budak-budak macam tu.
            Farra mengeluh perlahan. “Semua tak nak. Sampai bila-bila la Yed tak akan tahu siapa yang bagi semua ni.” Farra tarik muncung. Dia yang teruja nak tahu siapa yang bagi semua ni dekat Fayed yang sebenarnya.
            Fayed ketawa melihat bibir Farra yang memuncung. “Sooner or later kita akan tahu juga kakak. Jangan risau la.”
            “Lambat lagi la kalau macam tu.” Kata Farra dengan rasa tidak sabar.
            “Habis tu nak buat macam mana. Hari ni dah malam, esok pula cuti. Paling cepat pun minggu depan la kalau nak tahu siapa.”
            Farra tepuk dahi sendiri sambil ketawa. “Lupa la Yed. Kakak pula yang terlebih excited ni macam mana?”
            Fayed turut ketawa. “Dah la kakak, Yed nak mandi jap. Malam ni makan apa?” Fayed bangun dari katil dan bergerak ke arah almari untuk mengambil baju.

            “Your favourite la. Ummi cakap dari semalam asyik meminta je.” Farra turut bangun dari katil dan bergerak keluar dari bilik Fayed dan Fayed hanya memandang langkah kaki kakaknya sebelum menutup pintu rapat. 

2 comments:

  1. Terus berkarya kerana saya ingin membaca hingga penamatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah akak...terima kasih sudi baca :)

      Delete