14 February 2016

Ivy Raihana Bab 12

BAB 12
BUNGA yang sudah siap digubah diletakkan di atas rak yang di sediakan. Kemudian Ivy bergerak ke arah bunga-bunga segar pula. Kedai bunga Kak Liza satu-satunya kedai bunga yang ada dekat bandar ni. Dia pula jenis yang tak suka bunga tapi nampaknya rezeki dia dekat sini pula. Tak apa lah, sekurang-kurangnya boleh la dia belajar tentang perkara baru.
            “Buat apa Vy?” Tegur Kak Liza yang baru keluar dari bilik belakang.
            Ivy menoleh ke arah Kak Liza buat seketika sebelum kembali memandang ke arah bunga-bunga segar yang diletakkan di dalam bekas yang berisi air bagi mengekalkan kesegaran bunga-bunga tersebut.
            “Tengok bunga ni kak. Macam cantik la pula.” Jawab Ivy.
            “Dah berkenan dekat bunga tu ke?”
            Ivy geleng. “Tak juga. Suka tengok je. Akak memang suka bunga eh? Sebab tu ke akak buka kedai bunga ni?” Ivy bergerak mendekati Kak Liza yang sedang menyusun bunga segar di atas meja untuk digubah.
            “Haah Vy, akak memang suka bunga. Itu yang beria usahakan semua ni. Ditambah pula dengan sokongan dan dorongan daripada Abang Zarul, bertambah semangat la akak.” Kak Liza ketawa di hujung kata. Teringat kembali betapa bersemangatnya suami dia mendaftarkan nama dia ke kelas gubahan bunga serat membeli buku dan majalah yang berkaitan dengan bunga dan gubahan. Macam suaminya pula yang terlebih teruja.
            Ivy turut tersenyum. “Untung la Kak Liza dapat buat apa yang akak suka.”
            Kak Liza memandang ke arah Ivy. “Vy pula macam mana? Apa yang Vy suka?” Soal Kak Liza kembali.
            Ivy angkat bahu. “Entah la akak, Vy pun tak tahu apa yang Vy suka.”
            “Eh, macam tu pula. Tak boleh macam tu Vy.” Tangan Kak Liza bergerak memotong bahagian bunga yang tidak diperlukan supaya senang untuk digubah. “Kita hidup mesti ada matlamat dan cita-cita Vy.” Sambung Kak Liza lagi.
            Ivy menarik kerusi sebelum duduk di sebelah Kak Liza. “Tapi akak, Vy selesa dengan kehidupan Vy sekarang.”
            “Tapi sampai bila?” Kak Liza memandang ke arah Ivy. “Akak dulu pun macam Ivy juga, tak ada matlamat dan cita-cita. Tapi lama-lama akak jadi bosan, rasa macam hidup dekat dunia ni tak ada fungsi je. Macam tak berguna pun ya. Sejak dari itu, akak mula gali minat akak.”
            Ivy menongkat dagu di atas meja. “Mungkin vy pun akan jadi macam akak juga kut. One fine day Vy akan gali minat Vy macam yang Kak Liza buat. But for now, Vy nak macam ni je.”
            Sekali lagi Kak Liza menoleh ke arah Ivy. “Eh budak ni, macam tu pula. Akak nak encourage Vy supaya cari matlamat hidup, bina cita-cita sekarang. Bukan one fine day nanti...” Bebel Kak Liza dan Ivy hanya ketawa.
            Entah la, dia selesa dengan keadaan sekarang. Tinggal dengan Nek Munah, kerja dengan Kak Liza. Ini sudah cukup untuk dia. Sedang Ivy ralit memandang Kak Liza menggubah bunga, telefon di dalam poket seluar jeans dia bebunyi. Tertera nama mama di skrin.
            “Assalamualaikum ma...” Salam diberi lalu Ivy bangun menjarakkan diri dengan Kak Liza.
            “Waalaikumussalam... Ivy dekat kedai ke?” Soal Puan Intan di sebelah sana.
            “Ye ma. Ada apa mama call Ivy?”
            “Amboi, tak boleh ke mama call anak mama ni?” Soal Puan Intan semula.
            Ivy tersengih. Salah soalan pula. “Mama sihat?”
            “Bila mama call baru nak tanya mama sihat ke tidak kan. Kalau mama tak call memang tak adanya lah Ivy nak call mama tanya khabar ke apa kan.” Sinis Puan Intan bersuara.
            Ivy tepuk dahi sendiri. Salah soalan lagi ke apa ni. Tapi mamang betul pun apa yang mama dia katakan itu. “Sorry ma, Ivy sibuk sikit. Kan Vy dah kerja sekarang.” Ivy menoleh ke arah Kak Liza dan mengenyitkan mata. Kak liza hanya ketawa melihat gelagat Ivy. Kena bebel dengan mama dia lah tu agaknya. Teka kak Liza.
            “Setakat kerja dekat kedai bunga macam tu apa sangat la yang sibuknya Vy.” Balas Puan Intan pula. Hadoi serba tak kena nampaknya kata-kata Ivy hari ni.
            “Mama ni kenapa? Marah sangat dengan Ivy.” Tak tahan dah dia nak dengar sindiran mamanya itu.
            “Ivy tu yang dah kenapa. Dah dua bulan tau  tak Ivy tak balik rumah mama. Mama rindu.” Kata Puan Intan dengan nada yang sebak. Sungguh dia rindukan Ivy. Dah la anak perempuan seorang saja yang dia ada. Duduk jauh dengan dia pula. Ibu mana yang tak sedih.
            Ivy mengeluh lemah.” Ma... Kalau Ivy tak balik ke sana, apa kata mama yang balik kampung. Dapat jumpa Ivy dengan nenek sekali.” Ivy memberikan cadangan.
            “Pula... Kita pula yang kena jenguk dia dekat sana.”
            “Jenguk Ivy dengan nenek ma. Pakej tu.”
            “Bab spin orang nombor satu tau budak ni.” Bebel Puan Intan. Ivy pula hanya ketawa mendengar bebelan mamanya itu. “Macam mana kerja dengan Kak Liza? Ayah sampai hari ni tau tak puas hati dengan Ivy sebab Ivy pilih untuk kerja dekat kedai bunga macam tu.”
            “Vy tahu....”
            “Dah tahu kenapa tak balik kerja dekat sini dengan ayah je. Kan senang.”
            “Ma... don’t start please.” Sejujurnya dia dah penat nak dengar tentang isu kerja ni semua. Hari tu ayahnya juga yang izinkan dia untuk lakukan apa saja kerja yang ada asalkan diia bekerja. Sekarang lain pula jadinya. Ayahnya tidak puas hati dengan pilihan kerjanya pula.
            “Mama dah penat nak dengar ayah membebel Vy. Ivy dekat sana tak apa lah tak dengar. Mama yang dekat sini pula kena tadah telinga.” Adu Puan Intan.
            “Mama buat tak tahu sajalah.”
            “Macam mana mama nak buat tak tahu Vy oiii kalau dah tiap kali bercakap pasal Ivy soal ini saja yang ayah bangkitkan. Mama ajak bincang pasal jodoh Ivy pun ayah buat tak endah.”
            Ivy tercengang. Jodoh?! “Eh ma, jangan buat hal ek. Kenapa nak bincang pasal jodoh Ivy pula.”
            Puan Intan ketawa di sebelah sana. “Ye la, dengan umur Ivy tu sesuai sangat dah kalau nak kahwin pun. Dah ada calon ke belum? Nak mama tolong carikan tak?”
            “Ma!!! Tak nak lah mama carikan. Ivy nak kahwin dengan pilihan Ivy.” Ivy tarik muncung. Apa ke kolot sangat mama ni. Kahwin dengan pilihan keluarga? It is so not gonna happen.
            “Dah ada calon ke?”
            Ivy terdiam seketika. Calon? Kenapa kepala dia teringat dekat nama yang satu tu. Adakah... “Nope! Tak ada.”
            “Haa kalau macam tu mama carikan eh...”
            “Ma...please...” Jangan sampai dia petik nama itu pula bagi dekat mama. Baru mama nak diam agaknya.
            Puan Intan ketawa. “Ye la, ye la, mama tak usik calon Ivy. Ni mama nak bagi tahu bulan depan la kut mama balik kampung. Ayah cakap nak buat tahlil untuk arwah atuk.”
            “Nenek dah tahu belum?”
            “Dah. Mama dah call nenek sebelum call Ivy tadi. Kerja elok-elok dekat sana Vy. Kalau rasa tak boleh, balik je sini kerja dengan ayah.”
            “Okey ma. But not now.”
            “Yeah I know. Take care sayang. Mama love you so much.”
            “Love you too ma.”
            Puan Intan memutuskan panggilan. Tiba-tiba rasa sebak datang bertandang. Tipu lah kalau dia cakap dia tak rindukan mama dia. Dia juga dah jarang balik ke sana sekarang. Salah siapa Vy? Salah sendiri lah kan sebab langsung tak fikir tentang perasaan mama dan ayah. Ivy melangkah ke arah Kak Liza. Gubahan Kak Liza sudah hampir siap nampaknya.
            “Akak yang lebih ni nak buang ke?” Ivy mengangkat setangkai bunga ros berwarna kuning.
            “Elok lagi kan Vy?” Soal Kak Liza tanpa memandang ke arah Ivy.
            “Elok je kak. Nak letak dalam bekas tu ke macam mana?”
            “Banyak tak lebih nya?”
            “Tak akak, ada satu je.” Ivy menilik bunga di tangan. “Urmmm akak kalau Vy nak bunga ni boleh tak?”
            Kak Liza menyandarkan badannya ke kerusi. Lenguh pula rasa bila terbongkok macam tu. “Ambil la Vy. Hari ni Kak Liza belanja Vy sekuntum ros kuning.” Kak Liza tersenyum.
            “Thanks akak.” Ivy tayang sengih. Dia bukan nak simpan pun bunga ros ni tapi dia ada sesuatu yang nak dilakukan dengan ros di tangannya itu. “Akak kalau ros kuning maksudnya apa ye?” Soal Ivy. Dia memang tak ada pengetahuan tentang bunga apatah lagi tentang bunga ros.
            “Kalau yang warna kuning ni maksudnya persahabatan, kegembiraan dan kebebasan. Tapi ada juga yang cakap ros kuning bermaksud permulaan dalam memulakan sesuatu yang baru.” Ivy tesenyum mendengar penerangan Kak Liza dan kepalanya sedang ligat mengatur rancangan.
            “Kita ni Vy kalau nak bagi bunga dekat orang bukan kena faham maksud warna je, kena faham juga maksud di sebalik bilangan ros yang kita nak bagi tu.” Sambung Kak Liza lagi.
            “Ouh ye ke kak. Urm habis tu kalau bagi sekuntum je apa maknanya tu?” Soal Ivy dengan rasa ingin tahu.
            Kak Liza mengemaskan gubahan bunga sebagai sentuhan terakhir. Kemudian Kak Liza menoleh ke arah Ivy di sebelah. “Sekuntum bunga ros melambangkan cinta pandang pertama. Ia juga bermaksud kau lah satu-satunya untuk ku. Haa macam tu.”
            Rasa tidak tertelan air liur Ivy mendengar penerangan Kak Liza. Cinta pertama? Pandangan matanya jatuh pada bunga di tangan. Betul ke dia cinta pertama aku? Soal Ivy sendiri.
            “Dah kenapa pula tenung bunga tu macam nak telan?” Soal Kak Liza pelik. Pantas Ivy menggeleng. “Vy nak bagi dekat siapa bunga tu?” Soal Kak Liza lagi bila Ivy hanya menjawab soalannya tadi dengan gelengan.
            “Eh, mana ada Vy nak bagi dekat siapa-siapa. Vy nak simpan untuk diri sendiri la.”
            “Tak agak-agak nak membohong. Bukan kamu tak suka bunga ke? Tiba-tiba tukar citarasa nii dah kenapa?”
            Sekali lagi Ivy tercekik air liur sendiri. “Erk! Urm Vy nak bagi dekat nenek.” Jawab Ivy, cuba berselindung.
            “Ooo... Okey lah Vy, akak nak letak bunga ni dekat depan sekejap. Tengah hari nanti tuan bunga ni nak datang ambil bunga ni dah.” Kak Liza bangun untuk ke ruang depan. Ivy cuma angguk dengan senyuman. Lets do it baby!

FAYED duduk bersandar pada tempat pemandu. Kepalanya berpusing memikirkan tentang masalah yang tidak pernah habis. Masalah apa kalau bukan masalah tentang rancangan babah dan papa untuk menyatukan dia dan Lidiya semula. Dia tidak faham apa yang relevan nya tentang penyatuan mereka itu dan kenapa harus sekarang? Kenapa tidak sewaktu mereka mula-mula berpisah dahulu.
            “Ahhh! Kusut!!!” Jerit Fayed di dalam kereta. Mujur lah keadaan di kawasan letak kereta sudah semakin lengan.
            Tangan mula bergerak menukarkan gear parking kepada reverse. Tetapi belum sempat dia berundur, matanya tertacap pada cermin hadapan kereta. Kenapa dia tidak perasan pula tadi. Tanpa membuang masa Fayed keluar daripada kereta dan tangannya mencapai sekuntum bunga ros kuning yang diletakkan di atas cermin hadapan. Fayed memandang ke arah kiri dan kanan. Namun tiada siapa yang kelihatan.
            “Siapa pula yang letak bunga ni dekat sini? Ke salah letak?” Sekali lagi kepalanya bergerak ke kiri dan kanan mencari gerangan yang meletakkan bunga pada keretanya. Namun hampa. Langsung tidak kelihatan sesiapa pun di kawasan yang berdekatan. Tangannya membelek nota yang kemas terikat pada tangkaii ros kuning tersebut.
            ‘I don’t care how we met, I’m just happy we did. Salam perkenalan.’
            Berkerut-kerut dahi dan kening Fayed membaca nota tersebut. “Salam perkenalan? Like seriously? Nak kenal apa kalau dah nama pun tak ada. Toyol mana pula yang datang selit bunga ni dekat sini ni?!” Bebel Fayed. Laju saja tangannya bergerak mahu membaling bunga tersebut ke tanah. Namun belum sempat ia menyembah bumi, tangan Fayed terhenti.
            “I bet dia tersalah letak kut. Mungkin dia ingat ini kereta perempuan. Konon nak mengayat la tu.” Fayed ketawa dengan telahan sendiri. Dia kembali masuk ke dalam kereta dan bunga di tangan dicampakkan di atas kerusi sebelah. “Tak apa lah ros oii, biar aku sajalah yang simpan kau hari ni ye.” Kata Fayed dengan tangan yang bergerak menukar gear. Tidak lama kemudian keretanya laju menderu meninggalkan kawasan parking.

WOW, dapat bunga ros. Untung la badan...” Tegur Fatin yang kebetulan sedang duduk di atas kerusi di tengah laman sewaktu Fayed tiba di rumah keluarganya. Dari jauh dia sudah perasan yang abangnya sedang memegang sekuntum bunga ros kuning. “Demam ke Ayed? Tiba-tiba balik rumah bawa bunga ros.” Fatin cuba meletakkan tangan di dahi Fayed sewaktu Fayed melabuhkan duduk di sisinya. Fatin hanya ketawa bila Fayed mengelak.
            “Tak demam la.” Jawab Fayed tanpa nada.
            “Habis tu yang balik bawa ros ni dah kenapa? Sekuntum je ke?”
            “Dah orang bagi Ayed ambil la.”
            “Siapa yang bagi?”
            Fayed angkat bahu tanda tidak tahu. “Ooo secret admire ek?” Fatin senyum mengusik. Tak sangka ada juga yang berkenan dekat abang dia ni. Tapi bagus juga, tak ada lah balik pada yang lama nanti.
            “Jangan nak memandai lah Tin. Ayed rasa orang tu tersalah letak kut. Kalau betul dia nak bagi dekat Ayed, maknanya orang tu mesti lah perempuan kan? Mana ada orang perempuan yang berani buat macam ni.”
            “Who knows Ayed. Perempuan sekarang dah semakin berani tahu tak. Berfikiran ke depan. Tak ada yang peliknya kalau perempuan buat benda ni semua. Dan tak pelik juga kalau lelaki yang letak bunga tu dekat kereta Ayed.”
            Pecah ketawa Fayed mendengar kata-kata Fatin. “Lelaki? Ayed masih lurus okey.”
            Fatin turut ketawa. “Ayed saja yang lurus, orang tu tak.”
            Fayed menggeleng. Geli pula bila memikirkan tentang kata-kata Fatin tu. Jangan yang datang nanti abang sado sudah lah. Memang dia minta tukar tempat kerja terus la lepas ni. “Dah lah Tin, Ayed masuk dalam dulu. Malas la nak layan Tin mengarut petang-petang ni.” Fayed bangun untuk melangkah masuk ke dalam rumah namun sempat dihalang oleh Fatin.
            “Ayed kejap, Tin nak tanya pasal Lidiya.”
            Tak jadi Fayed melangkah bila mendengar nama Lidiya disebut Fatin. “Pasal apa?” Soal Fayed dengan dahi berkerut lalu kembali melabuhkan duduk di sebelah Fatin.
            “Betul ke Ayed akan balik semula pada Lidiya?”
            “Siapa yang cakap?” Soal Fayed pantas. Kan dia dah terangkan semuanya yang dia tidak akan sekali-kali terima Lidiya semula di dalam hidup dia.
            “Leona.” Jawab Fatin sepatah.
            Fayed mendengus geram. “Nonsense! It won’t happen Tin, never. Ayed tak akan terima dia semula dalam hidup Ayed. Tin dah lupa ke apa yang dia dah buat dekat Ayed dulu?” Soal Fayed dengan nada tertahan.
            Fatin menggeleng. “Kalau Tin tak lupa, Ayed lagi la. Sesaat pun  Ayed tak pernah lupa apa yang dia pernah buat dekat Ayed.”
            “Tapi babah dah setuju dengan rancangan papa untuk satukan Ayed dengan Lidiya semula.”
            “Itu yang Ayed tak faham. Kenapa babah boleh setuju dengan rancangan bodoh macam tu. Bukan babah tak tahu macam mana merana nya Ayed lepas kejadian tu. Kenapa baru sekarang papa sibuk nak kami kembali bersama semula? Kenapa bukan tiga tahun dulu? Disebabkan Lidiya semua orang jadi pelik tahu tak. Buat keputusan tanpa berbincang sampaikan sanggup memaksa Ayed untuk terima semua nya. Apa diorang ingat Ayed ni tak ada hati dan perasaan ke?” Marah Fayed. Sungguh dia rasa seperti boneka sekarang. Sewenangnya mereka mengaturkan hidup dia.
            Fatin mengusap bahu Fayed, cuba menenangkan perasaan abangnya itu. “Ada satu lagi masalah Ayed.” Kata Fatin perlahan.
            Fayed memandang ke arah Fatin lalu mengeluh perlahan. “Apa dia?”
            “Leona...”
            “Kenapa dengan Leona?”
            “She have a crush on you.”
            “What?!” Terbangun Fayed dari tempat duduknya. “Mengarut apa ni Tin?” Soal Fayed dengan kerutan di dahi.
            “Tin tak mengarut. Leona sendiri yang bagi tahu Tin. Dia cakap dia sukakan Ayed.” Jelas Fatin. Dia sendiri pun terkejut bila mendengar lauhan hati Leona.
            Fayed menggaru kepalanya. Kenapa la dua beradik ni boleh wujud dalam hidup dia. Kalau wujud untuk kebaikan tak apa la juga. Ni bawa masalah pula. Serabut betul! “Dah lah, Ayed malas nak fikir pasal Leona. Budak baru nak membesar, apa je yang dia tahu.”
            “Tapi dia macam bersungguh nak kan Ayed.”

            “But I don’t want her. Ayed tak nak dia fullstop! Kalau Tin jumpa dengan dia tolong bagi tahu dekat dia yang Ayed tak sukakan dia. I’m done with all these nonsense Tin. Ayed nak masuk dalam nak mandi.” Usai berkata Fayed terus melangkah masuk ke dalam rumah. Fatin hanya memerhatikan langkah kaki abangnya itu. “Lepas satu, satu... Apa la masalah dua beradik tu. Kenapa abang dia juga yang mereka nak kan. Padahal berlambak kut lelaki dekat luar sana yang lebih kacak daripada Ayed tu.” Bebel Fatin sendirian.

No comments:

Post a Comment