7 February 2016

Ivy Raihana Bab 11

BAB 11
FAYED memakirkan kereta di belakang kereta Tuan Irham. Fayed menolak sewaktu Tuan Irham mengajak dia datang bersama kerana saat ini, dia sangat memerlukan ruang untuk bersendirian. Kepalanya mendongak ke arah rumah yang pernah menjadi rumah kedua kepadanya suatu ketika dahulu. Nafas ditarik dalam dan mata dipejam rapat. Cuba diusir segala memori yang mengganggu fikiran.
            Hampir lima minit Fayed memejamkan mata, mecari kekuatan untuk berhadapan dengan segalanya. Perlahan-lahan matanya dibuka. Kelihatan Leona sedang berdiri tegak di hadapannya dengan senyuman yang menghiasi bibir.
            “Hai Ayed!” Sapa Leona dengan riak gembira. Sudah lama dia ingin bertemu dengan Fayed dan hari ini baru berkesempatan. Teruja betul dia rasa bila Babah Am beritahu yang Fayed akan datang kemudian.
            Fayed kaget. Terkejut sungguh dia tadi bila buka saja mata terus nampak muka Leona yang sedang tersenyum manis di hadapannya. “Err... Leona buat apa dekat sini?” Soal Fayed dengan suara yang perlahan.
            “Leona tunggu Ayed la.” Jawab Leona dengan mesra. “Jom masuk. Papa dengan mama dah lama tunggu Ayed.” Leona cuba menarik lengan Fayed tetapi cepat ditepis oleh Fayed. Berubah riak wajahnya.
            “Err... Ayed masuk dulu.” Kata Fayed lalu melangkah laju ke arah rumah Tuan Luqman. Entah kenapa, dia rasa kurang selesa bila berada dekat dengan Leona. Kalau dulu mereka boleh saja bersenda gurau seperti abang dan adik, tetapi kini tidak lagi.
            “Haa, dah sampai pun orang yang ditunggu.” Kata Tuan Luqman saat terpandangkan Fayed yang sedang melangkah masuk ke ruang tamu rumahnya. Tetamu yang lain sudah lama pulang. Yang tinggal hanya lah Tuan Irham dan Puan Fadilah yang sedang berbual bersama-sama Tuan Luqman dan Puan Iris sambil menunggu kedatangan Fayed.
            Fayed ukir senyum walaupun payah benar rasanya. Kakinya melangkah ke arah Tuan Luqman dan Puan Iris untuk bersalam. “Papa dan mama apa khabar?” Soal Fayed sambil melabuhkan duduk di atas kerusi yang masih kosong. Wajah-wajah yang sedang tersenyum ke arahnya dipandang satu persatu.
            “Papa sihat Yed, mama pun sama.” Jawab Tuan Luqman dan Puan Iris hanya tersenyum saja. “Yed pula macam mana?” Soal Tuan Luqman pula.
            “Yed sihat pa.” Jawab Fayed pendek dengan senyuman yang menghiasi bibir.
            “Why didn’t you come early?’ Soal Tuan Irham yang dari tadi hanya diam memerhati saja.
            “Ayed duduk termenung dalam kereta bah. Dah lama dah Ayed sampai sebenarnya. Kan Ayed kan?” Leona melabuhkan duduk di sebelah Fayed. Rapat.
            Fayed hanya senyum saja. Matanya mula meninjau keadaan rumah yang sudah lama tidak dijejakinya. Rindu kah dia? Entah... Rasanya rindu itu sudah lama hilang dibawa pergi oleh Lidiya. Yang tinggal hanya lah memori yang sangat sukar untuk dilupakan. Matanya tertacap pada bingkai gambar yang terletak di atas almari di penjuru dinding. Gambar dia bersama Lidiya yang sedang tersenyum gembira. Kenapa gambar tersebut masih ada di situ?
            Leona yang perasaan akan pandangan mata Fayed mula rasa tidak selesa. Kenapa la mama letak semula gambar tu dekat situ. “Ayed...” Leona menyenggol lengan Fayed. Kurang senang dengan pandangan mata Fayed yang masih terkaku di situ.         
            Bagaikan baru tersedar dari mimpi, Fayed kembali memandang ke arah mereka yang sedang memerhatikan segala gerak lakunya.
            “Kenapa Yed dah lama tak datang rumah mama?” Soal Puan Iris memecahkan kesunyian. Sungguh dia rindu dengan Fayed. Sejak peristiwa itu, Fayed tidak lagi menjejakkan kakinya ke rumah mereka. Marah sungguh Fayed dengan apa yang terjadi membuatkan dia rasa bersalah sangat.
            “Tak berkesempatan nak datang sini mama. Maaf.” Jawab Fayed dengan senyuman hambar. Sengaja mencipta alasan.
            “Nanti selalu lah datang sini ye Yed. Leona ada, Lidiya pun dah nak balik. Meriah semula la rumah papa nanti.” Kata Tuan Luqman bagaikan tiada apa yang pernah terjadi di antara Fayed dengan Lidiya. Tidak tahu kah dia yang Fayed masih belum mampu melupakan semuanya.
            Fayed hanya diam. Lidiya akan pulang? Dan, apa yang akan terjadi seterusnya? Fayed mula rasa tidak senang dengan apa yang bakal terjadi nanti. Dia masih belum mampu untuk menghadapi semua ini. Dia masih belum mampu untuk berhadapan dengan Lidiya. Bukan sekarang dan selamanya.
            “Haah Ayed, nanti boleh la Leona spend time dengan Ayed. Waa... bestnya.” Sorak Leona dengan gembira. Tuan Luqman dan Tuan Irham hanya tersenyum saja manakala Puan Iris dan Puan Fadilah pula sudah saling berpandangan.
            Tuan Luqman memandang ke arah Tuan Irham. “Am, apa kata kalau kita bagi tahu je dekat Yed tentang hasrat kita tu. Bila tengok Fayed ada dekat sini rasa tak sabar pula aku ni Am.”
            Tuan Irham angkat bahu. “Aku ikut kau je Luq.” Jawab Tuan Irham. Memang itu pun tujuan kedatangan mereka ke rumah Tuan Luqman hari ini disamping menghadiri majlis doa selamat yang Tuan Luqman adakan.
            “Bang...” Puan Fadilah memegang lengan Tuan Irham. Kurang setuju dengan rancangan suaminya dan Tuan Luqman. Tuan Irham menggeleng, memberi isyarat supaya Puan Fadilah diam.
            Fayed memandang wajah Tuan Irham dan Tuan Luqman silih berganti. Ada rasa kurang enak yang mencucuk-cucuk tangkai hatinya. Leona juga turut memberi tumpuan kepada papanya. Rasa tidak sabar untuk mendengar hasrat hati papanya. Puan Iris pula hanya memandang ke arah Fayed dengan pandangan yang sayu.
            “Yed, papa dengan babah teringin sangat nak tengok Yed dengan Dee kembali bersama. Can you do that for us?” Tuan Luqman memandang Fayed dengan pandangan yang penuh berharap.
            “What?!” Leona bangun dari duduknya. “Apa yang papa cakap ni?” Soal Leona dengan rasa marah.
            “Leona...” Tegur Puan Iris.
            Tuan Luqman memandang ke arah anak bongsunya dengan kerutan di dahi. “Kenapa dengan Leona ni?”
            Leona memandang ke arah Fayed tanpa mempedulikan soalan yang keluar dari mulut papanya. “Ayed tak setuju dengan semua ini kan?” Soal Leona terburu-buru. Tuan Irham dan Puan Fadilah hanya diam memerhati.
            Fayed memandang ke arah Leona yang sedang berdiri di hadapannya. Kemudian matanya beralih ke arah Tuan Luqman dan Puan Iris yang sedang memandang ke arahnya dengan kerutan di dahi. Lama Fayed diam sebelum bangun berdiri. “Fayed balik dulu pa, ma.” Fayed bergerak mendekati Tuan Luqman dan menarik tangan papa angkatnya itu untuk bersalam. Kemudian Fayed menoleh ke arah Tuan Irham dan Puan Fadilah. “Jumpa babah dengan ummi dekat rumah nanti.” Kata Fayed lalu melangkah keluar dari rumah keluarga Tuan Irham. Pantas Leona berlari mengekori langkah Fayed.
            “Fad dah cakap, sekarang bukan  lah masa yang sesuai untuk bincangkan tentang perkara itu.” Kata Puan Fadilah. Dari awal lagi dia memang tidak bersetuju dengan cadangan Tuan Irham dan Tuan Luqman itu. Bila dinyatakan perndapatnya itu, tiada siapa yang dengar. Puan Iris juga hanya diam tanpa kata. Tuan Luqman dan Tuan Irham saling berpandangan.

“AYED!!!” Jerit Leona sambil berlari anak ke arah Fayed. “Ayed tak setuju kan dengan cadangan papa tadi?” Soal Leona sambil menarik lengan Fayed supaya berhenti melangkah.
            Fayed menarik nafas dalam. “Let me go Leona, Ayed nak balik.” Kata Fayed. Matanya tajam merenung ke arah tangan Leona yang masih memaut lengannya.
            “Answer me first!” Tegas Leona. Sejujurnya dia langsung tidak bersetuju dengan cadangan papanya itu. Untuk apa papa mencadangkan itu semua? Untuk melihat Fayed dikecewakan sekali lagi?
            Fayed mendengus geram. “Let me go Leona.”
            “No!”
            “Let me go!” Jerkah Fayed sambil merentap kasar tangannya.
            Terkejut Leona dengan jerkahan Fayed itu. Matanya yang bundar mula berkaca. Sedikit terasa bila Fayed menarik kasar lengannya seketika tadi. “What’s wrong with you?” Soal Leona perlahan.

            Tanpa mengendahkan soalan Leona, Fayed terus melangkah ke arah keretanya sebelum menghempas pintu keretanya dengan kasar. Tangannya menghentak steering kereta. Segala kesakitan hilang bila rasa marah mengusai diri. 

No comments:

Post a Comment