5 February 2016

Ivy Raihana Bab 10

BAB 10
IVY menolak perlahan pintu farmasi yang penuh sesak dengan orang ramai. Setelah berjaya meloloskan diri ke dalam farmaasi yang penuh sesak itu, Ivy memandang ke sekeliling untuk mencari kerusi kosong untuk diberikan kepada Nek Munah. Dia suruh tunggu dalam kereta, neneknya tak nak pula.
            Hanya ada satu saja kerusi yang masih kosong, terletak di bahagian paling belakang. Tanpa membuang masa, Ivy memberi ruang kepada Nek Munah untuk duduk di situ. Manakala Ivy dan Aieen pula hanya berdiri di tepi dinding setelah mengambil nombor giliran. Oh ya, Aieen pun ikut sama. Dah alang-alang ada dekat sini katanya.
            Mata Ivy melingas mencari wajah FAyed. Dalam kesibukan orang lalu lalang, mata Ivy tertacap pada wajah yang sedang sibuk berurusan dengan orang yang sedang mengambil ubat di kaunter. Tiba-tiba jantung Ivy berdegup kencang. Tangan Ivy naik menggosok perut sendiri.
            Aieen menyenggol lengan Ivy. “Kau kenapa?” Pelik bila tiba-tiba Ivy nampak menggelabah semacam.
            “Perut aku rasa tak sedap la Aieen.” Bisik Ivy. Tangannya masih lagi menggosok perut yang tiba-tiba buat hal.
            “Kau nak membuang ke Vy?” Aieen menoleh ke kiri dan kanan mencari tandas. Waktu ni juga la perut sepupu dia ni pun nak buat hal.
            “Tak!” Ivy menggeleng pantas.
            “Habis tu?”
            Ivy merapatkan wajahnya dengan telinga Aieen. “Perut aku rasa gatal la Aieen, macam ada kupu-kupu tengah terbang dalam perut aku ni.” Bisik Ivy.
            “What?! Apa yang kau merepek ni Vy?” Soal Aieen tidak faham.
            “Ish, tak ada apa-apa lah.” Ivy menyandarkan badannya ke dinding. Aieen di sebelah sudah tidak dipedulikan. Mata Ivy kembali mencuri pandang ke arah Fayed yang sedang sibuk di kaunter. Sekajap Fayed bangun dan bergerak ke belakang. Kemudian Fayed kembali ke kaunter semula untuk menyerahkan ubat. Dari tadi itu saja lah yang dilakukan oleh Fayed. Kesian dia, mesti penat. Ivy mendongakkan kepala memandang nombor kaunter Fayed. Kaunter tiga. Kedua belah tangan dirapatkan sebelum Ivy pejamkan mata.
            “Kaunter tiga pleaseee... kaunter tiga pleasee... kaunter tiga please...” Ulang Ivy berkali-kali.
            Kening Aieen bercantum di tengah. Apa pula la yang sepupu dia ni buat. Dah macam tok bomoh pula gayanya. “Vy, kau buat apa ni? Kau baca mandrem ke apa?” Bisik Aieen di tepi telinga Ivy. Kenapa la pelik sangat perengai si Ivy ni hari ni.
            “Jangan la kacau aku Aieen.” Kata Ivy tanpa membuka mata. Seketika kemudian dia kembali mengulangi kata-katanya yang tadi. “Kaunter tiga pleaseee...” Aieen hanya menggelengkan kepala. Suka hati kau lah. Bagi menghilangkan rasa bosan, Aieen mengeluarkan telefon untuk bermain game. Nek Munah pula sedang seronok bersembang dengan mak cik yang turut menunggu giliran.
            Ting! ‘Dua satu enam tiga kaunter tiga!’
            Mata Ivy terbuka luas. Tiket angka giliran ditangan dibelek laju. “Yes! Kaunter tiga.” Sorak Ivy dengan gembira. Aieen dan orang sekeliling yang memandang langsung tidak dipedulikan. Tanpa berlengah kakinya melangkah ke arah kaunter tiga.
            Fayed yang sedang sibuk menyusun ubat mengangkat kepala lalu tersenyum ke arah gadis yang sedang berdiri di hadapan kaunter tempat dia bertugas. Seketika kemudian senyuman dia mati. Mata dipejam celik beberapa kali bagi memastikan apa yang dia pandang adalah benar belaka.
            “Buat apa dekat sini?” Soal Fayed dengan wajah yang serius. Macam dah tak ada muka lain pula yang nak datang dekat kaunter dia ni.
            “Nak ambil ubat untuk nenek la.” Jawab Ivy bersahaja. Padahal jantung dah dup dap dup dap laju mengepam darah.
            Fayed menjenguk ke belakang. Kelihatan Nek Munah sedang berbual dengan orang sebelah. Ivy turut menoleh ke arah yang sama. “Kenapa? Tak percaya saya cakap ke?” Soal Ivy.
            Fayed mengeluh perlahan. “Mana lah tahu kut awak datang stalk saya ke.”
            “Nak stalk awak apa benda. Tu slip ubat dekat tangan tu, tak nampak? Nama nenek kan.” Bibir Ivy menjuih ke arah kertas di tangan Fayed. Tak agak-agak nak menuduh di pun.
            “Yed, kenapa?” Soal rakan sekerja Fayed di sebelah. Dari tadi dia perasan macam ada yang tak kena saja dengan Fayed dan gadis yang sedang berdiri di hadapan kaunter tu. FAyed menggeleng tanda tidak ada apa-apa.
            Lalu satu-persatu ubat Nek Munah dihulurkan kepada Ivy yang sedang memandang ke arah dia. “Ni ubat Nek Munah. Makan macam biasa.” Kata Fayed tanpa nada. Belum sempat dia menekan nombor giliran yang lain, Ivy bersuara...
            “Ini ubat apa?” Soal Ivy dengan muka polos.
            Fayed membelek ubat di tangan Ivy. “Metformin.” Jawab Fayed pendek. Dia cuba menekan nombor yang seterurnya tetapi sekali lagi terhenti bila Ivy bersuara lagi.
            “Metformin tu ubat apa?”
            Fayed mengeluh perlahan, menahan rasa geram. “Ubat kencing manis cik kak. Dah lah, ke tepi sikit. Saya nak panggil nombor yang seterusnya pula.”
            “Yang ini pula?” Soal Ivy tanpa mempedulikan arahan Fayed.
            “Meh sini.” Fayed merampas semula ubat-ubatan di tangan Ivy. “Yang ini Gliclazide, ubat kencing manis juga. Yang ini pula Metoprolol, ubat tekanan darah tinggi. Yang ini pun sama, ubat tekanan darah tinggi juga, Amlodipine. Yang ini Simvastatin, ubat kolestrol. Berapa biji yang perlu diambil dah ada dekat sini. Apa yang perlu awak buat adalah B A C A, baca semua yang dekat kotak ni. Dan awak jangan risau, saya rasa Nek Mun dah kenal semua ubat-ubat ni. Berapa biji yang perlu dimakan pun Nek Mun dah hafal dah rasanya. Jadi, awak tak payah la gigih sangat berdiri depan saya tanya macam-macam lagi ye. Ada ramai yang sedang tunggu giliran mereka dekat belakang sana. So please, tolong ke tepi.” Fayed hadiahkan senyuman yang paling manis kepada Ivy. Tetapi untuk seketika cuma. Kemudian wajahnya kembali serius. Rasa geram di dalam hati dipendam saja.
            Ivy menoleh ke belakang seketika sebelum kembali memandang ke arah Fayed. “Terima kasih Encik farmasi yang kacak.” Kata Ivy dengan senyuman yang menghiasi bibir dan Ivy terus berlalu meninggalkan kaunter tempat Fayed bertugas.
            Fayed tercengang. Dia salah dengar ke? Tangannya terus mencapai telefon di dalam poket dan mesej ditaip laju.
            Where goes asam keping? – Fayed
            Telefon diletakkan ke tepi dan Fayed meneruskan tugasnya.
            Ivy yang sedang berjalan ke arah kereta bersama Nek Munah dan Aieen tersenyum membaca mesej yang dihantar oleh Fayed. Hari tu bukan main lagi marah orang mesej dia, hari ni dia pula yang menggelabah mesej orang. Laju tangannya membalas...
            Dah dibawa lari oleh senyuman manis Encik farmasi yang kacak tadi. – Ivy
            Telefon disumbatkan ke dalam poket dan Ivy meneruskan langkah dengan senyuman yang panjang. Patut la kuat sangat kupu-kupu terbang dalam perut dia tadi. Nak dapat senyuman daripada Fayed rupanya.
            Laju Fayed membuka mesej yang dihantar oleh Ivy. Dan sekali lagi Fayed tercengang.

AIEEN menampar bahu Ivy yang sedang memandu. “Kau beria sangat nak bawa nenek datang sini hari ni sebab nak jumpa dengan encik yang dekat kaunter tu kan.” Dari tadi dia perhatikan Ivy yang berdiri di depan kaunter. Lama betul. Bila dia pandang wajah encik tu, baru dia ingat. Encik yang sound Ivy dulu.
            “Aieen! Aku tengah drive la. Pukul-pukul orang pula.” Marah Ivy. Hilang melayang dah senyuman Fayed tadi sebab terkejut kena pukul dengan Aieen.
            Aieen ketawa. “Kau ada hati dengan encik farmasi tu eh...” Usik Aieen sambil menggoyangkan jari nya.
            Ivy menjeling. Sibuk betul la sepupu di ni. “Jangan nak sibuk la.” Marah Ivy dengan mata yang memandang ke hadapan.
            “Eleh, marah konon. Itu la orang tua-tua cakap, jangan benci nanti sayang. Kemain lagi kau marah dia dulu kan. Siapa balas dendam dekat pasar raya tu lagi. Haa, kan sekarang dah sangkut.” Aieen mencuit pipi Ivy. Rasa nak ketawa berdekah-dekah je bila teringat balik si Ivy ni beria bersorak bila dapat kaunter tiga tadi.
            Ivy menjeling Aieen di sebelah sebelum tersenyum. “Kau tak tahu eh Aieen?” Soal Ivy sambil meneruskan pemanduan.
            “Tahu apa?”
            “Masa kereta aku rosak dulu, dia la yang tolong aku. Dari A sampai Z dia tolong aku tau walaupun mulut dia macam longkang, aku tahan saja lah.” Ivy meletakkan tangan ke dahi. Aieen yang melihat sudah tergelak.
            “Apa eh kau panggil dia dulu? Asam keping?”
            “Haah...”
            “Asam keping dah jadi superhero lah sekarang ni ek?” Soal Aieen dengan kening terangkat.
            “Super hero ke?” Ivy ketuk dagu sendiri. “Super hero mulut longkang lah kut.” Mengekek Ivy dan Aieen ketawa. Dalam duk puji sempat lagi mengutuk. Macam-macam betul.
            “Actually aku memang tak suka dengan dia tu Aieen.”
            “Well obviously!” Aieen menjulingkan mata ke atas. Daa... tak cakap pun orang dah tahu.
            “Tapi masa dia tolong aku hari tu, pandangan aku dekat dia berubah sedikit demi sedikit. Walaupun waktu tu mulut dia still macam longkang okey. Selamba je mengata aku. Cakap pun tak pernah nak elok, asyik menyindir je.” Fikiran Ivy kembali berputar pada kejadian yang berlaku hampir tiga minggu lepas.
            “Dah tu, macam mana pula pandangan kau dekat dia boleh berubah? Tak faham la aku. Tak kan kau suka pula dia cakap kasar dengan kau?”
            Ivy angkat bahu tanda tidak tahu. “Kau tahu tak...”
            “Tak tahu.” Jawab Aieen pantas.
            “Aku nak bagi tahu la ni...” Ivy mendengus perlahan. “Masa dekat bengkel hari tu, tiba-tiba aku nampak dia macam kacak sangat. Dengan lengang kemeja yang dilipat sampai siku. Perghhh...”
            “Kamu dah berkenan dekat Yed ke Ivy?” Nek Munah mencelah.
            Erk! Ivy dan Aieen terdiam. Alamak... macam mana la boleh terlupa yang Nek Munah ada dekat belakang...

“YED!” Ridhuan mengejar langkah kaki Fayed yang sedang berjalan menuju ke kawasan tempat letak kereta. Kawan dia yang seorang ni memang menepati masa. Datang kerja tepat pada waktu, balik kerja pun sama.
            Fayed menoleh ke arah belakang. Kakinya juga sudah berhenti melangkah. “Ada apa Wan?” Soal Fayed kepada Ridhuan yang termengah-mengah.
            “Nak pergi tempat parking kan? Saing lah...” Ridhuan tepuk bahu Fayed. Fayed hanya angguk dan kembali melangkah bersama-sama Ridhuan. “Yed, yang pagi tadi tu kenapa?” Dari tadi dia nak tanya tapi asyik lupa saja.
            “Yang mana?” Soal Fayed dengan kerutan di dahi.
            “Yang perempuan dekat depan kaunter kau tu. Kak Anis cakap macam bermasalah saja.”
            “Ooo...” Panjang O Fayed. Kejadian pagi tadi terimbas kembali. Mesej Ivy juga kembali bermain dimindanya. “Entah la Wan, aku pun tak faham apa masalah dia yang sebenarnya.” Fayed angkat bahu. Malas nak fikir banyak pasal Ivy tu.
            “Dia berkenan dekat kau kut Yed.”
            Fayed ketawa mendengar kata-kata Ridhuan. “Jangan buat lawak la Wan. Kalau kau nak tahu aku dengan dia memang tak sebulu. Tiap kali jumpa asyik nak bergaduh saja. Berkenan apa macam tu.” Fayed menyandarkan badan ke keretanya. Bukan jaug mana pun tempat letak kereta tu dengan farmasi.
            “Jadi, kau memang dah selalu la jumpa dengan dia?”
            Fayed angguk. “Bumped into her to be precise. Kau tahu tak dia panggil aku apa?” Soal Fayed sambil menyilangkan tangan ke badan.
            Ridhuan angkat kening. “Asam keping... Ada lagi la few names yang dia bagi dekat aku. Lupa dah...”
            “Seriously Yed?” Soal Ridhuan dengan nada tidak percaya. “Tabah pula hati kau dengar dia panggil kau macam-macam?” Ridhuan menyambung ketawa.
            “Memang tak la aku nak bertabah Wan.” Jawab Fayed tanpa riak.
            “Mesti kau pun panggil dia dengan macam-macam gelaran kan?” Soal Ridhuan dengan ketawa yang masih bersisa.

            Fayed angkat bahu. “Dah lah Wan, aku gerak dulu.” Fayed mula bergerak ke arah tempat pemandu. Ridhuan juga sama, mula bergerak ke arah keretanya sambil tersenyum. Yed... Yed... 

No comments:

Post a Comment