23 November 2015

Ivy Raihana Bab 4

IVY menuruni anak tangga dapur satu persatu. Pukul sembilan baru bangun, bagus betul perangai anak dara seorang ni. Matanya melilau ke kiri dan kanan bila bayang neneknya langsung tidak kelihatan. Matanya terarah ke meja makan pula. Ada tudung saji maknanya ada lah makanan kan. Ivy sudah ketawa senang. Tudung saji dibuka. Nasi goreang kampung dah teh o panas sudah sedia terhidang. Oh senangnya dalam hati, kalau hari-hari macam ni...
            Tangannya terus mencapai pinggan kosong. Tadi tak adalah lapar sangat, tapi bila tengok nasi goreng kampung nenek ni, terus perut berkeroncong. Baru saja dia ingin menyuapkan nasi ke dalam mulut, telinganya dipulas manja.
            “Adoiii nek!” Jerit Ivy. Tak lain tak bukan, memang nenek dia la yang tukang pulas tu.
            “Banyak cantik... bangun tidur terus makan. Dah mandi belum?” Soal Nek Munah sambil bercekak pinggang.
            “Dah la nek. Kan Ivy dah mandi subuh tadi.” Jawab Ivy dengan muka cemberut.
            “Habis tu, dah basuh muka ke belum?” Ivy sengih pula mendengar soalan kedua neneknya. “Belum la tu. Tak senonoh betul anak dara bangun tidur terus makan. Tak ada siapa la yang nak kan kamu nanti kalau perangai kamu macam ni Ivy oii...” Bebel Nek Munah sambil menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Ivy.
            Tanpa rasa bersalah, Ivy terus menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya. “Orang muda lagi nek, tak payah pening fikir pasal tu. Kalau ada yang nak nanti, orang berubah la...” Ivy tayang sengih lagi.
            “Haa, kalau nenek cakap ni menjawab saja kan. Bukan nak dengar pun orang-orang tua tegur. Nanti lepas makan pergi sapu sampah dekat laman tu. Dah bersepah dah daun kering nenek tengok.” Nek Munah menuangkan teh o panas ke dalam cawan dan disuakan ke arah Ivy. Nek Munah ni mulut saja yang suka membebel, tapi sayang terlebih juga dekat Ivy ni.
            “Eh bukan ke selalunya orang sapu sampah belah petang ke nek? Pagi-pagi orang tengok je dulu sampah tu.”
            “Siapa yang cakap macam tu?”
            “Ivy la yang cakap.” Ivy gelak.
            “Orang pemalas memang macam tu. Suka bagi alasan.”
            “Amboi nek... smash tak hengat ni ha. Yela nenek ku sayang, kejap lagi Ivy pergi sapu sampah tu.” Jawab Ivy lalu menyudahkan suapannya. Nek Munah tersenyum Dengan Ivy memang kena smash selalu sebab cucu dia yang ini banyak betul auta. Orang cakap itu, dia cakap ini.
            “Tadi ayah telefon.” Kata Nek Munah.
            Ivy meneguk perlahan teh o yang neneknya tuangkan. “Kenapa nek? Ayah cakap apa?”
            “Ayah tanya khabar nenek dengan Ivy.”
            “Ouh... lagi?”
            “Ayah suruh nenek pujuk Ivy balik sana.” Jawab Nek Munah tanpa rasa.
            Erk! Rasa macam nak tercekik pula. Padahal minum air saja. “Habis tu nenek cakap apa?”
            “Nenek cakap terpulang pada kamu lah nak balik ke tidak, nenak tak boleh nak paksa. Tapi ayah kamu tetap berkeras nak kamu balik sana. Dia nak Ivy kerja dengan dia.” Kata Nek Munah lagi.
            Ivy diam memikir. “Ivy tak nak balik nek. Ivy nak duduk sini dengan nenek. Kenapa nenek tak cakap saja dekat ayah yang nenek tak nak Ivy balik sana? Kan senang kerja Ivy, tak payah bagi alasan apa lagi dah dekat ayah.”
            Nek Munah menjeling. “Amboi, nak senang kerja kamu saja ye.” Ivy ketawa mendengar kata-kata Neneknya itu. “Nenek tak nak lah gaduh dengan ayah kamu pula. Bukan kamu tak kenal ayah kamu tu macam mana kan. Tegas bukan main. Nenek malas nak bersoal jawab dengan dia.”
            Ivy mengeluh perlahan. “Habis tu, nenek tak apa ke kalau Ivy balik sana? Nanti nenek nak tinggal dengan siapa? Tak kan nak tinggal sorang-sorang pula? Nenek ikut Ivy balik sana nak tak?” Ivy membei cadangan walaupun dia dah tahu yang cadangan dia pasti akan ditolak.
            “Tak nak lah nenek. Ivy pergi la balik sana, nenek duduk sini je.” Tolak Nek Munah. Kan dah cakap. Memang tak la nenek dia nak ikut dia balik rumah ayah.
            “Habis tu siapa yang nak jaga nenek kalau Ivy tak ada nanti. Siapa yang nak ambilkan ubat untuk nenek dekat farmasi tu nanti bila Ivy tak ada. Ha siapa nek?” Soal Ivy. Saja mengacah neneknya supaya nenek menahan dia dariipada balik ke sana.
            “Asam keping kan ada... apa susah. Dia boleh tolong ambilkan untuk nenek.” Jawab Nek Munah dengan wajah bersahaja.
            Asam keping?! Dahi Ivy berlapis memikirkan siapa asam keping yang neneknya maksud kan. Wait! Asam keping? “Asam keping mana yang nenek maksudkan ni? Asam keping yang itu ke?” Kepala Ivy sudah terbayang wajah asam keping yang Nek Munah maksudkan.
            “Asam keping mana lagi yang boleh berjalan, bercakap macam kita Ivy oii...” Nek Munah buat muka bosan. Buat-buat tak tahu pula dah cucu dia ni.
            Ivy terus melepaskan ketawa. Nenek pun dah panggil mamat tu asam keping. Haa, padan muka kau. Kalau tahu nenek panggil kau macam tu, agak-agak kau nak jumpa lagi ke tidak dengan nenek ha asam keping? Ivy gelak jahat dalam hati. “Kenapa nenek panggil dia asam keping?” Soal Ivy. Saja nak tahu apa jawapan nenek dia.
            Nek Munah bangun untuk ke belakang rumah semula. “Dah kamu panggil dia asam keping, nenek pun  panggil dia asam keping juga lah. Cucu borek, nenek rintik.” Usai berkata Nek Munah terus ke belakang.
            Ivy sudah ketawa berdekah-dekah. Tak nampak macam perempuan langsung bila dia gelak macam tu. Hadoi la nenek, kenapa la kelakar sangat ni. “Tapi Ivy tetap nak jaga nenek dekat sini. Tak payah lah nak susahkan asam keping tu nenek. Karang asam keping bertukar jadi asam jawa pula. Kesian dekat mak dia.” Jerit Ivy sambil ketawa. Neneknya yang dekat belakang tu entah dengar ke tidak apa yang dia jeritkan.

IVY sedang memandu ketika telefonnya tiba-tiba berbunyi. Bila nama ayah yang terpapar di skrin, Ivy terus memberhentikan keretanya di bahu jalan. Ni mesti tak ada lain, mesti ayah dia nak suruh dia balik sana ni. Haila...
            Salam ayahnya dijawab perlahan. “Ada apa ayah call Vy?”
            “Hai, tak kan nak call anak sendiri pun tak boleh? Nak tunggu Vy yang call ayah, entah bila la.” Sindir Tuan Ilias.
            Ivy mengeluh perlahan. Bukan dia tak nak telefon ayah dia. Tapi kalau dia telefon, isu ini juga yang ayah dia bangkitkan. Lebih baik dia tak payah telefon. “Sorry ayah...” Jawab Ivy. Tak nak lah menjawab, karang gaduh tak pasal.
            “Ayah rasa nenek dah bagi tahu Ivy kan. Jadi, ayah tak nak cakap banyak. Ayah nak, Ivy balik kerja dengan ayah as soon as possible.” Tegas Tuan Ilias berkata. Cakap straight to the point. Tak perlu nak bengkang bengkok sebab anak dara dia yang seorang ni banyak betul alasan.
            “Tak boleh la ayah...” Jawab Ivy malas.
            “Kenapa tak boleh pula?”
            “Kesian la nenek tinggal dekat sini sorang-sorang. Nenek pun bukan sihat mana.” Jawab Ivy memberi alasan yang sama tiap kali isu ini timbul.
            “Nanti ayah carikan bibik untuk teman dan jaga nenek.”
            Pantas Ivy menggeleng. Macam lah ayah dia nampak gelengan dia tu. “Tak boleh. Nanti nenek tak selesa. Nenek kan tak suka kalau ada orang luar dalam rumah dia.” Memandai saja dia cakap. Tahu dek nenek ni mesti kena pelangkung. Dah nenek bukan macam tu pun.
            “Stop giving me excuses Ivy!” Suara Tuan Ilias berubah tegas. “Ayah dah bagi semua yang Ivy mahukan. Nak tinggal dengan nenek, ayah dah bagi. Nak masuk pertandingan nyanyian yang entah apa-apa tu pun ayah dah bagi. Tak kan lah kemahuan ayah yang satu ni Ivy tak boleh nak ikut? Ayah cuma nak Ivy kerja. Gunakan ilmu dan ijazah yang Ivy ada. Bukan kerja dengan orang lain pun, kerja dengan ayah saja.” Marah Tuan Ilias.
            Jadi, key point nya adalah kerja! “Ayah nak Ivy kerja?”
            “Yes!”
            Ivy senyum. “Baiklah, Ivy akan kerja. Tapi dekat sini, bukan dekat sana.” Jawab Ivy. Sehabis boleh dia tak nak balik ke sana.
            Tuan Ilias mengeluh. Memang anak dia yang bongsu ni degil level maksimum. “Kerja apa je yang ada dekat sana Ivy. Gaji pun kecil saja. Kenapa yang susah sangat nak balik kerja dengan ayah ni?”
            “Ayah... Kan Along dah ada kerja dengan ayah. Ivy kerja dekat sini saja lah. Soal gaji tak penting ayah. Yang penting Ivy nak tinggal dekat sini dan Ivy akan cuba cari kerja dekat sini juga.”
            “Tapi susah nak cari kerja yang sesuai dengan kelulusan Ivy dekat sana. Cuba faham sikit apa yang ayah cakapkan ni Ivy.” Marah Tuan Ilias lagi. Cakap dengan Ivy memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.
            “Kerja biasa-biasa pun tak apa ayah, asal kerja. Ivy tak kisah kalau kerja jadi pembantu dekat kedai runcit sekalipun.” Jawab Ivy senang. Cakap memang senang, nak buat tu yang payah Ivy oiii... Belum rasa boleh la cakap macam-macam.
            “Baik, ayah nak tengok kerja apa yang Ivy boleh buat nanti. Ayah nak tengok selama mana yang mampu Ivy bertahan untuk buat keja tu semua.” Cabar Tuan Ilias. Cakap banyak pun tak guna kalau dah Ivy asyik membantah apa saja yang dia cakap. Kalau dekat, dah lama dah dia tarik Ivy balik ikut dia.
            Ivy senyum. Walaupun  dalam hati berdebar juga mendengar cabaran daripada ayahnya itu. “Okay ayah. Will let you know later.”
            “Kirim salam nenek. Assalamualaikum.” Kata Tuan Ilias sebelum memutuskan talian. Hatinya semakin geram bila Ivy langsung tidak terkesan dengan ugutan dia.
            Ivy memandang skrin telefon yang sudah gelap. Nafasnya dilepaskan perlahan-lahan. Dia dah kena mula cari kerja nampaknya. Agak-agak ada ke kerja kosong dekat sini? Ivy memandang sekeliling. Sudah senja rupanya. Gaduh lama sangat dengan ayah sampaikan tak perasan yang hari petang sudah berubah senja.

Ivy cuba menukarkan gear untuk meneruskan perjalan tetapi tiba-tiba gear keretanya tersekat. Berkali-kali Ivy mencuba namun tetap tidak berjaya. Peluh mula merenik di dahi. Apa yang dia nak buat ni. Telefon di atas kerusi sebelah di capai dan ditekan-tekan untuk mencari nombor telefon Nek Munah. Tapi, skrin telefon tetap juga gelap. Eh, tak ada bateri ke apa? Tadi elok saja bercakap dengan ayah. Ingatkan skrin gelap sebab ayah dah putuskan panggilan. Kenapa ni???!!! Ivy mengetuk-ngetuk telefon ke steering kereta. Nenek!!!

2 comments: