22 November 2015

Ivy Raihana Bab 3

TIGA puluh minit. Dia dah lambat tiga puluh minit! Alahai, teruk la nanti kena bebel. Ivy sudah menggelabah. Enjin kereta dihidupkan dan tidak lama kemudian kereta terus menderu meninggalkan halaman rumah Nek Munah. Hari ini neneknya ke rumah kawannya di kampung sebelah kerana ada kenduri kesyukuran. Ivy yang tidak berminat dengan semua jenis kenduri minta untuk pulang terlebih dahulu dan akan datang semula kemudian. Tapi sekarang dia sudah terlewat dari masa yang telah dijanjikan dengan neneknya.
            Tiba separuh perjalanan tiba-tiba telefonnya berbunyi. Panggilan daripada Puan Intan iaitu mamanya. Lupa nak pakai handsfree, signal ke kiri diberikan dan Ivy berhenti di bahu jalan untuk menjawab panggilan telefon mamanya.
            “Heya ma!” Jawab Ivy dengan ceria. Lahai rindunya dekat mama...
            “Astaghfirullahalazim... Salam mana Ivy?” Soal Puan Intan garang.
            “Lupa ma, sorry!” Jawab Ivy dalam gelak ketawa. “Assalamualaikum Puan Intan. Puan Intan sihat ke? Ivy Raihana rindu sangat dekat Puan Intan ni...”
            “Waalaikumussalam. Main je keje. Tak pernah nak serius. Dah tahu rindu balik la sini.” Bebel Puan Intan. Konon marah tapi dia dah senyum-senyum dah sekat sebelah sana. Dia pun dah rindu sangat dekat anak dia yang sorang ni.
            “Kesian nenek tinggal dekat sini sorang-sorang ma.” Nada suara dibuat sedih. Pandai berlakon betul budak Ivy ni. Patutnya hari tu tak payah masuk pertandingan nyanyian, pergi audition untuk lakonan aje. Confirm dapat.
            “Apa susah, bawa la nenek balik sama. Cakap saja bila nanti mama suruh baba book tiket.”
            “Urm...” Ivy diam seketika. “Nanti lah Ivy cakap dengan nenek dulu. Nenek tu bukan senang nak bawa dia keluar dari kampung lama-lama. Ada saja yang dia sayang nak tinggalkan dekat rumah tu. Itik, ayam, kucing bagai.”
            “Ha ye lah. Kamu buat apa ni? Nenek sihat tak?”
            “Nenek sihat. Ivy nak pergi am... Eh ya Allah ma!”
            “Kenapa Vy?” Soal Puan Intan risau.
            “Ivy dah lewat ni, nak pergi ambil nenek. Alaaa mesti teruk kena bebel dengan nenek nanti.” Gear kereta bertukar, signal ke kanan diberikan.
            “Macam-macam la kamu ni, mama ingatkan apa la tadi. Haa, tu jangan nak pecut sangat ye. Bawa kereta biar berhemah sikit Ivy.” Sempat Puan Intan berpesan.
            “Yes ma, got to go. Talk to you later okay... Bye ma, muahhh...” Telefon terus dicampak ke kerusi sebelah tanpa sempat mendengar balasan Puan Intan dan kereta kembali menderu laju.

“EH Acik Mun, tak balik lagi?” Tegur Puan Fadilah. Kenduri kesyukuran di rumahnya hari ini adalah bersempena dengan kepulangan anak lelaki tunggalnya dari luar negara. Sudah lama dia berhajat nak buat kenduri kesyukuran, tetapi hari ini baru berkesempatan.
            “Belum Fad. Acik tunggu cucu acik ni...”
            “Laa kenapa tunggu dekat sini, tunggu dekat dalam saja lah acik. Kesian acik berdiri lama macam ni.”
            “Eh tak apa Fad. Takut nanti cucu acik tak tahu pula nak cari acik dekat mana.” Nek Munah menolak dengan sopan. Kalau dia tunggu dekat dalam, sahih cucunya tak jumpa nak cari. Ivy tu bukan jenis suka mencari pun. Itu yang dia janji nak tunggu dekat depan pintu pagar ni saja tadi. Nak suruh Ivy telefon, dia tak ada telefon. Cucunya nak belikan, dia tak nak pula.
            “Tak apa lah acik...” Puan Fadilah cuba menarik tangan Nek Munah untuk ke dalam semula.
            “Umi! Ada orang nak jumpa...” Fayed tiba-tiba mencelah.
            “Siapa Yed?”
            “Tak tahu. Ada dekat sana...”
            “Okay Yed temankan Nek Mun sekejap. Ajak Nek Mun masuk dalam, tunggu dekat dalam lebih selesa.” Usai berkata Puan Fadilah terus berlalu ke arah kawannya yang diberitahu oleh Fayed tadi.
            “Nek tunggu siapa?” Soal Fayed pula.
            “Tunggu cucu nenek.”
            “Dari tadi saya nampak nenek tercegat dekat sini. Jadi nenek tunggu cucu nenek lah ni ye?” Soal Fayed dengan sopan.
            Nek Munah angguk dan senyum. “Eh dah lama juga la nenek berdiri dekat sini. Jom lah tunggu dekat dalam saja. Nanti Fayed tolong tengokkan kalau cucu nenek dah sampai.”
            “Tak apa lah Fayed, sekejap lagi sampai la cucu nenek tu.” Sekali lagi Nek Munah menolak. Fayed cuba untuk memujuk Nek Munah masuk ke dalam, namun belum sempat dia bersuara, ada kereta yang tiba-tiba berhenti di hadapan mereka.
            “Nenek!” Ivy meluru ke arah neneknya. “Ampun nek, Ivy tertidur tadi, lupa nak set alarm.” Kata Ivy terburu-buru tanpa menghiraukan orang di sekeliling.
            Mata Fayed membulat. Heh, minah sewel ni lagi. Memang bermasalah betul lah minah ni. Belum sempat Nek Munah menjawab, ada yang lain yang terlebih dahulu bersuara... “ Buruk perangai betul, petang-petang macam ni boleh pula dia membuta sampai terlupa nak ambil nenek sendiri. Selfish!”
            Erk! Ivy terkaku. Macam pernah dengar suara sumbang ni, tapi di mana ya? Asam keping?! “Weh asam keping, buat apa dekat sini? Mengintip saya ye?” Soal Ivy garang dengan tangan naik mencekak pinggang.
            Sekali lagi mata Fayed membulat. Asam keping lagi? Minah nii memang nak kena. “Otak tu tak payah nak biul sangat. Ingat saya hadap sangat ke nak mengintip awak? Dah lah sewel, biul pula tu. Tambah satu lagi, selfish!” Balas Fayed bersahaja.
            Dia cakap aku biul? Marah Ivy semakin memuncak. “Kurang ajar punya asam keping. Sedap mulut je mengata orang eh. Ingat awak tu hebat sangat ke cakap orang macam tu. Dasar asam keping bodoh sombong! Dah lah bodoh, sombong pula tu.” Balas Ivy tanpa teragak-agak. Muka Fayed sudah merah menahan marah.
“Tambah satu lagi, busybody mengalahkan Mak Jemah. Tambah satu lagi, mulut longkang. Tambah satu lagi, psiko! Tambah satu lagi...”
            “Asyik tambah satu lagi je... habis tu bila nak balik nya?” Celah Nek Munah bosan. Apa masalah entah budak berdua ni. Baru jumpa terus gaduh. Ke dah pernah jumpa sebelum ni?
            Ivy terus terdiam. Fayed memandang ke arah Ivy dengan pandangan yang membunuh. “Lain kali kalau nak buat apa-apa pun cuba fikirkan tentang orang lain juga. Nenek awak ni dah tunggu dekat sini hampir satu jam. Tak kesian ke? Kalau nak membuta sangat pun, tunggu la lepas ambil nenek awak dulu. Lepas tu membuta lah sampai ke maghrib esok pun, dah tak ada nak menyusahkan sesiapa lagi dah. Hidup ni jangan nak pentingkan diri sangat, fikirkan tentang orang lain juga. Fayed masuk dalam dulu Nek Mun, senang-senang datang lah lagi. Lain kali biar Fayed saja yang hantar nenek balik. Selamat jalan nek...” Usai berkata Fayed terus masuk ke dalam rumahnya.
            Ivy hanya memandang susuk tubuh Fayed yang sudah menonong masuk ke dalam rumah. Rumah dia ke ni? Nenek datang kenduri rumah asam keping ke? Alahai nenek...
            “Tercegat kenapa lagi dekat situ? Tak nak balik ke?” Soal Nek Munah yang sudah bersedia untuk masuk ke dalam kereta.
            Ivy terus melangkah ke arah keretanya dengan wajah yang cemberut. Kereta dipecut laju meninggalkan kawasan rumah Fayed. Nek Munah hanya diam sambil memandang ke arah luar tingkap.
            “Nenek tak nak marah Ivy ke sebab lambat datang ambil nenek?” Soal Ivy dengan wajah yang muram.
            Nek Munah memandang wajah Ivy yang sedang memandu dengan senyuman. “Tak payah lah kut. Fayed dah tolong nenek marahkan kamu, cukup lah.” Jawab Nek Munah selamba.
            “Nenek! Tak membantu langsung. Bukan nak back up cucu pun.” Nek Munah tergelak melihat mulut Ivy yang memuncung. “Nanti Ivy nak belikan nenek telefon. Senang kalau Ivy lupa nak ambil nenek macam tadi nenek boleh call Ivy terus. Nanti tak payah lah Ivy nak tebalkan telinga dengar mamat asam keping tu mengutuk membebel dekat Ivy macam-macam.” Tapi akan berjumpa lagi ke dengan mamat asam keping tu nanti. Ouh harap-harap tidak lah...
            “Suka hati kamu lah Vy...” Balas Nek Munah malas.
            “Tapi kan nek...”
            “Tapi apa?”
            “Kenapa dia panggil nenek, Nek Mun?”
            “Kenapa tak boleh pula?”
            “Macam...”
            “Macam apa?”
            “Macam nak muntah saja...”
            PAP! Nek Munah memukul bahu Ivy.

            “Adoiyaiii.... sakit lah nek.” Wajah Ivy kembali cemberut. Nek Munah sudah ketawa sakan. Itu lah padahnya kalau tak reti nak berhenti bercakap. Padan muka...

No comments:

Post a Comment