22 November 2015

Ivy Raihana Bab 2

FAYED melangkah perlahan ke dalam pasar raya. Aktiviti yang paling malas dia nak buat di hujung minggu adalah shopping barang dapur, tapi yang itu juga lah yang ummi dia suruh buat. Kakak dengan adik bukan nak tolong, siap gelakkan dia lagi ada. Sepatutnya anak-anak perempuan ummi yang tolong belikan. Ini tidak, dah terbalik pula. Kakak dengan adik pun mengada, bila orang ajak semua tak nak ikut. Memang suka mendera.
Tapi sebab ini juga lah dia kenal dengan segala jenis bawang dan bahan-bahan masakan yang lain. Kira boleh berterima kasih juga lah dengan ummi sebab suruh dia buat semua ni.
            “Fayed!”
            Fayed memandang sekeliling. Belum pun sempat dia menolak troli ke dalam, sekali lagi terdengar namanya dipanggil.
            “Fayed Nazmi!”
            Fayed memandang ke kiri dan kanan, langsung tiada wajah yang dia kenali. Suara yang memanggil semakin jelas kedengaran. “Oit, kat sini lah.” Bahunya ditepuk dari arah belakang.
            Pantas Fayed menoleh ke belakang. “Arif! Ya Allah, kau rupanya...” Fayed terjerit teruja lantas dia memeluk bahu Arif dengan erat.
            “Ye la aku. Dari tadi perati kan kau jalang menonong je. Aku nak kejar pun tak sempat. Itu yang aku jerit panggil nama kau tu.” Arif turut membalas pelukan Fayed.
            “Ya Allah sungguh aku tak perasan kau tadi Rif. Ingatkan siapa lah yang panggil nama aku dekat tengah-tengah pasaraya ni. Perasan glamour dah aku tadi.” Ketawa mereka pecah. Walau dah lama tak jumpa, perangai tetap tak berubah. Suka berlawak.
            “Ke mana kau menghilang ha Yed? Sekarang baru nampak batang hidung.” Arif memandang Fayed atas bawah. Sudah agak lama juga mereka tidak berjumpa. Lebih kurang tiga tahun. Selepas habis pengajian mereka di universiti tempatan, masing-masing melanjutkan pelajaran ke luar negara pula. Pada awalnya masing-masing masih saling berhunbung. Tapi setahun kemudian, Fayed tiba-tiba senyap. Kawan-kawan yang lain turut bertanyakan tentang Fayed, namun tiada siapa pun yang tahu tentang Fayed selepas itu.
            Ketawa Fayed perlahan-lahan mati. Ke mana dia menghilang? Dia bukan menghilang. Dia cuma menjauhkan diri dari rakan-rakannya yang lain. Kenapa? Belum masanya untuk berkongsi dengan sesiapa.
            “Aku ada je dekat sini. Kau apa cerita sekarang Rif? Anak dah berapa orang?” Soal Fayed dengan wajah yang cuba diceriakan.
            “Aku macam ni lah. Anak dah masuk tiga, isteri tetap satu.” Arif gelak dengan kata-katanya sendiri.
            “Tiga dah anak kau? Last kita jumpa hari tu anak kau baru seorang kan? Wah, cepat betul kau proses ye?” Usik Fayed.
            “Woi kita dah berapa lama tak jumpa bro. Memang patutnya lah pun kalau aku dah ada tiga orang anak. Lagi pun aku kan kahwin awal. Yang tak patutnya kalau kau tu tak ada anak lagi atau pun masih membujang sampai sekarang.” Arif membalas usikan Fayed beserta cuba mengorek rahsia kehidupan Fayed sekarang.
            Fayed terdiam seketika sebelum kembali senyum. “Memang aku belum kahwin pun Rif.” Kahwin pun belum. Memang tak la nak ada anak.
            “What?! Kau biar betul Yed...”
            “Betul... tak tipu langsung.” Jawab Fayed dengan wajah selamba.
            “Sumpah?” Soal Arif tidak percaya. Tetapi belum sempat Fayed menjawab tiba-tiba ada suara yang mencelah.
            “Nak main sumpah-sumpah ke, sesumpah ke, boleh pergi main jauh-jauh sikit tak? Orang datang sini nak membeli belah, bukan nak main-main macam encik berdua ni. dah lah block jalan orang. Tak nampak ke orang kiri kanan berhimpit nak lalu sini. Encik berdua ni boleh pula seronok bersembang macam tak ada masalah.”
 Ivy menjeling dua orang makhluk yang tercegat berdiri di hadpannya. Mamat poyo dekat kaunter farmasi hari tu. Wajah yang tak akan dia lupa. Hari tu seronok sangat bebelkan dia dekat kaunter kan. Hari ni giliran mamat ni pula yang kena bebel. Dekat tengah-tengah pasar raya ni pula. Puas hati betul.
Fayed memandang Ivy dengan mata yang garang. Minah pekak dekat farmasi hari tu. Memang tak la dia nak lupakan. Spesis tak sedar diri. Dah kena marah boleh pula dia marahkan kita pula. Padahal dah terang-terang dia yang salah.
“Nak balas dendam pasal yang hari tu ke cik kak?” Soal Fayed tanpa lengah. Kalau tengok pada gaya memang lah minah ni nak balas dendam pasal yang hari tu. Tengok muka tu pun dah tahu.
“Eh, ingat lagi ke cik abang?” Soal Ivy pula dengan nada yang sinis. Tangan disilangkan ke badan. Niat nak membeli buah-buahan tadi terus dilupakan. Mamat kat depan ni la yang punya pasal.
Fayed ketawa. Tapi ketawa yang menyakitkan hati. “Mana boleh lupa minah sewel macam cik kak ni.” Jawab Fayed selamba. Turut menyilangkan tangannya ke badan.
Ivy turut ketawa tetapi ketawa yang sangat jelik bunyinya. Cuba menahan rasa marah bila Fayed mengutuk dia. “Saya pun tak kan pernah lupa muka asam keping yang suka meroyan tak tentu pasal macam encik ni.” Balas Ivy dengan bangganya.
What did she called me? Asam keping? Seriously? Wajah Fayed berubah tegang. “Awak! Memang tak reti adab sopan kan. Main kutuk orang macam tu je. Selamba saja cakap cakap muka saya muka asam keping. Habis tu muka cik kak ni ingat cantik sangat ke? dah lah tak cantik, sewel pula tu.” Marah Fayed. Tangan digenggam kemas menahan amarah.
“Dah tu encik ni seorang yang beradab sangat lah? Tak sedar ke yang encik tu pun tak ada adab lebih daripada saya? Orang dah minta maaf, tetap juga nak marah. Lepas tu cakap orang sewel pula. Mulut encik ni macam mulut longkang!” Tangan Ivy sudah beralih ke pinggangnya pula dengan kepala mendongak memandang Fayed. Dah kenapa pula yang tinggi sangat ni. Lenguh dah leher nak mendongak macam ni. Bebel Ivy dalam hati.
“You!” Jari telunjuk Fayed betul-betul di depan mata Ivy. Rahangnya pula bergerak-gerak. Mulut cabul betul minah pendek ni. Sesedap rasa saja cakap orang mulut longkang. Memang nak kena la.
“You what?!” Cabar Ivy dengan mata yang membulat. Masih setia mendongak memandang Fayed walaupun  leher dah lenguh macam nak tercabut.
“Enough guys! Tak malu dekat orang ramai ke?” Arif mencelah. Segan dah dia ni bila orang ramai sudah mula memandang.
“You shut up!” Jerit Fayed dan Ivy serentak. Masing-masing masih dengan amarah yang menggunung di dalam hati. Arif cuma menggelengkan kepala.
“Ivy!” Jerit Aieen sambil berlari anak ke arah Ivy. Dekat sini rupanya sepupu dia ni. Dari tadi dia cari. Ingatkan ke mana lah budak Ivy ni hilang. “Weh Vy, kau kenapa?” Aieen menarik tangan Ivy. Perasan yang orang sekeliling sedang memandang ke arah Ivy dan encik... Aieen memandang Fayed tanpa kelip. Eh, encik yang dekat kaunter hari tu la.
Ivy dan Fayed masih saling memandang dengan pandangan mata yang membunuh. Keadaan sekeliling langsung tak diendahkan. Arif di sisi Fayed juga mula rasa tidak selesa bila mereka sudah menjadi tumpuan orang ramai.
“Cik, kawan awak ke ni?” Tanya Arif kepada Aieen.
Aieen menoleh ke arah Arif yang berdiri di sebelah Fayed. “Tak, ini sepupu saya.” Jawab Aieen.
“Boleh bawa sepupu cik ni ke tempat lain? Kawan saya ni, biar saya saja yang uruskan.”
“Kenapa dengan mereka berdua ni?” Soal Aieen. Dia ni memang blur ke apa. Sekali pandang pun  dah tahu yang Fayed dengan Ivy sedang bergaduh. Aieen ooo Aieen, kenapa slow sangat?
“Mereka bergaduh.” Jawab Arif.
“Tak lah!” Jawab Fayed dan Ivy serentak sambil memandang ke arah Arif pula. Terkejut dibuatnya kawan tu.
“Jom lah Aieen kita ke tempat lain. Dekat sini tak best la. Ada asam keping bau longkang.” Ivy menjeling Fayed sekilas lalu menarik tangan Aieen untuk berlalu.
Fayed yang mendengar kata-kata Ivy itu tyadi semakin sentap dibuatnya. Dia cuba untuk membalas balik kata-kata Ivy, namun sempat di tahan oleh Arif.
“Sudah lah Yed, jangan dilayan sangat budak perempuan macam tu. Orang ramai dah pandang korang semacam dah ni. Jom lah kita pergi minum.” Arif menarik tangan Fayed untuk keluar dari situ.
Fayed mendengus geram. Kalau sekali lagi dia jumpa dengan minah tu, memang penyek minah tu dia kerja kan. Biar jadi macam ayam penyek.

FAYED melangkah ke arah table island dengan langkah yang lemah. Puan Fadilah memandang ke arah anaknya yang sedang melangkah longkai. Kedua belah tangan Fayed kosong. Tiada barang yang dipesannya tadi.
            “Barang ummi mana?” Soal Puan Fadilah setelah Fayed melabuhkan duduk di atas kerusi yang kosong.
            “Tak beli ummi.” Jawab Fayed bersahaja.
            “Eh, kenapa pula? Kan ummi nak guna barang tu Yed.”
            “Ummi suruh adik atau kakak saja lah yang belikan  nanti.”
            “Pula...” Wajah serabut anaknya itu dipandang tanpa lepas. “Kenapa dengan Yed ni? Serabut semacam saja ummi tengok.”
            Fayed senyum. Tak kan lah nak ceritakan apa yang terjadi dekat pasar raya tu tadi dekat ummi pula. Macam budak-budak. Lepas gaduh balik ngadu dekat ummi. “Tak ada apa lah ummi, Yed okey saja.”
            “Betul ke okey? Ke Yed fikirkan tentang seseorang?”
            Faham dengan seseorang yang umminya maksud kan, pantas Fayed menggeleng. “Kakak dengan adik mana ummi? Tak nampak pun. Tadi cakap  nak kemas rumah kan.” Salah satu alasan yang kakak dan adiknya berikan ketika dia mengajak mereka untuk menemani dia ke pasar raya tadi.
            “Ada dekat atas. Dah siap dah kemas dekat depan sana, nak kemas bilik pula katanya.” Jawab Puan Fadilah. Tahu yang anaknya cuba untuk mengelak daripada menjawab soalan dia tadi.
            “Kalau macam tu, Yed naik atas dulu lah ummi.” Fayed bangun untuk berlalu. Tapi belum sempat dia membuka langkah, Puan fadilah bersuara.
            “Sampai bila Yed? Sampai bila Yed nak macam ni?” Soal Puan Fadilah perlahan.
            Fayed memandang Puan Fadilah tanpa perasaan. Tidak lama kemuadian dia kembali berpaling dan melangkah meninggalkan umminya sendirian di dapur. Puan Fadilah hanya menggelang. Entah sampai bila la Fayed nak jadi macam ni. Keluhan dilepaskan tanpa sedar.



No comments:

Post a Comment