22 November 2015

Ivy Raihana Bab 1

ORANG cakap kalau masuk pertandingan nyanyian tu, nanti aku boleh jadi popular. Tak kisah lah menang ke tak, yang penting orang kenal. Haa, nanti popular lah. Tapi memang la... Memang tak boleh percaya langsung. Aku balik rumah tak ada apa pun yang berubah.
 Jiran-jiran kadang tegur kadang tak macam tu juga. Tiap-tiap minggu pun kena pergi pasar juga. Sampai masa kena bawa kereta pergi servis juga. Tiap-tiap bulan kena pergi ambil ubat nenek dekat farmasi juga. Bila keluar tak ada pun yang datang tegur, eh awak yang masuk pertandingan nyanyian hari tu kan. Tak ada! Tak ada apa-apa yang berubah. Langsung! Huh! Ivy Raihana mengeluh lemah.
            “Yang kau percaya apa yang diorang cakap tu kenapa?” Soal Aieen. Tak sangka pula yang sepupu dia ni boelh terpengaruh dengan cakap-cakap orang. Nak kata tak cerdik, belajar sampai ke luar negara sana. Attention seeker ke apa Si Ivy ni.
“Sebab aku seorang yang naif la...” Ivy menjeling Aieen di sebelah. Nak mengutuk dia lah tu.
            “Habis tu sekarang siapa yang rugi? Tak pasal tak dapat kerja dekat company Abang Lukman.”
            Kerja dengan Abang Lukman?! Memang tak lah aku nak kerja dekat situ. Jadi PA dia pula tu. Huish tak sanggup aku weh. Bisik Ivy geram. Siapa yang tak kenal dengan Abang Lukman tu. Gatal merenyam. “Bukan rezeki aku lah tu Aieen oiii...” Jawab Ivy. Malas nak cakap banyak, bukan Aieen tak kenal pun dengan perangai Abang Lukman tu.
            “Eh Vy, suara kau bukan tak sedap pun kan. Tapi kenapa kau tak menang ye?” Soal Aieen. Ye lah, suara sepupu dia ni boleh tahan juga la. Bukan stok menyanyi dalam bilik air pun. Entah apa lagi yang tak cukup agaknya ye.
            Ivy menjeling Aieen di sebelah. Haila budak ni, aku campak juga dalam laut sana tu. Kalau cakap tak cerdik karang, marah. Tapi kalau cerdik, tak adanya dia tanya soalan macam gitu. “Bukan rezeki aku lah tu Aieen oiii...”
            “Kau ni, asyik bukan rezeki kau saja. Tak ada benda lain ke kau nak cakap.”
            “Habis tu kau nak aku cakap apa? Eh dah lah, aku nak pergi farmasi ni nak ambil ubat nenek. Kau nak ikut tak?” Ivy bangun dan menepuk-nepuk punggung nya. Kut la ada lekat kotoran. Padahal tangga ni tiga kali sehari nenek dia sapu.
            “Nak! Bosan juga duduk dekat rumah je.” Aieen turut bangun dan melakukan perkara yang sama dengan Ivy. Sekali pandang macam kembar pula. Aieen memang rapat dengan Ivy, sejak kecil lagi. Umur pun beza setahun saja. Kiranya Aieen ni partner in crime Ivy la.
            “Habis tu kenapa tak kau saja yang kerja dengan Abang Lukman tu?”
            “Eee tak nak lah aku. Abang Lukman tu gatal...” Aieen menggeleng laju.
            “Haa tahu pun. Tadi sedap aje cakap dekat aku kan rugi tak dapat kerja dekat company Abang Lukman tu.” Cakap kat orang pandai, bila kena batang hidung sendiri tak nak pula.
            Aieen sengih. “Kalau Abang Lukman nak menggatal dengan kau aku kisah apa. Sebab tu lah aku cakap macam tu.”
            Ivy menolak bahu Aieen. “Pandai kau kan. Kalau aku semua asal boleh. Kalau kau pandai pula nak memilih. Sengal!” Sekali lagi Ivy menolak bahu Aieen sambil ketawa.
            “Aku cakap je Vy. Dah Abang Lukman tu pun asyik nampak kau je, asyik offer kau je kerja dengan dia. Aku ni mana dia nak nampak.” Aieen tarik muncung.
            “Okay kalau macam tu biar aku cakap dekat Abang Lukman yang kau nak kerja dengan dia.” Kata Ivy lalu melangkah masuk ke dalam rumah.
            “Weh Vy jangan! Aku tak nak la kerja dengan Abang Lukman gatal tu.” Pantas Aieen mengejar langkah Ivy. Kedengaran Ivy ketawa bagai nak pecah anak tekak. Ces! Kena main dengan Ivy rupanya dia.

IVY menekan-nekan telefonnya, membalas semua mesej whatsapp dari kawan-kawan. Siap balas yang itu, yang ini pula bunyi. Siap balas yang ini, yang satu lagi pula bunyi. Sampai bila-bila pun memang tak akan habis membalas semua mesej kawan-kawannya itu.
            “Vy, kau tak nak kerja dengan Pak Long ke?” Soal Aieen yang kebosanan. Soalan random betul. Bosan punya pasal.
            Pak Long yang Aieen sebutkan tadi adalah ayah kepada Ivy. Seorang ahli perniagaan yang mempunyai bisnes sendiri di Kuala Lumpur. Dalam ramai-ramai adik beradik Ivy, hanya abangnya yang sulung sahaja yang bekerja dengan ayahnya. Manakala abangnya yang lagi dua memilih untuk bekerja sebagai pensyarah dan jurutera offshore. Manakala Ivy pula, memilih untuk tinggal bersama neneknya di kampung.
            “Tak nak, aku kan nak duduk sini dengan nenek.” Jawab Ivy yang masih gigih membalas mesej kawan-kawanya. Bukan mesej apa pun, mesej tentang reunion sekolahnya nanti. Ivy masih belum buat keputusan sama ada mahu pergi atau tidak reunion itu nanti.
            “Tapi kau duduk sini pun bukan buat apa. Bukan ada kerja pun. Menghabiskan beras nenek saja.” Selamba saja Aieen mengutuk sepupunya itu.
            “Alah, sama saja lah dengan kau tu.”
            “Tak sama weh. Aku bukan duduk sini pun. Sebulan sekali dua saja aku datang sini. Tak sempat nak habis pun beras nenek yang dekat dapur tu.”
            “Tapi kau tak kerja macam aku juga kan. Pemalas macam aku juga kan.” Ivy menjeling Aieen sekilas. Aieen sama lah macam dia, penganggur terhormat. Bila mamanya suruh kerja, dia tak nak. Masih dalam mood graduation katanya. Padahal dah sebulan lebih dia graduate daripada universiti.
            Aieen ketawa tertahan-tahan. “Yang malas tu jangan la sebut kuat sangat. Kat sini ada ramai pakcik dan makcik tau. Mana tahu ada yang berkenan nak buat aku menantu terus tak jadi bila dengar kau cakap macam tu.” Aieen senyum kepada makcik di sebelah Ivy bila menyedari yang makcik itu sedang memandang ke arah mereka. Makcik ni dengar ke apa yang Ivy cakapkan tadi?
            “Eee...perasan betul minah ni. Tak adanya...” Belum sempat Ivy menghabiskan kata-kata, lengan kanannya dicuit seseorang. Ivy memandang ke sisi. Makcik tadi memandang tanpa riak. “Ada apa mak cik?” Soal Ivy sopan. Aieen di sebelah kiri Ivy turut memandang makcik itu tadi.
            “Dua kosong lima kosong nombor giiliran adik kan?” Soal makcik di sebelah.
            Ivy belek kertas nombor giliran di tangannya kemudian memandang ke arah makcik itu semula. “Ye saya makcik. Kenapa ye?”
            “Dari tadi encik tu panggil nombor adik.” Makcik di sebelahnya menunjukkan ke arah kaunter di hadapan mereka.
            Ivy yang turut memandang ke arah kaunter merasa berdebar tiba-tiba. Homai... Merah betul muka encik tu. Senyuman tak payah cakap lah, langsung tak ada. Marah ke? Cepat-cepat dia bangun dan bergerak ke arah kaunter untuk mengambil ubat. Telefon ditinggalkan di atas riba Aieen begitu saja.
            Ivy cuba untuk senyum tapi rasa kekok benar. “Hai encik. Maaf tak perasan encik panggil nombor saya tadi.” Kata Ivy, cuba untuk menghilangkan rasa gemuruh bila memandang wajah masam encik kaunter.
            “Lain kali kalau nak berbual ke nak main telefon ke tak payah datang sini. Pergi duduk dekat luar sana. Lepas tu berbual lah sampai subuh esok. Tekan lah telefon awak tu puas-puas. Tak payah nak menyusahkan orang panggil nombor awak tu banyak kali. Tak nampak ke orang tengah ramai sekarang. Kesian dekat makcik dengan pakcik tu semua terpaksa tunggu lama sebab awak. Entah-entah mereka terpaksa menahan sakit ke penat ke, mana kita nak tahu. Lepas tu kena tunggu lama pula...”
            Sentap Ivy dibuatnya. “Encik membebel macam ni pun boleh menyebabkan pakcik makcik tu semua terpaksa tunggu lama tau. Tak kesian ke dekat mereka yang terpaksa menahan sakit dan penat sebab encik duk membebel tak berhenti macam ni. Encik dapat apa dengan membebel macam ni dekat saya? Kan saya dah minta maaf dengan encik tadi. Apa lagi yang encik tak puas hati dengan saya? Nak saya melutut pula ke?”
Balas Ivy dengan nada yang tertahan dan hidung yang kembang kempis menahan marah. Nak membebel tak kena tempat betul. Bukan dia tak minta maaf pun tadi. Tak pasal kena smash balik dengan dia. Staf baru ke apa. Tak pernah nampak pun sebelum ni.
            Encik itu tadi cepat-cepat menyerahkan semua ubat kepada Ivy tanpa memberikan penerangan. Matanya tajam merenung ke arah Ivy yang juga turut memandangnya dengan rasa tidak puas hati. Bengang agaknya bila kena tegur balik dengan Ivy. Siap kena sindir pula tu. Full package!
            Selesai mengambil ubat, Ivy terus menarik tangan Aieen untuk keluar. Duduk lama-lama dekat situ boleh menyebabkan hipertension pula nanti. Dia langsung tak cakap terima kasih. Macam tak perlu saja nak berterima kasih dengan orang macam tu.
            “Kau kenapa Vy? Main tarik aku macam ni.” Soal Aieen bila mereka berada di dalam kereta. Aieen memandang muka Ivy yang masam mencuka. Pelik betul, tiba-tiba saja tarik dia keluar macam ni. Nasib baik tak tersungkur dekat longkang depan farmasi tu tadi.
            “Aku bengang la Aieen...” Jawab Ivy sambil menghidupkan enjin kereta. Rasa marah dengan  encik dekat kaunter itu tadi masih berbuku di dada.
            “Bengang kenapa?” Soal Aieen lagi.
            “Aku bengang dengan encik dekat kaunter tu tadi.”
            “Encik yang kacak tu tadi ke? Dah kenapa pula kau bengang dengan dia?”
            Ivy menoleh ke arah Aieen dengan mata yang membulat. “Kacak kau cakap? Muka macam asam keping macam tu kau cakap kacak. Kau dah buta ke apa Aieen?” Soal Ivy dengan nada terkejut.
            “Eh, aku pula yang kena. Dah lah, kau bengang dengan dia kenapa?” Aieen kembali kepada topik asal. Malas dah cakap pasal kacak. Tak pasal dia pula kena marah. Tapi encik tadi memang kacak pun. Aieen ketawa dalam hati.
            “Kau tahu tak yang dia membebel dekat aku tadi sebab aku lambat pergi ambil ubat. Aku dah minta maaf kut, itu pun nak marah lagi ke. Aku bukan sengaja.”
            Aieen angguk faham. Kena marah rupanya, patut la sepupu dia ni bengang. Makcik ni kan memang sejak dulu tak boleh kalau kena marah. Manja terlebih. Kena marah dengan ayah dan ibu dia tak apa pula. “Dia cakap apa dekat kau?”
            Ivy mendengus geram. “Dia cakap kalau nak berborak ke main telefon ke, dekat luar sana. Nak berborak sampai subuh esok pun tak apa. Haa, ni semua kau la punya pasal.” Ivy menoleh ke arah Aieen dengan mata yang tajam.
            “Kenapa aku pula?”
            “Kau yang ajak aku berborak tadi kan. Haa, sebab kau la...”
            “Hoi! Kau yang tak dengar dia panggil nombor kau, nak salah kan aku pula.” Marah Aieen. Ingat dia je yang tahu marah.
            Ivy mengeluh lagi. Tak pasal dia dengan Aieen pula yang gaduh. “Dah lah, jom pergi makan. Aku lapar.” Kata Ivy sambil mengundurkan keretanya.
            “Itu la, marah aku lagi. Kan dah lapar.” Aieen menarik tali pinggang keledar.
            “Sorry Aieen.”
            “Sebab kau dah marah aku, kau kena belanja aku makan.” Kata Aieen sambil menyilangkan tangan ke dada.
            Ivy angguk setuju. Tahu dia yang salah jadi, dia harus menebus balik kesalahnnya itu. “Okey, kau nak makan apa?”
            “Aku nak makan steak.” Jawab Aieen pantas dengan riak muka mengada.
            “Demand betul kau kan...” Kata Ivy dengan senyuman. Matanya masih fokus ke depan, memberi tumpuan kepada pemanduan. Rasa marah kepada encik kaunter tadi dibuang jauh-jauh.
            “Demand dengan kau je...” Aieen tayang sengih. Apa-apa lah Aieen oiii...
           
           

           



No comments:

Post a Comment