24 November 2015

Hessa, It's Me! Bab 9

AWAL pagi lagi aku dah bangun kemas rumah, siapkan sarapan. Hari ini kan nenek nak datang. Tengah hari nanti sampai lah tu. Along dah keluar joging. Hafiy pula masih memerap dekat dalam bilik. Hurm... tiba-tiba rasa rindu pula dekat Haiyan. Dah selamat kahwin dah adik lelaki aku tu.
            Haiyan ada buat video call dengan kami selepas akad nikah hari tu. Isteri dia comel sangat. Pakai tudung labuh, siap berniqab lagi. Rambut aku yang lepas bebas aku selak ke depan. Dah panjang. Adik ipar cantik bertudung litup. Tapi aku? Ish... Arwah mak pernah cakap, nak berubah memang kena ikhlas, bukan kerana terpaksa. Tapi kalau kita paksa, lama-lama akan jadi ikhlas juga. Dah tu Hessa, bilanya nak bertudung? Hurmm...
            “Hai, pagi-pagi lagi dah mengeluh ni kenapa?” Along menegur dari belakang.
            “Eh Along, dah balik dah.” Tak perasan pula yang Along dah balik.
            “Tadi lagi Along dah balik. Angah asyik berangan saja, mana nak perasan.” Along menarik kerusi dan melabuhkan duduknya di situ. Aku pula terus berlalu ke arah peti sejuk dan mengeluarkan air kosong untuk Along.
            “Mana ada berangan lah Along. Teringat dekat Achik je.”
            “Rindu ke?”
            “Agak la...” Along meneguk rakus air kosong yang aku berikan. Dahaga sangat agaknya.
            “Lepas hari tu, Achik tak call dah ke?”
            Aku geleng je. “Sibuk dengan study kut. Along nak makan? Kalau nak makan, Angah hidangkan sekarang.”
            “Boleh juga. Sekejap, Along panggilkan adik.” Along bangun untuk ke tingkat atas pula.
            “Adik dah turun dah...” Hafiy melangkah masuk ke arah dapur. Nampak segar. BAru siap mandi agaknya.
            “Buat apa dekat atas? Kenapa tak tolong Angah masak?” Tegur Along. Haa, pandai la bangun lambat masa cuti macam ni. Tak pasal kena bebel dengan Along.
            Hafiy sengih sambil menggaru kepala. “Sorry Along. Adik tertidur balik lepas solay tadi.” Hafiy mula menyusun pinggan di atas meja. Nak cover balik yang dia tak tolong aku masak tadi agaknya. Kelakar betul adik aku ni. Dah kena bebel, mula lah menggelabah macam tu.
            “Jangan diamalkan sangat tidur lepas subuh tu adik. Rezeki susah nak masuk nanti.” Tegur Along lagi. “Sorry again Along.” Hafiy angkat tanda peace.
            “Ni Angah nak tanya, kita nak masak apa untuk nenek tengah hari nanti?” Baik la aku ubah topik sekarang. Kalau tidak makin panjang la ceramah Along tu. Hafiy pun dah cuak dah tu. Aku pandang Along dengan Hafiy, tapi dua-dua diam saja. Langsung tidak memberi respon terhadap soalan aku tu.
            “Along! Adik! Dah kenapa senyap saja ni? Tak dengar ke Angah tanya apa?” Along dengan Hafiy sengih saja. “Along tak tahu nak cakap apa la Angah. Nenek tu kan cerewet. Kita mana tahu dia suka makan apa.” Jawab Along. Hafiy angguk tanda setuju dengan kata-kata Along.
            Aku meletakkan semangkuk nasi goreng di tengah meja. “Habis tu, kita nak masak apa nanti ni?” Soal aku resah. Gila tak resah. Tak kan nenek datang tak nak jamu apa-apa kan. Lagi teruk la kami kena bambu nanti.
            “Apa kata kita masak makanan kampung saja. Nenek kan duduk dekat kampung, mesti nenek makan makanan kampung kan.” Cadang Hafiy.
            “Tapi nenek tu bukan betul-betul kampung pun. Dah jadi kampung bandar dah adik oii...” Kata Along pula.
            “Tapi still kampung ah Along. Kita masak gulai tempoyak ikan patin je senang. Lepas tu buat sambal belacan sikit, hidangkan dengan ulam. Siap!” Senang Hafiy menjawab.
            “Macam best juga tu Along. Kita pun dah lama kan tak makan gulai tempoyak ikan patin kan. Macam teringin pula.”
            “Okey, Along setuju. Tapi Angah tambah satu lagi, daging masak kicap. Dah lama tak makan.”
            “Ini dah macam masak yang kita nak makan pula.” Kata Hafiy. Betul juga. Semua bagi cadangan yang sendiri nak makan pula. Hafiy dengan Along gelak.
            “Tak apa lah, nanti kita juga yang nak makan kan... Tapi Along dengan adik kena teman Angah pergi pasar la kejap lagi.” Dekat dalam peti ais apa je yang ada. Nak tak nak memang kena pergi pasar pun. Ikan patin mana ada dalam peti ais tu.
            “Boleh je.” Jawab Along dan Hafiy serentak.

SELESAI menjamu selera, kami semua duduk bersembang di ruang tamu. Aku dengan Hafiy baru saja selasai memasak sewaktu nenek tiba tadi. Jadi, tanpa melengahkan masa, Along terus mengajak nenek untuk makan terlebih dahulu. Aku memandang nenek tidak lepas. Nenek tetap kelihatan anggun seperti dulu. Sebiji macam muka arwah mak. Dah anak dia, mesti la sama kan.
            “Macam mana masakan Hessa tadi nek? Okey tak?” Nenek memandang ke arah aku. “Boleh la Hessa. Lebih baik ada daripada tak ada.” Jawab nenek. Aduhai... Jujur betul kata-kata nenek itu. Tak ada nak tapis-tapis lagi dah. Tak apa lah Hessa, yang penting habis nasi nenek makan tadi.
            “Kenapa Sofea tak singgah sama nek? Dia nak ke mana?” Tanya Along. Cuba mengubah topik perbualan bila melihat aku yang terkulat-kulat mendengar jawapan daripada nenek.
            “Sofea nak keluar dengan kawan dia, itu yang dia tak masuk.” Jawab nenek ringkas kemudian terus diam. Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi dah. Aku pandang Hafiy, tapi adik aku tu sibuk duk belek telefon dia saja. Aku pandang Along pula. Along tetap tenang macam biasa.
            “Nenek nak tinggal dekat sini berapa hari? Tinggal lama sikit la nek. Bukan selalu pun kan nenek datang sini.” Pelawa Along pula. Along memang jenis yang pandai ambil hati orang tua. Kalau bercakap pun sopan saja.
            “Tak apa lah Haikal, nenek tidur dekat hotel saja nanti.”
            “Eh, kenapa pula macam tu nenek. Rumah kami ada banyak bilik. Nenek pilih saja nak tidur dekat bilik mana.” Along nampak serba salah bila nenek memilih untuk bermalam di hotel.
            “Tak apa, Sofea dah siap tempah dah semua. Ni nenek datang sebab nak cakap pasal Hessa saja. Kalau tak sebab ni, memang nenek tak datang.” Nenek memang suka berterus terang. Langsung tak jaga hati dan perasaan tuan rumah ke apa. Walaupun kami ni pangkat cucu, tapi kami tetap juga ada hati dan perasaan kan.
            Aku dan Along saling berpandangan. Hafiy juga sudah memberikan perhatian kepada kata-kata nenek. Mungkin sentap juga bila mendengar kata-kata nenek sebentar tadi.
            “Haikal ada bagi tahu Hessa apa yang nenek pesan hari tu?” Soal nenek dan Along cuma angguk. Mulut Along seperti sudah terkunci. Pelik pula aku rasa bila melihat riak wajah Along yang seperti sedang menyembunyikan sesuatu.
            “Nenek nak cakap pasal apa ye dengan Hessa?” Soal aku tanpa lengah.
            Nenek berdehem seketika. “Macam ni Hessa. Nenek datang sini sebab nak menyampaikan hajat sebenarnya.” Aku memandang ke arah Along seketika.
            “Hajat apa ye nek?” Soal aku lagi bila kembali memakukan pandangan ke arah nenek. Wajah nenek nampak biasa-biasa saja. Manakala wajah Along nampak seperti serba salah. Kenapa dengan Along ni ye?
            “Ada saudara jauh nenek berkenan dengan kamu. Dia nak ambil kamu jadi menantu dia. Jadi, nenek ingat nak kahwinkan kamu dengan anak dia la nanti.”
            Aku terus terbangun bila mendengar kata-kata nenek itu. Nenek nak kahwinkan aku? Dengan lelaki yang aku tak kenal pula. Biar betul nenek ni. “Nek, kenapa nak kahwinkan Hessa pula.”
            “Kenapa? Kamu tak setuju?” Soal nenek dengan riak wajah kurang senang.
            “Memang la Hessa tak setuju nek. Tiba-tiba saja datang sini suruh orang kahwin. Hessa tak nak lah nek.” Jawab aku tegas. Memang tak la nak suruh aku kahwin.
            “Hessa!” Tegur Along bila aku nampak sedikit tegang dengan nenek.
            “Kenapa tak nak kahwin pula? Dah ada orang yang nak ni Hessa, lebih baik kamu terima saja. Habis tu kalau kamu tak kahwin sekarang, kamu nak kahwin bila? Nak tunggu sampai jadi anak dara tua baru kamu nak kahwin. Macam tu?” Marah nenek.
            Aku mendengus geram. Bengang betul bila isu nikah kahwin dibangkitkan. “Tapi nek, kenapa tak kahwin kan Along je dulu. Hessa kahwin lepas Along kahwin.” Aku pandanga Along dan Along menjengilkan mata ke arah aku. Marah bila nama dia dikaitkan dalam hal aku.
            “Along kamu lelaki, pandai lah dia cari calon dia sendiri nanti. Yang nenek kisahkan sekarang ni kamu Hessa. Nenek nak kamu terima lamaran mereka bila mereka datang merisik kamu nanti.”
            “Nenek! Mana boleh macam tu.”
            “Kalau kamu tak nak terima, biar nenek saja yang terima bagi pihak kamu.” Sambung nenek lagi.
            Aduh, sakit la kepala aku macam ni. Ni dah kira macam kena kahwin paksa dah ni. “Hessa tak nak lah nek. Mana boleh nenek aturkan hidup Hessa macam ni. Ini hidup Hessa nek, nenek tak ada hak nak tentukan dengan siapa Hessa perlu kahwin.” Jawab aku lantang.
            “Hessa!” Jerkah Along. Dah, Along pun dah marahkan aku sekarang. Muka nenek pula sudah berubah merah, akibat menahan marah.
            “Angah...” Hafiy datang memeluk bahu aku dan cuba menenangkan aku.
            “Along marah Angah ke?” Air mata sikit lagi nak jatuh. Sentap betul bila kena marah dengan Along. Along tu dah lah jenis yang susah nak marah adik-adik. Bila kena jerkah macam ni, harus lah nak nangis oii...
            “Tak elok cakap macam tu dengan nenek.” Tegur Along dengan nada suara yang perlahan. Mungkin baru tersedar yang dia telah meninggikan suara dengan aku tadi.
            “Tapi nenek tak nak faham. Hessa tak nak kahwin. Kalau Hessa nak kahwin pun, Hessa nak kahwin dengan pilihan hati Hessa sendiri nek. Cuba la faham.” Dah tahap merayu dah aku ni.
            “Kamu yang tak nak faham nenek. Nenek buat semua ni sebab nak mengeratkan lagi ikatan persaudaraan kita dengan mereka. Dah alang-alang ada peluang, kenapa tak kita gunakan saja peluang itu dengan sebaiknya.” Ah, alasan. Balik-balik itu saja lah alasan untuk kahwin paksa.
            “Tapi kenapa Hessa? Kenapa bukan Sofea atau cucu-cucu nenek yang lain?” Nenek ada ramai cucu kut. Tapi kenapa aku pula yang kena berhadapan dengan semua ini? Cucu yang jarang nenek bertanyakan khabar. Cucu yang nenek tidak peduli ini juga lah yang menjadi mangsa.
            “Mereka yang pilih kamu. Bukan nenek yang sesuka hati mencadangkan nama kamu Hessa.” Nenek menjeling. Bengang bila aku kaitkan nama Sofea pula. Cucu kesayangan dia kan tu.
            “Macam mana mereka boleh kenal dengan Hessa pula? Hessa kenal mereka pun tidak nenek.” Tak percaya betul aku dengan kata-kata nenek tu.
            “Mereka nampak gambar kamu dekat rumah nenek.” Jawab nenek lalu berpaling ke arah lain. Biar betul nenek ni. Ada ke gambar aku dekat rumah dia tu. Aku pandang Hafiy, tapi Hafiy angkat bahu. Aku pandang Along pula dan Along menggeleng. Maknanya semua orang tak pasti yang gambar aku ada atau tidak dekat rumah nenek.
            Aku mengeluh perlahan. “Apa-apa lah nek. Tapi yang pasti, Hessa tak nak kahwin dengan dia. Nenek cari lah cucu nenek yang lain untuk gantikan tempat Hessa.”
            “Hessa!” Marah nenek. Aku, Along dan Hafiy hanya diam menunduk.  
            “Nenek?!” Celah Sofea yang baru sampai. Terkejut melihat wajah garang nenek.
            “Ha kamu dah sampai Sofea?! Jom lah kita pergi dari sini. Bercakap dengan budak Hessa ni buat nenek sakit hati saja.” Kata nenek sambil menarik beg tangannya ke bahu. Lalu dia terus menarik tangan Sofea dan berlalu keluar dari rumah kami. “Nenek belum habis lagi dengan kamu Hessa!” Jerit nenek sebelum masuk ke dalam kereta Sofea dan terus berlalu pergi.
            Aku, Along dan Hafiy terus terduduk. Penat dengan apa yang telah terjadi. “Jadi, Along memang dah tahu la tentang rancangan nak menjodohkan Angah ni?” Terbayang kembali wajah serba salah Along sebelum nenek memberitahu hal yang sebenar itu tadi.
            Perlahan-lahan Along anggu. “Kenapa Along tak bagi tahu Angah?”
            “Nenek just told me that she wants to nikahkan Angah. That’s all. I don’t even know about the rest.”
            “Tapi at least Along bagi tahu la Angah apa yang nenek cakapkan dekat Along tu. So that I can prepare myself.  Nak rahsiakan kenapa?” Geram juga bila Along rahsiakan perkara yang sebenar. Bila aku tanya senang saja dia jawab tak tahu. Air mata yang bertakung bila kena marah dengan Along tadi pun dah masuk balik sebab geram sangat dengan Along.
            “Ya I’m sorry for that. But still, Angah tak patut cakap macam tu dengan nenek. Dia kan orang tua, hormat la sikit. Walau tak setuju macam mana pun dengan rancangan nenek tu, Angah tetap kena hormat dengan dia. Mana boleh cakap marah-marah macam tu.”
            “Cakap senang la Along. Angah yang jadi mangsa ni je yang merasa. Along tahu apa. Orang baru kaitkan nama dia sikit pun dah terbeliak mata tak suka.”
            Along gelak mendengar kata-kata aku. “Orang srious dia boleh gelak pula.” Along bangun dan duduk di sisi aku. Bahu aku ditarik ke dalam pelukan dia. “Ish, tak payah peluk la. Rimas!” Aku menolak bahu Along supaya menjauh.
            “Patut la tak nak kahwin. Tak suka romantik-romantik rupanya.” Usik Along dengan wajah nakal.
            Aku mendengus perlahan. “Romantik dengan Along buat apa. Sumbang mahram... Kalau nak romantik, dengan suami la.”
            “Ha... kalau macam tu, boleh la kahwin ye.” Usik Along lagi dan terus berlari ke tingkat atas sebelum sempat aku menembak sedas dua.
            “Adik nak bagi tahu Achik la pasal ni...” Hafiy terus bangun untuk ke tingkat atas.
            “Adik!!!” Jerit aku sekuat hati. Hafiy terus berlari ke tingkat atas sambil ketawa. Kaki report betul.
            Hish... Aku tak nak kahwin lah!


No comments:

Post a Comment