23 November 2015

Hessa, It's Me! Bab 8

AKU sampai ke rumah sewaktu azan maghrib sedang berkumandang. Along sudah sedia berdiri di muka pintu rumah, menunggu kepulangan aku. Tangan along aku salam.
            “Kenapa lambat balik hari ni?” Soal Along lalu melangkah masuk ke dalam. Aku hanya mengekori Along ke dalam.
            “Angah jumpa kawan sekejap tadi Along.” Aku sengih. Mesti lepas ni kena bebel dengan Along.
            “Anak dara tak elok la maghrib macam ni baru balik. Jumpa lain kali tak boleh ke?” Kan dah cakap. Tapi aku sengih saja lah sebab memang betul pun apa yang Along cakapkan tu.
            “Sorry Along, Angah ingatkan sekejap saja tadi. Tak perasan yang lama pula kami bersembang tadi.”
            “Lain kali balik awal Angah. Tak senang hati Along kalau tak nampak adik-adik dekat rumah. Awak tu dah lah perempuan. Berjalan sorang-sorang pula. Along tak minta, tapi zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi tau Angah.” Aku angguk saja. Betul la apa yang Along cakap tu. Zaman sekarang semua pun unpredictable. Dekat dalam rumah sendiri dah tak selamat. Memang kena extra carefull, lebih-lebih lagi kalau dekat luar.
            “Sorry again Along.” Along angguk. “Dah lah, pergi naik atas mandi. Sekejap lagi kita solat berjemaah. Along ada sesuatu yang nak dibincangkan dengan Angah nanti.”
            Macam serious saja gaya Along ni. “Pasal apa Long?”
            “Later Angah. Dah, pergi naik atas cepat.” Along sudah bersedia untuk berlalu.
            “Adik mana Long?” Soal aku lagi. Along dah buat muka bosan. Macam nak gelak pula tengok muka Along macam tu.
            “Adik ada dekat dalam bilik dia.”
            “Tak solat sama ke nanti?”
            “Adik cuti lah. Angah! Pergi naik atas sekarang. Banyak tanya betul la budak ni.” Along dah marah. Aku sengih saja. Bukan tak biasa pun kena marah dengan Along.
USAI mengaminkan doa, Along pusing duduk berhadapan dengan aku. Tangan Along aku kucup dan Along mengusap kepala. Macam tu lah Along, sentiasa penuh dengan kasih sayang.
            “Along nak cakap sesuatu tadi kan? Apa dia Long?” Kain sembahyanga aku buka dan lipat kemas sebelum diletakkan di atas riba.
            Along menarik nafas dalam. “Nenek nak datang sini hujung minggu nanti.” Jawab Along tanpa nada.
            “Nenek mana Long?”
            “Nenek Kuantan.”
            “Ooo... Bagus la kalau macam tu. Tapi kenapa Along nampak macam tak suka saja? Along tak suka ke nenek datang sini? Along jangan Long. Kalau nenek tahu nanti, kecik hati dia tau.”
 Yang sebenarnya kami bukan lah rapat sangat dengan nenek belah mak kami tu. Memang sejak dulu lagi, waktu arwah mak masih ada. Sebab ayah bukan calon menantu favourite nenek. Jadi, anak-anak ayah ni pun tak ada lah nenek suka sangat. Tapi sejak kebelakangan ini, nenek selalu sangat telefon tanya khabar tentang mereka adik beradik.
Along menarik ekor rambut aku. “Budak ni kan, suka sangat buat andaian sendiri. Ada Along cakap ke yang Along tak suka nenek datang sini?”
“Adoyaii... rosak la rambut Angah ni Long. Hehehe... Angah cakap je. Jangan la marah Along sayang.” Kenapa entah, serious sangat Along hari ni.
Along senyum. Tapi senyum macam nak tak nak saja. “Ni nenek datang nak jumpa Angah. Jangan Angah tak ada dekat rumah pula nanti.”
Eh, nak jumpa aku? “Kenapa nak jumpa Angah pula?”
“Along pun tak pasti Ngah. Tapi nenek memang ada cakap tadi yang nenek jumpa dengan Angah sebab ada hal penting yang nenek nak bincangkan dengan Angah.”
Pelik betul ni. Hal apa agaknya ye yang nenek nak cakap kan tu? Rasa tak sedap hati pula tiba-tiba. “Nenek datang dengan siapa nanti Along?”
Along angkat bahu. “Along pun tak pasti Angah. Dengan cucu kesayangan dia lah agaknya.”
Kalau cucu kesayangan nenek, tak lain tak bukan Si Sofea tu la. Anak Pak Long yang tak suka becakap dengan orang. Bukan sombong, tapi memang pesen dia tak suka bercakap. Aku pun tak tahu lah kenapa.
“Okey lah Angah, Along nak turun bawah dah. Nanti tolong panggilkan adik, kita makan malam sama-sama.” Along bangun dan meletakkan sejadah yang telah digunakan tadi di atas kerusi. Kami solat jemaah dekat tengah ruang keluarga ni je tadi. Rumah kami memang tak ada bilik solat yang khusus.
“Eh sekejap Along.” Aku turut bangun berdiri di sisi Along.
“Ada apa?”
“Angah nak tanya sikit. Along lelaki kan?”
Kening Along bertaut di tengah. “As you can see.” Jawab Along. Nampak riak wajah pelik Along tu.
“Urm... Along ada bestfriend perempuan tak?”
“Kenapa tanya macam tu?”
“Alaa... Jawab saja lah Along.” Aku goncang tangan Along. Along kan lelaki, sama dengan Niyaz. Mungkin pemikiran Along sama dengan Niyaz kan. Haa, siapa tahu...
“Jawab dulu, kenapa tanya Along soalan macam tu.” Along macam syak yang bukan-bukan pula.
“Random question je Along. Cepat la jawab.” Gesa aku lagi.
Along diam seketika sebelum menjawab soalan aku. “Along ada kawan perempuan tapi Along tak ada bestfriend perempuan.” Jawab Along ringkas.
“Kenapa?”
Along gelak. “Angah, perempuan dengan lelaki mana boleh jadi bestfriend la Angah. Lama-lama nanti akan timbul perasaan lain. Percaya lah, salah seorang mesti akan ada rasa cinta terhadap kawan dia tu. If both of them have mutual feelings, okey la. But if not, they can’t be friend anymore. Sebab nanti mesti akan rasa kekok. Kalau ada pun, mesti dah tak boleh kawan macam dulu lagi dah.” Along ketawa lepas tu. “Angah ada bestfriend lelaki ke?” Soal Along dengan senyuman nakal.
Aku? Memang tak la. Aku tanya ni pun sebab Niyaz cakap yang Nurul tu bestfriend dia. Tapi, kenapa yang aku nak kisahkan sangat pasal Niyaz dengan Nurul tu. Aku bukan ada apa-apa pun dengan Niyaz tu kan. Yang aku nak sentap sangat bila Niyaz tipu Nurul tadi tu dah kenapa? Kau kenapa Hessa oii?? Haish...
“Yang duk geleng kepala tu dah kenapa? Kalau tak ada, tak payah la geleng sampai macam tu sekali Angah.” Tegur Along. Eh, tak perasan pula yang aku geleng macam nak tercabut kepala.
“Tak ada apa-apa lah Along. Pergi la turun, nanti Angah panggilkan adik.” Aku menolak Along supaya turun ke bawah. Kemudian aku kembali melipat kain sembahyang yang aku gunakan tadi.

MALAM makin kelam. Tapi mata langsung tak mengantuk. Rasa macam menyesal pula lepas laku depan Niyaz tadi. Malu pun ye juga. Malu kena sound dengan Nurul muncul lagi, ditambah pula dengan malu merajuk dengan Niyaz. Makin bertambah malunya. Great Hessa! Hurmmm...
            Telefon berdering minta di angkat. Terpapar nama Niyaz di skrin. Nak jawab ke tidak? Kalau jawab nak cakap apa? Kalau Niyaz ungkit pasal tadi macam mana? Tapi sah-sah la Niyaz call sebab nak tanya pasal tadi kan.
            “Buat apa?” Tanya Niyaz setelah aku menjawab salamnya.
            “Tak ada buat apa. Abang kenapa call Hessa?” Aku bangun duduk bersandar di kepala katil pula. Rasa tak selesa bila bercakap sambil baring macam tu.
            “Abang ganggu Hessa ke? Tak kan?” Terdengar Niyaz gelak di sebelah sana. Entah apa la yang lucu sangat.
            “Tak lah...”
            “Ni abang nak tanya...” Hati aku berdebar tiba-tiba bila dengar Niyaz cakap macam tu. “Hessa free tak malam esok? Tamankan abang main futsal boleh?”
            Duhh... Nak tanya itu saja ke. Ingatkan nak tanya apa la tadi. “Along tak bagi Hessa keluar malam.” Nak kena pancung dengan Along ke keluar malam-malam macam tu. Dengan lelaki pula tu.
            “Ouh ye ke. Urmm... kalau hujung minggu ni, Hessa free tak?” Soal Niyaz lagi.
            “Sorry abang, hujung minggu ni Hessa tak boleh keluar. Nenek nak datang rumah.” Kebetulan betul. Kalau nenek datang minggu depan, boleh dah aku keluar dengan Niyaz minggu ni.
            Terdengar Niyaz mengeluh perlahan. “Hessa bukan nak cuba jauhkan diri daripada abang kan?” Soal Niyaz perlahan.
            “Kenapa abang cakap macam tu? Sebab Hessa bagi alasan macam-macam?”
            “Yes!”
            Aku senyum. Memang la aku malu dengan dia. Tapi tak ada lah sampai nak jauhkan diri daripada dia pula. Cukup lah dia saja yang buat macam tu dekat aku hari tu. “Tak lah abang. Buat apa Hessa nak jauhkan diri daripada abang pula.”
            “Mana lah tahu. Kut Hessa merajuk dengan abang pasal petang tadi. Hessa merajuk dengan abang kan tadi?” Ah, dia dah ungkit cerita tadi pula.
            “Tak nak lah cakap pasal tadi.”
            Niyaz gelak. “Abang tahu yang Hessa merajuk dengan abang. Marah sebab abang tak terus terang dengan Nurul abang jumpa Hessa kan. I have my own reason what I didn’t tell her the truth Hessa.” Jelas Niyaz. Aku hanya diam. He has his own reason. Yang aku nak menggelabah marah dia kenapa pula kan.
            “It’s okay abang. Hessa faham...” Sekarang baru Hessa faham sebenarnya.
            “Good girl! So, keluar awal sikit pagi esok. Boleh? Abang nak breakfast dengan Hessa.”
            “Breakfast? Kenapa tak lunch saja. Pagi macam kalut sangat pula. Nanti nak punch card lagi.”
            “Lunch tak boleh Hessa sayang. Abang dah janji dengan Nurul.” Hurm... Nurul lagi. Betul ke Nurul tu bestfriend dia saja. Ke lebih daripada itu. Teringat balik kata-kata Along tadi. Lelaki dengan perempuan tak boleh jadi bestfriend sebab nanti akan wujud rasa cina. Betul ke?
            “Abang dengan Nurul betul ke bestfriend saja.” Terluncur soalan itu tanpa aku sedar. Jangan lah Niyaz fikir yang bukan-bukan dengan soalan aku tu.
            Niyaz gelak lagi. Gembira betul dia malam ni kan. “Betul. Abang dengan Nurul kawan baik je. Kawan baik sejak sekolah. Kenapa Hessa tanya?”
            “Along cakap yang lelaki dengan perempuan tak boleh jadi kawan baik.”
            “Kenapa?”
            “Sebab nanti akan wujud rasa cinta.”
            “Tapi abang dengan Hessa tak macam tu pun.” Kata Niyaz dengan yakin. Erk, kenapa libatkan nama aku pula? Aku dengan dia kawan baik ke?
            “Apa kena mengena dengan Hessa pula?”
            “Ye la, Along Hessa cakap yang lelaki dengan perempuan tak boleh jadi bestfriend sebab nanti akan timbul rasa cinta, kan? Tapi kita berdua tak ada rasa cinta pun.”
            Ouh... macam tu ke. Habis tu yang beria merajuk dengan aku hari tu sebab kami kawan baik saja lah? Bukan sebab dia cintakan aku? Eh, kenapa pula aku fikir macam tu. Aku ketuk kepala sendiri. Rasanya sejak  siang tadi, kepala aku asyik tak boleh nak fikir dengan betul saja.
            “Kita ni, kawan baik ke abang?”
            “Yes! Selain daripada Nurul, abang rasa selesa sangat dengan Hessa. So, you are my bestfriend now Hessa. Abang rasa senang untuk berkongsi tentang apa saja dengan Hessa.”
            Aku pukul dada perlahan. Kenapa ada rasa kecewa dekat situ ye? “Jadi, abang dengan Nurul pun macam ni juga lah? Berkongsi semuanya.”
            “Yup! Sebab dia seorang yang sangat memahami, abang rasa sangat senang bercerita tentang apa saja kepada dia.”
            “Abang cerita dekat dia tak tentang Hessa ni?”
            “Erk...” Niyaz diam seketika. “Tak...” Aku mengeluh perlahan. Patut la  Nurul  selamba saja sound aku tadi. Kenapa pula dia tak ceritakan tentang aku kepada Nurul
            “Kenapa abang tak ceritakan tentang Hessa kepada dia pula? Nanti tak ada lah dia salah faham tentang kita ke apa.”
            “Tak, Nurul tak akan fikir yang bukan-bukan. Dia faham.” Kalau tentang Nurul, semua pun elok.
            “Okey lah abang, Hessa dah mengantuk ni. Esok nak breakfast dekat mana?” Lebih baik aku hentikan saja perbualan ni. Pusing-pusing asyik cakap pasal Nurul saja. Bosan!
            “Dekat Brew Cafe boleh?”
            “On. Good night abang.” Aku terus memutuskan panggilan tanpa menuggu Niyaz membalas ucapan selamat malam aku.
            Nurul... Nurul... Apa yang istimewanya tentang Nurul tu ye?



No comments:

Post a Comment