22 November 2015

Hessa, It's Me! Bab 7

AKU tarik semula beg tangan yang melurut jatuh ke bawah. Tadi Erin cakap nak makan tengah hari dekat restoran nasi ulam tapi sampai sekarang dia dengan Hafizi tak muncul-muncul juga. Disebabkan aku nak ke bank pula selepas ini, jadi kami keluar berasingan saja. Lepas makan mereka akan terus balik ke pejabat.
            “Hessa!” Erin melambaikan tangan. Baru sampai makcik dengan pakcik ni. Aku terus bergerak ke arah Erin dan Hafizi yang baru keluar dari kereta.
            “Kenapa lambat?” Erin dan Hafizi tersengih. “Korang jaangan cakap yang korang pergi dating pula. Aku dah lapar gila dah nih weh.” Sengih-sengih macam ada sesuatu sangat.
            “Aku temankan Erin pergi beli barang sekejap tadi.” Kata Hafizi. Erin masih juga sengih macam tadi. Takut la tu nak cakap perkara yang sebenar.
            “Apa?! Weh, aku tercongok dekat sini tunggu korang berdua, boleh pula korang keluar beli barang. Sakitnya tuh di sini weh...”
            “Rilek Hessa, kami lambat sepuluh minit je pun. Over lah kau.” Erin menarik tangan aku untuk masuk ke dalam restoran.
            “But still korang lambat. Dan sebab aku terpaksa tunggu korang lama, aku nak kau tolong ambilkan aku makanan. Aku nak layanan first class hari ni.”
            Erin dengan Hafizi buat muka jengkel. Rasa nak gelak weh tengok muka diorang macam tu. Kelakar betul. “Mengada betul kan minah ni. Okey kau duduk sini diam-diam, biar aku dengan Hafizi ambilkan makanan untuk kau.”
            Nasib baik masih ada meja kosong, tak payah nak berebut dengan orang. Biasanya kalau waktu lunch macam ni memang penuh sesak dengan orang ramai. Rezeki la bila masuk saja terus dapat meja kosong.
            Dalam banyak-banyak meja dekat dalam restoran ni, meja yang dekat depan aku ni macam menarik saja. Macam kenal pula lelaki yang duduk membelakangi aku ni. Kalau tak silap...
            Belum sempat aku bangun, Erin dah datang bawa makanan. “Eh, kau nak pergi mana?” Soal Erin.
            “Erin, aku nak pergi dekat meja depan tu kejap.”
            “Tapi ni aku dah ambilkan makanan untuk kau.” Hafizi juga sudah tiba dengan makanan dan minuman yang penuh di tangan.
            “Kau nak pergi mana Hessa?” Soal Hafizi pula.
            “Aku nak pergi sana kejap.”
            “Eh, tak nak makan dulu ke?” Soal Hafizi lagi. Erin yang sudah duduk turut angguk dengan soalan Hafizi.
            “Korang makan dulu ek, kejap lagi aku datang balik.” Tanpa berlengah eku terus ke meja depan.
            Lelaki tadi hanya menunduk mengadap hidangan. Langsung tak perasan aku yang sedang berdiri dekat tepi dia.
            “Abang!”
            Niyaz terus angkat kepala. “Eh Hessa, buat apa dekat sini?” Niyaz memandang sekeliling. Entah siapa pula yang dia cari.
            “Hessa datang mengendap abang. Makan sorang saja ke? Hessa temankan nak?” Aku tarik kerusi di sebelah Niyaz dan terus duduk di sisinya. Niyaz hanya senyum menampakkan lesung pipit di pipi.
            “Hessa datang dengan siapa? Tak makan ke?”
            “Hessa datang dengan kawan. Ada dekat belakang sana. Nak makan juga, saja nak tegur abang dulu. Sedapnya lauk. Nak sikit.” Hah, buat muka tak malu minta makanan Niyaz. Tapi serious lauk dia nampak best gila.
            “Nak abang suap ke?”
            “Abang nak suap Hessa ke?” Niyaz makan pakai tangan kut.
            “Mana lah tahu kut Hessa nak abang balas balik yang Hessa suap abang hari tu.” Niyaz senyum lagi. Alahai, suka senyum pula dia sekarang.
            “Tapi abang memang teringin nak suap Hessa sebenarnya kan?!” Saja mengusik Niyaz. Nampak mood macam okey saja ni.
            “Memang pun.” Niyaz gelak. “Dah, meh sini abang suapkan.” Niyaz sudah bersedia untuk menyuap aku dan aku apa lagi, sehabis luas aku buka mulut. Tapi belum sempat makanan Niyaz masuk ke dalam mulut aku, ada suara menegur.
            “Excuse me! You duduk dekat tempat I.”
            Erk! Tangan Niyaz terus terhenti daripada menyuap aku. Serentak kami memandang ke arah wanita yang sedang berdiri di sebelah aku.
            “Nurul, kan ada tempat kosong dekat depan ni.” Niyaz menjuihkan bibir ke arah dua biji kerusi yang masih kosong di depan kami.
            “Tapi aku duduk dekat depan kau tadi kan.” Jawab cik yang bernama Nurul ni pula.
            “Yela, tapi kan Hessa dah duduk dekat sini. Tak kan lah nak suruh dia bangun pula.” Muka Niyaz nampak tak puas hati.
            “Tak apa abang, Hessa boleh duduk dekat sana.” Lebih baik aku bangun sekarang sebelum mereka sambung berbahas pasal tempat duduk. Muka Cik Nurul ni pun dah nampak lain macam saja.
            Aku bangun dan duduk berhadapan dengan Niyaz dan Nurul duduk di sebelah Niyaz. Muka Nurul selamba betul, macam tak ada apa yang terjadi pun. Niyaz pula hanya menggelengkan kepala. Tak puas hati lagi kut.
            “Hessa...” Panggil Niyaz sambil menyuakan tangannya untuk menyuap aku. Eh, nak suap juga ke? Segan pula bila Nurul ada sama macam ni. Serious terliur tengok lauk Niyaz. Padahal ikan keli masak sambal je pun.
            “Kalau nak makan sangat ambil la sendiri. Tak malu ke nak makan bersuap macam tu. Bukan budak kecil pun nak kena suap bagai.” Kata Nurul tanpa riak.
            Hadoiii... Sentap mak! Bukan aku nak makan bersuap sangat pun, Niyaz ni ha yang gedik nak suap aku. Haa kan dah tak pasal aku cakap Niyaz gedik.
            “Hessa, buka mulut tu. Tak payah peduli lah apa yang Nurul cakap.” Kata Niyaz pula tanpa langsung mempedulikan kata-kata Nurul. Tapi macam mana nak buka mulut. Aku rasa malu sangat dah ni. Sikit lagi nak nangis. Sejak bila entah jadi cengeng macam ni.
            “Tak apa lah abang. Urm Hessa pergi dulu ye, kawan Hessa dah panggil dah tu.” Padahal Erin dengan Hafizi langsung tak kisah kan aku yang dekat sini. Perlahan-lahan aku bangun. Sempat juga lah aku dengar Niyaz mengeluh. Tak tahu la mengeluh pasal apa. Nurul tu pula macam tu la. Makan macam tak ada apa yang berlaku. Padahal baru saja lepas sound aku. Macam tak ada perasaan pula aku tengok.
            “Nanti abang call Hessa.” Kata Niyaz sebelum aku berlalu. Aku senyum je. Suka hati lah nak call ke tidak.
            “Kau kenapa mata berkaca macam tu? Nak nangis ke?” Soal Erin masa aku tengah makan. Perasan pula makcik ni. Selera pun macam dah tak ada je ni ha.
            “Tak ada apa lah Erin. Eh jom lah makan cepat, aku nak pergi bank pula nanti...” Erin meneruskan suapan. Aku perasan yang Niyaz asyik berpaling pandang aku. Tapi aku tak boleh nak pandang dia. Malu lepas kena sound dengan Nurul tadi. Ouh hati, bertabahlah...

FAIL yang berselerakan aku susun kemas di atas meja. Masih ada yang belum siap tapi tak apa, esok boleh sambung lagi. Bukan urgent pun. Ruang pejabat sudah beransur sunyi. Hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi yang belum pulang. Barang-barang penting semua aku sumbat saja dalam beg. Lepas tu menggagau pula. Cari kunci la, cari telefon la. Kalut betul...
            Sewaktu sedang menunggu lif, tiba-tiba telefon aku berbunyi. As I said before lah kan, menggagau dah ni cari telefon dalam beg. Bila dah jumpa, terpampang nama Niyaz di skrin. Eh, sejak bila suka call? Bukan selalunya dia suka mesej saja ke.
            “Ada apa abang call Hessa?” Terus aku menyoal setelah menjawab salam daripada Niyaz.
            “Abang nak jumpa Hessa?”
            Erk! Nak jumpa aku buat apa? Alaaa... Malu pasal tadi tak hilang lagi ni. Tangan automatik naik menggaru pelipis. “Nak jumpa sekarang ke?”
            “Yes Hessa.” Jawab Niyaz tegas. Hadoi... Tak nak lah jumpa dia. Jumpa minggu depan saja lah. Tak pun, bulan depan ke, tahun depan ke, depan-depan nanti ke. Malu tak hilang lagi ni.
            “Urm, tapi Hessa dah balik dah abang. Dah sampai rumah pun. Kita jumpa lain kali boleh?” Mengelak lah Hessa selagi boleh. Niyaz di sebelah sana diam seketika.
“Tak apa lah kalau macam tu kita jumpa lain kali saja. Good bye and stay safe Hessa.” Kata Niyaz sebelum dia memutuskan panggilan.
Hurmm... Sorry abang. I just need some space right now. Aku menapak ke dalam lif yang sudah sedia terbuka. Kepala masih ligat berfikir tentang Niyaz. Harap-harap Niyaz tak kecik hati lah.
Masa aku sampai dekat bawah, kereta dah bersusun-susun cari parking. Selalu macam ni. Ruang tempat letak kereta nya sikit. Kereta yang masuk nya banyak. Haih, pening dah kepala ni tengok kereta tersumbat macam tu. Nasib baik aku dah nak balik. Ruang tempat letak kereta bahagian belakang agak lengang sedikit berbanding bahagian depan. Tak ada masalah lah aku nak keluar nanti.
Tangan kembali mengorek isi di dalam beg tangan, mencari kunci kereta. Masa macam ni lah rasa macam nak campak keluar je semua barang yang ada dekat dalam beg ni. Tadi sebab kalut sangat nak balik, main campak je semua masuk dalam beg. Haa sekarang rasakan Hessa.
Sedang aku sibuk mencari kunci kereta, tiba-tiba ada suara datang menegur. “Cari apa?”  Erk?! Kenapa macam kenal saja suara tu? Aku menoleh ke belakang. Ehem... Niyaz rupanya. Macam mana boleh ada dekat sini pula?
“Cari apa Hessa?” Soal Niyaz lagi bila aku hanya memandang ke arahnya tanpa kata. “Aaa...urmm Hessa...” Dah tak pasal tergagap pula. Tangan masih gigih mengorek isi dalam beg.
“Cari kunci kereta ke?”
“Haa... Haah, cari kunci kereta. Mana entah kunci ni, dari tadi tak jumpa. Abang buat apa dekat sini?”
“Abang tunggu Hessa.”
“Tunggu Hessa kenapa?”
“Kan abang dah cakap tadi yang abang nak jumpa Hessa. Sebenarnya masa abang call Hessa tadi, abang dah ada dekat sini dah. Hessa nak mengelak daripada abang ke?” Ah serba salah pula rasa. Tadi pandai sangat menipu cakap dah balik.
            Niyaz memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar. Lengan kemeja sudah disingsing hingga ke siku. Wajahnya pula nampak biasa saja. Tiada riak marah, merajuk atau kecewa.
            “Err sebenarnya Hessa nak cakap yang Hessa dah nak balik. Tapi tersasul pula tadi cakap dah balik.” Aku sengih. Nak hilangkan rasa malu dan bersalah kerana menipu tadi.
            “Jom ikut abang.” Niyaz menarik lengan baju aku. “Erk! Nak ke mana? Kereta Hessa dekat sana lah abang.”
            “Naik kereta abang je.” Jawab Niyaz tanpa menoleh dan masih menarik lengan baju aku supaya ikut dia ke keretanya.
            “Habis tu kereta Hessa macam mana?” Tak kan nak tinggal macam tu saja kereta aku tu. Hilang karang macam mana? Sayang ooo...
            “Nanti kita datang sini balik. Kita keluar minum sekejap saja.” Niyaz membukakan pintu sebelah pemandu untuk aku. Nak tak nak memang kena masuk juga la. Aku ni memang dah tak boleh lari daripada Niyaz ke apa?

SUASANA petang di teapi tasik sangat mendamaikan. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang berlari berkejaran sambil ketawa. Tak ada masalah langsung. Nak jadi kanak-kanak balik boleh tak. Kalau lah Doraemon tu betul-betul wujud kan best. Dah melalut sampai ke Doraemon ni dah kenapa Hessa oii...
            Niyaz pula dah hilang entah ke mana. Tadi cakap nak keluar minum, tapi diheretnya dia ke sini pula. Nak minum apa dekat sini? Air tasik?
            “Nah, untuk Hessa...” Aiskrim Cornetto perisa vanila dihulurkan kepada aku. Patut lah lama hilang, pergi beli aiskrim rupanya. Aku pandang Niyaz yang duduk di sebelah. Senyuman dari tadi tak lekang dari bibirnya.
            “Satu je ke? Abang punya mana?” Soal aku bila tangan Niyaz kosong tanpa aiskrim. Niyaz geleng.
“Tak nak suka makan aiskrim?” Niyaz geleng lagi.
“Tak nak makan aiskrim?” Niyaz geleng lagi.
“Nak share aiskrim dengan Hessa?” Pantas Niyaz angguk. Dah kenapa dengan Niyaz ni. Nak kongsi-kongsi pula. Tak segan ke? Aku pula yang segan ni ha. “Tak nak lah share. Nah, abang makan la. Hessa tak nak.” Aku letak aiskrim tadi di atas riba dia. Niyaz membuka balutan aiskrim dan disuakan ke mulut aku. Pantas aku geleng. Tak nak dah makan bersuap. Malu... Malu yang tadi tak habis lagi ni ha. Niyaz ni pun dah kenapa suka sangat nak suap orang.
Kedengaran Niyaz mengeluh perlahan. “Hessa marah yang pasal tadi ke?” Soal Niyaz. Aku pandang wajah Niyaz yang juga sedang memandang ke arah aku. “Kenapa abang tanya macam tu?”
“Hessa mengelak daripada jumpa abang.”
Hurmmm... “Hessa tak marah pun. Kenapa nak marah pula? Abang bukan buat salah apa pun dengan Hessa.”
“Mana tahu kut Hessa marah sebab Nurul cakap macam tu.”
Nurul... “Boleh Hessa tahu Nurul tu siapa? If you don’t mind lah...” Kekasih Niyaz ke? Kalau kekasih Niyaz, bertambah malu la aku. Menggedik dengan kekasih orang. Ouh Hessa, apa yang kau dah buat ni???
“She’s my friend. One of my best friend.”
“Ye ke bestfriend? Bukan girlfriend?”
“Kalau girlfriend kenapa?” Aku diam. Orang tanya dia, dia tanya orang balik. Kalau girlfriend kenapa Hessa? Kalau girlfriend... Ada rasa sakit sikit dalam dada ni. Tak tahu kenapa...
“Good for you then...”
Kemudian Niyaz gelak. Mula-mula perlahan tapi makin lama makin kuat. Entah apa la yang lucu sangat aku pun tak tahu. Kanak-kanak yang sedang bermain tu pun dah mula pandang.
“Good for me? Tapi kenapa muka Hessa macam tu?”
Eh? Aku pegang pipi sendiri. “Muka Hessa macam mana?” Niyaz tolak pipi aku. “Muka macam orang frust tu dah kenapa?” Eh? Is it too obvious? “Tak...” Belum habis aku cakap tiba-tiba telefon Niyaz berbunyi.
“Yes Nurul...” Dup... Bagai nak luruh jantung aku bila Niyaz sebut nama Nurul. Kenapa entah...
“Aku dekat tasik...” Aku curi dengar perbualan Niyaz dengan Nurul. Tak sengaja curi dengar okay! “Eh tak payah lah, aku nak balik dah pun...” Niyaz diam seketika. “Aku dengan siapa? Urmm...” Niyaz pandang aku tapi aku pandang depan. “...aku dengan Yeop. Haa...aku dengan Yeop. Sembang pasal hal lelaki je. Kau tak payah datang lah...”
Dia cakap aku Yeop? Kenapa tak terus terang saja dengan Nurul tu? Tadi cakap kawan baik je...
Seketika kemudian perbualan mereka tamat. Aku terus bangun. Kecil hati tiba-tiba bila dengar Niyaz cakap macam tu tadi. “Hessa nak balik. Abang boleh tolong hantarkan tak?”
“Eh nak balik dah ke?”
“Yes abang. Hessa penat, nak balik rehat.” Mood swing dah nih. Lebih baik jangan cakap banyak. Kena marah tak pasal pula karang. Niyaz hanya akur bila melihat perubahan pada wajah aku. Sepanjang perjalanan kami tak bercakap. Niyaz cuba ajak aku berbual tapi aku tak layan. Hessa... Hessa...

                        

No comments:

Post a Comment