28 November 2015

Hessa, It's Me! Bab 13

“TAK, along tak izinkan.” Along bangun berdiri sambil bercekak pinggang. Bengang dengan keputusan aku untuk berkahwin dengan Niyaz.
            Aku dah agak. Bukan senang nak minta keizinan along. Lebih-lebih lagi sejak kemalangan hari tu. Tapi, ini saja caranya untuk aku kurangkan rasa bersalah dalam diri aku. Along harus faham itu.
            “Please along...”
            “Kenapa Hessa? Kenapa Hessa nak susahkan lagi hidup Niyaz? Cukup-cukup lah susahkan hidup dia sekeluarga. Jangan ganggu Niyaz dan keluarganya lagi.”
            “No along! Angah bukan nak susahkan sesiapa. Angah cuma nak tebus salah angah dengan mereka. Itu pun tak boleh ke?”
            “With being part of them? Angah tak rasa ke yang angah akan lagi menyusahkan mereka? Angah akan buat mereka teringatkan tentang kemalangan itu. Who knows.” Sekeras-kerasnya along membangkang keputusan aku.
            “Tak...” Aku geleng. “mereka tak akan fikir macam tu. Along je yang fikir macam tu sebab along tu paranoid. Mereka dah move on lah along.” Nada suara aku sedikit meninggi. Geram dengan Along yang tak pernah nak faham aku.
            Along menjengilkan mata ke arah aku. “Along paranoid?! Ah, I can’t belive you said that to me. Kalau betul mereka dah move on, then you should move on to. Don’t jeopardize your life by marrying him.”
            Aku menggeleng laju. “I’m not jeopardizing my life along. Tak boleh ke along doa yang baik-baik saja? Lagi pun kami bukan nak buat benda tak baik. Kami nak kahwin, nak mendirikan masjid. Why can’t you just support us?”
            Aku dengar along mengeluh. Along bersandar lemah di atas sofa sebelah aku. Perlahan-lahan  dia mengurut pangkal leher. Along nampak stress. Aku bangun dan melutut di depan along. Tangan kanan along aku genggam kemas.
            “Along, bagi peluang kepada angah untuk perbetulkan semuanya along. Bagi peluang untuk angah menebus salah angah terhadap keluarga niyaz. Bagi peluang kepada angah untuk mengembalikan kegembiran didalam keluarga Niyaz. Bagi peluang kepada angah untuk membahagiakan Niyaz. Please along.” Air mata mula nak bertakung.
            Along tenung mata aku dalam.
            “Kenapa angah perlu korbankan kehidupan angah untuk semua ini? Kenapa angah perlu korbankan hidup angah untuk orang lain. Kenapa angah?” Soal along sebak.
            Aku menundukkan wajah dan air mata aku mula menitis. Sebab rasa bersalah dalam diri angah tak pernah hilang along. Dan angah tak sanggup untuk memikul rasa bersalah ini seumur hidup angah. Rasa itu semakin kuat tiap kali angah pandang wajah sayu Niyaz.
            “Angah adik along and I want the best for you. Along tak sanggup menyerahkan hidup adik along kepada mereka yang akan mengecewakan adik along nanti. Along risau angah. Along risau kalau-kalau angah tak bahagia dengan kehidupan baru angah nanti.” Air mata along turut menitis.
            “Nothing to worry along, trust me. Niyaz tak akan kecewakan angah.” Air mata along aku sapu perlahan.
            “How can you be so confident angah? You guys kahwin sebab angah nak tebus salah angah, bukan sebab cinta.”
            “Cinta boleh hadir lepas kahwin along.” Zaman sekarang ramai orang yang bercinta selepas kahwin.
            Along pegang pipi aku kiri dan kanan. “Angah memang dah nekad kan. Along cakap apa pun angah tak nak dengar kan.” Mata along kembali berkaca.
            “Along, janganlah cakap macam tu. Along buat angah rasa bersalah dengan along pula.” Air mata aku menitis lagi. Ah, cengeng pula kami hari ini.
            “Ah... apa yang harus along buat ngah?”
            Aku diam. Bagi peluang untuk along bernafas. Bagi peluang untuk along berfikir dengan tenang.
            “Along lebih rela menggalas tanggungjawab untuk menjaga adik-adik along sampai mati daripada melepaskan adik-adik along kepada mereka yang belum tentu dapat menjaga adik-adik along seperti mana along jaga. Tapi, hukum alam, takdir tuhan, bila sampai masa along harus lepaskan juga. Mungkin sudah tiba masa along lepaskan angah kepada yeng berhak, iaitu suami angah.” Jeda.
 “Cuma, along harap sangat-sangat yang keputusan along untuk melepaskan angah ke tangan Niyaz tidak salah. Yeah, no one can predict the future except Him, and I’ll pray for you my little sister. Semoga angah dapat mengembalikan kecerian di dalam keluarga Niyaz. Semoga angah dapat kembalikan Niyaz yang dahulu. Semoga angah diberikan kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Semoga hidup angah akan lebih bahagia dan semoga Niyaz dapat membahagiakan angah seperti mana angah membahagiakan mereka sekeluarga.”
“Along...” Aku terus menerkam along dan memeluk along erat.
“Along sayang angah.”
“Angah sayang along juga. Tapi along... kalau apa-apa jadi nanti, along akan terima angah semula kan?”
Along menolak bahu aku perlahan. “Aik, tadi macam confident sangat yang korang akan live hapily ever after.”
“Along, angah cakap kalau. Yela, we can’t predict the future kan.”
Along senyum. “Walau apa pun yang terjadi, angah tetap adik along. The door always open for you.  Kalau ada masalah, cepat-cepat cari along.”
Aku peluk along ketat-ketat. I love you fi dunya wal akhirah along. No one can replace you.
Tiba-tiba... Aku lepaskan pelukan.
“Tapi, nenek macam mana?”
“Itu angah jangan risau, biar along yang uruskan.”
“Okay... Tapi long, yang sebenarnya kenapa nenek tiba-tiba bawak rombongan meminang angah?”
Along kembali duduk.
“Nenek nak satukan angah dengan anak saudara nenek dekat kampung. Tujuan dia, sebab tak nak kita jauh dengan dia. Kalau angah kahwin dengan pilihan nenek, nanti angah akan ikut suami angah balik tinggal kat kampung. So, kita tak akan jauh dengan nenek lagi dah. Nenek takut kita lupakan dia.”
Aku pelik dengan kata-kata Along. Betul ke nenek cakap macam tu seddangkan sebelum ini nenek yang tidak mahu ambil tahu tentang kami. Entah kenapa aku dapat rasakan yang nenek ada tujuan lain.
“Betul ke apa yang nenek cakapkan tu Along?”
“Apa yang tak betul nya?” Soal Along pula.
“Tak lah, sebelum ni kan nenek mana pernah nak peduli pasal kita adik neradik. Hari ni tiba-tiba saja Long. Angah macam pelik la.”
Along diam memikir. “Ada betul juga apa yang Angah cakapkan tu, tapi Along cuba untuk bersangka baik saja lah Angah.”
Aku hanya diam saja bila Along memutuskan begitu. Kalau cakap lebih karang, jadi fitnah pula.

“TIDAK! Nenek tak izin kan. Walau macam mana sekali pun, Hessa tetap kena kahwin dengan anak kepada saudara nenek tu juga.” Nenek mendengus marah.
            Hari ini semua yang tua diajak berkumpul di rumah kami untuk membincangkan tentang hal pernikahan aku dengan Niyaz. Nenek macam biasa, datang bersama cucu kesayangannya. Manakala Tok Ayah pula datang bersama dengan Tok nek.
            Aku memandang Along dan Along hanya mengangkat tangan tanda sabar. Aku pandang Tok Nek dan Tok Ayah pula. Mereka hanya diam mebisu. Kenapa macam ni? Aku tak nak kahwin dengan pilihan nenek. Aku nak kahwin dengan Niyaz. Abang... Boleh tak abang tolong bawa Hessa jauh dari nenek? Hessa nak kahwin dengan abang je. Air mata mula bertakung. Entah lah, sejak kebelakangan ini air mata aku menjadi terlalu murah. Pantang kena asak sikit je, mula lah nak meleleh.
            “Tapi Hessa dah ada calon Hessa sendiri nek.” Hati semakin sebak bila nenek memandang aku dengan mata yang tajam. Kenapa la nenek tak nak faham.
            “Calon yang entah dari mana Hessa kutip hanya semata-mata nak mengelak daripada berkahwin dengan calon nenek. Macam tu?”
            Rasa teragak-agak untuk menggeleng atau tidak kerana dalam masa yang sama memang aku ingin mengelak daripada berkahwin dengan calon nenek. Dan ini saja lah jalan yang aku ada. Jalan yang tiba-tiba muncul bila aku mengajak Niyaz untuk berkahwin.
            “Macam ni saja lah Zaiton. Saya rasa lebih baik awak batalkan saja niat awak untuk satukan Hessa dengan anak kepada saudara awak tu. Saya akan nikahkan Hessa dengan calon pilihan dia saja.” Semua mata memandang ke arah Tok ayah.
            Along tersenyum mendengar kata-kata Tok ayah. Mungkin rasa lega bila Tok Ayah telah mengambil alih separuh daripada tanggungjawab Along. Kalau ikutkan memang To ayah lah wali aku sekarang.
            “Awak jangan nak macam-macam Mazlan. Saya dah janji dengan mereka dan saya harus tunaikan janji saya.” Jawab nenek tegas seraya menjeling tajam ke arah Tok ayah dan Tok nek.
            Tok ayah menggelengkan kepalanya. “Siapa yang suruh awak berjanji tanpa minta persetujuan tuan punya badan dulu?”
            “Saya nenek dia dan dia harus ikut cakap saya.” Sekali lagi nenek bersuara dengan tegas. Langsung tidak mengendahkan soalan daripada Tok ayah.
            “Kami datuk dan nenek dia juga Ton. Kami juga berhak untuk menentukan hidup mereka.” Kata Tok Nek pula. Tok Nek bingkas bangun dan berdiri di sebelah aku sambil memeluk kemas bahu aku. Rasa selamat dan sangat disayangi bila berada dalam pelukan Tok Nek.
            Nenek mengepal kedua belah tangannya. Aku rasa tahap kemarahan nenek sekarang sudah berada di tahap maksimum bila mukanya juga sudah berubah warna. Semoga masalah kesihatan nenek tidak terganggu dengan semua ini. Aku tak nak nenek jatuh sakit dan kemudian memaksa aku untuk menerima calon pilihannya dengan menjadikan masalah kesiahatan nenek sebagai alasan. Tolong la...
            “Kenapa semua orang tak nak dengar cakap aku? Kenapa kau perlu ikut perangai mak kau Hessa? Kenapa semua orang nak tentang keputusan aku ha?!” Jerkah nenek. Nama mak juga mula diungkit.
            “Saya mohon nenek jangan kaitkan arwah mak dalam masalah ini.” Kata Along dengan suara yang perlahan. Along nampak kurang senang bila nama arwah mak turut dikaitkan dalam masalah ini. Aku juga tidak suka bila nama arwah mak disebut-sebut.
            “Kenapa? Tak betul ke apa yang aku cakap ni? Mak dengan anak sama saja!” Nenek menjeling tajam ke arah Along.
            Aku memegang kemas tangan Tok Nek. Memohon kesabaran dan kekuatan untuk terus berhadapan dengan nenek versi kasar macam ni.
            “Ya Allah Zaiton. Kenapa diungkit hal yang lama? Kita bercakap tentang hal Hessa, bukannya hal arwah. Awak jangan nak libatkan nama arwah anak awak pula dalam hal ini.” Tok Ayah juga sudah mula marah.
            Nenek mendengus geram. Empat lawan satu, memang tak lah nenek nak menang. Sofea yang ada tu pun  hanya tahu belek telefon saja.
            “Walau apa pun, saya tetap dengan keputusan saya. Saya adalah wali Hessa yang sah dan saya akan nikahkan Hessa dengan calon pilihan hatinya. Bukan calon yang awak pilih.” Putus Tok Ayah.
            Sekali lagi nenek mendengus geram. “Sofea! Jom balik!” Nenek terus melangkah keluar dari rumah di ekori oleh Sofea.
            Tok ayah dan Tok Nek hanya menggeleng melihat kelakuan nenek. Tok nek menarik aku untuk duduk di sisinya di atas kerusi. “Kenapa dengan nenek kamu tu Hessa?” Soal Tok nek dengan nada kesal. Aku hanya mampu menggeleng. Aku pun tak tahu kenapa nenek jadi macam tu. Tiba-tiba datang nak atur hidup kami adik beradik.
            “Haikal...” Seru Tok Ayah. Aku menoleh ke arah Along yang hanya menunduk. Kenapa dengan Along?
            “Kamu kenapa?” Tanya Tok ayah bila Along hanya diam menunduk. Tok ayah bangun mengusap bahu Along dan Along mendongak memandang Tok ayah. Mata Along berkaca.
            “Haikal sedih bila nenek ungkit pasal arwah mak Tok ayah. Along kecewa. Apa perlunya nenek ungkit tentang itu semua. Arwah mak kan hidup bahagia dengan arwah ayah. Apa lagi yang nenek tak puas hati dengan mereka?” Along menggeleng kesal dengan air mata yang mula menuruni pipi.
            Ya Allah. Sebak rasa hati bila mendengar kata-kata Along. Aku lah punca nya. Aku lah punca kenapa nenek mengungkit cerita lama tentang arwah mak. Kau kenapa Hessa. Asyik bawa masalah saja. Esakan kecil mula kedengaran. Kini aku sudah tidak mampu lagi menahan air mata yang semakin memberat.
            “Angah minta maaf Along. Angah lah punca kepada semua ini...” Sungguh hati aku sedih. Sungguh hati aku pilu. Arwah mak dah tak ada pun, aku masih juga menyusahkan dia.
            “Angah...” Along bangun dan memeluk aku erat. Along menangis. Mendengar tangisan Along membuatkan hati aku semakin dirundung rasa bersalah.

            “Maafkan Angah Long... Maafkan Angah...” Aku turut membalas pelukan Along dengan erat. Tok nek turut berendam air mata manakala Tok ayah pula hanya memandang dengan wajah yang pilu.

3 comments:

  1. Adakah hessa akan bahgia nanti....mampukah niyaz melupakan penyebab mamanya meninggal..adakah niyaz akan terus mendendami hessa dlm diam

    ReplyDelete
  2. Adakah hessa akan bahgia nanti....mampukah niyaz melupakan penyebab mamanya meninggal..adakah niyaz akan terus mendendami hessa dlm diam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tugas berat yg menanti Hessa nanti :)

      Delete