28 November 2015

Hessa, It's Me! Bab 12

BETUL lah, ujian tu boleh datang bila-bila masa. Dalam pelbagai cara.  Dia menguji orang yang mampu, dan kita tak akan tahu kita mampu atau tidak, sehinggalah kita hadapi ujian itu. Allah uji sebab dia sayang. Ingat lah Hessa, Allah sayang.
            Jangan pernah mengeluh dengan ujian tuhan, itu tandanya kita tak ikhlas. Jangan pernah menidakkan takdir tuhan, itu tandanya kita tak redha. Semuanya hak Dia dan Dia berhak ke atas kita.
            Pertama kali dalam hidup kena marah, kena herdik, kena jerit dengan along. Salah siapa? Salah diri sendiri juga. Sebab apa along marah? Pertama, sebab pergi Cameron Highland tak bagi tahu kat along. Kedua, sebab rombongan meminang nenek terpaksa pulang dengan tangan kosong. Ketiga...
            Aku tak tahu macam mana nak cakap. Sebab yang ketiga telah merubah segalanya. Telah merubah perjalan hidup Niyaz. Along marah... Marah yang sungguh-sungguh marah. Bukan menidakkan takdir tuhan. Cuma sedikit ralat bila semuanya terjadi disebabkan oleh adiknya, iaitu aku.
            “Angah! Stop the car... Stop the car now angah!!!”
            Srettt...
            “Why?”
            “Abang Niyaz dan Mummy Tia...”
            Aku dan Hafiy pandang belakang. Ya Allah... Dengan pantas kami keluar dan berlari ke arah kereta Niyaz.
            “Abang! Mummy Tia!” Jerit kami sekuat hati.
            Lori yang sedang keluar simpang telah melanggar kereta Niyaz dan bahagian kiri kereta remuk. Ya Allah, Mummy Tia duduk kat sebelah tu. Orang ramai yang melihat kejadian tersebut datang membantu.
            “Abang...” Aku tepuk perlahan pipi Niyaz yang sudah selamat dikeluarkan oleh orang ramai.
            “Angah, Mummy Tia...” Hafiy sudah mula menjerit. Aku lari ke arah Hafiy pula.
            “Mummy Tia...”
            Mummy Tia tersepit dan kaku di tempat duduknya. Darah merah pekat mengalir menutupi raut wajah lembut Mummy Tia. Aku terduduk. Hafiy sudah teresak di sebelah.
            Kematian, tiada siapa yang mampu menahan walau sesaat. Baru tadi kami berkenalan, baru tadi kami bergelak ketawa, baru tadi kami berkongsi cerita. Tapi sekarang, Mummy Tia telah pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya.
            “Mummy!” Niyaz berlari ke arah kami.
            “Ya Allah mummy. Bang, tolong saya keluarkan mummy saya bang...” Rayu Niyaz bersama air mata yang laju menuruni pipi.
            Usaha mengeluarkan Mummy Tia berjaya dengan bantuan orang ramai. Niyaz setia memangku Mummy Tia di bahu jalan. Air mata masih membasahi pipi dan suara Niyaz langsung tidak kedengaran. Orang ramai yang tolong menguruskan segalanya. Niyaz sepertinya tenggelam dalam dunia sendiri.
            Hafiy masih menangis. Bahu Hafiy aku peluk erat dan kata-kata pujukan aku bisikan ke telinga Hafiy walaupun aku sendiri sedang goyah. Allah hu rabbi, sungguh sedih hati ini. Segalanya berlaku dalam sekelip mata.
            Sejak dari kejadian itu, hubungan aku dengan along mula  renggang. Ke mana saja aku pergi, harus dilaporkan kepada along dan sekarang along sama sekali tidak membenarkan aku keluar berdua dengan Hafiy. Kalau nak ke mana-mana, along harus ada sama. Along juga sudah jarang bercakap dengan aku. Bercakap bila perlu. Biarlah, mungkin along masih marah.
            Kalau lah aku tidak berkeras untuk pulang pada hari itu, mungkin semuanya masih macam biasa. Mummy Tia masih hidup dan Niyaz tidak akan kehilangan satu-satunya ibu yang dia ada.
            Niyaz. Sebulan berlalu, dia masih gagal aku hubungi. Macam mana dengan keadaan dia sekarang? Sihat kah? Rasa bersalah tidak pernah hilang bila terkenangkan Niyaz. Kalau lah... Orang cakap tak elok cakap kalau, macam menidakkan takdir tuhan pula. Tapi itu lah, kadang-kadang terlintas juga di fikiran.
            Nombor telefon Niyaz aku dail buat kesekian kalinya. Lama menunggu talian disambung sehingga aku hampir berputus asa. Belum sempat aku letak, talian bersambung. Tapi sepi. Hanya deruan nafas perlahan yang kedengaran.
            “Abang...” Hati mula sebak bila teringatkan orang di sebelah sana.
            Tiada sahutan.
            “Abang...” Nada suara mula berubah.
            Masih juga diam.
            Aku menarik nafas perlahan. Ya Allah, kuatkan lah hati aku, kuatkanlah hati Niyaz.
            “Abang... talk to me pleaseee...”
Air mata mula menitis, namun sendu cuba aku tahan.
“Hessa...”
Oh tuhan, akhirnya... dapat juga aku dengar suara yang sangat mahal itu. Air mata makin laju menuruni pipi. Esakan halus mula berubah kasar.
“Abang...”
“Hessa, stop crying.” Suara lembut Niyaz membuatkan tangisan aku semakin lebat. Teresak-esak seperti anak kecil.
“Abang, are you okay? Where have you been? Hessa cari abang tau. Hessa call tak pernah nak berjawab. Mesej Hessa semua abang tak balas. Hessa risau...” Tangisan aku masih bersisa. Sebak sungguh rasa hati.
Kedengaran Niyaz mengeluh. “Abang okay, Hessa jangan risau.”
“No! Selagi Hessa tak tengok abang dengan mata Hessa sendiri, Hessa tetap risau.”
Niyaz diam. Lama...
“Okay, lets meet.”
“Kat mana?”
“But before that, promise me one thing.”
“Apa?”
“Stop crying. Jangan nangis.”
Aku diam. Sedu sedan masih kedengaran. Mana boleh nak stop nangis macam tu je kalau hati tengah sedih.
“I’ll try.”

DAMAI, itu yang aku rasakan saat menjejakkan kaki di kawasan tasik ini. Bebanan perasan rasa bersalah aku lemparkan sejauh mungkin buat sementara waktu. Aku hanya ingin menikmati kedamaian ini sebelum aku berhadapan dengan Niyaz dan sebelum rasa bersalah itu membelenggu diri ini lagi.
            Terasa bangku sebelah diisi sesorang, aku pandang ke kanan. Niyaz duduk tegak, turut memandang ke arah tasik. Aku pandang wajahnya yang sudah sebulan tidak aku jumpa. Cengkung dan kusut. Jambang liar memnuhi wajahnya. Mata yang dulunya sentiasa bersinar ceria kelihatan sedikit kuyu. Badannya juga semakin susut, nampak kurus. Apa yang dah jadi dengan Niyaz sebenarnya? Masih bersedih dengan kehilangan Mummy Tia?
            “Abang...”
            Niyaz pandang aku. Tapi wajah dia beku.
            “Abang sihat?”
            “Abang sihat. Hessa?”
            “Hessa sihat. Abang pergi mana? Hessa call masuk viocemail. Mesej langsung abang tak reply.”
            Niyaz diam. Kembali memandang ke arah tasik. Lama.
            “Abang ada je.”
            Aku tatap muka Niyaz. Ada kat mana?”
            “Hessa pergi rumah abang, tapi tak ada orang. Abang ada kat mana?”
            Niyaz pandang aku.
            “Abang pergi Brisbane, jenguk Naylie.”
            “Sebulan abang kat sana?”
            Niyaz angguk.
            “Naylie is not being Naylie anymore.”
            Naylie is not being Naylie anymore? Apa yang dah jadi?
            “Apa maksud abang?”
            Niyaz tarik nafas perlahan. Badan disandarkan ke belakang kerusi. Santai.
            “She lost in her own world. Naylie terlalu sedih dengan berita kematian mummy. Lebih-lebih lagi bila dia langsung tak berkesempatan untuk menatap wajah mummy buat kali terakhir.”
            Aku terdiam. Suasana sunyi bagai mengerti Niyaz sedang ingin berkongsi cerita dengan aku.
            “Naylie tenggelam dalam kesedihan, pelajaran langsung tidak dipedulikan. Daddy suruh balik, tapi dia tak mahu. Balik rumah akan buat dia lagi sedih dan rindukan mummy. So, abang dan daddy decided untuk ke sana.”
            Aku tunduk menekur jari sendiri. Hati tiba-tiba pedih. Kenapa?
            “Kat sana Daddy bagi kata dua, focus on study kat Brisbane or else ikut kami balik Malaysia. But all of sudden, she just cried out loud. Macam orang histeria. Naylie terlalu meratapi pemergian mummy sehinggakan dia lupa tentang keadaan sekeliling. Dia lupa yang dia masih ada daddy, ada abang. Dia lupa tanggungjawab sebagai seorang anak. Lupa tanggungjawab sebagai seorang pelajar. She drown in her sadness. And it hurts me Hessa, so much.”
            Aku pandang Niyaz. Air mata bertakung jelas kelihatan. Sedih. Niyaz sangat sedih dan terluka dengan keadaan adiknya. Ya Allah... sungguh berat dugaan Mu ya Allah. Aku turut merasa kesannya ya Allah.
            “Ab... abbang...”
            “Hessa, kenapa?” Niyaz terkejut melihat wajah aku yang berubah mendung. Air mata perlahan-lahan membasahi pipi.
            “I’m sorry...” Tangisan aku pecah jua. Rasa terbeban dengan semua yang berlaku. Sungguh. Rasa bersalah sangat dekat Niyaz sekeluarga, especially Naylie.
            Niyaz diam.
            “Hessa mintak maaf. Semua ini terjadi sebab Hessa. Kalau lah Hessa...”
            “Stop blaming yourself Hessa. Tak baik cakap kalau. Macam menidakkan takdir tuhan pula.”
            Aku tunduk. Betul apa yang Niyaz cakap, tapi kenapa aku rasa sakit dengan kata-kata dia itu? Rasa disindir. Ah hati, jangan nak macam-macam. Air mata yang masih mengalir aku sapu.
            “But still, I’m sorry.” Sekali lagi aku memohon maaf. Walau beribu kali kata maaf diungkapkan, aku tetap tidakl boleh merubah segalanya yang telah terjadi. Oh tuhan, kuatkan hati aku untuk menghadapi semua ini.
            “It’s okay. Just forget about it.” Niyaz senyum tapi senyum terpaksa. Sangat buruk.
            “Apa yang perlu Hessa buat untuk tebus kesahalan Hessa?”
            “Hessa, stop it.”
            “Abang cakap je apa yang perlu Hessa buat, Hessa akan buat semuanya waima menyerahkan nyawa Hessa sendiri...”
            “Hessa enough!”
            “Hessa sanggup ab...”
            “I said enough!!!” Jerit Niyaz dengan muka berubah garang.
            Dan kami terdiam. Niyaz kembali memandang ke arah tasik di hadapan. Wajahnya masih beriak garang. Marah benar dia dengan kata-kata aku itu.
            “Kita kahwin?”
            “What?!” Niyaz memandang tajam ke arah aku. Marah yang tadi pun  belum hilang, ditambah pula dengan yang ini. Kau dah kenapa Hessa?
            “Kita kahwin. Hessa akan jaga abang sekeluarga sepenuh jiwa dan raga Hessa bagi menebus kesalahan Hessa.”
            “Nonsense.” Niyaz berdiri sambil becekak pinggang.
            “Hessa serious abang...”
            “Does that means that you want to be my slave for your whole life?” Tegas Niyaz menyoal.
            Aku diam. Slave. Dalam erti kata lain aku akan memperhambakan diri aku? Begitu? Niyaz ketawa. Ketawa yang dibuat-buat.
            “Next time, stop talking rubbish.”
            Niyaz berlalu pergi. Pipi yang kering mula basah kembali. Apa yang kau dah buat ni Hessa?
Salah ke cadangan aku tu? Aku buat keputusan macam tu bukan sebab nak menebus kesalahn aku semata-mata. Aku buat keputusan macam tu sebab aku nak jaga Niyaz, nak jaga keluarga dia. Lihat saja keadaan dia tadi, langsung tidak terurus.
“No abang, let me explain.” Lengan Niyaz aku pegang.
Niyaz merentap kasar lengannya yang aku pegang. “Apa lagi Hessa? Apa lagi cadangan mengarut yang Hessa nak bagi tahu dekat abang?”
“Abang dengar sini. Hessa nak kahwin dengan abang sebab Hessa nak jaga abang, bukan sebab nak tebus salah Hessa semata-mata abang.” Air mata jatuh semakin lebat. Rasa bersalah pula kian menggunung. Apa lagi yang perlu aku katakan supaya Niyaz bersetuju dengan cadangan aku yang tiba-tiba ini.
“Nak jaga abang?” Soal Niyaz sambil ketawa.
“Kenapa? Tak percaya yang Hessa boleh jaga abang?” Rasa tercabar dengan soalan Niyaz. Air mata di pipi aku sapu rakus.
“Abang boleh jaga diri abang sendiri.” Jawab Niyaz dengan penuh ego.
“Boleh jaga diri sendiri?” Giliran aku pula ketawa. Aku pandang Niyaz atas bawah. “Look at yourself abang. Muka cengkung, badan susut, rupa dan pakaian serabai. Macam ni abang cakap abang boleh jaga diri abang sendiri?”
Niyaz mengeluh kasar. “Abang serabut Hessa. Dengan Naylie yang jauh dekat Brisbane sana. Memang dia semakin pulih, tapi itu sewaktu kami ada dekat sana. Sekarang dia macam mana? Memang lah call cakap okey, tapi abang tetap risau selagi dia tak ada dekat depan mata abang. Abang tak boleh nak selalu dengan dia kat sana, tanggungjawab abang kat sini macam mana? Keadaan kesihatan daddy pun semakin merosot sejak mummy meninggal. Makan pakai daddy semua tidak terurus seperti sewaktu mummy masih ada. Abang serabut Hessa. Serabut, letih, runsing, semua ada kat dalam kepala abang ni.” Niyaz terduduk lemah. Sekuat mana pun kita, akan tersungkur juga sebelum tenaga muncul kembali untuk menarik kita supaya kembali kuat.
Aku memegang bahu Niyaz. Sedih dan terluka bila melihat keadaan dia yang sebegini. “Let me help you abang. Let me help you to take care of your family and yourself.” Sekali lagi aku cuba meyakinkan Niyaz. Semoga kali ini dia bersetuju dengan cadangan aku. Aku benar-benar ingin menebus kesalahan aku dan aku benar-benar ingin menjaga Niyaz sekeluarga.
“Abang tak tahu Hessa.”
“Hessa akan jaga abang dan keluarga abang. Memang tak sama dengan Mummy Tia jaga abang sekeluarga tapi, bagi Hessa peluang untuk cuba.” Sekali lagi aku merayu.
 Niyaz memandang aku tanpa riak. “This is not a trial and error process Hessa.”
“Ya I know. Tapi kita masih boleh cuba sampai berjaya kan. The choice is in our hand abang. Kita yang akan pilih sama ada untuk berjaya atau tidak dalam perkahwinan itu nanti. And the choice is in your hand too, either you want to accept my proposal or not. Hessa tak paksa, tapi Hessa sangat berharap abang akan terima.” Biar lah bunyi macam desperado ke apa. Asalkan aku dapat peluang untuk jaga mereka dan sekaligus dapat mengurangkan rasa bersalah yang aku tanggung ini.
“Along dah tahu pasal ni?”
Aku geleng. Macam mana along nak tahu kalau dah idea untuk kahwin dengan dia ni pun muncul selepas aku tengok dia yang serabai tu.
Niyaz mengeluh lagi. “Tak betul ni Hessa. You should discuss about this with your along first. Macam mana kalau along tak setuju?” Marah Niyaz. Emosi Niyaz memang tak stabil sekarang. Sekajap marah, sekejap sedih. Aku lah punca kepada perubahan emosinya ini.
“Along akan setuju.”
“Abang mana yang akan setuju adiknya kahwin semata-mata kerana ingin tebus rasa bersalah?”
“Along tak perlu tahu pasal ni.”
“Sooner or later he will know about this Hessa.”
“So, let he know it later.”
“Senang nya cakap...” Niyaz menggeleng tidak percaya.
“Abang, bagi Hessa peluang untuk jaga abang please. Hal lain, kita letak tepi dulu. Boleh?”
Aku merenung ke dalam mata Niyaz. Rasa sedih itu masih ada. Rasa rindu juga masih menyapa. Oh Niyaz, please say yes. Bagi Hessa peluang untuk jaga abang dan hilangkan sinar kesedihan di dalam mata abang.


No comments:

Post a Comment