27 November 2015

Hessa, It's Me! Bab 11

MINGGU yang memenatkan. Kalau orang audit nak datang, rasa macam tak cukup tangan saja nak buat kerja. Rakan-rakan sekerja yang lain pun sama juga. Asyik membongkok mengadap fail. Nak bercakap pun tak sempat. Nak bernafas pun semput. Parah betul tahap kesibukan aku ni. And now, I need some fresh air.
Weekend sweet escape, berdua dengan Hafiy je. Along ada emergency case yang perlu diselesaikan. Tinggal aku berdua dengan Hafiy je kat rumah jadi aku ajak Hafiy jalan-jalan dekat Cameron Highland. Our favourite spot. Datang banyak kali pun tak bosan.
            Boh Tea Plantation kelihatan sesak dengan orang ramai. Hujung minggu kan, normal lah. Nak pula tempat ni memang menjadi tempat tumpuan pelancong. Memang la penuh dengan orang ramai.
            “Angah, duduk sana jom.” Hafiy tarik tangan aku ke arah meja yang paling hujung.
            Nasib kami baik, baru je sampai terus dapat meja kosong. Meja di hujung anjung. Pemandangannya subhanallah, cantik sungguh. Pokok-pokok teh menghijau, sangat menenangkan.
            “Angah nak makan apa?”
            “Adik nak belikan ke?”
            “Yela. Hari ni adik belanja angah. Cepat lah, nak makan apa? Scones nak tak?”
            “Tak nak lah. Angah nak cheese cake.”
            “Cheese cake je?”
            “Yupp.”
            “Okay.”
            “And don’t forget my green tea dear.”
            “Ye angah.” Hafiy melangkah ke arah kaunter yang di sediakan. Barisan yang agak panjang. Mujur lah adik offer diri nak belanja. Aku memang malas betul kalau nak kena beratur panjang-panjang ni.
            Aku? Apa lagi, tangkap gambar la. Bukan selfie ye. Tak gemor lah kita selfie melfie nih. Tak cukup dengan duduk, aku bangun berdiri pula. Gaya macam profesional, padahal semua gambar pun sekadar sedap mata memandang saja. Ah, cukup lah untuk tatapan mata sendiri kan.
            “Nah angah punya.” Hafiy meletakkan sepiring kek keju dan secawan teh hijau di depan aku. Hafiy pula memilih scoones dengan teh lemon. Masing-masing menikmati hidangan, langsung tidak bersuara. Tiba-tiba...
            “Ehem... Hai awak.”  Kedengaran suara dari arah belakang. Dekat sangat dengan telinga ni.
            Aku pandang Hafiy, Hafiy pandang aku. Aku angkat kening tanya siapa, Hafiy angkat bahu tanda tak tahu. Kemudian kami sambung makan.
            “Amboi, sombong nya dia.”
            Hafiy menjeling. Kurang senang dengan gangguan lelaki yang entah dari mana tiba-tiba muncul. Hafiy memang anti dengan lelaki menegur gaya miang macam tu.
            “Angah!” Jerit Hafiy dengan suara tertahan.
            “Apa?”
            “Dia kenyit mata kat adik. Gatal betul!” Muka Hafiy dah berubah merah dah, tahan marah. Nak tergelak pula tengok muka Hafiy macam tu.
            “Buat tak tahu je lah.” Aku menyambung suapan yang terhenti tadi.
            “Awak...” Suara meleret-leret itu kedengaran lagi. Belum sempat aku berpaling, kedengaran suara lain menegur.
            “Niyaz, apa kacau anak dara orang macam tu...”
            Niyaz?!
            Kedengaran suara lelaki itu ketawa lepas. Aku pusing dan sumpah mata aku membuntang saat terpandangkan wajah yang sangat aku kenali.
            “Abang Niyaz?” Niyaz masih ketawa terhangguk-hangguk. Entah apa nya yang lucu sangat.
            “Suka kan kacau orang.” Bahu dia aku tumbuk. Geram tahu tak.
            “Adoi, sakit lah sayang.” Niyaz menggosok bahunya dengan muka berkerut menahan sakit. Bukan sakit sangat pun, mengada saja yang lebih.
            “Apa sayang-sayang. Hessa bukan sayang abang lah.”
            Sakit-sakit pun muka tu, nakal tak menahan. Hai, buat orang sakit hati je tengoknya.
            “Eh, kenal ke?” Wanita yang kelihatan agak berusia itu menyoal.
            “Haah angah, kenal ke?” Soal Hafiy pula.
            Baru nak perasan la kan yang ada orang lain juga dekat situ. Apa daaa kau Hessa, buat malu je main tumbuk-tumbuk bahu anak teruna orang.
            “Mummy... kenal kan, ini Hessa. Kawan Niyaz.”
            “Mak abang ke?” Soal aku dengan nada berbisik.
            “Ye sayang, mak Niyaz.”
            “Ouh maaf auntie.” Aku tunduk menyalami tangan mummy Niyaz. Hafiy juga berbuat perkara yang sama.
            “Call me Mummy Tia sayang. Tak nak lah auntie, tak best. Oh by the way, cantik kawan Niyaz ni.” mummy Niyaz senyum sambil membelai pipi aku. Terserlah aura keibuan dengan tingkah laku nya itu.
            Niyaz senyum je manjang. Hafiy pula masih blur agaknya. Diam je.
            “Mana ada Mummy Tia. Hessa biasa-biasa je.” Malu pula bila orang puji kita cantik.
            “Hessa... nama pun cantik. Calon anak mummy ke ni?” Soal Mummy Tia sambil memandang ke arah Niyaz.
            Niyaz ketawa. “How I wish mummy...” Jawab Niyaz berserta senyuman di bibir.
            Eh, kenapa cakap macam tu. Cakap bukan-bukan dengan mak sendiri, karang kena tulah. Hai tulah apa? Entah lah, aku main cakap je nih. Yang sebenarnya aku berdebar. Entah kenapa tiba-tiba rasa macam ni.
            “Yang comel dekat sebelah ni, adik Hessa ke?” Mummy Tia memegang bahu Hafiy pula.
            “Haah Mummy Tia, ini adik Hessa yang bongsu. Hafiy.” Hafiy senyum dan tunduk sopan. Malu lah tu sebab dah jeling Niyaz tadi.
            “Alahai, semua nama pun comel.” Aku sengih je. Segan sebenarnya bila kena puji macam tu. Tapi suka...
            “Hafiy, kenapa tadi abang tengok muka macam cuak je.” Niyaz ketawa. Mesti muka Hafiy nampak kelakar masa tu.
            “Macam mana tak cuak, tiba-tiba ada lelaki gatal kenyit mata. Rupa-rupanya kawan angah. Nasib baik jauh. Kalau dekat tadi Hafiy dah back hand dah.” Kata Hafiy dengan senyuman senget.
            Tergelak kami di buat nya dengan statement Hafiy tu.
            “Maaf lah sayang, anak bujang Mummy Tia ni memang suka usik orang. Kalau dekat rumah, mummy lah yang jadi mangsa dia. Kadang tu Mummy Tia buat tak layan je, tapi makin seronok pula dia usik kita.”
            Tersenyum kami mendengar bebelan Mummy Tia. Ooo macam tu perangai rupanya. Gaya macam serius saja Niyaz ni. Tapi suka mengusik rupanya.
            “Kalau boleh mummy Tia nak kahwinkan si Niyaz ni cepat-cepat. Biar dia usik isteri dia pula. Letih dah mummy nak melayan usikan dia.” Kata Mummy Tia lagi.
            “Kuat mengusik rupanya abang Niyaz ni ye.” Celah Hafiy dengan muka nakal.
            “Sangat Hafiy sayang. Kuat merajuk juga. Kalau tak kena gaya, payah betul nak pujuk. Menurun siapa entah.” Sambung Mummy Tia lagi.
            “Haa, yang part merajuk tu Hessa setuju. Payah betul nak pujuk.”
            “Niyaz pernah merajuk dengan Hessa ke?”
            “Pernah Mummy Tia. Hessa ni pula jenis yang tak pandai nak pujuk. Memang masalah betul la.” Dah macam mengadu pula jadinya.
            “Haah angah memang failed kalau bab pujuk memujuk ni Mummy Tia. Hafiy selalu pujuk diri sendiri kalau merajuk dengan angah. Tak pun along yang jadi tukang pujuk.” Kata Hafiy pula.
            “Amboi, kutuk angah nampak.” Aku mencuit pinggang Hafiy. Tergeliat Hafiy dibuatnya. Hafiy kan spesis penggeli.
            “Alah, Hessa pun sama. Seronok betul mengumpat pasal abang dengan mummy kan. Padahal abang ada je kat depan korang ni ha.” Tiba-tiba Niyaz bersuara dengan riak muka tak puas hati.
            “Eh, abang ada juga rupanya. Ingat kan tugu negara mana lah tadi.” Saja nak mengusik Niyaz depan mummy dia.
            “Haah kan angah, ingatkan orang-orang tadi.” Kami gelak. Muka Niyaz berubah merah. Tu nak merajuk lah tu.
            “Haa padan muka anak mummy. Dia pula yang kena usik kan.”
Mummy Tia menggosok perlahan bahu Niyaz. Dalam mengusik tu, masih terserlah rasa kasih dan sayang mummy Tia terhadap Niyaz. Untung badan masih ada mak.
“Tak ada apa lah mummy, Niyaz tak kisah pun. Bukan selalu pun kan kena usik dengan mummy and the geng.” Wajah niyaz sudah bertukar ceria.
Usik mengusik masih berterusan. Suka betul Mummy Tia usik anak bujang dia. Dah ada geng kan, best la. Hafiy tu pun sama naik dengan Mummy Tia. Adik aku yang itu memang la, bab mengenakan orang kasi kat dia lah.
“Niyaz, mummy nak turun bawah sana lah. Nak jalan-jalan sambil feeling-feeling buat video klip.” Aku tergelak. Boleh tahan kelakar juga Mummy Tia ni tau.
“Hafiy ikut.” Hafiy dah tercegat kat sebelah Mummy Tia.
“Come sayang.”
Tangan Hafiy digenggam kemas. Sambil berjalan sambil gelak. Entah apa lah yang dia orang sembangkan tu pun aku tak tahu la.
“Abang berdua dengan Mummy Tia je ke?”
Niyaz masih memandang ke arah Mummy Tia dan Hafiy.
“Yup. Daddy ada conference kat Vietnam. Mummy cakap dia bosan dan rindu kat Naylie sangat-sangat. So, untuk hilangkan rasa bosan dan rindu mummy, abang bawak lah mummy datang sini.”
“Naylie, who?”
Niyaz memandang ke arah aku dan tersenyum. “The one and only, my little sister. Tengah sambung belajar dekat Brisbane.”
“Abang memang dua beradik je ek?”
Niyaz angguk. “Haah, abang yang sulung dan Naylie yang bongsu. She’s my everything after mummy and daddy. Hessa pula, datang berdua dengan Hafiy je ke?”
Aku angguk. “Along ada emergency case pula hari ni dan sebab kami berdua tak tahu nak buat apa dekat rumah, kami terus shoot datang sini.”
“Jauh juga Hessa drive datang sini. Dua-dua perempuan pula tu, bahaya tau.” Kerutan jelas kelihatan di dahi Niyaz.
“Dah biasa la abang. Lagi pun siang kan, nothing to worry.”
“But still it’s too dangerous for ladies like you two to drive alone jauh-jauh macam ni.” Kata Niyaz lagi. Semakin jelas kerutan di dahi Niyaz. Risau agaknya.
“Abang, we’re okay. Just don’t think too much boleh?”
“But still...”
“Can we just drop the subject pleaseee...” Aku meleretkan suara. Bukan apa, malas nak gaduh pasal ni. Kami bukan tak biasa memandu jauh-jauh macam ni dan aku bukan nak tunjuk berani. Cuma aku tak nak dia risau lebih-lebih.
Niyaz diam seketika. “Well, tell me bout your family then.”
Aku senyum. Dah banyak kali jumpa, sekarang baru nak tanya. Nasib baik tak merajuk. Kalau tak, masak aku nak memujuk.
“Nothing much to say. Kami ada empat orang adik beradik je, dua lelaki dua permpuan. Along, Hessa, achik dan adik. Parents dah meninggal dua tahun lepas.” Jela aku serba ringkas.
“Ouh, I’m sorry to hear that.” Yup, Niyaz tak pernah tahu yang aku dah tak ada mak ayah.
“It’s okay abang. Reality hurts, truth bite. But still we have to face it right?” Aku senyum. Seriously, aku memang dah boleh adapt dah dengan semua ni. Rasa kehilangan tetap ada, tapi dengan yang lain dah boleh terima dah takdir yang menimpa. Cuma achik saja lah yang belum hundred percent recovered.
“Ya. Ujian tu kan datang dari Dia dan kita sebagai hamba kena redha dengan ketentuan Nya.” Kami senyum. Selalu, punya fikiran yang sama dengan Niyaz.
“Abang... Mummy Tia memang panggil semua orang sayang ek?”
Niyaz tergelak. Kelakar agaknya soalan aku tu.
“Mummy kalau dia rasa selesa dengan orang tu, memang dia panggil sayang. Lebih-lebih lagi kalau yang perempuan macam Hessa dan Hafiy. Mungkin Hessa dan Hafiy dapat kurangkan rasa rindu mummy kat Naylie.”
“Ouh macam tu. Tapi abang, mummy Tia tak panggil sayang pun.”
“Memang la tak sebab mummy selalu panggil abang handsome.” Niyaz angkat kening. Kerek gila.
“Eleh perasan...”
“Betul lah...”
“Handsome, macam nak hujan la...” Tiba-tiba Mummy Tia mencelah.
“See... I’ve told you right?!” Niyaz senyum bangga.
Aku mencebik. Muka riak tak habis.
“Cakap apa?” Soal Mummy Tia dan Hafiy serentak.
Belum sempat Niyaz menjawab soalan mereka, telefon aku berdering. Panggilan daripada along.
“Assalamualaikum along.”
“Waalaikumussalam. Angah dengan adik ada dekat mana?”
“Kat Cameron Highland long.”
“Kenapa jauh sangat perginya?” Soal along keras. Dah kenapa pula dengan along ni.
“Sorry. Kenapa along call? Kerja along dah selesai ke?”
“Angah dengan adik balik sekarang.” Tegas along bersuara.
Macam pelik saja Along ni. Ada sesuatu yang tak kena ke? “Kenapa long? Ada apa-apa yang tak kena ke?”
“Nenek nak datang rumah, dah on the way katanya...” Jawab Along.
“Ouh , okay...”
“...dan nenek bawa rombongan meminang. Nak pinang angah bagi pihak Mak Ton.” Sambung Along lagi.
“What?!” Nada suara naik satu oktaf.
“You heard me. Balik sekarang.”
Klik! Along memutuskan talian.
“Kenapa ngah?” Soal Hafiy di sebelah aku. Niyaz dan Mummy Tia hanya diam memerhati.
“Nenek nak datang rumah.” Aku pandang wajah Hafiy. Entah, tak tahu nak rasa apa sekarang. Nenek betul-betul buat apa yang dia cakapkan hari tu. Nenek akan terima pinangan mereka bagi pihak aku. Oh no!
“So?”
“Kita kena balik sekarang adik.” Aku bingkas bangun dan menarik tangan Hafiy ke arah kereta. Saat ini hati sudah mula berdebar. Apa la yang nak jadi lepas ni agaknya. Walau macam mana pun, aku harus tolak pinangan ini. Aku tak nak bertunang dengan orang yang aku tak kenal.
“Hessa stop! Kan hujan tengah lebat ni.” Niyaz menahan aku dari terus berlalu.
Baru aku perasan yang hujan sudah turun membasahi bumi Cameron Highland. Terlalu tenggelam dalam berita yang baru disampaikan Along membuatkan aku lupa tentang keadaan sekeliling.
“Ye sayang, hujan tengah lebat ni. Tunggu hujan reda sikit ye.” Pujuk Mummy Tia pula. Aku pandang Hafiy, tapi dia hanya diam. Langsung tidak bersuara. Kalau aku tak balik sekarang, nenek akan buat keputusan untuk aku dan aku tak nak itu semua terjadi.
“Tak boleh Mummy Tia, along suruh Hessa balik sekarang juga.” Putus aku. Hati tak tenang. Macam mana aku nak mengadap Niyaz dan Mummy Tia dalam keadaan hati resah macam ni.
“Okay kalau macam tu, abang follow Hessa dan Hafiy dari belakang. Boleh mummy?”
Mummy Tia angguk. “Mummy ikut je. Tapi Hessa janji dengan Mummy Tia, jangan bawak laju-laju ye sayang.”
“Promise...”
Tanpa berfikir panjang, kami terus bergerak pulang. Hujan masih lebat namun hanya di sesetengah tempat. Setelah separuh perjalanan, hujan mula reda. Tetapi jalan raya masih licin.
“Kenapa sebenarnya angah?” Hafiy nampak resah. Mungkin risau melihat keadaan aku yang seperti orang tidak tentu arah.
Kereta Niyaz masih rapat mengekori dari belakang.
“Can’t talk right now dik. I need to focus on my driving.”
Memang aku tak boleh nak cakap sekarang. Hati tengah huru hara dengan masalah nenek bawak rombongan meminang. Entah apa lah yang nenek kalut kan sangat. Nak suruh aku bertunang ni dah kenapa?

Tiba-tiba...
BAMM!!!
“Angah! Stop the car... Stop the car now angah!!!”

Sretttt...

No comments:

Post a Comment