25 November 2015

Hessa, It's Me! Bab 10

HURU hara nya rasa bila tiba-tiba kena paksa kahwin macam ni. Tak suka betul la dengan nenek tu. Selamba saja datang sini suruh aku kahwin. Apa dia ingat aku tak ada life ke? Tak baik la nenek buat aku macam ni. Kenapa sekarang baru dia ambil tahu tentang aku semua? Kenapa bukan sebelum ni? Kenapa nenek?! Argh!!! Telefon Aini kejap lah. Nak buat curhat (curahan hati).
            “Aini kau dekat mana?”
            “Waalaikumussalam Hessa...” Naa... setepek kena dengan Aini. Geram punya pasal, lupa pula nak bagi salam.
            “Assalamualaikum Aini sayang. Kau dekat mana sayang?” Aku dengar Aini gelak. Entah apa yang kelakar sangat pun aku tak tahu la.
            “Aku tengah picnic dengan family aku Hessa sayang. What’s up babe?” Alah, pergi berkelah pula. Hujung minggu kut, memang waktu untuk luangkan masa dengan keluarga kut Hessa oii.
            “Aku ingat nak jumpa kau. Tapi dah kau tak free, tak apa lah. Next time maybe.” Aku mengeluh perlahan.
            “Nak jumpa aku kenapa?”
            “Urm... Nak curhat la.” Serabut betul la kepala sekarang. Nak tak nak memang kepala ni asyik terfikir tentang apa yang nenek cakap tu je.
            “Curhat kenapa babe? Kau ada masalah ke? Dengan siapa?” Nada Aini berubah risau. Makcik ni memang la sahabat terbaik. Asal tahu aku ada masalah je, dia dulu yang gelabah.
            “Talk to you later la Ni. Kau kan tengah picnic tu. Tak nak lah rosakkan mood kau pula.”
            “Aku okey je Sa kalau kau nak buat curhat dekat telefon ni pun. Telinga aku free of charge. Tapi bil telefon kau la yang tak free nya.” Aini mengekek ketawa. Sempat lagi tu buat lawak.
            “Haa tak pasal pula bil aku melambung kan. Talk to you later lah kalau macam tu. Nanti kalau kau free, kau bagi tahu aku tau.”
            “Alright baby. Kau jangan stress sangat tau. Nanti apa-apa hal call aku. See you later babe.”
            Selesai memberi salam, aku terus putuskan talian. Haih... Golek-golek atas katil pun best juga ni. Nak buat apa ye? Nak tidur, tak mengantuk. Kalau duduk diam macam ni, lagi la kepala ni asyik fikir soal kahwin paksa tu. Along dengan Hafiy dah selamat membongkang dah. Makan kenyang-kenyang lepas tu tidur. Cantik punya perangai. Haila... Nak buat apa ni?
            Ting! Niyaz! Sekarang dah pukul empat. Agak-agak dia tengah main futsal ke, baru nak main ke, atau dah sudah main? Boleh ke kalau call ni? Tak mengganggu ke? Tapi kalau tak tanya tak tahu pula kan.
            Sedang aku berfikir sama ada nak telefon Niyaz atau tidak, tiba-tiba telefon aku berbunyi. Panjang umur betul. Baru je sebut dah call.
            “Yes abang, ada apa call Hessa?” Buat-buat tak tanya apadahal memang dah nak call Niyaz dah pun tadi hehe...
            “Hessa buat apa?” Soal Niyaz.
            “Hessa tengah baring-baring. Abang kenapa call? Bukan abang ada game futsal ke hari ni?”
            “Haah, memang ada game pun. Rehat jap. Tiba-tiba teringat dekat Hessa, itu yang abang call. Tengah baring? Hari tu cakap nenek nak datang.”
            “Nenek dah balik dah pun.”
            “Ooo... Habis tu, free lah ni ye?”
            “Urmm... ye la kut.”
            “Meh la sini, tengok abang main futsal.”
            Waaa... macam best juga. “Tak ganggu abang ke?”
            Niyaz gelak. “Ganggu apa nya. Hessa dekat luar, abang dekat dalam. Meh la cepat, abang tunggu.”
            Aku senyum. “Okay, I’ll be there as soon as possible.” Wah! Semangat betul kan.
            “Abang tunggu.”
            Aku terus terjun dari katil setelah Niyaz memutuskan panggilan. Nak pakai apa ye? Urm... Satu persatu baju di dalam almari aku belek. Eh tapi, nak tengok Niyaz main futsal je kut. Perlu ke nak melaram bagai. Kau dah kenapa Hessa?
            Akhirnya aku pilih untuk pakai jeans biru dengan t-shirt lengan panjang warna merah. Rambut aku ikat tocang saja. Rinkas kan. Masa aku buka pintu untuk ke bawah, Along juga turut keluar dari biliknya. Muka serabai tak payah cakap. Agak-agak ada ke yang berkenan dekat Along aku ni bila tengok dia macam ni? Ada la kut.
            “Nak ke mana Ngah?” Soal Along sambil menggaru belakang leher. Habit sejak dulu.
            “Nak keluar jumpa kawan sekejap Along?”
            “Lelaki ke perempuan?” Soal Along lagi.
            “Lelaki.” Jangan la Along tak bagi pula. Dah janji dengan Niyaz dah ni.
            “Elok-elok bawa kereta. Jangan balik lambat sangat.” Pesan Along sambil melangkah turun ke bawah. Aku hanya mengekor dari belakang.
            “Okay boss!” Fuhh nasib baik. Along memang sporting. Tapi jangan nak ambil kesempatan pula. Kalau datang angin puting beliung dia tu nanti, tahu la langit tu tinggi ke rendah.
            “Balik nanti jangan lupa beli makanan untuk Along dengan adik tau.” Tambah Along lagi. Sempat lagi tu. Kalau pasal makanan, memang tak lupa la Along ni.
            “Along nak apa?” Kunci kereta di atas almari aku capai dan sneaker di dalam almari aku keluarkan. Cun dah nih, t-shirt merah, jeans biru, sneaker hitam dengan beg silang. Macam budak sekolah pula rasanya.
            “Apa-apa je. Tapi Along nak nasi tau. Tak nak makanan ringan.”
            “Okey! Adik Long?”
            “Sama dengan Along. Adik tu tak memilih sangat kalau bab makan.” Along sudah duduk santai di ruang tamu. Layan mengantuk yang belum hilang.
            “Baik lah. Angah gerak dulu ye Along.” Along hanya melambaikan tangan dengan mata yang masih pejam. Along, Along... Patutnya Along dulu yang kahwin tau. Bukan Angah.

TAK susah pun nak cari tempat futsal ni. Aku memang dah biasa lalu dekat kawasan ni. Rumah Kak Wan pun dekat kawasan ni juga. Pernah la beberapa kali aku dengan Erin datang sini. Kadang pergi rumah Kak Wan, kadang saja jalan-jalan cari makan waktu lunch. Tak jauh mana pun kan dengan tempat kerja aku tu.
            Aku duduk di atas bangku yang disediakan di laur gelanggang. Kelihatan Niyaz sedang berlari laju mengejar bola. Semangat betul dia berlari. Macam tengah main game peringkat negeri pula.
            Adalah beberapa orang yang bersorak memberikan sokongan di luar gelanggang. Aku juga turut bersorak bersama dengan mereka. Seronok juga rupanya bersorak macam ni. Macam meriah sangat pula. Teringat masa sukan dekat sekolah dulu. Aku memang jaguh. Jaguh sorak. Nasib tak masuk pasukan sorak sekolah je.
            “Buat apa dekat sini?” Ada suara menegur dari sisi. Aku terus menoleh. Eh, macam kenal.
            “Hai Nurul...” Aku hulur tangan untuk bersalam tapi dia tak layan. Hoi! Sombong betul lah. Tak dosa pun  kalau salam kan.
            “Buat apa dekat sini?” Soal dia lagi dengan pandangan lurus ke hadapan. Tangan pula disilangkan ke badan.
            “Tengok Abang Niyaz main...”
            Dia terus berpaling ke arah aku. “Abang Niyaz?” Soalnya dengan riak terkejut. Yang terkejut sangat ni pasal apa? Pelik sangat ke ayat aku tu? “Ye, Abang Niyaz...” Jawab aku ringkas.
            “Ouh jadi, dia kau panggil abang? Aku kau panggil Nurul je? Biadapnya...” Nurul tersenyum sinis. Berdesing telinga aku dengar perkataan biadap tu. Kalau tak suka pun dengan panggilan aku tu, tak boleh ke cakap elok-elok? Tak perlu kut nak cakap yang aku ni biadap ke apa.
            “Maaf  Kak Nurul.” Sabar Hessa, sabar. Ini kalau Aini ada, dah lama agaknya minah ni kena pelangkung dengan Aini. Sombong sangat.
            “Kau siapa sebenarnya dengan Niyaz?” Nurul memandang tajam ke arah aku. Macam nak makan orang dah gaya kakak ni. Kenapa macam marah sangat dengan aku? Aku dengan Niyaz bukan ada apa-apa pun. Sama lah dengan dia, sekadar kawan baik saja kan. dah tu yang sibuk sangat nak marah aku ni pasal apa?
            “Kami kawan baik saja Kak Nurul...”
            “What?!” Jerit Nurul. Semua mata dah pandang kami semacam dah. Yang terkejut sampai macam tu sekali kenapa? Cakap kawan baik pun dah terjerit sampai macam tu sekali. Kalau aku cakap yang aku ni isteri Niyaz, agak-agak macam mana la reaksi dia. Pengsan tak bangun-bangun kut.
            “Hessa, Nurul... What’s wrong?” Tegur Niyaz yang baru keluar dari gelanggang. Game dah habis rupanya. Sibuk sangat melayan terkejut Si Nurul ni sampaikan tak perasan yang Niyaz dah habis main. Team mana entah yang menang tadi.
            “She said she is your bestfriend. Is it true Niyaz?” Soal Nurul dengan nada tertahan. Niyaz mengeluh perlahan sambil mengelap peluh dengan bajunya.
            Belum sempat Niyaz menjawab, Nurul sudah kembali bersuara. “Kau tahu kan yang aku tak suka kau ada bestfriend lain selain daripada aku. Kita dah janji Niyaz, since school. Kau nak mungkir janji ke apa?” Marah Nurul.
            Eh, soal kawan baik pun nak marah ke? Kawan baik je pun, bukan bini la cik kak. Dah tu yang beria sangat nak pegang janji zaman sekolah tu dah pasal apa? Macam budak-budak la cik kak ni. Tak faham betul aku.
            “Stop acting like a child Nurul. Benda kecil je, yang kau nak kecoh sangat kenapa?” Haa, see... Niyaz pun fikir sama macam aku. Benda kecil macam ni pun nak kecoh la cik kak ni. Entah apa-apa.
            “I’m not acting like a child. Kecil bagi kau, tapi tak bagi aku Niyaz. Dah lah, aku nak balik.” Nurul sempat menjeling ke arah aku sebelum melangkah meninggalkan aku dengan Niyaz.
            “Kenapa tu abang?”
            Niyaz duduk di atas bangku sebelah aku. Keluhan berat dilepaskan. “Nak tahu kenapa abang tak ceritakan tentang Hessa kepada Nurul?” Aku angguk. “Sebab abang tak nak jadi macam ni lah.” Kata Niyaz lalu meneguk perlahan air yang masih tinggal separuh di dalam botol.
            “Tapi kenapa dia nak marah pula. Kawan je kut. Bukan tunang ke, bini ke...” Niyaz tersenyum mendengar kata-kata aku. “Kalau tunang pun  best juga kan.” Gurau Niyaz dengan senyuman yang masih belum hilang.
            “Eh abang ni. Nak kena pelangkung dengan Kak Nurul tu ke?” Wajah Niyaz kembali serius. Haa, tahu takut.
            “Nurul tu abang kenal sejak sekolah rendah. Masa darjah tiga kalau tak silap. Dulu dia selalu kena buli sebab dia tak ada mak ayah.” Ouh, anak yatim piatu ke.
            “Mak ayah Kak Nurul dah meninggal ke abang?” Macam kesian pula dengar. Kecil-kecil lagi dah tak ada mak ayah.
            Niyaz angkat bahu. “Abang tak tahu. Sampai sekarang dia tak nak cerita dekat abang apa yang terjadi dengan mak dan ayah dia.”
            “Jadi, abang lah ye yang tolong Kak Nurul masa dia kena buli dulu?”
            “Yup! Abang la yang tolong dia. Sejak daripada itu kami berkawan rapat lama-lama jadi kawan baik. Masa tingkatan lima, sebelum tamat sekolah dia minta abang janji yang abang tak akan ada kawan baik lain selain daripada dia. I mean yang permpuan la kan. Abang pun tak tahu kenapa dia suruh abang janji macam tu. So, abang layankan saja lah. Tapi, tak sangka pula yang dia serius. Lepas kita jumpa dekat restoran hari tu, tak habis-habis dia membebel pasal kita.”
            “Dia cakap apa?”
            Niyaz senyum je. Tak nak bagi tahu langsung apa yang Nurul cakap pasal kami. Mesti Nurul kutuk aku. Tengok pada gaya pun dah tahu yang dia tak berkenan dekat aku. “Jadi, dia cemburu lah ye bila tengok abang rapat dengan perempuan lain selain daripada dia?”
            Niyaz jungkit bahu. “Kind of...”
            “Abang tak rimas ke? Dia bukan kekasih atau tunang abang pun. Isteri jauh sekali. Hessa rasa dia tak ada hak untuk halang abang berkawan rapat dengan sesiapa pun.”
            Niyaz gelak mendengar kata-kata aku. Lawak ke apa yang aku cakap tadi? Betul lah kan. Nurul tak ada hak untuk buat macam tu. Itu dah kira macam mengongkong hidup Niyaz dah tu.
            “Mungkin dia rasa insecure kut. Dia risau kalau abang akan lupakan dia bila abang ada kawan yang lain.”
            “But still dia tak boleh buat macam tu. You have your own life and you have a right to be friend with who you want. Walau kawan baik macam mana sekali pun, dia tetap hanya kawan abang sahaja. Dia tak ada hak untuk pilih dengan siapa abang perlu berkawan.”
            “Bersungguh betul budak kecik ni bila bercakap ye.” Niyaz menolak pipi aku dan senyum. Orang serius, dia main-main pula. “Biar lah dia Hessa. Lagi pun dia bukan selalu ada dekat sini pun. Jadi dia memang tak boleh nak kongkong hidup abang ni.”
            “Apa maksud abang?”
            “Nurul tu kerja sebagai stewardess dekat Dubai sana. Jadi memang tak selalu ada la dekat sini. Sekarang ni dia cuti, itu yang selalu ada lepak dengan abang. Yang hari ni abang tak tahu pun dia nak datang. Tiba-tiba saja muncul. Terkejut juga abang tadi bila tengok dia dengan Hessa macam nak gaduh saja. Nasib baik tak sempat nak tarik rambut.”
            Ooo... stewardess rupanya. Patut la lawa. Memang kalah la aku yang cinonet ni kalau berdiri dekat sebelah dia. “Ish abang ni, tak ada la sampai nak tarik rmabut macam tu.” Aku menjeling Niyaz yang masih tersengih-sengih. “Berapa lama dia cuti ni abang?”
            “Hari Rabu nanti dah nak fly balik Dubai dah. Sekejap saja cuti kali ni.” Aku pandang sisi wajah Niyaz. Wajah itu nampak biasa-biasa saja bila bercerita tentang Nurul. Kata-kata Along kembali berputar di minda. Aku syak, Nurul ni ada hati la dekat Niyaz. Kalau setakat rasa insecure takut hilang kawan baik, tak kan lah nak mengongkong hidup Niyaz sampai macam tu sekali.
            “Abang, tak pernah terfikir ke untuk bercinta dengan Kak Nurul.” Niyaz renung aku dengan tajam. Kemudian dia gelak. Gelak sampai keluar air mata pula tu. Melampau betul.
            “Abang bercinta dengan Nurul? Memang tak la Hessa oiii...”
            “Kenapa tak pula? Kak Nurul tu cantik apa. Rasa nya dah cukup pakej dah nak jadi teman wanita abang.”
            Niyaz geleng. “Walau cantik macam mana pun, kalau hati ni tak terpikat, memang tak boleh nak buat apa la Hessa. Abang dah kenal dia lama. Abang anggap dia sebagai kawan baik abang saja. Kawan terbaik. Kalau lebih pun, abang anggap dia sebagai adik abang saja. Belum sampai tahap nak jadikan dia teman wanita abang lagi Hessa.”
            “Tapi...”
            “Tapi apa?” Niyaz pandang aku dengan wajah yang penuh persoalan. “Tapi Hessa rasa Kak Nurul dah anggap abang lebih daripada seorang kawan. Niyaz gelak sebelum menyoal aku kembali. “Kenapa Hessa rasa macam tu?”
            Aku mengeluh perlahan. Niyaz ni memang tak ada perasaan ke apa? Tak kan lah benda kecil macam tu pun dia tak perasaan. “The way she act, tak macam kawan la abang. Hessa perempuan, Hessa tahu la apa yang perempuan fikirkan.” Dengan penuh yakin aku menjawab. Memang betul pun. Perempuan kalau dia act weird macam tu dengan lelaki, memang dia ada simpan perasaan dekat lelaki tu.
            Niyaz diam memikir. “Entah la Hessa, abang kalau boleh tak nak fikirkan tentang semua tu. Abang tak nak hubungan persahabatan kami putus hanya kerana perasaan yang tidak sepatutnya wujud tu.”
            Pula... Nampak macam aku ni jahat sangat la pula sebab provok Niyaz tentang perasaan Nurul macam tu. “Up to you abang. Hessa cuma cakap apa yang Hessa rasa saja. Maaf kalau abang rasa yang Hessa cuba nak merosakkan hubungan abang dengan Kak Nurul.”
            Niyaz ketawa. “Abang tak rasa macam tu pun la.” Niyaz tarik hujung rambut aku. Senget dah jadinya ikatan rambut aku ni. “Dah jom pergi minum. Cakap pasal Nurul sampai bila-bila pun  tak habis.”
            Aku melirik jam di tangan. Alamak! Dah pukul enam petang la. “Ala abang, tak boleh la kut.”
            Niyaz yang sudah berdiri memandang aku pelik. “Kenapa pula?”
            “Hessa dah janji nak tapaukan makanan untuk Along dengan adik. Lepas tu Along pun dah pesan tadi jangan balik lambat.”
            “Minum sekejap pun tak boleh ke?”
            Urm... aku dah serba salah. Kalau minum, sembang-sembang nanti, mahu nya sampai pukul tujuh. Dah nak dekat maghrib dah tu. Kalau dah maghrib baru balik, memang harus lah kena bebel dengan Along.
            “Urm lain kali ye abang. Boleh?” Niyaz nampak kecewa. “Sorry abang, Hessa betul-betul tak boleh. Nanti Along marah kalau balik waktu dah maghrib.”
            Niyaz senyum pula. “Bagus betul, dengar cakap Along.” Niyaz mengusap kepala aku. Habis dah serabai rambut aku ni. “Okey lah, kita keluar minum lain kali saja. Ni nak tapau makanan dekat mana?”
            Fuhh lega... “Tapau dekat kedai makan yang dekat dengan rumah saja lah. Senang dan cepat.”
            “Okey lah kalau macam tu. Drive carefully. Dah sampai rumah jangan lupa mesej abang.” Pesan Niyaz sebelum aku berlalu.
            “Ai... ai... captain!” Aku buat tabik hormat kemudian Niyaz gelak. Suka sangat dia gelak sekarang. “Nakal!” Niyaz sempat mencuit hidung aku sebelum kami berpisah. Ah, kenapa rasa seronok pula ni?



No comments:

Post a Comment