30 November 2015

Hessa, It's Me! Bab 15

SUDAH seminggu usia perkahwinan kami. Masih baru dan masih hijau. Masih ada banyak perkara tentang Niyaz yang perlu aku pelajari. Sekarang kami sudah tinggal bersama dengan daddy Niyaz di rumah keluarga mereka. Rutin harian aku yang lain masih sama cuma sedikit bertambah kerana aku turut menjaga makan dan pakai daddy. Hal kecil saja, tiada yang susah pun.
            Satu persatu bahan mentah di dalam peti sejuk aku keluarkan. Memandangkan hari ini adalah hari minggu, aku bercadang untuk menyediakan nasi lemak dengan ayam goreng berempah. Malam tadi aku dah tengok, semua bahan mentah masih cukup.
Sedang aku mengeluarkansatu persatu bahan dari peti ais, kedengaran suara orang bercakap di bahagian depan. Terus aku meninggalkan bahan-bahan tersebut dan berlalu ke bahagian depan. Kelihatan Niyaz dan daddy sudah lengkap berbaju melayu dan bersongkok di kepala.
“Abang dengan daddy nak ke mana?” Aku mendekati Niyaz dan daddy yang sudah bersedia untuk keluar.
Niyaz tersenyum seketika. “Kami nak ke kubur sekejap. Hessa buat apa dekat dapur?”
“Hessa ingat nak masak nasi lemak tadi, untuk sarapan. Abang, Hessa nak ikut abang dan daddy ke kubur mummy.”
Niyaz dan daddy saling berpandangan. “Hessa pergi naik bersiap, kami tunggu. Tak payah masak nasi lemak lah, kita sarapan dekat luar saja nanti.” Kata daddy. Niyaz hanya tersenyum dan angguk dengan kata-kata daddy.
“Okey kejap, Hessa nak kemaskan barang yang dapur dulu.” Aku terus berlalu ke dapur, mengemas semula yang bahan-bahan yang telah aku bawa keluar tadi. Kemudian aku terus berlalu ke tingkat atas untuk bersiap.
Baju kurung cotton berwarna krim aku padankan dengan instant shawl berwarna dusty pink. Instant shawl pemberian Tok nek. Aku faham maksud disebalik pemberian itu, tapi entah kenapa rasa untuk bertudung sepenuhnya masih belum ada.

BUNGA-BUNGA kemboja berguguran di atas tanah. Harumannya tetap berbau segar walau sudah terkulai layu. Aku hanya mengikut langkah kaki Niyaz dan daddy. Ini adalah pertama kali aku dibawa ke sini kerana tidak pernah berkesempatan untuk menziarah kubur mummy. Sewaktu pengkebumian mummy dulu pun aku tidak datang.
            Langkah kaki kami terhenti di sisi kubur yang kelihatan kemas terjaga. Langsung tiada rumput yang tumbuh di atas kubur mummy. Nampak tenang saja semuanya.
            “Ini lah kubur mummy Hessa...” Kata daddy sambil memegang batu nisan yang dipacak di atas kubur. Niyaz pula sudah duduk di sisi kubur dan bersedia untuk membaca yasin. Aku memberikan salam. Masih aku ingat pesan Along supaya memberi salam sewaktu masuk ke kawasan perkuburan dan sewaktu berada di sisi kubur yang kita ziarahi. Memang itu yang selalu kami lakukan tiap kali menziarahi kubur arwah mak dan ayah.
            Bacaan yasin kami mulakan dengan tenang. Hati terasa sayu. Rasa rindu mula mencengkam. Rindukan arwah mak, ayah dan juga mummy. Air mata mula memberat. Namun sedaya upaya aku cuba menahannya daripada jatuh ke pipi. Tak elok menangis di kubur Hessa.
            Bacaan yasin kami diakhiri dengan bacaan doa oleh daddy. Selesai semuanya, kami menyiram kubur mummy dengan air yang sempat aku bawa tadi. Kuntuman bunga juga bertaburan di atas kubur mummy. Setelah selesai menyiram kubur mummy, daddy meminta diri untuk beransur terlebih dahulu. Niyaz menyuruh daddy untuk menunggu kami di dalam kereta saja. Aku tahu, daddy mahu bersendirian buat seketika. Raut wajah duka daddy menceritakan semuanya.
            Aku memandang Niyaz yang masih duduk di sisi kubur. “Mummy... Niyaz bawa isteri Niyaz hari ni mummy.” Niyaz senyum dalam kepahitan. “Mummy nak tahu tak siapa isteri Niyaz?” Soal Niyaz kemudian mendongak memandang ke arah aku dan tersenyum.
            Niyaz kembali memandang ke arah kubur mummy. “Hessa mummy. Hessa dah jadi isteri Niyaz. Niyaz tahu, kalau mummy masih ada, mesti mummy gembira dengan pilihan Niyaz ni kan.” Seketika kemudian Niyaz menggeleng. “Tak. Bukan Niyaz yang pilih Hessa, tapi Hessa yang pilih Niyaz. Dan Niyaz bersyukur sangat sebab Hessa sudi pilih Niyaz untuk menjadi suami dia mummy.” Suara Niyaz sudah berubah sebak.
            “Abang...” Aku mengusap bahu Niyaz. Cuba menenangkan Niyaz.
            “Hessa baik mummy. Sanggup berkorban untuk keluarga kita. Dia rasa bersalah sangat dengan apa yang telah terjadi. Tapi Niyaz tahu yang mummy tak pernah salahkan Hessa bukan?”
            “Abang...” Sekali lagi aku menyeru nama Niyaz. Tidak mahu dia terlalu larut dalam perasaan nya.
            “Abang nak kongsikan semuanya dengan mummy.” Kata Niyaz perlahan. “Abang nak mummy tahu yang Hessa sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami sekarang.” Niyaz menarik tangan aku supaya duduk di sisinya.
            “Niyaz doakan supaya mummy tenang di sisi Nya. Niyaz rindu sangat dekat mummy. Niyaz janji yang Niyaz akan jaga menantu mummy sebaik mungkin. Niyaz akan cuba untuk bahagiakan menantu mummy ni seperti mana dia berusaha untuk membahagiakan keluarga kita.” Niyaz menggenggam kemas tangan aku sepertinya menyalurkan satu semangat yang baru untuk kami meneruskan perkahwinan ini.
            “Hessa pun rindukan mummy juga. Walau singkat saja pertemuan di antara kita, rasa rindu itu tetap ada dalam hati Hessa untuk mummy. Semoga mummy tenang di sana. Aku turut membalas genggaman tangan Niyaz. Kami saling berpandangan dan tersenyum. Aku dapat rasa seperti ini adalah permulaan yang sebenar untuk rumah tangga kami. Semoga apa yang bakal terjadi nanti adalah perkara yang baik-baik saja.

SATU-PERSATU album lama dikeluarkan dari almari. Walaupun sudah lama, album itu semua masih kelihatan elok dan tersusun. Selesai sarapan di luar tadi, Niyaz terus memandu pulang ke rumah. Sewaktu kami melangkah ke tingkat atas, daddy mengajak aku duduk bersama dengannya kerana ada sesuatu yang dia ingin tunjukkan kepada aku. Rupa-rupanya album lama keluarga Niyaz.
            “Yang ini sewaktu kami di Armsterdam. Umur Niyaz waktu tu empat tahun kalau tak silap daddy.” Daddyu menghulurkan album yang berisi gambar mereka sewaktu di luar negara.
            “Wah... untung la abang. Kecil-kecil lagi dah berjalan ke luar negara.” Daddy ketawa mendengar kata-kata aku.
            “Terpaksa Hessa. Bukan berjalan suka-suka.” Kata daddy dengan senyuman yang masih menghiasi bibir. Daddy kelihatan lebih ceria sekarang berbanding sewaktu di tanah perkuburan tadi.
            “Terpaksa kenapa?”
            “Sebab terpaksa ikut daddy pergi kerja. Daddy pergi sana atas urusan perniagaan daddy. Mummy dengan Niyaz terpaksa ikut sebab daddy tak nak tinggalkan mereka dekat rumah. Mummy bukan main muncung lagi waktu. Dia tak suka ikut daddy sebab bosan katanya. Dekat negara luar macam tu bukan boleh keluar jalan-jalan ikut suka hati. Nak pula mummy berdua dengan anak kecil saja kan. Jadi, terpaksa dia terperuk dekat bilik hotel saja. Itu yang dia tak suka. Tapi bila sampai masa untuk berjalan, haa lebar la senyuman dia macam yang dekat dalam gambar tu.” Jelas daddy.
            Aku kembali membelek album itu satu persatu. Ya, bukan main lebar lagi senyuman mummy dalam gambar ni semua. Cantik sangat. “Yang ini dekat mana daddy?” Aku menunjukkan sekeping gambar Niyaz yang berdiri di tepi perigi dengan hanya berseluar pendek saja. Kelakar betul muka Niyaz waktu tu. Muka terlebih excited ke apa ni.
            Daddy mengambil gambar yang aku tunjukkan kepadanya. Kemudian daddy ketawa. Sungguh-sungguh daddy ketawa. “Kenapa daddy?”
            “Kalau Hessa nak tahu, itu gambar Niyaz sewaktu dekat kampung. Umur Niyaz enam tahun waktu tu. Masa tu hari raya, kami semua balik berkumpul di rumah arwah nenek Niyaz ni ha. Waktu pagi semua lambat bangun lepas tu berebut nak guna bilik air. Sebab tak tahan lama sangat menunggu, daddy bawa Niyaz mandi air perigi. Tu muka excited sebelum kena siram tu Hessa. Sekali kena air perigi, terus dia terloncat tak nak mandi lagi dah. Sejuk sampai ke tulang.”
            Aku turut gelak. Muka sebelum kena siram pun dah kelakar. Lepas kena siram agak-agak macam mana lah rupa Niyaz tu ye. “Daddy memang rakam semua ye?”
            Daddy angguk dan senyum. “Memang dari dulu daddy suka rakam semuanya. Lepas tu bawa pergi kedai untuk cuci filem tu semua lepas tu simpan dalam album. Kenangan sepanjang zaman. Kan seronok bila kita buka balik album ni semua dan tengok ramai-ramai sambil mengimbau kenangan lama. It’s more memorable I think.”
            Aku turut bersetuju dengan kata-kata daddy. Memang cara dulu lebih memorable berbanding yang sekarang. Orang ramai lebih gemar untuk menyimpan gambar-gambar kenangan mereka di dalam telefon, pendrive atau laptop sahaja. Bila nak tengok, kena buka tu semua. Leceh betul.
            “Apa yang seronok sangat bersembang ni?” Tegur Niyaz yang baru naik ke atas dengan dulang di tangan.
            “Eh, abang buat air ke? Kenapa tak bagi tahu Hessa? Boleh Hessa tolong buatkan.” Aku bergegas bangun dan mengambil dulang dari tangan Niyaz untuk diletakkan dia tas meja.
            “Tak apa lah Hessa, bukan susah pun.” Niyaz mengusap kepala aku. Suka betul dia buat macam tu. Sejak sebelum kahwin lagi.
            “Ni, daddy tunjukkan Hessa gambar-gambar lama Niyaz dengan mummy.” Kata daddy setelah Niyaz melabuhkan duduknya di atas karpet sebelah aku.
            “Eh, malu la daddy...” Niyaz cuba menarik album di atas riba aku tetapi aku menghalang.
            “Tak payah nak malu sangat. Hessa dah tengok semuanya. Kan Hessa?” Daddy kenyit mata. Suka mengusik juga daddy ni.
            “Haah, Hessa dah tengok semuanya. Gambar yang tuttt... tuttt... pun Hessa dah tengok.”
            Niyaz menjengilkan mata ke arah aku. “Apa gambar tutt tutt... Daddy, ada gambar tak senonoh ke?” Niyaz terus merampas album dari tangan aku dan membelek album tersebut dengan rakus. Aku dan daddy hanya ketawa melihat gelagat Niyaz itu. Gelabah tak habis.
            “Dah tak payah nak kalut sangat. Mana ada gambar tak senonoh. Semua gambar sopan je.” Daddy menenangkan keadaan. Niyaz sengih kemudian nya. Risau sangat kalau aku tengok gambar tak senonoh dia tu.
            “Niyaz tak nak bawa Hessa pergi honeymoon ke?” Aku dan Niyaz saling berpandangan. “Dah seminggu kahwin, asyik terperap dekat rumah saja. Lepas tu pergi kerja. Bawa la Hessa keluar berjalan sama. Pengantin baru kan sepatutnya kena pergi honeymooon. Guna masa bercuti tu untuk kenal hati budi masing-masing dengan lebih mendalam.” Sambung daddy lagi.
            Serius aku memang langsung tak terfikir soal bulan madu. Yang aku fikirkan setelah menjadi isteri Niyaz hanyalah untuk menjalankan tugas aku sebagai isteri dan menantu di dalam rumah ini. Itu saja.
            “Hessa nak pergi honeymoon?” Soal Niyaz. Daddy pula asyik pandang-pandang. Dah kenapa Niyaz ni tanya macam tu depan daddy. Karang kalau aku angguk macam gatal pula. Bulan madu kan, faham-faham saja lah.
            “Erk... Hessa tak kisah. Hessa ikut abang je.” Aku sengih. Pipi dah rasa kebas dah ni.
            “Apa la tanya macam tu. Semua orang pun nak la pergi honeymoon ni semua Niyaz. Jangan buat-buat tak tahu pula.” Usik daddy dengan ketawa lepas. Niyaz menggaru kepala yang tak gatal. Segan lah cakap pasal ni depan daddy.
            “Habis tu nanti daddy tinggal sorang pula.”
            “Hessa, daddy bukan budak kecil lagi tau. Daddy dah tua, nak takut apa kalau tinggal sorang. Lagi pun, Hessa dengan Niyaz bukan pergi sebulan pun kan. Ke memang ada niat nak pergi honeymoon sebulan?” Usik daddy lagi dengan ketawa yang masih bersisa. Hadoi... Makin kebas pula muka aku.

            “Dah, tak payah nak buat muka segan macam tu lah.” Daddy ketawa lagi. Seronok betul daddy usik kami macam ni ye. “Niyaz bincang la elok-elok dengan Hessa. Daddy nak masuk berehat dalam bilik.” Daddy bangun dan terus berlalu ke dalam biliknya. Aku dengan Niyaz saling memandang. Nak kena pergi bulan madu juga ke?

29 November 2015

Hessa, It's Me! Bab 14

DENGAN izin Tuhan, semuanya dipermudahkan. Along telah menyerahkan tanggungjawab nya menjaga aku kepada Niyaz di dalam majlis yang serba sederhana siang tadi. Kenapa sederhana? Sebab kami yang nak macam tu. Kenapa nak macam tu? Sebab tak nak membazir. okay enough said!
            “Be a good wife, macam mak.” Along usap kepala aku. Along senyum tapi nampak tak ceria.
            “In shaa Allah. Along doakan angah.” Aku sangat harapkan doa Along sentiasa untuk aku. Aku perlukan itu.
            “Selalu...”
            Aku peluk along kemudian Hafiy datang menerkam.
            “Live well angah. I’m gonna miss you so much.” Hafiy kucup kedua belah pipi aku. Terharu, sedih, semua menjadi satu.
            “Gonna miss you too adik. Take care of yourself and along. Adik big girl now, I know you can handle it.” Aku usap kepala Hafiy. Lepas ni Hafiy akan ambil alih tugas aku menyadiakan makan dan pakai Along. Walaupun Along boleh lakukan semuanya sendiri, tetapi kami sabagai adik perempuan tetap perlu sediakan semua untuk Along.
            “Angah jangan risau. Setakat along ni, senang je nak jaga. Kalau banyak songeh sangat, adik akan carikan kak long untuk along. Nak tak?” Hafiy jongket kening kat along
            “Amboi budak kecik ni, dah pandai nak jadi cupid pula sekarang.” Along mencubit geram pipi Hafiy.
            “Eh, adik sambung legasi angah je.”
            “Sambung legasi angah?” Soal along.
            Hah, memandai je budak kecik ni cakap macam tu.
            “Legasi apa dik?”
            “Kak Aini’s cousin, remember?”
            Ouh ha, baru aku ingat. kami memang dah berpakat dengan Aini nak kenenkan along dengan sepupu dia, Kak Hanna. Tapi tak jadi sebab kemalangan hari tu.
            Hafiy jongket kening lagi. Aku angkat tangan tanda okay.
            “Korang jangan nak main-mainkan along ek. Along piat telinga tu karang.” Along dah buat muka bengis. Terus kami gelak. Tak takut langsung okay.
            “Amboi, seronok betul pengantin ketawa. Bahagia nampak.” Aini menegur dari belakang.
            “Eh, Kak Aini, panjang umur. Kitorang baru je cakap pasal Kak Aini tadi.” Hafiy dah sengih-sengih.
            “Haa, korang ngumpat pasal akak ye?” Aini nampak cantik hari ni dengan kebaya labuh dan rambut dilepas bebas. Macam perempuan melayu terakhir pula.
            “Tak lah, kami tengah bincang pasal along dengan...” dengan pantas along menutup mulut Hafiy.
            “Sudah-sudah lah bersembang ye adik, jom pergi layan tetamu kat sana.” Along heret tangan Hafiy ke arah tetamu yang sedang rancak berbual.
            “Along kau dah kenapa?” Soal Aini dengan riak wajah pelik.
            “Tak ada apa-apa lah. Nik mana?”
            “Ada dekat sana dengan tunang dia. Untung kau kan, Nik yang bertunang kau yang kahwin. Hebat betul kawan-kawan aku. Aku juga lah yang single mingle.” Aini buat muka sedih. Suka betul buat muka.
            “Alah, nanti sampai masa kau pula yang naik pelamin.”
            “Aminnn... Tak sangka yang kau kahwin dengan Abang Niyaz. Kau cintakan dia ke Hessa?” Aini berbisik di telinga aku. Bimbang kalau ada yang mendengar agaknya.
            Aku geleng. “Aku tak tahu Aini. Tapi yang pasti, aku nak tebus balik kesalahan aku dengan Niyaz dan keluarga dia. Aku rasa bersalah sangat Aini.” Aku turut berbisik sambil memandang ke sekeliling. Tak nak ahli keluarga Niyaz atau ahli keluarga aku yang lain dengar perbualan kami.
            Aini nampak biasa. Tapi aku tahu yang dia kurang senang dengan perkahwinan aku ni. “Kau rasa kau akan bahagia ke Hessa dengan berkorban macam ni? Kau rasa Niyaz dan keluarga dia akan bahagia?”
            Sekali lagi aku geleng. “Aku tak tahu Aini. Yang aku tahu sekarang, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk gembirakan mereka dan buat mereka lupa tentang segala kesedihan yang mereka alami. Itu saja...”
            Aini mengeluh perlahan. “Tak betul ni Hessa. Kau tak patut korbankan diri kau demi kebahagian mereka. Kau juga berhak untuk bahagia Hessa.” Aini menggeleng kecewa.
            “It’s too late Aini. Aku dah kahwin dah pun dengan Abang Niyaz.”
            “But why you didn’t tell me about this earlier?” Bisik Aini geram.
            “Aini please... Just drop the subject. Today is my big day Aini, can we just focus on it?”
            “Tapi Hessa...”
            “Aini please...”
            “Sembang apa? Macam serius je.” Niyaz menegur dari belakang. Aku menoleh dan senyum ke arahnya. Niyaz membalas senyuman aku dengan senyuman yang kurang rasa. Hati aku dijentik rasa terkilan dengan senyuman nya itu. Kenapa? Tidak gembira kah dia dengan perkahwinan kami ini? Ah, aku yang mahu kan perkahwinan ini. Bukannya Niyaz.
            “Tak ada apa Abang Niyaz. Abang nampak kacak la hari ni, dengan bersampin bagai. Untung la Hessa dapat abang...” Aini mengusik. Cuba mengalihkan perhatian Niyaz tentang apa yang kami bicarakan tadi.
            “Mana ada lah Aini, abang biasa-biasa saja ni. Tak untung apa pun...” Niyaz tersenyum tawar.
            Aini terus terdiam. Sudah hilang kata-kata dengan jawapan Niyaz. Suasana rasa janggal. Aku pandang Niyaz. Pandangan matanya nampak kosong. Aku dapat rasakan yang Niyaz sedang memikirkan tentang perkara lain.
            “Abang kalau nak berehat pergi la naik atas. Tetamu pun dah kurang dah ni.” Aku mengusap bahu Niyaz. Perubahan wajahnya merisaukan aku.
            Niyaz cuma angguk sebelum meminta diri untuk ke atas. Malam ini kami akan bermalam di rumah aku sahaja. Esok baru lah kami pulang ke rumah daddy Niyaz. Pada mulanya aku mengajak Niyaz untuk pulang terus ke rumah daddy kerana bimbang daddy akan berseorang di rumah nanti. Tetapi daddy melarang dan menyuruh kami untuk bermalam di sini saja. Adik daddy akan bermalam di sana katanya.
            “Kenapa dengan Abang Niyaz tu Hessa?” Soal Aini. Aku hanya memandang belakang badan Niyaz yang semakin menghilang. “Hessa...” Sekali lagi Aini menyeru nama aku.
            “Aku tak tahu la Aini. Mungkin ada yang tak kena agaknya.” Hati rasa resah. Rasa nak saja aku berlari dan mendapatkan Niyaz dekat atas.
            “Kau pergi la tengok Niyaz dekat atas tu Hessa.”
            “Habis tu kau macam mana?”
            Aini senyum. “Aku dah nak balik dah pun.” Aini melambaikan tangan ke arah Nik dan Shah. “Nik, kau tak nak balik lagi ke?” Soal Aini bila Nik dan Shah mendekat.
            “Kenapa? Kau dah nak balik ke? Aku baru nak jumpa pengantin kita ni ha. Congrats Hessa!” Nik memeluk aku erat. Shah pula hanya menganggukkan kepala.
            “Thanks Nik. Kau dengan Shah bila lagi?”
            Nik dan Shah saling berpandangan dan kemudian tersenyum. “Dah tak lama lagi dah. Nanti aku bagi kau kad ye.” Nik mengenyitkan mata.
            “Ouh, dah tak lama lagi la ni ye.”
            “In shaa Allah...” Jawab Shah pula.
            “Eh jom la balik, pengantin nak berehat la.” Aini menarik tangan Nik. “Sekejap la Aini. Yang kau kalut sangat kenapa?” Marah Nik. Belum puas berbual dengan aku agaknya.
            Aku hanya senyum melihat gelagat mereka berdua. Hilang seketika rasa resah bila memikirkan tentang Niyaz.
            “Jom la Nik...” Ajak Aini lagi. Aku tahu yang Aini cuba untuk memberi ruang kepada aku menjenguk Niyaz. Aini memang seorang sahabat yang sangat memahami. “Ish, bising lah kau. Dah jom...” Nik menarik lengannya yang digenggam kemas oleh Aini.
            “Aku balik dulu ye Hessa. Nanti kirim salam dekat Abang Niyaz ye.” Sekali lagi Nik memeluk aku dengan erat.
            “Jumpa tak dengan Abang Niyaz tadi?”
            “Jumpa. Sempat juga la Shah berborak dengan dia tadi.” Jawab Shah bagi pihak Nik.
            Kemudian giliran Aini pula memeluk aku. “Jangan lupa pujuk Abang Niyaz nanti. Aku rasa dia tengah bersedih tu.” Bisik Aini di telinga aku. Ye, aku pun rasa yang sama juga. Semakin meronta hati ini untuk mendapatkan Niyaz.
            “I’ll try Aini. Thanks for your concern.” Aini senyum dan terus berlalu bersama Nik dan Shah. Aku pandang ke arah balkoni di tingkat atas. Niyaz sedang berdiri sambil memandang ke arah aku. Seketika kemudian dia terus berlalu masuk ke dalam.
            Aduhai suami...

AKU memandang Niyaz yang sedang berbaring di tengah katil. Lengan kanannya menutup sebahagian daripada wajahnya. Masih lengkap dengan persalinan pengantin kami tadi. Perlahan-lahan aku melabuhkan duduk di sebelah suami yang baru aku nikahi tadi. Lengan kanannya aku tarik dan tangannya aku genggam kemas. Tangan ini lah yang akan membimbing aku nanti. Tapi, sudikah dia?
            “Hessa...” Niyaz memandang ke arah aku dengan mata yang sedikit terbuka.
            Aku senyum. “Maaf ganggu abang tidur.” Tangannya yang aku genggam aku letak kembali di atas katil. Belum sempat aku berlalu, tangannya menahan aku daripada bergerak. Tangan kanannya kembali menggenggam kemas jemari aku. Matanya hanya memandang ke arah tangan kami yang berpaut kemas.
            “Semua orang dah balik ke?” Soal Niyaz tanpa memandang ke arah aku dan aku angguk sahaja. Lama kami berdiam. Masing-masing seperti sedang hanyut dalam perasaan sendiri. Aku merenung ke dalam anak mata Niyaz yang masih kelihatan kuyu dan tidak bermaya.
            “Abang...” Nama Niyaz aku panggil perlahan dan matanya memandang ke arah aku. “Abang okey tak ni?” Soalan aku dibiarkan tidak berjawab. Lama Niyaz merenung ke dalam anak mata aku sebelum matanya mula berkaca.
            “Each time I look at you, I see her face...” Kata Niyaz perlahan.
            “Who?”
            Lama Niyaz diam sebelum menjawab, “...mommy.” Niyaz berpaling ke arah lain. Genggaman kami juga sudah terlerai.
            Now I know, Niyaz rindukan mummy Tia. Dan dengan memandang wajah aku, mengingatkan dia kepada mummy Tia. Dan sekali lagi, aku menjadi penyebab kepada kesedihan Niyaz. Oh tuhan... Hati aku juga turut sakit dan sedih lemihat kesakitan dan kesedihan yang terpaksa Niyaz tanggung akibat daripada perbuatan aku. Lalu apa lagi yang harus aku lakukan tuhan.
            Aku memandang sayu wajah Niyaz yang sudah berubah mendung. “Hessa tahu, walau beribu kali Hessa mohon maaf dengan abang, mummy Tia tetap tak akan kembali...” Rasa sebak mula bermukim, namun aku tahan agar air mata tidak gugur lagi. Sudah acap kali air mata aku gugur. Mulai saat ini, aku mahu jadi kuat. Aku harus kuat demi untuk membahagiakan Niyaz.
            “...tapi Hessa tetap nak mohon maaf dengan abang dan Hessa tak akan berhenti mohon maaf daripada abang sampai abang betul-betul maafkan Hessa.”
            “Hessa...” Niyaz kembali mencapai tangan aku. “Abang dah maafkan Hessa...”
            “Tak...” Aku geleng. “Abang belum maafkan Hessa.”
            Niyaz bangun dan duduk bersandar di kepala katil. “Abang betul-betul dah maafkan Hessa.” Kata Niyaz perlahan.
            “Then prove it abang...”
            Niyaz mengeluh pelahan. “Tell me how...”
            Aku menarik nafas dalam. Pipi Niyaz aku usap perlahan. “Just be happy with me abang...”
            Niyaz pejam mata rapat. Jarinya menekan mata menahan air mata dari mengalir keluar. “How Hessa... Macam mana abang nak gembira bila abang pandang Hessa, peristiwa itu juga yang abang nampak. Abang tak boleh...” Niyaz menggeleng.
            Bagaikan dihempap batu besar aku rasakan. Hati tak payah cakap lah, sakitnya bagaikan ditikam tombak. Kenapa baru sekarang Niyaz bagi tahu aku? Kenapa tidak semalam atau sebelumnya? Jadi, apa yang akan terjadi dengan perkahwinan kami ini?
            “Kenapa sekarang baru abang bagi tahu Hessa? Kalau macam tu, kenapa abang bersetuju dengan perkahwinan kita ni?”
            “Hessa yang nak kahwin dengan abang. You are the one who proposed me, remember?” Niyaz memandang ke dalam anak mata aku.
            Semangat aku terus jatuh merudum. Jadi, perkahwinan ini adalah satu kesilapan? Satu persatu air mata menitik dan kemudian bertukar menjadi esakan yang panjang. Aku tak kuat... Hessa Munirah tak kuat... Bilik yang sunyi mula bingit dengan esakan tangisan aku.
            “Hessa...” Niyaz memegang kedua belah pipi aku. Muka dia nampak risau. “Kenapa menangis macam ni?”
            Tangannya yang masih melekap di pipi aku pegang kemas. “Hessa salah bila proposed abang untuk kahwin dengan Hessa. Rupanya kesakitan dan kesedihan abang semakin bertambah bila kita berkahwin. Hessa salah...” Esak tangis aku semakin kuat. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya hati aku sekarang bila mendengar kata-kata Niyaz itu.
            Lama Niyaz diam sebelum dia menarik aku ke dalam pelukannya. “Tolong abang... Tolong abang lupakan semua kesakitan dan kesedihan abang.” Kata Niyaz. Suaranya juga sudah berubah sebak.
            Aku menolak perlahan bahu Niyaz. Tangan aku naik memegang wajahnya yang menunduk. Ada air mata yang menitis dalam diam. “Hessa akan tolong abang. Tapi, abang juga harus cuba untuk melupakan semuanya.”
            Niyaz angguk dengan air mata yang masih mengalir. “Abang akan cuba...”

            “Hessa sayang abang...” Aku kembali memeluk Niyaz dengan erat berserta air mata yang laju mengalir. Perlahan-lahan Niyaz membalas pelukan aku. Oh tuhan... Kembalikan semula kekuatan kepada ku. Aku mahu hidup bahagia bersama Niyaz.

28 November 2015

Hessa, It's Me! Bab 13

“TAK, along tak izinkan.” Along bangun berdiri sambil bercekak pinggang. Bengang dengan keputusan aku untuk berkahwin dengan Niyaz.
            Aku dah agak. Bukan senang nak minta keizinan along. Lebih-lebih lagi sejak kemalangan hari tu. Tapi, ini saja caranya untuk aku kurangkan rasa bersalah dalam diri aku. Along harus faham itu.
            “Please along...”
            “Kenapa Hessa? Kenapa Hessa nak susahkan lagi hidup Niyaz? Cukup-cukup lah susahkan hidup dia sekeluarga. Jangan ganggu Niyaz dan keluarganya lagi.”
            “No along! Angah bukan nak susahkan sesiapa. Angah cuma nak tebus salah angah dengan mereka. Itu pun tak boleh ke?”
            “With being part of them? Angah tak rasa ke yang angah akan lagi menyusahkan mereka? Angah akan buat mereka teringatkan tentang kemalangan itu. Who knows.” Sekeras-kerasnya along membangkang keputusan aku.
            “Tak...” Aku geleng. “mereka tak akan fikir macam tu. Along je yang fikir macam tu sebab along tu paranoid. Mereka dah move on lah along.” Nada suara aku sedikit meninggi. Geram dengan Along yang tak pernah nak faham aku.
            Along menjengilkan mata ke arah aku. “Along paranoid?! Ah, I can’t belive you said that to me. Kalau betul mereka dah move on, then you should move on to. Don’t jeopardize your life by marrying him.”
            Aku menggeleng laju. “I’m not jeopardizing my life along. Tak boleh ke along doa yang baik-baik saja? Lagi pun kami bukan nak buat benda tak baik. Kami nak kahwin, nak mendirikan masjid. Why can’t you just support us?”
            Aku dengar along mengeluh. Along bersandar lemah di atas sofa sebelah aku. Perlahan-lahan  dia mengurut pangkal leher. Along nampak stress. Aku bangun dan melutut di depan along. Tangan kanan along aku genggam kemas.
            “Along, bagi peluang kepada angah untuk perbetulkan semuanya along. Bagi peluang untuk angah menebus salah angah terhadap keluarga niyaz. Bagi peluang kepada angah untuk mengembalikan kegembiran didalam keluarga Niyaz. Bagi peluang kepada angah untuk membahagiakan Niyaz. Please along.” Air mata mula nak bertakung.
            Along tenung mata aku dalam.
            “Kenapa angah perlu korbankan kehidupan angah untuk semua ini? Kenapa angah perlu korbankan hidup angah untuk orang lain. Kenapa angah?” Soal along sebak.
            Aku menundukkan wajah dan air mata aku mula menitis. Sebab rasa bersalah dalam diri angah tak pernah hilang along. Dan angah tak sanggup untuk memikul rasa bersalah ini seumur hidup angah. Rasa itu semakin kuat tiap kali angah pandang wajah sayu Niyaz.
            “Angah adik along and I want the best for you. Along tak sanggup menyerahkan hidup adik along kepada mereka yang akan mengecewakan adik along nanti. Along risau angah. Along risau kalau-kalau angah tak bahagia dengan kehidupan baru angah nanti.” Air mata along turut menitis.
            “Nothing to worry along, trust me. Niyaz tak akan kecewakan angah.” Air mata along aku sapu perlahan.
            “How can you be so confident angah? You guys kahwin sebab angah nak tebus salah angah, bukan sebab cinta.”
            “Cinta boleh hadir lepas kahwin along.” Zaman sekarang ramai orang yang bercinta selepas kahwin.
            Along pegang pipi aku kiri dan kanan. “Angah memang dah nekad kan. Along cakap apa pun angah tak nak dengar kan.” Mata along kembali berkaca.
            “Along, janganlah cakap macam tu. Along buat angah rasa bersalah dengan along pula.” Air mata aku menitis lagi. Ah, cengeng pula kami hari ini.
            “Ah... apa yang harus along buat ngah?”
            Aku diam. Bagi peluang untuk along bernafas. Bagi peluang untuk along berfikir dengan tenang.
            “Along lebih rela menggalas tanggungjawab untuk menjaga adik-adik along sampai mati daripada melepaskan adik-adik along kepada mereka yang belum tentu dapat menjaga adik-adik along seperti mana along jaga. Tapi, hukum alam, takdir tuhan, bila sampai masa along harus lepaskan juga. Mungkin sudah tiba masa along lepaskan angah kepada yeng berhak, iaitu suami angah.” Jeda.
 “Cuma, along harap sangat-sangat yang keputusan along untuk melepaskan angah ke tangan Niyaz tidak salah. Yeah, no one can predict the future except Him, and I’ll pray for you my little sister. Semoga angah dapat mengembalikan kecerian di dalam keluarga Niyaz. Semoga angah dapat kembalikan Niyaz yang dahulu. Semoga angah diberikan kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Semoga hidup angah akan lebih bahagia dan semoga Niyaz dapat membahagiakan angah seperti mana angah membahagiakan mereka sekeluarga.”
“Along...” Aku terus menerkam along dan memeluk along erat.
“Along sayang angah.”
“Angah sayang along juga. Tapi along... kalau apa-apa jadi nanti, along akan terima angah semula kan?”
Along menolak bahu aku perlahan. “Aik, tadi macam confident sangat yang korang akan live hapily ever after.”
“Along, angah cakap kalau. Yela, we can’t predict the future kan.”
Along senyum. “Walau apa pun yang terjadi, angah tetap adik along. The door always open for you.  Kalau ada masalah, cepat-cepat cari along.”
Aku peluk along ketat-ketat. I love you fi dunya wal akhirah along. No one can replace you.
Tiba-tiba... Aku lepaskan pelukan.
“Tapi, nenek macam mana?”
“Itu angah jangan risau, biar along yang uruskan.”
“Okay... Tapi long, yang sebenarnya kenapa nenek tiba-tiba bawak rombongan meminang angah?”
Along kembali duduk.
“Nenek nak satukan angah dengan anak saudara nenek dekat kampung. Tujuan dia, sebab tak nak kita jauh dengan dia. Kalau angah kahwin dengan pilihan nenek, nanti angah akan ikut suami angah balik tinggal kat kampung. So, kita tak akan jauh dengan nenek lagi dah. Nenek takut kita lupakan dia.”
Aku pelik dengan kata-kata Along. Betul ke nenek cakap macam tu seddangkan sebelum ini nenek yang tidak mahu ambil tahu tentang kami. Entah kenapa aku dapat rasakan yang nenek ada tujuan lain.
“Betul ke apa yang nenek cakapkan tu Along?”
“Apa yang tak betul nya?” Soal Along pula.
“Tak lah, sebelum ni kan nenek mana pernah nak peduli pasal kita adik neradik. Hari ni tiba-tiba saja Long. Angah macam pelik la.”
Along diam memikir. “Ada betul juga apa yang Angah cakapkan tu, tapi Along cuba untuk bersangka baik saja lah Angah.”
Aku hanya diam saja bila Along memutuskan begitu. Kalau cakap lebih karang, jadi fitnah pula.

“TIDAK! Nenek tak izin kan. Walau macam mana sekali pun, Hessa tetap kena kahwin dengan anak kepada saudara nenek tu juga.” Nenek mendengus marah.
            Hari ini semua yang tua diajak berkumpul di rumah kami untuk membincangkan tentang hal pernikahan aku dengan Niyaz. Nenek macam biasa, datang bersama cucu kesayangannya. Manakala Tok Ayah pula datang bersama dengan Tok nek.
            Aku memandang Along dan Along hanya mengangkat tangan tanda sabar. Aku pandang Tok Nek dan Tok Ayah pula. Mereka hanya diam mebisu. Kenapa macam ni? Aku tak nak kahwin dengan pilihan nenek. Aku nak kahwin dengan Niyaz. Abang... Boleh tak abang tolong bawa Hessa jauh dari nenek? Hessa nak kahwin dengan abang je. Air mata mula bertakung. Entah lah, sejak kebelakangan ini air mata aku menjadi terlalu murah. Pantang kena asak sikit je, mula lah nak meleleh.
            “Tapi Hessa dah ada calon Hessa sendiri nek.” Hati semakin sebak bila nenek memandang aku dengan mata yang tajam. Kenapa la nenek tak nak faham.
            “Calon yang entah dari mana Hessa kutip hanya semata-mata nak mengelak daripada berkahwin dengan calon nenek. Macam tu?”
            Rasa teragak-agak untuk menggeleng atau tidak kerana dalam masa yang sama memang aku ingin mengelak daripada berkahwin dengan calon nenek. Dan ini saja lah jalan yang aku ada. Jalan yang tiba-tiba muncul bila aku mengajak Niyaz untuk berkahwin.
            “Macam ni saja lah Zaiton. Saya rasa lebih baik awak batalkan saja niat awak untuk satukan Hessa dengan anak kepada saudara awak tu. Saya akan nikahkan Hessa dengan calon pilihan dia saja.” Semua mata memandang ke arah Tok ayah.
            Along tersenyum mendengar kata-kata Tok ayah. Mungkin rasa lega bila Tok Ayah telah mengambil alih separuh daripada tanggungjawab Along. Kalau ikutkan memang To ayah lah wali aku sekarang.
            “Awak jangan nak macam-macam Mazlan. Saya dah janji dengan mereka dan saya harus tunaikan janji saya.” Jawab nenek tegas seraya menjeling tajam ke arah Tok ayah dan Tok nek.
            Tok ayah menggelengkan kepalanya. “Siapa yang suruh awak berjanji tanpa minta persetujuan tuan punya badan dulu?”
            “Saya nenek dia dan dia harus ikut cakap saya.” Sekali lagi nenek bersuara dengan tegas. Langsung tidak mengendahkan soalan daripada Tok ayah.
            “Kami datuk dan nenek dia juga Ton. Kami juga berhak untuk menentukan hidup mereka.” Kata Tok Nek pula. Tok Nek bingkas bangun dan berdiri di sebelah aku sambil memeluk kemas bahu aku. Rasa selamat dan sangat disayangi bila berada dalam pelukan Tok Nek.
            Nenek mengepal kedua belah tangannya. Aku rasa tahap kemarahan nenek sekarang sudah berada di tahap maksimum bila mukanya juga sudah berubah warna. Semoga masalah kesihatan nenek tidak terganggu dengan semua ini. Aku tak nak nenek jatuh sakit dan kemudian memaksa aku untuk menerima calon pilihannya dengan menjadikan masalah kesiahatan nenek sebagai alasan. Tolong la...
            “Kenapa semua orang tak nak dengar cakap aku? Kenapa kau perlu ikut perangai mak kau Hessa? Kenapa semua orang nak tentang keputusan aku ha?!” Jerkah nenek. Nama mak juga mula diungkit.
            “Saya mohon nenek jangan kaitkan arwah mak dalam masalah ini.” Kata Along dengan suara yang perlahan. Along nampak kurang senang bila nama arwah mak turut dikaitkan dalam masalah ini. Aku juga tidak suka bila nama arwah mak disebut-sebut.
            “Kenapa? Tak betul ke apa yang aku cakap ni? Mak dengan anak sama saja!” Nenek menjeling tajam ke arah Along.
            Aku memegang kemas tangan Tok Nek. Memohon kesabaran dan kekuatan untuk terus berhadapan dengan nenek versi kasar macam ni.
            “Ya Allah Zaiton. Kenapa diungkit hal yang lama? Kita bercakap tentang hal Hessa, bukannya hal arwah. Awak jangan nak libatkan nama arwah anak awak pula dalam hal ini.” Tok Ayah juga sudah mula marah.
            Nenek mendengus geram. Empat lawan satu, memang tak lah nenek nak menang. Sofea yang ada tu pun  hanya tahu belek telefon saja.
            “Walau apa pun, saya tetap dengan keputusan saya. Saya adalah wali Hessa yang sah dan saya akan nikahkan Hessa dengan calon pilihan hatinya. Bukan calon yang awak pilih.” Putus Tok Ayah.
            Sekali lagi nenek mendengus geram. “Sofea! Jom balik!” Nenek terus melangkah keluar dari rumah di ekori oleh Sofea.
            Tok ayah dan Tok Nek hanya menggeleng melihat kelakuan nenek. Tok nek menarik aku untuk duduk di sisinya di atas kerusi. “Kenapa dengan nenek kamu tu Hessa?” Soal Tok nek dengan nada kesal. Aku hanya mampu menggeleng. Aku pun tak tahu kenapa nenek jadi macam tu. Tiba-tiba datang nak atur hidup kami adik beradik.
            “Haikal...” Seru Tok Ayah. Aku menoleh ke arah Along yang hanya menunduk. Kenapa dengan Along?
            “Kamu kenapa?” Tanya Tok ayah bila Along hanya diam menunduk. Tok ayah bangun mengusap bahu Along dan Along mendongak memandang Tok ayah. Mata Along berkaca.
            “Haikal sedih bila nenek ungkit pasal arwah mak Tok ayah. Along kecewa. Apa perlunya nenek ungkit tentang itu semua. Arwah mak kan hidup bahagia dengan arwah ayah. Apa lagi yang nenek tak puas hati dengan mereka?” Along menggeleng kesal dengan air mata yang mula menuruni pipi.
            Ya Allah. Sebak rasa hati bila mendengar kata-kata Along. Aku lah punca nya. Aku lah punca kenapa nenek mengungkit cerita lama tentang arwah mak. Kau kenapa Hessa. Asyik bawa masalah saja. Esakan kecil mula kedengaran. Kini aku sudah tidak mampu lagi menahan air mata yang semakin memberat.
            “Angah minta maaf Along. Angah lah punca kepada semua ini...” Sungguh hati aku sedih. Sungguh hati aku pilu. Arwah mak dah tak ada pun, aku masih juga menyusahkan dia.
            “Angah...” Along bangun dan memeluk aku erat. Along menangis. Mendengar tangisan Along membuatkan hati aku semakin dirundung rasa bersalah.

            “Maafkan Angah Long... Maafkan Angah...” Aku turut membalas pelukan Along dengan erat. Tok nek turut berendam air mata manakala Tok ayah pula hanya memandang dengan wajah yang pilu.

Hessa, It's Me! Bab 12

BETUL lah, ujian tu boleh datang bila-bila masa. Dalam pelbagai cara.  Dia menguji orang yang mampu, dan kita tak akan tahu kita mampu atau tidak, sehinggalah kita hadapi ujian itu. Allah uji sebab dia sayang. Ingat lah Hessa, Allah sayang.
            Jangan pernah mengeluh dengan ujian tuhan, itu tandanya kita tak ikhlas. Jangan pernah menidakkan takdir tuhan, itu tandanya kita tak redha. Semuanya hak Dia dan Dia berhak ke atas kita.
            Pertama kali dalam hidup kena marah, kena herdik, kena jerit dengan along. Salah siapa? Salah diri sendiri juga. Sebab apa along marah? Pertama, sebab pergi Cameron Highland tak bagi tahu kat along. Kedua, sebab rombongan meminang nenek terpaksa pulang dengan tangan kosong. Ketiga...
            Aku tak tahu macam mana nak cakap. Sebab yang ketiga telah merubah segalanya. Telah merubah perjalan hidup Niyaz. Along marah... Marah yang sungguh-sungguh marah. Bukan menidakkan takdir tuhan. Cuma sedikit ralat bila semuanya terjadi disebabkan oleh adiknya, iaitu aku.
            “Angah! Stop the car... Stop the car now angah!!!”
            Srettt...
            “Why?”
            “Abang Niyaz dan Mummy Tia...”
            Aku dan Hafiy pandang belakang. Ya Allah... Dengan pantas kami keluar dan berlari ke arah kereta Niyaz.
            “Abang! Mummy Tia!” Jerit kami sekuat hati.
            Lori yang sedang keluar simpang telah melanggar kereta Niyaz dan bahagian kiri kereta remuk. Ya Allah, Mummy Tia duduk kat sebelah tu. Orang ramai yang melihat kejadian tersebut datang membantu.
            “Abang...” Aku tepuk perlahan pipi Niyaz yang sudah selamat dikeluarkan oleh orang ramai.
            “Angah, Mummy Tia...” Hafiy sudah mula menjerit. Aku lari ke arah Hafiy pula.
            “Mummy Tia...”
            Mummy Tia tersepit dan kaku di tempat duduknya. Darah merah pekat mengalir menutupi raut wajah lembut Mummy Tia. Aku terduduk. Hafiy sudah teresak di sebelah.
            Kematian, tiada siapa yang mampu menahan walau sesaat. Baru tadi kami berkenalan, baru tadi kami bergelak ketawa, baru tadi kami berkongsi cerita. Tapi sekarang, Mummy Tia telah pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya.
            “Mummy!” Niyaz berlari ke arah kami.
            “Ya Allah mummy. Bang, tolong saya keluarkan mummy saya bang...” Rayu Niyaz bersama air mata yang laju menuruni pipi.
            Usaha mengeluarkan Mummy Tia berjaya dengan bantuan orang ramai. Niyaz setia memangku Mummy Tia di bahu jalan. Air mata masih membasahi pipi dan suara Niyaz langsung tidak kedengaran. Orang ramai yang tolong menguruskan segalanya. Niyaz sepertinya tenggelam dalam dunia sendiri.
            Hafiy masih menangis. Bahu Hafiy aku peluk erat dan kata-kata pujukan aku bisikan ke telinga Hafiy walaupun aku sendiri sedang goyah. Allah hu rabbi, sungguh sedih hati ini. Segalanya berlaku dalam sekelip mata.
            Sejak dari kejadian itu, hubungan aku dengan along mula  renggang. Ke mana saja aku pergi, harus dilaporkan kepada along dan sekarang along sama sekali tidak membenarkan aku keluar berdua dengan Hafiy. Kalau nak ke mana-mana, along harus ada sama. Along juga sudah jarang bercakap dengan aku. Bercakap bila perlu. Biarlah, mungkin along masih marah.
            Kalau lah aku tidak berkeras untuk pulang pada hari itu, mungkin semuanya masih macam biasa. Mummy Tia masih hidup dan Niyaz tidak akan kehilangan satu-satunya ibu yang dia ada.
            Niyaz. Sebulan berlalu, dia masih gagal aku hubungi. Macam mana dengan keadaan dia sekarang? Sihat kah? Rasa bersalah tidak pernah hilang bila terkenangkan Niyaz. Kalau lah... Orang cakap tak elok cakap kalau, macam menidakkan takdir tuhan pula. Tapi itu lah, kadang-kadang terlintas juga di fikiran.
            Nombor telefon Niyaz aku dail buat kesekian kalinya. Lama menunggu talian disambung sehingga aku hampir berputus asa. Belum sempat aku letak, talian bersambung. Tapi sepi. Hanya deruan nafas perlahan yang kedengaran.
            “Abang...” Hati mula sebak bila teringatkan orang di sebelah sana.
            Tiada sahutan.
            “Abang...” Nada suara mula berubah.
            Masih juga diam.
            Aku menarik nafas perlahan. Ya Allah, kuatkan lah hati aku, kuatkanlah hati Niyaz.
            “Abang... talk to me pleaseee...”
Air mata mula menitis, namun sendu cuba aku tahan.
“Hessa...”
Oh tuhan, akhirnya... dapat juga aku dengar suara yang sangat mahal itu. Air mata makin laju menuruni pipi. Esakan halus mula berubah kasar.
“Abang...”
“Hessa, stop crying.” Suara lembut Niyaz membuatkan tangisan aku semakin lebat. Teresak-esak seperti anak kecil.
“Abang, are you okay? Where have you been? Hessa cari abang tau. Hessa call tak pernah nak berjawab. Mesej Hessa semua abang tak balas. Hessa risau...” Tangisan aku masih bersisa. Sebak sungguh rasa hati.
Kedengaran Niyaz mengeluh. “Abang okay, Hessa jangan risau.”
“No! Selagi Hessa tak tengok abang dengan mata Hessa sendiri, Hessa tetap risau.”
Niyaz diam. Lama...
“Okay, lets meet.”
“Kat mana?”
“But before that, promise me one thing.”
“Apa?”
“Stop crying. Jangan nangis.”
Aku diam. Sedu sedan masih kedengaran. Mana boleh nak stop nangis macam tu je kalau hati tengah sedih.
“I’ll try.”

DAMAI, itu yang aku rasakan saat menjejakkan kaki di kawasan tasik ini. Bebanan perasan rasa bersalah aku lemparkan sejauh mungkin buat sementara waktu. Aku hanya ingin menikmati kedamaian ini sebelum aku berhadapan dengan Niyaz dan sebelum rasa bersalah itu membelenggu diri ini lagi.
            Terasa bangku sebelah diisi sesorang, aku pandang ke kanan. Niyaz duduk tegak, turut memandang ke arah tasik. Aku pandang wajahnya yang sudah sebulan tidak aku jumpa. Cengkung dan kusut. Jambang liar memnuhi wajahnya. Mata yang dulunya sentiasa bersinar ceria kelihatan sedikit kuyu. Badannya juga semakin susut, nampak kurus. Apa yang dah jadi dengan Niyaz sebenarnya? Masih bersedih dengan kehilangan Mummy Tia?
            “Abang...”
            Niyaz pandang aku. Tapi wajah dia beku.
            “Abang sihat?”
            “Abang sihat. Hessa?”
            “Hessa sihat. Abang pergi mana? Hessa call masuk viocemail. Mesej langsung abang tak reply.”
            Niyaz diam. Kembali memandang ke arah tasik. Lama.
            “Abang ada je.”
            Aku tatap muka Niyaz. Ada kat mana?”
            “Hessa pergi rumah abang, tapi tak ada orang. Abang ada kat mana?”
            Niyaz pandang aku.
            “Abang pergi Brisbane, jenguk Naylie.”
            “Sebulan abang kat sana?”
            Niyaz angguk.
            “Naylie is not being Naylie anymore.”
            Naylie is not being Naylie anymore? Apa yang dah jadi?
            “Apa maksud abang?”
            Niyaz tarik nafas perlahan. Badan disandarkan ke belakang kerusi. Santai.
            “She lost in her own world. Naylie terlalu sedih dengan berita kematian mummy. Lebih-lebih lagi bila dia langsung tak berkesempatan untuk menatap wajah mummy buat kali terakhir.”
            Aku terdiam. Suasana sunyi bagai mengerti Niyaz sedang ingin berkongsi cerita dengan aku.
            “Naylie tenggelam dalam kesedihan, pelajaran langsung tidak dipedulikan. Daddy suruh balik, tapi dia tak mahu. Balik rumah akan buat dia lagi sedih dan rindukan mummy. So, abang dan daddy decided untuk ke sana.”
            Aku tunduk menekur jari sendiri. Hati tiba-tiba pedih. Kenapa?
            “Kat sana Daddy bagi kata dua, focus on study kat Brisbane or else ikut kami balik Malaysia. But all of sudden, she just cried out loud. Macam orang histeria. Naylie terlalu meratapi pemergian mummy sehinggakan dia lupa tentang keadaan sekeliling. Dia lupa yang dia masih ada daddy, ada abang. Dia lupa tanggungjawab sebagai seorang anak. Lupa tanggungjawab sebagai seorang pelajar. She drown in her sadness. And it hurts me Hessa, so much.”
            Aku pandang Niyaz. Air mata bertakung jelas kelihatan. Sedih. Niyaz sangat sedih dan terluka dengan keadaan adiknya. Ya Allah... sungguh berat dugaan Mu ya Allah. Aku turut merasa kesannya ya Allah.
            “Ab... abbang...”
            “Hessa, kenapa?” Niyaz terkejut melihat wajah aku yang berubah mendung. Air mata perlahan-lahan membasahi pipi.
            “I’m sorry...” Tangisan aku pecah jua. Rasa terbeban dengan semua yang berlaku. Sungguh. Rasa bersalah sangat dekat Niyaz sekeluarga, especially Naylie.
            Niyaz diam.
            “Hessa mintak maaf. Semua ini terjadi sebab Hessa. Kalau lah Hessa...”
            “Stop blaming yourself Hessa. Tak baik cakap kalau. Macam menidakkan takdir tuhan pula.”
            Aku tunduk. Betul apa yang Niyaz cakap, tapi kenapa aku rasa sakit dengan kata-kata dia itu? Rasa disindir. Ah hati, jangan nak macam-macam. Air mata yang masih mengalir aku sapu.
            “But still, I’m sorry.” Sekali lagi aku memohon maaf. Walau beribu kali kata maaf diungkapkan, aku tetap tidakl boleh merubah segalanya yang telah terjadi. Oh tuhan, kuatkan hati aku untuk menghadapi semua ini.
            “It’s okay. Just forget about it.” Niyaz senyum tapi senyum terpaksa. Sangat buruk.
            “Apa yang perlu Hessa buat untuk tebus kesahalan Hessa?”
            “Hessa, stop it.”
            “Abang cakap je apa yang perlu Hessa buat, Hessa akan buat semuanya waima menyerahkan nyawa Hessa sendiri...”
            “Hessa enough!”
            “Hessa sanggup ab...”
            “I said enough!!!” Jerit Niyaz dengan muka berubah garang.
            Dan kami terdiam. Niyaz kembali memandang ke arah tasik di hadapan. Wajahnya masih beriak garang. Marah benar dia dengan kata-kata aku itu.
            “Kita kahwin?”
            “What?!” Niyaz memandang tajam ke arah aku. Marah yang tadi pun  belum hilang, ditambah pula dengan yang ini. Kau dah kenapa Hessa?
            “Kita kahwin. Hessa akan jaga abang sekeluarga sepenuh jiwa dan raga Hessa bagi menebus kesalahan Hessa.”
            “Nonsense.” Niyaz berdiri sambil becekak pinggang.
            “Hessa serious abang...”
            “Does that means that you want to be my slave for your whole life?” Tegas Niyaz menyoal.
            Aku diam. Slave. Dalam erti kata lain aku akan memperhambakan diri aku? Begitu? Niyaz ketawa. Ketawa yang dibuat-buat.
            “Next time, stop talking rubbish.”
            Niyaz berlalu pergi. Pipi yang kering mula basah kembali. Apa yang kau dah buat ni Hessa?
Salah ke cadangan aku tu? Aku buat keputusan macam tu bukan sebab nak menebus kesalahn aku semata-mata. Aku buat keputusan macam tu sebab aku nak jaga Niyaz, nak jaga keluarga dia. Lihat saja keadaan dia tadi, langsung tidak terurus.
“No abang, let me explain.” Lengan Niyaz aku pegang.
Niyaz merentap kasar lengannya yang aku pegang. “Apa lagi Hessa? Apa lagi cadangan mengarut yang Hessa nak bagi tahu dekat abang?”
“Abang dengar sini. Hessa nak kahwin dengan abang sebab Hessa nak jaga abang, bukan sebab nak tebus salah Hessa semata-mata abang.” Air mata jatuh semakin lebat. Rasa bersalah pula kian menggunung. Apa lagi yang perlu aku katakan supaya Niyaz bersetuju dengan cadangan aku yang tiba-tiba ini.
“Nak jaga abang?” Soal Niyaz sambil ketawa.
“Kenapa? Tak percaya yang Hessa boleh jaga abang?” Rasa tercabar dengan soalan Niyaz. Air mata di pipi aku sapu rakus.
“Abang boleh jaga diri abang sendiri.” Jawab Niyaz dengan penuh ego.
“Boleh jaga diri sendiri?” Giliran aku pula ketawa. Aku pandang Niyaz atas bawah. “Look at yourself abang. Muka cengkung, badan susut, rupa dan pakaian serabai. Macam ni abang cakap abang boleh jaga diri abang sendiri?”
Niyaz mengeluh kasar. “Abang serabut Hessa. Dengan Naylie yang jauh dekat Brisbane sana. Memang dia semakin pulih, tapi itu sewaktu kami ada dekat sana. Sekarang dia macam mana? Memang lah call cakap okey, tapi abang tetap risau selagi dia tak ada dekat depan mata abang. Abang tak boleh nak selalu dengan dia kat sana, tanggungjawab abang kat sini macam mana? Keadaan kesihatan daddy pun semakin merosot sejak mummy meninggal. Makan pakai daddy semua tidak terurus seperti sewaktu mummy masih ada. Abang serabut Hessa. Serabut, letih, runsing, semua ada kat dalam kepala abang ni.” Niyaz terduduk lemah. Sekuat mana pun kita, akan tersungkur juga sebelum tenaga muncul kembali untuk menarik kita supaya kembali kuat.
Aku memegang bahu Niyaz. Sedih dan terluka bila melihat keadaan dia yang sebegini. “Let me help you abang. Let me help you to take care of your family and yourself.” Sekali lagi aku cuba meyakinkan Niyaz. Semoga kali ini dia bersetuju dengan cadangan aku. Aku benar-benar ingin menebus kesalahan aku dan aku benar-benar ingin menjaga Niyaz sekeluarga.
“Abang tak tahu Hessa.”
“Hessa akan jaga abang dan keluarga abang. Memang tak sama dengan Mummy Tia jaga abang sekeluarga tapi, bagi Hessa peluang untuk cuba.” Sekali lagi aku merayu.
 Niyaz memandang aku tanpa riak. “This is not a trial and error process Hessa.”
“Ya I know. Tapi kita masih boleh cuba sampai berjaya kan. The choice is in our hand abang. Kita yang akan pilih sama ada untuk berjaya atau tidak dalam perkahwinan itu nanti. And the choice is in your hand too, either you want to accept my proposal or not. Hessa tak paksa, tapi Hessa sangat berharap abang akan terima.” Biar lah bunyi macam desperado ke apa. Asalkan aku dapat peluang untuk jaga mereka dan sekaligus dapat mengurangkan rasa bersalah yang aku tanggung ini.
“Along dah tahu pasal ni?”
Aku geleng. Macam mana along nak tahu kalau dah idea untuk kahwin dengan dia ni pun muncul selepas aku tengok dia yang serabai tu.
Niyaz mengeluh lagi. “Tak betul ni Hessa. You should discuss about this with your along first. Macam mana kalau along tak setuju?” Marah Niyaz. Emosi Niyaz memang tak stabil sekarang. Sekajap marah, sekejap sedih. Aku lah punca kepada perubahan emosinya ini.
“Along akan setuju.”
“Abang mana yang akan setuju adiknya kahwin semata-mata kerana ingin tebus rasa bersalah?”
“Along tak perlu tahu pasal ni.”
“Sooner or later he will know about this Hessa.”
“So, let he know it later.”
“Senang nya cakap...” Niyaz menggeleng tidak percaya.
“Abang, bagi Hessa peluang untuk jaga abang please. Hal lain, kita letak tepi dulu. Boleh?”
Aku merenung ke dalam mata Niyaz. Rasa sedih itu masih ada. Rasa rindu juga masih menyapa. Oh Niyaz, please say yes. Bagi Hessa peluang untuk jaga abang dan hilangkan sinar kesedihan di dalam mata abang.