2 October 2015

Cinta Han & Nadia Bab 9

BAB 9

PAGI yang ceria, Nadia tersenyum sendirian sambil mengelap kaunter. Kak Yus dan yang lain berada di tingkat atas. Sudah seminggu selepas kejadian Farhan datang mencarinya di butik. Berdebar juga bila tiba-tiba Farhan muncul, tapi bila melihat wajah sugul Farhan, terus hatinya terusik.
            Sekarang Farhan menyepi lagi. Sibuk dengan  pesakit dekat hospital mungkin. Macam biskut Chipsmore je, sekejap ada sekejap tak ada. Doktor macam dia, mana ada banyak masa nak lepak segala. Lain lah yang bekerja sendiri macam Nadia, boleh ke mana saja bila-bila masa.
TING!
            “Babe, sorry.” Kirah meluru ke arah Nadia.
            Nadia tersentak. Terkejut la tiba-tiba kena terjah macam ni. Macam nak luruh jantung.
            “Kau dah kenapa? Datang je terus cakap sorry. Kau buat salah apa dengan aku?”
Soal Nadia. Butik pun tak buka lagi, kawan dia ni dah meluru masuk macam kena kejar dengan anjing pula. Tak menyempat betul. Biskut choclate chip diisi satu persatu ke dalam balang kaca. Biskut kegemaran pelanggan butik Nadia. Cepat betul habis.
Belum sempat Kirah menjawab soalan rakannya itu, kedengaran suara dari arah belakang.
“Hai Nad...”
            Nadia tersentak. Speechless. Nadia pandang Kirah yang muka sedang berkerut seribu.
            “Sorry...” Bisik Kirah. Tangan diangkat gaya mohon maaf.
            Nadia pandang Fariz yang berdiri di belakang Kirah dengan muka tak ada perasaan dan kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar macam selalu. Sungguh dia tak sedar Fariz masuk ke dalam butik tadi.
            “Macam mana dia boleh tahu aku ada kat sini?” Tanya Nadia dengan nada suara yang sukar ditafsirkan. Sudah lama tak jumpa dengan Fariz, tiba-tiba saja muncul. Tak tahu nak marah ke nak seronok sekarang ni.
            “Nad... dia... aku....” Kirah tergagap-gagap. Ye, dia takut Nadia marah dan menuduh dia tidak amanah dalam melindungi Nadia daripada Fariz.
            “Aku ikut kereta Kirah dari belakang.” Jawab Fariz.
            Nadia memandang ke arah Fariz seketika kemudian lembali memandang Kirah.
            “Nad... aku tak tahu.” Kata Kirah pula sambil menggeleng kepala.
            “Dah jadi stalker pula sekarang?” Soal Nadia sinis.
            Fariz angkat bahu.
            Kirah pandang Nadia yang sedang merenung tajam ke arah Fariz. Fariz pula masih beriak biasa sambil memandang ke arah Nadia. Sungguh Kirah rasa serba salah. Aku pandang dia, dia pandang kau, kemudian kau pandang aku. Tengah main game apa pula ni?
            “Tak nak jemput aku duduk ke? Makan ke, atau minum walau hanya secawan kopi.” Fariz menyoal dan langkah kakinya dihalakan ke arah Nadia yang masih kaku berdiri.
            “Perlu ke?” Soal Nadia kasar.
            “Macam ni ke kau layan customer kau Nad?”
            “Kau customer aku ke? Tak kan?”
            “Habis tu kalau bukan customer, aku ni siapa? Kawan kau? Atau... kekasih kau?” Bisik Fariz sambil tersenyum senget.
            Nadia mendengus. Sakit betul hati dia melihat senyuman Fariz itu.
            “You are just a stranger to me.” Jawab Nadia geram. Tugasnya yang tergendala tadi diteruskan.
            Fariz terdiam. Matanya masih merenung tajam ke arah Nadia.
            “Stranger? Stranger tu apa Nad?” Soal Fariz bodoh. Konon la bodoh, padahal hati dah rabak mendengar kata-kata Nadia tadi. Bukan dia tak faham pun maksud stranger tu. Belajar bertingkat-tingkat, tak kan lah bodoh berlapis-lapis pula kan.
            Nadia buat pekak. Malas nak layan mamat bermasalah macam ni. Waktu belajar dulu bukan main mengutuk, mengata dia macam-macam. Sekarang sibuk pula cari dia.
            “Fariz kau balik lah...” Rayu Kirah. Dia tak nak mood kawan dia nanti swing gara-gara Fariz.
            Fariz menjeling. “Tak, aku tak akan balik selagi Nad tak berterus terang dengan aku Kirah.”
            Nadia berpaling ke arah Fariz dengan pandangan mata yang tajam menikam ke dalam anak mata Fariz.
            “Berterus terang pasal apa?” Soal Nadia.
            “Berterus terang dengan aku, kenapa kau cuba menjauhkan diri dari aku? Kenapa kau sorokkan dari aku kat mana kau sekarang? Kenapa kau tak nak bercakap dengan aku? Kenapa kau tak nak berkawan dengan aku? Kenapa kau tak nak jumpa dengan aku? Kenapa kau bencikan aku? Kenapa Nad?”
            Suara Fariz melengking. Mata Fariz turut menikan tajam anak mata Nadia. Turun naik nafasnya akibat menahan rasa marah, geram dan kecewa yang saling bersatu di dalam dada.
            “Kau dah ada semua jawapannya Fariz.” Jawab Nadia ringkas.
            “No! Aku nak dengar dari mulut kau sendiri Nadia!” tengking Fariz. Sungguh tahap kesabaran dia semakin menipis.
            “Kau jangan nak tengking aku lah Fariz.” Nada suara Nadia turut meninggi. Nasib baik lah Kak Yus, Yuni dan Hawa sedang berada di bilik mengaji kat behagian atas. Kalau tidak entah apa la yang perlu dia jawab dekat mereka nanti.
            “Kau yang buat aku tengking kau Nad.” Jawab Fariz dalam nada tertahan.
            “Pula? Habis tu semuanya salah aku lah sekarang?”
            “Ye! Semuanya salah kau. Dari awal lagi semuanya kau yang salah.”
            “Apa salah aku Fariz? Cuba kau bagi tahu apa yang salahnya aku ni.”
            “Kau salah sebab kau tak perasan yang aku sebenarnya suka kan kau.”
 Jawab Fariz dengan tegas. Ya, dia sukakan Nadia, tapi langsung Nadia tak perasan tentang perasaannya yang satu itu. Yang Nadia nampak hanyalah bekas kekasih dia yang satu sen pun tak guna tu.
Sekali lagi Nadia diam. Alasan bodoh!  
“Kau jangan nak mengarut lah Fariz. Stop talking nonsense.”
Fariz mendengus. Semua yang dia cakap memang Nadia tak akan percaya. Habis tu, macam mana lagi harus dia jelaskan.
“Aku tak mengarut la Nad. Kau tanya dan aku jawab, that’s all.”
“Kau sedang mengarut sekarang! Kau ingat aku bodoh nak percaya macam tu je semua yang kau cakap?”
“Aku tak tipu kau la Nad.” Balas Fariz geram. Ye, memang dia tengah geram sekarang. Apa teruk sangat ke dia ni sampaikan semua kata-kata dia Nadia tak nak percaya.
“Kau dah lupa kau macam mana masa kita belajar dulu? Kau dah lupa apa yang kau buat kat aku dulu?” Provokasi dari Nadia.
Muka Fariz berubah merah. Rahang juga bergerak-gerak. “Aku tak pernah lupa Nad, tak pernah lupa. Tapi itu tak bermakna aku tak boleh sayangkan kau, cintakan kau.”
“Tak boleh!” Jawab Nadia tegas.
“Kenapa tak boleh?”
“Sebab aku tak nak. Aku tak suka kau.”
Fariz ketawa. “Alasan tak logik langsung. Cuba lagi lain kali Nad.”
“Kau...” Jari telunjuk dihalakan ke muka Fariz.
“...memang menyakitkan hati. Macam ni kau nak aku terima yang kau sukakan aku? In your dream Fariz, in your dream...”
“Kau dah kenapa benci sangat dengan aku? Kalau dah benci tu yang baik pun kau nampak jahat kan?”
“Tahu pun. Habis tu, buat apa lagi kat sini? Kau boleh pergi dan jangan ganggu hidup aku lagi. Aku tak nak tengok muka kau kat butik aku ni lagi.”
Fariz mendengus geram.
“Mulai sekarang aku tak akan berhenti bagi tahu kau yang aku sukakan kau Nad supaya kau akan sentiasa ingat tentang perasaan aku terhadap kau dan kau tak akan lari lagi daripada aku. Dan aku tahu yang kau belum dimiliki oleh sesiapa,  jadi aku akan pastikan yang kau akan jadi milik aku selamanya. Ini janji aku Nadia.”
Tangan diangkat sebagai memberi peringatan kepada Nadia dan tanpa berpaling Fariz terus melangkah meninggalkan Nadia dan Kirah yang masih diam terpaku tanpa bicara.

“APA yang perlu aku buat Kirah?” Soal Nadia seperti orang bingung. Seram rasanya mendengar amaran Fariz tadi.
“Ouh Nad, aku minta maaf.” Kirah memeluk Nadia kemas.
“Aku rasa hidup aku tak akan aman lagi lepas ni Kirah.” Bisik Nadia.
“Nad...” Kirah melepaskan pelukan. Wajah Nadia direnung dengan perasaan bersalah.
“Nad kau jangan risau, aku sentiasa ada dengan kau. Fariz tak akan buat perkara yang bukan-bukan dekat kau. Percaya lah...”
“Kalau dia datang ganggu aku lagi macam mana?” Tangan naik memicit pelipis. Sakit kepala datang tiba-tiba. Jangan nak migrain sudah. Nadia bukan boleh stress macam ni, penyakit turun temurun dia tu mula la nak menempel sama.
“Dia tak akan ganggu kau. Kau jangan risau Nad, kat sini ada ramai orang. Mereka semua boleh tolong kau kalau Fariz cuba lakukan sesuatu.” Kirah menggosok bahu Nadia.
Dia turut risau sebenarnya dengan keselamatan Nadia. Walaupun Fariz tu tak ada rekod buruk memcederakan orang, tapi ye lah, hati orang mana kita nak tahu. Kadang yang tak terjangka itu lah yang boleh terjadi.
“Aku takut Kirah...” Nadia memandang Kirah dengan pandangan yang kosong. Sekosong perasaan dia sekarang.
Kirah turut terdiam. Mencari idea untuk menenangkan sahabat yang sedang risau.
“Haa kau jangan risau babe, Fariz bukan selalu ada kat sini pun.”
“Maksud kau?”
“He’s doing import export business with his paksu now and he always travel around. So, dia bukan selalu ada kat sini pun.”
“Then, when he is around?”
Kirah terdiam lagi. Kalau dia ada kat sini, dia akan cari kau la. Tak kan nak cakap macam tu pula. Makin tak tenteram lah jadinya si Nadia tu.
“Kau jangan nak gelabah sangat Nad, setakat Fariz tu apa je yang dia boleh buat. You don’t worry okay.” Okay seriously, dia yang tengah gelabah sekarang. Jantung ni dari tadi duk mengepam darah high speed punya level. Saja je kontrol ayu depan Nadia.
            “Kau tak dengar ke apa yang dia cakap tadi Kirah? Dia cakap yang dia akan pastikan aku jadi milik dia selamanya. Aku tak nak Kirah! Kau faham tak?!”
            “Mengucap Nadia. Kau menjerit macam ni masalah bukan boleh selesai pun.”
            Nadia bersandar di dinding dan mengeluh lemah.
            “Aku geram sebenarnya. Suka hati dia saja datang sini ugut aku macam-macam. Apa dia ingat aku ni anak patung ke? Tak ada hati dan perasaan. Dia ingat aku boleh lupakan macam tu saja apa yang dia dah buat kat aku masa kita belajar dulu? Aku tak faham betul dengan orang macam ni. Kenapa dia susah-susah nak cari aku? Bukan ke ada ramai perempuan cantik kat luar sana. Haa, kekasih hati dia pun ramai juga kan, pergi lah cari dia orang. Kenapa nak kisah kan aku pula.”
            “Kan tadi dia cakap dia sukakan kau. sebab tu lah kot dia still cari kau.”
            “Kau percaya ke?”
            Kirah angkat bahu. Tak percaya sebenarnya. Ada ke lelaki yang buat fitnah macam-macam kat perempuan yang dia suka? Tak ada kan? Tak pernah dengar kan?
            Nadia mendengus geram. Kirah menarik Nadia ke dalam pelukan. Tipu kalau dia cakap dia tak risau. rasa menyesal pula datang ke butik Nadia hari ini. Sungguh dia langsung tak perasan yang kereta Fariz sedang mengekori keretanya dari belakang. Licik betul si Fariz ni. Macam mana dia boleh tahu yang Kirah akan ke butik Nadia hari ini? Tak kan lah dari semalam dia menunggu Kirah di luar pagar rumahnya?

FARHAN menolak perlahan pintu butik Nadia. Pelanggan agak ramai nampaknya. Masing-masing sibuk membuat pilihan. Farhan menapak ke arah kaunter yang di belakangnya kelihatan seorang gadis sedang berdiri sambil memegang telefon.
            “Assalamualaikum, Nadia ada?” Soal Farhan sopan.
            Hawa yang sedang menekan-nekan telefon terpaku seketika. Siapa ni? Kenapa cari Kak Nad?
            “Err...”
            “Eh bang, cari Kak Nad ke?” Tegur Yuni yang tiba-tiba muncul dari belakang.
            Farhan pusing. “Haah, Kak Nad ada?”
            “Eh, tadi ada je kat sini. Entah ke mana pula Kak Nad ni pergi. Kejap eh bang.”
            Farhan angguk sambil tersenyum.
            “Ni ha Kak Yus, abang ni cari Kak Nad.” Yuni menarik tangan Kak Yus sambil berjalan ke arah Farhan dan Hawa.
            “Eh, doktor. Cari Nad ke?”
            “Haah Kak Yus...” Farhan senyum.
            “Eh, abang ni doktor ke? Patut lah segak je.” Yuni sengih. Kawan Kak Nad ni doktor rupanya. Pandai Kak Nad cari kawan.
            “Baru tahu ke?” Soal Kak Yus pula.
            “Yela, kalau Kak Yus tak cakap tadi sampai bila-bila pun Yuni tak tahu.”
            Belum sempat Kak Yus menjawab, Hawa bersuara.
            “Okay, I’m totally lost right now. Macam mana kau dengan Kak Yus boleh kenal dengan abang doktor ni? Kenapa Kak Nad tak pernah kenalkan abang ni dengan aku?” Soal Hawa. Macam tak puas hati pun ada.
            “Eh, kau tak kenal abang ni ke? Tak pernah jumpa?” Tanya Yuni.
            “YE la Yuni, hari tu kan masa doktor ni datang Hawa mana ada kat sini. Hawa cuti kalau tak silap akak hari tu.”
            “Haa aku cuti... kau apa tahu.”
            “Ouh ye ke, patut la kau macam blur pandang abang doktor ni tadi.” Yuni dan Kak Yus ketawa.
            “Err, sorry. Nadia ada tak?” Farhan mencelah. Seronok betul mereka ni bersembang sampaikan terlupa dia kat sebelah. Dari tadi soalan dia tak berjawab ni ha.
            “Eh, ya Allah doktor... maaf...maaf... seronok bersembang terlupa pula doktor kat sebelah.” Kak Yus mengucap panjang. Malu sebenarnya. Yuni dengan Hawa dah tergelak. Farhan turut ketawa. Lucu pula rasa melihat tingkah kalut Kak Yus. Macam-macam betul pekerja Nadia ni. Baru tiga orang, dah meriah semacam.
            “Kak Nad ada kat atas abang doktor, kat bilik mengaji.” Hawa menunjuk ke arah atas. Yuni pula sudah berlalu kerana ada pelanggan memerlukan bantuannya.
            “Ouh, ada bilik mengaji ke kat sini?”
            “Ada doktor, baru je siap renovation. In shaa Allah minggu depan dah boleh guna dah.” Jelas Kak Yus pula.
            “Kelas mengaji untuk kanak-kanak ke kak?” Soal Farhan lagi.
            “Eh tak, kelas mengaji untuk orang dewasa. Ini semua Nadia punya idea lah. Payah sangat nak cari kelas mengaji untuk orang dewasa katanya.”
            Farhan angguk. Tak sangka orang muda seperti Nadia boleh terfikirkan tentang perkara macam ni. Ingatkan hanya tahu memikirkan tentang cara-cara untuk mengembangkan bisnes dan kerjaya sahaja. Satu usaha yang sangat mulia dan harus dipuji.
            “Kalau saya nak naik tengok boleh ke kak?”
            Kak Yus senyum. “Boleh doktor, tapi jangan lama-lama sangat. Tak elok.” Sempat Kak Yus berpesan. Dia tahu Farhan seorang lelaki yang budiman. Tengok rupa pun dah tahu. Tapi tak salah kalau sentiasa mengingatkan. Kalau lama sangat berdua, yang ketiga akan muncul. Jadi, lebih baik lah kita sentiasa berwaspada.
            Farhan angguk dan senyum. Dalam hati sempat berbisik, untung Nadia ada sahabat yang baik macam Kak Yus. Sentiasa mengingatkan tentang amal makruf nahi mungkar. Sentiasa melindungi sahabatnya dari segala kejahatan.
 “Baik kak... Oh ya, Kak Yus tak payah la panggil saya doktor. Hari tu dah pesan kan, panggil Han saja.”
Kak Yus ketawa. “Kak Yus lupa lah Han. In shaa Allah lepas ni tak akan lupa lagi dah. Tapi Han kena selalu datang lah, baru la ingatan Kak Yus ni jadi kuat sebab asyik tengok muka suci Han saja.” Kak Yus sempat berseloroh sebelum melangkanh ke arah pelanggan yang memanggil.
Hawa tergelak. Macam-macam betul lah Kak Yus ni.
“Haa awak pun sama. Hawa kan?”
Hawa yang tengah galak ketawa terus diam dan terangguk-angguk. Dah macam pesalah dah gayanya.
“Lepas ni jangan pannggila abang doktor lagi dah. Panggil abang Han saja.” Farhan senyum.
“Erk, tapi segan lah abang doktor.”
“Nak segan apa? Abang Han kan kawan Kak Nad, kiranya kawan kau orang juga lah.”
Hawa sengih. Sempoi betul abang ni. “Okay boss!” Hawa angkat tangan tanda tabik hormat.
Farhan sengih. Nakal tak habis budak-budak kat sini. Sejak dia mula kenal Nadia, sejak dia mula melangkah masuk ke dalam butik ni, tak pasal dia jadi seorang yang banyak cakap dan mudah mesra dengan orang. Mungkin aura positif Nadia dan persekitarannya yang telah merubah segalanya. Ouh Nadia... hati semakin meronta ingin memiliki mu.
“Abang Han naik atas dulu ye.”
“Okay bang. Tapi abang Han nanti cakap elok-elok tau dengan Kak Nad.” Pesan Hawa.
Farhan berkerut kening. “Kenapa?”
“Tadi mood Kak Nad tak berapa cantik sebenarnya.”
“Boleh abang tahu kenapa?”
“Hawa pun tak pasti bang. Pagi tadi kami bertiga sedang mengemas kat bilik atas. Ada juga la terdengar suara bising-bising kat bawah. Yuni sempat turun intai, nampak Kak Nad tengah gaduh dengan seorang lelaki. Kak Kirah pun ada juga masa tu.”
Hati Farhan berdebar tiba-tiba.
“Siapa lelaki tu? Kak Kirah tu siapa pula?” Soal Farhan tak sabar. Jangan la cakap yang lelaki tu kekasih Nadia.
“Kak Kirah tu kawan baik Kak Nad, selalu juga datang kat sini. Yang lelaki tu kami tak kenal, tak pernah nampak pun kat sini.”
“Hawa tahu dia orang gaduh pasal apa?”
Hawa geleng. “Hawa dengan Kak Yus tak dengar dengan jelas sangat. Yuni pun intai sekejap je. Mula-mula ingat nak turun juga, takut Kak Nad diapa-apa kan. Tapi bila tengok Kak Kirah ada sama, kami biarkan saja lah. Lagi pun nampak macam Kak Nad dan Kak Kirah kenal lelaki tu siapa.”
Panjang lebar Hawa bercerita. Dia risau. Kak Yus dengan Yuni pun risau. Tengok Kak Nad monyok semacam lagilah mereka bertambah risau. Nak ditanya, takut Kak Nad marah. Walaupun Nadia tak pernah marah orang tak tentu pasal, tapi mereka tetap menjaga hak privasi bos mereka itu. Hanya mendengar bila Nadia sendiri yang bercerita. Kalau sendiri nak menyibuk pergi tanya, memang tak lah.
Farhan diam. Risau, itu yang dia rasakan sekarang. Siapa lelaki itu? Apa kaitannya dengan Nadia? Apa yang mereka gaduhkan? Kenapa mood Nadia berubah tiba-tiba?




No comments:

Post a Comment