1 October 2015

Cinta Han & Nadia Bab 8

BAB 8

KEADAAN dalam wad Tiga agak tenang. Kelihatan nurse pelatih sedang sibuk membantu mengemas katil para pesakit. Di kaunter pula kelihatan beberapa orang sister dan nurse sedang mengemaskini laporan pesakit.
            Farhan berjalan perlahan ke arah kaunter.
            “Assalamualaikum, selamat pagi semua.” Sapa Farhan ceria.
            Semua yang ada kat kaunter saling berpandangan. Pelik ni, pagi-pagi lagi dah ceria semacam Doktor Farhan ni. Siap sapa menyapa lagi.
Farhan bukan lah seorang yang sombong, tetapi dia agak pendiam. Hanya bercakap bila perlu sahaja. Kalau kat wad ni dengan Kak Nor tu je lah yang dia banyak cakap sikit, dengan yang lain setakat senyum gitu lah. Sesuatu yang bagusnya tentang Farhan, walau pun dia tak banyak cakap, tetapi dia seorang yang sangat murah dengan senyuman. Tidak kira dengan sesiapa pun. Sebab itu lah dia tetap di senangi oleh rakan sekerja dan staf yang lain.
            “Ceria je doktor hari ni.” Tegur Kak Nor yang turut bertugas shift pagi.
            “Hai Kak Nor selalunya tak ceria ke?” Tanya Farhan sambil tersenyum. Dia pun tak faham kenapa hari ni dia boleh jadi terlebih peramah pula. Adakah kerana kejadian di butik kelmarin? Farhan geleng kepala tanpa sedar.
            “Dah tersenyum tersengih sambil geleng kepala macam tu, gayanya macam orang angau je doktor. Angaukan siapa?” Soal salah seorang sister yang berada di situ dan disambut dengan gelak ketawa yang lain. Meriah pula nampaknya kaunter wad Tiga hari ini.
            Farhan gelak. Pandai je sister ni nak serkap jarang.
“Mana ada angaukan sesiapa la sister. Okay lah semua, saya nak melawat patient kejap. Datang Mister Luqman karang kalut pula. Jangan nakal-nakal tau semua.”
            Gurauan Farhan  disambut dengan gelak ketawa. Memang betul-betul meriah wad Tiga hari ni, penangan gurauan Doktor Farhan yang beku.

LAPORAN kesihatan pesakit diteliti satu persatu. Hari ini ada dua orang pesakit Farhan yang akan dibedah. Pak Samad dan Pak Latif, pesakit kanser usus peringkat tiga akan dibedah bagi memasukkan Chemo port di bahagian kanan dada. Fungsi chemo port adalah untuk memudahkan doktor membuat rawatan kimoterapi ke atas pesakit.
“Pukul berapa pak cik akan dibedah doktor?” Tanya Pak Samad.
            “In shaa Allah pukul 8.30 nanti kami akan bawa pak cik ke dewan bedah. Pak cik dah sedia ke?”
            “Pak cik macam ni lah doktor, sedia ke tidak macam ni sajalah.” Pak Samad senyum. Nampak riak risau di wajah Pak Samad walaupun dia sedang tersenyum.
            “Agak-agak berapa lama ye pembedahan ni doktor?” Tanya salah seorang anak Pak Samad.
            “Selalunya tak lama bang, kalau semuanya berjalan lancar in shaa Allah tengah hari nanti pak cik dah boleh keluar dari dewan bedah.” Jawab Farhan tenang. Soalan biasa daripada waris pesakit.
            Anak-anak Pak Samad saling berpandang. Jelas kelihatan riak risau di wajah masing-masing. Ayah nak kena bedah, siapa yang tak risau. Tambahan pula jantung Pak Samad boleh dikira agak lemah kerana faktor usia. Sebarang kemungkinan boleh terjadi.
            “Pak cik dan anak-anak semua jangan risau, Allah ada. Doa banyak-banyak semoga Dia permudahkan segalanya.” Farhan senyum.
            Dia tahu Pak Samad dan keluarganya risau. Tak payah cakap orang, dia sendiri pun menggelabah juga kalau daddy yang kena bedah. Kalau dilihat kepada pesakitnya, semua dalam lingkungan umur sebaya dengan Tuan Umar. Alhamdulillah daddynya masih dikurniakan kesihatan yang baik.
            Selesai membuat beberapa catatan, Farhan meninggalkan katil Pak Samad.
“Han, patient dah ready ke?” Haziq menegur dari belakang.
            “Dah, tunggu staf bawa pak cik ke OR (operation room) je. Mister Luqman dah sampai ke?”
            “On the way katanya. Tu yang houseman tengah gelabah semua tu.”
            Farhan gelak. “Nasib lah. Aku ingatkan Mister Luqman kat OR pagi ni, rupanya Mister Razif yang take over.”
            Mister Luqman salah seorang pakar bedah senior di jabatan mereka. Seorang yang paling tegas dan paling digeruni oleh doktor pelatih. Kalau dengar je nama Mister Luqman, terus semua kecut perut. Macam mana lah tak kecut perut kalau dah muka serious manjang. Tak kira depan siapa kalau dah tak boleh jawab soalan dia memang selamat kena bambu masa tu juga. Huish ngeri betul dengar.
            “Habis tu kau masuk OR juga la pagi ni?”
            “Yup, kan patient aku yang nak kena bedah nanti.”
            “Habis tu houseman ni semua siapa yang nak handle?”
            “Team kau kan? Kau lah yang handle.”
            Haziq sengih sambil garu kepala. Haah, betul juga. Tiba-tiba boleh lupa pula.
            “Aku gerak dulu Ziq. Jumpa lunch nanti kalau sempat.”
            “Okay, good luck bro.”
            “Thanks buddy.”

FARHAN berdiri di hadapan pintu Butik Nad’s Closet. Jam tangan di pandang sekilas. Pukul enam petang, butik pun dah tutup. Melalui pintu kaca butik Nadia, masih kelihatan beberapa orang pekerja Nadia sedang bersiap sedia untuk pulang.
            Tok!!! Tok!!!
            Kak Yus berpaling. Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di hadapan butik sambil tersenyum. Siapa pula jejaka kacak yang sedang tersenyum ke arah dia ni? Seingat dia, tak ada kenal mana-mana lelaki kacak macam ni. Tubuh tegap dengan kulit sawo matang ni kira dah cukup kacak lah ye. Bisik Kak Yus nakal.
            Pintu dibuka dari dalam.
            “Ye encik, ada apa?” Soal Kak Yus tenang.
            “Boleh saya masuk?” Tanya Farhan sopan.
            “Maaf encik, tapi kami dah tutup.” Kak Yus tunjuk tanda TUTUP yang tergantung di hadapan pintu. Mungkin jejaka kacak ini tidak perasan tadi.
            “Err, sebenarnya saya nak jumpa dengan Nadia. Nadia ada?” Tanya Farhan berterus terang.
            Kak Yus merenung Farhan atas bawah dengan pandangan yang mencurigakan. Farhan pula sudah rasa kurang selesa dengan Kak Yus itu. Kenapa akak ni pandang dia macam tu? Dia ni nampak macam orang jahat ke?
            “Ada apa ye nak jumpa dengan Nadia?” Tegas kedengaran suara Kak Yus. Dia memang seorang yang protective kalau melibatkan adik-adiknya yang kat butik tu. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan orang lelaki. Orang zaman sekarang bukan boleh percaya sangat. Muka memang lah nampak baik, tapi hati tak siapa yang tahu.
            Belum sempat Farhan bersuara, ada yang menyapa dari belakang.
            “Kak Yus? Dah kenapa tercegat je kat depan pintu tu dari tadi.” Tegur Nadia.
            “Kawan Nad ke ni?” Soal Kak Yus terus tanpa memandang ke arah Nadia.
            Nadia menjenguk keluar. Erk! Farhan? Doktor Farhan? Kenapa pula tiba-tiba muncul kat butik dia ni.
            “Urm, kawan Nad ni Kak Yus. Bagi la dia masuk.”
            Kak Yus buka pintu luas-luas memberi ruang kepada Farhan untuk masuk.
            “Sejak bila ada kawan kacak macam ni?” Tanya Kak Yus lurus.
            “Akak!” Nadia menjengilkan mata ke arah Kak Yus. Farhan di belakang sudah ketawa.
            “Tak nak kenalkan ke?” Soal Kak Yus nakal. Nadia menjeling.
            “Kak Yus kenalkan, ni Farhan, Doktor Farhan.”
            “Ouh Tuan Doktor ke? Hai, saya Kak Yus, pembantu Nadia kat kedai ni.” Farhan angguk dengan senyuman yang masih menghiasi bibir.
            “Macam mana boleh kenal dengan Nad?” Soal Kak Yus kepada Farhan.
            “Saya doktor yang merawat Aisya dua tahun lepas.” Jawab Farhan senang.
            “Ouh dah lama la kenal ye? Amboi Nad, dalam duk jaga adik kat hospital tu sempat lagi kamu mengorat doktor ye.” Usik Kak Yus.
            “Kak Yus jangan nak macam-macam ek, tadi cakap nak balik.”
            “Ceh, dah ada abang sayang temankan terus kau halau akak ye.”
            “Kak Yus!”
            Kak Yus mengekek ketawa. Farhan pun sama. Nadia dah panas muka. Tak malu betul cakap macam tu. Entah apa lah yang Farhan fikir nanti.
            “Okay lah, Kak Yus balik dulu. Farhan jangan lama-lama sangat tau kat sini, tak elok. Akak nak teman kan kau orang pun tak boleh sebab akak ada hal urgent.”
            “Baik lah, Kak Yus jangan risau.”
            “Sebab muka awak nampak budiman sangat, so Kak Yus percaya. Kak Yus balik dulu ye.” Kak Yus terus melangkah keluar dari butik. Farhan tersenyum dan Nadia pula hanya menggelengkan kepala.
            “Ada apa doktor ke mari?” Soal Nadia tenang. Cuba bertenang sebenarnya. Duduk berhadapan dengan Farhan macam ni buat hati dia tak duduk diam. Orang yang telah lama mengisi ruang hati yang kosong ada kat depan mata macam ni buat jiwa dia menjadi huru hara.
            “Maaf kalau saya mengganggu. Boleh saya curi masa Nadia sedikit?” Suara Farhan tenang kedengaran. Tapi raut wajahnya menceritakan yang sebaliknya.
            “Kenapa ye? Doktor ada masalah ke?”
            Farhan senyum, tapi langsung tiada kemanisan dalam senyumannya. Berbeza dengan sewaktu Kak Yus berada dengan mereka tadi.
            “Saya tengah sedih dan kecewa sebenarnya. Dan saya tak tahu kenapa kaki dan hati saya membawa saya ke sini.” Farhan senyum lagi.
            Sungguh, dia pun tak tahu kenapa dalam banyak-banyak tempat butik Nadia juga yang menjadi pilihan. Mungkin kerana hati dia ingin berada dekat dengan Nadia. Mungkin lah... Ah hati, sudah pandai mengada-ngada pula sekarang.
            Nadia diam. Sedih dan kecewa? Kenapa? Sebab Seri ke?
            Melihatkan Nadia yang hanya terdiam, Farhan mengeluh perlahan. Nadia tidak sudi memberikan dia sedikit masa agaknya.
            “Maaf, mungkin saya telah mengganggu awak. Urm saya minta diri dulu.” Farhan senyum dalam keterpaksaan. Kaki mula melangkah perlahan ke arah pintu.
            “Err, doktor! Saya sudi pinjamkan doktor telinga saya yang kecil ni.”
            Farhan tak jadi melangkah. Dalam diam senyuman mula merekah kembali.

DUA cawan kopi diletakkan dia atas meja. Dari tadi Farhan hanya menunduk sambil menongkat kepala. Resah sungguh rasa hati. Sedih dan kecewa saling bergumpal di dalam hati. Nadia duduk di atas kerusi berhadapan dengan Farhan.
            “Doktor boleh kongsi cerita dengan saya kalau sudi.” Nadia memulakan bicara.
            Farhan mengeluh lagi. Kepala diangkat dan matanya merenung ke arah Nadia. Cantik sungguh gadis biasa ini. Merenung wajahnya saja boleh membuatkan hati yang galau menjadi tenang. Farhan senyum.
            “Awak memang tak suka ye dengan nama Han?”
            Eh? Soalan jenis apa ni? Bisik Nadia di dalam hati.
            “Maksud doktor?”
            “Susah sangat nak sebut nama saya.” Jawab Farhan dalam senyuman.
            “Ouh, saya tak biasa sebenarnya.”
            “Biasakan lah...”
            Nadia diam. Betul ni, dia kekok sebenarnya nak panggil nama Han. Macam terlebih mesra pula bunyinya.
            “Kalau tak biasakan macam mana kita nak kenal dengan lebih rapat?” Sambung Farhan lagi. Dan Nadia, makin beku jadinya.
            Okay, this is kinda awkward. Bila mereka bersama, karakter masing-masing terus bertukar. Nadia yang selalunya banyak cakap  terus bertukar menjadi pendiam. Yang Farhan ni pula, terus berubah jadi banyak mulut. Pelik kan? Nampak tak siapa yang lebih mendominasi hubungan mereka sekarang?
            “Tadi doktor cakap tengah kecewa dan sedih kan? Boleh saya tahu kenapa?” Tukar topik Nadia, tukar sekarang sebelum hati kau meloncat keluar mendengar kata-kata Farhan.
            Farhan senyum. Dah nampak taktik Nadia tu.
            “Hari ni saya ada dua pembedahan. Satu waktu pagi dan satu lagi sebelah petang.” Farhan memulakan cerita dan Nadia mula memberi tumpuan sepenuhnya.
            “Kedua-dua pesakit saya tu pak cik berumur enam puluh tahun dan kedua-dua nya adalah pesakit kanser tahap tiga.”
            “Boleh saya tahu kanser apa?”
            “Colorectal cancer atau kanser usus yang melibatkan bahagian usus besar.”
            “Dah sampai tahap tiga maknanya agak serious juga lah ye?”
            Farhan angguk.
            “Jadi, pembedahan hari ni untuk buang sel kanser tu ke?”
            Farhan geleng. “Pembedahan hari ni adalah untuk memasukkan chemo port di bahagian kanan dada.”
            “Ooo, kiranya bukan major surgery lah ye?” Soal Nadia lagi. tiba-tiba macam berminat pula nak tahu.
            Farhan senyum tapi seketika cuma. “Apa-apa pembedahan pun Nad kalau yang meibatkan pesakit kanser dikira sebagai major surgery. Lebih-lebih lagi kalau pesakit yang terlibat adalah dari golongan warga emas.”
            Nadia angguk faham. Salah tafsiran rupanya.
            “Pak Samad adalah salah seorang pesakit saya yang menjalani pembedahan pagi tadi.” Farhan mula bercerita semula.
            “Sebelum masuk ke bilik bedah kami sempat berbual. Saya tanya, dia dah sedia ke belum. Dia cakap sedia ke tidak macam ni lah dia. Anak-anak dia juga sempat bertanya pembedahan hari ini akan ambil masa yang lama atau tidak.” Farhan terdiam seketika. Raut wajahnya mula keruh.
            “Dengan yakin saya jawab yang pembedahan akan berjalan dengan lancar dan tak akan ambil masa yang lama pun. Saya yakin sangat awak.” Farhan memandang ke arah nadia.
            Mereka saling memandang dan Nadia perasan, mata Farhan mula berkaca. Ada kepedihan yang terselit di situ.
            “Memang pembedahan tu tak ambil masa yang lama pun. Tapi... ia tak berjalan dengan lancar seperti yang saya cakapkan Nad.” Farhan menggelengkan kepalanya. Sebak rasa hati bila terbayangkan wajah anak-anak pak Samad.
            “Maksud awak?”
            Farhan berdehem seketika. “Selesai pembedahan Pak Samad ditolak masuk ke CCU (Cardio Care Unit) sebab Pak Samad akan ada masalah jantung. Tengah hari tadi sewaktu saya dekat dalam OT (operation theatre), tekanan darah Pak Samad tiba-tiba drop, drastically. They have tried their best, I know. Kalau lah...” Farhan mengeluh perlahan.
            “No one can beat qada’ and qadar doktor.”
            “Yeah, I know... tapi kalau lah...”
            “No kalau doktor. Perkataan kalau tu boleh buat kita macam tak redha dengan ketentuan Dia.            “ Tegas kata-kata Nadia.
            Farhan menuduk. Dia sedar yang sekarang dia macam tak redha pula dengan ketentuan tuhan. Astaghfirullahhalazim...
            Nadia merenung Farhan yang masih menunduk. Seumur hidupnya tidak pernah berhadapan dengan doktor yang sedang kecewa kerana seorang pesakit. Tengok yang kat dalam drama tu pernah la. Ingatkan lakonan saja, tak sangka pula betul-betul ada kat dunia realiti macam yang kat depan dia sekarang ni.
            Farhan memandang Naida. “I’m sorry for disturbing you Nad. Maaf sebab menyusahkan awak dan terpaksa mencuri masa awak macam ni.”
            Nadia senyum. “ No biggie Han, tak ada masalah. Awak tak menyusahkan saya pun.”
            Farhan senyum dan senyuman dia semakin melebar. Nadia memandang pelik.
            “Kenapa senyum macam tu?”
            “It sounds nice Nad...”
            “Apa?”
            “Han... it sounds nice bila awak panggil saya macam tu.” Jelas Farhan dengan senyuman yang masih melebar.
            Nadia mencebik.
            “Since when seorang doktor boleh jadi mulut manis macam ni?” Soal Nadia tanpa segan. Sudah mula selesa berbicara dengan Farhan.
            “Since I met you.” Jawab Farhan pantas. Ah Farhan, kau sudah betul-betul berubah nampaknya. Bisik Farhan sendiri.
            “Okay enough with your sweet words doctor.” Nadia bangun berdiri.
            “Aik, tadi Han. Dah tukar doktor balik?” Farhan sengih.
            Nadia pandang Farhan. Cepat betul berubah mood doktor yang seorang ni. Tapi Nadia terasa senang melihat senyuman di wajah Farhan. Wajah sugul Farhan membuatkan hatinya turut terasa sakit. Ah Nadia, susah bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.
            “Nad...”
            “Yes?”
            “We are friend right?”
            Nadia diam.
            Farhan resah.
            “Tak sudi jadi kawan saya?”
            Nadia angkat bahu.
            “Kalau jadi kekasih, sudi tak?”
            Mata Nadia membulat. Buat lawak ke apa doktor ni?
            Farhan senyum. Nad... kenapa tak angguk saja? Ouh hati, terasa agak sakit di situ.
            “Boleh kan kita jadi kawan?” Soal Farhan lagi. Step by step Farhan, jangan nak gelojoh sangat.
            Dengan pantas Nadia angguk. Takut Farhan propose jadi kekasih sekali lagi. Kenapa harus takut Nad? Bukan saat ini ke yang kau tunggu selama dua tahun ni? No! Dia main-main je. Saja nak menguji kekebalan hati aku yang tak berapa nak kebal ni. Monolog Nadia sendirian.
            Farhan senyum lagi. Takut sangat orang ajak dia jadi kekasih. Kenapa tak sudi Nad? Sudah ada yang punya ke? Tolong lah jangan. Hati ni tak rela awak dimiliki oleh orang lain Nad. Tolong simpan hati awak untuk saya. Monolog Farhan sendirian.
            “Thanks again Nad sebab sudi dengar cerita sedih saya. Tak tahu lah kenapa dalam ramai-ramai orang, saya datang cari awak.” Sebenarnya hati saya asyik seru nama awak Nadia.
            “Tak apa, tak ada masalah pun. You can come and see me anytime you want.” Because I’m so happy to meet you again Doktor Farhan.
            “So, from now on stop calling me doctor because I’m not your doctor. Get it?”
            “Okay Doktor Farhan. Boleh kan kalau  panggil macam tu?” Soal Nadia nakal. Cuba merubah suasana.
            “Nad!!!”

            Mereka tergelak akhirnya. Nadia dan Farhan, bila mahu berterus terang?

No comments:

Post a Comment