7 October 2015

Cinta Han & Nadia Bab 14

BAB 14

HARI yang ditunggu telah tiba. Tepat jam dua belas tengah hari Farhan tiba di rumah Nadia. Sewaktu Farhan tiba, Nadia sedang sibuk membantu Puan Azura menghidangkan makanan di atas meja dan Hafiz telah ditugaskan untuk menyambut ketibaan Farhan.
            Farhan dan Hafiz berjabat tangan. Sementara menunggu makanan siap di hidang, Hafiz membawa Farhan ke ruang tamu. Hanya tinggal berdua saja ketika itu kerana yang lain semua sedang sibuk di dapur, termasuk lah Nadia.
            “Kawan Nad ye?” Soal Hafiz memecah sunyi. Saja bertanya sekadar menghilangkan rasa kekok Farhan. Padahal Nadia sudah ceritakan semuanya.
            “Ye saya. Abang Nad ke?” Soal Farhan pula.
            “Bukan, saya abang ipar Nad. Adik beradik Nadia semua perempuan. Umur Farhan berapa? Sama dengan Nad ke?”
            “Saya tahun ni dah masuk tiga puluh tiga tahun dah.” Farhan tersenyum segan. Dia sendiri pun tak tahu nak bahasa kan Hafiz apa. Nampak macam lebih muda dari dia saja.
            “Ouh jadi saya nak kena panggial awak apa ye?” Hafiz menggosok belakang leher. Dia pula yang rasa kekok sekarang ni.
            Farhan senyum. Sudah dia agak yang Hafiz lagi muda dari dia. “Panggil Farhan pun tak apa. Setakat beza setahun dua tu apa lah sangat.” Hafiz dan Farhan ketawa.
            “Hafiz.” Tegur Puan Azura.
            Hafiz dan Farhan bangun. “Ma, kenalkan ini kawan Nad, Farhan.” Puan Azura memandang Farhan dengan senyuman. “Farhan, ini lah mama kesayangan Nadia.” Farhan tunduk tanda hormat. Hafiz pula yang bertindak memperkenalkan Farhan dengan Puan Azura. Nadia dari tadi tak leuar-keluar.
            “Assalamualaikum puan.” Sapa Farhan sopan.
            Puan Azura hanya tersenyum. Sopan betul budak nya. Muka pun nampak baik saja. “Tak payah nak berpuan Farhan. Panggil makcik saja. Jom lah kita ke ruang makan sana. Makanan semua sudah siap dihidang. Nadia ni ke mana pula perginya, tak keluar-keluar.” Puan Azura mula melangkah ke arah ruang makan diikuti oleh Hafiz dan Farhan.
            “Jemput duduk Farhan, jangan segan-segan.” Pelawa Puan Azura. Hari ini dia memilih untuk duduk di sebelah kanan meja berhadapan dengan Farhan yang duduk di sebelah kiri meja. Kerusi yang biasa didudukinya iaitu di kepala meja diberikan kepada Hafiz sebagai ketua keluarga mereka hari ini. Lara dan Aisya pula masing-masing duduk sebelah menyebelah di sisi Puan Azura.
            “Kak Nad mana dik?” Soal Hafiz ketika Aisya baru keluar dari ruang dapur. Dari tadi lagi wajah Nadia tidak kelihatan.
            “Toilet bang. Ouh hai doktor.” Aisya melambaikan tangan ke arah Farhan yang sudah sedia duduk di tempatnya.
            “Hai Aisya, jumpa lagi kita ye.” Jawab Farhan ramah. Dia sudah biasa dengan Aisya. Lagi pula Aisya memang jenis yang mudah bergaul, itu membuatkan Farhan rasa senang dengan Aisya.
            “Farhan, yang itu isteri saya, Lara. Kakak Nad.” Hafiz memperkenalkan Lara pula. Farhan tunduk sopan ke arah Lara.
            “Ooo ini lah Han yang Nad ceritakan tu ye. Hurm boleh tahan, patut lah Nad berkenan.” Usik Lara. Hafiz tergelak mendengar kata-kata isterinya itu. Lara pun sama. Farhan pula hanya tersenyum segan.
            “Kakak. Farhan, jangan dilayan sangat Lara tu. Sama lah dengan suami dia, dua-dua kuat menyakat.” Tegur Puan Azura.
            “Eh ma, Hafiz tak ada kaitan dalam ini cerita ya.” Jawab Hafiz dalam gelak ketawa yang masih bersisa. Puan Azura mencebik lalu Lara dan Aisya turut sama ketawa. Farhan tersenyum melihat gelagat bakal mertuanya dengan anak menantu. Beruntungnya dia kalau jadi menantu di dalam keluarga ini nanti.
            “Eh awak, dah kenal ke semua orang?” Nadia sudah muncul. Pelik juga dia tengok semua orang tengah seronok ketawa, termasuk lah Farhan. Nadia menarik kerusi di sebelah Farhan dan duduk di situ.
            “Lama sangat bertapa dekat dalam sana. Nasib baik abang ada, boleh tolong kenalkan Farhan dengan semua orang.” Hafiz yang tolong jawab.
            Nadia pandang Farhan dan Farhan hanya mengangguk sahaja dengan senyuman yang masih belum lekang dari bibir.
            “Thanks abang.” Hafiz angkat ibu jari.  “Sorry, sakit perut tiba-tiba datang menyerang tadi. Awak okay tak?” Bisik Nadia kepada Farhan.
            .”Saya okay jangan risau. Awak okay tak ni?” Tanya Farhan risau. Nadia angguk dengan senyuman.
            “Hafiz baca doa. Lepas makan kita sambung bisik-bisik lagi ye Nad.” Puan Azura bersuara mengusik anak dara yang sedang bahagia. Merah muka Nadia, segan dengan usikan mamanya. Farhan dan yang lain hanya ketawa sebelum Hafiz memulakan bacaan doa.

SELESAI makan mereka terus ke ruangan solat untuk solat zuhur berjemaah. Selesai saja solat berjemaah, Puan Azura, Hafiz, Lara dan juga Farhan bergerak ke ruang tamu. Manakala Nadia dengan Aisya pula masuk ke dapur untuk menyediakan minuman.
            “Jadi, Farhan ni doktor yang merawat Aisya dua tahun lepas lah ye?” Puan Azura membuka bicara.
            “Ye saya mak cik.”
            “Maaf lah Farhan, mak cik memang sudah tidak ingat langsung siapa yang merawat Aisya dulu.”
            “Tak apa mak cik, perkara kecil saja tu.” Jawab Farhan dengan senyuman.
            “Jadi Farhan ada berapa orang adik beradik semuanya? Tinggal dengan siapa? Parents atau duduk rumah sendiri?” Soal Lara pula.
            “Sayang...” Tegur Hafiz. Kurang senang dengan soalan isterinya itu. “Sorry abang, saja tanya.” Lara sengih.
            “Tak apa Hafiz.” Farhan menenangkan keadaan. “SAya masih tinggal dengan mommy dengan daddy. Saya anak sulung dan ada tiga orang adik. Dua lelaki dan yang bongsu perempuan.” Jawab Farhan dengan senang hati. Lara angkat ibu jari tanda bagus.
            Seketika kemudian Hafiz memandang ke arah Puan Azura sepertinya meminta keizinan. Setelah Puan Azura memberi kebenaran, Hafiz berdehem seketika sebelum bersuara.
            “Urm Farhan, kita terus ke topik asal ye.” Tanpa teragak-agak Farhan mengangguk. Memang itu pun tujuan asal dia ke mari.
            “Boleh saya tahu yang Farhan betul-betul serious atau tidak dengan Nadia? Farhan jangan salah faham dengan soalan saya. Bukannya bermaksud saya tidak percaya dengan awak, cuma sebagai satu-satunya lelaki di dalam keluarga ini saya rasa bertanggungjawab untuk melindungi ahli keluarga saya. Saya harap Farhan faham maksud saya.”
            Nadia yang mencuri dengar dari sebalik dinding rasa terharu dengan kata-kata abang iparnya. Tak sangka Abang Hafiz sangat mengambil berat tentang  mereka sekeluarga. Patut lah Abang Hafiz buat keputusan untuk tinggal di sini saja dengan Kak Lara. Keluarganya juga turut menyokong keputusan Abang Hafiz itu. Mereka semua memang sangat memahami rupanya.
            Sekali lagi Farhan senyum sebelum memulakan bicara. “Jangan risau Hafiz, saya faham. Untuk pengetahuan semua, saya memang serious untuk mengambil Nadia sebagai isteri saya. Umur saya juga sudah melebihi tiga puluh and I think this is the best time for me to settle down. Umur macam saya ni dah tak sesuai rasanya untuk bercinta lama-lama.” Kata Farhan dalam ketawa.
            Puan Azura tersenyum. Kata-kata Farhan kedengaran jujur di telinganya. Melihat kepada perwatakan anak muda itu, dia yakin yang Nadia akan bahagia bersama Farhan. Hafiz dan Lara turut tersenyum mendengar jawapan Farhan.
            “Jadi, bila Farhan nak hantar rombongan meminang?” Soal Hafiz lagi.
            “Itu yang kalau boleh saya nak minta izin semua untuk bawa Nad jumpa dengan keluarga saya dulu. Kemudian boleh lah mak cik sekeluarga berbincang dengan Nadia bila masa yang sesuai untuk saya hantar rombongan meminang.”
            “Nak cepat ke nak lambat?” Celah Lara. Itu tak ada lain, nak mengusik lah tu.
            “Apa yang cepat, apa yang lambat kakak?” Soal Nadia sambil menghidangkan minuman di atas meja kopi.
            “Kakak tanya Farhan, nak bertunang dengan Nad cepat-cepat atau lambat lagi pun tak apa.” Nadia mengerling ke arah Farhan.
            “Kalau boleh dalam waktu terdekat ni lah.” Jawab Farhan lurus. Tak sedar yang Lara sedang mengusik.
            Lara menahan senyuman. “Dah tak sabar sangat ye.” Tengok tu... kan dah cakap Lara ni kuat mengusik. Merah padam muka Farhan. Segan pula bila sedar yang Lara cuba mengusik.
            “Kakak!”
            “Lara!”
            “Sayang!”
            Serentak Nadia, Puan Azura dan Hafiz menegur. Tak sopan betul buat tetamu macam tu. Entah kena sampuk apa jadi kuat mengusik pula dia sekarang ni.

PERTEMMUAN Farhan dengan keluarga Nadia nampaknya berjalan dengan lancar. Usik mengusik sikit-sikit tu perkara biasa lah. Nak tak nak memang dia kena biasakan pun. Penerimaan keluarga nadia juga nampaknya sangat positif. Sekarang mereka dalam perjalanan ke rumah Farhan pula.
“Awak okay tak ni?” Tanya Farhan bila Nadia hanya berdiam diri sahaja dari tadi.
Nadia hanya berpakaian ringkas sahaja untuk ke rumah farhan. Cukup dengan hanya berskirt labuh tanpa corak yang dipadankan dengan blouse bercorak floral dan selendang melilit kepala. Cukup lah macam tu. Nak bersiap beria sangat kenapa, kerana memang itu lah kebiasaan dia.
“Nervous lah awak.” Jawab Nadia jujur. Memang betul pun dia tengah nervous sekarang. Tangan sejuk macam ais. Ditambah pula dengan pendingin hawa yang dipasang Farhan, memang rasa nak beku.
Farhan ketawa. “Gelak pula. I’m not joking okay. Saya betul-betul nervous ni awak.” Nadia mencebik. Orang tengah serious dia boleh gelak pula.
“Awak jangan lah risau sangat. Everything will be find Nad.” Farhan cuba menenangkan Nadia.
“Mommy awak garang tak?” Tanya Nadia dengan matanya tunak memandang ke arah farhan yang sedang fokus dengan pemanduan.
“Hari ni baru nak tanya? Hari tu tak nak tanya pula.”
“Hari tu lupa.”
“Mommy saya tak garang langsung.”
“Betul ni?”
“Yes Nad. You don’t have to worry okay. Kita dah nak sampai pun. Nanti awak boleh tengok dan nilai sendiri mommy tu macam mana orangnya.” Kereta Farhan membelok ke arah sebuah taman perumahan dan diberhentikan di hadapan sebuah banglo di hujung simpang.
“Kita dah sampai.” Farhan bersuara ceria.
“Han, I’m sweating.” Betul ni tak tipu. Dia memang tengah berpeluh sekarang. Dalam kereta yang sejuk dengan pendingin hawa dia boleh berpeluh. Nampak kan tahap nervous dia tu macam mana.
“Are you okay Nad?” Farhan risau. Jangan lah sampai pengsan. Apa yang dia nak jawab dengan mommy dan mama Nadia nanti. “Just take a deep breath...” Nadia hanya mengikut apa yang dikatakan Farhan.
Dan saat matanya terpandangkan wajah wanita yang sedang berdiri di hadapan pintu, terus segala perasaan gementarnya hilang. Wajah lembut Puan Maria bisa membuatkan segala resahnya hilang. Betul lah apa yang Farhan cakap, kena jumpa sendiri baru tahu mommy dia tu macam mana orangnya. Tengok muka pun dah sejuk rasa, nak cakap apa lagi.
“Haa tu mommy dah tunggu. Jom turun...” Farhan ingin membukakan pintu untuk Nadia namun ditolak sopan. Segan pula bila diperlakukan seperti seorang puteri di hadapan mommy Farhan.
“Sudah sampai orang yang ditunggu.” Puan Maria mendepakan tangan saat Nadia dan Farhan tiba di hadapannya lalu Nadia dipeluk kemas. Nadia kaget seketika.
“Ini ke bakal menantu mommy along?” Soal Puan Maria dengan wajah yang ceria.
“Yes mom.” Farhan senyum melihat gelagat mommynya. Teruja sampai macam tu sekali, Terkejut Nadia.
“Comelnya dia. Siapa nama sayang?” Soal Puan Maria lagi. Lengan Nadia sudah ditarik agar mengikutnya masuk ke dalam.
“Nadia auntie. Boleh panggil Nad saja.” Jawab Nadia perlahan. Rasa terkejut akibat dipeluk secara tiba-tiba tadi masih belum hilang. Tidak sangka betul kedatangan dia akan disambut dengan pelukan mesra oleh Puan Maria.
“Apa auntie pula. Panggil mommy lah sayang, kan bakal menantu mommy ni.”
Nadia menjeling Farhan yang berjalan di belakang. Farhan pula hanya mengangkat tangan tanda okay. “Mom, calm down please, takut pula Nadia nanti.” Nadia membeliakkan mata mendengar kata-kata Farhan. Ada ke patut cakap macam tu.
“Eh, mommy dah takutkan Nad ke sayang? Maaf lah, mommy ni teruja betul bila anak bertuah ni cakap nak bawa balik bakal menantu untuk mommy. Orang sejuk beku macam ni tiba-tiba nak cakap nak bawa balik calon, siapa je yang tak teruja kan.” Puan Maria ketawa. Sungguh dia terlebih teruja pula hari ini.
Nadia turut ketawa. Padan muka, kena balik dengan mommy dia. Orang sejuk beku? Orang eskimo ke? Farhan pula sudah menggaru kepala yang tidak gatal. Mommy ni cakap tak berlapik langsung.
Puan Maria membawa Nadia ke ruang tamu rumah mereka. Di sana sudah kelihatan Tuan Umar, Daniel dan Nabila sudah sedia menanti. Puan Maria memperkenalkan satu persatu ahli keluarganya kepada Nadia. Tugas Farhan sudah di ambil alih secara total nampaknya.
“Amri dengan isterinya saja yang belum sampai Nad. Haa semua, ini lah bakal ahli keluarga baru kita, Nadia tapi boleh panggil Nad saja.” Nabila bangun bersalam dan memeluk Nadia erat seperti yang Puan Maria lakukan tadi. Untuk yang kali kedua, Nadia sudah mula rasa biasa. Tuan Umar dan Daniel pula hanya mengganggukkan kepala.
“Jemput duduk Nad.” Ujar Tuan Umar ramah.
Nadia duduk ditengah-tengah antara Puan Maria dan Nabila. Farhan pula memilih untuk di sebelah Daniel. Mereka mula berbual kosong seperti bertanyakan tentang latar belakang Nadia dan keluarganya. Sekadar untuk berkenalan dengan lebih dekat dengan Nadia dan keluarganya.
“Jadi, nanti boleh lah adik lepak-lepak dekat butik Kak Long ye. Adik tak pernah lagi jumpa butik yang macam Kak Long ni. Nak tengok lah.” Nabila bersuara ceria. Nadia senyum. Senang dengan gelagat Nabila yang peramah. “Boleh adik, just come anytime you want.” Jawab Nadia dengan senang hati. Yang lain turut tersenyum.
“Jadi, bila kami boleh bawa rombongan meminang ke rumah Nad?” Tuan Umar mula membicarakan tentang perkara yang lebih serious.
“Pihak kami tidak kisah daddy bila-bila masa pun. In shaa Allah kami terima kedatangan daddy sekeluarga dengan tangan yang terbuka.” Jawab Nadia tenang. Memang itu lah yang mamanya pesan sebelum dia masuk ke dalam kereta Farhan tadi.
“Kalau macam tu, lagi cepat lagi bagus lah kan bang?” Soal Puan Maria dengan wajah yang ceria.
“Eh, dia pula yang terlebih excited. Ini siapa yang nak kahwin sebenarnya. Along ke mommynya?” Gurauan Tuan Umar disambut dengan gelak ketawa yang lain.
“Eh mesti lah kita excited. Nak dapat menantu yang baik, sopan dan cantik macam ni siapa yang tak excited bang oiii...” Puan Maria membalas semula gurauan suaminya. Nadia pula sudah tertunduk segan. Tidak betah pula rasanya bila kena puji depan-depan macam ni.
“Amboi, seronoknya bergelak ketawa.” Tiba-tiba ada suara yang mencelah. Semua mata memandang ke arah pintu. Lisa sedang berdiri tegak sambil memeluk tubuh. Wajah-wajah yang memenuhi ruang tamu dipandang satu persatu dan pandangan matanya terhenti di wajah Nadia. Jadi ini lah bakal menantu yang dipuja sangat tu. Hati dia sakit betul bila mendengar kata-kata Puan Maria itu tadi. Terasa seperti dirinya dibanding-bandingkan secara tidak langsung.
“You, apa cakap macam tu.” Tegur Amri di belakang. Namun langsung tidak diendahkan oleh Lisa.
Riak wajah Puan Maria sudah berubah keruh. Sudah lah masuk tidak bagi salam, selamba saja nak menyindir orang. Memang kurang adab betul memantu dia yang seorang ni. Sudah lah pakaian pun macam orang tak cukup kain. Apa nak jadi lah dengan Lisa. Kesian Amri terpaksa menanggung segalanya.
Panahan mata Lisa membuatkan Nadia sedikit tidak selesa. Jadi ini lah Amri dan isterinya yang Puan Maria cakapkan tadi.  Nadia cuba senyum ke arah Lisa namun hanya jelingan tajam yang dia dapat sebagai balasan.
“Baru sampai angah?” Soal Tuan Umar cuba menjernihkan suasana yang agak tegang di antara mereka.
“Ye daddy, maaf sebab lambat.” Amri menyalami daddy dan mommynya. “Ini ke bakal kakak ipar angah long?” Tanya Amri  bila terpandang wajah Nadia di sisi mommynya. Lantas dia melabuhkan duduk di kerusi yang berdekatan. Lisa pula terus melabuhkan duduk di sebelah Amri tanpa bertegur sapa dengan sesiapa pun. Buruk perangai betul.
“Yes angah.” Jawab Farhan ringkas dengan senyuman. Dia perasan yang suasana ceria tadi sudah berubah setelah ketibaan Amri dan Lisa namun diabiarkan saja.
“So how old is she? I bet you are younger than me, right?” Soal Amri memandang wajah Farhan dan Nadia sili berganti.
Nadia hanya senyum dan memandang ke arah Farhan. Kekok rasanya nak bersuara bila ada mata tajam yang memerhati. Dari tadi Lisa asyik memandang dia atas bawah. Entah apa yang dia tidak puas hati dengan Nadia pun tak tahu lah.
“Yeah, she’s younger than you ngah. In fact she is at the same age with achik.”
“Twenty seven? Habis tu kita nak panggil bakal kakak kita apa ni chik?” Soal Amri hanya sekadar berguara. Cuba memulihkan kembali keadaan.
“Panggil Kak Long sudah lah ngah. Walau macam mana muda pun, dia tetap isteri kepada abang kita. Tak gitu?” Jawab Daniel bersahaja. Yang lain hanya angguk bersetuju. Puan Maria rasa senang mendengar kata-kata Daniel lalu bahu Nadia dipeluk erat. Lisa yang memandang bertambah rasa sakit hatinya.
“Bakal isteri along ke ni? Bukan along akan kahwin dengan Seri ke?” Tanya Lisa tiba-tiba. Semua yang mendengar terdiam.
“Mana ada along nak kahwin dengan Seri. Kan Seri nak kahwin dengan orang lain.” Tuan Umar bersuara tenang.
“Tapi Lisa baru saja terserempak dengan Auntie Nora dekat mall hari tu. Dia cakap tengah buat persiapan perkahwinan Seri dengan along.” Kata lisa lagi tanpa ragu.
Semua yang medengar tercengang. Puan Maria sudah rasa tidak sedap hati. Rasanya dia telah menjelaskan semuanya kepada Nora yang dia menolak cadangan Nora untuk satukan Farhan dengan Seri. Macam mana Nora boleh buat persiapan perkahwinan mereka pula ni. Ke Lisa salah dengar atau sengaja nak buat cerita.

Farhan dan Nadia saling berpandangan. Farhan dengan riak wajah risau dan Nadia pula dengan riak wajah yang keliru. Apa semua ini Han? Betul ke awak akan berkahwin dengan orang lain? Habis tu kenapa awak bawa saya jumpa dengan keluaraga awak? Kenapa awak melamar saya? Kenapa awak buat perancangan untuk hidup dengan saya?

4 comments:

  1. Ishh..mcm suspen jeks..si lisa nih sgt annoying kan..
    ehehehe..emo plaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lisa gedik hahaha kita pon emo msa tulis pasal dia kah

      Delete
  2. Si Lisa saja je nak buat Nadiah curiga dengan Farhan. Jealouslah tu

    K.mas

    ReplyDelete