5 October 2015

Cinta Han & Nadia Bab 12

BAB 12
SUASANA pagi yang tenang. Nadia menuruni anak tangga satu persatu ke ruang makan. Waktu itu jam sudah menunjukkan pukul sembilan pagi. Kelihatan meja makan sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan. Banyak pula mamanya masak hari ini.
            “Morning ma, sorang je?” Nadia cium pipi Puan Azura sebelum menarik kerusi dan duduk di sebelah kanan meja.
            “Assalamualaikum tuan puteri. Lambat hari ni.”
            Nadia sengih. Lupa pula nak bagi salam. “Waalaikumussalam Puan Azura. Nak keluar dengan Kirah kejap lagi.”
            “Nak pergi mana?” Soal Puan Azura sambil tangannya lincah menyendukkan nasi lemak ke dalam pinggan Nadia. Bukan nak manjakan anak, memang sudah terbiasa begitu.
            “Teman kirah beli barang kejap.” Sambil buat sesi curahan hati. Sambung Nadia di dalam hati.
            “Selalu sangat tinggalkan butik macam tu. Karang Yus cakap apa pula.” Sambal udang dicedok ke dalam pinggan Nadia. Sambal kegemaran sejak dulu sampai sekarang.
            “Kak Yus okay je, Nad dah cakap dengan Kak Yus tadi. Adik mana ma?”
            “Adik pukul tujuh tadi lagi dah keluar.”
            “Awalnya, nak ke mana?”
            “Perpustakaan negara kata dia. Dah janji nak jumpa dengan kawan dekat sana pukul sembilan. Keluar lambat karang stuck kat dalam jem pula.”
            “Kakak?”
            “Ada kat atas. Lepas hantar Abang Hafiz pergi kerja tadi terus dia naik ke atas. Pening tak habis lagi.”
            “Teruknya morning sickness kakak. Ni dah berapa hari tak masuk kerja kan. Ish tak nak lah mengandung.” Nasi lemak dikunyah perlahan.
            “Cakap lagi macam tu. Karang tuhan tak bagi mengandung hah menyesal tak sudah.”
            “Ma! Jangan la cakap macam tu, takut Nad tau. Orang nak mengandung, nak beranak la.” Nadia tarik muncung. Dia main cakap je tadi. Mama dia buat serious pula.
            Puan Azura gelak. “Tahu takut. Cakap tak berlapik. Perkara macam tu orang tak buat main Nad.”
            “Sorry ma. No joking about pregnancy anymore.”
            “Apa cakap pasal pregnancy ni? Nak mengandung juga ke?” Soal Lara tiba-tiba. Nadia dan Puan Azura memandang ke arah tangga. Lara sedang berjalan ke arah mereka.
            “Eh kakak, tadi cakap pening.” Pantas Nadia bangun memimpin kakaknya ke kerusi.
            “Dah kurang sikit. Rasa lapar pula.” Macam tadi juga, Puan Azura menyendukkan nasi lemak ke dalam pinggan Lara pula.
            “Sembang pasal apa tadi? Pasal kakak eh?” Tanya Lara sambil menyisip teh perlahan. Sejak mengandung ni, air teh saja yang dia boleh minum. Air lain langsung tak boleh nak telan.
            Nadia angguk. “Nad teringin nak mengandung macam kakak.”
            “Eleh, tadi siapa yang cakap tak nak mengandung lah. Takut lah.” Puan Azura mengejek Nadia. Tergelak kedua anaknya itu melihat memek muka Puan Azura.
            “Apa mama ni. Tak baik tau ejek Nad macam tu.” Kata Nadia dengan ketawa yang masih bersisa.
            “Takut kenapa?” Tanya Lara lagi.
            “Takut sebab morning sickness kakak tak hilang-hilang. Dia tak tengok lagi morning sickness mama macam mana. Kalau dia tengok, tak nak kahwin terus agaknya.”
            Lara dan Nadia gelak lagi. Mama dia ni kalau buat lawak boleh tahan kelakar juga.
            “Teruk sangat ke ma?” Soal Nadia pula.
            “Nak kata teruk tu tak ada la teruk sangat. Tapi, dua bulan juga lah mama terbaring je dekat katil. Tak boleh nak bangun langsung. Nasib baik lah arwah babah kamu boleh buat kerja rumah semua. Tapi kesian juga dekat dia. Mana nak kerja, nak kemas rumah, nak jaga mama lagi.”
            “Teruknya ma...”
            “Haa, itu dah mula fikir tak nak mengandung lah tu.” Usik Puan Azura.
            “Mama ni, suka tau usik Nad.” Nadia tarik muncung lagi. Lara pula hanya ketawa. Ini kalau Aisya ada teruk dia kena bahan. Manja terlebih.
            “Kakak kira tak ada lah teruk sangat ye ma? Masih boleh jalan naik turun tangga.” Lara mencelah.
            “Alhmadulillah, alahan kakak tak teruk macam mama.”
            “Kalau macam tu Nad pun nak mengandung juga lah.”
            “Eh budak ni, tiba-tiba je. Nak mengandung tu make sure kahwin dulu ye.”
            “Erk, mama ni....” Puan Azura dan Lara tergelak. Macam monyet tertelan biji nangka dah muka Nadia sekarang.
            “Haah Nad, bila kakak nak dapat adik ipar ni?” Lara turut menyoal.
            “Eh, tiba-tiba saja mama dengan kakak ni. Dah lah, tak nak lah cakap pasal ni.” Hati Nad tengah sedih ni tau. Farhan dah dekat dua minggu tak datang butik. Merajuk ke apa.
            Puan Azura dan Lara gelak. Nak mengelat lah tu. Haih, bila entah si Nad ni nak bawa balik calon suami. Dulu pernah juga dengar nama budak lelaki yang disebut, sekarang asyik-asyik nama Kirah tu saja lah yang keluar.
            Boleh pula dia orang gelak. Orang tengah sedih ni ma... Farhan pun satu, tak menyempat, pergi macam tu saja.
            Pin!! Pin!!
            “Hah, Kirah dah sampai. Nad pergi dulu ye.” Nadia bingkas bangun bersalam dan mencium pipi Puan Azura dan Lara.
            “Elok-elok jalan. Jangan keluar lama sangat, kesian Yus jaga butik sorang-sorang.” Sempat Puan Azura berpesan.
            “Ye ma!”

“KITA nak ke mana?”
            “Kita keluar minum je lah. Tak jadi nak beli barang.” Kirah meneruskan pemanduan ke arah restoran yang biasa mereka singgah untuk makan.
            “Pula... aku baru je lepas makan kat rumah tadi dengan mama dengan Kak Lara.”
            Kirah sengih. “Kau teman la aku makan pula. Ibu dengan ayah aku tak ada, so aku malas nak masak. Jadi sekarang perut aku lapar sangat-sangat. Kau tak kesian dekat aku ke Nad?” Kirah buat muka polos.
            Nadia menjeling. “Yela, aku teman kau makan. Tapi lepas tu kau kena hantar aku pergi butik terus tau. Kesian Kak Yus nak kena handle butik tu.”
            “Okay mem. Ditanggung beres mem.”

SELESAI membuat pesanan, Kirah dan Nadia mula berbual kosong sehingga lah Kirah teringat kembali tentang masalah yang ingin Nadia kongsikan dengan dia.
            “Babe, semalam kau cakap kau nak bagi tahu aku sesuatu kan. Apa dia?”
            “Haah, senak pula hati aku kalau simpan sorang-sorang.”
            “Pasal apa?”
            Pelayan restoran tiba menghantar pesanan. Perbualan mereka terhenti seketika. Usai menghidangkan makanan, pelayan itu terus berlalu. Nadia dan Kirah mula membaca doa dan menjamu selera. Apa-apa pun perut harus diisi dulu.
            “Amboi kau, tadi cakap dah makan. Sekarang makan mengalahkan aku yang kelaparan ni pula.” Kata Kirah sambil mengelap mulutnya yang comot.
            “Tengok je menu terus perut aku lapar balik.” Nadia sengih. Dia memang kuat makan tapi berat badan tak naik-naik juga. Itu lah untungnya menjadi seorang Nadia.
            “Makan tu makan lah juga, tapi cerita la kat aku masalah kau tu.” Gesa Kirah.
            “Make sure kau telan dulu semua makanan kat dalam mulut kau. Aku takut kau tercekik pula nanti.”
            “Dah lah, tadi lagi. Haa cepat lah cerita.”
            “Huish, tak menyempat.” Nadia tolak pinggan yang sudah kosong ke tengah meja.
            “Kau sengajakan nak main-main kan aku. Sengaja buat-buat lambat.” Kirah tarik muncung.
            “Okay, okay aku cerita. Tapi kau jangan terkejut tau.”
            “Nad!”
            Nadia gelak. Tapi sekejap saja lah. Bila teringatkan masalah dia yang satu tu, terus hati jadi sayu.
            “Babe, dua minggu lepas kan, Farhan proposed aku.”
            Kirah terlongo. Nasib baik memang semua makanan dia dah telan tadi. Kalau tidak mau betul-betul tercekik.
“What?! Dia proposed kau?”  
“Yeah. You heard me.”
“But wait...” Tangan di depan muka Nadia. “Farhan who?”
Nadia menepuk dahi sendiri. “Duh, seriously Kirah?”
“Okay rileks. Aku gurau je lah. Gelabah lah kau.” Kirah gelak.
Nadia menjeling. “Not funny okay.”
“Alah sayang, jangan lah marah. Cepat la sambung cerita kau tadi.”
“Serious pleaseee...”
“Ye aku serious. Cepat sambung. Kau kena cerita dari awal sampai habis tau. Jangan tinggal satu pun.” Kirah menongkat dagu dan memberi sepenuh perhatian kepada Nadia.
“Kau ingat lagi tak hari yang Fariz ikut kau datang butik aku hari tu?”
Kirah angguk. “Ingat.”
“Lepas kau balik, aku naik kat bilik atas. Lepas tu tiba-tiba Farhan muncul. Kami bersembang macam biasa saja lah kan. Lepas tu aku turun ambil air, then Yuni pula yang menyusul hantar piza...”
Tiba-tiba kirah gelak.
“Kenapa kau gelak?”
“Detail gila cerita kau.” Kirah gelak lagi. Nadia ni kadang boleh tahan bendul juga. Mentang-mentang lah dia suruh cerita semuanya.
Nadia mendengus. See, Kirah memang susah nak serious kalau dengan dia. “Aku cerita semua nanti senang kau tak payah nak potong cerita aku tanya macam-macam.” Jawab Nadia geram.
“Okay, Okay sambung...” Kata Kirah dalam sisa tawa.
“Then dia mula meraban pasal someone special thinggy. Aku tanya la kenapa nak tahu pasal ni semua. Guess what he said...”
Kirah angkat bahu.
“Dia nak masuk meminang aku and he kept on talking about wanna marry me and he love me so much. Hati aku macam nak meletup tahu tak masa tu. Seriously I’m speechless. Tiba-tiba aku jadi sebak...” Nadia menyapu air matanya yang tiba-tiba gugur.
“Nad...” Kirah bangun dan duduk di sebelah Nadia. Bahu Nadia digosok perlahan.
Rasa terkejut dibiarkan seketika. Mahu tak terkejut dengar cerita Nadia. tak sangka betul rupa-rupanya Farhan pun sukakan Nadia. Tak sangka juga Farhan seberani itu. Baru jumpa beberapa kali terus diluahkan rasa hati. Siap nak masuk meminang pula tu. Huish, susah dah nak cari orang lelaki yang ambil serious soal nikah kahwin ni.
“Aku rasa terharu sangat Kirah. Lelaki yang aku suka, yang aku tunggu, yang selama dua tahun aku cari tiba-tiba datang melamar aku. Ya Allah, aku rasa macam nak menjerit time tu juga. Nak cakap kat semua orang yang aku dah dapat Farhan aku. Aku happy sangat Kirah.” Tangisan Nadia mula kedengaran.
“Habis tu kalau kau happy kenapa kau nangis?” Tangannya naik menyapu sisa air mata di pipi Nadia.
“Aku nangis sebab aku terlalu gembira Kirah. Hari tu pun aku nangis juga. Dan sebab itu lah Farhan pergi tinggal aku macam tu je.”
“He what?!” Soal Kirah dengan mata yang dicelik luas.
Nadia angguk. “He left me.”
“Dah apa masalah mamat tu sebenarnya.”
“Dia ada nama Kirah dan nama dia Farhan.” Nadia menegur dalam tangisan yang masih bersisa.
Kirah menolak sedikit bahu Nadia. “Amboi, belum apa-apa lagi dah pandai back up Farhan. Sayang lah tu?” Usik Kirah.
“Sayangggg laaa...” Jawab Nadia sambil mengesat hingus. Tak pasal tersumbat dah hidung.
“Eee gediknya kawan aku ni.” Nadia tergelak. Kirah ni, pandai je nak buat dia ketawa. Sebab tu kalau dengan Kirah tak boleh nak syahdu lama-lama. Ada saja taktik nak buat kita ketawa.
“Tapi kan Kirah, aku tak rasa yang Farhan tahu aku pun sukakan dia juga.”
“Pula. Dah kenapa?”
“Kan dia pergi macam tu je hari tu, aku tak sempat nak cakap apa-apa pun.”
“Kenapa kau tak cakap yang kau pun suka dia juga?”
“Aku kan tengah speechless masa tu. Dia pula terus bangun dan blah macam tu saja. Tapi sempat juga lah dia cakap dekat aku yang dia tak sanggup kehilangan aku. Aku pun tak sanggup kehilangan dia lagii Kirah.” Lengan Kirah digoncang.
“Eiii... cheezy lah korang. Tapi dalam duk cheezy-cheezy pun boleh pula blah macam tu je. Yang kau ni pula boleh pula biarkan dia pergi macam tu saja. Eh tak faham lah aku dengan korang ni.”
Membebel pula mak cik ni. “Aku kan speechless masa tu. Lepas tu tengah nangis huhuhu mana sempat nak fikir apa. Sempat nak fikir pasal hati aku saja lah.”
“Hadoi... ada juga orang macam ni.” Kirah tepuk dahi sendiri. “Habis tu sekarang macam mana?”
Nadia geleng. “Aku tak tahu. Dah dua minggu dia tak datang ke butik aku. Entah sebab sibuk atau merajuk. Merajuk pasal apa entah.” Ngomel Nadia.
“Merajuk sebab kau tak layan lamaran dia tu la. Sibuk duk huhuhu je yang kau tahu.” Nadia tayang gigi. Menjawab karang tak pasal kena bambu lagi.
“Habis tu kau nak buat apa sekarang?”
“Aku tak tahu.”
“Hadoi lah Nad, semua pun kau tak tahu. Nak kata tak pernah bercinta memang menipu lah kan. Kau pergi la pujuk dia babe. Tell him that you love him too.”
“Tapi nak pujuk macam mana? Dia kat mana sekarang pun aku tak tahu. Nombor telefon dia pun aku tak ada, alamat rumah jauh sekali.”
Kirah garu kepala yang tak gatal. “Haa, apa kata kau pergi cari dia dekat hospital. Kau tahu kan kat mana hospital tempat dia bekerja, wad mana?”
Nadia angguk. “Itu aku tahu lah. Tapi segan lah Kirah nak pergi sana. Karang kalau dia tanya buat apa cari dia sampai sana aku nak cakap apa?”
“Cakap lah yang kau nak bincang sesuatu dengan dia.”
“Tapi macam tak sesuai je nak pergi cari dia sampai dekat hospital sana.”
“Eee... banyak tapi lah kau. Habis tu sampai bila nak macam ni. Silap hari bulan nanti dia bertemu jodoh dengan orang lain, kau juga yang susah.”
“Alaaa kau jangan lah doakan yang bukan-bukan.”
“Aku bukan nak doakan yang tak baik Nad. Tuhan dah bagi jalan, jadi kita usahakan lah. Peluang yang ada jangan dilepaskan.”
Nadia mengeluh. Susahnya jatuh cinta. Sudah ada depan mata, hilang pula. Farhan, awak pergi mana? Tak nak datang jumpa saya ke? Dah tak cinta ke apa ni? Cepatnya...
“Sudah, tak payah nak bermonolog macam tu. Sekarang aku hantar kau pergi butik dulu. Buat apa yang patut dan fikir elok-elok apa yang harus kau lakukan. Anything, just call me. I will be there anytime you want.”
Nadia berpaling ke arah Nadia. “Eh, macam mana kau tahu?”
“Tahu apa?” Soal Kirah pelik. Nadia ni macam-macam la.
“Macam mana kau tahu yang aku tengah bermonolog?”
“Macam lah aku baru kenal kau semalam kan. Sudah, tak payah nak banyak cakap. Jom aku hantar kau pergi butik.” Kirah bangun dan melangkah ke kaunter pembayaran.

KERETA diparkir betul-betul di hadapan Butik Nad’s Closet. Perlahan-lahan Nadia melangkah keluar. Mood sudah hilang sebenarnya, tetapi cuba dikuatkan semangat untuk bekerja. Kalau tidak kesian pula dekat Kak Yus dan yang lain.
            Setelah menutup pintu kereta, Nadia terus terpaku. Matanya dipejam celik untuk memastikan figura yang berdiri di sebelah kereta sana benar-benar wujud. Kirah yang melihat dari dalam kereta terasa pelik melihat tingkah rakannya itu. Lalu dia turut keluar dari kereta.
            “Nad, what’s wrong?” Soal Kirah dengan nada risau. Siapa tak risau tengok kawan yang tiba-tiba berubah jadi statue.
            “Aku rasa aku dah tak perlu fikirkan apa-apa lagi dah Kirah.”
            “Maksud kau?”
            “He’s here...” Bibir memuncung ke arah belakang Kirah.
            Kirah pusing. Farhan sedang berdiri tegak dan memandang terus ke arah Nadia. Kirah yang menghalang pandangan langsung tidak di endah. He’s coming and he’s waiting for your answer Nad...




p/s: dont worry guys, bab seterusnya kita letak satu bab pasal Han dengan Nad je.  :)

8 comments:

  1. Alaaaaaa knp stop sampai situ? Lebihkan la sket!!! Ahahahaha x sabau nih!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabo syg....esk satu bab pasal Han n Nad je hehehe

      Delete
    2. Ahahaha apa kata post jeks mlm nih trus..ekekeke

      Delete
    3. tadi Han pesan, wait for tomorrow okay syg hehehe

      Delete
  2. X sabar nk tau apa kesudahan nad n han....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pulak dah tak sabar nak kawen kan diorang kehkeh

      Delete
  3. Nad jangan lepaskan peluang kedua nie. Berterus-terang aje.

    K.mas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah nad just grab ur chance kan akk kan hewhew

      Delete